Thursday, August 3, 2023

 Engkau (Wahai Hati) bagai air yang jernih (asalnya bersih dari sebarang kotoran dosa)


Di dalam bekas (diselaputi) yang berdebu (kotoran dosa),


Zahirnya (diselaputi) kotoran (dosa) itu terlihat,


Kesucian (kebersihan hati) terlindung jua (dengan kotoran dosa),


Cinta bukan hanya di mata,

Cinta hadir di dalam jiwa,


Biarlah salah di mata mereka (orang yang tidak faham hakikat cinta)


Biar (abaikan sahaja) perbezaanterlihat antara kita (iaitu mereka yang tidak faham hakikat cinta dengan kita yang berada dalam kecintaan Ilahi)


Ku harapkan kau (Wahai Allah) kan terima (hati yang penuh dengan cinta ini)


Walau dipandang hina (oleh orang yang tidak faham perasaan cinta Ilahi)


Namun hakikat cinta kita (iaitu cinta manusia terhadap Tuhan)


Kita yang rasa (orang yang bercinta sahaja faham)


Suatu hari nanti (iaitu, kiamat nanti)


Pastikan bercahaya (iaitu nyata segala-galanya)


Pintu akan terbuka (hijab akhirat terserlah)


Kita langkah bersama (kita semua akan berada di alam akhirat kelak)


Di situ (iaitu di alam akhirat) kita lihat 


Bersinarlah hakikat (terserlah hakikat Ilahi)


Debu jadi permata (pencinta Ilahi yang dipandang hina itu, hakikatnya adalah mulia)


Hina jadi mulia


Bukan khayalan yang aku berikan (alam satu lagi adalah realiti sebenar)

 

Tapi keyakinan yang nyata (ia hanya difahami melalui kepercayaan dalam hati)


Kerana cinta,

lautan berapi, Pasti akan kurenang jua (kalau ada cinta pada Ilahi, kena hina macam mana pun, ia tidak menjadi terganggu)

No comments:

Post a Comment