Monday, August 18, 2025

 FOGS 

(Kabus Makin Terlerai)


Sejak sidang media dan kenyataan demi kenyataan dari pihak berkuasa serta kerajaan, jalan berbicara sudah semakin jelas. Pempengaruh dan “loyar jadian” juga kian reda di media sosial.


Makanya, Bismillah… 


Apa yang kita tahu setakat ini?


*************


1. Punca Kematian


Post mortem sahkan: Zara meninggal dunia kerana jatuh dari tempat tinggi.

Otak beliau alami kecederaan yang sangat teruk.


Ini disahkan dua kali — pertama oleh doktor di hospital, kedua oleh doktor post mortem.


Maka, kita terima cause of death (COD) rasmi, “jatuh dari tempat tinggi”. 


Fakta ini direkodkan, diterima oleh peguam keluarga, dan ibu sendiri. Tiada bantahan setakat ini.


Cerita konon organ hancur sebab “masuk mesin basuh” — terbukti palsu. Seorang cikgu yang mula-mula sebarkan sudah mengaku, itu hanya untuk konten. 


**************


2. Siapa Pelaku?


Bila COD ialah jatuh dari tempat tinggi, hanya ada dua kemungkinan:


(a) Dilontar ke bawah → kes bunuh.

(b) Terjun sendiri akibat tekanan → kes buli yang serius.


Siapa benar, siapa salah, akan ditentukan di Mahkamah Koroner bulan September.

Hakim akan menilai saksi pakar, saksi persekitaran, bukti termasuk diari yang dikaitkan dengan arwah.


Peguam keluarga tidak pernah menafikan kewujudan diari itu.

Cuma beliau menegaskan, pendedahan awal boleh mengganggu siasatan.


Jadi kita tunggu prosiding rasmi.

Masa itu, ketulenan diari juga boleh dipersoalkan.


Makanya, jangan melompat lebih awal.


************


3. Pertuduhan


 • Jika Mahkamah Koroner putuskan Zara tidak terjun sendiri → kesalahan bunuh di bawah Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan.


 • Jika diputuskan Zara terjun kerana tekanan buli → tetap ada pertuduhan. Pembuli boleh didakwa bawah Seksyen 507D (klausa Esha). Hukuman maksimum 10 tahun penjara.


Bezanya, kalau undang-undang baru ini tiada, pesalah hanya kena denda.

Itulah yang berlaku dalam kes Esha — pembuli yang menyebabkan mangsa bunuh diri, akhirnya hanya kena RM100 denda. Bayangkan, nyawa hanya bernilai RM100 pada masa itu. 


Hari ini, klausa Esha memastikan — buli yang membawa maut tidak lagi berakhir dengan denda semata-mata. 


4. Pembuli dituduh 


AGC katanya akan tuduh pembuli Rabu ini. Ini pada saya, menjurus kepada buli semasa Zara hidup. 


Sekiranya Mahkamah Koroner putuskan, ada unsur bunuh, akan ada lagi siasatan dan pertuduhan lanjut selepas itu. 


Itu kita sama2 pantau jua. Satu yang pasti kebenaran akan muncul, bila ramai berjuang untuknya. 


**************


PENUTUP


Apa pun keputusan nanti, pasti ada yang sukar untuk menerima.


Namun kena sedar. Sistem keadilan kita berlapis. Kalau tak puas hati, boleh dirayu ke peringkat lebih tinggi.


Dan andai Zara tidak diadili dengan betul, naluri ibunya pasti bangkit. Akan diperjuangkan sebagaimana Ibu Faris. Kita akan bersama beliau absolutely. 


Kita tak perlu pajak otak kepada mana-mana penguasa. Boleh waspada. 


Kalau ada bukti dan saksi sahih yang bercanggah dari naratif rasmi. Pasti dipejuangkan keluarga dan peguam mereka. 


Cuma jangan la saksi level lapar popular. Rosak dibuatnya. 


Sekarang, kerja kita: tunggu dan berdoa.

Moga keadilan tertegak untuk Zara Qairina. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

#saynotobully

#JusticeForZara

#JusticeForFarjs 

#JusticeforHaris

#JusticeForAll

Sunday, August 17, 2025

 PASIR MAS 

Tanah kelahiran Al-Hafiz Wan Ahmad Faris. Dan di sinilah juga ibubapanya mengundi.  


Yang Berhormat Pasir Mas, 


Ini bukan serangan peribadi. Tetapi seruan keadilan untuk seorang anak syurga, yang keluarganya adalah pengundi YB sendiri.  


33 bulan YB jadi Kerajaan, ibubapa merayu sana sini. Termasuk ke YB sendiri. Sebagai YB kawasan. Takde siapa bantu dan beri jawapan. 


Tahun 2024 baru keluarga terima keputusan bertulis Mahkamah Koroner selepas 9 tahun menunggu. Tahun lepas pula baru mereka dapat tahu kes sudah ditutup sejak 2020. Semua ini berlaku tanpa sebarang bantuan daripada YB, wakil kawasan sendiri.


Ketika kes ditutup, rakan separti YB memegang jawatan Menteri Undang-Undang, manakala Menteri KDN ketika itu ialah kini Ketua Pembangkang. 


Tapi hairannya kes ini tidak dipandang. 


**********


Kami desak dan pohon YB bersuara sejak awal tahun ini. YB senyap tak berbunyi. 


Awal bulan ini, YB masukkan soalan bertulis. Kami hargai usaha itu, cuma ingin jelaskan: keputusan membuka semula kes sebenarnya dibuat lebih awal, hasil rayuan keluarga kepada KDN, PDRM dan PMO. 


Jawapan rasmi KDN sendiri sahkan kes dibuka semula pada April – tiga bulan sebelum soalan YB.


**********


Kami hargai keberanian YB bersuara panjang lebar mengenai kes Zara Qairina. Itu langkah baik, dan kami sokong penuh. 


Cuma kami hairan mengapa dalam ruang sama, tidak diselitkan seruan keadilan untuk Faris, anak Pasir Mas sendiri. 


**********


Kes ini kalau boleh kami nak elak elemen politik kepartian. Tu sebab isu yang dibangkitkan tak pernah attack mana2 parti. Cuma institusi. 


Jika YB ikhlas ingin membantu, kami mohon tiga perkara:


 1. Bangkitkan di Parlimen – dengan semangat sama seperti kes Zara Qairina.


 2. Fresh Eyes Investigation – PDRM & AGC HQ ambil alih siasatan.


 3. Laluan di Mahkamah – Kerajaan Negeri jangan halang saman ibubapa dengan bantahan teknikal.


Kalau YB dapat usahakan perkara ini, YB claim lah kredit sepuas2nya. 


Kerana kami hanya cari keadilan untuk mangsa dan keluarga. Bukan niat mencari undi pilihanraya. 


Selepas 12 tahun, yang kami tuntut hanya satu – agar kubur seorang Hufaz dari Pasir Mas tidak terus suram. Kerana keadilan yang tenggelam. 


Salam hormat,

TEAM JUSTICE WAN AHMAD FARIS


#saynotobully

#JusticeForFaris

#JusticeForZara

#JusticeforAll

Monday, August 11, 2025

 COVER UP


Saya tidak selesa dengan double standard yang berlaku. Terutamanya di kalangan geng politik yang menunggang isu. 


Ya, kita sokong desakan ke atas pihak MOE dan KDN dalam kes Zara. Jangan lambat bertindak bila nyawa dan maruah pelajar dipertaruhkan.


Tapi bila kes Wan Ahmad Faris, reaksi sebahagian geng politik dan penyokong mereka seolah-olah mahu lepas tangan.


Mereka salahkan polis semata-mata, seakan lupa ada pihak lain yang lebih besar sahamnya.


Jika kita teliti Nota Keterangan Mahkamah Koroner, jelas sekali:


Sekolah dan Yayasan Islam Kelantan (YIK), agensi kerajaan negeri, menyumbang kepada kes ini hilang bukti.


********************


Faktanya, 2 minggu selepas pembunuhan Faris, tandas tempat mayatnya dijumpai dirobohkan tergesa-gesa.


Alasannya: “penyelenggaraan.”


Keterangan kontraktor di mahkamah mendedahkan:

 πŸ”΅Arahan datang daripada YIK.

 πŸ”΅ Pegawai YIK tersebut hadir sendiri ketika tandas dirobohkan.

 πŸ”΅ Sebab yang diberi? Ada pelajar mereka “bunuh diri,” dan bimbang roh berkeliaran, maka tempat kejadian mesti dihapuskan.


Alasan ini tidak masuk akal.


 ♦️ Apa jenis pentadbir tahfiz yang sanggup percaya anak Hafiz akan melakukan dosa besar membunuh diri?

Jika benar itu yang difikirkan, itu bukan salah mangsa. Itu salah ajaran yang sepatutnya menjadi perisai iman. Itu tunjukkan anda yang gagal, bukan dia. 


 ♦️ Bukankah pelajar tahfiz lah yang kita harapkan untuk membantu bila ada kes dirasuk hantu atau jin?

Kalau mereka sendiri yang takut, dan dendangan ayat-ayat suci di sekolah pun tidak berkesan , apa lagi yang kita boleh harapkan?


******************


Tiga tahun kemudian, Mahkamah Koroner putuskan:


Faris tidak membunuh diri. Dia dibunuh oleh orang yang tidak dikenalpasti. 


Tetapi ketika itu, banyak bukti telah hilang.

Dengan robohnya tandas, crime scene telah musnah.

Hakim Koroner sendiri tidak dapat melihat keadaan asal tempat kejadian.


Bagi kriminologis yang memerhati, ini bukan cerita hantu dan jin. Ini adalah tindakan klasik untuk menutup jenayah dan memusnahkan bukti.


Ironinya, bukan sahaja mangsa difitnah. Sekali hantu dan jin ditohmah sekali. 


*************


Rekod mahkamah dah buktikan siapa Faris sebenarnya. Seorang Penghafaz Al Quran yang hidup teraniaya. Matinya pula ditunggang oleh orang sekelilingnya. 


Isu nya apa tindakan kita kepada mereka yang memfitnah mangsa? Cover up crime scene pula. 


Siapa yang mereka nak lindungi sebenarnya? 


Kalau mereka berani roboh tandas di bawah arahan rasmi, mereka juga mesti berani jawab di bawah sumpah rasmi.


Kita sangat harapkan polis buat kerja. Selepas 12 tahun berikan keadilan pada mangsa dan keluarga. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


#JusticeForFaris 

#JusticeForZara

Sunday, August 3, 2025

 PETUA MERAWAT SAKIT BUAH PINGGANG:


Petua Merawat Sakit Buah Pinggang

(Tip dan Rawatan Tradisional)


Petua atau tip ni saya ambil dari sepupu

yang tinggal di Muar, Johor. Dia mengalamai

komplikasi ni semasa umur awal 20 tahun

kalau tak silap saya, lebih kurang 10 tahun

dulu. Dia boleh dikatakan di tahap kritikal

terpaksa kena buat pembedahan untuk

buang buah pinggang. Tempoh lagi 2 minggu

untuk buat operation di hospital.


✨Tombong Kelapa

Datuknya [kini arwah] bagi tombong kelapa

[bila belah buah kelapa tua ada anak biji

di dalamnya] dan minum air perahannya.

Pesan datuknya amalkan sehingga 2 minggu

setiap pagi. Sepupu saya amalkan selama 2

minggu sebelum operation. Tiap-tiap pagi dia

minum air tombong kelapa dan makan 2-3

biji tombong kelapa sekali [bukan isi kelapa -

jangan tersilap].


Sampai masa untuk tarikh operation, doktor

sahkan penyakit buah pinggang tidak ada

lagi selepas buat pemeriksaan. So, insyaAllah

jika pembaca/blogger atau bagi tau

kawan-kawan suruh amalkan tip ni. Tapi make

SUre sebelum buat pembedahan.


Alhamdulillah sepupu saya masih sihat

sehingga sekarang.

Sebenarnya tip ni orang-orang duluU-dulu

amalkan.


🌿Cara-Cara Rawatan Dengan Air Tombong Kelapa

🍁1. Ambil tombong atau dalam bahasa Jawa

dipanggil 'Kentos Kelapa' tidak kira berapa

biji setiap pagi. 2 atau 4 biji tombong kelapa

SUdah cukup.


🍁2. Perah airnya dan minum dan dimakan

tombong macam biasa pun boleh.


🍁3. Saiz tombong tidak kisah besar atau

kecil, tapi seboleh-bolehnya yang ada air di

dalamnya.


🍁4. Jika orang Islam, baca selawat ke atas

Nabi Muhammad SAW 3 kali sebelum minum

airnya atau makan.


🍁5. Amalkan sehingga 7 -14 hari.

Mudah-mudahan sembuh. InsyaAllah.


[Pastikan amal setiap pagi].

Petua Untuk Kesihatan

Kongsikan agar bermanfaat bersama .. In

Shaa Allah