APA DISEBALIK FILEM ANWAR UNTOLD STORY DAN APA DISEBALIK KISAH EX ASP ALI BATCHA DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA UNTOLD STORY
Aku terpanggil untuk komen mengenai apa yang UNTOLD STORY nya kerana watak watak penting disebalik tirai kes mata lebam Anwar ada lah watak yang sama dalam kes Ali Batcha Dari D9 Ke Tahanan Tanpa Bicara
Sebelum Aku di tangkap bawah ordinan dharurat atas arahan KPN pada 22 Sept 1997...bau busuk rancangan konspirasi jahat tersebut telah sampai kepada Aku dengan tindak tanduk KPN RN dan KP Johor A.R
1...Aku di panggil mengadap A.R di Bukit Aman ,marahkan Aku kerana kejayaan operasi Khas Aku lead UTC tumpaskan kumpulan penjenayah di dalangi Dragon 9
Aku di tuduh ingin jadi Hero Johor dan Lagenda Johor..Aku di beri amaran akan di tukarkan keluar dan boleh di kenakan bawah undang undang dharurat TAHANAN TANPA BICARA
Hantu hantu KARTEL di gunakan sebarkan maklumat palsu Aku ada lah perompak,penyeludup senjata api,pembunuh dll...UNTOLD STORY CERITA DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA
UNTOLD STORY ANWAR PULA
Semasa Anwar memangku tugas PM ,beliau telah tegaskan akan menggubal undang undang anti rasuah yang lebih ketat dan akan mengheret mereka yang terlibat rasuah termasuk menteri menteri ke mahkamah
Ini memanaskan punggung Pak Menteri yang rasuah
Kemudian timbul kisah rogol oleh seorang bekas ketua menteri sebuah negeri di selatan tanah air
Menambah panas lagi apabila Anwar menegur KPN hentikan berbalas balas hujah dalam media dengan seorang Menteri Wanita yang komplen polis tidak siasat kes kes penderaan suri rumah dalam kes keluarga
Tiba tiba keluar 50 DALIL KENAPA ANWAR TIDAK BOLEH JADI PM
maka antara PERENCAH PENTING dalam dalil tersebut ia lah LIWAT
Apakah kerana cerita LIWAT itu sebenar nya yang hendak dijadikan asas penting Anwar tidak boleh jadi PM???
Atau ada agenda lain mereka mereka yang takut Anwar jadi PM kerana ikrar nya dalam memerangi rasuah yang melibatkan tokoh tokoh politik yang berkuasa???
OPS SOLIT GRIP cerita liwat telah ada sebelum Anwar di angkat oleh PM jadi Timb PM lagi
Kalau itu lah punca nya kenapa PM pilih Anwar jadi Timb PM yang mengenepikan ada pemimpin umno yang jauh lebih senior dari Anwar
Di sini lah UNTOLD STORY nya...Aku tidak perlu menonton filem tersebut untuk mengulas sebegini
Saperti kata Dr Danial beliau tidak akan menonton filem tersebut untuk mengulas apa di sebalik UNTOLD STORY kerana beliau telah begitu mengenali Anwar dan terlibat sama dalam perjuangan Anwar
Usha untuk menghalang Anwar jadi PM bermula dari 50 DAlIL bukan kerana Anwar seorang peliwat
Sebab cerita liwat tersebut perlu di ada adakan ,kerana itu narative pertuduhan boleh berubah ubah,dari kondo belum dibena berapa kali ubah tarikh untuk sesuaikan pertuduhan
Kenapa team pendakwaan teruskan pendakwaan walaupun dari segi evidence dan fakta langsung tidak kukuh
Di sini letak kuasa KUASA TANGAN GHAIB ,yang mahukan LIWAT di olah supaya boleh di tuduh walaupun terlalu samar
Berbalik KES SEMBURIT tidak perlu pakar untuk mengesahkan video itu jelas dan tulin,lebih lebih lagi telah di sahkan oleh pakar forensik video itu tulin
Tetapi disebabkan pelaku nya telah team up dengan PM yang rival nya kini Anwar...maka Bapak Polisi No 1 pun istiharkan video itu walaupun tulin,tetapi pelaku nya SAMAR
Walaupun sparing partner mengaku dia yang laku kan bersama pelaku rival Anwar...muktamat nya datang dari Bapak Menteri No 1 yang kata SAMAR ,semua akur
Jika betul kes liwat itu lah punca nya Anwar tidak layak jadi PM ,maka perlu apa KPN lebamkan mata Anwar ???
Kenapa kes liwat tersebut tidak di ambil tindakan oleh KPN Tun Haniff Omar kerana kejadian yang dikatakan berlaku semasa zaman beliau KPN
Ini lah bukti kes liwat bukan asas utama untuk halang Anwar jadi PM
Disini letak nya untold story ,yang Anwar lebih tahu sebab nya KPN tersebut mengambil peluang belasah Anwar ..
KENAPA MUSUH MUSUH POLITIK ANWAR BEGITU TIDAK SENANG HATI DENGAN FILEM ANWAR UNTOLD STORY
Musuh musuh politik Anwar dan para para haters Anwar akan kupas dan hentam Anwar tidak layak jadi PM kerana terlibat liwat...
Filem Anwar untold story itu hanya cerita untuk bersihkan PMX dari kes liwat dan saja nak buruk burukan mantan PM4 juga mantan PM7
Pada Aku lah, kalau untold story itu memang datang dari Anwar ,dan cerita itu semua fitnah
Tidak ada RCI kes mata lebam,tidak ada kes KPN lebamkan mata Anwar semasa dalam tahanan,
Tiada kaitan PM4 dengan KPN bersabit Anwar ditahan bawah kes liwat,ini semua rekaan...
Maka mereka semua boleh SAMAN
mereka semua berduit , boleh ambil peguam ternama
Cuma nak tanya sikit...ADA BERANNN???
Sayugia di ingatkan...walau berlautan kritik dibuat mengenai filem ini untuk mengatakan Anwar tidak layak jadi PM..
Hakikat nya Anwar TELAH JADI PM
Yang merunsingkan sekarang ia lah mereka mereka yang ada bau bau terlekat kes jana wibawa ,kes pandora papers dan lain lain spesis rasuah
Ini lah yang merisaukan kartel kartel dan mafia mafia ,sebagaimana Aku alami dahulu bila memerangi puak puak Mafia Dragon 9 yang cengkaman kuku nya mengikat kartel kartel dalam pasukan,
Maka untuk hapuskan Aku di sebarkan fitnah Aku perompak,pembunuh penyeludup senjata api
Di guna kuasa Pak Menteri untuk Aku di PENJARA TANPA BICARA DAN DI BUANG KERJA
itu lah di sebalik FILEM ANWAR UNTOLD STORY dan CERITA ALI BATCHA DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA UNTOLD STORY
Ex ASP MOHD ALI AMIR BATCHA
# PAGE DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA
#PERTUBUHAN KEBAJIKAN WIRA MALAYSIA
No comments:
Post a Comment