Thursday, August 4, 2022

 TEGURAN IKHLAS KERANA ALLAH SWT BERKAITAN ISU SEKOLAH PONDOK MEMBAWA FAHAMAN EKSTREMISME SATU KEKELIRUAN


U.P.: Y. Bhg. Prof. Emeritus Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Haji Abdul Majid Al Malazi Hafizahumullah

(B. Sh (N.P), M. Sh (Azh), M. Phil (Kent), Ph.D (UM), Dip. Edu (A. Shams).

(Pengerusi Majlis Dakwah Negara)


Disemak dan ditapis oleh: 

1)T.G.Y.M. Al Habib As-Syed Ibrahem Ahmad Al Idrus Al Azhari Hafizahumullah (B.A.) 

Sarjana Muda Usuluddin Sya'bah Hadith dan Ulum Hadith Universiti al Azhar, Qaherah, Republik Arab Mesir.

(Penceramah Bebas, Jabatan Agama Islam Melaka)


Diterbitkan oleh: Al Fakir Al Hakir  Ilallah Muhammad Nur Bin Omar.


Assalamualaikum W. T. B. dan salam sejahtera.


Puji syukur kehadrat Allah SWT Tuhan semesta alam, Selawat dan salam dicurahkan kepada baginda Nabi Junjungan Besar, Nabi Muhammad Rasulullah SAW, para sahabat serta zuriatNya. Ditinggikan darjat para wali-wali Allah, orang-orang Soleh dan solehah, Hafizin, Hafizah, muslimin dan muslimat khususnya kepada orang-orang yang berilmu.


Sejujurnya fakir BUKAN orang yang layak untuk menasihatkan prof. kerana:

1) Tidak mempunyai kelayakan dan lulusan dalam pendidikan seperti B.A., M.A., PhD dan lain-lain lagi.

2) Tidak mempunyai gelaran Prof., Dr., Emeritus, Ir., Madya, Datuk, Dato', Pengeran, Wira, Panglima, Tengku, Laksamana, Tun, Tan, Sri, Seri, Inspektor, Sarjen, Koprel, A.S.P., D.S.P., C.E.O., MD, Pengarah, Timbalan Pengarah, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, ustaz, ustazah, hafiz, Hafizah dan lain-lain lagi.

3) Tidak mempunyai kuasa yang diberikan oleh kerajaan atau NGO.

4) Dan lain-lain lagi.


Untuk makluman Prof., mengikut buku Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Hak kebebasan bersuara adalah termaktub di bawah Perkara 10 Fasal (1)(a) yang menyatakan dengan jelas bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk bersuara dan menyuarakan pendapat.


Justeru itu, fakir lagi hina yang tidak mempunyai apa-apa dalam diri ini hanya ingin menasihati Prof. kerana ada sedikit kekeliruan yang perlu diberikan pencerahan bagi memastikan agar tidak mengulangi kenyataan yang sama dimasa hadapan. 


Dipetik dari Akhbar On Line Utusan Malaysia bertarikh 31 Julai 2022, 6:59 pagi ditulis oleh Mohamad Hafiz Yussof Bakri, Prof. mendakwa Institusi pondok berpotensi membawa aliran ekstre­mis­­me atau keganasan oleh tenaga pengajar dan para pelajar dibantah sekeras-kerasnya oleh fakir.


Fakir sanggup melakukan sumpah Murbahala' atau Sumpah di hadapan Mahkamah Syariah atau Mahkamah Tinggi atau seumpamanya dengan berkata, "Wallahi Wabillahi, Watallahi Wa Billahi Wattallahi Wabillahi, fakir Al Hakir Ilallah Muhammad Nur Bin Omar bersumpah di hadapan Al Quran 30 Juzuk dengan Nama Nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Fakir tidak sekali-kali pernah melihat atau diajar atau dipengaruhi atau dihasut oleh tenaga pengajar atau para pelajar mana-mana institusi pondok berkaitan keganasan atau ekstre­mis­­me atau berkaitan dengannya. Sekiranya sumpah ini satu pendustaan atau pembohongan  nescaya bala Allah SWT dan laknat Allah SWT akan menimpa kepada fakir TANPA PUTUS".


Fakir sudah ada pengalaman belajar dan duduk di Istitusi Pondok dan Tahfiz. Walaupun fakir seorang yang bodoh dan susah untuk memahami apa yang diajar, tetapi fakir suka mengambil keberkatan dari sekolah pondok yang diduduki. As-sebab itulah fakir tidak takut walaupun sebesar zarah untuk melakukan sumpah sedemikian. 


Prof, fakir menasihati agar mengambil cuti bertugas yang panjang dan tinggal di sekolah Pondok untuk merasai pengalaman berada di Sekolah tersebut. Untuk pengetahuan prof. dan orang awam, as sebab fakir suka duduk di sekolah pondok antaranya:

1) Suasana sekolah pondok mengurangkan fakir melakukan maksiat khususnya mujahadah nafsu syahwat (Nafsu batin) yang 'mengganas'. Fakir bujang lagi Prof. Umur sudah ''asar" kira-kira 36 tahun.😭😭😭


2) Dapat mengurangkan fakir kepada kecanduan merokok kerana peraturan yang ketat dalam sekolah pondok mengharamkan para pelajar untuk menghisap rokok. Jadual pembelajaran agama sangat terlalu padat. Mana ada masa prof. mahu menghisap benda itu. Sekolah Pondok juga ada CCTV untuk pemantauan penuh para pelajar oleh Mudir sekolah pondok. Kalau mahu tahu ''mata'' mudir itulah CCTV kami. Bak kata ustaz Dato' Kazim Ilyas, ''Yang faham, faham. Yang tidak faham.. sudah..".


3)Mengurangkan penyakit Stress dan tekanan perasaan. Perkara ini disebabkan oleh kawasan sekolah pondok mempunyai aliran tenaga aura positif. Manakan tidak!! Sekolah pondok sentiasa mendapat rahmat, magfirah, as sebab taufiq, hidayah, irsad, taid' oleh Allah SWT dan kerap dikunjungi oleh para malaikat dan Asrar masuk di kawasan sekolah pondok dan Tahfiz. Bayangkan prof. Malaikat rahmat itu baru suku pelepah sayap sudah penuh rahmat dihujani kawasan pondok. Asalkan niat kita semua mahu belajar kerana Allah SWT dan ibadat ikut sunnah Nabi Muhammad SAW dimana sahaja kita berada, Insyah Allah, ada para malaikat yang mendampingi kita. Kalau sudah nampak, senyap-senyap sahaja. Jangan beritahu orang. Nanti orang awam panggil sebagai orang gila isim ilmu. Satu kerja lagi para as-satizah mahu menjawab.


4) Kerap beramal dengan amalan wajib dan sunat selain beberapa zikir yang dijadualkan untuk diamalkan mengikut waktu yang ditetapkan. Antara amalannya ialah:

a) Hizib Sakran 

b) Wiridul Latif

c) Wiridul Al Haddad

d) Hizib Imam Nawawi

e) Hizib Syeikh Abdul Qadir Al Jailani R. A.

f) Aurat Tarikat Ahmadiah, Nasyabandiyah, Al Alawiah, Al Syazaliah dll.

g) Membaca Al quran dan zikir khusus mengikut hari.

h) Berselawat atas Nabi Muhammad SAW dan membaca Maulid Nabi Muhammad SAW.

i) dll.


5)Pembelajaran kitab seperti berikut:

a.Ilmu fekah- Bughurul Maram, Safinatul Najah Misbahul Dujar' dll

b.Ilmu Tauhid -Aqidatul Awam, Aqidatul Najin, Aqidatul Tahwiyah, Risalatul Tauhid dll.

c.Ilmu tasawwuf- Hidayatul Sobian, Hidayahtul Solihin dll.

d.Ilmu Nahu, saraf dan balaghah.

e.Ilmu Sirah An-Nabawiyah.

f. Ilmu Al Quran-Tajwid, mengenal huruf dan melancarkan bacaan.

g. Ilmu hadis.


6)Suasana Sekolah Pondok yang penuh menghijau. Fakir suka melihat warna hijau kerana warna tersebut akan mengurangkan sedikit risiko masalah rabun pada mata. Selain itu, waktu pagi penuh dengan gas oksigen dan udara yang menyegarkan.


7)Akhlak mudir sekolah pondok dan para pelajarnya sangat memikat hati fakir untuk belajar di pondok tersebut.

Tangan yang penuh berlumuran dosa dan maksiat, penuh dengan najis mughallazah sanggap menyambut salam tangan fakir dimana seorang pendosa oleh guru-guru sekolah pondok. Oleh kerana itu, fakir sayang sangat kepada mudir dan para pelajar sekolah pondok.


Prof, menurut kenyataan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman mantan Ketua Polis Johor yang suka fakir menyapa dengan panggilan Pak Ayub dalam satu majlis membuat satu kenyataan dimana institusi pondoklah yang menjadi benting utama dari penyebaran fahaman ekstre­mis­­me dan mendokong fahaman ahli sunnah Wal Jamaah As Syariah Al Maturidiah.  


Prof memberi pandangan dimana mesti ada wujud satu ahli Jawatankuasa Pemantau Institusi Pondok bagi memastikan PdP mereka jalani tidak menyongsang dari aliran sebenar. Menurut Hemat fakir, tidak perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas kerana mereka semua ada dalam satu pertubuhan NGO sekolah-sekolah pondok dan kerap mengadakan mesyuarat dalaman.


Prof. Fakir mahu bertanya!.Tolong buktikan kepada fakir, ahli akademi, para ilmuan dan masyarakat dimana statistik yang dikeluarkan secara rasmi oleh JSJ (Unit Siasatan Jenayah) Bukit Aman, berapa peratuskah tenaga pengajar, para pelajar dari institusi pondok dan Tahfiz melakukan jenayah keganasan?!.


Nasihat guru pondok buat fakir ialah:-


"Biarlah orang pandang kita bodoh tapi Allah pandang menurut hati yang suci di bawah genggamanNya.''


''Banyaklah selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW walaupun kita tidak sebaik akhlak baginda. Satu saat nanti, Allah SWT Jalaluhu Wa A'zamatuhu akan memberi hidayah dan Taufiq kepada kita. Insyah Allah.''


''Matikan dirimu apabila berhadapan dengan orang alim''.


"Hormatlah dikalangan para ulama dan ahli Bait Nabi Muhammad SAW, nescaya Allah SWT akan memandang kita dengan penuh kasih sayang".


"Rahmat Allah itu ramai yang memperolehi, tetapi rahim Allah SWT di bawah pilihanNya"


Sekali lagi fakir berharap agar prof. menarik segala kenyataan tersebut atau beristigfar meminta keampunan  kepada Allah SWT. Dalam Al Quran, Allah SWT Jalaluhu A'zamatuhu berfirman dalam Surah Nuh, ayat 10-12 maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”


Sebelum fakir mengakhiri kenyataan ini, eloklah kita muhasabah diri. Sejauh manakah pengorbanan kita terhadap agama, bangsa dan negara?!.


Yang baik itu datang dari Allah SWT, Yang lemah itu datang dari fakir yang hina.


Wallah Wa'lam Bi Sawab,

Wallah Wa' Fiqum Fi' Tariq,

Wallah Wa Rasulul Wa Ahlil E'lmi Aklam.


Wasalamualikum Warahmatullahi Wa Barakatu.


"Gagasan Keluarga Malaysia."

"Berani kerana benar, takut kerana salah''.

"Lagi Hidup, lagi gelaban" 

"Membujur Lalu, melintang patah"

"Mat Kilau, Kebangkitan Pahlawan Islam''

"Pantang Mundur Kecuali Operasi"

"Mempertabatkan Institusi Pondok Negara"


Saya Yang Menjalankan AmanahNya;

Al Fakir Al Hakir Ilallah Muhammad Nur Bin Omar.


S.K. 


1. Y. B. Senator Dato' Seri Hj. Mohamad Ali Bin Mohamad

(Timbalan Speaker Yang Di Pertua Dewan Negara,

Pengerusi Muafakat Ummah Melaka)


2. Y. B. Senator Dato' Haji Idris Bin Haji Ahmad (P.M.W)

(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,

Hal Ehwal Agama)


3. YBhg. Ustaz Noor Amali @ Muhammad Dhiya’uddin Bin Ab Rahim Al-Hafiz Hafizahumullah

(Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.)


4. En. Mohd Najib Bin Latip Al Malakawi

(Setiausaha Agung Muafakat Ummah Melaka)


5. Sohibul Fadilah, Tuan Guru Syeikhuna Datuk Hj. Muhammad Rejab Akmal Bin T. G. Hj Abdul Halim Al Idrisi Hafizahumullah.

(Pengetua, Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar, Masjid Tanah Melaka)


6. Sohibul Fadilah, Tuan Guru Ustaz Zulkifli Bin Ismail Al Malakawi Hafizahumullah.

(Pengetua Sekolah Pondok Baitul Quraq Wal Fuqahaq, Sungai Udang Melaka.)


7. Sohibul Fadilah Dato' Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias Al Hafiz Hafizahumullah

(Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah)


8. Syeikhuna Al Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir Al Azhari Hafizahumullah

Syeikhul Ruwaq Jawi di Mesir

(Pengetua, Pusat Pengajian Az-Zawiyah An-Nasiriyyah, Kedah)

No comments:

Post a Comment