Wednesday, May 24, 2023

 APA DISEBALIK FILEM ANWAR UNTOLD STORY DAN APA DISEBALIK KISAH EX ASP ALI BATCHA DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA UNTOLD STORY


Aku terpanggil untuk komen mengenai apa yang UNTOLD STORY nya kerana watak watak penting disebalik tirai kes mata lebam Anwar ada lah watak yang sama dalam kes Ali Batcha Dari D9 Ke Tahanan Tanpa Bicara 


Sebelum Aku di tangkap bawah ordinan dharurat atas arahan KPN pada 22 Sept 1997...bau busuk rancangan konspirasi jahat tersebut telah sampai kepada Aku dengan tindak tanduk KPN RN dan KP Johor A.R


1...Aku di panggil mengadap A.R di Bukit Aman ,marahkan Aku kerana kejayaan operasi Khas Aku lead UTC tumpaskan kumpulan penjenayah di dalangi Dragon 9


Aku di tuduh ingin jadi Hero Johor dan Lagenda Johor..Aku di beri amaran akan di tukarkan keluar dan boleh di kenakan bawah undang undang dharurat TAHANAN TANPA BICARA


Hantu hantu KARTEL di gunakan sebarkan maklumat palsu Aku ada lah perompak,penyeludup senjata api,pembunuh dll...UNTOLD STORY CERITA DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA


UNTOLD STORY ANWAR PULA

Semasa Anwar memangku tugas PM ,beliau telah tegaskan akan menggubal undang undang anti rasuah yang lebih ketat dan akan mengheret mereka yang terlibat rasuah termasuk menteri menteri ke mahkamah


Ini memanaskan punggung Pak Menteri yang rasuah

Kemudian timbul kisah rogol oleh seorang bekas ketua menteri sebuah negeri di selatan tanah air


Menambah panas lagi apabila Anwar menegur KPN hentikan berbalas balas hujah dalam media dengan seorang Menteri Wanita yang komplen polis tidak siasat kes kes penderaan suri rumah dalam kes keluarga


Tiba tiba keluar 50 DALIL KENAPA ANWAR TIDAK BOLEH JADI PM

maka antara PERENCAH  PENTING dalam dalil tersebut ia lah LIWAT


Apakah kerana cerita LIWAT itu sebenar nya yang hendak dijadikan asas penting Anwar tidak boleh jadi PM???


Atau ada agenda lain mereka mereka yang takut Anwar jadi PM kerana ikrar nya dalam memerangi rasuah yang melibatkan tokoh tokoh politik yang berkuasa???


OPS SOLIT GRIP  cerita liwat telah ada sebelum Anwar di angkat oleh PM jadi Timb PM lagi

Kalau itu lah punca nya kenapa PM pilih Anwar jadi Timb PM yang mengenepikan ada pemimpin umno yang jauh lebih senior dari Anwar


Di sini lah UNTOLD STORY nya...Aku tidak perlu menonton filem tersebut untuk mengulas sebegini 


Saperti kata Dr Danial beliau tidak akan menonton filem tersebut untuk mengulas apa di sebalik UNTOLD STORY kerana beliau telah begitu mengenali Anwar dan terlibat sama dalam perjuangan Anwar 


Usha untuk menghalang Anwar jadi PM bermula dari 50 DAlIL bukan kerana Anwar seorang peliwat


Sebab cerita liwat tersebut perlu di ada adakan ,kerana itu narative pertuduhan boleh berubah ubah,dari kondo belum dibena berapa kali ubah tarikh untuk sesuaikan pertuduhan


Kenapa team pendakwaan teruskan pendakwaan walaupun dari segi evidence dan fakta langsung tidak kukuh

Di sini letak kuasa KUASA TANGAN GHAIB ,yang mahukan LIWAT di olah supaya boleh di tuduh walaupun terlalu samar


Berbalik KES SEMBURIT tidak perlu pakar untuk mengesahkan video itu jelas dan tulin,lebih lebih lagi telah di sahkan oleh pakar forensik video itu tulin


Tetapi disebabkan pelaku nya telah team up dengan PM yang rival nya kini Anwar...maka Bapak Polisi No 1 pun istiharkan video itu walaupun tulin,tetapi pelaku nya SAMAR


Walaupun sparing partner mengaku dia yang laku kan bersama pelaku rival Anwar...muktamat nya datang dari Bapak Menteri No 1 yang kata SAMAR ,semua akur


Jika betul kes liwat itu lah punca nya Anwar tidak layak jadi PM ,maka perlu apa KPN lebamkan mata Anwar ???


Kenapa kes liwat tersebut tidak di ambil tindakan oleh KPN Tun Haniff Omar kerana kejadian yang dikatakan berlaku semasa zaman beliau KPN

Ini lah bukti kes liwat bukan asas utama untuk halang Anwar jadi PM


Disini letak nya untold story ,yang Anwar lebih tahu sebab nya KPN tersebut mengambil peluang belasah Anwar ..


KENAPA MUSUH MUSUH POLITIK ANWAR BEGITU TIDAK SENANG HATI DENGAN FILEM ANWAR UNTOLD STORY


Musuh musuh politik Anwar dan para para haters Anwar akan kupas dan hentam Anwar tidak layak jadi PM kerana terlibat liwat...


Filem Anwar untold story itu hanya cerita untuk bersihkan PMX dari kes liwat dan saja nak buruk burukan mantan PM4 juga mantan PM7


Pada Aku lah, kalau untold story itu memang datang dari Anwar ,dan cerita itu semua fitnah

Tidak ada RCI kes mata lebam,tidak ada kes KPN lebamkan mata Anwar semasa dalam tahanan, 


Tiada kaitan PM4 dengan KPN bersabit Anwar ditahan bawah kes liwat,ini semua rekaan...

Maka mereka semua boleh SAMAN

mereka semua berduit , boleh ambil peguam ternama

Cuma nak tanya sikit...ADA BERANNN???


Sayugia di ingatkan...walau berlautan kritik dibuat mengenai filem ini untuk mengatakan Anwar tidak layak jadi PM..

Hakikat nya Anwar TELAH JADI PM


Yang merunsingkan sekarang ia lah mereka mereka yang ada bau bau terlekat kes jana wibawa ,kes pandora papers dan lain lain spesis rasuah


Ini lah yang merisaukan kartel kartel dan mafia mafia ,sebagaimana Aku alami dahulu bila memerangi puak puak Mafia Dragon 9 yang cengkaman kuku nya mengikat kartel kartel dalam pasukan,

Maka untuk hapuskan Aku di sebarkan fitnah Aku perompak,pembunuh  penyeludup senjata api

Di guna kuasa Pak Menteri untuk Aku di PENJARA TANPA BICARA DAN DI BUANG KERJA


itu lah di sebalik FILEM ANWAR UNTOLD STORY dan CERITA ALI BATCHA DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA UNTOLD STORY


Ex ASP MOHD ALI AMIR BATCHA

# PAGE DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA

#PERTUBUHAN KEBAJIKAN WIRA MALAYSIA

 Jika benar, segera disiasat.....

Skandal Rasuah ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta, SPRM digesa siasat CEO Petronas


Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas lantikan PM 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dapat lari daripada kontroversi rasuah.


Datuk Tengku Muhammad jenis cakap tak serupa bikin. Di depan lain belakang lain.


CEO  Petronas pernah menggantung Syarikat Deleum Berhad menyertai tender di Petronas, termasuk anak syarikatnya dan Petroleum Arrangement Contractors (PAC) pada 26 Mac 2021 atas alasan rasuah yang telah merosakkan imej anak syarikatnya Petronas Carigali Sdn Bhd.


Namun pada 26 Oktober 2021 Deleum Bhd melalui anak syarikatnya Deleum Oilfield Services Sdn Bhd diberi kontrak pembekalan injap julangan gas dan peralatan pemasangan, aksesori dan servis daripada Petronas Carigali Sdn Bhd Petronas bagi aset di Sarawak dan Sabah sehingga Januari 2023.


Begitu ramai Pegawai Petronas di serbu SPRM dan didakwa  kerana rasuah namun jerung besar Petronas di depan mata terlepas. Pegawai kanan semua kaya-raya tetapi bawahan di penjara.


SKANDAL BIG BEN CEO PETRONAS


Susulan pendedahan The Corporate Secret  SKANDAL BIG BEN Tengku Muhammad Taufik bersama Petrofac SPRM digesa menyiasat Presiden/CEO Petronas itu.


Bagaimana CEO Petronas boleh beri projek RM399 juta kepada syarikat terkait rasuah antarabangsa?


Petronas dan Petrofac


Hampir RM400 juta duit negara dileburkan kepada syarikat Petrofac yang diputuskan bersalah kerana skandal rasuah di seluruh dunia.


Namun Petronas memberi layanan istimewa kepada Petrofac. Polisi Petronas terhadap vendor pengamal rasuah disampahkan sendiri oleh Petronas. Ini sangat memalukan.


Petrofac yang digantung dan disekat sejak 15 Mac 2021 dilarang menyertai tender atau kontrak baru di Emiriah Arab Bersatu susulan beberapa bulan selepas bekas eksekutif pembekal perkhidmatan medan minyak itu mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah di Britain.


Cara Petrofac ialah lobi projek berbayar menggunakan rasuah.


Pada bulan Januari, eksekutif Petrofac mengaku bersalah atas tiga tuduhan rasuah yang diajukan oleh Pejabat Serious Fraud Office berkenaan pembayaran kepada ejen untuk mempengaruhi pemberian kontrak bernilai $3.3 bilion di Emiriah Arab Bersatu.


Bekas eksekutif itu mengaku bersalah atas 11 tuduhan lain pada tahun 2019 yang berkaitan dengan tuduhan rasuah di Iraq dan Arab Saudi.


Media antarabangsa melaporkan semua berita salah laku rasuah Petrofac ini ini di seluruh dunia.


– Serious Fraud Office secures third set of Petrofac bribery convictions

– Oil firm led by Tory donor investigated over alleged bribes in nine countries


PETROFAC BERI RASUAH KEPADA PRESIDEN / CEO PETRONAS


Selepas Serious Fraud Office (SFO) mengesahkan kes salah laku rasuah Petropac pada Oktober 2021 tetapi Tengku Muhammad Taufik CEO Petronas pula memberikan kontrak kepada syarikat yang melakukan rasuah di 14 buah negara ini dengan pemberian kontrak USD 96 juta (RM399 Juta) bagi membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak. Petropac mengumumkannya pada 8 dan 9 Nov 2021.


Persoalan besar ialah bagaimana syarikat yang disabitkan dengan kesalahan rasuah serius sehingga di larang meneruskan operasi di UAE dan negara lain di dunia tetapi Petronas boleh memberikan projek bernilai hampir RM 400 juta kepada PETROFAC?


Jawapannya daripada sumber dalaman Petronas sendiri ialah SKANDAL BIG BEN Datuk Tengku Muhammad Taufik menerima rasuah layanan  istimewa di Big Ben London oleh Syarikat Petrofac!. Kereta mewah, wanita cantik, pemberian rumah nilai berjuta dan wang ratusan juta dari komisen projek. Ada beberapa pihak yang nampak pertemuan Tengku Muhammad Taufik dengan pengurusan Petrofac sebelum Petronas menandatangi kontrak bernilai hampir RM400 juta itu.


Jika tidak mana mungkin Tengku Muhammad Taufik berani memberi kelulusan kepada Petrofac yang bermasalah di negara-negara pengeluar minyak ini. Dakwaan yang sedang berlegar mengenai rasuah merosakkan nama Petronas dan negara.


Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM digesa menyiasat PETROFAC dan CEO PETRONAS bagaimana Tengku Muhammad Taufik boleh memberikan projek kepada syarikat bermasalah PETROFAC?


Petronas di bawah CEO Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin pernah menyekat Petropac pada tahun 2016 kerana skandal rasuah namun Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden /CEO memberi layanan istimewa kepada Petrofac.


Mengapa ‘Double Standard’? Petronas mempunyai polisi ketat terhadap kesalahan rasuah terutama syarikat yang terlibat rasuah dengan menggantung, menghalang dan menyekat syarikat menyertai tender dan mana-mana Petroleum Arrangement Contractors (PAC). Mengapa Petrofac terkecuali? Jika pemberian kontrak atas alasan Pelaburan ia memberi mesej salah tentang keseriusan melawan rasuah di Negara ini.


Petronas pernah menggantung beberapa syarikat sebelum ini namun mengapa tidak Petrofac? Apa penjelasan Petronas?


Petrofac kalah saman langar Paten lawan Kingtime International Ltd tapi Petronas sayang Petrofac


Ini belum mengambil kira isu saman Kingtime International Ltd terhadap Petrofac E&C Sdn Bhd atas penggunaan tidak sah dua paten Malaysia miliknya.


Kingtime menang kes Mahkamah Tinggi dan memutuskan Petrofac melanggar patennya. Petrofac merayu ke Mahkamah Rayuan dan  memutuskan menolak rayuan tersebut. Sekali lagi pada 19 Ogos 2020, Mahkamah Persekutuan sebulat suara  menolak permohonan kebenaran rayuan dan dengan itu mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi, memberikan kemenangan lagi kepada Kingtime International Ltd.


Hubungan Datuk Tengku Muhammad Taufik Petronas dengan Petrofac sangat istimewa. Petronas dah tahu Petropac ini penipu dan syarikat yang banyak melakukan kesalahan tetapi Datuk Tengku Muhammad Taufik Presiden dan CEO Kumpulan Petronoas tetap bersama Petrofac.


Datuk Tengku Muhammad Taufik CEO/Presiden Petronas merupakan budak ‘Abah Cow’ Muhyiddin. Beliau mesti disingkirkan daripada Petronas sebelum lebih banyak lagi dirembat daripada Petronas.


#adminpartikeadilanrakyatmalaysia 

#demirakyatuntukrakyat 

#MalaysiaMadani