Monday, June 6, 2022

 𝐂𝐈𝐑𝐈-𝐂𝐈𝐑𝐈 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐒𝐘𝐔𝐑𝐆𝐀.


( 𝐀𝐥- 𝐇𝐚𝐛𝐢𝐛 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐁𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐟𝐢𝐝𝐳 )


1. Wajahnya bercahaya.

2. Perkata'annya penuh hikmah.

3. Hatinya lembut.

4. Sifatnya dermawan.

5. Akhlaknya mulia.

6. Lisan dan hatinya selalu berdzikir dan bershalawat.


𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚.


1. Menjaga takbiratul ula bersama imam.

2. Menjaga sholat tahajjud.

3. Menjaga wudhu.

4. Menjaga pandangan dari yang haram.


𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡.


1. Sering membaca Al-Qur'an.

2. Sering/selalu membicarakan kebesaran dan ke agungan Allah.

3. Mengamalkan dzikir pagi dan petang.

4. Menghindari perkata'an berbohong dan sia-sia.


𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐮𝐭.


1. Sering duduk di majelis ilmu dan selawat.

2. Sering duduk di majlis ta'lim.

3. Sering berkhidmah kepada orang sholeh.

4. Hindari berdebat walaupun benar.


𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐫𝐦𝐚𝐰𝐚𝐧.


1. Sering membaca dan merenungi fadhilah sedekah.

2. Sering bergaul dengan orang miskin.

3. Menanamkan sifat qona'ah.

4. Tanamkan keyakinan "jika saya bersedekah

tidak membuat saya miskin dan jika saya tidak

bersedekah tidak membuat saya menjadi kaya.


Semoga yang membaca dan mengamalkannya termasuk orang-orang yang dirindukan syurganya Allah.


ﺁﻣﻴﻦ ﻳﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ


Mari perbanyak shalawat.


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Fb. Qalam Ilmu ✍️

Sunday, June 5, 2022

 Rafizi Ramli sudah mula laksanakan tanggungjawab beliau sebagai Timbalan Presiden Keadilan!👇


𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶: 𝗞𝗲𝗴𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗴𝗲𝘀𝗮 𝗣𝗥𝗨 𝗮𝘄𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵


Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli melihat bekas perdana menteri Najib Razak kini berlumba dengan masa.


Menurutnya, semakin lambat pilihan raya diadakan, semakin dekat kemungkinan Najib berpindah dari kediaman mewahnya di Pavillion di Kuala Lumpur ke penjara.


Justeru, kata Rafizi lagi, Najib menggesa pilihan raya umum diadakan segera agar dia dapat bebas melalui pengampunan diraja.


Bercakap kepada Malaysiakini, pemimpin PKR itu juga mendakwa keghairahan bekas perdana menteri itu boleh ditafsirkan sebagai satu pengakuan bersalah.


“Najib berharap pilihan raya lebih awal boleh menempatkan semula Umno di Putrajaya dan parti itu akan mendesak pengampunan diraja sebelum rayuan terakhirnya.


"Ironinya walaupun dia boleh berbohong, (dengan mengatakan) dia tidak mencuri apa-apa wang untuk memperdaya penyokongnya, desakannya untuk pilihan raya segera adalah pengakuan bersalah secara diam-diam kerana ia mengesahkan strateginya untuk bergantung kepada pengampunan jika Umno kembali," tambahnya.


Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun Najib berhubung kes SRC International, anak syarikat 1MDB.


Namun, dia diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.


Najib dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, pada konvensyen BN kelmarin, yang dibicarakan atas tuduhan rasuah, membuat gesaan supaya pilihan raya diadakan segera.


Dalam ucapannya, ahli parlimen Pekan itu berkata pilihan raya tidak boleh ditangguhkan kerana inflasi atau kepentingan peribadi.


Bagaimanapun, Rafizi mendakwa Najib dan Zahid serta "kluster mahkamah" Umno sedang mengatur strategi demi kepentingan diri sendiri.


“Jelas sekali Najib dan Zahid berada dalam keadaan panik. Mereka sanggup menimbulkan keretakan dan ketidakstabilan dalam Umno semata-mata untuk mengelak daripada dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka semasa dalam kerajaan.


"Sudah menjadi rahsia umum, bahawa ‘kluster kabinet’ Umno, yang diketuai oleh perdana menteri, menentang pilihan raya umum awal," katanya.


Katanya, Najib dan Zahid juga sanggup mempertaruhkan pemilihan Umno sejak parti itu dihukum pada masa lalu apabila ia menggesa pilihan raya di tengah-tengah kemelut harga barang yang melambung tinggi.


“Najib dan Zahid beranggapan orang ramai mudah tertipu dan tidak akan melihat bahawa mereka mendesak ini untuk menyelamatkan diri.


"Mereka lupa kejayaan pilihan raya negeri sebelum ini di Melaka dan Johor adalah kerana kelemahan Pakatan Harapan (PH) dan bukannya disebabkan peningkatan sokongan yang wujud kepada Umno," katanya.


Rafizi mendakwa jika pilihan raya umum diadakan tahun ini dan PH boleh membetulkan naratifnya serta kembali memperjuangkan pembaharuan yang mampan, gabungan itu hanya memerlukan lima peratus pengundi atas pagar dan peningkatan jumlah keluar mengundi kira-kira 10 peratus dalam kalangan penyokong terasnya untuk menang.


“Dari perspektif itu, saya teruja jika Umno terus mengikut laluan ini kerana ia meningkatkan peluang pilihan raya kita, dengan syarat PH membina naratif yang padu dan dekat dengan rakyat dengan cepat.


“Keadaan makroekonomi dan persepsi toksik yang berterusan terhadap Umno (seperti yang diakui oleh timbalan presidennya sendiri) memihak kepada PH.


"Itulah sebabnya saya lantang menentang strategi 'khemah besar' kerana ia mengalihkan perhatian daripada tugas paling penting - membangunkan naratif yang membina semula kepercayaan dan berharap untuk tadbir urus yang lebih baik," tambahnya.


Rafizi berkata Umno kalah dalam pilihan raya umum lalu kerana ia tidak menyentuh sentimen orang ramai di bawah.


“Mendesak pilihan raya awal menunjukkan ia masih tidak dapat mendekatkan diri dengan rakyat. Adalah menjadi kewajipan bagi PH untuk mengambil peluang ini untuk mendekati semula pengundi.


"Masa mungkin singkat, tetapi ia masih boleh dilakukan," tambahnya.


#AyuhMalaysia #YakiniRakyat #RafiziRamli #tolakpenyamun #TolakUMNOPN

Saturday, June 4, 2022

 50 tahun lamanya Anwar korbankan diri dan keluarganya


Ketokohan Anwar dicemburui...

KENALI ANWAR BUKAN DARI MUSUH POLITIK


Ramai generasi muda atau mereka yg tidak cenderung kpd dunia politik percaya apa yg ditohmah musuh politik Anwar Ibrahim. Mereka mengenali Anwar dari musuh politik yg mana tanpa mereka sedari segala 'kejahatan' dlm dunia ini ada pada diri politikus.


Ketika ayah dan ibu Ketua Armada, Syed Saddiq masih belajar lagi, Anwar Ibrahim sudah dijulang oleh Mahasiswa sebagai hero mereka dan pejuang rakyat. Peristiwa Baling itu akhirnya telah membawa Anwar ke penjara buat pertama kalinya. Sedangkan Hishamuddin Rais lari merentasi negeri dan negara.


Tun Mahathir sendiri dpt mengesan ketokohan Anwar. Tun ketika itu berhadapan dgn PAS yg memainkan isu2 agama dlm memerangi UMNO. Anwar dijemput oleh Tun utk mengimbangi tekanan musuh politiknya.


6 tahun selepas itu juga Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yg berperanan membantu Tun melawan musuh politiknya, Tengku Razaleigh. Tapi generasi muda skg tidak mengenali bagaimana kehebatan ketokohan Anwar sehingga ada mengatakan Anwar sudah tidak relevan.


Mereka terlupa 4 tahun lalu Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dtg 'mengadap' Anwar tanpa berasa malu memohon jasa baik Anwar merestui mereka utk bersama PH melawan BN. Jika Anwar tidak hebat dan relevan lagi... cukup Tun dan Muhyiddin saja melawan BN tapi mereka tahu mereka berdua tidak mampu.


Buktinya Bersatu yg paling byk bertanding di kerusi Parlimen adalah parti yg paling sedikit menang dlm PRU lalu. Membuktikan aura Tun dan Muhyiddin tiada di hati rakyat. Kedua nama ini hanya dikagumi kalangan pemimpin sahaja.


Anak2 muda mungkin ada yg buta sejarah ketika PRU 2004 Anwar di penjara, PKR hanya ada 1 kerusi Parlimen. Bila Anwar dibebaskan tidak sampai 3 tahun beberapa negeri seperti Selangor, Perak, PP berjaya dirampas dari BN


Jika PH berjaya merampas kembali kerajaan dari PN bermakna sudah kali keempat Anwar membantu menyelamatkan maruah Tun Mahathir samada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya. Bagi saya Tun kena bersyukur sb Anwar mempunyai sifat kemaafan yg tinggi..


Ketokohan Anwar diiktiraf ke pelusuk dunia. Dlm dunia Islam sendiri Ulama Besar Dunia seperti Dr Yusuf Qardawi, Dr Ahmad Tantaji, Dr Wahbah Zuhaily dan ramai lagi sgt mengenali Anwar sebagai tokoh pemimpin Islam. 


Malah pemimpin dunia menghormatinya sehingga beliau pernah disambut permaidani merah oleh kerajaan Amerika. Layanan istimewa itu dianggap musuh politik Anwar sebagai tali barut Amerika. 


Perlu diingat Presiden Erdogan iaitu pemimpin ulung Islam dewasa ini sgt menghormati ketokohan Anwar Ibrahim sehingga mereka menjadi kawan yg akrab. Ini semua kerana ketokohan yg ada pada diri Anwar.


Begitu juga dunia Arab... seorang kenalan yg mengikuti rombongan Wan Azizah ke persidangan OIC sebagai TPM memberitahu, ketika bertemu dgn beberapa pemimpin negara Arab mereka bertanya khabar Anwar dan berjanji akn membantu Anwar apabila beliau menjadi PM nanti.


Secara peribadi bagi saya sb utama Tun tidak mahu Anwar menjadi PM bukan kerana prinsip Anwar yg memerangi rasuah tetapi ketokohan yg ada pada Anwar sgt dicemburui Tun. Tun rela mengambil Pak Lah yg dianggap Menteri yg lemah semata

mata utk beliau dilihat sebagai pemimpin ulung negara.


Tun tahu Anwar mampu mengembalikan era kegemilangan Malaysia era 90 an dikenali sebagai Asian Tiger di kana ketika itu Anwar Ibrahim diakui oleh dunia sebagai antara Menteri Kewangan terbaik dunia.


Tun tahu dgn hubungan baik Anwar dgn dunia luar terutama negara2 Teluk, integriti dan sgt membenci rasuah... Malaysia akn lebih gemilang di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim. Ini terbukti negara Filipina dan Indonesia yg memerangi rasuah ekonomi negara terbabit berkembang pesat.


Negara2 dunia yg maju kerana amalan rasuah sgt minima. Singapura, Jepun, Norway, Sweden, New Zealand maju kerana mereka berjaya memerangi rasuah. 


Perlu diingat di penghunjung era 80 an tiba2 kita mula ketinggalan dari Korea. Ini kerana amalan rasuah yg mula berlegar di kalangan pemimpin2 negara ketika itu.


Sebab itulah musuh politik atau pemimpin korup berpuluh tahun lamanya cuba memburukkan Anwar. Ini kerana mereka tahu menjadi ahli politik tidak mampu membuatkan mereka jadi kaya raya jika tiada rasuah. Apa la guna menjadi pemimpin tetapi menjadi hamba kpd rakyat semata mata. 


Sdgkan berpuluh tahun tradisinya menjadi pemimpin mereka akn disanjung, disambut bagaikan dewa dan hidup dlm kemewahan tanpa dipersoalkan.


Itulah sb org Melayu berebut rebut mahu menjadi pemimpin dan pengampu pemimpin. Tak rasa bersalah dgn rakyat apatah lagi gerun dgn Allah atas perbuatan mereka. 


Saya ingin bertanya kpd mereka yg terpengaruh dgn musuh politik Anwar... ada kalian jumpa pemimpin yg sanggup dipenjarakan hampir 10 tahun dlm hidupnya di negara ini? Dia keluar penjara dia lawan... sdgkan Anwar ditawarkan oleh beberapa negara Teluk 'suaka politik' tetapi beliau memilih lawan demi utk rakyat.


Baru2 ini beliau ditawarkan utk menduduki kerusi no 2. Tapi Anwar yg kita kenali dia seorang yg berintergriti. Tidak mudah disuap dgn jawatan dan kuasa dan kita tidak perlu bimbang kerana dibibir Anwar dia hanya meratib nasib rakyat teramai. Idealisma dia menjadi teras perjuangan PH yg sgt disenangi rakyat.


Perlu saudara2 tahu... di kala beliau dituduh gila kuasa ingin menjadi PM, dlm mesyurat Tertinggi PH, beliaulah yg menenangkan penyokong dan musuhnya... Katanya berikan Tun peluang sehingga selepas Apec. 


Malah lebih membuatkan kita berasa dia berjiwa besar, Anwar membenarkan Tun utk menetapkan tarikh bila beliau mahu berundur walaupun dlm konsesi PH, Tun hanya PM sementara atau 2 tahun sahaja.


Difitnah dia lawan di mahkamah. Dipukul, dibogelkan, dipenjarakan dan paling hina diaibkan sehingga menderita ahli keluarga Anwar. 


Bukti Anwar didedami musuh politik, kes beliau hingga terpaksa diadakan adakan bukti. Sdgkan yg ada pemimpin yg ada bukti yg nyata dgn video dan pengakuan perakam tidak langsung didakwa. 


Sb itu jika kita tidak faham politik jgn bila disebut nama Anwar terus membenci... sama seperti bila dgr nama DAP terus membenci... itu tandanya kita mudah diperbodohkan atau diperhambakan politikus yg ketagih mencuri wang rakyat.


Walaupun Tun dan Najib cuba membunuh karakter Anwar tetapi rakyat menyambut Anwar sebagai wira. Tidak pernah berlaku seorang pemimpin disingkirkan dan diaibkan disambut 100 ribu rakyat di Dataran Merdeka. 


Ratusan ribu pengkagum Anwar kini berdebar menunggu keputusan. Mereka bukan taksub membuta tuli kerana mereka tahu dgn Anwar tiada apa projek yg mereka akn perolehi tetapi memahami bahawa pada tubuh lelaki  bernama Anwar ini akn mampu membawa perubahan kpd negara.


Bukan sekadar ekonomi tetapi membawa perubahan kpd sikap org Melayu yg sudah sinonim dgn rasuah. Intergriti dan keberanian Anwar Ibrahim adalah pemimpin yg dinantikan nantikan oleh rakyat perbilang kaum yg mahu harta negara ini dipulangkan kpd rakyat dan bukan kpd beberapa pemimpin yg korup.


Utk menjadi pemimpin nombor satu negara kamu tidak boleh disanjung oleh satu bangsa... kamu mesti disanjung oleh bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban, Dayak, Bugis, Suluk, org asli dan lain. Sebab kamu adalah pemimpin negara bukan pemimpin bangsa.

 "TUN M BUNUH KARIER POLITIKNYA SENDIRI", MENGAPA SALAHKAN ANWAR?


Merujuk kepada kenyataan Mahathir di dalam Malaysiakini hari ini, saya memikirkan sesuatu perlu dilakukan terhadap pemikiran beliau.  Saya khuatir sesuatu penyakit yang serius telah melanda pemikiran beliau sehinggakan beliau lupa dan mengeluarkan kenyataan bodoh yang menjadi bahan ketawa orang ramai.


Satu dunia tahu, kerajaan PH mula tumbang sebaik sahaja Tun M meletakkan jawatannya sebagai PM.  Meskipun beliau telah dinasihati oleh Agong, beliau tetap berkeras dan mahu meletak jawatan.  Sebelum itu, di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pun, Anwar Ibrahim telah bertolak ansur dan memberikan peluang kepadanya untuk terus menjadi PM sehingga beliau rasa perlu berundur.


Malangnya, Mahathir memang mahu menyekat kemaraan Anwar Ibrahim dan salah satu caranya adalah dengan menghancurkan PH.  Memberi ruang kepada pengkhianat adalah satu cara terbaik untuk musnahkan PH, sekaligus memusnahkan harapan rakyat untuk melihat Anwar Ibrahim untuk menjadi PM.


Mahathir mahu kembali menjadi PM tetapi bukan di bawah kerajaan PH.  Beliau mahu menjadi PM di bawah kerajaan perpaduan, dan tidak timbul lagi isu janji melepaskan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim.  Mahathir merancang, Allah merancang, dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Mahathir kini meroyan umpama hantu tidak bertuan.


Rakyat harus sedar, tipu muslihat Mahathir yang menjadi punca negara ini hancur dan rakyat menderita.  Mahathir adalah pembuka pintu untuk para pengkhianat masuk sekaligus merampas mandat rakyat.


Mahathir "membunuh karier politik"nya sendiri dan kini menyalahkan Anwar Ibrahim.  


NORAZIAH BINTI MOHD RAZIT

Calon MPWP