DAY 3: JUSTICE FOR ZARA
Hari ni Tusyen sedikit panjang.
Sebab kita cover ilmu forensik dan undang-undang.
Hari ni hari ke 3 Inkues Adik Zara.
Saksi kedua dipanggil iaitu Forensic Document Expert (FDE) dari Jabatan Kimia Malaysia.
Saya taknak letak nama dia. Sebab ada musibat mana sebelum ini siap nak cari pakar dan nak langgar dia π€¦π»♀️
Ini sejenis bila marah, otak bukan di kepala.
Kita mula. Bismillah…
************
π£ TUSYEN FORENSIK
Hari ni medsos bertukar wajah. Kalau minggu lalu berlambak Palaotologist keluar dari sembunyian. Hari ni dah tukar jadi Pakar Diari. Semua ada kitab sendiri: bagaimana dokumen dikaji.
Seperti biasa, jangan dilayankan sangat. Unless mereka ini pakar profesional dan ada kredibiliti.
Mungkin depa ingat kepakaran ini seperti menilai tulisan buku sekolah anak. Sangat jauh beza ya.
Jadi untuk Tusyen Forensik hari ni, kita akan belajar:
π⚓️ Bagaimana Pakar Forensik Dokumen (FDE) bekerja?
1. Kumpul Sampel Tulisan
FDE akan terima eksibit rasmi dari polis/mahkamah (contoh: buku latihan, helaian kertas, nota peribadi).
Kemudian, mereka juga perlukan sampel pembanding: tulisan Zara yang pasti asli (seperti kad sekolah, latihan lama, dokumen rasmi).
π¦ Tanpa sampel tulen → susah nak bandingkan.
************
2. Analisis Ciri-ciri Tulisan
Tulisan tangan ada macam “cap jari” — tak sama antara dua orang.
FDE akan zoom kepada:
♦️ Bentuk huruf (contoh: cara tulis “a” atau “g”)
♦️ Tekanan pen (garisan tebal/nipis, konsisten atau tidak)
♦️ Jarak & susunan (antara huruf, antara perkataan, margin kertas)
♦️ Irama tulisan (lancar atau terhenti-henti)
♦️ Kesilapan unik (salah eja, habit titik huruf, sambungan pelik)
************
3. Guna Alat Forensik
Selain mata kasar, mereka guna:
♦️ Magnifying glass untuk detail halus.
♦️ Video Spectral Comparator (VSC) untuk nampak perbezaan dakwat, cap air, atau kesan pemadaman.
♦️ Kadang-kadang, mikroskop digital untuk lihat aliran pena.
************
4. Bandingkan dengan Sampel
FDE akan tandakan persamaan & perbezaan.
♦️ Kalau banyak ciri sama → besar kemungkinan penulis sama.
♦️ Kalau banyak beza konsisten → jelas penulis berbeza.
♦️ Kalau bercampur (ada sama, ada tak) → FDE lapor sebagai inkonklusif.
π Dalam kes Zara hari ini FDE laporkan:
π¦ Ada helaian yang serupa dengan penulis rujukan (yakni Zara).
π¦ Ada helaian yang serupa dengan penulis lain (bukan Zara).
π¦ Ada juga bahagian bercampur: sesetengah muka surat nampak seperti satu penulis, yang lain jelas berbeza.
Ini pandangan dia.
Tetapi — keputusan muktamad tetap di tangan Hakim/Koroner, bukan pakar. Pakar hanya bantu menjelaskan “sains” di sebalik tulisan.
************
π Kenapa keterangan ini penting?
Ingat tusyen hari tu, Patalogist nyatakan mengikut bukti dan pandangan sains, Zara melompat sendiri.
Jadi diari Zara ini sepatutnya jendela kita nak tahu perkara sebenar.
Tapi sebelum itu, Mahkamah kena percaya ia betul2 diari/ tulisan Zara.
Apa yang dia luahkan, itu belum lagi kita ketahui.
_________________________________
π£ TUSYEN UNDANG-UNDANG
Tusyen Undang2 kita hari ni:
Kita akan belajar apa dia bukti/ saksi yang diterima masuk (admissible) dan next step, bila ia dikira berwibawa (credible).
************
1. Apa Itu Admissibility?
Admissibility = boleh diterima masuk ke Mahkamah.
Walaupun ada “bukti”, tidak semua automatik boleh dipakai.
Hakim kena tapis dulu: adakah ia relevan, diperoleh dengan cara sah, dan ikut peraturan undang-undang?
Contoh:
♦️ Rakaman telefon curi-curi: Kalau dibuat tanpa kebenaran dan langgar undang-undang privasi, Hakim boleh tolak. Walaupun kandungan nampak “panas”, ia tidak admissible.
♦️ Keterangan hearsay (cakap dengar-dengar): Kalau A kata, “saya dengar B cerita yang C buat jenayah”, itu biasanya tak boleh masuk, sebab saksi sebenar (B) kena hadir sendiri.
************
2. Apa Itu Credibility?
Credibility = kebolehpercayaan.
Bukti yang masuk sekalipun, Hakim mesti nilai — boleh percaya atau tidak?
Ini bergantung kepada integriti saksi, konsistensi cerita, dan sokongan bukti lain.
Contoh:
♦️ Saksi mata nampak pergaduhan, tapi dia mabuk ketika kejadian. Walaupun keterangan boleh diterima (admissible), tapi nilainya rendah (kurang credible).
♦️ Dokumen kontrak memang admissible, tapi kalau terbukti ada tandatangan palsu (ini FDE — Forensic Document Examiner akan bantu), maka dokumen itu hilang kredibiliti.
************
3. Kenapa Penting Bezakan Dua Ini?
π Kalau Mahkamah tidak tapis admissibility → akan banjir dengan bukti tak sah, fitnah, hearsay.
π Kalau Mahkamah tidak timbang credibility → orang boleh senang-senang reka cerita atau tunjuk bukti palsu.
⚖️ Hanya bukti admissible + credible yang boleh dijadikan asas keputusan.
Ini jaminan supaya keadilan tidak bersandar pada gosip atau bukti sampah.
************
4. Kisah Nyata
♦️ Kes O.J. Simpson (USA): DNA evidence admissible, tetapi kelemahan polis dalam prosedur siasatan (sarung tangan, pencemaran sampel) menjejaskan credibility → akhirnya juri ragu, tertuduh dibebaskan.
************
π¦ KES ZARA
Hari ini, kita nampak sendiri dua tahap bukti ini diuji.
π Admissibility: hanya 21 eksibit rasmi yang diserahkan polis dan ditender di Mahkamah boleh dinilai. Apa-apa salinan bocor di media sosial- belum disahkan dan kemungkinan boleh ditolak kalau rantaian bukti tak dijaga.
π Credibility: walaupun eksibit itu masuk, nilai sebenar masih dipertikai. FDE sahkan sebahagian tulisan bukan milik Zara. Maka Mahkamah belum boleh anggap semua yang ditulis itu suara Zara sendiri.
✅π Kes Zara jadi kelas langsung untuk rakyat.
Bukti bukan sekadar kertas. Ia perlu sah untuk masuk, dan perlu diyakini untuk dipercayai.
Tanpa dua ini, keadilan tak boleh berdiri.
π£ Admissible + Credible = Justice
************
Inilah beza Mahkamah dengan mahkamah netizen.
Di luar, suara bebas bertebaran tanpa tapisan.
Di dalam, hanya bukti yang lulus dua saringan — sah masuk (admissible) & layak dipercayai (credible).
Kerana yang dicari bukan cerita sensasi mesin basuh, tetapi keadilan untuk seorang anak yang lama maknya asuh.
**************
Esok kita akan tahu apa lagi kata FDE.
Adakah diari Zara ini ada cerita tersembunyi?
Dan adakah ia boleh diterima sebagai bahan bukti?
Terus doakan Inkues ini akan beri keadilan untuk Zara. Suara dia dari alam sana yang perlu kita dengar.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
No comments:
Post a Comment