Thursday, September 11, 2025

Sejarah SMMT

 Terkenang-kenang SMMT 3

"  SMMT - Bagaimana Ia Bermula".


Bangunan sekolah baru SMMT hanya siap tahun 1968. Ia ketika itu dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah 26 Masjid Tanah. (SMR 26).


Kumpulan pertama pelajar FORM 1 aliran Inggeris, memulakan pengajian tahun 1965. 


Ketika itu, mereka terpaksa menumpang belajar sebelah petang  di SMK Masjid Tanah ( kemudian SMK Ghafar Baba).


Tahun berikutnya 1966, dengan kemasukan pelajar baru, Form1 dan kelas Remove, sebahagian pelajar terpaksa ditumpangkan pula ke  SRJK China berhampiran.


Pelajar Form 2 dan sebahagian Form 1 baru, kekal di SMKMT 


Aku lepasan pelajar SKMT 1965, mendaftar ke kelas Remove pada tahun itu dan ditempatkan di SRJK China itu 


Kelas di kedua-dua sekolah kekal pada sebelah petang.


Kami hanya  mula pengajian di premis baru  tahun 1968 ketika di Form 2.


Pengetua ketika itu jika tidak silap, Mr Chong.


Pada fahun 1969,  SMR 26 dinaikkan taraf ke menengah penuh. Nama sekolah sekaligus ditukar menjadi  Sekolah Menengah Masjid Tanah (SMMT). 


Aku ketika itu di Form 3.


Pada pertengahan tahun itu,  SMMT menerima  pengetua baru yang dinamik, inovatif dan "result oriented' , Mr A Kalimuthu.


Beliau merancang banyak program memprojek imej baik sekolah. Antara yang kekal jadi kenangan,  ideanya  mewujudkan brass band atau kumpulan pancaragam sekolah.


Tidak hairan, apabila pada tahun berikut, beban untuk merealisasi impiannya dipikul oleh kami kumpulan form 4.


Alasannya mudah. Pelajar Form 5 dan Form 3 dikecualikan kerana mereka kumpulan kelas peperiksaan 


Pelbagai aktiviti dirancang dengan tujuan mengumpul dana untuk projek pancaragam sekolah 


Antaranya pesta hari terbuka sekolah tiga hari tiga malam, kutipan derma walkaton, tayangan filem pilihan di sekolah, projek telentime, kutipan derma langsung dari dermawan dll


Hasilnya, pada tahun 1970 itu juga, pancaragam sekolah lengkap dengan uniform dan peralatan muzik  dilancarkan.


SMMT mencipta rekod, sebagai sekolah menengah luar bandar pertama yang punya brass band sendiri.


Pada tahun itu juga peperiksaan LCE sekolah SMMT menghasilkan keputusan membanggakan


Oh ya, saja nak tanya. Ada sesiapa beri pencerahan, apa jadi dengan brass band tu yang kami bangunkan lebih 50 tahun lalu?


Foto hiasan- Friends of class Semastian 1971 SMMT.

No comments:

Post a Comment