Tuesday, January 24, 2023

 Aku nampak ramai pepuak PN dok bahas lantik pakar dari Singapura ibarat menjual kedaulatan negara sebab ia babitkan isu perumahan. Lepas tu pemimpin PN pula dok leretkan isu ini kepada DAP dan agenda halus. Mereka juga kata inilah punca kenapa orang Pulau Pinang tak mampu beli rumah tetapi orang luar yang beli rumah kat Pulau Pinang.


Mereka juga bawakan hujah seperti kenapa tak gunakan kepakaran tempatan. Bukankah kita ada banyak yang pakar-pakar.


Sebab itulah dari dulu lagi aku suka nasihatkan pepuak PN neh baca bagi habis, bagi faham, lepas tu baru meroyan.


Berkongsi kepakaran dan teknologi? Ia amalan biasa dunia. Berkongsi kepakaran bukan isu kat sini. Isunya ialah adakah kita bawa pakar yang betul. Itu yang korang kena tanya Nga Kor Ming. Siapakah yang dia sebut sebagai pakar itu. Namanya. Supaya korang boleh semak kelayakan dia. Adakah dia dibayar? Berapa? Itu yang korang kena fikir. Korang tolonglah jadi pembangkang yang berotak. Janganlah bodoh sangat. Janganlah semua benda nak meroyan pasal kaum dan agama, beybal.


Aku teliti dah kenyataan Nga Kor Ming tu. Dia kata dia nak panggil pakar dari Singapura yang bangunkan model HDB. Kontraktor. Kontraktor tu nantinya akan berkongsi pengalaman dia bina rumah model HDB di Malaysia. Dia dibawa masuk untuk berkongsi apa yang berlaku di Singapura sehingga model HDB ini menjadi kebanggaan Singapura di mata dunia.


Nga Kor Ming juga kata, apa yang buruk dari kita, kita akan perbaiki. Kita akan belajar dari yang pakar untuk memperbaiki kelemahan kita. Bukan sahaja dari Singapura malah dari mana-mana negara, yang pakar yang boleh bantu menyelesaikan masalah perumahan di Malaysia.


Soal perumahan ini sangat besar dan melibatkan ramai pihak. Bukan soal bina sahaja. Jadi kesemua aspek itu kita kena belajar dan memperbaiki diri. Yang buruk jadikan sempadan. Yang baik jadikan tauladan. Ini yang dia sebut.


So?


Apa yang salah?

Hahh sebab dia DAP kan?


Korang nak sembang pasal harga rumah? Pemilikan rumah? Itu buka la tajuk lain. Ini dia sembang macam mana nak bawa model HDB untuk upgrade kualiti pembinaan perumahan di Malaysia. Bersistematik dengan keluasan yang lebih besar. Soal harga boleh kita bahas. Kita semua pun tak suka dengan harga rumah semasa tetapi bahaslah ikut tajuk. Tapi yang korang faham ini merepek sahaja yang langsung takde kaitan dengan masalah yang kita hadap pun. Pongpang atas perkara tak berlaku. Tak ke bahlol namanya tu.


Orang tu sembang pasal masalah sampah, perparitan, saiz rumah, kawalan, penyelenggaraan dan etc. Korang merepek pasal dia DAP dan nak jual negara. Jika kau kata kita ada banyak pakar, kenapa masa kau kerajaan kau sendiri tak buat? Kenapa kau sendiri tak lantik, cari dan laksanakan? Kenapa bukan kau sendiri selesaikan masalah? Anwar jadi PM pandai pula suruh selesaikan masalah on the spot. Kau, kenapa tak buat?


Orang berakal akan ambil pendekatan tunggu dan lihat. Selepas mendapatkan nasihat dari pakar apakah ada perubahan? Sampai satu tempoh, kau boleh hentak kenapa tak ada perubahan. Kalau setakat nasihat one off tu tak payah cakaplah. Ini yang betul-betul Nga Kor Ming bayar dia untuk lakukan kerja. Yang ini kena hentak jika tak ada perubahan. Sepatutnya macam itulah kau membangkang. Ini tidak, yang membela pun aku yang membangkang pun aku. Korang memang NO FUNCTION AT ALL PUN KAT MALAYSIA NEH. NO FUCTION AT ALL. FUCTION SETAKAT NAK TAKUT KAT JARUM HALUS JE. SERABAI.