Monday, August 18, 2025

 FOGS 

(Kabus Makin Terlerai)


Sejak sidang media dan kenyataan demi kenyataan dari pihak berkuasa serta kerajaan, jalan berbicara sudah semakin jelas. Pempengaruh dan “loyar jadian” juga kian reda di media sosial.


Makanya, Bismillah… 


Apa yang kita tahu setakat ini?


*************


1. Punca Kematian


Post mortem sahkan: Zara meninggal dunia kerana jatuh dari tempat tinggi.

Otak beliau alami kecederaan yang sangat teruk.


Ini disahkan dua kali — pertama oleh doktor di hospital, kedua oleh doktor post mortem.


Maka, kita terima cause of death (COD) rasmi, “jatuh dari tempat tinggi”. 


Fakta ini direkodkan, diterima oleh peguam keluarga, dan ibu sendiri. Tiada bantahan setakat ini.


Cerita konon organ hancur sebab “masuk mesin basuh” — terbukti palsu. Seorang cikgu yang mula-mula sebarkan sudah mengaku, itu hanya untuk konten. 


**************


2. Siapa Pelaku?


Bila COD ialah jatuh dari tempat tinggi, hanya ada dua kemungkinan:


(a) Dilontar ke bawah → kes bunuh.

(b) Terjun sendiri akibat tekanan → kes buli yang serius.


Siapa benar, siapa salah, akan ditentukan di Mahkamah Koroner bulan September.

Hakim akan menilai saksi pakar, saksi persekitaran, bukti termasuk diari yang dikaitkan dengan arwah.


Peguam keluarga tidak pernah menafikan kewujudan diari itu.

Cuma beliau menegaskan, pendedahan awal boleh mengganggu siasatan.


Jadi kita tunggu prosiding rasmi.

Masa itu, ketulenan diari juga boleh dipersoalkan.


Makanya, jangan melompat lebih awal.


************


3. Pertuduhan


 • Jika Mahkamah Koroner putuskan Zara tidak terjun sendiri → kesalahan bunuh di bawah Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan.


 • Jika diputuskan Zara terjun kerana tekanan buli → tetap ada pertuduhan. Pembuli boleh didakwa bawah Seksyen 507D (klausa Esha). Hukuman maksimum 10 tahun penjara.


Bezanya, kalau undang-undang baru ini tiada, pesalah hanya kena denda.

Itulah yang berlaku dalam kes Esha — pembuli yang menyebabkan mangsa bunuh diri, akhirnya hanya kena RM100 denda. Bayangkan, nyawa hanya bernilai RM100 pada masa itu. 


Hari ini, klausa Esha memastikan — buli yang membawa maut tidak lagi berakhir dengan denda semata-mata. 


4. Pembuli dituduh 


AGC katanya akan tuduh pembuli Rabu ini. Ini pada saya, menjurus kepada buli semasa Zara hidup. 


Sekiranya Mahkamah Koroner putuskan, ada unsur bunuh, akan ada lagi siasatan dan pertuduhan lanjut selepas itu. 


Itu kita sama2 pantau jua. Satu yang pasti kebenaran akan muncul, bila ramai berjuang untuknya. 


**************


PENUTUP


Apa pun keputusan nanti, pasti ada yang sukar untuk menerima.


Namun kena sedar. Sistem keadilan kita berlapis. Kalau tak puas hati, boleh dirayu ke peringkat lebih tinggi.


Dan andai Zara tidak diadili dengan betul, naluri ibunya pasti bangkit. Akan diperjuangkan sebagaimana Ibu Faris. Kita akan bersama beliau absolutely. 


Kita tak perlu pajak otak kepada mana-mana penguasa. Boleh waspada. 


Kalau ada bukti dan saksi sahih yang bercanggah dari naratif rasmi. Pasti dipejuangkan keluarga dan peguam mereka. 


Cuma jangan la saksi level lapar popular. Rosak dibuatnya. 


Sekarang, kerja kita: tunggu dan berdoa.

Moga keadilan tertegak untuk Zara Qairina. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

#saynotobully

#JusticeForZara

#JusticeForFarjs 

#JusticeforHaris

#JusticeForAll

Sunday, August 17, 2025

 PASIR MAS 

Tanah kelahiran Al-Hafiz Wan Ahmad Faris. Dan di sinilah juga ibubapanya mengundi.  


Yang Berhormat Pasir Mas, 


Ini bukan serangan peribadi. Tetapi seruan keadilan untuk seorang anak syurga, yang keluarganya adalah pengundi YB sendiri.  


33 bulan YB jadi Kerajaan, ibubapa merayu sana sini. Termasuk ke YB sendiri. Sebagai YB kawasan. Takde siapa bantu dan beri jawapan. 


Tahun 2024 baru keluarga terima keputusan bertulis Mahkamah Koroner selepas 9 tahun menunggu. Tahun lepas pula baru mereka dapat tahu kes sudah ditutup sejak 2020. Semua ini berlaku tanpa sebarang bantuan daripada YB, wakil kawasan sendiri.


Ketika kes ditutup, rakan separti YB memegang jawatan Menteri Undang-Undang, manakala Menteri KDN ketika itu ialah kini Ketua Pembangkang. 


Tapi hairannya kes ini tidak dipandang. 


**********


Kami desak dan pohon YB bersuara sejak awal tahun ini. YB senyap tak berbunyi. 


Awal bulan ini, YB masukkan soalan bertulis. Kami hargai usaha itu, cuma ingin jelaskan: keputusan membuka semula kes sebenarnya dibuat lebih awal, hasil rayuan keluarga kepada KDN, PDRM dan PMO. 


Jawapan rasmi KDN sendiri sahkan kes dibuka semula pada April – tiga bulan sebelum soalan YB.


**********


Kami hargai keberanian YB bersuara panjang lebar mengenai kes Zara Qairina. Itu langkah baik, dan kami sokong penuh. 


Cuma kami hairan mengapa dalam ruang sama, tidak diselitkan seruan keadilan untuk Faris, anak Pasir Mas sendiri. 


**********


Kes ini kalau boleh kami nak elak elemen politik kepartian. Tu sebab isu yang dibangkitkan tak pernah attack mana2 parti. Cuma institusi. 


Jika YB ikhlas ingin membantu, kami mohon tiga perkara:


 1. Bangkitkan di Parlimen – dengan semangat sama seperti kes Zara Qairina.


 2. Fresh Eyes Investigation – PDRM & AGC HQ ambil alih siasatan.


 3. Laluan di Mahkamah – Kerajaan Negeri jangan halang saman ibubapa dengan bantahan teknikal.


Kalau YB dapat usahakan perkara ini, YB claim lah kredit sepuas2nya. 


Kerana kami hanya cari keadilan untuk mangsa dan keluarga. Bukan niat mencari undi pilihanraya. 


Selepas 12 tahun, yang kami tuntut hanya satu – agar kubur seorang Hufaz dari Pasir Mas tidak terus suram. Kerana keadilan yang tenggelam. 


Salam hormat,

TEAM JUSTICE WAN AHMAD FARIS


#saynotobully

#JusticeForFaris

#JusticeForZara

#JusticeforAll

Monday, August 11, 2025

 COVER UP


Saya tidak selesa dengan double standard yang berlaku. Terutamanya di kalangan geng politik yang menunggang isu. 


Ya, kita sokong desakan ke atas pihak MOE dan KDN dalam kes Zara. Jangan lambat bertindak bila nyawa dan maruah pelajar dipertaruhkan.


Tapi bila kes Wan Ahmad Faris, reaksi sebahagian geng politik dan penyokong mereka seolah-olah mahu lepas tangan.


Mereka salahkan polis semata-mata, seakan lupa ada pihak lain yang lebih besar sahamnya.


Jika kita teliti Nota Keterangan Mahkamah Koroner, jelas sekali:


Sekolah dan Yayasan Islam Kelantan (YIK), agensi kerajaan negeri, menyumbang kepada kes ini hilang bukti.


********************


Faktanya, 2 minggu selepas pembunuhan Faris, tandas tempat mayatnya dijumpai dirobohkan tergesa-gesa.


Alasannya: “penyelenggaraan.”


Keterangan kontraktor di mahkamah mendedahkan:

 🔵Arahan datang daripada YIK.

 🔵 Pegawai YIK tersebut hadir sendiri ketika tandas dirobohkan.

 🔵 Sebab yang diberi? Ada pelajar mereka “bunuh diri,” dan bimbang roh berkeliaran, maka tempat kejadian mesti dihapuskan.


Alasan ini tidak masuk akal.


 ♦️ Apa jenis pentadbir tahfiz yang sanggup percaya anak Hafiz akan melakukan dosa besar membunuh diri?

Jika benar itu yang difikirkan, itu bukan salah mangsa. Itu salah ajaran yang sepatutnya menjadi perisai iman. Itu tunjukkan anda yang gagal, bukan dia. 


 ♦️ Bukankah pelajar tahfiz lah yang kita harapkan untuk membantu bila ada kes dirasuk hantu atau jin?

Kalau mereka sendiri yang takut, dan dendangan ayat-ayat suci di sekolah pun tidak berkesan , apa lagi yang kita boleh harapkan?


******************


Tiga tahun kemudian, Mahkamah Koroner putuskan:


Faris tidak membunuh diri. Dia dibunuh oleh orang yang tidak dikenalpasti. 


Tetapi ketika itu, banyak bukti telah hilang.

Dengan robohnya tandas, crime scene telah musnah.

Hakim Koroner sendiri tidak dapat melihat keadaan asal tempat kejadian.


Bagi kriminologis yang memerhati, ini bukan cerita hantu dan jin. Ini adalah tindakan klasik untuk menutup jenayah dan memusnahkan bukti.


Ironinya, bukan sahaja mangsa difitnah. Sekali hantu dan jin ditohmah sekali. 


*************


Rekod mahkamah dah buktikan siapa Faris sebenarnya. Seorang Penghafaz Al Quran yang hidup teraniaya. Matinya pula ditunggang oleh orang sekelilingnya. 


Isu nya apa tindakan kita kepada mereka yang memfitnah mangsa? Cover up crime scene pula. 


Siapa yang mereka nak lindungi sebenarnya? 


Kalau mereka berani roboh tandas di bawah arahan rasmi, mereka juga mesti berani jawab di bawah sumpah rasmi.


Kita sangat harapkan polis buat kerja. Selepas 12 tahun berikan keadilan pada mangsa dan keluarga. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


#JusticeForFaris 

#JusticeForZara

Sunday, August 3, 2025

 PETUA MERAWAT SAKIT BUAH PINGGANG:


Petua Merawat Sakit Buah Pinggang

(Tip dan Rawatan Tradisional)


Petua atau tip ni saya ambil dari sepupu

yang tinggal di Muar, Johor. Dia mengalamai

komplikasi ni semasa umur awal 20 tahun

kalau tak silap saya, lebih kurang 10 tahun

dulu. Dia boleh dikatakan di tahap kritikal

terpaksa kena buat pembedahan untuk

buang buah pinggang. Tempoh lagi 2 minggu

untuk buat operation di hospital.


✨Tombong Kelapa

Datuknya [kini arwah] bagi tombong kelapa

[bila belah buah kelapa tua ada anak biji

di dalamnya] dan minum air perahannya.

Pesan datuknya amalkan sehingga 2 minggu

setiap pagi. Sepupu saya amalkan selama 2

minggu sebelum operation. Tiap-tiap pagi dia

minum air tombong kelapa dan makan 2-3

biji tombong kelapa sekali [bukan isi kelapa -

jangan tersilap].


Sampai masa untuk tarikh operation, doktor

sahkan penyakit buah pinggang tidak ada

lagi selepas buat pemeriksaan. So, insyaAllah

jika pembaca/blogger atau bagi tau

kawan-kawan suruh amalkan tip ni. Tapi make

SUre sebelum buat pembedahan.


Alhamdulillah sepupu saya masih sihat

sehingga sekarang.

Sebenarnya tip ni orang-orang duluU-dulu

amalkan.


🌿Cara-Cara Rawatan Dengan Air Tombong Kelapa

🍁1. Ambil tombong atau dalam bahasa Jawa

dipanggil 'Kentos Kelapa' tidak kira berapa

biji setiap pagi. 2 atau 4 biji tombong kelapa

SUdah cukup.


🍁2. Perah airnya dan minum dan dimakan

tombong macam biasa pun boleh.


🍁3. Saiz tombong tidak kisah besar atau

kecil, tapi seboleh-bolehnya yang ada air di

dalamnya.


🍁4. Jika orang Islam, baca selawat ke atas

Nabi Muhammad SAW 3 kali sebelum minum

airnya atau makan.


🍁5. Amalkan sehingga 7 -14 hari.

Mudah-mudahan sembuh. InsyaAllah.


[Pastikan amal setiap pagi].

Petua Untuk Kesihatan

Kongsikan agar bermanfaat bersama .. In

Shaa Allah

Tuesday, July 29, 2025

 Akhi Muhammad Wais Al-Selangorian 


KEBODOHAN TIDAK BERTEBING: JANGAN BIARKAN PERISTIWA DR.MORSI DI MESIR TERJADI DI MALAYSIA


CnP: Kapten Asri Khalid.


Ketika seramai 31 juta rakyat Mesir memilih Presiden Muhammad Morsi rahimahullah sebagai pemimpin mereka, saya berada di Mesir. Saya melihat segalanya dari dekat.


Sejak hari pertama, satu gelombang "kritikan ganas" pun bermula — terhadap apa yang mereka gelar sebagai "kesilapan-kesilapan Morsi".

Kesilapan itu? Bermula dari ucapan "Bismillahirrahmanirrahim", hinggalah kepada penggerakan tentera ke Sinai.


Seorang penyampai TV menghina Islam – mereka kata "Di zaman Morsi, penyampai TV hina Islam". Seorang ulama Azhar menegurnya dengan keras – mereka kata "Di zaman Morsi, ulama mencarut di TV". Penyampai itu saman balik ulama – mereka pun kata "Di zaman Morsi, penyampai TV saman ulama!"


Morsi solat Subuh berjemaah di masjid – mereka bising: "Kenapa Presiden keluar malam tanpa pengiring? Dia cuai dengan keselamatan negara!"


Morsi hadir dalam majlis rasmi dengan pengiring – mereka bising juga: "Presiden guna sumber negara untuk jaga diri sendiri!"

Dan begitulah, setiap hela nafas Morsi dijadikan modal serangan.


Yang peliknya, bukan sekadar musuh politik yang menyerang. Bukan hanya sisa-sisa rejim Mubarak atau pengampu media Mesir seperti Lamis al-Hadidi, Ibrahim Issa, Amr Adib dan seangkatan.


Tidak. Sebahagian dari mereka yang kononnya pendukung kebebasan, pendokong Syariah, bahkan sebahagian orang soleh, mula sibuk memburu "kesilapan Morsi".

Semuanya demi satu retorik yang hipokrit: “Saya bukan penyokong buta. Saya akan bersuara walau terhadap Presiden yang solat Subuh di masjid!”


Buat pertama kali dalam hidup, mereka dengar hadis “Kalimah benar di hadapan pemimpin zalim” — lalu dengan semangat ‘baru belajar’, mereka latih hadis itu ke atas seorang pemimpin yang adil.


Orang ramai terus-terusan mengkritik Morsi, kabinetnya, dan seluruh pentadbirannya.


Tapi sepanjang satu tahun itu, beliau tetap terus bekerja untuk rakyat:


✔️ Nilai mata wang Mesir meningkat


✔️ Harga roti turun buat pertama kali dalam sejarah


✔️ Syarikat Terusan Suez dihidupkan semula


✔️ Barang keperluan asas kembali mampu dibeli


✔️ Ruang kebebasan mula dirasai rakyat

Beliau berikan rakyat kebebasan bersuara, dan rakyat gunakannya untuk menikam belakangnya.


Kesilapan tukang sapu jalan raya pun dikira "kesilapan Morsi", kerana…

"Umar bin al-Khattab pernah berkata, kalau kambing terjatuh di Iraq, aku takut Allah tanya aku tentangnya."


Akhirnya, selepas setahun, mereka menuduh kononnya Morsi berubah dari seorang pemimpin rakyat kepada ‘syaitan bertanduk’, dan rakyat menerima idea bahawa beliau patut digulingkan, dipenjarakan, dan dihukum.

Dan memang itu yang berlaku.

Morsi dijatuhkan. Dihumban ke penjara. Menteri-menteri yang bantu rakyat, dipenjarakan.


Anak-anak muda yang turun ke medan, dibantai dalam pembantaian Rabaa — di siaran langsung. 

Mayat-mayat diseret dengan jentolak. Masjid penuh dengan jasad syuhada.

Yang masih hidup, digantung. Diseksa hingga berkata: "Kami dilanyak dengan elektrik sampai kami tak rasa tubuh kami lagi…"


Kemudian Morsi wafat – tanpa satu pun dari 31 juta pengundinya hadir untuk memandikannya atau mengkafankannya.

Tapi kisah ini belum tamat.


Kita belum melihat "hero sebenar" dalam kisah ini…

Hero yang dulu lantang bersuara:

"Saya hanya berkata benar!"

"Saya menegur dengan tanggungjawab!"

"Saya bukan taksub, saya tegas dengan prinsip!"

"Saya revolusioner, intelektual, Muslim yang sedar!"


Ya. Hero itulah yang lepas kudeta, bertukar menjadi arnab. Bertukar menjadi tikus, bersembunyi dalam saluran najis. Bisu. Kaku. Hilang dari medan.


Hari ini, Mesir lebih teruk dari zaman Mubarak. Lebih miskin, lebih ditekan, lebih kejam. Tapi “hero-hero mulia” itu diam membisu.


Mereka yang dulu mengutip hadis dan slogan revolusi, kini hanya tahu sebut: "Dengar dan taat kepada Wali al-Amr".


Negara kini hanya membina dua perkara: Penjara untuk rakyat, dan istana untuk presiden.

Media semua milik tentera. Tentera kini jadi penjual kek dan kasut.


Hak bersuara hanya diberikan sekali: “Apa permintaan terakhir kamu sebelum digantung?”


Dan lihatlah hasilnya — hari ini, tiada seorang pun rakyat Mesir daripada 100 juta penduduk berani berkata: “Beri makanan kepada rakyat Gaʐa.”

Kalau ada, tempatnya sudah tersedia: Penjara Tora, Abū Zaʿbal, al-ʿAqrab... atau tali gantung.


Hari ini, Syria menuju jalan yang sama. Kita sedang berdiri di tebing api — sama ada kita padamkannya, atau kita akan jatuh ke dalamnya satu demi satu.


Amjad Yusuf dan rakan-rakannya masih bebas — senjata masih di tangan mereka, dan lubang kubur di Tadamon masih penuh tulang belulang anak muda kita.

Dan penjara Saidnaya belum ditutup.

Ia hanya tunggu giliran — untuk mengurung kita semua, jika kita terus leka.


Hari ini, kita bukan lagi bercakap tentang "kata-kata benar di hadapan pemimpin zalim". Kita sedang hadapi gelombang pemburuan salah yang sangat jijik.


Jika kita masih mahu percaya bahawa ini semua hanyalah “kritikan jujur”, “pendapat bebas”, “tanggungjawab moral” — maka kita hanya menunggu saat kita sendiri ditolak ke dalam lubang yang sama.


Sungguh, bukan setiap “kata benar” membawa kebenaran. Ada kata-kata yang menjatuhkan kita ke neraka.


Dan ada kata-kata yang mengheret seluruh negara ke neraka bersama-sama…


(Ditulis oleh seorang yang peduli dengan kebangkitan ummah)

Wednesday, July 16, 2025

 PEMBOHONGAN BESAR: KES ANWAR – YUSOFF RAWTHER


Dakwaan yang dibuat oleh Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya dilihat sebagai satu lagi episod ulangan tuduhan bermotif politik.


Seperti yang dinyatakan oleh Datuk Dr Siva Ananthan, tuduhan seumpama ini sering kali muncul ketika Anwar berada di ambang kejayaan politik, seolah-olah dirancang untuk menjejaskan imej dan kedudukannya. Namun, terdapat pelbagai keraguan dalam dakwaan tersebut termasuk taktik pengulangan fitnah yang sama dan latar masa yang mencurigakan. 


Kes ini memberi pengajaran penting tentang bahaya eksploitasi dakwaan jenayah demi kepentingan peribadi atau politik. Ia juga menegaskan betapa pentingnya integriti dalam membuat tuduhan, serta keperluan sistem keadilan yang bebas dan telus untuk menilai setiap kes secara adil tanpa dipengaruhi sentimen awam atau tekanan politik.


#MyCommunityNews

#MCN

#ABigLie

#TheAnwarVSYusoffRawtherCase

Sunday, June 22, 2025

 

Nasib Shahidan Kassim & Annuar Musa di dalam PAS



BENARKAH SHAHIDAN KASSIM DITOLAK DI PERLIS?





Jika benarlah berita ini, apabila dari 60 cawangan PAS di Perlis hanya 3 sahaja mencalonkan Shahidan sebagai Timbalan Pas Arau, Shahidan patut berasa malu. Bukan jawatan Timbalan Presiden tapi sekadar jawatan di Arau sahaja.


Sebelum ini Annuar Musa ditolak utk bertanding PRK Kuala Terengganu walaupun beliau juga merupakan Pengerusi Muafakat Nasional.


Maknanya kedua mantan Menteri dari UMNO ini tiada tempat di dlm PAS. Walaupun Shahidan dianggap pencetus gelombang kejayaan PN di Perlis tetapi beliau tetap ditolak ahli PAS utk memegang jawatan parti.


Tanya saya bukan menghairankan. Kita lihat Annuar Musa tidak dicalonkan di PRN Kelantan sebelum ini. Walaupun alasan Annuar fokus pusat tetapi ada suara2 sumbang mengatakan PAS tidak mahu Annuar Musa mengambil seat di dlm DUN.


Shahidan dan Annuar kena tgk sejarah. PN menang 4 negeri, satu negeri pun mereka tidak mahu meletakkan calon Bersatu menjadi Menteri Besar.


Berbeza dgn PH bekerjasama dgn BN. Di Perak walaupun PH menguasai seat DUN tetapi jawatan MB diberikan kpd BN. Begitu juga di negeri Pahang jawatan MB diberikan kpd UMNO/BN.


Di Kelantan barisan Exco hanya seorang wakil Bersatu dipilih. Manakala Ahli Majlis dikatakan 90% dikuasai ahli PAS. 


Shahidan dan Annuar saya anggap hanya melepaskan geram kpd Zahid yg menyingkirkan mereka dari UMNO utk menyertai PAS. Keduanya bukanlah kerana berminat sgt dgn ideologi PAS tetapi hanya dendam kpd mantan Presiden mereka.


Sebagai contoh Annuar ketika berkempen di PRK Nenggiri seolah olah ingin melepaskan dendam dgn menyerang Zahid, sedangkan ia tiada kaitan dgn keperluan penduduk.


Sebenarnya PAS sejak bersama Semangat 46, PKR dan UMNO, mereka menunggang parti2 ini. Setiapkali hasil kerjasama berlaku bukan S46, PKR atau UMNO yg untung tetapi PAS yg mendapat impak dari gabungan tersebut.


PAS berjaya mencuri ahli S46, PKR dan UMNO…ketiga tiga parti ini kehilangan ahli apabila PAS berjaya mengambil kesempatan dgn menjanjikan syurga.


Percayalah kata2 saya… lambat laun BERSATU akn menjadi mangsa terbaru PAS. Lihat sahaja PAS tidak mahu lantik MB dari BERSATU, Muhyiddin kena akur.


Percayalah juga kata2 saya Shahidan dan Annuar tidak akan kekal lama di dlm PAS. Shahidan dan Annuar akn sedar mereka diambil kesempatan walaupun pada awalnya kedua veteran politik ini yg mahu mengambil kesempatan.


Ku Li kata PAS ‘pelacur politik’, Muhyiddin kata PAS parti ajaran sesat dan Mahathir kata PAS parti kafir. Tapi Muhyiddin dan Mahathir tiada pilihan utk survival politik mereka dgn terpaksa menyokong PAS.


Sebab itu Zahid bijak, jika UMNO ingin bersama PAS pada PRU akn dtg kerusi incumbent pasti PAS tidak mahu serahkan kpd UMNO. Paling kuat UMNO boleh bertanding 30 kerusi. Pastinya PAS yg semakin kuat dan berkembang dan UMNO semakin lemah dan menguncup.


Muhyiddin dan Mahathir ingin mempergunakan PAS tetapi sebenarnya PAS lebih mempergunakan kedua mereka. 


Percayalah juga kata2 saya suatu hari nanti Mahathir, Muhyiddin, Annuar Musa dan Shahidan akn menyesal dan meninggalkan PAS. Mereka tiada roh PAS…tak nampak real. 


Simpan artikel pendek ini… firasat saya mengatakan suatu hari nanti keempat mereka bukan sahaja meninggalkan PAS malah memusuhi PAS.


CnP

Norman Radzuan




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.