NAJIB KATA ADA PIHAK LINDUNGI MAKLUMAT 1MDB? BETUL KE YB ?
1. Agaknya najib ni lupa apa dia buat masa dia berkuasa. Sepatutnya 1MDB ni kalau dia tak terlibat, dah lama jholow boleh ditahan.
2. Dalam kes laporan polis baru2 ini, agak mengkagumkan saya beliau sendiri pergi report polis.
3. SEDANGKAN sewaktu satu dunia diantara 2015 ke 2016, pelbagai agensi melakukan siasatan dan pendakwaan. APA NAJIB BUAT MASA TU?
Menafikan berlaku kes2 fraud tersebut malah mempertahankan semua yg terlibat.
4. Kita boleh imbau kembali tindakan2 beliau. Dari janji nak saman WSJ , mengganggu siasatan sprm dengan menukar pegawai sprm, membuang peguam negara , memansuhkan pasukan siasatan khas 1mdb, memecat ahli2 umno yg bersuara, tidak membenarkan soalan berkaitan 1mdb di parlimen, tidak mengambil saranan laporan PAC dan banyak lagi.... malah JASA telah menerbitkan buku khas menafikan segala fraud 1mdb.
5. Cuma kali ini, zeti telah diserang. Kes zeti ini simple.
5.1 Berlaku sykt suami zeti yg hanya jadi salah seorang bod di company spore. Lama sebelum 1mdb ini pecah busuknya pada 2015.
5.2 Saya rasa ramai penerima duit 1mdb sebelum 2015 ni pun melihat tiada apa kesalahan pada 2009 . Apatah lagi 1mdb di terajui oleh PM dan kerajaan.
5.3 Jadi, bagusnya dalam kes syarikat suami zeti ialah sebaik sahaja mengetahui pada 2015 dana diterima ini adalah dana fraud, mereka telah memulangkannya kpd CAD DAN MAS Spore.
6. Najib cuba mengaitkan zeti. Menggunakan ketidakfahaman operasi Bank Negara berbeza dengan Bank Perdagangan dikalangan orang awam, maka najib cuba meraih sentimen kaitan dengan zeti.
Najib cuba build up kes seolah2 dia ditipu jholow disebabkan maklumat disorok....oleh zeti.
7. Betul ke zeti atau Bank Negara menyorok maklumat?. Tapi najib lupa satu perkara.
8. Pada 6 April 2016, Bank Negara telah mengutus surat rasmi memaklumkan siapakah pemilik Good Star Ltd (GSL) . Sebab kecoh masa itu dana 1mdb dari pinjaman sukuk Ambank telah dipindahkan kpd sykt ini bernilai usd 700 juta. SEMASA itu semua rakyat nak tahu sapa pemilik GSL!!!
8.1 Surat ini diserahkan kpd ketua PAC sewaktu itu, Hassan Arrifin selaku pengerusi PAC parlimen yg mengetuai sisatan Pac berkaitan 1mdb.
8.2 Apa yg berlaku ialah ARRIFIN telah menyorokkan surat itu dari ahli Pac yg lain.
JADI, KENAPA NAJIB TIDAK BERBUAT APA2 TINDAKAN BILA INI BERLAKU? WHY!!!!
9. Dan terbitan sukuk Ambank ini lah dimana jholow telah flip sukuk ini mendapat keuntungan beratus juta dengan menjualkannya semula kpd dana awam di Msia sprt Pekeso, kwsp dll. Dan sekelip mata keuntungan jholow buat beratus juta.
10. Jadi apa motif zeti dedahkan pemilik GSL ni kpd pihak Pac yg dilantik najib kalau zeti terlibat sama ? Dan apa pula motif Hassan Arifin menyorokkan surat dari zeti ini dari diketahui ahli Pac?.
11. Jadi apa kaitan GSL dengan isu zeti? Sebab, duit haram yg GSL buat dari sukuk ini lah yg di masukkan juga ke akaun syarikat yg salah seorang BOD nya adalah suami zeti.
Jadi tak logik motif jika zeti sendiri ingin mendedahkan siapa pemilik GSL jika zeti terlibat kerja haram najib bersama2 najib atau pun dikatakan menyembunyikan maklumat penting ini.
11.1 DAN silalah lihat kes pendakwaan ke atas Najib dan Arul Kandar yg sedang berlangsung di mahkamah. Ada 4 item yg najib arahkan pinda. Ianya berkaitan jholow dalam mesyuarat 1mdb, kes jualan sukuk ini kpd 2 syarikat di thailand dan spore , 2 akaun berbeza dan arahan memaksa meneruskan terbitan sukuk ini walaupun menderhaka arahan sultan terengganu. Inilah punca duit yg kononnya ada kaitan dgn sykt suami zeti menjadi bod. So apa yg najib nak sorok sehingga meminda laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1mdb ini?
12. Dan sewaktu itu, najib langsung tidak mengambil apa2 tindakan dr saranan PAC dan kes hassan arrifin menyorokkan surat dr zeti ini.
Pada saya, beliau orang dah lemas... taik pun dia kalau boleh nak berpaut..dia akan paut juga.
13. Jadi semasa najib berkuasa penuh, dia boleh sahaja mengambil tindakan tetapi apa pun tindakan dia tak ambil. Berjela2 kita boleh listkan. Malah pihak yg terlibat pun beliau lepaskan termasuk pegawai2 1mdb yg dikehendaki oleh Bank Negara dan Polis. Malah BOD 1 mdb termasuk arul diberi bonus dan jutaan rm.
13.1 Lihat sahaja apabila IPIC memaklumkan mereka tidak menerima dana bayaran 1mdb berbilion. Kes ini telah disahkan di mahkamah bahawa bayaran tersebut kepada Aabar palsu dalam pembelian ipp. Langsung tiada pihak berkuasa kita diarahkan ke Abu Dhabi atau ke ipic untuk dibuat siasatan bersama.
14. Jadi, jangan lah nak main sentimen setakat laporan polis yg baru dibuat. Apa... sebab pak mail berkuasa maka berleluasa lah kluster2 mahkamah sprt najib ini buat perangai?.
No comments:
Post a Comment