Friday, August 19, 2022

 Betul Ke Mahkamah Persekutuan Sengaja Tolak Bukti Baru Peguam Najib?


Mengikut usul yang di berikan oleh peguam Najib, mereka hendak minta Mahkamah Persekutuan benarkan penambahan bukti baru yang kalau di terima akan dapat menunjukkan yang Hakim Nazlan adalah bias dan ada kepentingan konflik; seterusnya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini dan mohon bicara semula.


===========================================

Undang-Undang untuk membawa masuk bukti tambahan.


Ujian untuk mengemukakan bukti baru di bawah seksyen ini adalah terkumpul daripada perkataan ‘jika ia [bermaksud Mahkamah] berpendapat tambahan bukti perlu'. Penerimaan bukti sedemikian adalah satu perkara budi bicara kehakiman. Budi bicara kehakiman pula dilaksanakan melalui rujukan untuk memutuskan duluan kehakiman.


Keyword penting adalah budi-bicara mahkamah dan juga duluan (precedent).


===========================================


Ada empat elemen kumulatif seperti yang dinyatakan oleh Lord Parker CJ "Parks"


Adakah ini:


(i) Pertama, bukti yang ingin dipanggil mestilah bukti yang tidak terdapat pada perbicaraan. 


(ii) Kedua, dan ini yang penting, ia mestilah bukti relevan dengan isu.


(iii) Ketiga, ia mestilah bukti yang boleh dipercayai dalam merasakan bahawa ia mampu dipercayai


(iv) Keempat, mahkamah akan selepas mempertimbangkan bahawa bukti diteruskan untuk mempertimbangkan sama ada mungkin ada yang keraguan munasabah dalam fikiran juri tentang kesalahan pemohon sekiranya bahawa bukti telah diberikan bersama-sama dengan yang lain bukti dalam perbicaraan. 


Paling penting,  elemen-elemennya adalah KUMULATIF bermakna JIKA MANA-MANA SATU ELEMEN tidak dipenuhi, maka permohonan untuk mendapatkan bukti baru atau tambahan akan gagal.


Jadi sebagai contoh, kalau nombor 3 gagal, keseluruhan usul 1-4 juga akan gagal.


===========================================


Bukti Tambahan yang Dicadangkan Oleh Peguam Najib yang di persoalkan: 


(iv) DSN-14: Salinan surat bertarikh 14.9.2010 daripada Maybank Investment Berhad kepada 1MDB;


(vi) DSN-16: Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 6.9.2010;


===========================================


[29] Menurut responden, mereka telah beri bahan DSN-16 pada pemohon dalam perbicaraan 1MDB pada 4.11.2019 iaitu sebulan sebelum pembelaan memulakan kesnya dalam perbicaraan SRC pada 3.12.2019. Ia menyebut di sini bahawa peguam bagi pemohon dalam perbicaraan 1MDB dan Perbicaraan SRC adalah sama, iaitu, Tan Sri Muhammad Shafee bin Abdullah. DSN-16 dengan itu tersedia kepada pemohon untuk digunakan dalam pembelaannya dalam Kes SRC dan yang kononnya penglibatan MIB (Maybank) yang disebut dalam DSN-16 boleh dibangkitkan di hadapan Hakim Nazlan. Jadi kedua-dua pihak sebelum mula bicara SRC, telah tahu kedudukan Hakim Nazlan sebagai GC dan GSC bagi Kumpulan Syarikat Maybank sebelum diangkat ke menjadi Hakim.


[30] Pada pandangan Mahkamah , perkara yang sama boleh dikatakan tentang DSN-14. DSN-14 telah di terima oleh peguam Najib sebagaimana DSN-16 walaupun dia tidak gunakan dalam kes SRC sekarang, dia boleh mendapatkan bukti DSN-14 atau menimbulkan syak wasangka mengenai kemungkinan kewujudan DSN-14 kepada responden dengan merujuk kepada DSN-16. Khususnya, apabila diperiksa DSN-16 yang menyatakan cadangan peranan MIB dan anak syarikatnya, BinaFikir Sdn Bhd.,  peguam Najib sepatutnya bertanya untuk sebarang bukti yang berkaitan dengan DSN-16 dikemukakan kepadanya, yang bermakna DSN-14 boleh diperolehi jika mereka mahu. Ia bukan seolah-olah pekerjaan Hakim Nazlan sebelum ini dengan Kumpulan Maybank adalah rahsia kepada mana-mana pihak yang tiba-tiba terkejut dengan berita itu. 


[31] Oleh itu, berhubung dengan DSN-14 dan DSN-16, adalah dapatan Mahkamah bahawa elemen pertama parks belum dapat di penuhi. Oleh kerana ujian adalah kumulatif (bertambah), Mahkamah tidak perlu mempertimbangkan sama ada bukti ini telah memenuhi tiga elemen lain. 


Jadi Mahkamah dan boleh berhenti di sini saja pun sudah cukup, sebab elemen pertama dah tak dapat di penuhi. Bukti baru yang mereka kata bukti itu sebenarnya mereka dah dapat dulu; sama ada kenapa mereka tak nak guna dalam Mahkamah itu masalah merekalah. Tapi ia bukannya bukti baru yang macam mereka canang. 


===========================================


Relevan; elemen ke dua dalam Parks


Pertuduhan pertama Najib ialah salah guna kuasa. Tiga pertuduhan seterusnya ialah pecah amanah jenayah manakala tiga pertuduhan terakhir pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram. Soalan pihak pembelaan ialah sama ada pekerjaan Hakim Nazlan dengan Kumpulan Syarikat Maybank dan peranannya di dalamnya adalah relevan dalam apa jua cara kepada tujuh pertuduhan sehingga mungkin terdapat berat sebelah dalam penghakiman. 


Dari pemerhatian Mahkamah, Mahkamah tidak yakin bahawa Hakim Nazlan membuat penemuannya berdasarkan apa-apa selain daripada bukti dalam rekod. 


Mahkamah selanjutnya mendapati bahawa tiada perkaitan antara Pekerjaan terdahulu Hakim Nazlan dengan Maybank dan pertuduhan terhadap Najib yang mencadangkan ada konflik kepentingan dan menimbulkan keputusan berat sebelah.


===========================================


Dalam penghakiman bertulis ini , kita sendiri boleh lihat, 2 elemen utama untuk bawa bukti baru sendiri telah gagal, walaupun hanya satu sahaja di perlukan. Takkan dengan 2 syarat elemen tadi sudahpun gagal, nak suruh Mahkamah benarkan kemasukan bukti baru dan bicara semula? Kalau bicara semula nak bazir masa berapa tahun lagi? Lagipun jika 4 elemen tadi dapat di buktikan ia masih tertakluk pada budi bicara Mahkamah sama ada nak benarkan ataupun tidak. Ini Mahkamah dah buat kerja above beyond call of duty cari sampai 2 elemen, masih tak lepas lagi.


Jadi untuk penyokong Najib Razak, berhentilah bermain sentimen, baca sendiri penghakiman bertulis dan jangan hendak buat palatao.


Tapi kalau tak nak percaya juga saya ajar satu doa. Mohon pada Allah SWT supaya kalian semua di bangkitkan bersama-sama dengan dia di hari kemudian; moga dia akan menjamin kalian sebagaimana kalian menjaminnya di dunia.


Amin. 


MMMS

No comments:

Post a Comment