Monday, January 13, 2025

 Satu hari satu resepi dari CN @everyone

MEE GORENG BASAH SEAFOOD DAN TAUHU HANCUR

Setiap hari Di Bulan puasa,sudah kebiasaan untuk buat gorengan jenis mee untuk berbuka,sekadar alas perut😊.Dan jenis masakkan mee tauhu hancur nih,memang digemari oleh keluarga saya,permulaan awal masakkan mee NIH,keluarga berfikir saya mengunakan telur,kerana tauhunya melekat disetiap helaian mee,Rasa Yang pedas,Manis,Dan sebati.memang kegemaran keluarga saya jenis masakan mee sebegini.

500gram mee kuning

Udang saiz sederhana 15 ekor

Sotong 2 ekor saiz besar

Taugeh(agak2)

Sawi(agak2)

Tauhu@Taukua(1 ketul besar dihancurkan)

Tomato 1 biji(dibelah 6)

Kicap Manis 7 sudu besar

SOS tiram 1 sudu besar

SOS cili 1 sudu besar

SOS tomato 1 sudu besar

Minyak masak

Serbuk perisa knorr(jika perlu)

Bahan dikisar

Bawang besar ½ biji

Bawang putih 2 ulas

Cili kering 5 batang(Di rendam air panas Dan toskan)

Ikan bilis (1 sudu besar)


Dapatkan banyak lagi resepi mudah dan simple dekat sini >>https://t.me/AnekaResepiMudah 


CARA MEMASAK

1)panaskan minyak masak secukupnya

2)Tumis bahan Yang telah dikisar sehingga kering Dan pecah minyak

3)masukkan sotong,udang,masak seketika

4)kemudian,masukkan ,kicap Manis,SOS cili,SOS tiram,SOS tomato Dan tauhu Yang telah dihancurkan

5)akhir sekali,masukkan mee,Taugeh,sawi Dan tomato,Gaul sebati Dan secukup rasa


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian


Resepi Mee Goreng Mamak Sedap🌸


RESEPI


BAHAN-BAHAN :


Mee kuning 1 bungkus

Udang sederhana (buang kulit)

Bawang Putih(hiris)

Bawang Merah(hiris)

Kicap cair & pekat

Sos cili

Sos tiram

Cili Bo

Tauhu(digoreng dahulu)

Kentang(potong dadu & goreng)

Taugeh

Daun Kubis

Tomato

3 biji telur(pecah & kacau)

Fish cake(hiris)

Cili(hiris)

Serbuk perasa Knorr/Maggi


Dapatkan banyak lagi resepi mudah dan simple dekat sini >>https://t.me/AnekaResepiMudah 

.

CARA MEMASAK MEE GORENG


Pertama kali, tumis bawang putih + bawang merah + cili bo sehingga naik minyak. Then tambah sos cili + sos tiram + kicap pekat dan biarkan masak sekejap. Kemudian masukkan udang + fish cake + tauhu + kentang + daun kubis. Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yg dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit dan kemudian masukkan mee, gaul sebati. Lastly masukkan tomato + taugeh + cili. Perasakan dengan serbuk perasa & kicap cair jika perlu. Hidang bersama perahan limau kasturi + bawang goreng:)


Selamat mencubaπŸ‘¨‍πŸ³πŸ‘©πŸ»‍🍳😻

.

Kredit resepi ini kpd Mak Cik Bawang


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian


MEE JAWA

Resepi:

~1 kg daging...rebus hiris nipis..

~2 kg keledek...rebus..blend

~200 gm..udang kering *

~100 gm..udang pepai @ geragau kering..*

~2 labu bawang besar*

~10 ulas bawang putih*

~2 btg serai...hiris nipis*

~1 inci halia*

* semua blend

~2 senduk nasi cili blend..

~1 senduk nasi rempah kari..

~Gula melaka 2 ketul..

~Garam

~Minyak tuk menumis

.

Caranya:

1. Tumis bhn yg dah di blend...

2. Tambah cili blend..

3..Buh serbuk kari dg....biar hgg naik minyak..

4. Buh dg yg dah rebus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili..

5. Buh air rebusan dg..

6. Cincang gula melaka buh dlm

7.blend keledek rebus tuang dlm piuk hgg hbs..

8. Tambah garam..

Biar didih hgga minyak naik...siap

Hidang bersama:

Mee kuning

Tahu goreng

Taugeh x yah celur

Telor rebus

Daun bawang

Cili hijau

Bawang goreng

.

Kredit: Faridah Hanim


BUKAN KARI BIASA

ISTIMEWA PUNYA…


RESEPI ISTIMEWA KARI IDASHAHIDA

Daging@ ayam


Sangat sesuai dan sangat disarankan untuk buat kari daging ini sekiranya nak celat makan sedap puas hati


Boleh dibuat makan dengan pelbagai jenis nasi 


Buat kari daging nak bagi rasa sedap masukkan sedikit lemak

Lemak daging@ lemak harimau menangis atau daging harimau menangis makan sedap berganda ganda


sangat istimewa rasanya sebab resepi saya lain dari yg lain.jangan bimbang pasti sedap.

Rempah kari daging dicampur bersama rempah nasi BERIANI cuba bayangkan rasanya…sedap sangat

Mesti makan bertambah tambah dan kalau masak jamu kawan kawan makan mesti akan dipuji.

Saya guna serbuk rempah kari daging allagapas DAN REMPAH BERIANI ADABI

Resepinya:


Santan 2 kotak kecil 200ml x2( kalau nak guna hanya sekotak saja pun boleh dan tetap sedap no.1).caranya santan 1 kotak:

Masukkan 1/2 kotak Santan selepas rempah dah masak masukkan 1 cawan air dan 1/2 lagi dimasukkan sebelum nak masukkan kerisik).


bwg merah 10

bwg putih 7

halia 2 inci

(dihiris halus)


kulit kayu manis 2

bunga lawang 3 

Bunga cengkeh

biji pelaga 3

lada hitam 10 biji


Lengkuas 1 inci diketuk

Serai 3 batang diketuk


daging 1 -1 1/2kg di potong kecil ( resepi ni untuk ayam 1 ekor kalau guna daging jangan lebih dari 1 1/2 kg daging)


Dapatkan banyak lagi resepi mudah dan simple dekat sini >>https://t.me/AnekaResepiMudah 


rempah daging 300g ( serbuk allagapas daging)

Rempah nasi beriani 2 sudu besar

Serbuk cili allagapas 1 sudu besar jika nak pedas

Rempah ni dibancuh kental dengan sedikit air.

kerisik 5 sudu besar 

air 1 1/2 cawan

ubi kentang 4 biji di potong 4 

minyak 2 cawan atau lebih untuk rempah masak betul. 

(rempah bila betul betul masak..akan jadi warna merah dan terdapat minyak diatasnya).


panaskan minyak dalam periok. tumis bwg dah bawang layu masukkan serai lengkuas dan halia tadi tu...dah wangi masukkan rempah 4 sekawan. kacau. masukkan rempah kari. kacau. jangan tinggal!!mudah hangus.


bila rempah dah masak....masukkan daging - api sederhana.

kacau selama 20 minit sampai air daging dah keluar semuanya dan keringkan sedikit kuahnya. Pekatkan

.

Masukkan air 1 1/2 cawan . Dikacau kacau. Masukkan 1/2 kotak santan tadi.masukkan ubi kentang , gula, garam dan kiub ayam/ajinomoto. Ketika ini api sederhana. ( cuba rasa sikit kuah nya - kena bagi kuah dah rasa sedap ketika ini sebab kuah ketika inilah yang amat penting untuk membuatkan daging dan kuah rasa sedap).


terus dikacau...biar mendidih 2 -3 kali selama 20 minit atau sampai daging lembut pastu baru masukkan santan yg 1/2 tadi ,kacau kacau. biar mendidih 2 kali baru dimasukkan 1 kotak santan yang lagi satu tu...biarkan mendidih sekali...bila daging dan ubi lentang dah lembut n sedap baru dimasukkan kerisik. Dikacau kacau sekejap.

Sekarang dah jadi pekah kuahnya.

Rasailah apa yg kurang..sila tambah.


pastikan ubi dan daging telah empuk baru masukkan KERISIK. biarkan 5 minit . pastu baru ditutup api dapur. rasailah dulu apa yg kurang ditambah.SELEPAS MASUKKAN KERISIK KUAH KARI AKAN JADI PEKAT LIKAT DAN AMAT SESUAI DICICAH LEMANG DAN KETUPAT.

Kalau dah masuk kerisik agak dalam 5 minit sila tutup api.

( baru sedap dan pekat likat)


Peringatan penting:

* klu nk kuah banyak tambahlah air 1 cawan lg iaitu sebelum dimasukkan kerisik”


* lepas tu biar mendidih lama sikit supaya ia pekat semula.


* jika last sekali tu ubi kentang dah masak lembut tapi daging belum empuk lagi..sila keluarkan ubi kentang dahulu nanti bila daging dah empuk baru masukkan semula ubi kentang kedLam periuk kari tu....


Masak apa apa pun perlu ada tekniknya supaya rasa sedap dan menyelerakan.


Dah siap.....


** Minyak kena banyak supaya rempahnya masak sempurna baru gulai akan jadi sedap. Nanti bila dah masak boleh buang minyak tu sedikit.minyak tu boleh buat goreng ikan..lagi sedap ikan goreng anda.**


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian

Resipi Apam Balik Mudah


Bahan A (Bahan² adunan apam balik) :

2 cawan tepung gandum

½ cawan gula putih

½ sudu kecil soda bikarbonat

½ sudu kecil baking powder

(kadang² Mak sy tak guna baking powder pun, Mak sy guna 1 sudu kecil bikarbonat je)

1 biji telur

1½ cawan air

Satu sudu kecil @ 1 penutup esen vanila. Guna penutup botol esen vanilla tu je.hehe

Pewarna kuning


Bahan B (Bahan² utk tabur dlm apam balik) :

Kacang tanah(goreng tanpa minyak, blend jgn halus sgt)

Gula putih

Marjerin

Jagung(Mak sy guna jagung ala cream yg dlm tin tu)

Milo

**nak guna coklat rice pun boleh. Ikut kite lah nk guna bahan apa pun.. Hehe


Cara buat :

-Pukul gula, telur dan esen vanilla sampai kembang. Lepas tu masukkan serbuk² penaik,dan pewarna kuning.. Kacau sebati.. Last sekali masukkan tepung dan air.. Pukul guna whisk je.. Pukul sampai tepung dah tak berketul lg.. Simpan sekejap, biar adunan tu naik.. 


-Bila adunan nampak mcm dh naik, bolehlah ambik kuali leper... Panaskan kuali dgn api yg kecil. Mak sy guna non stick pan..


-Ambik sesenduk adunan, dan ratakan dalam pan.. Biarkan sampai separuh masak..


-Bila dh nampak separuh masak, bolehlah tabur kacang,gula,milo,jagung..Lepastu letak marjerin sikit,letak mcm dlm gambar tu..Bila.nmpk mcm dah masak boleh lipat dua apam balik tu..Ok dah siapp..


Selamat mencuba


Airtangan dan pic: Eniza M. Salim 

Kredit Resipi : sumber FB


#resepimudah

#resepisimple

#koleksirespei

#resepiharian


Daging kambing masak pasamah


Respi cara arwah tok buat❤


Bahan

Kambing 2 kilo

Gempah daggin cap babas

Cili kering 10 tangkai*

Bawang besaq 5 biji*

Bawang kecik 10 *

Bawang putih 1 labu*

Halia 1 inci cikit*

Kas2 serbuk(1 sudu)

Gula melaka

Kerisik

Daun sup

Bawang bulat


Cara2


Goreng ke semua bahan2 yang wan tanda*sampai kuning, dah goreng bgi sejuk baru blder bahan2 ini


Kemudian ambik bahan2 yang blder 2 tuang dlm kuali dn masuk kan qempah dn kambing masak bgi naik waggi dlm masa 20 minit


Bila dah naik minyak n waggi..masuk kan kerisik,gula melaka,garam n air 1 cawan cikit,masak dlm 5 minit masukan daun sup n bawang bulat dalam 3 minit dah boley makan.


kredit: zakuan laris


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian

Resepi mee rebus utara/mee sup selatan


6 ulas bwg putih

1 inci. Halia

( Dicincang)

Lada hitam - tumbuk kasar

Lada sulah

Minyak utk menumis

2 Kiub ayam knorr

sedikit gula

Garam jika perlu (sbb kiub dh masin so rasa dulu sblm letak garam ya)

Mee kuning ( dicelur)

Daging

Air rebusan daging

Ayam

Sotong

Udang

Fishball

Fishcake

Sawi

Carrot

Kobis bunga

Lada merah + lada hijau (hiris)

Daun sup + daun bwg

Bawang goreng


Cara:

Panaskan minyak tumis bahan yg dicincang.

Dah naik bau masukkan air rebusan daging, dah mendidih masukkan ayam dan daging.

Ayam dah masak, masukkan mee yg dh dicelur, udang, sotong, fishball,fishcake, kiub ayam.

Masukkan sayur2an, perasakan dgn lada hitam, lada sulah, garam dan gula.

Last tabur daun sup+ daun bawang & bwg goreng...siap!!!


#mee kuning dicelur terlebih dahulu supaya bila masuk di dalam kuah mee x menyerap kuah ya

#Daging direbus dahulu sehingga empuk.. air rebusan digunakan semula ya


kredit: faizah sharip


RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID

============================

BAHAN-BAHAN :

✔ 2 kilo mee kuning, dicelur

✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel

✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar

✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar

✔ 3 ulas bawang putih, dikisar

✔ 3 biji bawang merah, dikisar

✔ 1 inci halia, dikisar

✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar

✔ 3 batang serai, dititik

✔ 1 inci lengkuas, dititik

✔ 5 sudu makan rempah kari daging

✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

✔ minyak untuk menumis


BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING

✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar

✔ 80g tepung gandum

✔ ¼ camt serbuk kunyit

✔ garam

✔ air secukupnya

✔ minyak untuk menggoreng


BAHAN HIASAN

✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil

✔ daun sup, dimayang

✔ bawang goreng

✔ telur rebus, dibelah dua

✔ lada hijau, dipotong bulat

✔ taugeh, dicelur

✔ limau kasturi, dibelah dua


=================

CARA-CARA PENYEDIAAN

=================


CARA TEPUNG UDANG KERING

✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.

✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.


CARA MASAK KUAH

✔ Panaskan minyak dalam periuk.

✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.

✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.

✔ Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.

✔ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.


CARA HIDANGAN.

✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.

✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.


Okey, selamat mencuba


Mee kuah,terliurnya tengok kannn . Jom SAVE resepi ni siap-siap, nanti boleh buat.


Sedapnyaaa😍


Bahan-bahan MeeKuah:


1- Mee kuning

2- Daging rebus

3- Sawi.

4- Tauge.

5- Daun sup.

6- Sos cili.

7- Kicap.

8- Sedikit gula.

9- Sedikit serbuk perisa

10- Telur.


Bahan Untuk diBlend .


1- Cabai kering.

2- Bawang besar.

3-Bawang putih.


Caranya:


1- Tumis bahan blend lepas tu tuang daging tambah air daging sikit.


2- Lepas tu tuang sos cili, kicap, gula, serbok perisa.


3- Tunggu sampai mendidih pecah telur dlm kuah.

Biar dia masak sekejap dah boleh letak mee, sawi, tauge dan daun sup.


4- Dah mendidih dah boleh tuang dlm mangkuk.


5- Siap untuk dimakan.πŸ˜‚


Resepi dari sis Masni Bahari mahn.


Selamat mencuba 🀭


Kredit, Anie Daud


Kuih KASWI GEDIK


Resepi Kuih Kaswi Gedik

Bhn-

** 1 cwn gula merah

** 1/2 cwn gula putih

** 2 cwn air

** Sehelai daun pandan

(Masak sehingga mendidih dan sejukkan....)


** 2 cwn tpg gndm

**1/2 cwn tpg ubi

** 2 cwn air lg

** 2 sudu besar air kapur

** Sedikit garam


Cara-

Masukkan bahan diatas didlm bekas/ mangkok kemudian tuangkan air gula merah yg dh ditapis tadi.kalau nk warnanya hitam masukkan sedikit kicap pekat..kacau sebati..

Pastikan air kukusan tu dh mendidih..

Sapu loyang dgn sedikit minyak baru masukkan adunan tu..

Kukus selama 45 minit atau pun sejam..

Sejukkan dulu lepas tu boleh la potong dan digaul dgn kelapa parut yg dicampur sedikit garam....siappp ...


Foto & airtangan- 🌷Eniza M. Salim

Kredit resepi-🌷Jamilah Jamilah


MEE GORENG BASAH SEAFOOD DAN TAUHU HANCUR

Setiap hari Di Bulan puasa,sudah kebiasaan untuk buat gorengan jenis mee untuk berbuka,sekadar alas perut😊.Dan jenis masakkan mee tauhu hancur nih,memang digemari oleh keluarga saya,permulaan awal masakkan mee NIH,keluarga berfikir saya mengunakan telur,kerana tauhunya melekat disetiap helaian mee,Rasa Yang pedas,Manis,Dan sebati.memang kegemaran keluarga saya jenis masakan mee sebegini.

500gram mee kuning

Udang saiz sederhana 15 ekor

Sotong 2 ekor saiz besar

Taugeh(agak2)

Sawi(agak2)

Tauhu@Taukua(1 ketul besar dihancurkan)

Tomato 1 biji(dibelah 6)

Kicap Manis 7 sudu besar

SOS tiram 1 sudu besar

SOS cili 1 sudu besar

SOS tomato 1 sudu besar

Minyak masak

Serbuk perisa knorr(jika perlu)

Bahan dikisar

Bawang besar ½ biji

Bawang putih 2 ulas

Cili kering 5 batang(Di rendam air panas Dan toskan)

Ikan bilis (1 sudu besar)


Dapatkan banyak lagi resepi mudah dan simple dekat sini >>https://t.me/AnekaResepiMudah 


CARA MEMASAK

1)panaskan minyak masak secukupnya

2)Tumis bahan Yang telah dikisar sehingga kering Dan pecah minyak

3)masukkan sotong,udang,masak seketika

4)kemudian,masukkan ,kicap Manis,SOS cili,SOS tiram,SOS tomato Dan tauhu Yang telah dihancurkan

5)akhir sekali,masukkan mee,Taugeh,sawi Dan tomato,Gaul sebati Dan secukup rasa


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian


SUP TULANG MERAH


BAHAN : -

1kg gearbox

1kg daging

1 mangkuk Cili kering (kisar)

2 sudu tepung jagung (bancuh air)

3sdb Sos cili

1 tin kecil ➡️ https://tekan.la/bahan-resepi-mudah-jee

3sdb Sos Tiram

Lobak Merah dipotong panjang

Kentang dibelah 4

1 tin Kacang Peas

ketumbar,Jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis. Bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus) @ ambil isi dalam sup bunjut jea senang.

Bunga Lawang/ kayu Manis (yg ni tak perlu hancurkan.

3 labu Bawang merah besar /5ulas bawang putih/ Halia (kisar)

Serai (ketuk)

Sup bunjut (3 bunjut)

Kiub pati lembu @ ayam @ ikan bilis

garam secukup rasa

CARA-CARA :-

Rebus daging/gearbox bersama halia hiris/ serai sampai dagingnya empuk. Dah lembut ketepikan .

Panaskan minyak tumis bahan kisar bawang Putih/merah/ halia, serbuk jintan(bahan kisar halus tadi).Bila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan. Seterusnya masukkn tomato puree, gaul sebati masukkan cili kisar, Masukkan sos tiram/sos cili. Masak sampai betul2 pecah minyak dan aroma tumisan dia membangkit selera.

Selesai menumis, masukkan kentang dan lobak merah .masak sampai dia empuk dan seterusnya masukkan air rebusan daging, beserta daging dan gearbox masak sehingga mendidih, last sekali masukkan tepung jagung dan garam secukup rasa.bila dah cukup rasa baru masukkn kacang peas dan gaul rata.siap! Boleh dimakan bersama nasi atau roti perancis

Selamat mencuba! πŸ˜‰


Kredit Asal Tengku RosElyza Raja Muhammad


Yg nk resepi boleh syer ..kalau ikut betol2 resepi ni..memang cantik kejadiannya..

Saya ikut resepiπŸ‘‡

---------

Talam Labu

Lapisan bawah

πŸ“11/2 cawan labu(kukus n lenyek)

πŸ“1cawan Tepung gandum

πŸ“1/2cawan Tepung Ubi

πŸ“1/2cawan Gula

πŸ“21/2 cawan Santan

πŸ“Sedikit garam

πŸ“Sedikit pewarna kuning

🌲kisar semua bahan n kacau atas API kecil sehingga Naik wap(biar sikit kental)

🌲Kukus 20 minit

Lapisan Atas

πŸ“3cawan Santan

πŸ“1/2 cawan Tepung gandum

πŸ“1/2cawan Tepung beras

πŸ“3sudu makan Gula

πŸ“Sedikit garam


🌲kisar semua bahan n kacau atas API kecil sehingga Naik wap(jgn sampai berketul)

🌲Sebelum nk kukus bahagian atas....ambil garpu lorekkan ckit bahagian bawah

🌲Kukus 20 minit juga ya

Tunggu betul2 sejuk baru potong.


Kredit resepi:sumber FB

(Kredit utk owner asal resepi

Saya dh cuba resepi di atas..mmg sedap dan cantik hasilnya.saya bukan peniaga kuih.tp saya suka cuba resepi kuih2 lama.kenapa saya balut plastik kuih tu...sbb senang nk makan.tgn tk melekit.cara potong kuih tiada ukura

n sbb saya bukan meniaga.😊


8 JENIS MEE TERLAJAK SEDAP


Resepi Mee Jawa

Resepi mee bandung 

Resepi Mee Hailam

Resepi Mee goreng basah

Resepi Mee/Maggie 

Resepi Mee Kuah

Resepi Mee Basah

Resepi Mee Champa + Minyak Bawang Putih


1. RESEPI MEE JAWA 


BAHAN-BAHAN :


1 kg mee kuning (dicelur)

1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]

300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)

2 tangkai daun bawang (dihiris)

5 biji cili merah (dihiris)

3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)

3 biji telur rebus (dibelah)

3 biji limau nipis (dibelah)

Sedikit bawang goreng


BAHAN KUAH :


1/2 kg keledek (direbus & dikisar)

Mesin halus:

3 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

3 batang serai

Sedikit halia

sedikit lengkuas

100 gm udang kering

sedikit cili padi, jika suka pedas

2 sb cili kisar

3 sb serbuk kari daging

air rebusan daging

1 cawan air

Sedikit garam

Sedikit minyak masak

Sedikit gula


CARA MENYEDIAKAN :


1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau


2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.


3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.


4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.


πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•


2. RESEPI MEE BANDUNG 


Anggaran utk mee 1/2kg


BAHAN BLEND :


Bwg besar 2 biji

Bwg putih 2 ulas

Lada kering 10 tangkai (kurangkan klu taknak pedas)

Udang kering 2 peket (yg rm1.50 tu)


BAHAN LAIN :


Mee kuning 1/2kg

Kacang tanah segenggam (goreng & tumbuk)

Tepung gandum 2 sudu bancuh dgn air biar cair

Gula garam aji

Daging sotong udang (ikut suka)

Sayuran(sawi, carrot, tahu)

Daun sup

Bwg goreng

Telor


CARA MEMASAK :


Tumis bahan blend, letak gula..tumis sampai pecah myk

Masuk daging & kcg tanah

Masuk air dlm 1 jug

Dah didih masuk tepung bancuh tadi

Masuk segala seafood

Masuk sayur, daun sup & bwg goreng

Last garam aji/sedap rasa


Pecah telor sebijik2 jgn pecah ye..

Masuk mee yg dah dicuci

*Mee boleh jugak celur dulu lepas tu serve dlm mangkuk & curah kuah yg tgh panas tu


*Tepung tu utk pekatkan kuah, biasa guna tepung jagung..tapi kat rumah jarang ada tepung jagung kan so boleh je guna tepung gandum


*Gula biasa lebih sikit..ikut citarasa korang nak manis tahap mane


Dah siap bolehlah letak dlm mangkuk tabur bwg grg & daun sup


Selamat mencuba ♥️


Kredit: halimatussaadiah sidek*🌹


πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•


3 RESEPI MEE HAILAM 


Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailam sedap nie kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya. pernah merasai mee hailam di salah sebuah kedai makan. Rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple dan rasanya juga sedap.


BAHAN-BAHAN :


1/2 kg. mee kuning

1/4 kg daging ayam dan daging lembu

10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)

3 ulas bawang putih *

3 ulas bawang merah *

1 sudu besar cili boh

1 ikat sawi hijau

1 potong kobis

1/2 batang lobak merah

1 bungkus ‘baby corn’

2 tangkai daun sup dan daun bawang

2 biji limau nipis

1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)

Sos cili

Sos tomato

Kicap(warna asal Bkn mcm ni,kami suka mkn kicap sb tu boh byk2)


* Ditumbuk terlebih dahulu

* Ayam dan daging direbus dahulu


CARA MEMBUATNYA :


Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.


Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar2 masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.


Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.

Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)

Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.


Kemudian anda masukkan mee.

Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.

Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.


Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)

Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.


Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.

Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap.


πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•


4. RESEPI MEE GORENG BASAH


BAHAN-BAHAN :


1 peket mee kuning

minyak untuk menumis

8 ulas bawang putih

1/2 biji bawang holland

2 tbsp cili kering kisar

.

Lauk:ikut citarasa

ayam cincang

udang

daging

telur 

sawi

tomato


Sos & Perasa

5 tbsp sos cili

1tbsp sos tomato

2tbsp sos tiram

1tbsp kicap manis

2tbsp kicap pekat

1tbsp sos ikan

1/2 tsp garam halus

1tbsp gula atau secukup rasa

1/2tsp ajinomoto jika suka

1/2 cawan air 


CARA MEMASAK :


1.panaskan minyak masak,tumis bawang putih.


2. masukkan bawang holland,cili kering kisar.


3. masukkan lauk pauk,tumis lagi.


4. letak sedikit air dan semua sos.


5. udang masuk kemudian pun takpa

6.pecahkan telur dan masukkan mee.


7. masukkan sayur,kacau sebati.siap!


Sumber : Suhasnida Ismail


πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•


5. RESEPI MEE/MAGGIE 


BAHAN UTK KUAH :


Sup bunjut adabi 3pcs

6 btg serai

5 cm halia

5 cm lengkuas

Kicap adabi


CARA MEMBUATNYA :


Daging seketul 1/2 KG (x pyh ptong,letak seketul terus,org klate pnggil buku besar,,hihii)

Msukkan air ke 2 jug bsar ke dlm periuk,masukkan semua bahan diatas,,rebus smpai mnggelegak,msukkan garam,,aji skit,magi ckup rasa skit,last msukkan kicap

0Ops,,perut lembu kna rebus asing ye,,x campur skali dlm kuah,,

Sambal lada

*blend cili padi dgn cuka

.

LADA JERUK :

 

*bsuh lada besar hijau,,toskan,,dh btol2 kering,,potong kecik2 msukkan dlm botol,,msukkan cuka,smpai tnggelam lada,,biarkan beberapa jam sblm guna.

Minyak bwg putih,,(rahsia sedap)

.

3 labu bwg putih dipo bhagian depan n hujung,jgn duang smpai licin,,tinggalkn sedikit kulit bwg pda bwg,bsuh,,tumbuk bwg smpai lumat,,jgn blend sb xnk ada air,kemudian panaskan 2 cwn minyak,,msukkan bwg putih,,goreng smpai garing,,awas!!jgn smpai hangit,,angkat n sejukkan,ttup rapat dlm btol,blh simpan utk guna next time

Sawi dipotong kecek,,gaulkan dgn taugeh,,rendam dlm air

.

Bhn lain:

Gula

Garam

Serbuk cili

Lobak masin

Daun sup

Bwg goreng

Asam limau nipis(x sedap limau lain)

Serbuk lada putih

Kcg tanah goreng dan ditumbuk,

Bihun

Mee

Kueh tiaw,,

.

Dh siap sume,,agkat daging dlm kuah td,toskan,,potong kcik2

Potong perut kecik2

Mula2 msukkan bihun/mee/kueh tiaw dlm mangkuk,msukkan sayur,lauk,garam,gula,smbal lada,lada jeruk,serbuk lada,mnyak bwg putih,daun sup ape sume kt atas tu,,hihii,,(mlas nk tulis)pastikan kuah mnggelegak ye,,hati2 msa cedok kuah tu,,msukkan dlm mangkuk,,kasi asap naik skit,,,,tabur daun sup,,bwg goreng,,perah asam limau,,,sedia utk mkn


πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•


6. RESEPI MEE KUAH 


BAHAN-BAHAN :


3 batang rusuk daging (ikut suka nak tulang bahagian mana pun janji tulang)

Sotong 1/2kg

Udang kecik RM5(rebus sekali kulit lepas tu blend halus sekali air rebusan

Ketam 5 ekor(basuh ja jgn buang kulit)


Cabai kering 25 biji(digoreng)

Bawang besaq(5 biji)/bawang merah(20 biji)(digoreng)

Kacang tanah dlm 3 cawan(digoreng)

*macam nak buat kuah kacang tu

1 botol kecil cili sos

1/2 botol kecil sos tomato

1/2 botol kicap

Ubi keledek or ubi kentang 2-3 biji untuk pekat kuah(rebus n lenyek)

Sikit air asam jawa(agak2 lah yer)

2 sudu lada hitam(saya sangai n kisar sendiri ..wangi jer

Garam n gula secukup rasa.

Nak bg sedap lagi boh 2 kiub pati daging sbb saya tak boh tok aji.


Cara senang ja.


Rebus dulu tulang sampai empuk.air daging tu jgn buang tau sbb tu yg akan jadi kuah.


Cabai, bawang blend 

Kacang blend 

Bila daging dah empuk masuk semua bahan yg blend tu.

Masuk udang yg blend tu

Masuk ketam

Masuk sotong

Pastu masuk sos cili

Masuk sos tomato

Masuk kicap

Masuk garam/ gula/lada

Masuk air asam jawa

Masuk ubi yg dilenyek tu


 Ok. Bila dah secukup rasa semua tutup api . 


Bersedia untuk tumis darat.


Hiris 5 biji bawang merah

          3 ulas bawang putih

          Panas minyak tumis bawang yg dihiris sampai kekuningan lepas terus tuang dalam kuah mee(masuk sikit minyak yg goreng bawang tu)..potong daun sup n daun masuk dlm kuah....emmm selamat mencuba ikut cita rasa.


Kredit : Norizah Saad


πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•


7 RESEPI MEE BASAH 


Bahan-bahan 

Mee kuning 1bungkus dibilas dan tos...

Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos..

Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos

Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos..

tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6 ..

Cili kisar 4sudu besar..

Sos cili 5sudu besar..

Sos tiram 1sudu besar..

Sos ikan 1sudu besar..

kicap pekat 1sudu besar..

Kicap manis 5sudu besar..

Kicap mee 2sudu besar..

air putih 1cawan kecil...

Minyak masak 2sudu besar untuk menumis...

Bahan2 tumbuk

Cili api 10biji

bwg putih 3ulas...

Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat...


 Cara

Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar..

Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit..

masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..

Masak dan kacau2 bagi sebati... masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato... kacau2 bagi sebati dan masak.. siap

Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sbb rasa kicap2 tu semua dh cukup..


Kredit : Ieda Roslida


πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•πŸ«•


8 RESEPI MEE CHAMPA + Mnyak Bawang Putih


Bahan Untuk Kuah

1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth

3 liter air

4 biji bawang holand* potong 4

3 biji bawang besar * potong 4

2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis

Seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni. Tapi kalau takde boleh la abaikan.

Daun ketumbar seikat

Daun bawang.

2 batang kulit kayu manis*

4 biji bunga cengkih*

1/2 cawan sos ikan

Gula

Garam

Perasa jika suka

Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam

3 kiub stok perisa daging


Cara-Cara

1. Rebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. Bone broth ni bagus untuk kesihatan kita.


Caranya didihkan air rebusan dulu. Masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam. Kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.


Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya.


Kemudian masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..


2. Sementara daging kita empuk, boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)


3. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.


Rebus dengan api perlahan. Sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.


Time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan, korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee tu. So dapat kuah yang suci bersih je.


Sambal Lada

4 biji lada merah (besar)*

20-30 biji cili api*

2 ulas bawang putih*

2 sudu besar cuka

sedikit garam


Cara-Cara

1. Rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap


MINYAK BAWANG PUTIH

 

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus

1 cawan minyak jagung


Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.


Bahan Lain

kuey teow, mihun, mee champa

Daun ketumbar

Daun sup

Daun bawang

Limau nipis

Hirisan daging

Minyak bawang putih

Lobak asin yang dipotong halus

Sambal lada

Tauge

Kicap

Serbuk lada sulah/lada hitam

Gula (tambahan jika suka manis)

Sos ikan jika perlu


πŸ‘‰ psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! Sekali cuba mesti nak lagi.


Maaf sebab lambat post resepi ni. Tukang masak biasa campak-campak je bahan-bahan dalam periuk tapi nak bagi resepi kat sini kene buat ikut sukatan semoga berpuasahati semua.


Sumber : tahrunnisah jali


SELAMAT MENCUBA πŸ‘


RESEPI LAMB SHANK 

(6 orang )


BAHAN-BAHAN :


6 ketul lamb shank atau

2 -3kg kambing/lembu. Seeloknya beserta tulang tulang sedikit.

* rebus sehingga lembut (2 – 21/2 jam periuk biasa/1jam preasure cooker). Simpan air rebusan utk masak nasi

& kuah briyani nanti.


BAHAN TUMIS :


3 biji bawang Holland

Segenggam bawang putih

3 inci halia

*blend halus semua


REMPAH KERING :


2 sudu teh ketumbar

2 sudu teh jintan manis

1 sudu teh buah pelaga

*blend kering

2 batang kayu manis sederhana besar

1/2 tin besar tomato puree

3 – 4 sudu makan cili sos

3 – 4 sudu makan rempah briyani kegemaran

1/2 cawan yogurt /susu cair

Sedikit gula (jika masak lamb shank/kambing)

sedikit daun sup & daun bawang dipotong panjang seinci (jika ada)

Minyak zaitun/ghee/ minyak biasa untuk menumis. 


CARA MEMASAK :


1.Tumis bahan giling yang dikisar halus tadi sehingga wangi.


2. Masukkan 2 batang kayu manis tadi. Tumis lagi.


3. Masukkan pula bahan rempah kisar kering tadi bersama rempah briyani. Tumis lagi sehingga terbit minyak.


4. Masukkan sedikit air rebusan lamb shank/kambing/lembu utk elakkan rempah tumis dari terlalu kering.


5. Masukkan tomato puree & tomato sos. Kacau lagi. Jika masak lamb shank/kambing masukkan sedikit gula. Jika masak daging lembu tidak perlu gula.


6. Bila sudah kelihatan mesra & berkilat sedikit masukkan pula lamb shank/kambing/daging lembu yang telah direbus bersama 4 – 5 cawan air rebusan lamb shank tadi. Biarkan tanak semua bahan menjadi mesra dan pekat. Jika suka kuah lebih boleh tambah air rebusan lagi.


7. Bila sudah pekat dan tanak, masukkan yogurt/susu cair dan biarkan didih lagi sehingga betul-betul mesra.


 8. Perasakan garam dan gula sekali lagi. Tutup api dan taburkan potongan daun sup & daun bawang tadi.


Siap untuk dihidang.


Lamb shank beli sini Murah xsampai 50 untuk 2 ketul πŸ˜πŸ‘‰ https://s.shopee.com.my/9KTbHqTA7n


DAH SIAP! πŸ₯°


Kredit : Empunya Resepi


SELAMAT MENCUBA


Pesamah(SAMAH)daging nie cukup top la sebelah Utara kalau ada kenduri kahwin baru ada.. Pesamah daging & Nasi minyak kuning... 


RESEPI PESAMAH DAGING


1 kg daging - potong 10 ketul


Bahan tumis:-

1/2 cawan minyak masak

2 sudu besar minyak sapi

3 ulas bawang merah - mayang

3 ulas bawang putih - mayang

3 cm halia - potong mancis

Batang kulit kayu manis

Biji buah pelaga

Kuntum bunga lawang

Kuntum bunga cengkih

2 helai daun pandan -simpul

3 tangkai daun kari


Bahan kisar :-

2 labu besar bawang besar

5 ulas bawang putih

5 cm halia

1 sudu teh serbuk lada hitam kasar


Bhn lain:

1½ bungkus rempah KARI daging

Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung

1 cawan santan pekat

1 cwn susu cair

3 sudu mkn kerisik

Air asam jawa secukup rasa 

Sedikit Garam


Cara-caranya:-

Daging digaulkan dengan bahan kisar, rempah daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik....


Panaskan minyak masak tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing...


Masukkan daging yg digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masak sampai daging lembut dan betul² pecah minyak. Part nie mengambil masa yg lama dlm sejam lebih, Sbb nak reneh daging sampai lembut.


Bila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam...


Masak lagi dgn api perlahan sampai betul² pecah minyak dan kuah menjadi pekat... Okey dah siap..


Ops! resepi Nasi: Nasi minyak masak mcm nasi mnyak biasa, cuma letak perwarna kuning sikit...


Kredit Owner Resepi


Fb Menu Orang Kampung


Resepi Rempeyek-


(Puas hati buat sendiri.Letakla bilis 10 ekor ke.Kacang 10 biji) 


3 cawan tepung beras (sy guna cap Gajah)

1 cawan tepung ubi

2 sudu (B) tepung jagung

¹/² cawan Ketumbar (blend kering)

1 sudu (B)jintan manis (blend kering)

200g udang kering (blend kering)

2 biji telur

1 cawan santan

Garam secukup rasa

Air agak²,bancuhan jangan pekat,jangan cair sangat.


Bancuh sahaja semua adunan di atas.dan boleh start mgoreng.Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera.

Selamat mencuba 


kredit: suhada gads

Sunday, January 12, 2025

 Kene simpan ilmu ni baik-baik.


1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi

 Surah - fussilat, ayat 44


2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.

 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel

 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat


3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.

 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya

 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali

 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh


4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri

 Surah Al - Baqarah, ayat 102


5 ) Resdung

 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan

 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)

 - Setiap kolah masjid, 1 botol.

 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung

 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.

 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'

 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula

 - Ulang sebanyak 7 kali

 Surah Al - Anbya', ayat 83


6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)

 - Gunakan minyak zaitun

 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi

 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :

 Surah At- Taubah ayat 14

 &

 surah Al - Hashr ayat 21


7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita

 - Menggunakan madu asli

 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi

 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu

 - Makan 1 sudu sehari

 Surah An -Nahl, ayat 69


😎 Angin pasang

 - Menggunakan madu

 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini

 -Surah Al - Isra', ayat 82

 Surah Al - Hashr, ayat 21

 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70


9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung

 Bahan - bahan :

 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)

 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)

 - Buah kelapa (yang berhingus)

 Cara - cara :

 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.

 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.

 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.

 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.

 - Minum air kelapa yang telah suam.

 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.


10) Susah tidur malam

 Surah Al - kahf, ayat 11


11) Merawat histeria

 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..

 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.

 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain

 - As saffat , ayat 7


[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]


Simpan kat wall fb masing-masing

Tuesday, January 7, 2025

 Menang 2-1 bukan Najib terus balik rumah

KENAPA PEMBANGKANG GHAIRAH?


Bawa ‘surat sokongan’ dan diterima utk dibicarakan. Sebelum ini saya ada menulis Najib diberikan hak utk memohon pengampunan oleh Agong sendiri.


Jadi kita nasihatkan gunakan saluran yg betul dan tiada siapa menafikan apa2 hak Najib. Malah PMX sendiri yg membawa masuk agenda pengampunan Najib. 


Yg peliknya sebelum ini pembangkang tidak pernah menggerakkan sebarang usaha dlm kes Najib ini. Kalau ada pun tidak serius atau benar2 ada gerakan sebagaimana Anwar selalu melakukannya sebelum ini dgn memasukkan satu tambahan agenda utk Najib.


Tapi ramai yg tidak faham dan hanya mendengar persepsi pembangkang. Baiklah cuba baca betul2, isunya begini….πŸ‘‡


Adendum tahanan rumah wujud ke?

Mahkamah Rayuan putuskan bahawa perkara ini wajar diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.


Kalau wujud, sah atau tidak?

Tidak sah kerana tidak dimasukkan di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.


Apa yang masuk Lembaga Pengampunan?

Pengurangan hukuman terkini DS Najib.


Boleh buat rayuan ke kalau ianya wujud?

Mahkamah Tinggi akan dengar dan putuskan kelak.


Jadi Najib bebas ke sekarang sebab adendum wujud? 

Belum bebas. Masih di penjara menjalani hukuman 6 tahun penjara & denda 50 juta.


Kerajaan tipu! Sembunyikan adendum?

Kerajaan tak pernah nafikan. Kerajaan hanya hormati prosedur mahkamah.


Adakah kerajaan masukkan agenda permohonan pengampunan diraja kepada YDPA Sultan Ibrahim?

Tiada permohonan baru ke Lembaga Pengampunan oleh DS Najib, dan Istana Negara sudah keluarkan kenyataan perlu melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan baharu di bawah YDPA ke 17 Sultan Ibrahim. Kerajaan sekarang menjunjung titah YDPA dan mengikuti proses undang-undang negara, bukan main langgar je macam PAS derhaka.


—————/——————/ 


Yang anda perlu fahami dari perbicaraan 6 Januari 2025 membuktikan


(1) Dato' Seri Anwar Ibrahim yang memohon dimasuk agenda Pengampunan DS Najib di dalam Lembaga Pengampunan untuk pertimbangan YDPA-16.


(2) YDPA Ke-16 di dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Setuju mengurangkan hukuman DS Najib. Tetapi di dalam mesyuarat tidak memutuskan untuk memberi tahanan rumah kepada YDPA.


(3) Peguam Negara tidak mencabar atau menafikan kewujudan Titah Adendum. Hanya pada 6 Januari 2025 Pejabat Istana Pahang mengeluarkan surat berkaitan pengesahan wujudnya Titah Adddum. AGC membenarkan pembuktian kewujudannya di mahkhamah


(4) Bukti Kerajaan MADANI pimpinan PMX sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, memberi jaminan keadilan kepada DS Najin melalui proses undang-undang berlaku dengan tertib. 


(5) Kes 6 Januari 2025 ini bukti jelas bahawa PMX tidak campur tangan urusan mahkamah DS Najib, malahan memberi jaminan keadilan diberikan melalui proses perundangan mengikut lunas perlembagaan. Malahan jangan di lupa, DS Anwar Ibrahim yang mengusulkan pengampunan DS Najib dipertimbang oleh YDPA-16 dalam Lembaga Pengampunan. 


(6) DS Najb, Ahli keluarga beliau dan penyokong sudah pasti tahu akan keikhlassn PMX memastikan DS Najib diberi keadilan dalam permohonan rayuannya. Ada PMX halang? -  Tidak. Malahan PMX yang persembah di dalam Lembaga Pengampunan. Pasti ini tidak dilupakan DS Najib, ahli keluarga dan penyokongnya. 


(7) Peristiwa ini juga dengan terang dan jelas menunjukkan PAS berkelakuan biadap terhadap Sultan & Raja Melayu. Sibuk bising  bersorak dengan sokongan tidak ikhlas semata-mata kepentingan politik. MENANG SORAK MARUAH TERGADAI. Jangan lupa siapa yang sindir dengan mengguna perkataan BIAWAK. sukar dinafi sebenarnya PASDerhakaTegar


———-/———/


Pandangan Buzze Azam ( dibawah) dari sudut pandangan yg lebih mudah difahami.πŸ‘‡


Kes samada adendum wujud atau tidak sebenarnya baru bermula.


1. Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan majoriti 2-1 yang telah di ketahui ramai.


2. Cuma saya nak ulas sedikit dalam bahasa awam agar semua dapat memahami situasi yang sedang berlaku selaras dengan sistem perundangan negara.


3. Di Mahkamah Rayuan hari ini, Hakim belum lagi membicarakan samada Titah Adendum itu wujud atau tidak. Belum lagi.


4. Yang di bicarakan hari ini adalah samada keputusan Mahkamah Tinggi menolak memberikan Kebenaran Semakan Kehakiman Najib, samada keputusan itu (tidak memberikan kebenaran) adalah keputusan yang betul atau tidak.


5. Masih ingat kan apabila Hakim Mahkamah Tinggi menolak daripada memberikan Kebenaran Semakan Kehakiman atas alasan antaranya bahawa Afidavit yg di failkan Zahid Hamidi dan Wan Rosdy sebagai Keterangan Dengar Cakap (hearsay).


6. Jadi, untuk melawan hujahan "Hearsay" di atas, team Najib memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk memasukkan bukti tambahan melalui Afidavit Nizar yang mengesahkan berkaitan adendum berkenaan berdasarkan komunikasi beliau dengan Baginda Sultan Pahang.


7. Prosiding Semakan Kehakiman ni ada 2 peringkat. Peringkat 1 adalah Kebenaran (leave) manakala Peringkat 2 adalah Merit. Di Peringkat 1 Merit kes (samada titah adendum itu wujud atau tidak) belum lagi akan di pertimbangkan oleh mahkamah (itu kena lepas Peringkat 1 baru pergi Peringkat 2)


8. Pertimbangan mahkamah (di Peringkat 1) adalah samada kes Pemohon munasabah atau tidak untuk di teruskan perbicaraan di Peringkat 2.


9. Jadi di sebabkan tiada cubaan penafian oleh Pejabat Peguam Negara (di Peringkat 1) (sepertimana Hakim rasa "terganggu" dgn surat istana yang di kemukakan hari ini) maka majoriti Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Najib telah melepasi syarat minima untuk melepasi Peringkat 1 untuk pergi ke Peringkat 2.


10. Jadi sebab itulah saya katakan bahawa isu samada Titah Adendum itu wujud atau tidak sebenarnya hari ini baru bermula apabila Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan perbicaraan Peringkat 2 di teruskan di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim berbeza.


Sekian perkongsian saya.


Kredit : Norman Radzuan 


@highlight

PAS PATUT MALU KEPADA DAP ..


Marah betul Anthony Loke kepada Tok Dor Hadi yang cuba mengaitkan DAP dalam isu addendum. Perbuatan Tok Dor itu disifatkan Loke sangat jijik dan keji. Kata Loke, cara Tok Dor dan PAS itu sudah difahami benar, tujuan Hadi mengaitkan DAP dengan isu itu kerana ingin jatuhkan pentadbiran Anwar Ibrahim.


Manusia bernama Hadi Awang ini TIDAK pernah diam daripada melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Anwar. SEMUA sudut dan apa dilakukan Anwar dilihat sebagai TIDAK baik. 


Tingkah laku Hadi itu menyebabkan Setiausaha Agung DAP itu menyifatkan ia sebagai gila kuasa dan gelojoh, sanggup gunakan apa saja cara sama ada syari’ atau TIDAK, untuk merampas kuasa di Putrajaya. 


Hakikat kelakuan Tok Dor sanggup gunakan apa saja ini terbukti apabila beliau menggunakan hampir SEMUA jenis hewan dan binatang sebagai analogi poltiiknya.


TIDAK malukah kita sebagai orang Islam apabila Loke yang bukan Muslim boleh mengatakan begitu kepada seorang dianggap ulama, fakeh dalam agama, TIDAKkah kata-kata itu mencabar kita selaku umat Islam?


Walau pun hati kita pedih dengan kecaman Loke dan juga kawan-kawan lainnya dalam DAP, sebelum ini termasuk yang menyeru orang PAS bertaubat, tetapi kita TIDAK boleh pertikaikan kerana apa yang mereka kata itu benar dan tepat belaka.


Apakah keadaan songsang ini, di mana sepatutnya orang Muslim menegur orang kafir menunjukkan kita sudah berada di ambang kiamat. Atau nilai dan akhlak kita sebagai Muslim sebenarnya sudah rosak akibat nafsu politik jahiliah seperti dipraktiskan Tok Dor itu. 


Trims.


Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan 


1. DS Samsul Iskandar Setiausaha Politik Kanan PMX mencadangkan agar minit mesyuarat didedahkan supaya dapat menoktahkan isu titah addendum ini.


2. Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM telah mengeluarkan kenyataan yang tidak akan mendedahkan minit tersebut. 


3. Antara yang teruk difitnah dalam kes addendum ini ialah PMX, Menteri Wilayah, Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Undang-undang dan Peguam Negara. Tak terkecuali ialah DAP.


4. Kerajaan amat bersopan dengan Tuanku YDPA sehingga terbeban dengan fitnah.


5. Ditambah lagi apabila jurucakap Najib Razak, LSS seorang cina yang tidak faham bab tatasusila dengan Raja-Raja ni. Mereka heret semua demi capai impian mereka. 


Boleh pulak ikut cina dalam bab ni. Sedangkan sebelum ni kemain anti cina. 


6. Yang pelik boleh pulak ramai pengikut termasuk pegawai kerajaan dan tentera, sedangkan sebenarnya YDPA dan Raja Melayu sedang dihina dalam kes ini.


7. Sekarang verbatim mesyuarat itu telah terdedah. Saya tak boleh nak lampirkan kerana kuartir dengan OSA.


8. Baik, apa isu dalam minit itu?


9. Pertama, Tuanku arahkan Pengampunan Penuh macam DSAI dapat. Dengan alasan-alasan yang Tuanku berikan. Kita pun faham hubungan Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang dan Najib Razak sebagai mantan MB Pahang.


10. Kemudian Peguam Negara nasihatkan, tak boleh. Sebab akan rosakkan sistem Kehakiman. Memandangkan banduan Najib ada banyak kes lagi. Ya lah. Ampun, lepas tu salah pulak kes lain. Masuk balik. Kan kartun tu.


11. Kedua dalam minit tu baginda sebut, Saya hanya ada tiga pilihan iaitu Pardon ( Pengampunan penuh) Tunda hukum dan lega hukum.


12. Ketiga Tuanku pesan perkara ini jangan didedahkan kepada umum. Menteri Wilayah pun setuju.


13. Keempat, akhirnya selepas mendapat nasihat Peguam Negara keputusan akhir adalah seperti yang kita maklum.


14. Baik dekat sini kita faham bahawa Tuanku sangat faham Undang-undang. Faham akan keterhadan kuasa Tuanku seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. 


15. Itulah keputusan Tuanku selepas mendapat nasihat Majlis Lembaga Pengampunan. 


16. Tapi kemudiannya yang kita boleh anggap mungkin Peguam Najib tak puas hati masih lagi merayu, maka Tuanku buat titah tambahan.


17. Titah addendum ini boleh lah kita anggap sebagai percubaan Tuanku untuk bantu lagi banduan Najib Razak. Walhal Tuanku sendiri maklum yang perkara tersebut mesti dalam mesyuarat lembaga pengampunan. 


18. Baik. Titah ini seperti kita sedia maklum juga telah di nasihatkan oleh Peguam Negara untuk tidak dilaksanakan. 


19. Saya rasa Tuanku pun ok je tak laksana. Sebab ianya adalah diluar mesyuarat. Kalau dalam mesyuarat pun, mesti Peguam Negara akan beri nasihat sama ada boleh atau tidak dilaksanakan. 


20. Tapi punya tak beradabnya Najib Razak dan peguamnya apabila terus mendesak perkara ini sehingga ke pengetahuan umum. Malah heret rakyat untuk membincangkannya.


21. Sedangkan Tuanku dah tolong banyak dan masih cuba menolong dengan titah addendum. Hargai lah Tuanku.


22. Tuanku Sultan Abdullah adalah YDPA yang paling banyak cabarannya dalam lima tahun pemerintahan baginda.


23. Empat Perdana Menteri dalam satu penggal. Krisis tebuk atap, darurat dan wabak. 


24. Sehingga baginda murka dengan kerajaan PN pada masa itu.


25. Baginda yang semasa pemerintahannya sangat dikasihi rakyat sepatutnya dapat bersara dengan tenang.


26. Tapi terpaksa pula berdepan dengan sikap tamak Najib Razak dan peguamnya.


27. Sepatutnya redha sahajalah apabila titah addendum itu tidak dapat dilaksanakan. 


28. Mohonlah dengan YDPA baru Sultan Ibrahim. 


29. Bukankah kamu banyak jasa? Mohonlah lagi.


30. Bukankah kamu anak Tun Razak? Mohonlah lagi.


31. Kenapa bodoh sangat untuk dedahkan Tuanku kepada kritikan tidak wajar?


32. Tindakan kamu bukan sahaja bodoh, tapi juga biadab.


33. Kalau kamu Melayu dan sayangkan Raja-Raja Melayu, kamu patut tarik balik kes ini.


34. Bertenang, muhasabah diri dan bertaubat. 


35. Mohon balik dengan YDPA Sultan Ibrahim. 


36. Kemudian tengok pula apa seterusnya. 


37. PMX dah beri jaminan takkan halang dan campur tangan kalau Majlis Lembaga Pengampunan buat apa-apa keputusan.


Majoriti rakyat memerhati.


Terima kasih. 


ATADAFA (ambil tahu dan faham)


Fairul al Qasas


Wednesday, January 1, 2025

 Anwar bukan sekejam Mahathir utk aniaya Najib 

SOLIDARITI PAS NAJIB BOLEH MUSNAHKAN BERSATU 


Solidariti utk Najib digerakkan oleh PAS bukan dari UMNO. Digerakkan oleh PAS bukan dari BERSATU. Dlm erti kata lain gerakan ini bukan dari pembangkang atau Perikatan Nasional tetapi dari PAS.


Ramai yg silap bila mengatakan gerakan ini dari Perikatan Nasional. Tidak benar ia hanya tindakan sendirian PAS yg berlebih lebihan dan dlm agama mereka ini bersifat munafik. 


Sdgkan UMNO parti Najib sendiri, setahu saya setakat ini tidak ada surat rasmi mengajak ahlinya bersolidariti utk Najib. 


Jika anak2 Najib berbuat demikian kita faham sebagai anak samada bapanya bersalah atau tidak mereka akn perjuangkan nasib bapa mereka.


Jika lihat situasi skg yg berlebih lebihan utk solidariti ini adalah PAS. Muhyiddin, Hamzah, Azmin tidak berbuat demikian kerana mereka tahu jika Najib berada tahanan rumah dan PAS bertemu dan adakan perjanjian, bukan perkara pelik jika PAS tinggalkan BERSATU.


Sdgkan Najib di penjara pemimpin PAS sudah berbincang dgn Presiden UMNO, Zahid Hamidi dgn tawarkan jawatan Perdana Menteri. 


Pemimpin BERSATU tidak senang dgn tindakan PAS bertemu Zahid dgn tawaran tersebut tapi apa nak buat terpaksa memendam rasa sb mereka tahu BERSATU hanyalah sebagai penumpang di dlm Perikatan Nasional.


Dlm erti kata lain PAS selfish utk menjadi kerajaan bersama UMNO. PAS juga pasti akn melantik pimpinan UMNO utk mengetuai pembangkang dan bukan lagi BERSATU.


Maka pemimpin BERSATU yg dianggap membuli PAS berdasarkan barisan pimpinan Perikatan Nasional baru2 ini, pasti akn diketepikan begitu sahaja.


PAS tahu BERSATU hanya menunggang mereka. Jika UMNO beri sekali lagi pilihan samada BERSATU atau UMNO pastinya PAS kali ini akn bersama UMNO. Sbnya mudah, BERSATU bukan lagi berkuasa atau dlm erti kata lain Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri.


Tapi dlm masa yg sama Muhyiddin, Hamzah dan Azmin berharap PAS tidak akn meninggalkan mereka kerana kes sabitan mahkamah sdg berjalan. 


BERSATU tahu bekerjasama dgn UMNO bermakna batu nisan utk mereka. Ini kerana niat BERSATU penubuhannya mahu talkinkan UMNO. UMNO bila berkuasa tentulah juga mahu talkinkan BERSATU kerana dianggap ‘rival’ sokogan undi Melayu.


Cuba kita nilai dlm solidariti Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sendiri antara individu paling nampak kedepan. Baik dlm Parlimen mahupun luar Parlimen, berulang kali dia persoalkan tentang Titah Adendum.


Sebagai peguam, dia sendiri tahu seorang Perdana Menteri tidak boleh sesuka hati keluar kenyataan melebihi mahkamah tetapi sengaja dilakukan utk tujuan persepsi.


Lepas AGC keluarkan kenyataan permohonan tahanan rumah Najib tu perlu lalui Lembaga Pengampunan, bukan main lagi Takiyuddin mainkan naratif. Siap nak buat anjuran perhimpunan solidariti nak tuntut keadilan kononnya. 


Kata mereka, PMX boleh, kenapa Najib tak boleh? Semalam saya sudah tulis bahawa kes Anwar beliau melalui proses tersebut yg mana public boleh sahaja google kenyataan media dari pihak Istana.


Jahatnya Takiyuddin, satu masa dulu dia lah antara individu yg paling mahu Najib dihukum dan ke 'dalam'. Siap kata penjarakan Najib adalah jalan mudah utk singkirkan UMNO. 


Tak cukup dgn tu, Takiyuddin juga pernah memberitahu PAS tidak menyokong BN jika masih di bawah Najib. Tiba2 dia yg berteriak di sana sini, keluarkan memo dan mengajak org ramai bersolidariti  utk Najib… hipokrit.


Malah Muhyiddin Yassin pernah berkata org yg kerumun Najib di mahkamah itu sebenarnya sebab nak tengok 'perompak' dgn lebih dekat lagi. 


Tahniah saya ucapkan kpd UMNO sendiri yg menghormati perlembagaan. Bagaimana UMNO mahu pulih jika tumpuan mereka hanya kpd Najib yg satu dunia sudah mengetahui kes mantan PM itu adalah kes terbesar korupsi dlm sejarah dunia.


Kita kena ingat Najib baru sahaja dipenjarakan 2 tahun. Kesnya melibatkan wang rakyat berbillion ringgit. Jika dia dibenarkan apa kata rakyat dan dunia yg melibatkan pelabur luar negara.


Sdgkan Najib sudah dikurangkan separuh hukuman penjara. Hukuman Najib dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kpd RM50 juta. Nak apa lagi? Jika boleh duduk rumah semua org nak buat perkara sama.


Tiba2 DS Anwar dikatakan kejam? 

Benarkah kejam sdgkan Muhyiddin Yasintidak pernah pertahankan Najib waktu dia menjadi PM. Ismail Sabri PM UMNO tidak pernah bersuara atau membawa ke Lembaga Pengampunan utk Najib.


Sedikit kronologi, dlm Agenda Lembaga Pengampunan 10 agenda sahaja tetapi Anwar dah bantu sampai masuk dlm agenda ke 11. AG pun terkejut nama Najib tiba2 muncul.  


Kuasa yg ada pada Anwar hanya setakat membantu Najib dipertimbang utk didengari petisyen pengampunannya.  


Namun apa keputusan Agong Anwar tidak boleh hendak paksa. Agong hendak bagi pengampunan penuh ke, pengampunan separuh ke, gantung hukuman ke atau lain2 itu hak baginda.


Konon wujud adendum Najib, utk pengetahuan sehari selepas Lembaga pengampunan sudah buat keputusan, baru Agong tambah kelegaan. 


Dapat Tahanan rumah, beberapa jam sebelum jam 12.00 malam bila Baginda tamat tempoh jadi Agong.  

AG masa tu pula, tafsir Adendum tu TIDAK sah, kerana ianya dibuat di luar Lembaga Pengampunan. 


Itu sebab Najib buat semakan kehakiman dan bukan pertikai keputusan Lembaga Pengampunan. Biar Mahkamah pula tafsir sama ada Agong boleh buat titah tambahan di luar Lembaga Pengampunan. Biarlah mahkamah memutuskan sama ada Titah itu sah atau tidak sah.


Percayalah Anwar bukan pendendam dan bukan sekejam Mahathir. Walaupun Najib pernah penjarakannya tetapi Anwar akn maafkan.


Tapi soal kepentingan rakyat seperti salahguna kuasa Najib, Anwar serahkan kpd mahkamah utk tentukan. Itu hak rakyat bukan hak dirinya lagi.


Anwar juga pernah berkata, layani Najib itu sebagai mantan Perdana Menteri dan jgn layani Najib sepertimana yg pernah beliau lalui di penjara. Itulah insan bernama Anwar yg tidak meletakkan dendam dlm perjuangannya utk memerdekakan rakyat.


Cuma yg saya kagum dgn PAS ini bagaimana mereka menghimpunkan ratusan ribu pengikut dgn mudah memperhambakan pemikiran mereka. Bagaimana mereka boleh yakinkan org Melayu Islam bahawa pemimpin mereka duta tuhan, ada nombor keahlian syurga dan bermacam mcm lagi karut marut… salah satu keajaiban dunia.


#nakmundurpilihpas