TEORI KONSPIRASI VVIP
Banyak lah saya terbaca. Macam-macam teori, macam-macam cerita.
Konon nak tunjukkan Inkues Zara ni wayang sahaja.
Segala Pegawai Penyiasat, TPR, Hakim Koroner,
sampai Peguam Wakili Keluarga — semuanya jahat.
Mereka semua sepakat nak kenakan Zara, lindungi anak VVIP.
Mungkin mereka ingat senang nak tutup kebenaran.
Pada mereka seluruh sistem sudah korup dan boleh dirasuahkan.
*************
Mari kita fikir dengan waras.
Kalau kes ini benar-benar ada “cover up” VIP —
VIP mana yang sanggup Kerajaan lindungkan,
sampai boleh jejas PRN depan,
dengan demo dan piket di jalanan?
Adakah ini anak Sultan?
Kena ingat — ini sekolah agama di Papar, pinggir bandar.
Cucu TYT tak bersekolah di sana.
Ia sudah disangkal, malah tak masuk akal.
Selepas itu muncul cerita anak EXCO negeri.
Lepas tu Menteri KPDN.
Juga disangkal.
Dan yang menuduh pun tak ada bukti.
Kalau betul anak VIP,
sudah lama Peguam Keluarga dan Ibu Zara sendiri bersuara.
Tetapi mereka pun kata bukan.
OKT hanya pelajar biasa.
Aneh, ada yang seolah-olah lebih tahu dari Peguam Zara.
Fakta mereka datang dari mana?
Adakah masih percaya Cikgu BI mesin basuh,
“pakar patalogi” review Facebook,
atau Influenza “sakit” pohon derma?
Biar benar?
Kalau masih tak percaya, perlu bertanya.
Adakah ini mencari keadilan untuk Zara?
Atau sebenarnya membenci Kerajaan sedia ada?
Tepuk dada tanya selera.
*************
Apa maknanya untuk kita?
Kita kena hati-hati membezakan antara fakta
dengan teori konspirasi.
Memang ada kelemahan sistem,
kadang-kadang lembap, kadang-kadang silap.
Tetapi, untuk seluruh polis, AGC, hakim, koroner, doktor forensik, malah peguam keluarga
semua bersekongkol sekali — itu naratif drama, bukan realiti.
Ingat,
zaman DS Najib pun —
dengan segala kuasa PM dan jentera negara —
akhirnya kebenaran tetap terbongkar di Mahkamah.
Makanya kalau betul ada anak VIP, punyalah hebat ini olang. Kerajaan, Menteri, MP semua berusaha keras lindungi dia. Kalah ex PM yang ada.
Jesteru, ini fakta atau persepsi? Boleh nilai sendiri.
Seperti kata Aristotle:
“The law is reason, free from passion.”
♦️Undang-undang mesti berpandukan akal dan bukti, bukan emosi semata-mata.
Dan seperti pesan Ibn Khaldun:
“Oppression invites the ruin of civilization.”
♦️Bila kezaliman dibiarkan, sama ada oleh pemimpin atau rakyat yang jadi hakim sendiri, akhirnya masyarakat akan runtuh.
Ini bahana Mob Justice berbanding Court Justice.
Makanya…
Jangan kita jadi mangsa emosi dan ilusi.
Kerana bila rakyat hanya percaya teori tanpa bukti,
kebenaran sebenar akan hilang ditelan spekulasi.
Habislah keadilan terbenam dan kebumi.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
#KedaulatanUndangUndang
#JusticeForZara
#JusticeForFaris
#JusticeForAll
NB- Ulasan Inkues Day 2 pohon lambat sikit hari ni 🙏
Sis kena dating… ✌🏼
INKUES J4Z DAY 2
Hari ini masuk hari kedua Inkues Adik Zara.
Ramai sudah mula jadi pakar.
Muncul pula spesis baru:
Pakar “Palataologi” pula 😅
Kita raikanlah pandangan berbeza.
Cuma pesan saya:
Jangan Pajak Otak pada mereka.
Kita sendiri pikir jua.
Semalam kita belajar:
Satu bukti tak boleh berdiri sendiri.
Mesti ada sokongan.
Dalam undang-undang kita panggil bukti “corroborative”.
************
APA KATA PAKAR PATALOGI?
🟦 Hari Pertama Inkues
♦️Zara mustahil terjatuh atau ditolak dari belakang.
♦️Railing paras dada: kalau jatuh, pasti tersekat.
♦️Ada kemungkinan dia panjat palang / dinding.
♦️Kecederaan konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.
♦️Tiada kesan dipukul atau diseret.
🟦 Hari Kedua
♦️Zara jatuh kaki dulu, bukan kepala dulu.
♦️Itu bermakna Zara melompat sendiri atau berayun dari jeriji besi.
♦️Kalau jatuh kepala dulu, lebih cenderung ditolak / jatuh tidak sengaja.
♦️Ditanya adakah ini bunuh diri?
Jawapan beliau jelas: “Itu bukan bidang saya.”
Beliau hanya tentukan cara mati, bukan niat si mati.
*********
Secara proses ini betul.
Beliau hanya boleh beri pandangan forensik. Bagaimana Zara meninggal?
Bagaimana kedudukan?
Bagaimana kecederaan?
Sama ada Zara melompat sendiri dengan niat bunuh diri. Atau orang lain memaksa dengan membuli, beliau tiada bukti.
Beliau cakap dari pandangan sains bukan perundangan. Itu kena rely dengan saksi lain.
Makanya, saksi kedua Isnin ini ialah Pakar Dokumen, yang akan menilai Diari Zara yang punya 20 muka surat. Kita nantikan episod seterusnya.
***********
Ingat kita tuisyen pasal corroborative tadi.
Setiap teori kena ada bukti sokongan.
Kalau ada teori bunuh diri, Pakar Dokumen akan tentukan:
♦️Betul kah itu diari Zara?
♦️Betulkah dia yang tulis setiap muka surat?
♦️Ada kecenderungan kah bunuh diri?
♦️Ada apa2 nota terakhir?
Namun ini semua tak boleh berdiri sendiri.
Kalau hanya patologi+diari pun belum cukup kuat.
Kena tanya saksi hidup seperti ibu, ayah, rakan2, cikgu.
Adakah Zara punya kecenderungan stress atau despresi?
Kita juga belum uji teori buli dan dihumban.
Masih ada 68 saksi menunggu giliran.
Dan ingat: semua peguam – wakil ibu, ayah, Sabah Bar, TPR – boleh soal balas, boleh bantah, boleh lindungi mangsa.
Merekalah telinga & mata kita dalam mahkamah.
****************
📌 BELAJAR DARI KES FARIS
Autopsi kata gantung diri.
Sekolah kata bunuh diri sebab dirasuk jin.
Tapi saksi kata:
Faris ceria, gembira, tiada masalah mental.
Tiada nota bunuh diri dijumpai.
Akhirnya Koroner tolak teori bunuh diri.
Diputuskan: Faris dibunuh oleh orang tidak dikenali.
***********
Inkues ini masih panjang.
But we have to trust the process.
We have no choice.
Fakta mesti disaring. Auta mesti dibuang.
Ilmu patologi sudah dibentang.
Kini kita tunggu saksi-saksi lain melengkapkan naratif dengan telus, bukan sekadar wayang.
Yang penting kita sandarkan harapan kepada yang pakar: Peguam Zara, saksi Pakar dan Koroner. Doakan mereka telus buat kerja.
So long that kita matang menilai.
Bukan hanya bergantung kepada
influenza palatao dengan fesbuk pro.
Itu yang selalu buat kacau.
Moga kebenaran mengatasi kebathilan.
Terus doakan Adik Zara mendapat keadilan.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- Hari ni, Pakar Patologi sudah tolak teori mesin basuh. Itu dari mula terang lagi bersuluh.
#JusticeForZara
#JusticeForFaris
#JusticeForAll
"Dengan suara tenang namun penuh keprihatinan, Dr. Jesie Hiu mengungkapkan fakta menyayat hati dalam kasus tragis Zara Qairina. Beliau menjelaskan bahwa kondisi luka parah di bagian kepala Zara menunjukkan adanya hentakan kuat yang mengakibatkan k3c3d4r44n otak trok, hingga membuatnya berada dalam keadaan kritikal di HQE sebelum akhirnya m3ngj3mbvskan naf4s terakhir. Setiap patah kata yang keluar dari mulut sang pakar menjadi saksi bisu betapa k3j4mnya perbuatan yang menimpa seorang anak tak berdosa ini
seperti dibacakan oleh doktor patologi, Dr Jessie Hiu..
1. Lvk4 j4h!t4n di bahagian belakang kepala tanpa sebarang patah tengkorak atau muka.
2. Otak mengalami perubahan likuifaktif akibat pereputan, tidak dapat dinilai dengan jelas.
3. Rekod perubatan menunjukkan kecederaan otak teruk dan kritikal sehingga tidak sedarkan diri.
4. Bahagian bawah lengan kiri, pergelangan tangan kiri, tangan kiri serta jari kelima kiri mengalami lebam.
5. Kecacatan pada lengan bawah dan pergelangan tangan kiri akibat patah tulang radius distal kiri.
6. Pergelangan tangan kiri terkehel pada sendi.
7. Pergelangan kaki kanan mengalami lebam.
8. Fraktur remuk pada bahagian distal tibia kanan melibatkan sendi pergelangan kaki.
9. Luka melecet pada kaki kiri.
10. Lebam pada pergelangan kaki kiri dan kaki kiri.
11. Bahagian distal tibia kiri hancur dan senget.
12. Fraktur remuk pada tulang kalkaneum (tulang tumit).
13. Tulang sendi buku lali terkehel.
14. Patah tulang vertebra lumbar kedua hingga keempat (tulang belakang bawah).
15. Hematoma pada otot psoas.
16. Kecederaan retroperitoneum hematoma pada tisu pelvis.
Tambah Dr Hiu, kecederaan itu konsisten dengan maklumat yang didokumenkan dalam rekod perubatan si mati, imbasan CT, imbasan CTA dan radiograf.
Dr Hiu berkata Zara Qairina dibawa ke Hospital Queen Elizabeth pada 4.38 pagi, 16 Julai, dalam keadaan kritikal, menunjukkan kecederaan otak teruk dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Amaran trauma diaktifkan pada 4.42 pagi dan dia dinilai serta diuruskan oleh pasukan daripada pelbagai disiplin. Dia meninggal dunia pada 1.07 petang, 17 Julai akibat kecederaan otak traumatik
#fbpro