Bila PMX cakap “jadi Perdana Menteri ini susah”, ramai terus ketawa sinis.
“Baru tahu langit tinggi rendah?”
“Dulu bukan main kritik orang…”
Sedap bunyi. Tapi kosong makna.
Hakikatnya, memang susah.
Bukan susah biasa, tapi susah yang tak semua orang sanggup tanggung.
Bayangkan…
Dalam satu masa, kena fikir ekonomi negara yg tak menentu, tekanan geopolitik dunia, kebajikan rakyat yg makin mendesak, kestabilan politik yg rapuh, dan masa depan anak-anak kita.
Ini bukan kerja petang lepak minum kopi. Ini amanah yang makan siang malam.
Dan setakat hari ini, apa yang kita nampak?
Bukan gambar main golf.
Bukan cerita shopping luar negara.
Yang kita nampak, kerja.
Mesyuarat tanpa henti.
Turun jumpa rakyat.
Urus negara siang malam.
Tak glamor, tapi itulah realiti kepimpinan.
Jadi kpd pembangang, Kalau betul nak lawan, jangan lawan dengan mulut.
Lawan dengan kerja.
Kalau dia kerja 24 jam, kamu kena tunjuk kamu boleh buat lebih.
Bukan lebih bising, tapi lebih hasil.
Sebab rakyat hari ini dah berubah.
Mereka tak lagi kagum dengan siapa paling kuat menjerit.
Rakyat sedang perhati…
Siapa yang benar-benar bekerja.
Dan siapa yang sekadar bermain persepsi.
Politik matang bukan pentas kebencian.
Ia medan tanggungjawab.
Dan di medan itu, yg bertahan bukan yg paling lantang, tetapi yang paling kuat memikul beban.
#nakmundurpilihpas #PasPenipu #PNipu #AnwarIbrahimPM10 #MalaysiaMadani #RancakkanMadani #AnwarIbrahim
No comments:
Post a Comment