Dari Anak Jati Kg Sg Baru, Kg Bharu, Kuala Lumpur. Apa sebenarnya yg berlaku.
Penduduk Kg Sg Baru bukan Anti-Pembangunan tetapi apa yg mereka maukan adalah pampasan yg setimpal. Ada yg telah ambil duit pampasan tersebut walaupun tidak berpuas hati kerana PTG cakap kalau tidak ambil wang tersebut akan diserahkan kepada Amanah Raya. Kita pun tahu bila masuk Amanah Raya lagi susah hendak keluarkan wang tersebut.
Untuk rumah flats memang patut dibangunkan kerana flats lama yg berkeluasan kecil dan hanya mempunyai satu atau dua bilik. Isu paling besar bila pemaju mengambil tanah rumah teres dengan pampasan yg rendah. Mereka landed property yg bergeran. Pemaju terpaksa mengambil rumah teres kerana 'economic of scale' tetapi mereka tidak mengambil keseluruhan rumah teres tetapi hanya sebahagian sahaja. Ini pun satu persoalan?
1) Kes ini berlaku semasa zaman Muhyiddin Menjadi Perdana Menteri dan ANNUAR MUSA sebagai Menteri Wilayah yg telah meluluskan pengambilan tanah oleh Pemaju (Pemaju SUEZ CAPITAL, KL GATEWAY - semua dalam satu group of company) pemaju yg sama yg ambil alih KG KERINCHI dengan menggunakan syarikat Melayu RITZY GLOSS sebagai org tengah yg memperdayakan penduduk.
Annuar Musa kemudian berpindah keKementerian Komunikasi dan Multimedia. Bila dia kat sana ada pula kes pasal Menara Kuala Lumpur meletop. Dia ni mana2 pergi ada je masaalah.
2) Kes ini berlaku semasa PKP dan Darurat dimana kerajaan ketika itu telah menggunakan Akta Pengambilan Tanah dan penduduk KSB (Kampong Sungai Baru) tidak mempunyai ruang untuk membuat bantahan atau pertanyaan kepada Pejabat Tanah dan Galian begitu juga kepada PKB (Perbadanan Kampong Bharu)
Walaupun segala surat menyurat dikeluarkan oleh PTG tak kan Perdana Menteri Muhyiddin dan Menteri Wilayah tidak tahu menahu. Tak kan Menteri Kabinet tidak membicangkan hal ini? Kan kes Kg Bharu sangat hangat ketika itu. Apa jenis kerajaan la mcm tu.
3) Jawatan Menteri Wilayah kemudian diambil alih oleh SHAHIDAN KASSIM dan segala process ketika itu berjalan begitu pantas.
4) MP TITIWANGSA ketika itu RINA HARUN tidak mempertahan hak penduduk dikawasan Parlimen beliau. Begitu jugak dgn PKB tidak mempertahan penduduk KSB.
5) Yang menghairankan peratusan yg bersetuju untuk membangunkan KSB tidak pun mencapai 67% (penduduk Flats dan Tetes) tetapi project tersebut diteruskan juga. Org KSB dipaksa menerima pampasan yg rendah RM 400±/sqft dimana nilai hartanah dalam kawasan 'SEGI TIGA EMAS' bersekitaran RM 3,000±/sqft.
6) Pemaju membayar pampasan yg rendah dan mencagarkan kepada pihak Bank pada harga pasaran. Dikatakan juga Pemaju tidak mempunyai modal yg mencukupi untuk membangunkan project KSB dan terbukti 20% equity project tersebut telah dijual kepada SUNSURIA.
7) MP TITIWANGSA sekarang DATUK SRI JO sendiri menyatakan Pemaju 'Cap Ayam' yg tidak mempunyai modal yg mencukupi.
8) Satu persoalan timbul kenapa Pemaju tidak mengambil keseluruhan kawasan rumah TERES (Rumah teres terletak disekeliling rumah Flats) tetapi hanya mengambil sebahagian kawasan sahaja. Dikatakan jika diambil semua penduduk rumah teres peratusan yg bersetuju untuk membangunkan KSB jatuh sampai 60% dan ada juga yg kata Pemaju tidak mempunyai cukup wang untuk membayar semua pampasan kepada penduduk.
9) BERITA TERBARU mengatakan bahawa kawasan KSB sebenarnya teletak dalam kawasan MAS. Persoalannya kenapa pemimpin semasa itu (PM masa tu TUN RAZAK) memecahkan lot menjadi Leasehold (Ini kena tanya PTG seperti yg kita juga ketahui PTG ni terlalu banyak hal tentang mereka). Senang cerita kena tanya org UMNO. Sejarah rumah TERES sebenarnya tidak ujud dalam plan asal pembinaan rumah Flats. Ketua Umno Cawangan Kg Sg Baru dan AJK ketika itu telah memohon kepada PM2 Tun Razak untuk membina rumah Teres kepada penduduk asal yg telah menetap ditapak rumah Flats yg akan dibina.
10) Ini adalah KES KLASIK dimana tanah penduduk org Melayu yg bergeran dengan sewenangnya Kerajaan dan Pemimpin terdahulu menggunakan akta pengambilan tanah untuk merampas hak orang Melayu diIbu Kota.
Pemimpin Melayu yg tamak dan rakus yang menjatuhkan org Melayu itu sendiri.
Nota Kaki
1) KHALID SAMAT menjadi Menteri Wilayah sehingga la langkah Sheraton dimana Tebuk Atap oleh PN ambil alih kerajaan dan ANNUAR MUSA menjadi Menteri Wilayah. Kes KG SG BARU bermula dari Annuar Musa. Time Khalid Samad dia mengesyorkan Tanah KG BHARU (MAS) bernilai RM 1,000/sq ft termasuk saham on New Vehicle Company. Tidak ada terbabit langsung dgn kes Kg Sg Baru.
Khalid Samat meroyan kerana dia kalah dalam PRU 15 kepada DS Jo dikawasan Parlimen Titiwangsa dan Rina Harun lari keParlimen Sepang dan kalah tersungkur.
Please take note yer
Datuk Bandar tidak sama dengan Menteri Wilayah dan jawatan tersebut pun orang yg berbeza.
Muhyiddin, Annuar Musa dan Shahidan Kassim membisu seribu bahasa sampai sekarang dalam kes Kampong Sungei Baru. Jangan lah buat dekk jer..
Sebelum ni pun ramai pemaju dan org tengah datang nak buat development di KSB.
Bila pemaju dari Suez Capital masuk dgn Ritzy Gloss keadaan jadi huru hara lebih² lagi segala urusan dan tindakkan berlaku semasa time Covid dengan PKP nya dgn Darurat nya, mana penduduk ada cukup masa untuk ambil apa² tindakan. Tahu2 je surat datang bersilih ganti.
Cara DS Jo bercakap sebijik mcm cara org KL cakap. Class la DS.
No comments:
Post a Comment