Tuesday, February 21, 2023

 KOLUM | Hentikan mesej ekstremis


Wan Ji Wan Hussin

Diterbitkan:  Feb 21, 2023 9:00 AM


https://m.malaysiakini.com/columns/655809


Pemuda PAS Terengganu buat perarakan dengan menampilkan pakaian ketenteraan di negara yang aman ini.


Imej pakaian ketenteraan boleh memberi mesej bahawa angkat senjata terhadap setiap penentang.


Kalau tentera negara, mesej perarakan adalah untuk menampilkan keamanan negara tidak dapat digugat.


Sesiapa sahaja yang mahu ganggu keamanan negara ini, tentera negara sentiasa bersiap siaga untuk menentang.


Sudah pasti negara ini aman. Hubungan masyarakat muslim dan bukan muslim negara ini baik. Perbezaan parti politik dihadapi dengan pilihanraya.


Perbezaan antara rakyat boleh diatasi dengan dialog, wacana, saling menghormati, saling mengunjungi, berunding dan sebagainya.


Justeru, kenapa pemuda PAS membuat perarakan berimejkan ketenteraan dalam negara yang aman ini?


Iktibar sejarah


Ketika Nabi SAW berdakwah di Mekah, Nabi SAW mendapat tentangan hebat. Setelah berhijrah, beberapa kali pihak musuh mencetuskan peperangan terhadap kerajaan Madinah.


Nabi SAW tidak pernah memulakan serangan. Semua kejadian perang di zaman nabi SAW adalah dimulai dari musuh negara.


Konteks zaman berperang, menjadikan para sahabat berpakaian perang.


Tambahan pula, konteks zaman yang kabilah-kabilah yang berada di luar Madinah sering saling menyerang dengan persenjataan, menjadikan imej perang lebih menonjol.


Keadaan itu berlanjutan sehingga zaman dinasti. Bukan sekadar perang antara penganut agama yang berbeza, bahkan peperangan juga berlaku sesama penganut Islam.


Peperangan bukan kerana perbezaan kepercayaan, tetapi kerana perebutan kuasa.


Kalangan Fatimiyyah diserang oleh Ayubiyyah; kalangan Abbasiyah menyerang Umawiyyah dan banyak lagi.


Era demokrasi


Dalam negara demokrasi, perbezaan tidak dihadapi dengan perang, tetapi dengan hak kebebasan bersuara. Perbezaan dihadapi dengan wacana, debat, demonstrasi dan sebagainya. Itupun, mesti dalam kerangka bertanggungjawab.


Dalam kitab al-Hiwar, Syaikh Ben Bayyah pernah menyebut: “Tidak ada kebebasan dalam maki hamun orang lain. Tidak ada kebebasan dalam menyebarkan kemudaratan kepada masyarakat. Hal ini kerana, kebebasan disertai dengan sikap bertanggungjawab.” (Hiwar 'An Bu'd Huquq al-Insan fi al-Islam, halaman 42)


Apabila sesuatu pihak tidak setuju terhadap pemerintahan satu pihak yang lain, demokrasi menyediakan mekanisme pilihan raya.


Di Malaysia dan beberapa buah negara yang lain, pilihan raya diperkenalkan dengan pendekatan kertas undi.


Negara ini adalah negara demokrasi berperlembagaan. Justeru, perbezaan dalam negara ini tidak melalui perang; tidak mengangkat senjata.


Sudah ada pendekatan damai dalam berhadapan dengan perbezaan yang disahkan oleh undang-undang negara.


Mesej aman


Apabila negara ini sudah menyediakan pendekatan aman, perbezaan bukan dihadapi dengan mewujudkan ketakutan kepada pihak yang berbeza.


Namun, perbezaan hendaklah dihadapi dengan hujah, wacana, perdebatan ilmu, kempen dan sebagainya.


Asas kebijaksanaan perlu digunakan. Menggunakan tindakan keras dalam kerangka kebijaksanaan adalah kebebalan.


Bebal kerana tidak mampu berhujah dan tidak mampu mempengaruhi keputusan awam dengan rasional, maka diwujudkan ketakutan.


Islam agama kasih sayang


Negara ini membuka ruangan untuk berdakwah kepada masyarakat bukan Muslim.


Sebagai muslim, ruangan ini sepatutnya digunakan untuk menampilkan Islam sebagai agama kasih sayang.


Mewujudkan ketakutan awam dengan pakaian perang, ia tidak lebih kecuali menjauhkan manusia kepada Islam.

Soal kemungkaran dan kejahatan daripada musuh negara, negara ini sudah sediakan jalan untuk hadapinya dengan kuasa tentera dan polis.


Negara ini amat keras menolak terorisme seperti ISIS, sudah pasti usaha menolak sebarang imej ekstrem adalah wajar.


*WAN JI WAN HUSIN ialah seorang pendakwah bebas.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Tuesday, February 7, 2023

Lama sungguh tak makan mi kuah resepi abah.


Ingat masa kecik-kecik dulu, bila tahu abah nak buat mi kuah, seronok sangat, masing-masing tak sabar, bukan senang abah nak beraksi di dapur. Mi kuah ni memang signature abah.

Updated sebab ramai yang nak resepi 😊


Bahan2:

Daging & ayam potong kecil & nipis

Bawang putih 5@6 ulas

Sawi

Tomato

Cili padi (kalau suka pedas)

Telur 3 biji

Mi kuning 2 pax kecil/1 pax besar

2 sudu sos cili

2 sudu sos tomato

1 sudu kicap manis

Gula & garam secukup rasa

Limau nipis (opsyenal)

4. Masukkan air rebusan daging & ayam

5. Masukkan sos cili, sos tomato & kicap. Perasakan dengan gula & garam.

6. Apabila kuah menggelegak, pecahkan telur.

Jangan kacau kuat/kerap sbb takut telur pecah berderai dalam kuah. Biarkan berketul-ketul.


7. Agak-agak telur dah masak, masukkan mi kuning, sayur sawi & tomato. Perah asam limau sikit (opsyenal). Kacau sebati.


8. Siap & hidang 😊


kredit: aeyln azlan


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian



RESEPI MEE JAWA🍜🍝


Resepi:

~1 kg daging...rebus hiris nipis..

~2 kg keledek...rebus..blend

~200 gm..udang kering *

~100 gm..udang pepai @ geragau kering..*

~2 labu bawang besar*

~10 ulas bawang putih*

~2 btg serai...hiris nipis*

~1 inci halia*

* semua blend

~2 senduk nasi cili blend..

~1 senduk nasi rempah kari..

~Gula melaka 2 ketul..

~Garam

~Minyak tuk menumis

.

Caranya:

1. Tumis bhn yg dah di blend...

2. Tambah cili blend..

3..Buh serbuk kari dg....biar hgg naik minyak..

4. Buh dg yg dah rebus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili..

5. Buh air rebusan dg..

6. Cincang gula melaka buh dlm

7.blend keledek rebus tuang dlm piuk hgg hbs..

8. Tambah garam..

Biar didih hgga minyak naik...siap

Hidang bersama:

Mee kuning

Tahu goreng

Taugeh x yah celur

Telor rebus

Daun bawang

Cili hijau

Bawang goreng


Kredit : Faridah Hanim


RESEPI GULAI KAMBING

*Tengok sini 👉🏻


Bahan-bahan dan Cara-cara :

(500g daging kambing)

1.Tumis 1 sudu kecil campuran halba campur. (Cikgu lupa orang panggil apa. Ada jual dekat kedai)Diikuti dengan setangkai daun kari.

2.Kemudian masukkan bahan kisar di bawah sehingga wangi :

1 1/2 biji bawang merah saiz bola ping pong.

1 ulas kecil bawang putih

1 hiris nipis bulat serai

1 hiris nipis halia

1/2 hiris nipis lengkuas

3.Seterusnya, masukkan 3 sudu besar rempah kari + 1 sudu kecil serbuk cili Baba’s.

Tumis sehingga garing.

4.Tuang segelas air. Masukkan perasa peringkat pertama.

1/2 relung nisse@ 1/2 sudu besar gula melaka

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil gula

secubit dua serbuk perasa

5.Biarkan bahan tumis pecah minyak dalam api perlahan kira-kira 5-8 minit. Boleh tutup periuk. Kacau sesekali.

6.Barulah masukkan daging kambing.

7.Selepas daging mula empuk kira-kira satu jam, masukkan 1 senduk santan, diikuti satu cawan air. Kacau.

8.Tambah perasa peringkat kedua.

Garam, gula ikut citarasa sendiri.

9.Biarkan lagi kuah gulai mendidih dalam api perlahan. Masa kira-kira 6-8 minit sebelum ditutup apinya. Kacau sesekali.Siappp..

10.Padankan dengan ayam goreng.Perghh sedapnya sampai ke bintang.

11.Selamat mencuba.


Credit : Afy Al haibibi



RESEPI PAPRIK CAMPUR


Bahan-bahan

Ayam ptg kecik

Kobis bunga lobak merah kcg pjg ptg ikut suk

Sebiji bwg putih bwg merah n 3@4 biji cili api hiri

Sebiji bwg Holland ptg 

Sesudu cili kerin

Daun limau purut kena adebaru rasa papriknye.. sori tertinggal pla

Garam sos tiram 1/2 sudu t.jagung n perasa ikut suk


Cara-cara

1.Tumis ayam tadi letak air skit agak2 kecut angkat dgn air rebusanny

2.Tumis cili kering sehingga naik ba

3.Mskkan bwg merah bwg putih cili api kacau rat

4.Mskkan ayam dgn air rebusan.. sy wat berkua ye sebab anak2 suke.. letak kicap skit sos tiram garam n perasa ikut suke.. t.jagung tadi bancuh dgn air skit utk pekatkan kuahny

5.Pastu mskkan sayur tadi dgn bwg Holland tutup sekejap.

6.Siappp

p.eaue :ekg8se2 :ejap..

6.Siapppp



RESEPI APAM BALIK


▪ 2 cwn tpg gandum

▪ 1sdt baking powder

▪ 1/2 sdt soda bikarbonat

▪ 1 sdt yis

▪ 1/4 cwn gula

▪ 1 biji telur

▪ 1 1/4 cwn air @ susu segar

▪ 2 sdu B marjerin dicairkan

▪ sedikit garam

▪ Sedikit esen vanila

▪ Sedikit pewarna kuning


INTI

▪ Kacang tanah - goreng tanpa minyak-buang kulit & blend kasar

▪ Jagung dalam tin

▪ Gula

▪ Sedikit butter


Cara2:

* Masukkan telur, gula dan air ke dalam blender dan kisar hingga berbuih dan gula hancur.

* Masukkan kesemua bahan2 lain kisar hingga adunan halus

* Rehatkan adunan dalam 1 jam

* Panaskan non stick pan. Sapu sedikit marjerin. Guna api kecil sahaja.

* Tuang adunan dan ratakan. Bila adunan nampak berlubang kecil, tabur gula, kacang & jagung. Letak sedikit butter yang dipotong kecil.

* Bila permukaan apam dah berwarna kecoklatan, lipat 2, angkat & sapu permukaan apam dengan marjerin.


Kredit: Rahmah Rosmin