Tuesday, March 29, 2022

 Kenyataan Media

29 Mac 2022


Menteri Kesihatan kata, “Bila saya mengambilalih KKM, saya buat keputusan untuk pastikan bahawa pengurusan aplikasi MySejahtera dibawa ke KKM sebab saya dapati bahawa selama tempoh pandemik, tiada kontrak antara pihak KPISoft dengan kerajaan”. 


Kenyataannya itu juga bermaksud bahawa kontrak rundingan dengan KPISoft/Entomo, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi MySejahtera hanya bermula saat beliau menjawat jawatan tersebut pada bulan Ogos 2021, iaitu 16 bulan setelah aplikasi MySejahtera diluncurkan. Maksudnya selama 16 bulan kerajaan bersama dengan KPISoft/Entomo mengawalselia penggunaan dan data aplikasi MySejahtera tanpa sebarang perjanjian. 


Sehingga saat ini persoalan tentang pemilikan aplikasi MySejahtera dan datanya terus kabur meski ada cubaan dari pihak menteri untuk menjelaskannya. 


Menurut laporan, KPISoft/Entomo adalah 100% milik sebuah entiti Singapura iaitu Entomo Pte Ltd berdasarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 


Ini membimbangkan tatkala kerajaan Malaysia telah melibatkan entiti asing tanpa kontrak atas tujuan CSR untuk membangun dan mengurus perisian yang mengumpul data peribadi dan sensitif rakyat Malaysia. 


Saya juga terkejut bahawa Majlis Keselamatan Negara pada bulan April 2020 telah membenarkan entiti asing untuk membangun dan mengurus aplikasi yang sangat penting kepada kepentingan keselamatan negara yang tidak hanya punya akses kepada maklumat kesihatan dan peribadi tanpa perjanjian yang bertulis, tapi mempunyai pemilikan ke atas kerahsiaan dan data aplikasi tersebut. 


Dari menjelaskan persoalan-persoalan ini, kabinet kini sedang mempertimbangkan untuk menganugerahkan MySJ Sdn. Bhd. kontrak secara runding terus untuk aplikasi MySejahtera. Menteri Kesihatan gagal untuk menjawab soalan saya tentang tender terbuka dalam hal ini, dan ini membawa maksud terdapat aspek yang tersembunyi dari pengetahuan umum tentang MySejahtera.  


Tidak mungkin rakyat akan tahu data apa yang telah disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu oleh entiti asing ini. Menteri bertanggungjawab dan kabinet boleh saja menafikannya, namun sekiranya mengambilkira bahawa tidak ada sebarang perjanjian yang telus bermula dari bulan April 2020, rakyat Malaysia wajar untuk mempunyai syak wasangka dan berasa bimbang. 


Rakyat Malaysia mahu tahu di manakah data itu disimpan? Apakah ia disimpan di dalam persekitaran yang selamat dengan akses yang terhad? Mekanisme apa yang digunapakai bagi mengelakkan pihak ketiga dari mengakses dan mencuri data mereka? Apa jenis perlindungan yang rakyat ada bagi mengelakkan data itu disalahguna yang akan mengakibatkan mereka dianiaya, ditipu dan di-diskriminasi? 


Saya kini menggesa sebuah siasatan yang komprehensif oleh Parlimen dimulakan bagi mengenalpasti segala perihal melibatkan MySejahtera bagi memaknai konsep ketelusan dengan maksud kerahsiaan data peribadi dilindungi dari watak-watak yang tamak yang hanya mahu mencari keuntungan dari data peribadi rakyat Malaysia. 


ANWAR IBRAHIM

Sunday, March 27, 2022

 BAHTERA LAMA, NAKHODA BAHARU


1. Sejak Langkah Sheraton, dunia politik menjadi panas dan terumbang-ambing sama seperti sebelum kejatuhan Barisan Nasional dan Najib Razak selepas PRU14. Namun kali ini sedikit berbeza apabila kehangatan politik hari ini tidak segah seperti sebelum-sebelum ini kerana Pakatan Harapan mahupun pembangkang, dilihat gagal bangkit semula setelah dicederakan oleh pengkhianat Langkah Sheraton. Sehingga hari ini PH dan pembangkang masih mencari formula terbaik bagi menyaingi BN dan Perikatan Nasional. 


2. Pertarungan demi pertarungan melibatkan PRN, undian di Dewan Rakyat serta perlumbaan mendapat sokongan majoriti sebagai kerajaan menghambat PH terkebelakang. BN pula mula merasa peluang untuk mereka memerintah Putrajaya semula dengan kuasa penuh akan menjadi kenyataan dengan ketempangan PH. Pengundi atas pagar yang memberi sokongan kepada PH semasa PRU14 pula mengambil sikap tidak keluar mengundi atas faktor kecewa kepada apa yang terjadi pada PH dan masih tidak menyokong BN. 


3. Hampir kesemua penganalisis politik menyatakan bahawa PH mengalami krisis kepimpinan setelah Tun M dan para pengkhianat meninggalkan PH. Sama ada niat penganalisis itu mahu memburukkan atau memang itu kenyataannya, PH wajar melihat akan permasalahan tersebut. Sekurang-kurangnya ada satu aspek yang telah diperbaiki oleh PH untuk kembali bangkit mencabar BN/PN. 


4. Soalnya sepanjang tempoh pasca Langkah Sheraton, tidak pernahkah sekalipun PH bermuhasabah diri untuk membina semula kekuatan? Tidak pernahkah pimpinan setiap parti dalam PH membaiki gaya dan strategi kepimpinannya akan kepimpinan mereka kekal relevan dan PH boleh diperkasakan? Sebenarnya ia telah dilakukan banyak kali. Retreat PH di Port Dickson antara langkah yang diambil. Namun ia tidak menjadi kemana, kerana retreat sekadar retreat dan selepas itu pimpinan balik semula untuk bermimpi dengan mimpi masing-masing. 


5. Cabaran paling besar untuk memperkukuhkan ikatan dan langkah parti-parti komponen PH adalah keegoan atau ke ‘aku’an masing-masing yang melemahkan. Ada pula pimpinan dari parti dalam PH menyatakan kejayaan ini merupakan kejayaan parti tertentu semata-mata menyebabkan sifat sangka buruk dan  tidak saling mempercayai wujud dalam PH. Akhirnya apa yang dituntaskan dalam retreat tidak berjaya dilaksanakan. Satu lagi adalah kisah silam PH dipimpin oleh Tun M dan kegagalan beliau bersama kabinetnya mempertahankan PH sebagai kerajaan menjadi asas kepada golongan ini yang sentiasa menolak prinsip keharmonian dalam PH. Mereka menggangap mereka yang masih berhubung dengan Tun M masih mahu menjadikan Tun sebagai PM sekali lagi. 


6. Tidakkah kita sedar bahawa aspek ini yang sedang melemahkan kita. Tambahan pula, bersikap fanatik tak tentu arah lebih mengucar-ngacirkan keadaan. Bukankah gagal menyelesaikan isu logo merupakan tanda ke‘aku’an masing-masing masih menebal? Akhirnya PH jatuh sebagai gabungan nombor tiga dibelakang BN dan PN. Puncanya hanya ego antara parti.. PH mahu perkenalkan gabungan parti yang saksama, tiada abang long dalam PH, tetapi isu keegoan tak dapat dikendurkan. Maka apa guna kita saksama, lebih baik jadi BN yang UMNO memimpinya, atau PN yang PBBM memimpinnya.


7. Maka penulis mahu menyatakan bahawa perkara diatas harus diatasi sesegera mungkin. Terduduk kita apabila Rafizi Ramli menyatakan bahawa PH hanya perlu fokus 80 kerusi untuk menjadi pembangkang terkuat dahulu berbanding ingin membentuk kerajaan PH. Sedangkan itulah hakikat yang perlu diterima dengan keadaan PH yang lemah. Berbalik kepada isu kepimpinan, penulis mencadangkan amatlah sukar untuk meminta Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng untuk berundur dikala PH sedang dirundung malang. Namun penulis mengharapkan tokoh yang perlu dikedepankan mestilah orang yang berbeza. Ibaratnya, Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng boleh kekal sebagai ketua pasukan dalam acara bola padang, namun peranan sebagai penyerang untuk menjaringkan gol perlu diserahkan kepada orang lain yang lebih segar dan muda. 


8. Mengapa penulis katakan demikian, kini demografi pengundi bertambah rencam. Undi 18 masih belum ada petunjuk pihak mana yang akan dapat menguasai meski PRN Johor telah memulakannya. Tambahan pula, kisah silam dalam politik Malaysia seperti reformasi 1998 dan Wawasan 2020 serta legasi percaturan pimpinan UMNO menguasai Malaysia hampir tidak relevan kepada golongan muda. Pertikaian satu ketika dahulu mampu membentuk kisah politik hari ini. Maka ditimbulkan muka-muka baru yang kurang cerita politik dahulu kala boleh mengembalikan semula kecaknaan pengundi muda dan atas pagar. 


9. Kelesuaan politik akibat Langkah Sheraton membuatkan rakyat menghukum semua ahli politik. Episod politik zaman Tun dan Anwar serta watak-watak lain seangkatannya telah dilabelkan jemu oleh masyarakat biasa. Maka ia perlulah diganti. Penulis tidak berhendakkan sesiapa untuk menjadi penyerang setiap parti dalam PH. Ia boleh ditentukan oleh strategis mereka sendiri. Cuma penulis sengaja letakkan gambar Anthony Loke, Adly Zahari dan Rafizi Ramli menghiasi poster rencana ini kerana bagi penulis mereka antara yang layak serta punya ‘weight’ untuk menjadi penyerang pasukan. Namun tidak pula penulis membelakangkan Salahudin Ayub, Gobind Singh dan Saifudin Nasution. Mereka juga ada potensi.


10. Cuma penulis nak katakan, pemain penyerang mestilah boleh mempengaruhi rakyat untuk mendengar langkah dan syarahnya. Jika ia berlaku itu baru menjaringkan gol. Situasi ini tidak berlaku dalam parti selain PH, kerana mereka kekal bergantung kepada pimpinan ‘heavyweigth’ mereka. Dialah kapten, dia juga penyerang. Najib, Mahiaddin, Hadi Awang, Wee Ka Siong, M. Saravanan, Dominic Lau, Syed Saddiq dan Tun Dr. Mahathir adalah parti yang bergantung sepenuhnya kepada pimpinan utama mereka untuk menjaringkan gol. Sedangkan muka mereka sudah tidak diterima masyarakat lagi. Oleh itu, PH perlu mengorakkan langkah.


11. Dalam masa yang sama, pemain penyerang ini mesti diberikan tanggungjawab untuk menyatakan pendirian PH, diberikan ruang untuk terlibat sama dalam Majlis Presiden serta berhak sedikit sebanyak untuk mencatur gerak kerja parti dengan sokongan Presiden masing-masing. Dibawah Majlis Presiden PH, wujudkan Badan Induk Pelaksana yang memainkan peranan untuk mengelolakan strategi yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden PH. Maaf kalau saya ambil contoh PAS. Majlis Presiden semacam Majlis Syura PAS yang memandu arah tuju PH, manakala Badan Induk Pelaksana adalah Ahli Jawatankuasa Pusat didalam PAS. 


12. Berikan ruang untuk tokoh baru duduk didepan membawa PH kembalikan keyakinan rakyat. Mengapa tak diturunkan sahaja Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng, itu lebih mudah. Penulis sentiasa cuba memikirkan adakah jalan lain selain mereka turun dari kepimpinan, kerana bagi penulis sehingga hari ini masing-masing punya kekuatan untuk mengepung sebahagian undi. Mereka masih berkeupayaan untuk mengekalkan beberapa undi PH PRU lalu, namun bukan untuk tukang jaringkan gol. Penulis sedar, bahawa DAP perlu melipat gandakan usahanya apabila tokoh lagenda mereka Lim Kit Siang mengumumkan persaraannya. Hal ini kerana Kit Siang masih punya kekuatan walaupun bukan duduk didepan memimpin DAP & PH. Samalah juga dengan Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng. 


13. Mungkin ini peluang terakhir Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng membantu membebaskan rakyat Malaysia dari cengkaman BN. Jika selepas PRU 15 masih tidak berjaya, transisi kepada golongan muda baru telah dibuat melalui Badan Induk Pelaksana yang telah dibentuk. Penulis bukan meletakkan kegagalan membentuk strategi PH kepada Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng, tetapi beri orang baru menyusun langkah PH dengan aspek baru seperti politik baru, undi 18 dan kaedah pemasaran baru yang lebih dekat dengan mereka. Dengan itu, PH lah gabungan parti yang paling segar berbanding BN dan PN. 


14. Mungkin tulisan penulis tidak akan dihiraukan oleh PH, kerana sebelum ini, ada 3 hingga 4 artikel yang penulis tulis untuk membetulkan keadaan PH. PH tetap tidak ke mana. Namun, dengan lagak Najib Razak yang berlakon seolah-olah rakyat menerimanya boleh menghambat PH duduk dibawah, maka penulis terus menulis untuk memberikan cadangan. Lakukanlah apa yang terbaik untuk PH asalkan BN tidak kembali semula memerintah. 


Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng kekal sebagai ketua pasukan tetapi pemain penyerang mesti orang baru. Kita cuba!


Oleh,

Cikgu Syazmir HN

#tintasiyasah

 Kenyataan Media

26 Mac 2022


Penjualan Aplikasi MySejahtera Kepada Syarikat Swasta


Pada 24 Mac 2022, sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) telah membangkitkan persoalan tentang penjualan aplikasi pengesanan Covid-19 kepada sebuah syarikat swasta. 


Keputusan kerajaan untuk ‘penyerahan’ ini telah diputuskan oleh cabinet pada tanggal 26 November 2021. Kebenaran telah diberikan oleh cabinet kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik MySJ Sdn. Bhd. melalui mekanisme runding terus untuk mengambilalih aplikasi MySejahtera. Walaubagaimanapun, pada bulan Disember 2021, PAC telah mengesyorkan bahawa kerajaan sepatutnya mengambilalih operasi MySejahtera tanpa kos tambahan memandangkan aplikasi tersebut kini telah menjadi elemen penting dalam sistem kesihatan negara.  


Para pegawai Kementerian Kesihatan yang memberi keterangan di hadapan PAC mendakwa bahawa MySJ Sdn. Bhd. tidak ada kaitan sama sekali dengan KPISoft, iaitu syarikat yang membangunkan aplikasi MySejahtera sebagai inisiatif CSR. KPISoft sejak itu telah menukar nama syarikat kepada Entomo. Dakwaan bahawa tidak ada kaitan antara KPISoft/Entomo dan MySJ Sdn. Bhd mesti diteliti dan disiasat. 


Para pengarah MySJ Sdn. Bhd. termasuk dua orang pengasas KPISoft. Pengarah-pengarah MySJ Sdn. Bhd. juga termasuk inidividu-individu yang punya kaitan politik dan perniagaan dengan beberapa parti di dalam kerajaan termasuk Tan Sri Dato Seri Shahril Bin Shamsuddin yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy sehingga bulan Mac 2021 dan Tan Sri Dato’ Seri Megat Najmuddin yang merupakan seorang ketua UMNO bahagian yang kemudian menjadi anggota kanan Bersatu. 


Sementalah itu, 81.4% saham MySJ Sdn. Bhd. dimiliki oleh sebuah syarikat yang lain yakni Revolusi Asia Sdn. Bhd. di mana 88% dimiliki oleh pengasas-pengasas KPISoft. 


Dalam kata lain, 71.2% saham MySJ Sdn. Bhd. dimiliki oleh dua pengasas KPISoft yang membangunkan aplikasi MySejahtera. Untuk mengatakan bahawa tidak ada kaitan antara KPISoft/Entomo dan MySJ Sdn. Bhd. adalah tidak jujur. 


Di bawah sistem tender terbuka, fakta-fakta ini akan diteliti oleh kerajaan dan rakyat. Dalam sistem runding terus, apa yang berlaku ini hanya mirip kepada gejala menganugerahkan syarikat-syarikat dan individu yang dekat dengan pemerintah. MySJ Sdn. Bhd. termasuk pengarah-pengarah yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam mengurus pengoperasian perisian atau teknologi maklumat tidak jelas dan menimbulkan kebimbangan tentang logik menganugerahkan aplikasi ini secara runding terus. 


Tambahan pula, penjualan MySejahtera kepada syarikat swasta hanya menimbulkan kebimbangan tentang pengurusan data peribadi dan kemungkinan wujudnya penyalahgunaan maklumat kesihatan jutaan rakyat Malaysia. 


Aplikasi MySejahtera telah merekodkan lebih 11 bilion daftar masuk sejak bulan Disember 2020, dan ini adalah menurut GitHub. Maklumat daftar masuk ini mengandungi pelbagai maksud iaitu kecenderungan peribadi, corak penggunaan, atau laman sosial individu. Kita juga mengandaikan bahawa pengkalan data MySejatera juga termasuk maklumat kesihatan individu tentang simptom-simptom dan diagnosis positif Covid-19. 


PAC juga memberitahu bahawa segala data di dalam MySejahtera dan kerahsiaannya adalah di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. 


Pada 19 November 2020, Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa “data yang dikumpul melalui aplikasi MySejahtera dimiliki sepenuhnya oleh KKM dan diselia oleh Nacsa dan MKN”. 


Pada 20 Disember 2020, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSEcurity Malaysia mengatakan bahawa data MySejahtera adalah selamat. “Data-data ini digunakan hanya untuk memantau Covid-19 dan tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga kerana ia tertakluk kepada dasar kerahsiaan”.


Laman web MySejahtera termasuk kebijakan kerahsiaan yang menyebut “Tidak ada data peribadi yang dikumpul aplikasi ini dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat luar dari Malaysia untuk tujuan komersial.” Laman web itu juga menyatakan “MySejahtera dimiliki dan dikawalselia oleh kerajaan Malaysia. Ia diuruskan oleh KKM dan dibantu oleh NSC dan MAMPU. Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat data peribadi hanya digunakan untuk tujuan mengurus dan membendung penularan wabak Covid-19. Ia tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak.” Laman GitHub MySejahtera pula menyatakan “Menurut polisi kerahsiaan MySejahtera, data daftar masuk individu akan dilupuskan selepas 90 hari. Statistik rumusan ini hanya disimpan sebagai jumlah agregat; MySejahtera tidak menyimpan data tersebut. Kesimpulannya, penyemakan data tidak boleh dilakukan untuk tarikh-tarikh lebih dari 90 hari, meski wujudnya ketidaktekalan.”**


Oleh yang demikian, persoalan-persoalan ini mesti dijelaskan oleh cabinet: 


Mengapakah keputusan diambil untuk menjual MySejahtera kepada syarikat swasta daripada membenarkan aplikasi itu di bawah kawal selia KKM? 


Mengapa penjualan aplikasi ini tidak dibuat melalui tender terbuka atas dasar ketelusan?


Apa sebab-sebab MySJ Sdn. Bhd. menjadi satu-satunya syarikat yang ditimbangtara untuk projek ini? 


Apakah kerajaan Malaysia sering menganugerahkan individu-individu atau syarikat-syarikat yang menjalankan CSR untuk manfaat rakyat Malaysia dengan kontrak yang lumayan? 


Apakah skop dan kepakaran MySJ Sdn. Bhd. terkait pengoperasian MySejahtera dan bagaimana KKM boleh memastikan data-data yang dikumpul oleh aplikasi itu tidak akan disalahguna oleh pihak ketiga termasuk MySJ Sdn. Bhd. 


Apakah syarat-syarat kontrak tertakluk kepada jaminan yang dibuat KKM sebelum ini tentang data kesihatan peribadi, dasar kerahsiaan MySejahtera dan undang-undang negara yang mengawalselia kerahsiaan data individu? 


Apakah peranan dan tanggungjawab MySJ Sdn. Bhd. dalam memastikan data yang dikongsi rakyat Malaysia melalui MySejahtera atas dasar mandat awam tidak akan digunakan sama sekali untuk tujuan pemasaran, pembangunan produk, pemantauan, mahupun untuk tujuan yang berunsur diskriminasi? 


ANWAR IBRAHIM

Friday, March 25, 2022

 25 Mac 2022 | Lee Chean Chung


Maklumbalas Ahli Parlimen Pekan Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada kenyataan saya sebenarnya membuktikan niat beliau sebenarnya untuk menjadi #herokorporat besar. Ulasan nampak kemas, entah mengapa beliau tidak ingat siapa yang membayar loket berlian 22 karat kepada isteri sendiri.


Soalannya mudah saja, apakah sebenarnya kaitan sebuah syarikat swasta yang bernama Sapura Energy Berhad (Sapura) dengan jutaan rakyat jelata dan ratusan ribu PKS? Tiada. Tapi mengapa Najib menyibuk dengan #IdeaSongsang itu? Kemudian apabila sangkut dengan dakwaan kami, beliau cuba mengheret vendor dan pekerja-pekerja Sapura untuk menghalalkan pelobian beliau membantu korporat besar. 


Memang menjadi tanggungjawab kita semua untuk membantu pekerja dan PKS. Tapi Najib kata membantu Sapura BERSAMAAN DENGAN bantu PKS. Ini satu lagi idea songsang. Mengikut statistik SMECorp, Malaysia ada sejumlah 1,226,494 PKS. Berapa PKS yang boleh dibantu dengan menyelamatkan Sapura? Yang bangun waktu senja menjual nasi lemak, char koay teow dan thosai itu turut dibantu? Kalau logik ini terpakai, membantu Velesto Energy, Duopharma Biotech, MNRB Holdings dan ribuan korporat besar lain juga BERSAMAAN DENGAN bantu PKS. Maka semua kena bantu. Hebat.


Let’s be clear. Banyak korporat diuruskan dengan cemerlang, tapi Sapura berdarah atas cara pengurusannya. Kalau harga minyak mencecah USD100 setong pun tidak untung, maka jelas masalahya lebih mendalam daripada apa yang Najib cuba gambarkan. Adakah kerajaan perlu menjadi hero setiap kali dengan menggunakan duit rakyat apabila sesebuah syarikat rugi walaupun ianya berpunca daripada kesilapan keputusan korporat yang bekas tokohnya menggunakan jet swasta dan dibayar baji RM192,000 sehari atau RM72 juta setahun?


Lagipun, harga minyak sebagai komoditi akan sentiasa berubah-ubah dan tidak menentu. Syarikat yang diuruskan dengan baik akan menyediakan payung sebelum hujan. Nelayan di Kampung Beserah pun tahu menabung duit simpanan sebelum monson. Tapi Najib buat tak faham dan cuba jadi hero korporat.


Oklah. Memandangkan Najib rakan baik tokoh korporat besar, kita cabar dia bantu rakyat mengesahkan adakah Sapura pernah dan masih membayar royalti berpuluh juta ringgit setahun kepada “pihak tertentu” sekadar atas kegunaan nama “Sapura” (Lampiran The Edge 27/12/21)? Soalan ini penting kerana ianya membantu kita faham adakah syarikat ini wajar dibantu, dan apakah itu Najibnomics. 


Boleh? Saya tunggu admin beliau jawab. 


#HeroKorporat #IdeaSongsang

 BERITA

Rafizi: Tak adil tuduh saya tarik diri, saya ada 14 kes dan penjara 5 tahun

Diterbitkan:  Mar 25, 2022 12:06 PM

Dikemaskini: 12:12 PM

ADS


WAWANCARA l Rafizi Ramli berdepan pelbagai kritikan susulan keputusannya untuk meninggalkan arena politik pada penghujung 2018, sejurus selepas tewas tipis kepada Azmin Ali dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR.


Pengkritik berkata bekas ahli parlimen Pandan itu, yang sebelum ini dilihat sebagai antara penasihat rapat presiden PKR Anwar Ibrahim, mempunyai kecenderungan untuk menarik diri apabila keadaan tidak menjadi seperti yang diharapkannya.


Tetapi Rafizi berkata itu adalah penilaian yang tidak adil terhadap keputusannya untuk bercuti daripada dunia politik ketika itu.


“Itu benar-benar tidak adil kerana saya mempunyai 14 kes. Saya sudah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. Saya tidak menarik diri,” hujahnya.


Bercakap kepada Malaysiakini dalam temu bual di pejabatnya di Sungai Besi, Kuala Lupur, baru-baru ini, Rafizi menjelaskan keputusannya untuk bercuti adalah kerana merasakan dirinya tidak mendapat tempat dalam Pakatan Harapan (PH) yang begitu menyanjung dan menghormati bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, ketika itu.


Tidak sehaluan


Katanya, selepas pilihan raya umum lalu, dia tidak sehaluan dengan kepimpinan PH yang berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk menerima Mahathir. Ini, katanya di sebalik segala sumbangannya pada pilihan raya umum lalu.


Malah, katanya, pandangan berbezanya ketika itu dilihat sebagai faktor yang akan menyebaban ketidakstabilan PH.


“Saya faham proses pemikiran kepimpinan (PH) pada masa itu... jadi apa pilihan yang kamu rasa saya ada?


“Perkara terbaik ialah menerimanya, mudah-mudahan mereka dapat melaksanakan mandat dan amanah yang diberikan kepada mereka. Nah, saya telah memainkan peranan saya, saya fahami kedudukan saya dan saya bergerak ke hadapan,” katanya.


Menurut Rafizi, dia sebenarnya tidak berniat untuk kembali berpolitik sehingga menyaksikan prestasi buruk PH pada pilihan raya umum Johor.


Pada pilihan raya mengejut itu, PH terjerumus kepada keputusan seperti apa yang dicapainya pada zaman pra-2004 apabila ia hanya berjaya memperoleh kira-kira 10 peratus undi daripada “pengundi atas pagar” - iaitu bukan penyokong tetap mana-mana parti.


Lebih teruk, Rafizi berkata, kini terdapat satu lagi gabungan - Perikatan Nasional (PN) - yang berjaya meraih 25 hingga 30 peratus sokongan pengundi.


Tidak tahan lama


Ini mungkin menyaksikan PKR dan PH terjerumus dan menduduki tangga ketiga dalam sistem pakatan pelbagai parti, katanya.


"Mana-mana saja di dunia, parti ketiga tak akan tahan lama,” kata Rafizi.


Dia berkata, jika PH menjadi kuasa ketiga, semua hasil usaha pembangkang sepanjang dua hingga tiga dekad lalu akan kembali kepada asal.


“Kerana apa yang kita berdepan sekarang adalah senario, jika dua gabungan terbesar di Parlimen adalah parti-parti berpaksikan Melayu dan tanpa perbezaan idea dalam pendekatan mereka terhadap dasar ekonomi, maka pengundi hanya akan bangun sedar lima, enam tahun lagi dan sedar. bahawa kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan,” tambahnya.


Rafizi sebelum ini telah mengumumkan dirinya kembali dalam arena politi dan berkata dia akan menawarkan dirinya sebagai calon timbalan presiden PKR dalam pemilihan kepimpinan nasional parti itu yang akan datang.


Intai kerusi Parlimen


Bekas ahli parlimen itu memberitahu Malaysiakini bahawa dia juga ingin bertanding semula di kerusi Parlimen, jika diberi peluang oleh PKR.


“Adalah jelas bahawa jika kita ingin menarik sokongan pengundi atas pagar sekali lagi, saya perlu bertanding di kerusi Parlimen sekali lagi.


“Sama ada saya menang (jawatan) timbalan presiden (PKR) atau tidak, itu soal kedua. Terus terang saya kata, fokus menang kerusi adalah lebih utama,” kata Rafizi.


Rakyat mengharapkan ahli parlimen tertentu, supaya lebih aktif, terutamanya berkaitan aktiviti mereka di Parlimen, tambahnya.


"Jadi jika cara saya di Parlimen diperlukan, itu adalah sesuatu yang boleh kita fokuskan juga, bukan sekadar jadi timbalan presiden parti."


Bagaimanapun, bercakap mengenai kerusi yang ingin ditandinginya, dia berkata keputusan itu akan diserahkan kepada parti.


Rafizi tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Tiga bulan sebelum PRU14, dia dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah membocorkan butiran perbankan sulit milik National Feedlot Corporation (NFC) pada Mac 2012.


Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang itu hilang kelayakan menjadi ahli parlimen jika telah dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000.


[Baca berita penuh]

Tuesday, March 15, 2022

 MASA DEPAN PARTI KEADILAN?


Adalah benar, Parti Keadilan kalah teruk dalam tiga pilihanraya negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor.


Apakah ini bermakna Parti Keadilan sudah tidak ada masa hadapan?


Jawapannya tidak.Parti Keadilan bukannya seperti Parti Semangat 46, selepas tewas dua kali pilihanraya umum (1990 dan 1995), terus tutup kedai dan rujuk semula ke dalam Umno.


Parti Keadilan yang nama penuhnya Parti Keadilan Rakyat adalah parti reformasi dan parti perjuangan. Jika disusur galur sejarahnya, Parti Keadilan bukan hanya bermula dari letusan reformasi tahun 1998. Parti Keadilan Rakyat yang merupakan percantuman dua buah parti politik (Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003 mempunyai sejarah panjang. 

PKN mewarisi gerakan reformasi 1998 manakala PRM mewarisi perjuangan sejak Kesatuan Melayu Muda,KMM (1930an), Parti Kebangsaan Melayu Malaya,PKMM (1946) dalam menentang penjajahan Inggeris untuk kemerdekaan tanahair.


Parti reformasi dan parti yang mewarisi perjuangan kebangsaan untuk kemerdekaan yang ada pada batang tubuh Parti Keadilan ini, tidak akan lumpuh dan mati hanya kerana kalah beberapa pilihanraya.


Ada hikmah kepada Parti Keadilan sebenarnya setelah melalui beberapa kekalahan dalam pilihanraya peringkat negeri. Parti Keadilan akan dapat segera mempelajari, menilai, menganalisis keadaan untuk bangkit kembali menjelang Pilihanraya Umum ke-15 dengan strategi yang ampuh dalam menangani keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa yang banyak berubah sekarang ini.


Parti Keadilan masih merupakan  antara blok politik terbesar di parlimen dengan memiliki jumlah ahli parlimen yang ramai. Presidennya Anwar Ibrahim masih menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Anwar Ibrahim juga masih mengetuai Pakatan Harapan (PH) iaitu blok pembangkang terbesar di Dewan Rakyat.


Parti Keadilan sebuah parti demokrasi yang mengamalkan sistem terbuka dan bebas satu anggota satu undi untuk memilih pucuk pimpinan termasuk presiden akan menjalankan pemilihan parti pada bulan April depan dan diikuti dengan Kongres Nasional pada bulan Mei berikutnya.


Proses peremajaan Parti Keadilan sentiasa berlaku. Tiada sesiapa akan dihalang untuk mencabar Anwar Ibrahim sebagai Presiden. Sesiapa yang bersedia dan berani, semua lorong dan jalan dibuka untuk jawatan Presiden Keadilan dicabar.


Oleh kerana Parti Keadilan parti reformasi dan parti perjuangan, maka tidak ada sesiapa akan dianugerahkan jawatan kepimpinan di atas dulang perak. Juara tinju Muhammad Ali tidak menjadi seorang juara jika dia tidak mencabar Sony  Liston, juara menanti. Begitu juga John F Kennedy tidak akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang penuh karismatik jika dia tidak menumbangkan pencabarnya Richard Nixon dari Parti Republikan.


Begitu juga halnya dengan Anwar Ibrahim. Dia tidak diberi kepimpinan di atas dulang perak. Dia berjuang untuk dinobatkan sebagai seorang pemimpin sejak zaman muda. Anwar bersaing sesama rakan pimpinan seangkatannya untuk akhirnya beliau muncul sebagai Presiden Belia Malaysia (MBM) sebuah gabungan pergerakan belia pelbagai kaum dan agama yang menjadi badan induk belia Malaysia pada tahun 1974.


Orang di luar Parti Keadilan boleh bersuara supaya Anwar Ibrahim berundur setelah Keadilan dan PH kalah dalam PRN Melaka, Sarawak dan Johor.


Tetapi hanya anggota Parti Keadilan sahaja yang mempunyai hak dan keistimewaan jika mereka mahu menjatuhkan Anwar Ibrahim. Jadi cabaran terletak kepada anggota Keadilan sendiri untuk menentukan masa hadapan Parti Keadilan. 


Jika ada di kalangan anggota Parti Keadilan merasakan Anwar Ibrahim sudah tidak lagi relevan, maka pemilihan parti pada bulan April depan adalah masanya. Semua orang dalam Parti Keadilan berhak untuk mencabar Anwar Ibrahim sebagai calon Presiden. Tetapi masing-masing perlu bercermin diri.Misalnya dalam PRN Johor yang baru berlalu ini, siapakah yang paling kuat berkempen untuk memenangi calon-calon Keadilan jika bukan Anwar Ibrahim?


Begitu juga sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Tidak ada sesiapa yang akan menghalang untuk orang lain menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang. Jawatan-jawatan itu bukan dipegang selama ini oleh Anwar atas alasan tidak bersebab. Ada meritnya yang ada pada diri Anwar. Jika sudah sampai ketikanya kini, Anwar Ibrahim sudah tidak lagi relevan dan PRU-15 akan datang perlukan seorang jenderal baru untuk memimpin PH dan blok pembangkang, tidak ada siapa yang akan menghalang. Silalah pilih jenderal baru kalau ada.


Anwar Ibrahim tidak akan melepaskan tanggungjawabnya pada rakyat dan negara secara mudah, santai-santai begitu sahaja. Beliau seorang pejuang yang tahu tugas sejarahnya. Bukan sia-sia beliau bertahan berbelas tahun di dalam penjara. Itu harga yang perlu dibayar demi idealisme perjuangannya. 


Anwar Ibrahim tidak mendapat percuma mendaki saf kepimpinan dulu di zaman dia berada di dalam Umno. Untuk menjadi Ketua Pemuda Umno, Anwar bertarung mengalahkan Haji Shuhaimi Kamarudin. Dari jawatan itu beliau menjadi Naib Presiden Umno juga melalui persaingan yang sengit. Dia menang. Jawatan Timbalan Presiden Umno kepadanya tidak datang menggolek. Anwar perlu mencabar Tun Ghafar  Baba dan menewaskannya di gelanggang politik. Begitulah seterusnya Anwar Ibrahim tidak ke penjara jika dia tunduk dan akur menyerah kalah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Umno dan Perdana Menteri yang menzaliminya.


Jadi adalah satu kesilapan jika ada sesiapa yang menganggap Anwar Ibrahim sudah tidak lagi relevan dan Parti Keadilan sudah tidak ada masa hadapan.


Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

14 Mac 2022 (Isnin)

 15 Mac 2022


PEMILIHAN KEADILAN 2022


Keputusan Pilihanraya Negeri Johor (PRN Johor) baru-baru ini mengesahkan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka dan tawaduk oleh semua rakyat Malaysia yang mendukung idealisme politik progresif yang dibawa KEADILAN dan Pakatan Harapan.


Ini adalah kekalahan keempat berturut-turut dalam beberapa siri pilihanraya negeri. Setiap kali KEADILAN dan Pakatan Harapan mengalami kekalahan, selain dari menyalahkan sesama sendiri, sehingga kini belum nampak strategi yang berlainan untuk menambat kembali hati rakyat. 


Satu-satunya strategi yang diulang-ulang ialah pendekatan “khemah besar” untuk menyatukan semua parti yang bersaing dengan UMNO/Barisan Nasional. Terbaru, saya dimaklumkan Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Perikatan Nasional mengenai kemungkinan bekerjasama dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).


Walaupun tidak ada tanda-tanda pun pendekatan “khemah besar” ini mendatangkan sebarang hasil setakat ini, ia kekal menjadi satu-satunya jalan yang difikirkan pimpinan Pakatan Harapan seolah-olah keseluruhan pimpinan Pakatan Harapan sudah mati akal untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat.


KEADILAN dan Pakatan Harapan menang dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kerana isu-isu yang dibawa ketika itu dekat dengan rakyat. Rakyat memahami kesan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika itu kepada kehidupan seharian dan masa depan mereka. Rakyat juga tertarik dengan beberapa penyelesaian yang dibawa untuk merungkai masalah ekonomi yang dihadapi.


Rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas PRU14 meyakinkan sebahagian rakyat (terutamanya pengundi atas pagar) bahawa pertelingkahan politik di peringkat pimpinan negara hanyalah berkisar kepada agihan kuasa sesama mereka. Baik dari gabungan politik mana pun yang berkuasa, akhirnya kehidupan mereka tidak akan berubah. Yang berubah hanyalah siapa yang menjadi menteri dan mendapat keistimewaan yang datang dengan kedudukan.


Sebab itu UMNO/Barisan Nasional boleh menang bergaya sedangkan sokongan rakyat di peti undi tidak banyak berubah sejak 2018. Dalam keadaan sebahagian besar pengundi atas pagar merasakan KEADILAN dan Pakatan Harapan sudah tidak ada beza dengan UMNO/Barisan Nasional atau Perikatan Nasional, sebahagian besar dari mereka mengalami kelesuan politik. Mereka mual dengan isu politik kerana tiada perbezaan ketara dari gabungan-gabungan politik.


Kelesuan politik ini juga berpunca dari pelbagai taktik yang dibawa gagasan-gagasan politik untuk mendapat kuasa selepas PRU14. 


Di peringkat Persekutuan, UMNO dan BERSATU boleh berkongsi kuasa tetapi memaki hamun sesama sendiri di luar. PAS boleh mendakap UMNO demi kuasa (walaupun bermusuh sekian lama), kemudian memaki hamun kembali juga disebabkan kuasa. KEADILAN boleh dimainkan hidup-hidup oleh helah UMNO konon untuk menyokong calon KEADILAN menjadi Perdana Menteri, seolah-olah KEADILAN tidak kenal siapa UMNO. DAP menyatakan pengkhianatan BERSATU meruntuhkan mandat rakyat, tetapi DAP juga yang menjadi broker persefahaman MOU untuk mengekalkan Perdana Menteri dari BERSATU (seterusnya bersambung dengan Perdana Menteri dari UMNO).


Terkini, pandangan terbaru ialah supaya Pakatan Harapan mencari jalan bekerjasama pula dengan Perikatan Nasional. 


Di mata ahli-ahli politik ini adalah strategi demi meningkatkan peluang memenangi pilihanraya. Di mata rakyat biasa, politik Malaysia sudah menjadi drama Keluarga 69 seperti yang dinukilkan Allahyarham P Ramlee dahulu. 


Saya memang kurang minat dengan politik sejak dari kecil. Saya tidak bercita-cita menerima jawatan awam kerana ia satu tanggungjawab. Jika kita tidak yakin boleh memikul sesuatu amanah, lebih baik kita beri laluan kepada orang lain.


Sejak 2019, saya telah menyuarakan pandangan yang tidak bersetuju dengan kegilaan membentuk gabungan (dengan sesiapa sahaja tanpa mengira sentimen rakyat) demi untuk mendapat kuasa. Suara saya menjadi suara minoriti di kalangan pimpinan KEADILAN, apatah lagi di kalangan Pakatan Harapan. 


Saya mengambil tanggungjawab bahawa saya tidak boleh berada di dalam kepimpinan yang strategi dan keputusannya saya tidak bersetuju. Jika saya kekal, maka saya perlu menyokong keputusan itu. Jika saya tidak menyokong, saya tidak boleh kekal menjadi sebahagian dari pimpinan. Ini adalah asas utama prinsip pertanggungjawaban (“accountability”).


Sebab itu, saya sangat gembira untuk kembali ke kehidupan sebagai rakyat biasa dan memberi ruang sepenuhnya kepada pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan memikat kembali hati rakyat untuk memegang tampuk pentadbiran negara. Jika mereka yakin taktik membawa mana-mana Ahli Parlimen yang sanggup menukar kesetiaan (demi mencukupkan angka sokongan) boleh mengembalikan pentadbiran Pakatan Harapan dan seterusnya meningkatkan peluang memenangi PRU15, saya tumpang gembira (walaupun saya tidak mahu terlibat).


Malangnya, dari satu khemah ke khemah lain, ketaasuban kepada strategi gabungan politik ini makin menjauhkan KEADILAN dan Pakatan Harapan dari rakyat. Apabila hari ini kita mengkritik dan kemudian esoknya kita berpacaran dengan orang yang kita kritik, lama-lama rakyat merasakan ini semua hanyalah drama Keluarga 69. Lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak tumpuan diberikan kepada membentuk gabungan, usaha mengangkat derita rakyat dan menawarkan penyelesaian menjadi semakin sepi.


Saya terus mendapat desakan dari pendukung KEADILAN dan Pakatan Harapan dari kalangan rakyat biasa untuk kembali ke gelanggang politik. Saya mengambil masa yang panjang kerana saya tidak yakin saya boleh membantu keadaan dalam keadaan pandangan saya adalah pandangan minoriti di kalangan pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan.


Saya berpendapat kegilaan mencatur sokongan di peringkat atas sehingga KEADILAN dan Pakatan Harapan nampak terpisah dan kaku dari suara rakyat akan dihukum oleh rakyat. Jika KEADILAN dan Pakatan Harapan ingin menambat kembali hati rakyat, kembalilah berjuang habis-habisan untuk memudahkan kehidupan harian rakyat. Bukan sahaja menuding jari, bawalah penyelesaian-penyelesaian yang masuk akal untuk meyakinkan rakyat bahawa kehidupan mereka boleh menjadi lebih baik jika mereka memilih KEADILAN dan Pakatan Harapan.


Usaha menambat hati rakyat seperti ini lebih memenatkan berbanding berbincang di meja rundingan atau di restoran mahal mengenai gabungan politik. Sebab itu saya faham kenapa lebih mudah untuk memilih jalan bergabung politik dari menambat hati rakyat.


Selepas keputusan PRN Johor, saya menyedari bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah ditolak rakyat hingga jatuh menjadi gabungan ketiga selepas UMNO/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. 


Saya menganggotai KEADILAN sejak 1999 kerana saya yakin masa depan Malaysia adalah satu masa depan yang progresif, berbilang bangsa dengan citra idea yang pelbagai. Sumbangan saya dalam menubuhkan Pakatan Harapan dalam tahun 2015 bukanlah semata-mata demi kemenangan dalam pilihanraya, saya bertekad memastikan politik progresif pelbagai bangsa di negara ini dapat dipertahankan ketika itu.


Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaru, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika KEADILAN dan Pakatan Harapan terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.


Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan akan datang. 


RAFIZI RAMLI

Mantan Ahli Parlimen Pandan

Sunday, March 13, 2022

 Kita buka kedai--jual nasi lemak, tetapi nasi lemak kita tidak laku. Kita tidak boleh marahkan pembeli.


Kita buka kedai--jual nasi lemak. kedai sebelah jual nasi lemak juga. tiba-tiba kedai kita tidak laku. Kita pun tuduh, orang sebelah pakai bomoh. Nasi lemaknya celup seluar dalam dll.


Saya berpendapat, ini cara berfikir yang salah. Bahkan, ia tidak memajukan diri sendiri pun.


Kalau kedai kita tidak laku, kita kena analisa diri kita sendiri. Apa silapnya kita? nasi lemak kita tidak sedap? cara layanan kita tidak bagus? 


Kalau kedai sebelah kita lebih maju, mungkin nasi lemak dia sedap, cara dia menampilkan jualan mereka baik, layanan mereka bagus dll. 


Kita tak boleh marah kat peniaga sebelah kita, sebab memang dia berusaha untuk memastikan jualannya baik berbanding kita.


maka sama juga bila kalah PRN Johor. Masalah SEBILANGAN orang-orang parti saya, PKR; dia tetap nak kata pendekatan PKR terbaik. Dicarikan seribu satu kejahatan musuh sahaja, tanpa mahu mencari kelemahan pendekatan parti sendiri.


Musuh memang nak menang. Dia akan gunakan apa jua sekalipun untuk nak menang. Buat apa kita nak marah sebab usaha musuh itu.


Malam tadi, dalam clubhouse saya bagi solusi nak selesaikan masalah kalah dalam Pilihanaya adalah tukar ketua Penerangan. Dia seorang ketua Penerangan yang tidak berfungsi. Dia bukan sekadar tidak ada idea penerangan, bahkan dia tidak mampu bekerja pun. 


Saya tahu, apa yang saya cadangkan ini boleh membawa kepada kemarahan orang-orang tertentu dalam parti saya. tp, saya berpendapat, seseorang doktor yang baik, kalau seseorang itu dah kena potong kaki kerana kencing manis, doktor kena cakap jujur bahawa kaki itu kena potong. kalau tidak, nanti pesakit itu hadapi masalah lebih merbahaya, bahkan boleh membawa mati.


Saya buat kesimpulan mudah begini, usah nak bercakap Anwar Ibrahim calon PM, selagi ketua penerangan adalah Shamsul Iskandar. 


Kalau dah tukar, itu tidak bermakna sudah ok semuanya. Ada faktor lain juga. tp, faktor media antara yang terpenting untuk kita fikirkan untuk nak cakap Anwar Ibrahim calon PM.

 

pastu, soal musuh jahat itu macam mana pula? itu faktor ke 10, bukan faktor 1.

maaf, saya dah lama tak bercakap pasal parti politik. 


Hari ini, sempena kekalahan PH dalam PRN Johor, saya nak tulis serba sedikit apa yang saya fikir berkenaan parti saya; PKR


Saya tau, FB saya diikuti oleh ramai pemimpin PKR. Bahkan, ada apa yang saya tulis ini di hantar kepada pihak atasan parti. 

 

Saya tidak berharap, apa yang saya coretkan ini dipersetujui oleh parti saya dan sesiapa pun pembacanya. Cuma saya nyatakan ini, saya harap boleh angkat satu wacana terutama di musim Pemilihan PKR. 

Antara perkara yang saya fikir tentang parti saya sekarang adalah, kita tidak mahu fikir untuk nak bagi ada nilai tambah pada parti ini. Hanya nak kekalkan individu-individu tertentu dalam parti, walaupun dia tidak ada kemampuan dan tidak berfungsi untuk nak bagi nilai tambah pada PKR, bahkan pada individu Anwar Ibrahim.


Sebelum ini, saya beberapa kali sebut nama Shamsul Iskandar yang saya anggap dan percaya bahawa dia perlu digugurkan dari jawatan ketua penerangan. pada saya, dia tidak berfungsi, jauh sekalui mempunyai idea-idea bernas untuk nak majukan media parti keadilan.


baru-baru ini, ada ura-ura kata Rafizi Ramli dikatakan mahu aktif secara langsung dalam PKR untuk jawatan Timbalan Presiden. 


Ada pihak yang tidak setuju. Alasannya, Rafizi mengambil masa yang lama yang mereka istilahkan sebagai "merajuk"; makanya mereka cadangkan Rafizi masuk bukan untuk jawatan nombor 2.


Sebelum Rafizi umumkan bersara politik tempoh hari, saya ada berhubung dengan rafizi--kami ada berbual agak lama juga. Saya tanya dan rafizi jawab. Saya rasa, saya faham kenapa rafizi ambil sikap begitu pada tempoh hari. 


setahu saya berdasarkan maklumat yang saya dapat, rafizi bukan tidak aktif; dia aktif hanya dibalik tabir sahaja. Dia ada buat kerja sesuatu yang luar dari pengetahuan kita. yang tahu hanya segelintir sahaja.


Mungkin bila PRU nanti, kita akan tau apa yang rafizi sedang buat pada hari ini.


Atas alasan itu, saya antara yang bersetuju Rafizi untuk jawatan Timbalan presiden. Saya tidak nafikan, kelebihan calon yang lain. tetapi, saya antara yang dapat terima jika Rafizi mahu ke jawatan tersebut.


hujah saya begini. 


rafizi ini, saya istilahkan "mulut longkang". Dia suka cakap lepas. Dia tidak kira siapa. Baik kau tun ke, kau anwar ke, kau siapa pun, dia cakap lepas je. 


cuma kita kena tau sahu perkara, rafizi cakap lepas itu, bukan kosong. Dia cakap lepas itu, berasaskan kepada kesimpulan yang dia buat berdasarkan dapatan dan kajian yang dia buat. Samaada kesimpulan dia itu betul atau salah, kita setuju atau tidak, itu kita tolak tepi dulu. itu perlu bahas secara partikular. 


Pada saya, orang macam rafizi dapat mengimbang keputusan Anwar Ibrahim yang mempunyai karaktor sukar untuk menolak individu tertentu yang tidak berfungsi dengan baik yang berada di kelilingnya. Contoh saya mudah, Shamsul Iskandar. 


Sebab itu, saya meletakkan satu hipotesis (saya tidak namakan tesis lagi, kerana saya percaya ia perlu kepada fakta dan maklumat tambahan lagi), kalau Rafizi duduk dalam jawatan Timbalan Presiden, baru PKR relevan balik nak bercakap anwar Ibrahim sebagai calon PM. untuk masa Sekarang, saya berpenedapat bahawa ungkapan itu tidak relevan.

 PRN JOHOR : AKHIRNYA IANYA MENEPATI RAMALAN AKU..


1- Aku tak pasti keputusan akhirnya PRN Johor, Tapi apa yang terlintas waktu aku tonton Awani tadi, Ia seakan menepati ramalan dalam tulisan aku siang tadi dan juga semalam.. 


2- Kelihatan PH bakal kalah teruk biarpun kemungkinan DAP mempertahankan 10 dari 14 Kerusi yang dimenangi pada PRU 14.. Muda menang 1 Kerusi atas Ihsan Amanah..PKR mungkin hanya bernasib baik di Batu cuma berkelebihan 132 undi, itupun PKR bernasib baik calon BN dari MIC/India.. Drmazlee pla tewas di Layang Layang..Manakala Amanah masih belum nampak bayang..


3- Ramai yang marah marah kononnya Rakyat Johor memilih Rasuah..UMNO Menang besar.. hakikatnya dari keputusan yang aku lihat sebenarnya tidak banyak bezanya dengan PRU 14.. UMNO kini lemah, Cuma undi Pembangkang Berpecah.. 


4- Apa undi yang diterima PH, dan Undi diterima PN sebenarnya itulah campuran undi yang diterima ketika PRU 14.. Andai kedua undi itu dicampurkan, UMNO mungkin akan kalah teruk.. Itu sebab aku sependapat dengan Mazlan Aliman kita perlu memberi laluan dan Kerjasama dengan PN bagi menghalang kemenangan UMNO atas sebab Strategi.. 


5- Jelas Segmen Undi protes dari UMNO, Undi Melayu pergi kepada PN.. ada Faktor Mahaiddin yang tak boleh dinafikan di Pantai Barat, PN juga terima undi yang setara dengan PH.. Setakat ini difahamkan depa dah menang 3 Kerusi, Nasib PN juga seperti PH.. sebenarnya mereka perlukan sokongan dari PH seperti PRU 14 untuk mengalahkan UMNO. begitu juga PH..


6- Malangnya ada budak parti berlagak pandai sampai boleh mempengaruhi presiden parti dia untuk percaya cerita dongeng Logo Parti mereka..logo Keramat.. kononnya Pada PRU 14 rakyat memilih PH sebab logo mereka.... Itu lah nasihat budak budak yang lahir di bandar..Di Lembah Pantai dan Petaling Jaya yang tak faham reality Politik di Malaysia..


7- Petang tadi ada sahabat PKR komen nasib yang bakal diterima parti Abah dan Pejuang.. Aku jawab jelas semalam, Perlunya kerjasama dengan parti Teras Melayu..aku sebut dengan jelas, Segmen Melayu akan tertumpu kepada PN.. Pejuang semalam aku dah sebut akan kalah besar kalau bersendirian, Aku sebut dengan jelas Pejuang akan senasib PAS dalam PRU 14 di pantai Barat.. dan itu yg berlaku..


8- Sebenarnya Logo PH takda masalah apapun, Kita sendiri tak yakin.. Disebabkan ada kebodohan dari kalangan Pemimpin Muda yang jadi Penasihat sang pemimpin.. Ketakutan..Kebencian kepada Logo PH itu sebenarnya diburukkan bukan dari UMNO ,Hatta dari budak budak PH sendiri.. 


9- Susah kalau jenis tak reti baca dan analisis Data...  bila tersilap, cipta alasan..Last last dok baca, Nak panggil balik Rafizi.. Rafizi kalau bertanding Johor kawasan Melayu pun kalah, Jangan kata Dr Maszlee.. kalau tak, Pattutnya Rafizi bertanding kat Terengganu kampung dia.. sebab apa bertanding Pandan ? Sebab itulah Reality Politik Pantai BArat dan PAntai Timur..


10- Aku tetap berpandangan PH perlu lakukan kerjasama parti teras Melayu..Teruskan hasrat bina Khemah besar biarpun aku tak suka guna term "Khemah Besar".. jangan jadi penakut untuk berkata benar..! bagi aku kejayaan awal dah dirintis dengan Muda cukup baik..maka perkuatkan kerjasama..Tunjukkan Keikhlasan dalam kerjasama..Jangan pentingkan diri sendiri seperti PAS dulu...


11- Semoga ia pelajaran Berguna bagi PH.. :)

Wednesday, March 9, 2022

 MENJAWAB SALAM KETIKA SEDANG SOLAT


Di awal Islam, antara perkara yang tidak dilarang adalah bercakap semasa sedang solat. Sehinggakan, berlaku keadaan di mana nabi dan para sahabat memberi salam dan menjawab semasa mereka sedang solat.


Namun, hukum tidak dilarang itu mansukh. Makanya, tidak dibenarkan lagi menjawab salam ketika sedang solat.


Dalam hadis—daripada Abdullah bin Mas’ud berkata:


 كُنْتُ أُسَلِّمُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي الصَّلاَةِ فَيَرُدُّ عَلَيَّ ، فَلَمَّا رَجَعْنَا سَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيَّ وَقَالَ: إِنَّ فِي الصَّلاَةِ لَشُغْلًا

Áku selalu memberi salam kepada Nabi saw ketika nabi sedang solat, lalu baginda menjawab salam. Ketika aku telah pulang (dari musafir), aku memberi salam kepada Nabi, baginda tidak menjawab salam aku itu. Baginda berkata: Sesungguhnya dalam solat itu ada kesebukan (focus untuk solat). (al-Bukhari, hadis no: 1216)


Begitujuga, larangan bercakap semasa solat termasuk menjawab salam adalah turun firman Allah berikut;


حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى (238) – البقرة

“janganlah kamu atas solat-solat dan solat pertengahan”

 

HUKUM MEMBERI SALAM KEPADA ORANG SOLAT


Berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan ulama berkenaan memberi salam kepada orang yang sedang menunaikan solat.


PENDAPAT PERTAMA: MAKRUH


Ini adalah pendapat JABIR BIN ABDILLAH.


Hujah yang menganggap makruh adalah seperti berikut;


Pertama, hadis—daripada Jabir bin Abdillah berkata:


لَوْ دَخَلْتُ عَلَى قَوْمٍ ، وَهُمْ يُصَلُّونَ مَا سَلَّمْتُ عَلَيْهِمْ

 “Kalau aku masuk kepada sesuatu kaum ketika mereka sedang solat, aku tidak akan memberi salam kepada mereka” (al-Mu’jam Ibn al-Munzir).


Kedua, apabila orang yang sedang solat dilarang menjawab salam, sudah pasti memberi salam kepada mereka juga adalah dilarang.


PENDAPAT KEDUA: HARUS


Ini adalah pendapat Ibn Umar, Imam Malik, Ahmad bin Hanbal dan sebagainya.  


Dalil mereka adalah seperti berikut;


Pertama, hadis—daripada Jabir berkata:


إِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَنِي لِحَاجَةٍ ، ثُمَّ أَدْرَكْتُهُ وَهُوَ يَسِيرُ يُصَلِّي - فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ ، فَأَشَارَ إِلَيَّ

“Nabi saw hantar aku untuk tunaikan sesuatu urusan. Kemudian, aku dapati baginda sedang menunaikan solat. Aku memberi salam kepada baginda. baginda pun memberi isyarat kepadaku” (Muslim, hadis no: 540)


Kedua, hadis—daripada Sohaib al-Rumi berkata:


مَرَرْتُ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُصَلِّي، فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ، فَرَدَّ إِشَارَةً . قَالَ: وَلَا أَعْلَمُهُ إِلَّا قَالَ إِشَارَةً بِأُصْبُعِهِ"

“Aku melintasi Nabi saw yang ketika itu sedang solat. Aku memberi salam kepada baginda. baginda membalas dengan isyarat. Berkata lagi: Aku tidak tahu kecuali dia berkata: baginda memberi isyarat itu dengan jari-jarinya” (Abu Daud, hadis no: 925)


Ketiga, hadis—daripada Abdullah bin Umar berkata:


خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى قُبَاءَ يُصَلِّي فِيهِ ، فَجَاءَتْهُ الْأَنْصَارُ ، فَسَلَّمُوا عَلَيْهِ وَهُوَ يُصَلِّي ، قَالَ: فَقُلْتُ لِبِلَالٍ: كَيْفَ رَأَيْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرُدُّ عَلَيْهِمْ، حِينَ كَانُوا يُسَلِّمُونَ عَلَيْهِ وَهُوَ يُصَلِّي؟ ، قَالَ: يَقُولُ هَكَذَا ، وَبَسَطَ كَفَّهُ

“Rasulullah saw keluar ke Quba’-baginda tunaikan solat di situ. Orang-orang ansar pun datang, lalu memberi salam kepada baginda ketika baginda sedang solat. Aku (Ibn Umar) berkata kepada Bilal: bagaimana keadaan mereka memberi salam dalam keadaan baginda saw sedang solat itu? Jawab bilal: “Baginda jawab begini”, sambil bilal membuka tapak tangannya” (Abu Daud, hadis no: 927)


ISTIDLAL:  dari ketika hadis ini memperlihatkan bahawa Nabi saw tidak melarang sahabat memberi salam kepada baginda yang sedang solat, bahkan Nabi membalas salam itu dengan isyarat tangan.


Dari ini, al-Imam al-Nawawi berkata dalam Syarh Muslim:

 

تَحْرِيمُ رَدِّ السَّلَامِ فِيهَا بِاللَّفْظِ ، وَأَنَّهُ لَا تَضُرُّ الْإِشَارَةُ ، بَلْ يُسْتَحَبُّ رَدُّ السَّلَامِ بِالْإِشَارَةِ ، وَبِهَذِهِ الْجُمْلَةِ قَالَ الشَّافِعِيُّ وَالْأَكْثَرُونَ


“Haram menjawab salam dengan lafaz, tetapi tidak mudharat solat jika dibalas dengan isyarat—bahkan, digalakkan jawab dengan isyarat. Ini adalah pendapat Imam Syafie dan kebanyakkannya”

 📖 JEMPUTAN KE MAJLIS HOL AL-QUTUB AL-WAHID SAYYIDI IBRAHIM BIN QADHI SALIH AL-RASYID (RA) 🕌


📆 : 12/03/2022 M | 10 Syaaban 1443 H (Sabtu)


👳‍♀️ : Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza

[Syeikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah | Ahli Jilsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan]


⏰ : 7.45 PM | Selepas Solat Maghrib


🗺 : Surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban - [https://goo.gl/maps/HBtYGSiGMZsKBN7x6](https://goo.gl/maps/HBtYGSiGMZsKBN7x6?fbclid=IwAR3u27Zxu8hF7Xh4KJ8I-_CKxIs6jOAitOmpSClIclH4NHdB2LImaAe1cRQ)


💻 : Google Meet: [meet.google.com/ofj-bexd-ccm](https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fmeet.google.com%2Fofj-bexd-ccm%3Ffbclid%3DIwAR1TJkRjrj7vkLsqOii1c4OM1DJZQkjS_JlNiVvNatOCS_bAiWZrjISKhuw&h=AT3O2eWHdDPRm2OL7wnDovSxadCUqc_S_XNNFACZGERBPFP1gjrNX4-x6oX2Sr3bqikBdS5ceIKflmPzlA12u6ZF7gja5ProbpoRNTVbhrEmhTJLMQSHfxILxgc_RaW1&__tn__=q&c[0]=AT3AzF0RAfRy4PKdGufJN3D5o5HLhYp6qWz8Wwf_HcXUplKrJLHz3affWNCXXKGjU1JspOvcLdhMHeF7nWxwDhNJQNfMF85gxTHMHSFkFwQyHkVLZX9b1GZCZMgoDkcASTZBpwMrCD0C-Nz5Xvt9x_wSs6lhOegaZYo6NlV5O65LrkTp)


📢 Para Ikhwan, Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

🦠 Sila Patuhi SOP Covid-19 PPN Sewaktu di Majlis Hol


FB: [https://www.facebook.com/assaidiyyah](https://www.facebook.com/assaidiyyah/?__cft__[0]=AZUH5zZnWZE9wDBFXnMVfr2R6rdWPzBRfWLGrR5ZKWIAQh9a3h3mNWfAbBBlqG4CCZeJKqxh-IILaJa_qkKQ2x7n8g-8uRWd6xN6GE19l26dXDgMLUJpnxq2DzpOoSHYAQyhBMmA2twYZye84ClzCZJ8&__tn__=q) | Telegram: [t.me/MadrasahAsSaidiyyah](http://t.me/MadrasahAsSaidiyyah?fbclid=IwAR1TJkRjrj7vkLsqOii1c4OM1DJZQkjS_JlNiVvNatOCS_bAiWZrjISKhuw)


---

TUJUAN MENGADAKAN MAJLIS HOL PARA ASYADINAL KIRAM (RA)


Majlis Hol bukanlah bertujuan untuk bermegah-megah dan bukan juga untuk mewujudkan perasaan taksub kepada guru. Pengasas kedua Tarekat Ahmadiah, Sayyid Ibrahim bin Qadhi Soleh Al-Rasyid r.a berpendapat bahawa Majlis Hol atau Hawliyah adalah satu majlis untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperingati dan mendoakan kesejahteraan para masyaikh di alam barzakh. Selain itu, Majlis Hol ini adalah untuk para ikhwan mengambil iktibar dari perjalanan-perjalanan kerohanian para guru, manhaj, ilmu, amal dan akhlak mereka yang perlu kita contohi.


Sesuai dengan pengalaman Syeikh Ibnu 'Athaillah Al-Sakandari r.a. yang berujar kepada beberapa orang ikhwannya bahawa beliau mempunyai keinginan supaya Syeikh Mursyidnya sentiasa mengingati dan memperhatikan diri beliau. Syeikh Mursyidnya (Sidi Abu Al-Abbas Al-Mursi r.a.) telah menegur Syeikh Ibnu 'Athaillah didalam suatu pertemuan: "Jangan menuntut Syeikh untuk memperhatikan dirimu. Tetapi tuntutlah dirimu untuk memperhatikan Syeikh, kerana perhatian Syeikh kepadamu sesuai perhatianmu kepadanya".


Manakala menurut Syeikh Sayyid Ibnu Idris bin Sayyid Al-Hasan Al-Idrisi Al-Hasani r.a, Majlis Hol perlulah dilaksanakan dengan ringkas. Para ikhwan bersama-sama guru untuk memperbaiki amalan terutamanya dari segi sebutan dan susunan zikir, mencontohi akhlak guru dan berbincang dengan guru atas masalah-masalah yang ditempuhi.


Wallahua'lam

 Assalamu'alaikum WBT


الطريق الى الله ليس لمن سبق ولكن لمن صدق


1) Untuk makluman bersama, Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah yang diamalkan di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif B. Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza adalah disahkan sebagai Tarekat Muktabarah oleh Jilsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan & Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan serta telah didaftarkan dibawah Enakmen 3 / Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.  Namun semakan mendapati tarekat yang pimpinan oleh individu yang maksudkan tersebut tidak termasuk dalam daftar pengiktirafan yang diakui sah yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Sebagai individu yang mengaku sebagai seorang yang bertasawuf, sudah pasti tanggungjawab kita supaya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT iaitu dengan mentaati Ulil Amri.


2) Segala kekeliruan, tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan kepada guru-guru kami yang bermula 5 tahun yang lepas, telah dijawab oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif di hadapan Jilsah Turuq Sufiyyah yang dipengerusikan oleh YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad sebelum kepimpinan tarekat ini diperakui sah dan diiktiraf. 


3) Di dalam disiplin ilmu tarekat, seorang syeikh tarekat yang menghina syeikh tarekat yang lain adalah tanda bahawa kepimpinannya telah terbatal.   Akhlak sesama manusia adalah tidak menghina sesama sendiri apatah lagi sekiranya yang dihina itu merupakan para ulama silam dan kekasih Allah SWT yang telah diiktiraf oleh ulama-ulama sezamannya. 


4) Tanda sebenar-benarnya kasih dan hormat murid kepada syeikhnya adalah dengan tidak menghina guru tarekat murid yang lain. Jesteru itu, kami menasihati diri kami dan para ikhwan agar tidak membuang masa melayani isu-isu yang tidak memberikan sebarang manfaat serta dibimbangi kita tergelincir dari landasan tujuan sebenar kita bertarekat iaitu untuk mendapatkan keampunan Allah SWT. 


5)  Selain itu juga, kami juga faham akan disiplin ilmu tarekat bahawa perlantikan serta tarekat bukanlah secara syeikhiyyah (warisan keturunan) kerana perkara ini jelas disebutkan di dalam kitab-kitab  rujukan kami antaranya kitab "Risalah Al-Fawaid" karangan Al-Arifbillah Syeikh Muhammad Said bin Syeikh Jamaluddin Al-Linggi r.a., Kitab "Pengantar Kepada Tarekat Ahmadiah" dan Kitab "Usul Asal Madrasah As-Saidiyyah"  karangan Almarhum Tn Syeikh Hj. Ahmad r.a. Malah,  ingatan  ini seringkali ditekankan sendiri oleh  Almarhum Sahibus Samahah Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza Rahimahullahu Ta'ala di dalam kuliah-kuliah mahupun secara individu. Beliau sering berpesan,  bahawa Tarekat bukanlah suatu perniagaan maka tidak timbul dengki mendengki dan dakwaan siapa yang lebih utama.Tarekat juga bukan untuk mengumpul pengikut,  yang penting di dalam bertarekat adalah kita melaksanakan tuntutan yang terbaik untuk berbakti pada agama Allah sebagai bekalan kita di sana. 


6) Sukalah kiranya kami mengungkapkan semula pesanan YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad di dalam kata aluan kitab Risalah Al-Fawaid: 


"Bagi tarekat-tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri, sewajarlah bersama-sama berusaha untuk menerapkan kefahaman yang lebih jelas bagi memajukan ummah dengan pengamalan agama yang luhur dan konsisten.  Sebagaimana firman Allah SWT: 


وَأَلَّوِ ٱسْتَقَٰمُواْ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَٰهُم مَّآءً غَدَقًا (الجن : ١٦)

  

Maksudnya: "Dan jikalau mereka itu beristiqamah di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami akan mengurniakan mereka rahmat yang melimpah ruah".


7) Sekiranya masih juga terdapat sebarang kekeliruan, ketidakpuasan hati atau percanggahan maklumat, bolehlah mengajukan pertanyaan / persoalan kepada Pendaftar Tarekat Tasawuf di Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan  melalui  alamat,  telefon atau emel yang tertera di bawah:


📍Aras 15, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.


☎ 06-7652420 /  06-7652426


📠  06-7652427


💻  muftins@ns.gov.my


Sekian, terima kasih.

Sunday, March 6, 2022

 ~ PERSOALAN MENGIKUTI DUA TAREKAT SEKALI GUS SERTA LARANGAN MERENDAHKAN TAREKAT LAIN ~


Terdapat persoalan berkenaan isu seorang murid yang berkeinginan untuk mengamalkan dua tarekat sekali gus walaupun telahpun mempunyai tarekat & mursyid yang membimbing.  Terdapat juga sebahagian ahli tarekat yang memperkecilkan tarekat muktabar selain daripada tarekat yang mereka amalkan, bahkan sampai membanding-bandingkan mursyid mereka dengan mursyid yang lain.  


Menurut Rais 'Am Jam’iyah AhlU Tariqah al Mu’tabarah Al-Nahdiyah (JATMAN); Al-Habib Muhammad Lutfi bin Ali bin Yahya - Sekiranya seorang murid itu sudah berbaiah dengan seorang mursyid pada satu-satu tarekat maka tekunilah tarekat tersebut dengan istiqamah serta sebaiknya tidak usahlah diduakan. 


Adapun berkenaan soal pergaulan dan silaturrahim jangan sampai terhalang oleh masalah bertarekat. Ketahuilah bahawa tarekat itu bukanlah sebuah alat untuk mencari kebanggaan diri serta menunjukkan keunggulan. Tuntutan bagi tiap-tiap tarekat adalah beramal melalui disiplin dan prinsip yang telah digariskan oleh para A'immah Solehin (Pemimpin orang-orang soleh) seperti:


a) Al-Imam Al-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani RA - Pengasas Tarekat Al-Qadiriyah;

b) Al-Imam Al-Syeikh Abul Hasan Al-Syadzili RA - Pengasas Tarekat Al-Syadziliyah;

c) Al-Imam Sayyidi Al-Syeikh Abdullah Al-Syathari RA - Pengasas Tarekat Al-Syathariyah; dan

d) Al-Imam Al-Syeikh Al-Sayyid Ahmad bin Idris Al-Hasani RA - Pengasas Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah.


Para Ulama Sufi tersebut memerintahkan para pengikut mereka untuk berbuat amal yang baik dan mengikuti segala jejak yang telah digariskan oleh Baginda Rasulullah SAW serta para Sahabat Baginda RA. Adapun fadhail (keutamaan) dalam sesebuah tarekat itu bukanlah menjadi tolok ukur. 


Yang menjadi tolok ukur itu justeru adalah mu'amalah ahli tarekat dalam mengikuti jejak Baginda Nabi SAW dengan berakhlak dengan akhlak mahmudah. Maka setiap ahli tarekat mestilah membuktikan kepada setiap manusia bahawa mereka adalah orang yang mempunyi budi pekerti yang luhur. Sebagaimana Baginda Rasulullah SAW yang telah dipuji oleh Allah SWT di dalam firman-Nya: 


وَاِنَّكَ لَعَلٰى خُلُقٍ عَظِيْمٍ   ( القلم: ٤ )


[Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) berada di atas budi pekerti yang agung]


Lihat sahaja, bahawa Baginda Rasulullah SAW tidak pernah merendahkan salah seorang daripada Nabi-Nabi yang diutus walaupun Baginda merupakan Sayyidul Anbiya' wal Mursalin (pemimpin para Nabi dan Rasul). Bahkan Baginda SAW memerintahkan umat Islam untuk beriman kepada para Nabi dan Rasul, khususnya 25 orang Rasul yang wajib kita ketahui dan imani.


Walaupun zaman para Nabi AS itu telah berlalu dan Nabi kita adalah Nabi akhir zaman, kita tidak boleh mengingkari salah seorang daripada Nabi dan Rasul sebelumnya. Oleh kerana itu, kita wajib mengikuti jejak sunnah Baginda SAW. Apa-apa kelebihan yang ada dalam suatu tarekat bukanlah untuk merendahkan martabat tarekat yang lain. 


Sebagai perbandingan, kita telah membaca hadis Baginda Rasulullah SAW yang mafhumnya: "Barangsia membaca Surah Al-Ikhlas sekali, mendapat pahala seolah-oleh membaca 1/3 Al-Quran". Maka apabila seseorang membacanya 3 kali, maka akan diberi pahala 1 kali khatam Al-Quran. 


Dengan demikian, maka apakah dengan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali itu bererti kita boleh meremehkan membaca Al-Quran yang dimulai dari Surah Al-Fatihah, Al-Baqarah hingga An-Nas? Sudah tentu tidak. 


Yang terbaik adalah kita tetap beramal membaca 3 kali Surah Al-Ikhlas untuk mendapatkan pahala satu khataman Al-Quran, namun kita tetap juga mengkhatamkan Al-Quran secara sempurna mulai dari Surah Al-Fatihah, Al-Baqarah hingga An-Nas. 


Dalam bertarekat, terjalin hubungan kerohanian antara seorang Mukmin dengan Allah SWT dan Rasul-Nya. Maka, ulama mengungkapkan bahawa satu-satu tarekat dengan yang lain itu sama sahaja tujuan dan fadhilatnya. Pengikut tarekat Syaziliyyah yang membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali akan mendapat pahala khatam Al-Quran yang sama sahaja dengan pengikut tarekat Qadiriyyah yang membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali. Ini semua adalah sesuai mafhum sabda Baginda Nabi SAW. 


Wallahu' A'lam. 


[Sumber: Buku "Habib Luthfi bin Yahya : Berbicara Seputar Tarekat"]


FB: https://www.facebook.com/assaidiyyah | Telegram: t.me/MadrasahAsSaidiyyah

Saturday, March 5, 2022

DIA ANTARA YANG DISEBUT, ANWAR JUGA YANG DIA SABITKAN...




ABDULLAH MAT ISA

Mohd Azizie Abd Aziz

19 h  · 

Akhirnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim jugak yg dipersalahkan !!!

Dia yg luluskan, dia yg pegang jawatan CEO Maybank TAPI yang salah Anwar Ibrahim !!!

Masa pinjaman RM2.51 biliion tu diberikan kpd sykt Judi, Anwar ke yg jd PM ?? Anwar ke yg jd Menteri Kewangan ?? Anwar ke yg jd Gabenor Bank Negara ?? Anwar ke yg jd CEO Bank ??

Sape yg uruskan Negara sebelum ini atau sekarang. Sape yg jadi PM Malaysia sekarang atau sebelum ini. Bukan DSAI yg uruskan Negara sekarang atau sebelum ini. Jangan salah kan YB DSAI pulak jika masalah berbangkit terus terjadi di Malaysia itu sahaja.

Zafrul ni tidak faham bahasa melayu kah? Orang tanya mengapa pinjaman tanpa cagaran dan bukan tanya mengapa beri pinjaman kepada syarikat judi!!!

Friday, March 4, 2022

 RESIPI ROTI CANAI


-Tepung gandung 1kg


-gula


-garam


-air suam


-planta 2sudu


-minyak masak 3sudu


-kuning telur sahaja(sebijik)


-larut kan garam,gula bersama air suam..


-planta,telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung td..


-masuk kan air td sedikit demi sedikit..


-uli sampai doh x melekat di tangan


(Jika lembik tambah kn tepung...klu keras renjis kan air dan uli semula


-siap di uli biarkan dlm 10 minit..kemudian boleh buat doh bulat2..


-doh td sapu dengan Planta,,biar semalaman esok pg baru tebar..


Kredit: resepi MAMA