Wednesday, April 24, 2024

Nasi Arab

 RESEPI CHE NOM


RESEPI CHE NOM

RESEPI NASI ARAB KABSAH STYLE CHEF AMMAR

   

Resepi Nasi Arab Kabsah Style Chef Ammar

26/07/2022

MASA PENYEDIAAN

50 minit

MASA MEMASAK

30 - 35 minit

JUMLAH HIDANGAN

5-6 orang

Kali ni kita tengok cara masak Nasi Arab Kabsah Ayam, style Chef Ammar yang masak dari hati dan masak with iman.


Apa yang bezanya kabsah dengan nasi mandy, untuk kabsah resepi ni campuran rempah memang berbeza sikit, ada letak tomato puree jadi warna tu sedikit oren lah dan masakan ayam pun sedikit pedas sebab kita tumis sekali dengan cili dan ayam tu pulak kita masak sekali dengan nasi dan dihidang dengan sos harrah dan juga salad.



BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan nasi kabsah:

¼ cawan minyak masak

1 sudu besar minyak sapi

1 batang kayu manis

2 kuntum bunga lawang

6 ulas bawang putih

½ biji bawang holland

2 tangkai cili hijau

1 ikat daun ketumbar

1 sudu besar pes tomato paste ATAU 2 sudu besar puri tomato

2 sudu besar rempah kabsah

1 ½ ekor ayam

4 cawan beras

6 cawan air

Pewarna oren atau saffron (pilihan)

1 kiub pati ayam

Garam secukup rasa

2 sudu besar minyak sapi

Hirisan badam atau gajus (pilihan)

Kismis

Bahan-bahan rempah kabsah:

1 sudu besar lada hitam

2 sudu besar biji ketumbar

1 sudu besar jintan manis

6 biji pelaga

½ sudu besar cengkih

1 sudu besar serbuk cili

½ sudu besar serbuk kunyit

Bahan-bahan untuk salad:

1 batang timun

1 biji tomato

½ biji bawang holland

Daun ketumbar

Serbuk lada hitam

Gula

Garam

Jus lemon

Bahan-bahan sos harrah:

8 tangkai cili padi

5 ulas bawang putih

2 tangkai cili merah

1 biji tomato

Daun ketumbar

Jus lemon

Gula

Garam


CARA-CARA:

Cara-cara untuk Ayam dan Nasi Kabsah:

Sangai lada hitam, biji ketumbar, jintan manis, pelaga dan cengkih sehingga naik bau.

Kisar kering bahan sangai sehingga halus.

Tambah serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau dengan sekata.

Panaskan minyak, masukkan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta bawang putih sehingga naik bau.

Masukkan bawang holland dadu, hirisan cili hijau dan daun ketumbar.

Tambah pes tomato, puri tomato, rempah kabsah dan sedikit air.

Masukkan potongan ayam, lalu kacau sehingga ayam bersalut rempah tumis dan masak sehingga separuh masak.

Masukkan air, pewarna oren atau saffron dan pati ayam (pilihan). Reneh ayam dalam anggaran selama 20 minit.

Tambah garam secukup rasa.

Masukkan beras basmathi dan kismis. Reneh sehingga agak kering diatas api sederhana.

Tutup dan masak nasi sehingga masak diatas api yang perlahan.

Sesudah masak, sapu permukaan nasi dengan minyak sapi.

Cara-cara untuk Salad Kabsah:

Masukkan potongan dadu timun, tomato, bawang holland, daun ketumbar, serbuk lada hitam, garam dan gula.

Tambah jus lemon dan gaul sekata semua bahan.

Simpan dan sejukkan dalam peti sejuk.

Cara-cara untuk sos harrah:

Kisar kasar cili padi, bawang putih, cili merah, tomato dan daun ketumbar.

Tambah jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul sekata bahan.

Cara-cara untuk Nasi Arab Kabsah:

Hidang nasi dengan hiasan cili hijau, hirisan lemon, kacang badam (pilihan), sos harrah beserta salad.


TIPS

Sukatan air untuk masak nasi kabsah adalah 1 cawan beras bersamaan dengan 1 ½ cawan air.

Rendam beras basmathi terlebih dahulu sebelum dimasak iaitu dalam anggaran lebih kurang 15 minit atau 45 minit.



RESEPI NASI ARAB MANDY AYAM

   

Resepi Nasi Arab Mandy Ayam

09/08/2021

MASA PENYEDIAAN

45-55 minit

MASA MEMASAK

1 jam

JUMLAH HIDANGAN

4 orang makan

Nasi Arab Mandi Ayam, resepi special untuk bulan Ramadhan kali ini. Che Nom mulakan resepi dengan cara untuk membuat rempah mandy secara homemade, guna bahan-bahan yang biasa ada di dapur saja dan kita akan dapat hasilkan rempah nasi arab mandi yang tak kurang hebatnya.


Selepas hasilkan rempah, Che Nom akan tunjuk dengan terperinci cara untuk buat stok rebusan ayam, yang kita akan guna untuk buat nasi arab mandi dan juga hidangan sampingan iaitu sup. Tak lupa juga cara-cara penyediaan salad dan sos harrah yang pedas, yang seimbangkan rasa nasi arab dengan tekak melayu.


Ayam pula Che Nom pilih cara penyediaan yang paling praktikal untuk dimasak di dapur kekebanyakan orang kita. Hasilnya ayam yang lembut, juicy dan penuh berperisa. Pelengkap untuk nasi arab mandi yang sangat sedap.


NOTA: Bakar ayam angaran 15 minit Suhu 180C-200C, api atas bawah



BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan untuk rempah mandy:

2 sudu besar biji ketumbar

1 sudu besar jintan putih

1 sudu besar lada hitam

1 sudu kecil bunga cengkih

8 biji buah pelaga

1 batang kayu manis

3 helai daun salam kering

Bahan-bahan untuk nasi mandy:

4 cawan beras basmathi extra long

air secukupnya untuk rendam

3-4 sudu besar minyak sapi

½ biji bawang holland

5-6 ulas bawang putih (**tertinggal di caption video)

3 tangkai cili hijau

4-5 tangkai cili padi

1 - 1 ½ sudu besar rempah mandi

6 cawan stok rebusan ayam

1 mangkuk kecil kismis hitam

4 cawan beras basmathi

garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk rebusan ayam:

2-3 sudu besar minyak masak

2 helai daun salam

1 batang kayu manis

2 sudu kecil lada hitam

½ biji bawang holland

10 cawan air

1 kiub ayam

1 ekor ayam

1 sudu besar rempah mandy

Bahan-bahan untuk sapuan ayam:

2 sudu besar minyak zaitun

1 sudu kecil serbuk smoked paprika/serbuk cili

Sedikit pewarna kuning

1 sudu besar jus lemon

½ sudu besar rempah mandi

Bahan-bahan untuk salad:

1 biji timun

1 biji tomato

½ biji bawang holland

sedikit garam

sedikit gula

½ sudu kecil serbuk lada hitam

1-2 sudu besar jus lemon

daun ketumbar

Bahan-bahan untuk sos harrah:

4 ulas bawang putih

1 biji tomato

4-5 tangkai cili padi

1 biji lemon

1 biji cili merah

Daun dan batang ketumbar

1 sudu besar jus lemon

sedikit garam

sedikit gula

Bahan-bahan untuk sup:

Baki air rebusan ayam (setelah keluarkan air rebusan untuk nasi)

Garam secukup rasa

½ sudu kecil serbuk kunyit

½ sudu besar serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk lada sulah

Hirisan daun ketumbar

Bahan-bahan untuk perasa asap:

2 sudu besar minyak masak

bara dari arang


CARA-CARA:

Cara-cara untuk rempah mandy:

Panaskan kuali dan sangai bahan-bahan rempah mandy sehingga naik bau dalam anggaran masa 5-7 minit.

Kisar bahan rempah sehingga agak halus.

Cara-cara untuk nasi mandy:

Rendam beras dengan air secukupnya sehingga lembut, anggaran 30 minit.

Panaskan minyak sapi lalu tumis hirisan bawang holland sehingga lembut dan layu.

Masukkan bawang putih, cili padi hiiau, rempah mandy, stok rebusan ayam, kismis hitam, rendaman beras basmathi yang telah dibasuh bersih dan garam secukup rasa.

Tutup dengan aluminium foil ataupun kain dan masak nasi dengan api yang perlahan.

Selepas nasi sudah masak, tambah sedikit pewarna kuning telur atau saffron.

Cara-cara untuk rebusan ayam:

Panaskan minyak masak lalu tumis daun salam, kayu manis, lada hitam dan hirisan bawang holland. Tumis sehingga bawang holland menjadi lembut.

Masukkan air, kiub ayam (pilihan), ayam dan rempah mandy.

Rebus ayam dalam anggaran masa 20-30 minit dengan api yang sederhana.

Sediakan bahan sapuan ayam dengan campuran minyak zaitun, serbuk smoked paprika, sedikit pewarna kuning, jus lemon dan rempah mandy. Kacau sekata bahan.

Selepas ayam masak, sapukan permukaan ayam dengan bahan sapuan lalu perapkan seketika.

Bakar ayam pada suhu 180C - 200C dengan menggunakan api atas sahaja dalam anggaran masa 15 minit.

Cara-cara untuk sup:

Panaskan baki air rebusan ayam untuk sup.

Masukkan garam secukup rasa, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan hirisan daun ketumbar.

Masak sehingga sup mendidih.

Cara-cara untuk salad:

Potong dadu timun, tomato dan bawang holland.

Masukkan sedikit garam dan gula, serbuk lada hitam, jus lemon dan hirisan daun ketumbar.

Gaul sekata bahan-bahan salad.

Cara-cara untuk sos harrah:

Kisar bawang putih, tomato, cili padi, cili merah (pilihan), daun dan batang ketumbar tanpa air. Kisar kesemua bahan tidak terlalu halus.

Perasakan sos yang telah dikisar dengan jus lemon, sedikit garam dan gula.

Cara-cara untuk perasa asap.

Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.

Letakkan ayam panggang diatas nasi mandy.

Guna bekas tahan panas dan tuang minyak masak lalu letakkan bara dari arang.

Tutup rapat selama 10 minit agar nasi dan ayam terkena asap dan dapat menyerap baunya.

Cara-cara untuk hidang nasi arab mandy ayam berempah:

Hidangkan nasi mandy dengan ayam panggang, salad, sos harrah, sup kosong bersama potongan cili hijau dan hirisan lemon.

Kemudian, nasi arab mandy ayam berempah siap untuk dijamu selera.


TIPS

Jika nasi dimasak guna pressure cooker, tidak perlu rendam beras.

Pastikan rebus ayam tidak terlalu lembut dan hancur.

Selain bagi cara masak dengan merebus ayam, boleh juga cara yang dipanggang terus ayam diatas nasi dan masuk kedalam ketuhar.

Asingkan baki air rebusan ayam untuk sup dan juga untuk nasi.

Jika mahu menggantikan minyak zaitun, boleh saja gunakan minyak masak ataupun mentega cair.

Jika mahu menggantikan smoked paprika, boleh juga gunakan serbuk cili.

Jika mempunyai safron, boleh gantikan dengan pewarna kuning untuk bahan sapuan ayam dan nasi mandy.

Jika tidak mahu nasi menjadi hancur, elakkan daripada kerap atau lebih mengacau nasi ketika dimasak


Resepi Kari kambing


Kambing 1kg direbus sampai empuk dgn serbuk kunyit .halia n garlic yg ditumbuk dgn batu lesung..baru sedap..jgn malas pakai blender yek..πŸ˜ƒπŸ˜ƒ.

Tumisan

Kayu manis 2

Bunga cengkih 5

Bunga lawang 2

Pelaga 5

Jintan manis 1sdb

Daun kari

Cili kering 10tangkai dipotong

Bawang 4labu dihiris mayang

Tomato ceri 15biji..


Tumiskan semua bahan diatas sampai layu n then masukan daging kambing da telah direbus n letak air 1cawan stok kambing...n masukan serbuk ketumbar 1sdb,serbuk cili kering 2sdb, dan serbuk kari ayam 3sdb....biar mendidih n kering sampai jadi pekat..n masukan garam n aji ..n daun ketumbar siap


Kredit Resepi : rani ganga via mahn

RESEPI KEK SARANG SEMUT


Bakar dalam rice cooker.


BAHAN-BAHAN :


1 cwn gula

1 cwn air

1 cwn gandum

5 biji telur gred c

2 sd soda bcbnt

3 sudu minyak masak

1/3 cwn susu pekat


CARA MEMBUATNYA :


Masak gula sehingga perang guna api kecil.


Then tambah air sikit demi sedikit bila gula sebati matikan api biarkan skjp.


Pukul manja telur biar kuningnya pecah sebati then masukan susu.


Masukan Air gula tapis ye kut ade yang ketul.


Masukan gandum dan soda bicarbonat sis ayak bersama. Kacau sebati. 


Tapiskan adunan ke dalam rice cooker. Bakar sehingga masak dan butang warm bertukar.


Kredit : Empunya Resepi

RESEPI NASI ARAB


BAHAN-BAHAN :


πŸ› Beras Basmathi ( rendam 20min basuh dan toskan)

πŸ› Bawang merah

πŸ› Bawang putih

πŸ› Buah pelaga dan tiga sekawan(bunga cengkih/lawang/kayu manis

πŸ› Minyak / minyak sapi / Planta

πŸ› Perencah Nasi Arab (tak kisah jenama apa)

πŸ› Garam

πŸ› Gula

πŸ› Pewarna Kuning / oren


Dapatkan banyak lagi resepi mudah dan simple dekat sini >>https://t.me/AnekaResepiMudah 


CARA MEMASAK :


πŸ– First sekali tumis bahan-bahan tumisan yang diihiris seperti bawang merah dan putih. lepastu tumis macam biasa bersama bahan yang lain buah pelaga,tiga sekawan.


πŸ– Dah nampak garing keemasan tu masukan perencah nasi arab ( satu sudu je) kalau banyak nanti warna jadi gelap sangat. Masukan sikit garam dan gula.


πŸ– Dah nampak pecah minyak sikit tu masukan beras yang dibasuh dengan sedikit air (masak seperti biasa)


πŸ– Bila nasi dah masuk baru titis sedikit je pewarna oren dan kuning


RESIPI SALAD ARAB :


πŸ₯— Tomato

πŸ₯— Bawang merah

πŸ₯— Timun Jepun/timun biasa

πŸ₯— Perahan lemon/jus limau segera (guna yg kedai Eco je)

πŸ₯— Daun ketumbar

πŸ₯— Garam

πŸ₯— Gula

πŸ₯— Minyak zaitun (kalau ada)


CARA MEMBUATNYA :


πŸ‘‰Potong dadu bahan - bahan tu semua lepastu perasakan dengan perahan lemon ,minyak zaitun . kemudian masukan garam dan gula. Gaul je semua. mudah aje πŸ˜‹


RESIPI SOS HARRAH :


πŸ… Tomato

πŸ… Daun ketumbar

πŸ… Cili padi( thai chili pedas lagi sedap)

πŸ… Perahan lemon sikit je

πŸ… Bawang merah (kalau nak buh)

πŸ… Garam

πŸ… Gula


CARA MEMBUATNYA :


πŸ‘‰ Blend bahan- bahan yang disenaraikan iaitu tomato, daun ketumbar, cili padi tu dengan sikit air je jangan banyak sangat.


πŸ‘‰ Lepas dah blend perah lemon sikit je jangan bagi masam sangat dan perasakan dengan garam dan gula. Kena balance tau kalau salad dah masam sos kena manis2 sedang gitu je (tawar pun ok)πŸ˜‹


Kredit : Empunya Resepi


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian


Nasi Arab

Bhn utk rebusan ayam & sup

1 biji tomato

1 sk jintan manis (biji)

1 sk ketumbar (biji)

3 biji buah pelaga

1kiub ayam

1/2 sk serbuk kunyit

1 sk rempah kurma

Akar ketumbar

Garam


Utk nasi

Tumis bwg besar halia & rempah 3 sekwn

Ambil air rebusan ayam

1 cwn beras 2 cwn air

Sy tumis dgn butter sb xde minyak sapi


Sambal arab

Cili api & cili merah

Tomato

Bwg putih

Daun ketumbar

Garam

(Blend + jus lemon)


Salatoh

Cam dlm gambar. Nenas tu sy tambah je. Garam gula + jus lemon...bkn guna cuka


Ayam yg nk bakar

tambah bhn perapan ni :

Serbuk kari

Serbuk cili

Sos tiram

Garam

Brown sugar / madu (sy letak dua²)

Minyak masak (2 sdb)


Photos from Norul Azmah


Resepi Mee Goreng Basah:-


1 bungkus mee kuning (Celur air panas dan tos kan)

1 paket fish ball

2 ekor sotong sederhana

Ayam (ambik isi & tulang2 sikit)

Sos cili 3 sudu besar

Kicap manis 4-5 sudu besar

Sos tiram 2 sudu besar

Cili boh 3-4 sudu besar

Sawi 1 ikat

Tomato 1 biji potong 6/8

Cili besar 2 biji

Minyak masak 3 sudu besar

Air (ikut masing2 nak basah sikit atau banyak)


Bahan2 ditumbuk:-


Cili padi 7 biji

Bawang putih 5 biji

Bawang besar 1 biji


Cara-caranya :-

1) Panaskan kuali, masukkan minyak.

2) Masukkan bahan yg ditumbuk. Tggu sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tggu mendidih atau pecah minyak.

3) Masukkan sos cili, kicap manis, sos tiram, ayam, sotong, fish ball. Tunggu sehingga mendidih serta ayam masak.

4) Masukkan mee. Gaul sebati. Boleh tambah air kalau kuah makin berkurang. Masukkan sawi, tomato, cili besar.

5) Siap untuk dihidangkan.

***Resepi sy ambil dari group nie dan olah cara saya πŸ™‚


Sumber ini daripada ziehan azizan

NASI AYAM HAINAN

Sumber resepi : Anna Camfrog


Utk nasi...

4 pot Beras (cuci bersih)

5 ulas bwang putih (tumbuk)

3 kiub ayam knor (ramas hancur)

2 hlai daun pndan (dsimpul)

1 sup bonjot

2 bunga cengkeh

1 kayu manis

2 sdm mentega

1 btg serai (dtitik)

Halia (tumbuk)

Air scukupnye

~basuh beras sperti biasa...tos...ktepikan dulu

~pnaskan kuali...masukan mentega..tunggu cair...masukan bahan tumbuk, sup bonjot, serai, bunga cengkeh dan kayu manis....tumis semua sampai naik bau...

~masukan beras...gaul rata dlm kuali slama lbih kurang 8 mnit...alihkn ke dlm periuk nasi...

~tuangkan air scukupnye (mgikut sukatan beras yg dgunakan)..masukn daun pndan dan kiub ayam knor...gaul sebati...masak nasi sperti biasa...


Utk ayam...

1/2 ekor ayam (dcuci bersih)

5 ulas bwng putih (tumbuk)

Halia (tumbuk)

1 kiub ayam knor

Garam

Air scukupnye

Minyak bijan (utk mmerap)

'Air masak scukupnye

'Ais

(Utk proses mlembut dan mlembapkn ayam)

~satukan air, bhan tumbuk, kiub ayam dan garam dlm periuk...didihkn dia

~bila dh mdidih...masukan ayam...tutup...tunggu smpai ayam masak (dlm 30-40 mnit...ikut saiz ayam)...

~bila ayam dh masak...angkat..masukan dlm air yg bercampur ais...rendam dlm 20 minit (air tu air tapis or air masak...proses ni utk mlembapkn dan mlembutkn ayam)....

~stelah itu...angkat ayam...sapukn dan perap ayam dgn minyak bijan scukupnye....

~angkat dan potong2 ayam...smasa waktu hendak mhidang nanti.....


Utk sos hitam...

4 sdm kicap cair

1 sdm kicap pekat

1 sdm madu

1/2 cwn air rebusan ayam

2 sdm mnyak bijan

~campur semua bahan2 di atas...gaul sebati...siap


Utk sos merah...

5 cili api (merah-tumbuk)

3 lada besar (merah-tumbuk)

Halia (dtumbuk)

Garam

Gula

Air masak

Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu)

~satukan semua bahan..didihkn skejap di atas api yg sderhana sambil dikacau2...siap


Utk sup...

3 bwng merah (dtumbuk)

2 bwang ptih (dtumbuk)

1 sup bonjot

3 rempah skwan

Halia (dtumbuk)

Garam

Air rebusan ayam

Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu)

Sdikit mnyak (utk mnumis)

#saya bubuh fishball...saja2 suka2 je...hihii


~pnaskan mnyak...masukan bahan tumbuk bersama rempah 3 skawan dan sup bonjot...tumis smpai naik bau...masukan air rebusan ayam...tunggu didih...masukn fishball..perisakn dgn garam dan ajinamoto...taburankn bwang goreng n daup sup semasa mhidang...siap