Pada zaman Saidina Ali, ada satu kisah berkenaan salah dalam tafsiran al-Quran.
Disebabkan salah dalam pentafsiran al-Quran, menyebabkan kelompok Khawarij isytiharkan halal darah dan wajib perangi pemerintahan Saidina Ali.
ibn Abbas minta dengan Saidina Ali untuk menggunakan lidahnya untuk melemahkan 6000 orang tentera Khawarij yang sedang bersiap sedia untuk menyerang kerajaan saidina Ali.
pada peringkat awal, Saidina Ali menolak kerana bimbang Khawarij bunuh ibn Abbas. Setelah Ibn Abbas memberikan penjelasan dan alasan yang meyakinkan, maka Saidina Ali pun izinkan ibn Abbas berjumpa dengan mereka.
Dalam kalangan 6000 orang tentera khawarij itu, dibahagikan kepada tiga kelompok. Setiap kelompok ada 2000 orang.
Ibn Abbas fokus pada 2000 orang sahaja. kerana, kejayaan menarik 2000 tentera pun sudah cukup melumpuh serangan khawarij.
Apabila Ibn Abbas berada pada kelompok 2000 orang, Ibn Abbas tanya kelompok khawarij tersebut.
"apa yang menyebabkan kamu nak serang saidina Ali?", Tanya Ibn Abbas.
"sebab 3 perkara" jawab mereka.
"boleh kamu ceritakan kepadaku tiga perkara tersebut?"
"pertama, Saidina Ali tidak melaksanakan hukum Allah, sedangkan tidak ada hukum kecuali hukum Allah
"kedua, Semasa kekalahan tentera Aisyah dalam perang jamaal, Ali tidak bahagikan harta ghanimah kepada para tentera, sedangkan pembahagian harta ghanimah ada dalam syariah
"ketiga, semasa Ali menjadi Khalifah, dia minta tidak dipanggil dengan gelaran "amirul Mukminin (ketua orang beriman), sedangkan ia adalah amalan para khalifah sebelum dia. Apabila dia tidak mahu dipanggil "amirul Mukminin", itu membuktikan bahawa dia adalah "amirul Kafirin" (ketua orang kafir)".
Ibn Abbas kata: Mahukan aku menjawab tiga-tiga soalan ini. Jika aku mampu menjawabnya, mahukan kamu semua ikuti aku dan tinggalkan kelompok yang mahu menyerang saidina Ali ini?"
mereka menyatakan persetujuan.
Ibn Abbas pun jawab:
pertama, dalam al-Quran, Allah ada sebut bahawa apabila berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka pihak lelaki perlu lantik seorang pembuat hukum dan di pihak perempuan juga perlu lantik seorang pembuat hukum.
persoalannya, pembuat hukum yang disebut dalam ayat al-Quran itu; apakah dia adalah Tuhan atau manusia?
jawab mereka: "manusia".
maka demikian juga Saidina Ali dalam membuat keputusan negara.
Jelas, khawarij salah dalam mentafsirkan al-Quran yang berkaitan dengan konsep hakimiyyah. Ia diperbetulkan oleh Ibn Abbas.
kedua, berkenaan Saidina Ali yang tidak bahagikan secara harta ghanimah setelah Aisyah dan tenteranya kalah dalam perang Jamaal.
bukankah Aisyah adalah ibu segala orang beriman?
jawab mereka; benar.
apakah sanggup kita merampas dan membahagikan secara harta ghanimah dari harta ibu kita sendiri?
Mereka pun faham bahawa mereka sudah salah dalam mentafsirkan hadis yang berkaitan dengan harta ghanimah.
ketiga, berkenaan Saidina Ali minta agar dia tidak dipanggil sebagai Amirul Mukminin; semasa perjanjian Hudaibiyyah, apabila wakil Quraish minta untuk padam perkataan "dari Muhammad Rasulullah" dalam surat perjanjian dan ia dipadam sendiri oleh Nabi saw.
Apakah ketika Nabi saw sendiri padam perkataan "Muhammad rasulullah" dalam surat perjanjian yang dengan itu Nabi Muhammad bukan lagi Rasulullah?
mereka jawab: Baginda tetap rasulullah.
maka demikian juga Saidina Ali yang minta tidak dipanggil dengan Amirul Mukminin.
Ternyata, khawarij gagal faham logika yang terkandung disebalik permintaan saidina Ali tersebut.
kisah ini ada disebut dalam Sunan al-Nasaie dan beberapa buah kitab-kitab tarikh.
Dari sini jelas, pada era sahabat dahulu, kalangan yang memesongkan pentafsiran al-Quran itu pernah berlaku dalam kalangan orang islam sendiri.
No comments:
Post a Comment