Saturday, January 27, 2024

 [ 'ibrah & perjuangan ]


Qaradhawi pun kena TIPU...


Sebelum pindah tajuk lain berkaitan ziarah mahabbah itu, ingin saya tegaskan take-home message yg dibekalkan Tok Guru petang itu hanyalah TIGA (3);


(a) Jangan percayakan Anwar. Jangan juga percayakan DAP. Sebab itu party lama tu mahukan Mat Hasan naik jadi PM (huraian bersambung nanti).


(b) Segera tinggalkanlah Amanah / Pakatan Harapan. 


(c) Masuklah balik Pas, demi perjuangkan Islam, kata Tok Guru itu... 


Itulah kesimpulan lepas berkali-kali meneliti rakaman & video pertemuan petang itu, yg diminta Tok Guru sampaikan juga untuk pengetahuan kawan-kawan yg sudah tinggalkan Pas itu.


Tapi perlu saya jelaskan dahulu, sahabat-sahabat party lama itu tidak mampu menolak apa yg saya ceritakan itu, tapi cubaan mereka adalah untuk menggambarkan saya cuba mereka-rekakan cerita pertemuan itu, dengan tujuan bahawa persepsi terhadap Tok Guru yg digambarkan itu adalah tidak benar sama sekali,  rekaan sahaja bagi mereka.


Terpulang... 


https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157703881504876


TA'ASUB (kata nama bagi 'asobiyyah) sememangnya menatijahkan individu yg "tak siuman dalam berhujjah" dan tak sesekali sanggup kesalahan dipalitkan pada ketua, atau ayatullah kumpulan yg mereka anuti itu.


Saya tetap tak berhajat kongsikan keseluruhan rakaman pertemuan sbg bukti, kerana banyak dalamnya kenyataan Tok Guru yg "...ini ana bagitahu enta sahaja" dan perlu saya ber-amanah dan tak sebarkannya. Tapi cukup beberapa clip yg dikongsikan moga meyakinkan kamu yg cuba menfitnah itu..


1. Pertamanya, saya jumpa Tok Guru memang atas sebab saya "rindu" mahu berjumpa, lepas 4 tahun tak bersama, dan terakhir pegawai Tok Guru sendiri menalefon saya nyatakan Tok Guru beberapa kali bertanya ehwal "Sayuti Australia" masa di IJN baru ini.


2. Maka saya berjumpa semata untuk ber-ukhuwwah, penghormatan seorang murid pada gurunya, yg ditakdirkan berbeza pendapat & party hari ini.


3. Saya dipanggil naik dan masuk ke beranda oleh isteri Tok Guru, menunggu agak lama Tok Guru yg bangkit daripada tidur apabila dimaklumkan yg datang itu adalah "Sayuti Australia daripada Shah Alam", sebelum keluar dan kami berpelukan mesra dan bertanyakan khabar keluar, anak-anak, serta kesihatan.


4. Saya mulakan tajuk dgn "mohon nasihat & teguran", dan ketika itulah Tok Guru terus mulakan muqaddimah nya dgn arahan "keluarlah Amanah" dan masuk semula Pas, dan jangan lagi percayakan Anwar & DAP. 


5. Itulah the "gist" / atau intipati yg sememangnya Tok Guru mahu maklumkan pada saya seawal liqa' mahabbah itu bermula, hingga akhir. Rasanya 2/3 pertemuan itu hanya pada tajuk Anwar semata, selebihnya barulah berkaitan DAP, Amanah dan Mahathir..


6. Saya tiada masalah arahan itu. Kita demokrasi, dan saya faham kesungguhan Tok Guru mahu saya "pulang ke pangkal jalan" itu adalah ikhlas, atau sayangkan saya. It's OK with me, I appreciate it. Thank you.


7. Bahkan saya langsung tak berhajat menjawab apa yg saya dengar dari mulut Tok Guru petang itu, walau saya pasti tak boleh menerimanya. Sebab memang tujuan saya untuk mendengar semata.


8. Cuma keadaan bertukar, hanyalah tatkala Tok Guru selitkan pertemuan 57 min itu dgn ungkapan "...enta semua ditipu oleh Anwar" kerana mengikut Tok Guru Amanah ini adalah alat utama Anwar Ibrahim (dan juga alat pada DAP).


9. Tatkala itulah Tok Guru mulakan satu per satu points (daripada 11 points semuanya) secara tersusun berkaitan Anwar depan saya itu, barulah saya cuba selitkan sedikit ayat membetulkan kenyataan Tok Guru itu.


10. Dan seperti disangka, sebaik "celahan" itu berlaku, terimalah saya tengkingan atau herdikan kuat "enta tak tahu, ana tahu" dikeheningan petang itu, walau tanpa disusuli sedikit pun hujjah balas untuk menyokong sebarang kenyataan Tok Guru sebelum itu.


DOKTRIN yang amat bahaya!


11. Maka saya kongsikan di sini, sesungguhnya saya melihat satu yg AMAT BAHAYA sebenarnya, satu yg sungguh kritikal berlaku pada fikrah/pemikiran Tok Guru yg dianggap mereka sebagai ulamak party Islam tersebut.


12. Bagi saya, Tok Guru sebenarnya sedang berada dalam situasi "seolah terpukau" (hypnotized) dgn berpegang penuh pada beberapa kenyataan daripada pihak ke-tiga yg disampaikan kepada Tok Guru, yg akhirnya diulang berkali-kali atau puluhan kali oleh Tok Guru kepada pihak lain (dalam ceramah, ucapan, tulisan etc) sebagai bahan utama Tok Guru sampaikan.


13. Hinggalah ketika Tok Guru jumpa saya itu, segala wajah, air muka, mata, kesungguhan Tok Guru itu adalah menunjukkan hampir seolahnya Tok Guru sudah berpegang dan yakin sungguh dengan apa yg Tok Guru cakapkan itu secara total, 100%, tanpa langsung keraguan lain.


Itulah INDOCTRINATION! 


Pembohongan yg sudah menjadi 'itiqad!


14. Hanyalah apabila saya (se-sekali sahaja) mohon mencelah dan perbetulkan fakta salah yg Tok Guru sebut itu, barulah  Tok Guru bertegang urat marahkan saya, disusuli kenyataan bangga bahawa saya seolahnya langsung tak mengetahui apa yg Tok Guru sampaikan itu (enta tak tahu), tanpa hujjah sokongan mampu dikemukakan Tok Guru untuk menjawab celahan saya tersebut.


Moga ikhwah fahami sitiuasi yg cuba saya gambarkan ini.


15. Conclusion awal saya pada segala kenyataan Tok Guru yg dilontarkan tanpa pembuktian atau dalil tersebut adalah begini;


(a) Tok Guru dihimpit dgn pelbagai manusia yg "besar" bagi Tok Guru, termasuklah Umno Najib, Zahid, Hasan Ali, Sidek Baba, BTN, SB, Intelligent, CIA, atau sekalipun kalangan ustaz muda Pas, atau Professor etc, (antara yg disebut Tok Guru) yg telah menyampaikan pelbagai cerita rekaan atau dongengan terus pada Tok Guru.


(b) Tok Guru tak rasakan perlu untuk tabayyun. Apatah lagi cerita itu berkait dgn isu Islam, Melayu atau musuh politik yg Tok Guru marahkan selama ini.


(c) Maka Tok Guru ambil pendirian memegang cerita itu, kemas, yakin 100%, serta menjadi faktor decision making Tok Guru dlm politik, yg ditunjukkan dlm keputusan politik hari ini.


(d) Seterusnya Tok Guru ulangilah cerita-cerita itu dalam pelbagai ceramah, usrah, halaqah etc bersama pentaksub dan ahli Pas, yg semua pasti mengangguk, menelan dan menerimanya penuh kepercayaan tak berbelah bagi. Bagi mereka, mana mungkin "ulamak berbohong".


(e) Maka cukuplah bagi Tok Guru, tiada yg bantah bermakna "aku tahu, aku betul" dan itulah yg dijadikan 'iktiqad politik Tok Guru selama ini, ie. Anwar (dan DAP) adalah musuh, dan selamanya musuh yg sangat bahaya pada negara.


(f) Dan dengan itulah Tok Guru pula dgn begitu yakin menyusun perkataan untuk memberitahu pula saya points berkaitan Anwar (dan DAP ) tersebut, termasuklah satu nya berkaitan Syeikh Qaradhawi ditipu oleh Anwar, dan Syeikh Raisuny mahukan TunM kekal sbg Perdana Menteri tersebut. Pembohongan atau rekaan bentuk khayalan Tok Guru itu dah menjadi satu 'iktiqad / pegangan pada diri Tok Guru hari ini.


Pepatah sebut;


"Pembohongan yg diulang-ulang pasti menjadi keyakinan diri akhirnya"


16. Itulah dilemma yg dilalui Tok Guru yg wajib mereka yg bersama, sokong atau tak sokong Tok Guru itu cuba perbetulkannya, dan jangan dibiarkan terus "pukau" tersebut menyelubungi diri itu.


17. Saya mungkin tak miliki lagi peluang itu, sebab pastinya mustahil saya akan bersama sekali lagi dgn Tok Guru dalam permusafiran atau pertemuan mahabbah seperti itu.


18. Kamu sahabat-sahabat saya dari Pas, kalau ada yg masih rasional dan faham ilmu psychology itu wajiblah membetulkan Tok Guru yg sudah tersasar jauh laut itu.


19. Antara point lain yg disebut Tok Guru, antaranya "yg serious tapi tak berapa sensitif untuk diceritakan) termasuklah;


(a) Anwar itu suka pembohong pada ulamak & pemimpin dunia. Yg dibohongi itu termasuklak Qaradhawi, Yusuf Kala, Erdogan, Duta USA dan juga Menteri Luar Singapore. Semua itu ditipu oleh Anwar. Termasuklah yg ditipu oleh oleh Anwar adalah ahli Amanah dan juga DAP yg bersama dalam Pakatan Harapan untuk menaikkan dia.


(b) Anwar itu adalah pelakon politik yg buruk akhlaqnya, kerana pandai berlakon hadpaan Melayu dgn jadi imam, baca khutbah, bercakap hal Islam etc. Sedangkan masa lain Anwar itu berlakon depan Cina kata sokong Cina, depan Hindu berkata dia sokong Hindu, bahkan Anwar sanggup berbuat apa sahaja, asalkan mendapat sokongan politiknya.


Ikhwah yg dirahmati, 


20. Itulah gambaran yg berlaku petang itu, apa yg mahu saya kongsikan situasi obsesi pegangan yg menjadi 'iktiqad Tok Guru yg sungguh bahaya itu. Dan Tok Guru langsung tak bersedia untuk menerima apa jua pandangan balas, yg saya anggap sememangnya Tok Guru tak akan mampu menjawab apa jua pandangan balas tersebut dgn hujjahnya.


22. Bahkan Tok Guru cukup bangga bercerita pada saya 


"... saya tengking Anwar yg datang jumpa saya dulu" (sambil tersenyum)


ie, merujuk peristiwa Ogos 2014 ketika mana pertemuan 4 orang bincangkan isu hubungan Pas/PKR pada masa itu dlm isu MB Selangor. Anwar yg sengaja tidak membuka mulut dlm pertemuan itu, terus ditengking oleh Tok Guru di hadapan Cikgu Pa, Saifuddin Nasution, hinggalah akhirnya Tok Guru tinggalkan begitu sahaja pertemuan itu. Cikgu Pa telah berjumpa Anwar dan Saifuddin Nasution selepas memohon kemaafan bagi pihak party lama itu atas kejadian yg tak pernah disangka itu.


23. Oleh itu saya memilih untuk tak mahu berakhir sedemikian pertemuan petang itu, maka saya rela mendiamkan diri sahaja, hadap sahaja dan ambil maklum apa yg mahu disebutkan, dan insya Allah akan terus kongsikannya seperti diminta berkali-kali oleh Tok Guru.


24. Maka oleh itu, jawapan-jawapan saya tangguhkan itu hanya muncul di wall FB ini, sama ada oleh saya atau penulisan oleh beberapa sahabat pimpinan Amanah yg akan memberikan pencerahannya.


Kisah berikutnya berkaitan bahayanya tatkala isu "QAZAF" /liwat zina sanggup dibangkitkan semula sebagai hujjah menarik saya kepada party lama itu...


Stay tuned.

Saturday, January 20, 2024

PULUT KACAU TRADISI (WAJIK)

 Remopeyek Rangup

Malaysia DatelineMenu

Cuba resipi ‘simple’ rempeyek ranggup ni, boleh tambah kacang dan ikan bilis ikut suka!

Oleh MAISARAH AISYA


22/01/2024



Kalau beli di pasaran, ada yang nipis dan tebal, kadang isi terlalu sikit tapi kalau buat sendiri dekat rumah boleh campak banyak mana sekalipun.


Tambahan pula ia tidaklah sukar untuk dibuat cuma perlukan kerajinan, kalau nak jimat duit boleh cuba resipi ini.



Resipi ini dikongsikan Ct Suryati dan dimuat naik di Facebook Auni Page.



Resipi rempeyek ranggup

Bahan-bahan:


1 kg tepung beras

5 cawan air

2 cawan santan pekat

1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup crunchy)

1 biji telur

8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)

Garam secukup rasa

3 sudu besar jintan manis**

3 sudu besar jintan kasar**

3 sudu besar ketumbar biji**

Cara-cara:


Kisar kering bahan bertanda **. Nak guna lebih pun boleh.

Bancuh semua bahan diatas bersama bahan kisar.

Air kena pandai agak, buat sukatan 5 cawan dulu, tengok macam pekat baru tambah sikit-sikit, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

Goreng seketul dua dulu selepas bancuh untuk tengok struktur kuih. Kalau tebal, boleh tambah sikit air.

Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.

Selepas dapat struktur yang sempurna, boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul-betul panas.

Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.

Sebelum goreng jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak-banyak. Bilis dan kacang kena jemur dulu supaya kekal rangup bila dah digoreng.

Nota: Untuk mendapatkan rempeyek yang rangup, kena masukkan sedikit kapur makan. Dan sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaallah


Resepi Nasi Ayam Superb


Kalau dapat sepinggan nasi ayam cmni,ampa suka dak? Kaih mai pakat tgk resepi๐Ÿค—


1. Resepi Nasi Ayam


Tumiskan sedikit ketulan lemak ayam bersama butter....Masukkan halia,bawang merah,bawang putih,serai dan daun pandan sampai naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.

Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan air mengikut sukatan yang betul.

Masak seperti biasa.


2. Resepi Ayam


Sekor ayam direbus bersama halia dan sedikit garam sehingga masak.....toskn..lumur kicap manis,kicap masin dan sos tiram....keringkn seketika sblm digoreng dalam minyak yg byk...

( saya buat sekor ayam klo ampa2 nk potong kecik2 pun boleh...tp tekstur ayam lagi lembut dan sedap klo grg sekor2)


3.Sup


Tumis bawang merah,bawang putih dan halia....kemudian masukkn air rebusan ayam td....tambah bebola kalo suka...letak perasa ikut tekak masing2..


4.Sambal Cili


6 bji cili merah

10 bji cili api

2 ulas bawang putih

2 tangkai akar ketumbar

6 sudu gula

Garam

3 bji limau kasturi ( potong dua buang biji )

1 biji air limau nipis

Kisar halus kesemua bahan ( xperlu dimasak ye )


4. Sambal Halia


Tumbuk sedikit halia bersama kiub pati ayam....panaskn sedikit minyak bijan dan masak halia yg ditumbuk td seketika...

( klo xde minyak bijan,minyak biasa pun boleh )


SELAMAT MENCUBA SEMUA๐Ÿฅฐ

Krdit resepi: Nur Hidayah


ROTI CANAI

Roti canai homemade. Buat sendiri je lepas tu boleh makan bila2

1/2 kg tepung gandum (saya guna cap ros)

1biji telur

2 sudu majerin

1sudu kecil garam(larutkan dalam air)

1/2 cawan air sejuk peti ais

2 sudu susu pekat *tepung+majerin+susu jadikan serbuk roti

*masukan air garam+telur

*masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tgn

*bulat2 kan rendam dgn minyak(2 jam@lebih)

*canaikan jd mcm dlm gambar

*sedia utk di goreng๐Ÿ˜‰


tqvm empunya resepi๐Ÿฅฐ


Ramai x peminat pulut kacau a.k.a wajik ni? 


RESEPI WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU )


BAHAN - BAHAN


1kg beras pulut

1kg gula merah

2 cawan gula putih

Santan secukup lemak

(selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit)

Daun pandan


Cara-cara

๐Ÿ‘‰๐ŸปBeras pulut direndam 4-5jam

Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan


๐Ÿ‘‰๐ŸปMasak gula merah dan tapis dahulu

๐Ÿ‘‰๐Ÿปkemudian masukkan gula putih

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Masukkan santan & daun pandan


Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi


๐Ÿ‘‰๐Ÿป Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat

(mcm meletop2 gitu ๐Ÿ˜†)


Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik


Tutup api dan masukkan dalam bekas


Siap!

.

Kredit resepi ini kpd Fyza Eky


PULUT KACAU TRADISI


════•❁๐ŸŒธ⚘๐ŸŒผ❁•════

✅1 kg beras pulut rendam 4 jam

✅1 kg gula merah @ gula melaka.. anggaran 2 ketul

✅2 cwn gula pasir (blh kurangkn jika tksuka manis)

✅kelapa sebiji besar kecil 2 biji (perah jadikn 5 cwn)

✅daun pandan. 

✅garam secukup rasa.


caranya

kukus pulut sehingga masak.

1)masukkn santan pekat anggaran 5 cawan.

2)masukkn gula merah/gula pasir yg dh bancuh dan tapis

3)masukkn daun pandan dan garam.. masak sehingga pekat dn agak likat.. masuk kn pulut dan kacau sehingga dia betul2 mesra dn likat semula

Siap utk dihidang


Kredit:

Foto rosalinda

Resepi by mak teh shima


*Mee kuah tulang keledek merah..*๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ


bahan2nya:


Tulang dan daging rebus

Keledek merah

*Blend bawang besar

*Bawang putih

*Halia

*Cili kering

Serbuk sup adabi dua sudu

Serbuk perasa sikit


Sos cili

Sos tomato


Garam

Gula

Susu pekat manis


Semua bahan bertanda * ni tumis smp pecah minyak..masuk perencah sup, letak kulit kayu manis sebatang cukup dan bunga lawang dlm 3 kuntum.. then tuang masuk dlm rebusan daging td..


Ubi keledek merah dlm 3 biji rebus dan blend pastu masuk dlm periuk


Masuk pula segala sos td.. mama agak2 je


Perasakan dengan garam gula dan susu pekat manis ( ikut rasa masing2 ea..๐Ÿ˜)


Dah siap ble la taburkan

hirisan daging

Telur rebus

Tauhu goreng

Sawi celur

Daun bawang/ sup

Taugeh

Cili potong

Bawang goreng


Selamat mencoba..!๐Ÿ˜๐Ÿ˜


kredit: finaz rizal


Mee kuah,terliurnya tengok kannn . Jom SAVE resepi ni siap-siap, nanti boleh buat.

Sedapnyaaa๐Ÿ˜

Bahan-bahan MeeKuah:

1- Mee kuning

2- Daging rebus

3- Sawi.

4- Tauge.

5- Daun sup.

6- Sos cili.

7- Kicap.

8- Sedikit gula.

9- Sedikit serbuk perisa

10- Telur.

Bahan Untuk diBlend .

1- Cabai kering.

2- Bawang besar.

3-Bawang putih.

Caranya:

1- Tumis bahan blend lepas tu tuang daging tambah air daging sikit.

2- Lepas tu tuang sos cili, kicap, gula, serbok perisa.

3- Tunggu sampai mendidih pecah telur dlm kuah.

Biar dia masak sekejap dah boleh letak mee, sawi, tauge dan daun sup.

4- Dah mendidih dah boleh tuang dlm mangkuk.

5- Siap untuk dimakan.๐Ÿ˜‚

Resepi dari sis Masni Bahari mahn.

Selamat mencuba ๐Ÿคญ

Kredit, Anie Daud



Resepi Kari kambing


Kambing 1kg direbus sampai empuk dgn serbuk kunyit .halia n garlic yg ditumbuk dgn batu lesung..baru sedap..jgn malas pakai blender yek..๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ.

Tumisan

Kayu manis 2

Bunga cengkih 5

Bunga lawang 2

Pelaga 5

Jintan manis 1sdb

Daun kari

Cili kering 10tangkai dipotong

Bawang 4labu dihiris mayang

Tomato ceri 15biji..


Tumiskan semua bahan diatas sampai layu n then masukan daging kambing da telah direbus n letak air 1cawan stok kambing...n masukan serbuk ketumbar 1sdb,serbuk cili kering 2sdb, dan serbuk kari ayam 3sdb....biar mendidih n kering sampai jadi pekat..n masukan garam n aji ..n daun ketumbar siap


Kredit Resepi : rani ganga via mahn


RRSEPI LONTONG


Kuah Lontong


Bahan A [blend]

* Bawang merah 7 ulas

* Serai 2 batang

* Lengkuas (hiris nipis)

* Halia (hiris nipis)

* Udang kering 2sb

* Ikan bilis segenggam

* Buah keras 1 biji

* Kunyit hidup besar ibu jari


Bahan B

* udang segar

* kobis

* kacang panjang

* carrot

* kentang

* soohun & fucuk

* bahan perasa

* santan kotak


Cara-cara:

1. Blend hancur bahan A

2. Kemudian satukan dalam periuk bersama santan & air

3. Didihkan dan masuk sayuran yang keras dahulu seperti kentang & carrot

4. Perasakan dan masukkan baki sayuran yang lain bersama udang. Dah agak lembut sayur tu boleh tutup api


SAMBAL BILID


Bahan-bahan:

* bawang besar 3 biji

* bwg besar 1 biji (dimayang)

* cili kering kisar 3 senduk nasi

* daun pandan

* ikan bilis 2 genggam

* air asam jawa

* garam dan gula


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dah siap blend dan mayang bersama daun pandan

2. Bila warna agak kekuningan, masukkan cili blend, gula dan air asam

3. Tumis sampai bertukar warna

4. Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam dan gula


Bahan Lain

* nasi impit

* telur rebus

Kredit: Fatimah Saari


RESEPI MEE BANDUNG


Pes Mee Bandung

(Pes ni boleh frozenkan, tahan lama)

Lada kering/Cili Boh 1 blender

Bwg putih (10 ulas)

Bawang besar (4 ke 5 biji)

2 blender penuh udang geragau (rendam dulu)


Siap blender sema, tuang dlm periuk or kuali masak api kecil sampai air kering utk jdkan pes

Pes ni bole buat pes mee goreng


Goreng kacang tanah & blender kering + biskut lemak utk pekatkan kuah

Rebus daging utk dptkn air rebusan..ni yg buat sdp mee bandung tu..


Cara:

Tumis sambal td (2 sudu besar utk sorg makan)

Masukkan air rebusan daging, agak2 dlm 2 senduk besar (utk sorg mkn), pecahkan telur.

Dah mendidih masukkan kacang, udang, sotong rendam dan daging

Masukkan mee, masukkan sawi & tomato & perasakan

Siap utk d hidangkan..


Credit recipe & pix to Yusreena Said Yusz

6 TIPs MEREBUS JAGUNG:


1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.


2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.

3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.


4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.


5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.


6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk

Kredit: owner resepi


PAU GEBU

Ada lagi ke yg nak resepi pau paling ringkas terlajak gebu saya ni.. Nah saya bagi resepi.. ๐Ÿ˜Š

๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท

3 cwn tpg gndum

1 1/2 sdu kcl mauripan

1 sdu kcl baking powder

2 sdu bsr myk mask

1sdu bsr gula


Gaul smua di atas

Bru masuk air...

Uli jdi doh.. Uli lama sikit.. Tu yg buat dia gebu tu

Buat bulat2 bg abih.. Letak inti.. Peram 1 jam.. Kukus 7 ke 8 mnt

Kredit: Rozita Ramli


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian


MEE REBUS 


Bahan - Bahan

1 Paket mee kuning

1/2 kg daging

Sedikit Tauhu

Telur ( direbus )

Tauge ( dicelur )

Sawi 

Cili hijau ( hiris halus )


Bahan - Bahan Kuah

1/2kg keledek ( direbus & dikisar )

6 biji kentang ( direbus & dikisar )

4 biji bawang besar ( dikisar )

4 ulas bawang putih (dikisar )

5 sudu makan serbuk kari

20g udang kering ( rendam & kisar )

1 sudu kecil serbuk kunyit

Garam & Gula secukup rasa


Cara Membuat:

1. Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan dan potong daging mengikut selera. Simpan air rebusan daging

2. rebus kentang & keledek. Kisar atau lenyek sehingga halus. ketepikan.

3. Panaskan minyak dalam periuk

4. Tumis bawang, dan masukkan rempah kari dan serbuk kunyit. Masak sampai pecah minyak

5. Masukkan campuran kentang & keledek.

6. Gaul sekata, dan tuangkan air rebusan daging tadi.

7. Sedia dihidang bersama mee & sayur yang dicelur, tauhu & telur rebus


7. Masukkan gula & garam secukup rasa


tqvm empunya resepi๐Ÿฅฐ



ROTI CANAI

Roti canai homemade. Buat sendiri je lepas tu boleh makan bila2

1/2 kg tepung gandum (saya guna cap ros)

1biji telur

2 sudu majerin

1sudu kecil garam(larutkan dalam air)

1/2 cawan air sejuk peti ais

2 sudu susu pekat *tepung+majerin+susu jadikan serbuk roti

*masukan air garam+telur

*masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tgn

*bulat2 kan rendam dgn minyak(2 jam@lebih)

*canaikan jd mcm dlm gambar

*sedia utk di goreng๐Ÿ˜‰


tqvm empunya resepi๐Ÿฅฐ


Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!


Untuk pengetahuan anda, ada banyak jenis tepung beras yang dijual di pasaraya dan setiap satu itu berbeza kegunaannya mengikut jenis makanan yang mahu dibuat.


Pasti ramai juga yang tidak perasan, ada 3 tepung beras yang berlambangkan gajah dan satu tepung beras cap teratai. Kalau salah guna tepung untuk buat kuih atau masakan lain, nanti hasinya tidak akan menjadi.


Kalau nak tahu perbezaan diantara 4 tepung beras tersebut dan apa fungsinya, jom ikuti perkongsian di bawah sehingga habis.


BEZA 4 JENIS TEPUNG BERAS WAJIB TAHU


1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

Sangat sesuai untuk menggoreng seperti untuk membuat adunan untuk pisang goreng, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan, goreng mamak, goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dal.


2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH

Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno dan pelbagai jenis kuih lagi. Tepung jenis ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.


3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

Tepung beras cap gajah 5 ini pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee kerana tepung beras jenis ini lebih kental.


4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI

Tepung beras cap teratai ini sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam. Jika digunakan untuk membuat apam rasa tepungnya akan kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya akan menjadi sangat rangup.


Harga pun berbeza ya!


TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH - https://shope.ee/2q5mZtRNfG

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH - https://shope.ee/4fXQlJsf7A

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH - https://shope.ee/5Kn7Yg8cGn

TEPUNG BERAS CAP TERATAI - https://shope.ee/5AThMQUAuP


Credit : Ruhana

Roti canai homemade. Buat sendiri je lepas tu boleh makan bila2

1/2 kg tepung gandum (saya guna cap ros)

1biji telur

2 sudu majerin

1sudu kecil garam(larutkan dalam air)

1/2 cawan air sejuk peti ais

2 sudu susu pekat *tepung+majerin+susu jadikan serbuk roti

*masukan air garam+telur

*masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tgn

*bulat2 kan rendam dgn minyak(2 jam@lebih)

*canaikan jd mcm dlm gambar

*sedia utk di goreng๐Ÿ˜‰


tqvm empunya resepi๐Ÿฅฐ

Wednesday, January 10, 2024

 ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ก-๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ฆ๐——, ๐—”๐—ž๐—ง๐—” ๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—•๐—ข๐—ž ๐—”๐—ง๐—”๐—ฃ


✍️  Ahmad Mursi 


๐Ÿญ. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—จ: ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐——.


Selepas Akta Lompat Parti (ALP) 2022, tiada lagi praktis kumpul SD individu MP untuk tukar PM. Hanya boleh dibuat secara en-bloc Parti politik.


๐Ÿฎ. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—จ: ๐—ช๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—Ÿ๐—ฃ, ๐—ฆ๐—— ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚


Kalau laku, apa tujuan gubal ALP dan kenapa pula PAS sokong akta itu dulu? Inilah Hipokrit. Tujuan ALP digubal supaya MP ikut keputusan parti dan individu MP tidak boleh lagi disogok. PAS kena sogok sekapal untuk Tebok Atap. Sebab itu Kerajaan jadi lebih stabil.


๐Ÿฏ. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—จ: ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—บ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—น๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐Ÿฐ๐Ÿฏ(๐Ÿฐ).


PMX nak letak jawatan buat apa bila dah terbukti Undi Percaya di Parlimen, PMX dapat sokongan besar lebih 2/3. Takkan semata-mata senarai SD palsu Raja Petra nak suruh PMX letak jawatan? PN-PAS dah tak waras.


๐Ÿฐ. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—จ: ๐Ÿฑ ๐— ๐—ฃ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฝ ๐—น๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ. ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜.


BERSATU masih berdegil untuk pinda perlembagaan parti dan masukkan klausa "MP yang membelakangi keputusan Parti dianggap meletakkan jawatan". Sekarang sedang memakan diri. Majoriti Parti lain sudah lakukan selepas ALP digubal termasuk PKR, UMNO, AMANAH, DAP dll.


๐Ÿฑ. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—จ: ๐——๐˜‚๐—น๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ท๐—ฒ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ฆ๐—— ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ก๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—ฟ ๐˜ƒ๐˜€ ๐—ญ๐—ฎ๐—บ๐—ฟ๐˜† ๐—ž๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ, ๐— ๐˜‚๐—ต๐˜†๐—ถ๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐—ธ ๐—”๐˜๐—ฎ๐—ฝ ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ฆ๐——.


Dulu belum ada Akta Lompat Parti, keadaan dah berubah selepas 2022. Kes itu dah tak boleh jadi 'precedent'. Sebab kes Muhyiddin ini lah politik negara huru hara. Parlimen digantung, MP disogok 'Scheme of Things'. Pelabur lari.


๐Ÿฒ. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—จ: ๐——๐˜‚๐—น๐˜‚ ๐—”๐—ป๐˜„๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜ ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ฆ๐—— ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต?


Sebab masa itu belum ada Akta Lompat Parti. Kerajaan masa itu enggan buat undi tak percaya. Kini PMX cabar pembangkang bawa usul di Parlimen jika benar ada majoriti tetapi pembangkang tak buat pun malah ponteng.


๐Ÿณ. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—จ: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ผ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ท๐˜‚๐˜๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐— ๐—ฃ ๐—•๐—ก ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ. ๐—œ๐—ป๐—ถ ๐—ต๐—ฎ๐—น ๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฟ.


Kamu Parti Islam, tapi ajar orang lain langgar perjanjian. Itukan perangai orang Munafik? Zuraidah kalah saman dan Mahkamah perintah bayar 10juta kerana langgar perjanjian parti. PAS pun ada perjanjian ceraikan Isteri jika lompat.


๐Ÿด. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—จ: ๐—”๐—ด๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฃ๐—  ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ต๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ '๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ถ๐—ป' ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐Ÿฐ๐Ÿฏ(๐Ÿฎ)(๐—ฎ) ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐——.


Betul Agong boleh ikut sangkaan (zonn) sahaja untuk nilai samada PM yang dilantik punyai majoriti tetapi PM sepatutnya 'test' majoriti itu di Parlimen melalui Undi Percaya untuk buktikan. PMX dah lakukan awal2 lagi. Muhyiddin dulu lari dan block usul itu dari dibuat. Parlimen disingkatkan dan digantung. Darurat diisytihar. Budget dilulus tanpa undi di Parlimen. Ada MP Bersatu nafi beri sokongan pada Muhyiddin. Muhyiddin sebenarnya tiada majoriti. Ismail Sabri atasi ini dengan MoU.


๐Ÿต. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—จ: ๐Ÿญ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—บ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—— ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป. ๐——๐—ฎ๐—ต ๐—ฐ๐˜‚๐—ธ๐—ผ๐—ฝ ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—น๐—ผ๐—ผ๐—ต. ๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐˜๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ธ.


Bodoh lah siapa percaya Raja Petra ni. Dia sendiri akui senarai tu sebenarnya palsu. Ada juga MP yang nafikan. Kalau betul pun, 120 tu sokongan tipis dan politik negara akan huru hara seperti zaman Muhyiddin. Fungsi parlimen cacat. MP terpaksa dirasuah dengan jawatan untuk ikat sokongan. Wujud balik Duta Khas Gaji Buta. Hanya MP gila dan pentingkan diri sendiri nak keluar dari kestabilan 2/3 majoriti dan terlibat dengan 'Scheme of Things' Tebok Atap PN-PAS.


๐Ÿญ๐Ÿฌ. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—จ: ๐—ง๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐—ธ ๐—”๐˜๐—ฎ๐—ฝ ๐—ป๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ.


Tebok Atap ni hanya nak selamatkan '2 orang tua' dan selamatkan perut dan poket MP PAS sahaja dengan pelbagai jawatan. PAS rela Sabotaj Ekonomi negara dengan krisisi baru politik walhal ekonomi sedang pulih dengan baik dibawah PMX. Pelabur mencurah-curah masuk sebab yakin politik stabil dengan Akta Lompat Parti dan 2/3 sokongan Kerajaan.


๐Ÿญ๐Ÿญ. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—จ: ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ฟ, ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ. ๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป.


Itulah politik Khawarij. Hanya PAS sahaja Islam, dan PAS sentiasa cari dalil untuk kafirkan mukmin lain dan keluarkan penyokong parti lain dari daerah Islam. Malah berusaha untuk jatuhkan pemimpin yang sah. Sebab itu versi Tebok Atap ini versi Khawarij dan bukan versi biasa. Ada sebab kenapa Nabi SAW sebut "Khawarij anjing2 ahli Neraka" HR Ahmad - Hadith Soheh.

Sunday, January 7, 2024

 Mungkin Un tak jumpa hadis Nabi SAW di bawah. 


Daripada Thauban R.A, Rasulullah SAW bersabda:

ู…َู†ْ ุนَุงุฏَ ู…َุฑِูŠุถًุง ู„َู…ْ ูŠَุฒَู„ْ ูِู‰ ุฎُุฑْูَุฉِ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ุญَุชَّู‰ ูŠَุฑْุฌِุนَ


Maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi orang sakit, dia berada dalam kebun syurga sehinggalah dia pulang."


Riwayat Muslim (6717)


Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

ู…َู†ْ ุนَุงุฏَ ู…َุฑِูŠุถًุง ، ู†َุงุฏَู‰ ู…ُู†َุงุฏٍ ู…ِู†َ ุงู„ุณَّู…َุงุกِ : ุทِุจْุชَ ، ูˆَุทَุงุจَ ู…َู…ْุดَุงูƒَ ، ูˆَุชَุจَูˆَّุฃْุชَ ู…ِู†َ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ู…َู†ْุฒِู„ุงً


Maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka ada penyeru yang menyeru dari langit: Kamu adalah orang baik, dan langkahmu juga baik dan engkau berhak mendapat satu tempat di syurga."


Riwayat Ibn Majah (1443) dan al-Tirmizi (2008)


Daripada Jabir bin Abdillah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda,

ู…َู†ْ ุนَุงุฏَ ู…َุฑِูŠุถًุง ، ู„َู…ْ ูŠَุฒَู„ْ ูŠَุฎُูˆุถُ ูِูŠ ุงู„ุฑَّุญْู…َุฉِ ุญَุชَّู‰ ูŠَุฌْู„ِุณَ ، ูَุฅِุฐَุง ุฌَู„َุณَ ุงุบْุชَู…َุณَ ูِูŠู‡َุง


Maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi orang sakit, dia akan terus berada dalam naungan rahmat sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk, dia bersama dalam rahmat-Nya."


Boleh pula dia tulis Anwar berbohong, kononnya menjatuhkan nak maruah Anwar. Takat benda macam ini perkara biasa sahaja bagi Anwar, itu menunjukkan sifat magnanimous Anwar terhadap sesiapa sahaja dia tidak berdendam. Lagipun, yang hendak berjumpa itu Perdana Menteri Malaysia bukan calang-calang orang. Yang hendak di jumpa itu hanya MP biasa, siap Anwar panggil "sahabat" lagi. Maknanya dengan jawatan yang tinggi itupun Anwar masih ada sifat rendah diri, which is a good trait for a leader. 


Kasihan walaun, Allah dah tutup aib, dia pula boleh pergi korek dan tayang pada umum.