Saturday, September 18, 2021

Punca Air Con Tak Sejuk

 Nampak kecil tapi boleh buat kita rugi ratusan ringgit binatang ni... cerita dia minggu lepas aircond kereta x sejuk.. kadang2 sejuk.. bawak pegi bengkel.. konfiden kedai ckp kompresor rosak.. mmg dh siapkan bajetla nk untuk buat aircond.. total kena RM477 tukar kompresor rekon.. 


Lepas tukar pakai ok.. aircond sejuk.. tak sampai sehari aircond jadi balik kejap sejuk kejap panas..


Esok pegi balik kedai.. kedai buat-buat chek.. kata motor kipas aircond dah rosak.. Ok...kitapun bodoh xtau.. tukar jela motor kipas aircond RM110... lepas pasang ok.. sejuk.. x sampai sehari jadi balik..


Tiba-tiba dalam kepala otak terfikir pasal relay.. hari ni pegi sendiri kedai spare part cari binatang ni harga RM18.. Cabut sendiri dan pasang sendiri..


Alhamdulillah aircond sejuk balik.. time ni nak claim balik duit tukar kompresor dgn motor dah  x guna.. 


Total buat kedai RM587.. berbeza total buat sendiri RM18 je.. nampak x permainan kat situ.. so, kalau kereta korang ada masalah aircond kurang sejuk.. try dulu tukar sendiri binatang ni.. RELAY nama dia..


Sumber :  Wan

Monday, September 13, 2021

 

Catatan yang tersurat dan tersirat

CERITA TERSEMBUNYI 

Gambar ini menunjukkan
Perdana Menterinya, Najib Razak.
CERITA atau kisah yang tersirat lebih banyak daripada cerita dan kisah yang disurat. Seperti apa yang berada di balik gunung dan di atas puncaknya, lebih menarik, indah, unik dan mengkagumkan daripada apa yang ada di bawah atau di hadapannya. 

Kadang-kadang yang terselindung itu menakut dan menyeramkan. Hakikat ini sudah lumrah.

Dan kita pula hanya tahu apa yang tersurat dan disurati sahaja, sedangkan yang tersirat apa lagi yang sengaja disembunyikan atas nama rahsia masih banyak. 

Kadar pengetahuan dan radar pemandangan kita juga amat terhad. Walhal yang tersirat itu lebih indah ataupun menggerunkan.

Begitulah juga dengan kisah dan ceritera yang tersirat atau berlaku disebalik penurunan Mahiaddin Yassin sebagai perdana menteri yang dibuat secara terpaksa tempoh hari.

Yang tersurat dan diketahui kenapa beliau terpaksa meninggalkan kerusi “emas” itu, kerana beliau sudah hilang sokongan apabila 15 orang ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepadanya. Pada masa sama beliau pengecut pula untuk membawa usul undi percaya kepadanya di Parlimen.

Tindakan menarik sokongan itu diketuai oleh ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan diyakini ia mendapat sokongan padu oleh ahli Parlimen Pekan yang juga bekas presiden Umno Najib Razak. Yang tersirat diyakini kejadian itu diaturkan demikian rupa. Maknawi yang tersirat ramai yang tidak tahu.

Motif Tersendiri.

Yang tersirat disebalik penarikan sokongan 15 MP Umno itu, adalah kisah yang tersirat. Ia ada motif tersendiri disebalik langkah itu dengan memberi alasan tersuratnya ada tujuh sebab kenapa Umno (kemudian hanya 15 MP sahaja) yang tarik sokongan.

Alasan utama penarikan sokongan itu kononnya kegagalan Mahiaddin sebagai perdana menteri menangani Covid, memulihkan eknonomi, tidak patuh titah Yang di-Pertuan Agong agar parlimen dibuka untuk persidangan seberapa segera.

Alasan lain diberikan Mahiaddin, kerana gagal atau enggan memenuhi tuntutan Umno, salah satunya agar diberikan moratarium secara automatik kepada peminjam bank seperti PKP 1:0 dan pengeluaran wang KWSP menerusi I-Citra secara langsum RM10,000.

Yang tersirat disebalik tindakan dan aksi itu ia adalah strategi Umno mahukan jawatan PM itu kosong. Kekosongan jawatan PM itulah yang diidam-idam dan diutamakan. Dalam hal ini, ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob (Mail Beranoko) hanya dijadikan toys, atau alat ataupun umpan semata-mata. Yang tersirat adalah nawaitu Zahid dan Najib, inginkan jawatan itu.

Ternyata taktik Umno tarik sokongan itu menyebabkan Mahiaddin terkesan dengan ancaman itu. Lantas beliau mencari helah dan ikhtiar (yang sudah dipasang Umno juga), dengan melantik Mail Beranoko  sebagai TPM. Dipercayai persetujuan Mahiaddin melantik Mail Beranoko itu, ia juga idea dan perancangan Umno yang halus.

Mahiaddin mengira dengan pelantikan Mail Beranoko kedudukannya selamat. Tanpa beliau sedari diam-diam beliau sebenarnya diberikan jaminan kosong oleh Mail Beranoko, apabila tidak semua 26 ahli Parlimen Umno yang diumumkan Mail Beranoko menyokongnya. Mail Beranoko berjaya memperdayakan Mahiaddin apabila melantiknya sebagai TPM.

Bagi Mail Beranoko dan Umno, pelantikannya memberi separuh kuasa kepada Umno dalam kerajaan PN yang bercita-cita untuk menguasai semula kerajaan. 

Sebab dan taktik itulah yang tersurat. Zahid dan Najib setuju dengan pelantikan songsang Mail Beranoko itu. Dikatakan songsang dan ganjil kerana Mail Beranoko bukan presiden parti, tetapi hanya selaku Naib Presiden sahaja. Tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada sesuatu.   

Mail Beranoko yang berasakan mujur dengan perkembangan itu persis orang mengantuk disorong bantal menerima pelantikan itu tanpa bantah dan senyum melebar hingga ke telinga. Baginya yang belum ada rekod cemerlang dalam kerjaya politik dapat mencatat sejarah buat dirinya dengan pelantikan itu. Apa tidaknya jawatan tertinggi yang menjadi cita-cita semua orang politik yang tidak gila.

Untuk menggambarkan semua agenda berjalan lancar, beliau memberi tahu, soal pelantikannya, beliau sudah bincang dengan presiden dan “Bossku” Najib Razak terlebih dahulu. Ertinya kedua orang itu merestuinya menerima jawatan itu, sedangkan dalam masa sama kerajaan itu dibentuk tanpa persetujuan Umno peringkat bawahan. Keputusan Umno menerusi PAU tidak mahu bersekongkol dengan Bersatu. Bukankah menjadi TPM kepada Mahiaddin itu sebagai bersengkokol?

Kegagalan Mahiaddin.

Mahiaddin pula gagal membaca startegi ini meyebabkan beliau terperangkap. Pelantikan Mail Beranoko itu tidak menyelesaikan masalahnya. Ia tidak menjamin kedudukannya sebagai PM tidak tergugat. Apa yang berlaku sebaiknya pelantkan Mail Beranoko itu makin mengusutkusaikan keadaan. Setelah menyedari itu, untuk menyelamatkan dirinya Mahiaddin cuba membentuk naratif baru, dengan mengajak pembangkang bersamanya.

Yang tersirat, sebelum menerima ancaman Umno dan ia menjadi kenyataan, sudah ada pihak Mahiaddin cuba membuat naratif politik baru dengan pembangkang, PH. Wakil Mahiaddin dipercayai Hamzah Zainuddin sudah berjumpa dan berbincang dengan Anwar Ibrahim dalam rangka membentuk naratif baru. Malangnya perbincangan itu gagal apabila Anwar menolaknya? Hal ini sesuatu yang tersirat.

Atas kegagalan itu maka Mahiaddin buat strategi lain. Beliau membuka kerjasama dengan lebih luas dan terbuka dengan pembangkang PH. Sebelum beliau membuat pengumuman (tawaran) terbuka, terlebih dahulu Mahiaddin menerusi wakilnya mengadakan perbincangan dengan pembangkang, DAP sebagai perintis. Beberapa orang pemimpin DAP berjumpa dan berunding dengan Tengku Zafrul Aziz atas alasan untuk pemulihan ekonomi negara, tetapi sebenarnya mewujudkan CSA (perjanjian sokongan) dengan DAP.

Difahamkan 10 orang ahli Parlimen DAP, diketuai Tonny Phua, Lim Guan Eng dan lain-lain bersetuju untuk mengadakan CSA dengan Mahiaddin. Yang tersirat disebalik CSA ini untuk menyelamatkan diri pemimpin DAP daripada tindakan mahkamah. Mereka bermaksud kalau menyokong kerajaan Mahiaddin dengan CSA, mereka akan terlepas daripada dikenakan tindakan. Malangnya cadangan CSA itu ditlolak oleh Majlis Presiden PH.

Tangkai kuasa.

Penolakan itu menjadikan Mahiaddin kecewa dan dilanda kebimbangan akan hilang jawatan. Beliau juga sudah menghidu tangkai kuasa politiknya makin rapuh dan memburuk. Akhirnya tidak ada pilihan lain selepas semua usahanya gagal, dia mengambil keputusan meletakkan jawatan. Peletakan jawatan ini dibuat selepas tawaran pelan kerjasama politik meretasi ideologi ditolak secara total. 

Peletakan jawatan PM oleh Mahiaddin secara tidak ikhlas dan sungguh mengecewakannya. Beliau dua kali kecewa, pertama gagal mengajak PH bersetuju untuk menyokongnya menerusi SCA, dan kedua apabila Mail Beranoko gagal membawa sokongan kepadanya daripada Umno sepenuhnya.

Teka teki dan hal-hal tersirat terus terdedah di sebalik peletakan jawatan Mahiaddin dan pelantikan Mail Beranoko sebagai TPM kemudian menlonjak ke jawatan PM. Sebenarnya Mahiaddin tidak rela hati sepenuhnya dengan pelantikan Mail Beranoko, tetapi sokongan itu kerana beliau tidak ada pilihan lain. Mahiaddin ada pilihan dari kalangan partinya sendiri seperti Azmin Ali atau Hamzah Zainuddin tetapi mereka tidak ada kekuatan.

Sandiwara Zahid Hamidi.

Sehari sebelum Yang di-Pertuan Agong memanggil ketua-ketua parti untuk mendapat kata putus dan persetujuan untuk melantik perdana menteri baru, Mahiaddin telah menghubungi Anwar Ibrahim secara peribadi. Tujuannya untuk mengajak PH bergabung dengan Bersatu bagi membentuk kerajaan baru. Tujuan Mahiaddin ini mahu menghalang jajaran politik baru antara Umno dengan PH yang ura-urakan tetapi tidak menjadi itu.

Pelawaan Mahiaddin itu tidak disambut oleh Anwar, kerana Mahiaddin masih lagi mahu menjadi PM. Alasan Anwar menolak rancangan itu kerana ia tidak munasabah, setelah meletak jawatan, masakan hendak pegang PM sekali lagi. Seandainya jawatan PM ditawarkan kepada Anwar mungkin terwujud kerjasama politik antara Bersatu dengan PH, sekaligus memulangkan semula “mandat” rakyat yang dikhianati. Itu munasabah.

Penolakan Anwar itu menyebabkan Mahiaddin tidak ada pilihan lain. Demi untuk mengelakkan jawatan PM terlepas kepada PH maka beliau terpaksa menyokong Mail Beranoko.

Yang untungnya Mail Beranoko. Tetapi yang tersirat kurang menyenangkan Mail Beranoko walaupun beliau sudah dipilih sebagai calon PM. Rupa-rupanya dicelah itu Zahid mengimpikan jawatan itu untuknya. Tanpa memintanya secara nyata beliau mahukan namanya dicalonkan sebagai PM. Bagaimana pun Mahiaddin menolaknya begitu juga sebahagian daripada ahli Parlimen Umno yang bukan dari kluster mahkamah.

Lantaran itu Zahid berputih mata dan berkering gusi, demi untuk memastikan jawatan PM diperolehi Umno, maka Zahid akur menerima Mail Beranoko sebagai PM walaupun hati kecilnya menolak.

Nampak disini macam mana licit dan berkehendaknya Zahid Hamidi. Sebab itulah sebaik mengangkat sumpah menjadi PM, Mail Beranoko tidak bergegas ke kediaman Zahid tetapi "berunga" menghadap Mahiaddin di Bukit Damansara. Menjelaskan disini Mail Beranoko lebih tunduk dan berterima kasih kepada Mahiaddin berbanding dengan presiden partinya Zahid.

Bukti lain dalam penyusunan kabinet Mail Beranoko tidak memenuhi kehendak Zahid dengan mengenepikan orang-orang Zahid seperti Shamsul Anuar NasarahAhmad Jazlan Yaakob dan Ahmad Maslan. 

Kelentong dan hipokrasi politik Zahid Hamidi terdedah sekali lagi. Apabila beliau tidak disokong untuk jadi PM, khalayak di luar sana menganggap beliau bersama 14 orang ahli Parlimen akan memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim. Dengan mengira Anwar sudah mendapat 105 sokongan solid daripada pembangkang dan Bebas, Anwar sekurang-kurangnya mendapat 120 undi atau suara. 

Orang-orang Keadilan khasnya dan PH amnya sudah mula bersorak gembira kerana menjangkakan Yang di-Pertuan Agong akan mengeluarkan surat watikah pelantikan PM kepada Anwar Ibrahim.

Sesuatu yang sangat tragis dan ini celaka besar berlaku sewaktu ketua-ketua parti keluar daripada Istana Negara selepas menghadap Agong berlaku sandiwara hebat pelakonya Zahid Hamidi. Sewaktu keluar dari pintu pagar Itsana Negara kenderaan ketua-ketua parti berjujutan. 

Kenderaan yang membawa Anwar berada di hadapan dan diikuti kenderaan yang membawa presiden Umno, Zahid. Kenderaan membawa Zahid memberi signal lampu beberapa kali kepada kenderaan yang membawa presiden Keadilan, Anwar Ibrahim. Ia minta mendahuluinya.

Sebaik kenderaan membawa Zahid setentang dengan kenderaan membawa Anwar, kenderaan Zahid berhenti dan beliau menurunkan cermin sambil mengangkat tabik kepada Anwar, seraya berseru dengan tangan masih di dahi Zahid dilaporkan berkata; "you are my prime minister." 

Tabik hormat daripada Zahid itu sungguh menyenangkan dan satu congratulations awal untuk Anwar daripada seorang dianggap adik, sahabat dan rakan seperjuangan. Menerima itu tentulah bergegar jiwa Anwar dan menganggap Zahid bersama 14 orang Umno memberi sokongan kepadanya. 

Berpegang kepada tabik hormat dan congratulation itu, Anwar pulang dengan penuh kesyukuran. Mungkin sehingga malam Anwar tidak tidur mengenangkan apa yang berlaku pada hari-hari seterusnya dan kata-kata Zahid you are my prime minister menghiburnya.

Orang-orang dekat dengannya dan dapat mencuri pandang dengan peristiwa di pintu Istana Negara itu berasa bangga dan berterima kasih kepada Zahid. Bersumber "sunnah" Zahid Hamidi harapan telah diletakkan bahawa Anwar akan muncul sebagai perdana menteri.

Malangnya tidak sampai 48 jam selepas itu, semua harapan menggunung tinggi dan congratulation sebesar bukit Qaf daripada Zahid itu hancur lebur apabila Zahid bersama 14 ahli parlimen yang dianggap akan memberi sokongan kepada Anwar tidak berbuat demikian. Zahid bukan ikhlas dengan Anwar tetapi terus mempermainkan bapak Reformis itu. 

Zahid Hamidi tidak menyokong Anwar untuk jadi PM, sebaliknya terpaksa menyokong Mail Beranoko. Apakah Zahid sangat kedekut dan sengaja mahu mepermainkan Anwar untuk kesekian kalinya, atau kerana apa?  

Apakah Zahid ada memohon untuk Anwar melepaskan kes-kes mahkamahnya sekiranya Anwar jadi PM, dan Anwar tidak sedia akur? Meminta sebuah kejahatan daripada Anwar, tidak akan tertunai selamanya. Kepada Zahid dan sesiapa sahaja, mintalah sebuah kejujuran dan keikhlasan daripada Anwar, hatta dibalas dengan pengkhianatan kemudiannya beliau akan menunaikannya.  

Sekian catatan yang tersurat dan tersirat. [wm.kl.12: 13 pm 08/09/2021]

 

MoU: Zahid, Najib boleh ke penjara, Azmin tidak boleh paksa jadi TPM, kata Tony Pua

 


Dengan memorandum persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermakna, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak lagi boleh menekan agar beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Setiausaha Komunikasi DAP, Tony Pua juga berkata, MoU yang dimeterai semalam itu juga bermakna, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini berpeluang ke penjara kerana tidak akan ada lagi campur tangan kerajaan dalam perbicaraan di mahkamah.

“Dengan mengukuhkan kedudukan beliau sebagai PM melalui MoU, Ismail Sabri kini berada dalam kedudukan yang lebih kuat untuk menolak sebarang ancaman dan tuntutan oleh kluster mahkamah Umno dan kleptokrat, yang diketuai Najib Razak dan Zahid Hamidi, yang juga Umno Presiden.

“Sebaliknya, jika MoU tidak ditandatangani, tangan Ismail akan dilemahkan dan dia terpaksa mengalah atas permintaan kleptokrat.

Tony Pua

“Dengan adanya MoU yang ditandatangani, kami berharap Ismail Sabri tidak lagi perlu mengambil perhatian dengan berita yang dilaporkan kononnya beliau akan melantik Najib Razak sebagai ‘penasihat ekonomi’ kepada PM,” katanya dalam tulisan beliau.

Ahli Parlimen Damansara itu berpendapat Ismail Sabri juga selepas ini tidak lagi boleh diasak untuk mempengaruhi prosiding kehakiman atau pejabat Peguam Negara untuk menarik balik tuduhan yang tertangguh dalam kluster mahkamah, termasuk perbicaraan rasuah Najib dan Zahid.

“Saya hanya mahu satu perkara sahaja, tidak sabar untuk melihat kedua-duanya, Najib dan Zahid masuk penjara,” ujarnya.

Tony juga berkata, yang lebih menarik juga, Ismail Sabri juga tidak perlu lagi melayan sebarang permintaan dari kem Azmin Ali untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Ini kerana sebarang ancaman oleh puak Azmin Ali untuk memusnahkan kerajaan yang ada, tidak lagi ada kredibiliti,” tambahnya lagi.

Petang semalam, pemimpin PH dan kerajaan Ismail Sabri menandatangani MoU bersama untuk memberikan kestabilan politik bagi melawan Covid-19.

MoU Tranformasi dan Kestabilan Politik itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno berkata, MoU tersebut membentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

MoU yang dimeterai semalam dilihat tidak akan ada lagi campur tangan kerajaan dalam perbicaraan di mahkamah.


Thursday, September 9, 2021

 

Dr Mahathir Terkurung Dalam Azab Yang Cukup Pedih

 

Cuba kita bayangkan, selepas kita bercakap, bukan sahaja orang tak percaya dengan apa yang kita cakap, tapi kita ditertawakan, malah, kita dikecam.

Cuba pula kita bayangkan, bila kita sangat-sangat berkeinginan kepada sesuatu, selepas berbagai usaha kita lakukan, tapi kita masih gagal untuk memilikinya.

Lebih teruk lagi bila ianya telah pun kita miliki, tetapi, atas kesilapan sendiri, segala-galanya hilang sebelum puas kita nikmati.

Cuba bayangkan yang ini pula, seseorang yang sangat kita benci, dengan dendam yang penuh kesumat di dalam hati, tetapi orang itu mendapat pujian dan menjadi sebutan orang ramai.

Bagaimana agaknya untuk kita lalui semua itu dalam kehidupan kita?

Bagi Makcik Kiah, satu dari salah tiga keadaan itu dah cukup menyeksakan, apa lagi kalau ketiga-tiganya berlaku secara serentak.

Tapi, itulah yang sedang dilalui oleh manusia yang bernama Mahathir bin Mohammed.



Dahulu beliau disanjung, malah dianggap sebagai penyelamat Malaysia.

Tetapi kini, apa sahaja yang beliau katakan, apa sahaja yang beliau lakukan, menjadi kecaman awam.

Mungkin Dr Mahathir lupa, dunia sekarang sudah tidak sama dengan keadaan 22 tahun beliau memerintah dahulu.

Dahulu, sebagai Perdana Menteri, segala-galanya boleh beliau kawal.

Maklumat yang sampai kepada rakyat, boleh ditapis.

Rakyat hanya dihidangkan dengan cerita-cerita indah mengenai Dr Mahathir.

Manakala segala pekong yang beliau lakukan, seperti isu FOREX, 'bail out' syarikat anak-anak dan kroni, monopoli projek kerajaan oleh anak-anak dan kroni boleh disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Tetapi sekarang, segala maklumat di hujung jari, tepat dan pantas.

Apa yang berlaku di Amerika Syarikat, lebih 10,000 km dari sini, beritanya akan sampai ke Malaysia dalam masa kurang dari 5 minit.

Lagi menarik, apa yang kita ucapkan atau lakukan saat ini, rakyat boleh buat perbandingan dengan apa yang kita ucapkan atau lakukan 30 atau 40 tahun yang lepas.

Terbaharu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, seseorang itu tidak boleh menjadi jutawan selepas menjadi Perdana Menteri, kalau itu berlaku, hartanya boleh dirampas.

Baca di sini:


Walau pun Dr Mahathir tidak menyebut nama sesiapa secara khusus, tapi umum tahu siapa yang beliau maksudkan.

Kalau Dr Mahathir lupa, Makcik Kiah hendak ingatkan balik.

DS Najib, sebelum beliau aktif dalam politik lagi, beliau memang berasal dari keluarga bangsawan.

Dari sebelah ayah DS Najib, Allahyarham Tun Razak, adalah Orang Kaya Empat Pahang, dah nama gelaran keluarga pun Orang Kaya Empat, faham-faham sajalah.

Dari sebelah ibu DS Najib, Allahyarhamah Tun Rahah, adalah anak kepada Allahyarham Tan Sri Noah, seoarang hartawan dan bangsawan Johor.

Jadi, tidak menghairankan bila keluarga DS Najib adalah golongan hartawan kerana mereka memang dilahirkan dalam keluarga hartawan dan didedahkan dengan budaya perniagaan sejak kecil lagi.

Yang menjadi kemusykilan ialah apabila Dr Mahathir dan anak-anak beliau menjadi 'billionaire' selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, sedangkan Dr Mahathir tidak mewarisi apa-apa kekayaan atau didedahkan dengan budaya perniagaan, sama ada dari sebelah ayah atau ibu beliau.

Allahyarham beliau hanyalah seorang Pengetua sekolah, manakala Allahyarhamah beliau pula hanyalah seorang surirumah.

Jadi, dari mana datangnya kekayaan Dr Mahathir dan anak cucu beliau?

Ingat, bila Allah SWT masih lagi menutup hijab keaiban kita, itu tidak bermakna kita suci dan orang lain kotor belaka, tetapi Allah SWT mahu kita insaf, segala yang ada di sekeliling kita boleh hilang sekelip mata dengan kehendakNya.

Tetapi, bila ada petanda hijab keaiban kita mula dibuka, maka itu tandanya Allah SWT mahu kita segera bertaubat dan meminta ampun kepada orang yang pernah kita zalimi, dan bukan bertindak sebaliknya.

Insaflah Dr Mahathir, Makcik Kiah tak kata Dr Mahathir langsung tidak ada jasa pada rakyat dan negara tapi kalau diletak di atas neraca, kerosakan yang Dr Mahathir lakukan, jauh lebih banyak dari jasa yang peenah diberikan.

Fikirkanlah, kenapa Allah SWT berikan umur yang panjang.

Kalau Dr Mahathir rasa ianya adalah untuk memberi peluang supaya bertaubat, bertaubatlah tapi kalau Dr Mahathir rasa ianya adalah untuk menyiksa akal, hati dan nurani Dr Mahathir, teruskanlah teekurung dalam azab yang cukup pedih itu.

Wednesday, September 8, 2021

 Baca lah sampai habis supaya kite boleh buat penilaian sendiri ...


 *** 

TEORI JATUH BANGUN BANGSA MENURUT MAHAGURU IBNU KHALDUN

***


ADA APA DENGAN ISMAIL SABRI?...


1. Kelmarin 21 Ogos 2021 lengkap sudah acara angkat sumpah PM9. Ramai yang kecewa, ramai juga yang raikan. 


2. Saya dah jangka, Sultan Nazrin sebagai Timbalan YDPA akan bagi kenyataan berkaitan perlantikan DSIS ini. Selalunya titah dan teguran Baginda diberi dalam Khutbah Jumaat Negeri Perak. Tapi kali ini diselitkan isu polemik politik negara dalam titah Konvokesyen secara maya Universiti Sultan Azlan Shah. Massage nya simple. Suruh kita rujuk Ibn Al Khaldun dalam buku “Muqaddimah: Mula dan berakhirnya sebuah empayar/ negara”. Sebab level Sultan Nazrin level mantik Oxford dan Harvard, saya cuba decipher atau  jelaskan dalam bahasa rakyat biasa macam kita.


3. Siapa Ibn Khaldun? Nama saja Arab tuan puan. Tapi bukan orang Arab ya. Dia lahir di Tunisia, di utara Afrika. Keluarganya berhijrah ke Andalusia. Mereka ini pegang jawatan tinggi dalam Kerajaan. Namun kena pulang ke Tunisia selepas kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. Memandangkan keluarganya level T20, Ibn Khaldun dapat belajar di sekolah terkemuka. Mula-mula dia bekerja sebagai penjawat awam. Sampailah dia jadi ilmuwan dan pensyarah di Kaherah, Mesir. Disini dia tulis pelbagai teori terkenal. Sampai la diangkat jadi Ketua Hakim Negara.


4. Kenapa dia famous dan dirujuk? Bukan saja dunia Islam tapi juga dunia Barat. Pertama kali dia jadi famous dan meletup ketika Presiden Amerika, Ronald Reagan rujuk teori ekonomi Ibn Khaldun dalam polisi ekonomi Reaganomic. Ada yang kata dialah yang mulakan teori ekonomi supply and demand, 400 tahun sebelum Adam Smith. Bila Presiden Amerika ini quote Ibn Khaldun dalam ucapan beliau, tergamam satu Amerika. Sebab first time dengar. Sejarahwan namakan buku beliau “Muqadimmah” buku terulung dalam sejarah untuk belajar peradaban dunia. Sampai namakan Ibn Khaldun  Social Scientist pertama.


5. Teori Ibn Khaldun simple sebenarnya. Dia percaya mana-mana negara/ empayar macam manusia. Mula-mula lahir, membesar dari remaja ke dewasa dan last-last akan mati. Jatuh dan bangun negara/ empayar adalah satu pusingan yang berulang-ulang. Aturannya ada 5 peringkat: 


(1) “assabiyah” /penyatuan; 

(2) “kepimpinan berpusat”- oleh pemimpin masyarakat

(3) “leka” kerana kejayaan- hilang nilai;

(4) “status quo”- hilang motivasi 

(5) “hilang penyatuan dan negara musnah”,


6. Peringkat pertama “ASSABIYAH”. Kata dasarnya “Assab” maknanya “untuk mengikat”/ “To bind”. Ini motivasi bermulanya satu negara/ empayar. Selalunya bila ada ancaman luar. Penduduk negara akan bersatu padu nak melawan penjajah. Satu hati, satu jiwa hingga mereka berjaya. Selepas berjaya, lahirlah sebuah negara. Rakyat bebas merdeka.


7. Masuk peringat kedua ialah “personalized leadership”. Rakyat memilih pemimpin dan pemerintah, letak kepercayaan pada mereka memimpin negara. Sampai la ke peringkat ke tiga. “Leka” ini pada beliau bila mana penduduk negara bila dah merdeka, dah mula ada sikap indivualistik. Sukakan kebendaan dan kemewahan. Mula la nak lawan2 antara mereka. Competitive tak bertempat. Mereka letak nilai diri pada harta yang ada. Duit jadi nombor satu di mata mereka.


8. Makanya, sebab unsur nakkan kemewahan melampau ini, masuk la peringkat keempat. Bila penduduk empayar/ negara suka benda mewah tanpa ukur baju di badan sendiri, makanya akan mula hilang nilai dan motivasi. Sebab perlu menunjuk-nunjuk, semua dah tak kira. Rasuah dan salah guna kuasa berleluasa. Sebab kaya itu segalanya. Dia juga kata, masa tu politik dan pemimpin yang akan mula pecah belahkan masyarakat. Sebab pemimpin hanya nakkan kuasa dan harta. Motivasi bina itu mula kurang daripada nenek moyang. Makanya, masuklah peringkat kelima: negara mula musnah dan empayar akan hilang.


9. Dia juga kata jatuh dan bangun satu empayar atau negara bukan sebab faktor luar. Sendiri bikin jua. Dia rujuk empayar Islam Sepanyol pada kurun ke-13. 6 kurun lamanya empayar ini segar bugar. Ekonomi maju, ilmuwan bersepah. Sampai jadi rujukan semua di dunia. Dari ilmu perubatan, matematik dan falsafah. Ada scholar cakap Eropah takkan maju seperti sekarang tanpa taklukan ke atas Andalusia. Library Cordoba dikatakan “a wonder of the world”. Beri mereka segala jenis ilmu yang dipelopori oleh ilmuwan Muslim, yang boleh ditiru untuk bawa pulang ke negara mereka. 


10. Masa itu juga, kesatuan agama dan bangsa dalam Empayar Islam Sepanyol sangat kuat. Antara masyarakat hargai perbezaaan. Ada Kristian, Yahudi dan Islam. Saling memahami, saling bertoleransi untuk bangunkan empayar. Mereka maju dan terkenal seantero dunia. Sampailah satu tahap, zaman Sultan Muhammad XII of Granada, empayar ini mula merudum. Bila mana harta jadi dambaan. Rasuah dan salah guna kuasa yang merosakkan negara. Ramai yang tak tahu empayar Andalusia punah tanpa peperangan. Sultan Muhammad XII hanya serahkan kunci empayar kepada pemimpin tempatan dan cium tangan bakal Raja dan Permaisuri Sepanyol. Pemerintah Islam naik kuda dan keluar begitu sahaja..


11. Itulah teori dalam Muqaddimah yang Ibn Khaldun bawa. Jatuh bangunnya sebuah empayar. Selepas teori dia ni meletup di barat pada awal tahun 60-an, ada la banyak scholar test power teori ni. Salah satunya sejarahwan terkenal Arnold Toynbee. Dalam bukunya “Study of History” dia ceritakan dia test power teori ni dengan 26 peradaban/ empayar/ negara. Eerily and strikingly sama semuanya. Peringkat bangun dan jatuh sebuah negara/ empayar serupa saja patern nya. Sebijik macam yang Ibn Khaldun cakap dalam buku Muqaddimah.


12. Untuk zaman moden pula, ada scholar lain, Giovanni Arrighi gunakan teori Ibn Khaldun ini untuk buat perbandingan. Dia buat telahan, Amerika akan jatuh dan China akan bangkit sebagai kuasa baru dunia. Sekarang kita dah boleh nampak ada benarnya. Ada yang kata, zaman Presiden Trump dah mula tunjukkan peradaban Amerika dah mula tenggelam. Bila dollar dan sen yang dikira, salah guna kuasa berleluasa. Isu agama dan bangsa pula jadi centre stage. Kalau kita kaji sendiri, macam memang benar belaka. Apa yang Arrighi kata.


13. Baru ni kita tengok Afghanistan, selepas 20 tahun jatuh di tangan Taliban. Negara ni lagi kesian. Ia digelar Kubur Segala Empayar (Graveyard of Empires). Sejarah menunjukkan tiada satu empayar pun boleh kekal lama di sana. Rakyatnya pula sentiasa merana. Apa salahnya? Simple, refer balik kepada teori Ibn Khaldun tadi. Lepas Afghanistan dilepaskan dari Taliban 20 tahun dulu, Amerika belanja hampir USD80 billion untuk bina negara. Mereka bagi rakyat pilih pemimpin dan bangunkan askar sendiri. Pada tahun ini sebelum Taliban masuk, negara ini merekodkan ada 300 ribu askar yang dibayar Kerajaan. 


14. Namun, yang betul-betul jadi askar pertahan negara hanya 90 ribu orang. Yang lain hanya ghost soldier. Maknanya, guna IC collect gaji tapi orang nya tiada. Masa Taliban masuk minggu lepas, askar sendiri cabut uniform dan cabut lari. Presidennya dikatakan lari ke UAE dengan bawa cash beratus juta. Menyorok di sana. Belum sempat rakyatnya bahagia ada kebebasan bernegara, jatuh pula di tangan Taliban. Angkara pemimpin durjana dan salah guna kuasa. 


15. Apa kaitan Ibn Khaldun punya teori dengan Malaysia? Tu la level mantik yang Sultan Nazrin nak kita paham. Kita tengok cycle teori Ibn Khaldun ni berulang-ulang di negara kita. Dari mula nak merdeka, “assabiyah” atau penyatuan itu kuat. Yang pergi rombongan ke London mintak kemerdekaan bukan sahaja Tunku Abdul Rahman. Turut dianggotai yang bukan Melayu iaitu Kolonel H.S Lee dan Tuan H.S Tan. Di samping yang tak masuk rombongan, Tun VT Sambhatan dan Tun Tan Cheng Lock. Mereka bantu Tunku menyatu padukan negara pelbagai kaum.


16. Then come 13th May 1969, Malaysia punya titik hitam. Sengketa kaum yang dahsyat. Sensitif untuk diungkit tapi kita boleh belajar. Jangan ada yang racist pula komen kaum mana bersalah. Saya akan nyahkumankan dari wall ini. Itu bukan pokok pangkalnya di sini. Ibn Khaldun kata lepas suatu negara merdeka, mereka akan “leka” dengan dunia. Akan ada sikap indivualistik nakkan kemewahan. Dan lepas itu politik akan jadi centre stage. Politik akan pecah belahkan masyarakat sampailah berpuak-puak. Yang penting, kita boleh confirmkan teori Ibn Khaldun itu betul.  1969, gap ekonomi antara kaum sangat luas. Itu yang trigger pecah belah. Habislah punah kesatuan masa merdeka. 


17. Namun zaman 90-an kita bangkit semula, Malaysia digelar the “Tiger of Asia”. Masa tu dalam TV pun kita boleh tengok antara kaum bercampur. Pi Mai Pi Mai Tang tu, ada India dan juga Cina. Ada moto “bersih, cekap, amanah”. Masa tu Tun dan Anwar pun masih geng buddy-buddy. Melayu pun tak pecah belah. 


18. Seterusnya, kita dah mula nampak negara mula goyang. Dari zaman Pak lah sampai la you know who. PM ini jadikan moto politiknya “Cash is King”. Katanya bagi cash pada Rakyat, itu cara politik baru. Makanya, sebab perlukan duit banyak, kes 1MDB meletup. Jho Lo yang syok berjoli, hutang negara pula lubang digali . Bilamana harta dan kuasa jadi centre stage, apa peringkat seterusnya yang Ibn Khaldun cakap? Peringkat ke 4: Politik gila kuasa akan mula pecah belahkan masyarakat. Makanya kena resort la kepada politik divisive, guna kaum dan agama sebagai centre stage. Takut sebenarnya, bila kita kaji teori Ibn Khaldun ni benar belaka. Kena pula atas batang hidung sendiri, di Malaysia. 


19. Materialistik dan cinta kebendaan ini buat masa ni dah macam jadi normal dalam masyarakat kita. Makan babi dan minum arak jijik didengar, pantang nenek moyang kita. Tapi rasuah macam takde makna. Semua macam rilex saja, sampai malas nak dengar dah. Kalau di China hukumnya kena tembak mati. Di Malaysia yang dijatuh hukum rasuah dan salah guna kuasa pun digelar Bossku. Ramai yang kenot brain kenapa lagu tu.


20. Apa yang kita belajar, pertamanya, kemewahan tanpa had itu merosakkan masyarakat. Tolak la “Cash is King” itu ajar anak2 kita, nilai dia bukan atas harta yang mak bapak dia ada. Tapi amanah dan prinsip yang dia pegang. Ajar dia pandang tinggi orang bukan sebab dia ada rumah mewah, kereta berderet atau bini 2-3. Tapi kerana dia amanah menjaga keluarga dan buat mereka bahagia. Bukan kerana wang semata-mata. Itu dulu Ustazah saya cakap, nak jadi pimpinan kena ada sifat “zuhud” bersederhana. Tapi pemimpin Islam kita, dapat duit Kerajaan Pusat, beli Mercedes pula.


21. Keduanya, tengok balik aturan Ibn Khaldun tadi, jatuh dan bangun sebuah empayar tadi. Kalau nak bangun kembali negara ini, kena mula balik pada asal, kena ada assabiyah (penyatuan). Bukan penyatuan satu kaum dan satu agama sahaja. Tapi penyatuan bangsa Malaysia. Kita bagi contoh Korea, masa Krisis ekonomi Asia 1997, dia lagi teruk dari Malaysia, sampai kena meminjam IMF. Namun lepas tu, rakyat yang cinta negara berkorban harta, buat slogan “Pali, Pali” (means hurry, hurry) bersatu bangunkan negara. Indeks rasuah Korea berpuluh ganda lagi baik dari Malaysia. Itu sebabnya dari negara yang teruk terjejas pada tahun 1997, sekarang dia pula jadi antara Tigers of Asia. Sampai potong kita. Itu yang kita kena hadam dan belajar.


22. Ketiganya, kita kena tolak politik yang memecah belah, tolak tepi sentimen kaum dan agama. Sebab kalau ini berlaku, macam teori Ibn Khaldun, negara akan merudum. Tanya balik perlukah masa negara susah ini sebuah “Kerajaan Melayu Islam” bilamana yang susahnya bukan Melayu saja, tapi juga bangsa lain? Tak boleh kah kita tolak perbezaan agama dan bangsa dan fokus pada pandemik dan bina negara pula? Bukan hanya spesifik pada satu bangsa dan satu agama?


23. Semalam PM baru kita baru angkat sumpah. Buka lembaran baru untuk negara. Sama dengan tajuk Muqaddimah, “means the beginning”. Makanya, kita tak mintak banyak. Hanya dua. Satu, tolak rasuah dan salah guna kuasa yang ada (kalau bahasa marhein di bawah: “Tolong la jangan kawtim dengan Klepto!”). Dan keduanya, semarakkan perpaduan sesama Rakyat. Dengan kata lain UNITY. Ini kena bermula dengan pemimpin. Pemimpin yang kena bentuk UNITY (*wink*wink*). Dengan UNITY saja kita akan bangkit semua. Bukan retorik bangsa, bukan retorik agama.


24. History is the best teacher. Ibn Khaldun has shown us ada 5 peringkat jatuh dan bangun sebuah negara. Semuanya terpakai pada kita. Sultan Nazrin pula dah buka jalan luas untuk pemimpin negara dengan titah Baginda. Kepada PM baru kita pasrah dan berserah. Mengharapkan satu sinar baru buat Malaysia…


Wallahu a’lam…

Tuesday, September 7, 2021

 

INI PULA KISAH PKR DI N9

 

People's Justice Party (Malaysia) - Wikipedia


Dari Dato Hj Romli Ishak Fb.

Tanggal 5 September 2021, kita dikejutkan dengan sidang media bersama sekelompok individu yang mendakwa mereka pemimpin parti akar umbi yang turut dihadiri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) iaitu YB Dato’ Hj Ismail Ahmad, Ketua Cabang Rasah, ADUN Labu merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar).

Sidang media ini diadakan semata-mata bertujuan mengkritik kepimpinan YAB Menteri Besar selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Negeri Sembilan.

Saya sebagai salah seorang penama yang disebut dalam kenyataan media berkenaan merasa terpanggil untuk menjelaskan kedudukan sebenar parti dan persepsi rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan hari ini.

Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada Mei 2018, beberapa cubaan telah dilakukan oleh kumpulan yang sama untuk menjatuhkan YAB MB termasuk usaha untuk bekerjasama dengan UMNO.

Namun usaha mereka terhalang disebabkan kepimpinan YAB MB didokong kuat oleh pimpinan PH negeri dan sebahagian besar pimpinan Cabang. Isunya sama, pangkat, kedudukan, jawatan, projek dan hal-hal yang berkaitan.

Tidak ada langsung yang terkait isu rakyat, pembangunan negeri, reformasi urus tadbir serta pengukuhan parti di peringkat Cabang dan Ranting. Alasan yang diberi dalam sidang media dan dokumen yang disebarkan hanya sekadar tuduhan dan kekecewaan peribadi yang langsung tidak melibatkan soal prinsip perjuangan parti.

Jika dilihat, mereka yang tampil dalam sidang media tersebut, semuanya berjawatan yang sewajarnya membantu mengukuhkan parti dan kerajaan negeri, sebaliknya mengkritik kepimpinan parti dan YAB MB yang mereka sendiri sebahagian daripada kepimpinan parti dan kerajaan negeri.

Parti dan kerajaan tidak tertegak dengan hanya keberadaan seorang Pengerusi MPN dan Menteri Besar tetapi adalah kombinasi kepimpinan semua pihak secara kolektif.

Alhamdulillah, beberapa tinjauan dan kajian umum yang dibuat secara imperikal sejak Suku Pertama 2020 hingga yang terkini, Suku Kedua 2021, sokongan rakyat semakin bertambah pada setiap tempoh suku tahun dan terkini, melebihi 70% (approval rate) kepada kepimpinan YAB MB dan kerajaan negeri.

Sebagai parti yang berteraskan reformasi dan ‘Islah’, tertubuhnya gara-gara fitnah dan adu domba, seharusnya pihak pengkritik sudah matang dalam berpolitik. Budaya-budaya jelik dan bobrok ini seharusnya sudah tidak wujud dalam parti keramat ini.

Namun kita agak terkilan dengan apa yang berlaku apabila segelintir kecil pimpinan parti yang sanggup menabur fitnah sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan YAB Menteri Besar, kerajaan negeri dan parti di mata rakyat.

Ironinya, mengapa sidang media ini diadakan pada ketika Penggal Keempat, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mula membuka tirai perbahasan pada 6hb September 2021?

Jelas tindakan ini menggambarkan niat buruk penganjur yang ingin mengambil kesempatan memburukkan imej YAB MB dan parti dengan harapan tekanan yang diberi akan menyebabkan berlaku peralihan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), namun apa yang berlaku sebaliknya.

Tiada sebarang usul tidak percaya kepada YAB MB bahkan tidak ada mana-mana ADUN termasuk pembangkang yang menyuarakan hilang kepercayaan mereka kepada YAB MB. Ini jelas membuktikan bahawa dakwaan serta tuduhan liar tanpa asas kelompok kecil ini sangat tersasar jauh sekaligus menyerlahkan niat mereka yang sebenar.

KEADILAN Negeri Sembilan dan rakyat negeri ini harus terus bangkit dari peristiwa ini untuk segera memacu negeri beradat ini agar gagah mengangkat martabat rakyat dan negeri menjadi negeri yang ‘Makmur dan Diberkati’.

Dato’ Hj Romli Ishak

Seremban, Negeri Sembilan

 

Saturday, September 4, 2021

 MENTERI AGAMA TAK ADA IDEA


Bagi aku, kalimah "pemantapan" jarang diguna dalam polisi pentadbiran negara peringkat tinggi terutama sebuah kementerian. Bukan isu salah atau betul, tapi istilah itu agak longgar dan leweh.


Ya, aku tahulah lima "pemantapan" itu ada huraiannya. Itu cuma asas. Aku pun kerap terlibat dlm perbincangan merangka visi, misi, objektif, strategi organisasi. Tahu jugalah sikit sebanyak.


Misalnya pemantapan mental, jasmani dan rohani, apa dia? Pemantapan sistem pendidikan Islam, apa tu? Kenyataan sebegitu sangat longgar, leweh, tak jelas, sangat asas, terlalu umum, kabur ... 


Idea menteri agama ini tak masak. Rasanya bukan terhasil daripada sesi brainstorming yang mantap dan jitu. Mungkin idea spontan daripada menteri kerana tekanan 100 hari daripada PM.


Semasa PH, menterinya meletak teras dan hala tuju yang jelas iaitu Rahmatan Lil Alamin. Maksudnya, sebarang polisi dan aktiviti mesti bertolak, berjalan dan mencapai maksud teras tadi. 


Menteri agama baru buat Inisiatif Mantap? Apa benda tu? Tak ada nilai falsafah, tak ada tapak berpijak, tak ada landasan, tak ada hala tuju. Macam moto kem motivasi remaja lepasan SPM.


"Lima pemantapan" itu tidak menggambarkan "falsafah" pentadbiran sebuah kementerian. Kelima-limanya mirip garis panduan berbentuk motivasi kerja atau aktiviti untuk sebuah persatuan khairat kematian saja.


Seharusnya menteri menggarap sebuah idea yang lebih besar. Bukan sekadar sebut pemantapan itu dan ini. Apa kayu ukur mantap itu? Bagi aku, idea menteri itu lebih berorientasikan aktiviti, bukan polisi. 


Sebuah kementerian mestilah menjadi perangka polisi, bukan pemeriah aktiviti. Apa polisi memperkasa mahkamah syariah? Apa polisi berkaitan institusi wakaf? Banyak lagi kalau nak tulis. RUU 355 macam mana? Malas nak tulis dah. Buat habih karan ja...!

 PANDANGAN PEGUAM NEGARA DITOLAK

Isu Undi Percaya Terhadap PM


Pada 18hb Ogos 2021, Yang di-Pertuan Agong melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana  Negara menitahkan supaya sesiapa jua yang dilantik menjadi Perdana Menteri hendaklah membentangkan Undi Percaya di Dewan Rakyat dengan segera.


Tetapi pada hari ini Sabtu 4 September, keluar Satu kenyataan dari Peguam Negara yang bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong tersebut.


Peguam Negara dilaporkan oleh media menyatakan bahawa " undi percaya Perdana Menteri boleh jejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong".


Saya tidak bersetuju dengan pandangan Peguam Negara tersebut.


Bagi saya, kenyataan YDPA itu adalah jelas dan nyata.


Perdana Menteri ke-9, Ismail Sabri Yaakob yang telah dilantik oleh YDPA perlulah memenuhi  saranan YDPA itu. Ada meritnya titah YDPA itu. Ia bermakna institusi  raja berperlembagaan ingin melihat fungsi Parlimen, khususnya Dewan Rakyat diperkasakan.


Ismail Sabri Yaakob dilantik oleh YDPA atas sebab beliau memperolehi 114 sokongan  ahli Dewan Rakyat secara akuan berkanun di luar Dewan Rakyat yang diteri oleh YDPA di Istana Negara. Jumlah 114 tersebut sudah memenuhi tafsiran jumlah majoriti di bawah kehendak  Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. 


Perlantikan PM ke-9 yang dibuat oleh YDPA di Istana Negara, bukannya di dalam Parlimen adalah berdasarkan kuasa budibicara YDPA di bawah Perkara 40(2).


Jadi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu menghormati saranan YDPA supaya Undi Percaya dibentangkan di Dewan Rakyat.


YDPA ingin berkongsi kuasa dengan  Dewan Rakyat, suatu institusi kekuasaan rakyat di bawah sistem demokrasi berparlimen yang bersumberkan kekuatannya dari mandat rakyat hasil dari proses pilihanraya di mana rakyat memilih kerajaan mereka sendiri.


Jika Saranan YDPA itu dipatuhi oleh Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baru dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri maka satu konvensyen yang kukuh dari segi Perlembagaan dapat dibina di mana, kuasa menentukan keabsahan sesaorang Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya dilakukan di dalam Dewan Rakyat.


Kerajaan baru di bawah pimpinan PM ke-9 ini akan kelihatan kukuh dan berwibawa jika ia dapat melepasi ujian Undi Percaya apabila Sidang Parlimen bermula pada 6 September ini.


Undi Percaya ini adalah datang dari suatu usul yang dibawa oleh kerajaan yang diberi keutamaan dalam agenda Dewan rakyat di bawah Aturan  15 (1) yang menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.


Setakat ini tidak ada sebarang usul tidak percayaa terhadap Perdana Menteri dibawa oleh ahli-ahli parlimen pembangkang ataupun dari ahli backbancer Kerajaan. Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membuat suatu kenyataan media secara terbuka iaitu blok pembangkang tidak akan mempersulitkan Undi Percaya yang akan dibawa oleh kerajaan terhadap Perdana Menteri.


Jadi beban tanggungjawab memenuhi permintaan adil dan saksama dari YDPA adalah terletak ke atas bahu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Jika Ismail Sabri Yaakob telah lulus ujian pertama mendapatkan sokongan ahli Dewan Rakyat secara Akuan Bersumpah sebaanyak 114 undi, dan suatu Kabinet atau Jemmah Menteri yang lengkap telahpun dilantik dan mengangkat sumpah, ditambah sikap positif dan bertanggungjawab Blok Pembangkang yang mahukan wujudnya keadaan  politik yang stabil dan sehat, maka tidak wajar dan tidak ada alasan untuk Perdana Menteri takut dan bimbang membentangkan Usul Percaya yang permintaanya telah didekrikan oleh YDPA.


Sebaliknya jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ingkar  terhadap  permintaan YDPA itu maka kesannya akan merugikan Perdana Menteri yang baru ini. Keabsahannya akan terus dipersoalkan seperti nasib malang yang pernah menimpa Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin Yassin. PM ke-9 ini akan dilihat sebagai pemimpin yang takut dengan bayang-bayang sendiri jika beliau enggan membentangkan Undi Percaya terhadap dirinya.


Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

4hb September 2021

 KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

5 September 2021


PEGUAM NEGARA DERHAKA, LUPA USUL UNDI PERCAYA DITITAH SERI PADUKA BAGINDA?


Majlis Presiden Pakatan Harapan amat terkejut setelah meneliti kenyataan media Peguam Negara semalam, yang berkata undi percaya tidak perlu dilakukan di Parlimen apabila Dewan Rakyat mula bersidang pada 13 September ini.


Kenyataan Peguam Negara ini bertentangan dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada semua ketua parti sewaktu sesi menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos yang lalu.


Seperti yang terakam di dalam kenyataan media Istana Negara bertarikh 18 Ogos 2021, Seri Paduka Baginda telah bertitah bahawa “Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”


Titah Seri Paduka Baginda ini turut ditekankan KDYMM Seri Paduka Baginda Timbalan Yang di-Pertuan Agong, dan keperluan undi percaya ini telah dipersetujui semua ketua parti.


Penting diingatkan bahawa Peguam Negara telah hadir, menjadi saksi malah telah mendengar sendiri titah Seri Paduka Baginda sewaktu sesi menghadap ini. Di manakah logik dan kewarasan Peguam Negara apabila berkata kuasa Seri Paduka Baginda melantik Perdana Menteri boleh ditidakkan dengan satu usul undi percaya di Parlimen apabila pembentangan usul undi percaya itu dititah sendiri oleh Seri Paduka Baginda?

  

Tindakan seseorang Perdana Menteri yang dilantik Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Perdana Menteri terdahulu seterusnya mengemukakan usul undi percaya di Parlimen bagi mengabsahkan sokongan majoriti adalah tindakan yang punyai duluan (precedent) di Parlimen Malaysia. 


Undi percaya pernah berlaku pada 27 Januari 1976, 12 hari selepas Dato’ Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak, dan 3 November 2003, 3 hari selepas Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad.


Oleh yang demikian, Majlis Presiden beranggapan bahawa kenyataan Peguam Negara bagi pihak Kerajaan ini adalah amat biadab, melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan, malah melanggar titah dan juga derhaka terhadap Seri Paduka Baginda. 


Ini juga merupakan kali kedua Peguam Negara telah derhaka terhadap Seri Paduka Baginda, yang sesungguhnya amat mengecewakan dan beliau tidak layak memegang jawatan Peguam Negara.


Pakatan Harapan mendesak Peguam Negara meletak jawatan kerana beliau bukan sahaja telah derhaka terhadap Seri Paduka Baginda, tetapi beliau juga telah mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.


Pakatan Harapan menjunjung titah Seri Paduka Baginda bahawasanya undi percaya perlu dikemuka dan diluluskan untuk mengabsahkan Perdana Menteri ke-9 punyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada sidang Parlimen yang bermula 13 September ini. 


Perdana Menteri tidak harus mengguna pakai nasihat Peguam Negara yang salah ini sekiranya Perdana Menteri tidak mahu mengikuti jejak langkah mantan Perdana Menteri ke-8 yang mengakibatkan ketidakstabilan politik apabila keabsahan beliau senantiasa diragui dan dipertikai.


Anwar Ibrahim 

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)


Mohamad Sabu 

Parti Amanah Negara (AMANAH)


YB Lim Guan Eng 

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

 

Sidang Parlimen 16 September diramal hangat?

SPEKULASI

"Dia PM saya," mungkin itu kata Mahiaddin.
SIDANG parlimen penggal keempat parlimen ke-14 yang akan diadakan pada pertengahan bulan ini tidak dapat dijamin ia akan berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat untuk memulihkan keadaan negara daripada terus berhadapan dengan tiga masalah (fenomena) pandemik, ekonomi dan kemelut politik.

Besar kemungkinan sidang parlimen dijadual 13 September hingga 8 Oktober itu akan hangat dan riuh dan bergelora seperti sidang perlimen sebelum ini. 

Pertukaran jawatan perdana menteri daripada Mahiaddin Md Yassin kepada Ismail Sabri Yaakob nampaknya tidak merubah apa-apa keadaan dan mampu meredakan suhu politik negara. Pertukaran Suka Sama Suka (SSS) itu tidak membawa apa-apa perubahan dan menenangkan kegelisahan umum, sebalik boleh membuka semua "bekah" sengketa.  

Dengan perkembangan terbaru ada tanda-tanda sidang parlimen itu akan bergelora dan menjadi pasar borong, bahkan lebih riuh daripada sebelum ini sudah dapat dirasakan. Usul percaya kepada perdana menteri yang mulanya seperti hendak dikompromikan seperti tidak menjadi. 

Sejak awal-awal lagi, perdana menteri yang baru dilantik menggantikan Mahiaddin diminta agar mengambil undi percaya kepadanya di parlimen untuk mengabsahkan kedudukannya. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah berkata item pertama sidang parlimen ialah mengemukakan undi percaya terhadap perdana menteri.

Walaupun sebelum ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menjelaskan, usul percaya kepada Ismail Sabri nanti tidak akan dipersulitkan, demi menuju kedamaian politik, tetapi ia bukan jaminan mutlak bahawa usul percaya itu tidak ditentang atau pun dikemukakan usul undi tidak percaya untuk mengesahkan kedudukan Ismail Sabri. 

Kenyataan Anwar itu dilihat berlapik dan pembangkang akan melihat kepada perkembangan selanjutnya berhubung pembentukan kabinet oleh Ismail dan perubahan-perubahan kerajaan dipimpinannya seperti mana didambakan rakyat. Anwar mengatakan demikian sebelum Ismail Sabri membentuk kebinetnya. 

Semasa ketua-ketua parti menghadap Yang di-Pertan Agong, masing-masing mendengar titah dan harapan Yang diPertuan Agong dan timbalannya Sultan Nazrin Shah, yang mahu parti politik menghentikan perbalahan dan cuba menenangkan suasana politik. Anwar dalam kenyataan akhbar ringkas selepas perjumpaan itu menggambarkan akan ada konsensus antara semua parti-parti bagi menghentikan kemelut politik sebagai menjunjung titah Raja. 

Hasrat Yang diPertuan Agong itu menjadi hasrat seluruh rakyat memandangkan keadaan negara. Yang diharap selepas perdana menteri baru dilantik, ia akan membentuk kabinet yang membabitkan semua pihak daripada parti politik termasuk pembangkang. Hanya dengan membawa masuk pembangkang ke dalam kabinet sahaja atau bekerjasama, impian untuk mendamaikan politik tercapai. Kemelut dan perbalahan politik dapat dikendurkan. 

Sayangnya, asprirasi dan titah Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya itu tidak menjadi kenyataan. Ismail selepas seminggu mengangkat sumpah menjadi PM telah membentuk barisan kabinet mengikut citarasanya sendiri tanpa membabitkan pembangkang seperti mana diharapkan orang ramai. 

Tidak ada wakil pembangkang dalam kabinet atau ditawarkan sebagai pemanis mulut oleh ahli Parlimen Bera itu. Apa yang ada pertemuan beliau dengan ketua-ketua parti gabungan PH, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mat bin Sabu di pejabatnya dan mengeluarkan satu kenyataan bersama. Mulanya pertemuan itu nampak positif tetapi selepas kabinet dibentuk pertemuan itu seperti anti klimaks dan hanya jadi macam hampas sahaja.

Apa paling mengejutkan juga beliau tidak mempedulikan beberapa orang kanan presiden Umno untuk dibawa masuk ke dalam kabinet. Ertinya PM ke-9 itu tidak mengambil berat dan sedia untuk melaksanakan aspirasi Yang diPertuan Agong. Ia juga tidak menghargai kesediaan oposisi untuk bekerjasama begitu juga dengan pihak dalam partinya sendiri untuk dipatuhi.

Sebagai rekod seramai 15 ahli parlimen Umno menunjukkan tidak setuju dengan Ismal Sabri yang cenderung untuk menyokong Mahiaddin Yassin dan enggan mengikut arahan partinya agar menolak Mahiaddin dan Bersatu. Daripada jumlah ini hanya dua orang sahaja dilayan Ismail Sabri, Noh Omar dan Noraini Ahmad.

Kabinet Ismail Sabri itu kabinet yang dibentuk dengan persetujuan atau memenuhi syarat diberikan Mahiaddin Yassin bukan daripada presiden partinya. Dalam kata lain beliau membelakangkan partinya sendiri. Buktinya beberapa orang presiden diketepikan seperti Azalina Othman Said, Shamsul Anuar Nasarah dan Ahmad Jazlan Yaakob. Tindakan ini dilihat keberanian Ismail Sabri atau pun satu perjudian untuk masa depan politiknya. 

Situsi dan kondisi itu mengecewakan pembangkang,  dan menyerlahkan Ismail Sabri gagal melakukan perubahan politik jauh sekali untuk meredakan kemelut politik. Saiz kabinetnya juga tidak berubah, masih menggunakan kerangka kabinet Mahiaddin. Sebaliknya pembangkang seperti dipermainkan dan tertunggu-tunggu sesuatu yang tidak gugur. Inilah menyebabkan jaminan disebutkan oleh Anwar tadi, tidak mempersulitkan usul undi percaya itu, akan menjadi sulit. 

Ismail Sabri terus menunjukkan yang beliau terikut atau masih berada dibawah cengkeman Mahiaddin apabila masih mengekalkan tiga individu ketua-ketua parti sebagai Duta. Mereka Presiden Pas Abdul Hadi Awang (Duta Khas Timur Tengah), Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDPS) Tiong Kin Sing (Duta Cina) dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (PRBS) Richard Riot Jaem (Duta Asia Timur).

Dalam keadaan negara berhadapan dengan masalah keruduman ekonomi, dan peranan mereka juga tidak diperlukan namu masih dikekalkan. Pengekalan itu lebih kepada bermotif politik atau scheme of thing, bukan untuk negara dan salah satu mungkin syarat ditetapkan Mahiaddin?  

Ismail Sabri bukan berhenti disitu sahaja menunjukkan "kedegilan" dan perjudian politiknya. Hari ini Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mohd Zuki Ali mengumumkan pula Mahiaddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri. Apa dan untuk keperluan apakah Mahiaddin dilantik di majlis berkenaan. Bukankah penolakan terhadapnya sebelum ini lantaran kegagalannya sebagai perdana menteri? 

Apakah justifikasi orang yang gagal sebagai perdana menteri dilantik mengetahui majlis untuk memulihkan negara. Dan apakah Ismail Sabri mempercayai yang bekas PM itu lebih baik daripada dirinya sendiri? Kalau begitu kenapa beliau sedia untuk dilantik menjadi perdana menteri dan rela menerima pengunduran Mahiaddin Yassin kalau beliau lebih dangkal berbanding Mahiaddin. Game apa yang sedang dimainkan Mail Sabri ini.

Pelantikan ini sesuatu yang agak pelik tetapi memberi signifikan tertentu yang boleh membawa seribu impliaksi dan natijah. Jika Mahiaddin berasa beliau lebih berkelayakan daripada Ismail Sabri kenapa beliau mencadangkan nama Ismail Sabri untuk menggantinya. Inilah dirasakan perkara ini satu permainan atau kong kalikong antara mereka berdua yang licit? Atau Mahiaddin menjadikan Ismail Sabri sebagai aling-aling untuk membolehkan beliau terus berkuasa?

Hal-hal dan perkembangan seperti pelantikan tiga Duta berkenaan dan Mahiaddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara ini memberi patanda kemelut politik kita masih belum tenang. Bahawa kesedaran untuk mendamaikan negara masih belum ada. Ia semacam berihat seminggu sahaja dan akan bermula semula dengan episod lebih horror lagi. 

Kegegaran nanti pasti akan berlaku di parlimen kelak. Usul percaya kepada Ismail Sabri pasti akan  dituntut agar ia dikemukakan sesuai dengan titah Yang di-Pertuan Agong. Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah awal-awal mengatakan keperluan undi percaya itu dibentang di parlimen. Walaupun sudah ada kenyataan untuk membatalkan arahan Sultan Nazrin itu tetapi ia tidak semudah itu dilayan. Wayang gadek yang ditayangkan oleh Peguam Negara Idrus Harun pasti akan diboo.

Selain itu apa yang ditunjukkan oleh ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said, yang agak vokal juga memberi tanda-tanda gelora politik masih beralun dan arus bawah bergerak, sidang parlimen pertengahan September nanti pasti kalut. Khabarnya Azalina Othman sudah mengemukakan RUU berhubung akta untuk mencegah lompat parti. Sebelum itu beliau mengambil tindakan berani meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Tindakan ahli Parlimen Pengerang itu dilihat satu protes simbolik dan beliau menampilkan kebebasannya sebagai ahli dewan. 

Perkara itu mungkin tidak menimbulkan implikasi, tetapi ura-ura Umno akan mencalonkan beliau (Azalina) sebagai Speaker mengganti Azhar@Azizan adik Idurs Harun, mungkin boleh jadi ruang dan titik mula untuk mengancam kedudukan Ismail Sabri sebagai perdana menteri. 

Kalau tertakdir Azalina dicadang dan Azizan adik Idrus Harun dikekalkan maka akan berlaku pertandingan dan pengundian Speaker. Pertandingan Azalina dengan Azizan ini akan menjadi indikator untuk melihat kekuatan Ismail Sabri nanti. 

Apakah kalau Azalina dicalonkan Umno, Mahiaddin (Brsatu) akan akur? Jika Bersatu mempertahan Azizan adik Idrus Harun, maka bunga-bunga perselisihan dan perbalahan besar akan berlaku. Perbalahan itu nanti akan memberi natijah kepada kedudukan Ismail Sabri sebagai perdana menteri. Situasi dan gambaran inilah menyebabkan Ismail Sabri kini dibaham insomnia yang kritikal. Sama-sama kita tunggu. [wm.kl. 9:32 pm 04/09./2021]