Saturday, April 18, 2026

 Bila PMX cakap “jadi Perdana Menteri ini susah”, ramai terus ketawa sinis.


“Baru tahu langit tinggi rendah?”

“Dulu bukan main kritik orang…”


Sedap bunyi. Tapi kosong makna.


Hakikatnya, memang susah.

Bukan susah biasa, tapi susah yang tak semua orang sanggup tanggung.


Bayangkan…

Dalam satu masa, kena fikir ekonomi negara yg tak menentu, tekanan geopolitik dunia, kebajikan rakyat yg makin mendesak, kestabilan politik yg rapuh, dan masa depan anak-anak kita.


Ini bukan kerja petang lepak minum kopi. Ini amanah yang makan siang malam.


Dan setakat hari ini, apa yang kita nampak?

Bukan gambar main golf.

Bukan cerita shopping luar negara.

Yang kita nampak, kerja.

Mesyuarat tanpa henti.

Turun jumpa rakyat.

Urus negara siang malam.

Tak glamor, tapi itulah realiti kepimpinan.


Jadi kpd pembangang, Kalau betul nak lawan, jangan lawan dengan mulut.

Lawan dengan kerja.

Kalau dia kerja 24 jam, kamu kena tunjuk kamu boleh buat lebih.


Bukan lebih bising, tapi lebih hasil.

Sebab rakyat hari ini dah berubah.

Mereka tak lagi kagum dengan siapa paling kuat menjerit.


Rakyat sedang perhati…

Siapa yang benar-benar bekerja.

Dan siapa yang sekadar bermain persepsi.


Politik matang bukan pentas kebencian.

Ia medan tanggungjawab.

Dan di medan itu, yg bertahan bukan yg paling lantang, tetapi yang paling kuat memikul beban.


#nakmundurpilihpas #PasPenipu #PNipu #AnwarIbrahimPM10 #MalaysiaMadani #RancakkanMadani #AnwarIbrahim

Thursday, April 16, 2026

 Negara ini ada undang-undang.

Bukan tempat sesiapa bebas maki hamun sesuka hati.


Jangan rosakkan keamanan hanya kerana kepentingan politik.

Jangan normalisasikan kebiadaban atas nama “kebebasan bersuara”.


Lebih teruk bila pihak pembangkang sanggup membela seorang TikToker muda yg terkenal dgn makian, cacian dan bahasa kesat.


Ini bukan keberanian.

Ini kerosakan nilai.

Realitinya jelas, kebanyakan wanita bercakap tentang kehidupan, keluarga, minat dan masa depan.

Bukan memaki hamun seperti hilang batas.


Pegang satu ini:

Perempuan yg tenang akan bercakap dgn baik.

Perempuan yg dipenuhi kemarahan, akan memuntahkan kata-kata kebencian.


Dan ini bukan sekali.

Bukan dua kali.


Video meroyan berulang-ulang.

Ini bukan lagi soal politik.

Ini soal akhlak. Soal waras. Soal batas.


Jadi jangan lindungi perkara salah hanya kerana ia memihak kpd kem politik sendiri.


Salah tetap salah!!


Penguatkuasa perlu tegas.

Bila tindakan diambil, jangan cepat jerit “zalimi rakyat”.


Hakikatnya, undang-undang melindungi kita semua.


Kita ada hak berpolitik.

Tapi bukan hak untuk menabur fitnah, hasutan dan kebencian.


Negara ini milik kita bersama.

Jangan hancurkan kerana emosi dan kepentingan sempit.


Lima tahun sekali, guna jari, buat pilihan.

Pilih pemimpin yang berkhidmat.

Bukan yg mempertahankan kebiadaban.


#PASpenipu #nakmundurpilihpas #Tolakektrimisagama #PNipu