Wednesday, January 26, 2022

 SATU LAGI BOMBSHELL UNTUK RAKYAT MALAYSIA..


Daripada maklumat yang diterima daripada sumber didapati terdapat tiga kertas siasatan telah dibuka oleh SC yang melibatkan kesalahan insider trading ke Tengku Datuk Zafrul Aziz (TDZ) pada sekitar tahun 2018 iaitu siasatan berkait dengan syarikat SP Setia.. Tradewinds (M) Berhad.. dan Proton Holdings Berhad. 


Dikatakan siasatan oleh pegawai penyiasat telah mencadangkan pertuduhan terhadap Tengku Datuk Zafrul..  


Walaubagaimanapun pada pertengahan 2019.. ketiga-tiga kes ini telah DITUTUP oleh SC atas arahan daripada Roz Mawar Rozain iaitu Ketua Bahagian Pendakwaan di Suruhanjaya Sekuriti pada ketika itu. 


Hubungan Tengku datul Zafrul dengan Roz Mawar Rozain adalah SUAMI Roz Mawar Rozain merupakan PEGAWAI KHAS kepada Tengku Datuk Zafrul di CIMB. 


Rentetan daripada tindakan yang dilakukan oleh Roz Mawar Rozain dalam membantu Tengku Datuk Zafrul tersebut.. 


Beliau telah DINAIKKAN PANGKAT ke TIMBALAN PENGARAH PENDAKWAAN oleh pengerusi SC iaitu Dato Syed Zaid Albar yang dilantik pada zaman Tun M dan DISAMBUNG oleh Tengku Datuk Zafrul atas kapasiti jawatan beliau sebagai MENTERI KEWANGAN. 


Secara keseluruhan KOMPLOT ini melibatkan Dato Syed Zaid Albar.. Roz Mawar Rozain.. Foo Lee Mei.. Leong Wei Leng dan turut dipercayai mereka ini turut terima rasuah selain daripada kenaikan pangkat.

 

Selain daripada itu.. 


SC juga ada menyiasat terhadap Syarikat  Ace Holdings dan satu kertas siasatan telah dibuka atas arahan daripada Foo Lee Mei.. Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Sekuriti pada 28 November 2018. 


Pada 24 januari 2019.. pihak SC telah membuat serbuan terhadap Syarikat Ace Holdings dan selepas serbuan.. peguam Syarikat Ace Holdings memberitahu bahawa pegawai SC telah MEMINTA WANG dari syarikat. 


Pada 28 November 2019.. kertas siasatan kes itu DITUTUP.. 


Walaubagaimanapun.. 


Didapati terdapat beberapa orang staff SC bekerja dengan Syarikat Ace Holdings yang mana mereka ini adalah terdiri daripada pasukan siasatan kes tersebut iaitu Chang Min De.. Lim Huey Hean Edward..0, Leong Wai Leng.. Celine dan Wong Zhen Fai.. Kevin.

 

Terdapat juga maklumat daripada kertas Pandora telah dinaikan berkaitan dengan isu hubungan bersama atau komplot antara TDZ.. Wee Hoe Soon@Gooi Hoe Soon (Board SC), Syed Zaid serta Areca Capital (yang membeli Yinson). 


Sepertimana pengumuman Yinson pada 22 Mei 2013 mengenai perletakan saham 10% @10,017,755@RM2.82/ share dimana Gooi Hoe Soon (Board SC) telah dinamakan sebagai pemegang tempat. 


Saham itu itu dicagarkan dengan Areca Capital Sdn Bhd dimana Gooi merupakan Pengerusi.. Pengarah Bebas dan Ahli Jawatankuasa Pelaburan Bebas. 


Dimaklumkan juga bahawa Gooi merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Avenue Asset Berhad pada tahun 2001. 


Avenue merupakan pemilik masa lalu syarikat broker saham ECM Libra yang telah digabungkan dengan Kenanga Investment Bank pada tahun 2012. 


Peniaga teratas bagi kebanyakan DBT institusi.. Patrick Taylor juga merupakan Ketua Jualan di ECM Libra.


Selain daripada itu.. Gooi dan pemilik Kencana Capital (15% place), Mokhzani Mahadir juga mempunyai hubungan baik. 


Mokhzani pernah menjadi pemegang saham terbesar Avenue Capital melalui syarikatnya Tongkah dan Pantai Holding sebelum beliau menjual pegangan pada tahun 2001.


Sepertimana dinyatakan.. Gooi adalah Pengarah Urusan Kumpulan Avenue pada masa itu. 


Perjanjian untuk Areca Capital Sdn Bhd menjadi pelanggan saham penempatan telah dibuat pada 30 Mei 2013 yang mana rundingan untuk pengambilalihan sepatutnya berada diperingkat akhir dan mungkin telah dimaklumkan kepada Areca dan/Gooi Hoe Soon. 


Situasi ini adalah jelas merupakan suatu tindakan “conflict of interest” yang dilakukan oleh Gooi yang juga selaku Board SC. 


Disamping itu juga.. Pengerusi SC iaitu Datuk Syed Zaid Albar juga turut memperolehi manafaat dimana anak beliau bernama Pn Sharifah Munirah Bt Syed Zaid Albar telah dilantik sebagai “Independent Non- Executive Director” bermula 1 Januari 2020.


Disiarkan untuk pengetahuan rakyat Malaysia oleh: Beta @ Eddie Adam Benjamin

Wednesday, January 19, 2022

 



1. Isu utama pada hemat saya bukannya berkaitan isu-isu teknikal sepertimana yang banyak dibicarakan oleh para netizen, sebaliknya isu kerahsiaan (privacy) dan keselamatan siber (cyber security).
2. Syarikat saya bekerja pernah cuba untuk menggunakan teknologi ini (pilot project) di pintu pagar utama untuk membuka palang serta merekodkan masa keluar masuk staf, tapi akhirnya ia tidak diteruskan disebabkan isu polisi keselamatan.
3. Benar, dengan sistem kad Touch and Go sebelum ini maklumat yang sama juga direkodkan, namun penggunaan gelombang radio sebenarnya memudahkan interception (pintasan) data dilakukan oleh pihak-pihak yang berniat jahat.
4. Mungkin ramai tertanya-tanya apa pula bezanya RFID dengan sistem Smart TAG yang telah lama digunakan sebelum ini? Untuk maklumat, Smart TAG menggunakan gelombang infra-red iaitu gelombang radiasi elektromagnetik yang biasanya dihasilkan oleh haba (thermal). Contoh peralatan lain yang menggunakan gelombang infra-red dalam kehidupan harian kita ialah remote control dan pelbagai peralatan perubatan (medical) yang lebih canggih.
5. Manakala RFID pula menggunakan gelombang radio yang jauh lebih panjang gelombangnya (longer wavelength) dari infra-red dalam skala spektrum elektromagnetik. Ini adalah kelebihan utama RFID berbanding Smart TAG kerana gelombang radio boleh bergerak lebih jauh dan tidak memerlukan jarak lurus (line-of-sight) untuk berfungsi atau dikesan.
6. Contoh peralatan lain yang menggunakan gelombang radio dalam kehidupan harian kita ialah telefon pintar, internet, TV, sistem penggera keselamatan serta sistem siaran radio itu sendiri (AM dan FM). Selain itu ia juga banyak digunakan oleh sistem komunikasi kapal terbang dan kapal laut.
7. Persoalannya, jika teknologi gelombang radio yang digunakan oleh RFID lebih baik, kenapa ramai menghadapi masalah palang di tol lambat terbuka dan kadangkala langsung tidak terbuka (gagal dikesan)?
8. Secara jujur saya tiada jawapan yang tuntas. Namun agakan saya ia disebabkan kualiti serta lokasi alat pengesan (detector) yang digunakan. Pengalaman peribadi saya, palang dibuka terlalu lambat sehingga kereta telah begitu hampir dengan palang.
9. Solusi mudahnya ialah meletakkan detector lebih ke hadapan dan jauh dari palang, namun harus diingat gelombang radio boleh bergerak jauh dan dikesan walaupun ada halangan. Jika diletak terlalu hadapan, masa dan tempoh palang terbuka juga perlu diset tepat untuk kereta di belakang melepasi palang dengan selamat.
10. Sudut (angle) detector diletakkan juga memainkan peranan bagi membolehkan hanya satu gelombang RFID yang terkuat dikesan pada satu-satu masa. Kegagalan design dan setting teknikal seperti inilah mungkin merupakan faktor penyebab isu yang dihadapi kebanyakan pengguna tol hari ini.
11. Saya mencadangkan sistem e-wallet yang membenarkan kredit/hutang direkacipta supaya kereta yang kehabisan baki tidak tersangkut dan menyebabkan kesesakan. Ia juga harus diintegrasikan dengan solusi
terbaik
yang telah lama digunapakai di negara-negara maju lain iaitu high speed RFID detector yang tidak memerlukan palang dan rumah tol, kereta tidak perlu diperlahankan dan seterusnya mampu mengelakkan kesesakan secara total.
12. Selain itu, cip frekuensi radio yang dipasang dalam pelekat RFID sudah tentu terdedah kepada panas dan hujan, kemungkinan boleh bertahan selama hanya beberapa tahun (mengikut maklumat 5 tahun). Satu konsep pelan pemasangan dan bahan (material) pelekat yang lestari serta tahan lasak perlu difikirkan untuk jangkamasa panjang.
13. Pelekat yang ditampal di bahagian luar kereta juga akan terdedah kepada kecurian, vandalisme dan sabotaj. Walaupun ia dikatakan akan rosak jika dicabut (dan tidak akan boleh digunakan oleh pencuri), namun pada pandangan saya kreativiti pihak yang berniat jahat tidak boleh kita pandang enteng.
14. Secara keseluruhan saya amat kecewa dengan kelemahan-kelemahan yang begitu ketara walaupun sistem ini telah dikaji dan diuji sekian lama.
15. Kita sebenarnya tidak memerlukan teknologi RFID, cukup sekadar satu sistem yang membolehkan baki kad Touch and Go ditambah melalui e-wallet. Dalam kes ini, kegagalan para jurutera menyelesaikan satu masalah mudah menyebabkan satu solusi yang tidak lestari dilahirkan!
Ir Ts Lukman Hakim
Setiausaha Agung
Parti BERJASA

Friday, January 14, 2022

 Plot twist. Budak yang mencuri tabung masjid tu rupanya memang bermasalah dan pengguna syabu. Datuknya sendiri yang suruh AJK surau lapor polis.


Ok. Aku akui terkhilaf bersimpati kepada remaja itu berdasarkan kenyataan peguamnya. Tapi itu tak mengubah ulasan aku dalam posting terdahulu.


Ada dua perkara yang aku tekankan. Pertama, AJK masjid yang ambil tindakan sendiri. Tangkap dan serahkan kepada polis. Itu yang sepatutnya. Bukan kerjakan dahulu.


Ada yang kata budak itu sedang khayal sebab itu si imam siram air. Tapi tetap tak boleh diterima. Apa lagi bila dirakam dan diviralkan. Itu bukan caranya.


Tangkap, serahkan kepada polis dan biar polis yang uruskan. Kalau budak itu tak dibelasah dan video itu tak viral, kes ini takkan jadi perbualan hangat.


Kedua, point yang paling penting, adalah cara orang kita berhadapan dengan pencuri. Ini yang aku nak sangat ketengahkan sebenarnya.


Sebab yang sering dan sentiasa berlaku, kalau yang berbuat salah itu orang besar, orang terkenal, kita selalu disuruh jangan jatuhkan hukum sendiri dan jangan mengata aib orang.


Tak kiralah mencuri ke, rasuah ke, seleweng ke, langgar SOP, langgar PKP atau macam-macam lagi. Tak kiralah pemimpin atau artis. Sama sahaja. Kalau orang terkenal buat salah, jangan jadi hakim.


Tapi kalau orang miskin, orang yang tak terkenal, rakyat biasa, bukan setakat dikutuk, bahkan turut dibelasah. Itu yang aku rasa perlu diperbetulkan.


Perompak, apa juga tarafnya, tetap perompak. Apatah lagi yang telah disabitkan oleh mahkamah. Dua mahkamah pulak tu yang sabitkan.


Dan dalam kes budak ini, duit tak sempat diambil pun. Sedangkan ada kes ke atas orang besar bila mana duit dikembalikan maka tuduhan digugurkan.


Itu mesej terbesar yang mahu aku ketengahkan. Sebab aku jadi risau melihat masyarakat ini. Pada satu masa, seolahnya perbuatan seleweng, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya bukan sejenis jenayah. Semua buat tak endah.


Tapi pada satu masa yang lain, mencuri itu tampak besar salahnya seperti membunuh jiwa yang tak berdosa pula. Apakah rasuah dan seleweng sudah jadi norma hidup rakyat negara ini? Atau kita marah cuma kalau jumlah wang dicuri tak begitu banyak?


Iyalah... Kalau dah sampai puluh juta, ratus juta, bilion ringgit, nak kira nombor kosong pun pening. Nak marah macamana. Ye tak?


Aku benci semua jenis pencuri, kaya atau miskin, tua atau muda, lelaki atau perempuan. Semua aku benci kecuali pencuri hati. Cuma aku lebih benci pemimpin yang mencuri berbanding marhaen.


Kerana pemimpin itu telah sedia besar gajinya. Telah banyak duit cukai kita yang ditelan. Masih lagi nak curi wang negara? Kenapa tamak sangat?


 

Raja Gelap

 

Curi tabung masjid: Kisah Khalifah Umar & pencuri unta, hudud bukan soal potong tangan tapi berlaku adil


Sehari dua ni beredar video Tok Imam mendera seorang pencuri Tabung Masjid, Takpe lah tangkap dia sebab mencuri.. Nak hukum sikit sikit ok lah sebagai pengajaran.. Lebih teruk mana prinsip penegakan hukum Islam..

Sebelum ditegakkan hukum sudah dipermalukan, video disebarkan, takkan Tok Imam tak faham. Ini bukan kali pertama berlaku penderaan kepada pencuri tabung masjid.

Kalau dalam kuliah bukan main hebat menceritakan kehebatan Keadilan hukum Islam. Bagaimana bukan Islam nak yakin dengan Keadilan Islam, belum apa lagi dah dihukum Tok Imam dan Kariah Masjid.

Mana tidaknya, Ustaz yang dijemput bagi kuliah, tak habis habis gambarkan hukum Islam itu potong tangan. Kalau tak potong tangan maka ianya tak cukup Islam. Kalau tak laksana Hudud, Negeri tak aman kata Ustaz, siapa ajar Ustaz?

Boleh ustaz cari koleksi Hadis Nabi ﷺ., Sahabat potong tangan pencuri? Jangan kata potong tangan, nak hukum pasangan Zina pun dengan pengakuan penzina itu sendiri. Bukan dari skodeng dan tajassus. Datang penzina mengaku depan Nabi pun Nabi suruh balik. Tak cukup dengan itu kata Nabi ﷺ: جُنُونٌ ؟..

Apakah kamu gila?

Kalau Tok Imam bani Melayu dah pasti habis dengan anggota media, polis depa usung dan permalukan. Silap-silap video zina tu disebarkan oleh penguatkuasa sekali.


Kerana ia lebih dekat dengan Taqwa.Nabi ﷺ tak pernah suruh potong tangan, sebat. Lafaz Hudud dalam Quran tak merujuk soal Jinayah (Uqubat). Ia menyentuh hukum dan ketetapan nikah, kahwin dan penceraian. Apa yang dituntut dalam pemerintahan Islam, itulah berlaku adil. Sebab apa?

اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى..

“Berlaku adillah karena adil itu lebih dekat pada taqwa…”

Prinsip Undang Undang dan hukum dalam Islam itu adalah adil. Kalau banding Mahkamah Syariah di Malaysia pendakwaan dia atas dasar Skodeng dan Tajassus. Dan Mahkamah US, seperti hakim Frank Caprio di Providence, Rhode Island yang melebihkan belas ehsan dan pengampunan. Keadilan Hakim Frank Caprio itu lebih dituntut dalam Islam berbanding Hakim Mahkamah Syariah yang melakukan hukuman sebat tanpa pembuktian yang dituntut dalam Islam.

2- KISAH KHALIFAH UMAR DENGAN PENCURI UNTA


Zaman Pemerintahan Islam Khalifah Umar Al- Farouq, pernah dihadapkan di hadapan Saidina Umar seorang pencuri unta milik bani Muzainah.Bila dengar yang ditahan mencuri itu mahu guakan duit untuk membeli ubat, sepatutnya Kariah Masjid, Tok Imam pastikan dulu kebenaran, baru hukum.

Lalu Saidina Umar bertanya kepada pencuri tersebut. Mengapa kamu mencuri, jawab pencuri itu kami kelaparan. Lalu bertanya Saidina Umar kepada hadirin, siapakah majikan mereka?

Lalu diberitahu, majikan mereka adalah Hathib bin Abi Balta’ah. Akhirnya Hathib dibawa ke majlis perbicaraan, bertanya Saidina Umar kepada Hathib, benarkah kamu membiarkan mereka kelaparan? Akhirnya Hathib mengakuinya.

Kata Saidina Umar, aku hampir hampir tersalah dalam menghukum. Kata saidina Umar kemana hilangnya sifat rahmah kamu wahai Hathib? Lalu Saidina Umar membacakan ayat 173 dari surah Al-Baqarah:

فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ..

Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Baqarah : Ayat 173)

Sebab dalam kaedah Fiqh disebut yang diambil dari ayat Quran di atas.

(الضَّرُوْرَاتُ تُبِيْحُ المحْظُوْرَات)

Dalam keadaaan dharurat membenarkankan yang dilarang…”

Selepas itu Khalifah Umar bertanya kepada tuan unta, berapakah nilai unta yang dicuri. Jawab Tuan Unta itu 400 dirham. Lalu Saidina Umar memerintahkan Hathib membayar 2 kali ganda dengan nilai 800 dirham.

Ketika itu pencuri ketakutan menantikan hukuman yang bakal mereka terima, sudah tentu nilainya layak mereka dilaksanakan Had (potong tangan) ke atas mereka. Akhirnya Saidina Umar membebaskan mereka atas sebab adanya unsur syubhah.

Apa yang dilakukan Khalifah Umar, sepertimana kata Sheikh Said Ramadhan Bhuti menyentuh soal Uqubat (hukuman dalam Hudud) dengan sabda Nabi ﷺ:

ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم…

Tolaklah (Qhadi/hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin semampu kamu.

3- UNDANG UNDANG DUA DARJAT

Ini masalahnya. Pencuri tabung masjid dihukum, dibelasah dan dipermalukan. Pencuri duit Tabung Haji disanjung. Lagi teruk ada panggil Bossku. Lebih memalukan hari ini ada penyamun dan penyangak masih mendapat kesitimewaan iringan juru iring pihak polis biarpun disahkan bersalah seleweng hak rakyat.

Nabi ﷺ tak pernah potong tangan pencuri. Tapi pernah berikan ancaman memotong tangan anaknya Fatimah. Apa yang ditunjukkan Nabi adalah prinsip Adil. Apa yang difahami Taliban dan lebai seperti PAS tentang potong tangan.

Agaknya inilah dimaksudkan Nabi ﷺ lebih seribu tahun dulu dalam khutbahnya:

لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا..

Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguhnya aku sendiri yang akan memotong tangannya.

Kata Nabi antara kerosakan kaum terdahulu, bila yang kaya, yang berpangkat terlepas dari hukuman manakala mereka yang lemah dihukum. Seraya bangun Nabi dari tempat duduknya dan berkata:

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ..

Wahai sekalian manusia, bahawasanya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah ketika orang-orang besar dari mereka mencuri, mereka membiarkannya (tidak menghukum), sementara jika orang-orang yang rendah dari mereka mencuri mereka menegakkan hukuman had.

Ipohmali
Tazkirah Malam Jumaat
13 Januari 2022


Thursday, January 13, 2022

 Bila orang miskin ditangkap mencuri, kita pukul dia, kita dera dia, kita rakam video dan viralkan. Tapi kita tak tanya, apa yang buat dia mencuri. Berapa susah hidup dia.


Dan kita juga tak tanya diri kita, apa kita dah bantu masyarakat sebelum mereka mencuri. Terutama tempat yang selalu dapat derma seperti masjid. Adakah duit derma hanya boleh digunakan untuk bersarkan masjid, beli aircon? Tak bolehkah diguna untuk membantu mereka yang kesusahan?


Aku tak sokong pencuri. Salah tetap salah. Kalau barang aku yang dicuri pun aku marah. Tapi bukan sampai tahap mendera. Malah ada yang sampai tahap membunuh!


Apa yang lebih malang, bila orang kaya mencuri, kita diam. Malah ada yang diraikan. Ada yang puja. Ada yang panggil bossku, hero, pejuang. Kita seru manusia supaya bersangka baik. Paling habis pun kita membenci cuma dengan gelengkan kepala.


Sedangkan mereka inilah yang mesti 'dibelasah'. Sebab mereka dah kaya. Dah banyak duit. Bergaji besar. Kenapa nak mencuri lagi? Kenapa masih nak rasuah? Nak seleweng?


Sekali lagi, aku tak sokong pencuri. Miskin atau kaya, mencuri itu salah. Cuma layanan perlu adil. Kalau benci si miskin mencuri, bencikanlah juga si pencuri yang kaya.


 

Raja Gelap

Tuesday, January 11, 2022

 Ada agamawan minta saya berhenti tegur perbuatan rasuah .Rasa sedih pun ada, kecewa pun ada. Sahabat lama (yang dulunya satu perjuangan) menelefon. Dia menegur, malah semacam melecehkan.


“Berhentilah daripada menulis yang sia-sia.”


“Sia-sia. Aku cuba menyeru pada kebenaran dan mencegah kemungkaran.”


“Hi..hi.. kau jadi alat tanpa sedar.”


“Jadi alat siapa?


“Jadi alat musuh yang nak menjatuhkan bangsa dan agama…”


Itulah kata-awalan seorang sahabat yang dulunya begitu akrab.


“Kau kata rasuah ini hanya gempar-gempur bukan kenyataan?”tanya saya.


Dia tidak senang dengan tulisan-tulisan saya yang anti rasuah.


“Ya. Adalah sedikit tetapi tidaklah seserius yang dipaparkan seperti sekarang.”


Sedikit? bisik saya dalam hati mempersoalkan. Selama hampir 30 tahun saya menjalankan program latihan dan memberi tazkirah hampir 300 buah organisasi kerajaan dan swasta, yang besar dan kecil, saya berani menegaskan ‘lemah integriti’ adalah masalah utama di seluruh ranting organisasi – atas, pertengahan dan bawahan.


Integriti bukan soal salah guna wang sahaja tetapi juga melibatkan salah guna kuasa, curi tulang dan curi masa, pilih kasih dan sebagainya. Orang besar, cara orang besar, orang kecil juga tidak kurangnya. Rasuah atau tidak berintegriti hampir-hampir jadi budaya.


Maksudnya sudah diamalkan oleh ramai orang di setiap situasi dan kondisi. Namun, aneh, sahabat saya yang punya ilmu yang tinggi dan pengalaman ini seolah-olah tidak melihatnya.


“Jangan jadi lembu yang menanduk tembok. Dalam perjuangan kita perlu tahu awlawiyat, tahu keutamaan.”


“Apa keutamaan mu?” tanya saya.


“Jangan jatuh segalanya kepada musuh.”


“Jadi, perlu terus salahkan musuh? Tanpa kita sendiri memperbaiki diri?” tanya saya.


“Tapi usaha mu tak ke mana. Era kau sebagai penulis yang berpengaruh telah berlalu,” tusuknya tanpa berselindung.


Saya senyum.


“Sahabat, aku bukan lembu. Dan di depan ku bukan tembok. Aku daie tua yang tidak tega melihat agama dan bangsa ini dihancurkan oleh kemungkaran rasuah. Dan Allah tidak akan bertanya tentang ‘kesan’ tetapi tentang apa yang kita telah lakukan.”


“Kenapa kau bersungguh sangat? Ada personal problem?”


Tidak henti-henti dia melakukan provokasi. Wataknya tidak begitu dulu. Mungkin dia yang berubah atau saya yang berubah… hingga menyebabkan caranya menghadapi saya berubah.


“Rasuah ini persoalan amanah. Amanah ini berkait iman. Tanpa iman, tidak ada sifat amanah. Ini soal serius. Bukankah selalu aku tuliskan, ada iman ada amanah, ada amanah ada aman. Kita tidak akan menikmati keamanan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat tanpa amanah,” tekan saya sungguh-sungguh.


Dia mencebik, lalu berkata, “yang penting kestabilan…”


“Kestabilan dalam kebatilan? Aman dalam kemungkaran?” balas saya.


“Apa maksud kau?”


“Sahabat, rasuah ini adalah kenyataan. Kenyataan yang pahit. Sedih dan sakit. Aku bertemu ramai orang-orang yang benar-benar jujur dalam pelbagai organisasi. Golongan pengurusan dan pelaksana yang tidak mempunyai kepentingan kuasa, nama dan harta. Mereka yang jujur berbakti. Golongan wira yang tidak didendangkan… ya. Merekalah inilah yang melihat, mendengar dan mencium busuknya rasuah dari dekat namun tidak mampu kerana mereka terikat…”


“Terikat oleh siapa?”


“Budaya! Budaya rasuah.”


“Maksudnya?”. Dia bertanya. Suaranya mula tinggi.


“Apabila rasuah diamalkan dengan pelbagai jenama. Apabila perasuah dianggap ternama. Dan kewajarannya ‘ditakwil’ dengan pelbagai hujah dan dalil, maka rasa bersalah, rasa malu, rasa jijik sudah semakin hilang dalam hati nurani bangsa ini. Padahal, pemberi dan penerima rasuah dilaknat oleh Allah dan Rasul. Ironinya, label laknatullah dianggap megah?”


“Jangan lebih-lebih. Firaun sahaja yang layak dilabel laknatullah, kau melampau..,”


“Hadis yang menyatakan begitu,” kata saya perlahan.


“Kau bukan pejuang. Kau penulis. Kaki teori.”


“Tak pa jika kau kata begitu. Mungkin mata pena ku tak setajam mata pedang. Kata-kata ku juga bukan peluru yang boleh menembusi insan yang beribu. Aku hanya daie tua. Bukan seperti kau, pejuang ang kini semakin ternama. Namun, aku juga punya rasa cinta…”


“Kau ‘jealous’ sebenarnya. Seperti serigala, tak dapat anggur, masam katanya.”


“Rasuah itu anggur yang memabukkan. Aku tidak terliur. Semakin banyak diteguk, semakin sukar untuk sedar.”


“Aku kasihan pada mu. Daripada seorang yang berjiwa ala-ala sufi kini bertukar jadi pemberontak. Jangan bertukar jadi ‘terorist’ pula nanti!”


“Kau terlupa pada kisah-kisah para sufi yang menegur para penguasa? Aku bukan sufi. Ala-ala pun tidak. Cuma minat dan cuba mengikutinya. Mereka berjiwa hamba, tetapi tidak melupakan tugas sebagai khalifah. Ibadah ritual mereka membuahkan nilai spiritual dan akhirnya memberi kesan kepada hubungan sosial mereka.”


“Oh, tak mahu jadi syaitan bisu…”


“ Syaitan musuh kita. Tetapi ada syaitan di kalangan manusia yang lebih berbahaya…”


“Siapa dia?”


“Syaitan yang licik berkata-kata,” tegas saya.


“Tumpukan sahaja pada soal tazkiyatun nafs. Bersihkan jiwa.”


“Makanan yang bersumber daripada rasuah mengotori jiwa!”


“Tumpu sahaja kepada soal akidah.”


“Bukankah rasuah itu akibat lemah iman. Goyah akidah.”


“Jangan bersuara kerana derhaka.”


“Aku bersuara kerana cinta…”


Kami berpisah. Fikiran dia dan saya noktah di titik ‘mufarakah’. Mungkin saya tidak mengetahui apa yang dia tahu dan dia juga tidak mahu tahu apa yang saya tahu. Dalam ruang ‘messenger’ sudah banyak yang meluahkan rasa letih, sedih dan marah mereka tentang rasuah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.


Mereka marhein dan ‘orang bawah’ seperti saya juga. Saya rasa ‘bacul’ kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Ini zaman fitnah… ketika kemunculan Dajjal sudah diambang pintu.


Lama saya berfikir. Tulisan saya hanya kecil. Tidak pun sampai ke mana-mana apalagi ke tangan yang berkuasa. Ya mungkin, mungkin… selepas ini saya hanya bersuara lewat doa kepada yang Maha Berkuasa. Di sanalah tempat tinta saya berehat. Penat.


Pahrol Mohamad Juoi

Sunday, January 9, 2022

 GANGGUAN MENTAL DAN KEBODOHAN YANG DIALAMI OLEH LEBAI2 PAS SEMAKIN SERIUS


1. Mula2, ada wartawan bongkar rahsia Azam Baki miliki berjuta-juta saham dalam public listed company pada tahun 2015 dan 2016 tanpa mengisytihatkan pemilikan ini kpd kerajaan. Mengikut undang2, seorang penjawat awam wajib membuat pengisytiharaan hartanya. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan tatatertib yg tegas.


2. Kemudian, salah seorang ahli panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bernama Terence Gomez yg bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam, bertindak meletak jawatan dari Lembaga ini atas dasar integriti kerana kesal Lembaga tersebut tidak mengambil apa2 tindakan untuk menyiasat dakwaan terhadap Azam Baki yg sangat serius kerana ia mencemar nama baik dan integriti SPRM.


3. Maka kes ini pun meletup apabila rakyat mula bising menyoal mengapa LPPR membisu terhadap dakwaan ini. Amat malang sekali apabila seorang bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam telah berani bangkit untuk meluruskan kebengkokan yg dilakukan oleh seorang penjawat awam berbangsa Melayu dan beragama Islam yg merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM sementara semua ahli LPPR lain membisu dan cuba mempertahankan Azam Baki dari disiasat terhadap dakwaan kesalahannya. Siapa yg lebih Islamik di sini? 


4. Adakah dari ajaran Islam menyuruh umatnya supaya tidak berlaku adil dgn cara berpihak kepada kesalahan salahguna kuasa yang tidak beretika dan bermoral di mana padahnya membawa imej dan persepsi yg buruk kepada agama dan negara? 


5. Lalu LPPR pun akhirnya memecah kesunyian dengan membuat kenyataan media bahawa mereka mendapati Azam Baki tidak melakukan apa2 kesalahan walhal bukan tugas dan peranan LPPR untuk membuat keputusan ini kerana ia bukanlah sebuah badan penyiasat. 


6. Pada masa yg sama, Azam Baki pun membuat kenyataan media bahawa kononnya dia tidak memiliki saham2 tersebut. Sebaliknya, dia menyatakan bahawa saham2 tersebut dimiliki oleh adiknya Nasir Baki yg telah menggunakan akaun CDS kepunyaan Azam utk membeli berjuta-juta saham2 tersebut bagi kepentingan Nasir sendiri. Yang peliknya di sini ialah Nasir sudah pun mempunyai akaun CDS nya sendiri, lalu mengapakah dia perlu menggunakan akaun CDS abangnya utk membeli saham2 baru?


7. Tanpa disedari oleh Azam. kenyataannya telah mengundang masalah yg lebih besar dan serius kerana mengikut undang2, akaun CDS seseorang tidak boleh digunakan atau dipinjamkan kepada pihak lain kerana semua transaksi pembelian dan penjualan saham mesti dikendalikan sendiri oleh nama pemilik akaun tersebut atau pun proksi yang identitinya mesti didaftar dan diisytiharkan terlebih dahulu. 


8. Hukuman bagi sabitnya kesalahan ini ialah denda sebanyak RM3 juta, penjara tidak lebih dari 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.


9. Azam dan adiknya Nasir wajib disiasat oleh pihak berkuasa secara telus dan adil terhadap pelanggaran undang2 yang telah mereka lakukan. Ini adalah langkah dan prosedur biasa yg perlu dilakukan apabila sesiapa jua yg melanggar undang2. Malah dalam kes ini, kesalahan ini jelas sekali telah berlaku berdasarkan kepada pengakuan Azam Baki sendri melalui kenyataan media yang diberi olehnya secara sukarela.


10. Tiba2 dengan tidak semena-mena, Takiyuddin Hassan muncul bagi pihak Pas membuat kenyataan rasmi bahawa dakwaan terhadap Azam Baki ini kononnya bertujuan untuk menggugat kestabilan politik negara dan kempimpinan Ismail Sabri sebagai PM Msia. Apa kaitannya kesalahan Azam Baki melanggar undang2 dan kestabilan politik kerajaan Ismail Sabri? Dan apa pula kaitan Ismail Sabri dengan pelanggaran undang2 oleh Azam?


11. Selain dari lebai2 dan wala'un2 Pas yang sahih mengalami masalah terencat akal dan gangguan mental kerana seringkali berucap dan bertindak pelik diluar batasan logik, siapa lagi boleh "brain" kenyataan terbaru oleh Takiyuddin dan Pas yang tidak masuk akal ini?


12. Siapakah yg ingin dibodohkan oleh Takiyuddin dan Pas dengan kenyataan ini dalam usaha mereka untuk mempertahahankan Azam Baki? Diri mereka sendiri atau rakyat? Inikah kononnya ajaran Islam yg mereka ingin ajak umat ikuti? Tidak cukupkah lagi dengan sokongan dan tindakan mereka berpihak kepada Najib yg telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas kesalahan menyalah-gunakan kuasa melenyapkan RM4 billion duit pencen penjawat2 awam di mana sebanyak RM32 juta telah masuk ke akaun banknya sendiri? Orang yang tidak sembah Allah pun lebih waras dan siuman dari lebai2 dan wala'un2 Pas yang memalukan Islam.


13. Sepatutnya, setelah dibodohkan dengan percuma oleh Arul Kanda mengenai skandal 1MDB sebelum ini di mana mereka umumkan yg mereka berpuas hati dengan kelentongnya, lebai2 Pas hendaklah belajar untuk simpan sikit kebodohan luar biasa mereka yang bertahap dewa ini untuk generasi wala'un yang akan datang.


Sekian, terima kasih.

Friday, January 7, 2022

 Membelah Mulut Kanak-kanak atau Cara Bertahnik


بسم الله الرحمن الرحيم
Kemudian membaca al-Fatihah sekali, sebagai hadiah kepada Rasulullah saw,

kemudian membaca ia kepada kanak-kanak itu dihadapannya
فَاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ
sebanyak tiga kali.

وَاللهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيْطٌ بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ فِى لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ
sebanyak tiga kali

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الاِنْسَانَ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ طِيْنٍ, ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةَ فِى قَرَارٍ مَكِيْنٍ, ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةً عَلَقَةً, فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً, فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا, فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا, ثُمَّ أَنْشَأنَاهُ خَلْقًا آخَرَ, فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ. وَإِنْ يَكَادُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لِيُزْلَقُوْنَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوْا الذِّكْرَ, وَيَقُوْلُوْنَ إِنَّهُ لَمَجْنُوْنَ, وَمَا هُوَ إِلاَّ ذِكْرٌ لِلْعَالَمِيْنَ.

kemudian membaca
قل أعوذ برب الفلق
sekali dan

قل أعوذ برب الناس
sekali kemudian membaca

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ, وَمِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ, حَصَّنْتُهُ بِالْحَيِّ الْقَيُّوْمِ, دَفَعْتُ عَنْكَ السُّوْءَ بِأُلْفِ أَلْفِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
kemudian sambil memegang ubun kanak tersebut, berkata ia

………..سَمَّاكَ اللهُ
sebut nama budak itu yang hendak dinamakan,
kemudian membaca al-Fatihah sekali

kemudian
إنا أنزلناه فى ليلة القدر
hingga akhir

kemudian membaca
قل هو الله احد
sekali kemudian dilepaskan pegangan ubun tadi, kemudian berdoa dengan doa ini iaitu :

بسم الله الرحمن الرحيم, اَللَّهُمَّ انْشِئْتُهُ صَالِحًا, وَاحْيِهِ حَيَاةً طَيِّبَةً, وَاسْعِدْهُ سَعَادَةَ الْحُسْنَى, وَاجْعَلْهُ بَارًّا بِوَالَدِيْهِ غَيْرَ عَاقٍ, وَاجْعَلْهُ مِنَ الصَّالِحِيْنَ الْعَارِفِيْنَ, وَاكْفِهِ شَرَّ النَّظْرَةِ وَالْعَيْنِ, وَالْحَاسِدِيْنَ وَأَعِذْهُ مِنْ خَلْقِكَ أَجْمَعِيْنَ, وَلاَ تُوَّجِّهَهُ إِلاَّ لِوَجْهِكَ الْكَرِيْمِ, وَاغْفِرْ لِوَالِدَيْهِ وَالحَاضِرِيْنَ أَجْمَعِيْنَ, يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Wednesday, January 5, 2022

 MENJAWAB MAHATHIR: SATU PERSATU

Pi balik atau Pi mampus?


Mahathir kata:

Dr. Mahathir bin Mohamad membayangkan kerjasama antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.


Saya kata:

Mahathir mahu bekerjasama dengan Anwar atau Anwar mahu bekerjasama dengan Mahathir? Siapa yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong? Mahathir pergi berjumpa Anwar di penjara atau Anwar keluar dari penjara pergi menyembah Mahathir? Ketika Anwar berusaha untuk mengambil-alih alih semula kerajaan dari Perikatan Nasional, cuba mengumpul majoriti baharu, apakah pernah Anwar berpaling dan merayu semula kepada Mahathir dan barisan Pejuangnya?


Mahathir kata:

Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawaran beliau untuk kembali mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) selepas dijatuhkan dari Putrajaya.


Saya kata:

Mahathir bukan buat tawaran untuk mengukuhkan semula Pakatan Harapan tetapi meminta Pakatan Harapan kembali menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri. Kalau saya pun, saya akan tolak bulat-bulat selepas melihat Mahathir bermain dan memperlekehkan janji yang telah dibuat sebelum itu. Lebih jahat Mahathir sanggup kehilangan jawatannya, asal sahaja dia berjaya menidakkan janji menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri selepasnya.


Mahathir kata:

Dr Mahathir secara sinis berkata “Pi baliklah”, merujuk kepada kenyataan berulang kali Anwar bahawa Presiden PKR itu mempunyai jumlah bilangan Ahli Dewan Rakyat yang “strong, formidable, convincing” untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN), yang akhirnya gagal direalisasikan.


Saya kata:

Anwar tidak menipu dengan kata-katanya, tetapi dia sentiasa dikalahkan dengan permainan masa. Seringkali, bila ada sebilangan Ahli Parlimen dari blok PN/MN mahu menyokong Anwar, masa itulah "deal" baru akan ditawarkan oleh pemuka Perikatan Nasional dari Bersatu (parti lama Mahathir yang punya sikap yang sama - halang Anwar) dan Kartel Azmin Ali (lagilah membenci Anwar) kepada Ahli-Ahli Parlimen lain dalam sekutu mereka. Begitulah, bila kuasa diperoleh bukan secara amanah, maka ia mudah sahaja didagangkan.


Mahathir kata:

Bila Pakatan Harapan kalah, tak jadi kerajaan kita cuba kerja (kembali). Walaupun Bersatu (ketika itu) tidak ada dalam Pakatan Harapan, kita ada apa yang dipanggil Pakatan Harapan Plus. Dan kita tawar untuk kerjasama dengan Pakatan Harapan. Anwar tolak saya bulat-bulat. Tak boleh jadi apa pun, tak boleh masuk (kembali ke PH). Jadi yang tolak ni bukan saya tetapi dia.


Saya kata:

Sekali lagi saya kata, orang gila sahaja yang boleh menerima tawaran kerjasama secara bulat-bulat dari orang atau pihak yang baharu sahaja memusnahkan kerjasama tersebut tanpa rasa bersalah pun. Orang yang memusnahkan kerjasama tersebut pula menawarkan kerjasama baharu dengan dia kembali menjadi Perdana Menteri, memanglah akan ditolak bulat-bulat.


Mahathir kata:

Anwar juga enggan membenarkan orang lain menjadi calon Perdana Menteri, walaupun pada hakikatnya beliau sendiri tidak mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi.

“Saya nak kerjasama juga, saya offer kepada dia. Tak apa lah saya jadi Perdana Menteri cuma enam bulan…oh tak boleh, dia punya yang ni. Bagi nama Datuk Seri Shafie Apdal pun tak boleh, dia (Anwar) sahaja nak jadi Perdana Menteri. Tapi dia tak boleh jadi Perdana Menteri, kalau tidak ada sokongan yang cukup."


Saya kata:

Namanya Mahathir sendiri sebut sebagai Pakatan Harapan Plus. Plus itu sebabnya Mahathir sendiri tiada parti, Warisan pula parti tunggal sedangkan PH itu gabungan parti-parti. Anwar itu Pengerusi PH. Logiknya takkan yang Plus itu pula jadi Perdana Menteri, sedangkan PH itulah yang besar dan dominan, dan pengerusinya adalah Anwar Ibrahim. 22 tahun Mahathir jadi Perdana Menteri melalui BN sebab apa? Sebab Umno adalah parti terbesar dalam BN dan Mahathir presidennya, Mahathir juga Pengerusi BN ketika itu. Sama sahaja bukan? Lalu apa salah bila Anwar mempertahankan haknya? Salah bagi Mahathir untuk Anwar menjadi Perdana Menteri sebab tak cukup bilang katanya, antara sebab tak cukup bilang ialah kerana Mahathir sendiri dan Warisan tidak mahu menyokong Anwar, peliknya dalam masa yang sama konon menawar kerjasama? Kerjasama sekali lagi untuk Mahathir kembali jadi Perdana Menteri (lagi? Konon 6 bulan?)? Atau siapalah pun proksi Mahathir seperti Shafie Apdal jadi Perdana Menteri? Cukup bilangkah Mahathir? Cukup bilangkah Shafie Apdal? Tidak akan cukup bilang, besar tidak cukup bilangnya bila Parti Keadilan Rakyat tidak menyokong mereka. Jadi apa bezanya Anwar, Mahathir dan Shafie Apdal? Bezanya Anwar adalah Pengerusi PH, Mahathir bukan, Shafie pun bukan.


Saya kata yang terakhir:

Sekurang-kurangnya Anwar ada partinya sendiri, dengan 38 Ahli Parlimen bersamanya, Anwar adalah Pengerusi PH, 92 Ahli Parlimen ada di situ. Mahathir ada apa? Parti pun tidak ada, lima-enam orang Ahli Parlimen yang bersamanya pun ada yang sudah mengundur diri. Saya nak kata Pi Balik pada Anwar ke atau Pi Mampus pada Mahathir?


Zukri Aksah 

Ketua Komunikasi Nasional

Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98