Sunday, July 2, 2023

 Pada awal saya mengenal Pas antara nama-nama yang di cerca dalam ceramah dan usrah Pas ialah Allahyarham Dato Asri iaitu presiden Pas ke 4 itu sendiri. 


Minda saya di doktrin bagaimana Allahyarham adalah seorang pengkhianat, barua Umno dan berbagai lagi kata nesta ke atasnya sebaris dengan pemimpin-pemimpin Umno yang berlatar belakang agama seperti Allahyarham Dr Hamid Othman, Allahyarham Wan Mokhtar, Dr Yusuf Noor dan tidak terlepas juga dari cercaan ialah para mufti dan yang paling di cerca dengan berbagai fitnah ialah bekas mufti Perak Allahyarham Dr Harusani. 


Ini adalah luahan hati anak Allahyarham Dato Asri.

KALAU..


Aboh.. kalau aboh masih hidup, aboh tentu akan kata, apa yang aboh risaukan dahulu.. terjadi sekarang..


Aboh sudah ingatkan.. kita boleh gembira dan ucap tahniah di atas kejayaan orang Iran.. namun jangan terikut-ikut dengan budaya mereka.


Orang Iran, majorinya berfahaman syiah 

Kita ini, sunnah wal jamaah.

Lain.. walaupun kita sama-sama menyembah Allah SWT.


"Kelak.. Ajah akan faham.. apabila Ajah belajar agama lebih dalam lagi",  jelas aboh.


Dalam pada itu.. berbondong-bondong anak muda parti PAS ke negara Iran, menggunakan dana parti sewenang-wenangnya.


Apabila aboh tegur.. aboh dianggap sudah keluar dari landasan agama Islam.


Aboh digelar 'TAGHUT'.

Dianggap seorang manusia SYAITAN yang ingin menyesatkan umat Islam.


Dan mereka melaungkan 'MARAKBAR ASRI'.

Yang bermaksud CELAKALAH ASRI, berselang seli perkataan TAGHUT.


Apa rakan-rakan yang lainnya buat?

Bungkam. Diam seribu bahasa.


Mungkin.. mereka terpesona dengan kebangkitan Islam anak muda.. 

Atau.. menganggap hal itu satu fenomena kejatuhan biasa bagi seorang pemimpin.


Maka sejarah Asri di dalam PAS di hapuskan sama sekali. 'NADA'


Padahal.. itulah permulaan budaya takfiri di negara kita.

Budaya mengkafirkan sesama Islam.

Budaya merasakan hanya mereka yang terbaik.

Budaya menganggap melawan mereka, bermakna melawan Islam.


Budaya keluar PAS bermakna keluar dari Islam.

Bagi yang masih ada rasa sayang dan kasihan kepada Asri ketika itu sering mengungkapkan;

"Sayang.. Asri mati di luar PAS"

Seolah-olah Asri mati bukan sebagai Islam.

Nauzubillah.


Kini.. sudah lebih 40 tahun berlalu..

Lihatlah apa yang berlaku kini..

Apakah kalian yang 'bungkam' dahulu.. tidak akan dipertanggung jawabkan kelak di akhirat?


Dan apakah kita yang hidup kini juga termasuk golongan yang diheret sama ke mahkamah pengadilan Allah SWT?


*Apabila seorang hamba Allah SWT di hina dan dicerca oleh sekumpulan manusia yang rasa diri mereka 'alim.

Laknat Allah SWT.. bisa terpias juga kepada yang menguncikan mulut mereka.

Wallahua'lam.


**Arwah mok Sakinah selalu cakap.. "Kalau.. kalau.. ni, anjing pun tak nak makan"

Ya.. sebab itu lah, terjadinya apa yang terjadi sekarang ini.


AlFatihah untuk arwah aboh, Mohd Asri Muda dan mok, Sakinah Junid.

No comments:

Post a Comment