Friday, December 31, 2021

 HEBAT UMNO


Ada beberapa kawan hubungi aku bagitau aku sekarang ni PH yang dianggotai KeADILan, Amanah, DAP dan UPKO bukan lagi suatu kuasa hebat untuk menentang UMNO BN. 


Malah selepas dua pilihan raya negeri di Melaka dan Sarawak, jelas menunjukkan merudumnya sokongan terhadap PH baik atas logo PH atau logo parti masing-masing. Di Melaka, DAP hanya berjaya pertahankan 4 daripada 8 kerusi manakala di Sarawak hanya 2 daripada 7. KeADILan semua maklum kalah di semua kerusi.


Di Melaka, PH meletakkan Sdr Adly sebagai calon Ketua Menteri. Adly bukan calang-calang. Rekod Adly sebagai KM dikagumi tetapi tetap gagal meraih sokongan pengundi.


Kedua-dua keputusan pilihan raya Melaka dan Sarawak adalah petunjuk kepada PRU15 nanti. PH semakin suram, tetapi Warisan melebar pengaruh ke Semenanjung.


Warisan dilihat suatu kuasa baru menentang BN pimpinan Umno. Ya, aku secara peribadi nampak tetapi pandangan aku mudah.


Hebatnya gerakan dan pengaruh Warisan sekarang juga atas “ihsan” atau “laluan” dari Umno.


Umno sejak dulu memang terkenal dengan kelicikan demi kuasa. Umno bukan hebat sokongan tetapi licik memperdaya musuh.


Musuh dijadikan kawan yang akhirnya ditewaskan semasa lalai dan asyik dengan kelicikan Umno. Untuk Umno berkuasa, musuh Umno perlu dipecahkan. Pecah sepecah-pecahnya. Dengan pecahnya lawan Umno, Umno akan menang.


Selepas PRU14, Umno tewas teruk. Tetapi dalam tempoh itu mereka merancang memecahkan PH, mengadu domba sehingga tumbang. Diangkat Mahiaddin bukan kerana suka dengan Mahiaddin tetapi itu juga untuk kepentingan Umno. Akhirnya Mahiaddin ditikam dijatuhkan dan Umno kembali berkuasa.


PRU15, untuk kekal berkuasa, Umno hanya perlu kekalkan sokongan ahlinya sedia ada. Dalam masa yang sama, musuh Umno perlu dipecahkan. Biar pertandingan 5 penjuru yang akhirnya Umno akan menang walau pun 1 undi.


Keputusan di Melaka jelas. Penyokong Umno kekal dengan Umno tetapi yang bukan Umno berpecah bersepai yang akhirnya Umno sapu selesa.


Warisan diberi “laluan” melebar ke Semenanjung untuk pecahkan lagi musuh Umno. Sudahlah PH tidak dilihat sepakat walau pun sebumbung, ditambah dengan Pejuang, Warisan, Muda dan Bersatu serta Pas. Umno boleh selesa tepuk tangan.


Warisan merasa Presidennya boleh jadi PM kerana sekarang ada konco-konco Umno yang menyelinap kononnya memberi sokongan. Azmin konon nak sokong Shafie, Zuraida nak sokong Shafie, beberapa pimpinan Umno dalam kem tertentu nak sokong Shafie. Wah… Shafie boleh jadi PM. Hebat Warisan sekarang. Kita lebarkan pengaruh kita. Pecahkan parti kawan. Ambil ahli dan penyokong DAP yang kecewa dengan keputusan parti. Ambil ahli dan penyokong KeADILan yang dah menyampah dengan sosok tertentu.


Kawan lemah, dia pun tak kuat.


Umno berlakon bergaduh sesama mereka. Kem Zahid, Kem Tok Mat, Kem KJ, Kem Hisham dan kem-kem lain dilihat dan dilakonkan supaya bersengketa supaya musuh merasa selesa tetapi hakikatnya “keretakan” dan “pergaduhan” mereka hanya wayang melalaikan musuh.


Anwar dilalaikan sehingga umumkan strong, formidable and convincing hingga akhirnya Ismail Sabri jadi PM. Berkocak PH kerana Anwar lalai dengan sokongan palsu Umno.


Sehingga sekarang musuh-musuh Umno berpecah tidak bersama. Tidak mustahil jika di Melaka Umno sapu 2/3, di Persekutuan selepas PRU15 juga Umno sapu 2/3.


Ini pandangan peribadi aku daripada pengamatan aku sebagai orang biasa bukan hebat macam pimpinan di atas yang serba tahu. Mereka pimpinan, mereka tahulah apa mereka buat. Berapa lama dah mereka dalam politik. Takkan depa bodoh. 


Cerdik depa la kita jadi macam ni tak sudah.

Wednesday, December 29, 2021

 DATO' SERI ANWAR IBRAHIM AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA MENURUT PENGAJIAN SAINS POLITIK.


1. Pertembungan Anwar dan Mahathir dalam politik adalah disebabkan perbezaan FAHAMAN POLITIK atau IDEOLOGI menurut dan mengikut Pengajian Sains Politik.


2. Politik ada dua itu POLITIK BERSIH dan POLITIK KOTOR dalam konteks DEMOKRASI dan AUTOKRASI menurut Sains Politik.


3. Dalam politik seorang demokrat mewakili politik bersih manakalah seorang autokrat yang dikenali sebagai diktator mewakili politik kotor.


4. Anwar Ibrahim seorang pemimpin politik yang berfahaman DEMOKRATIK adalah watak baik dalam politik.


5. Mahathir seorang pemimpin politik yang berfahaman AUTOKRATIK yang dikenali sebagai DIKTATOR adalah watak JAHAT menurut Pengajian Sains Politik.


6. Anwar dan Mahathir ibarat AIR dan MINYAK tidak akan bercampur.


7. Pertembungan Anwar seorang DEMOKRAT dengan Mahathir seorang DIKTATOR dalam konteks politik ibarat pertemuan BUKUH dengan RUAS menurut Sains Politik.


8. Setakat ini Mahathir seorang DIKTATOR GAGAL dan tidak berjaya menghalang Anwar seorang DEMOKRAT dari BERHENTI BERPOLITIK dan membuat PEMBAHARUAN walau pun Mahathir telah menggunakan pelbagai cara untuk menghalang Anwar dari terus aktif berpolitik termasuklah memanjarakan Anwar dengan pelbagai fitnah dan tuduhan yang direka menurut dan mengikut Pengajian Sains Politik.


9. Mahathir sebagai seorang pemimpin politik yang berfahaman autokratik yang dikenali sebagai DIKTATOR setakat ini dilihat berjaya menghalang Anwar menjadi PM apabila Mahathir memungkiri janji peralihan kuasa sebagai mana yang termaktub dalam MUAFAKAT Pakatan Harapan sebelum PRU 14.


10. Mahathir yang berpura-pura baik dalam melakukan kejahatan kepada Anwar apabila Mahathir sanggup menebalkan muka,menjilat ludah dan menelan kahaknya memohon kerjasama kepada Anwar sebelum PRU 14.


11. Kesimpulan,menurut dan mengikut Pengajian Sains Politik Mahathir seorang diktator tidak akan berjaya menghalang Anwar Ibrahim seorang demokrat menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana Anwar tetap dibela dan dipertahakan oleh rakyat sehingga menjadi Perdana Menteri.


Dalam pengajian Sains politik telah dibuktikan dan ia menjadi FAKTA bahawa seorang pemimpin yang berfahaman DEMOKRATIK yang MENJUNJUNG dan BERPEGANG kepada PRINSIP DEMOKRASI mampu menewaskan seorang AUTOKRAT yang dikenali sebagai DIKTATOR ia bukan ANDAIAN atau TEORI sebaliknya ia adalah FAKTA yang telah menjadi SEJARAH dalam Pengajian Sains Politik.


Sebagai contoh P.W Botha seorang diktator gagal dan tidak berjaya menghalang Nelson Mandela seorang demokrat yang berjuang selama 45 tahun yang akhirnya diangkat oleh rakyat Afrika Selatan menjadi Presiden,Ferdinand Marcos seorang diktator juga gagal dan tidak berjaya menghalang Ninoy/Cirazon Aquino seorang demokrat yang berjuang selama 25 tahun dan akhirnya diangkat menjadi Presiden Philippines dan banyak lagi.


Anwar Ibrahim akan berjaya menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA bukan satu teori tetapi ia suatu FAKTA yang telah menjadi SEJARAH dalam POLITIK sesiapa sahaja pemimpin yang MEDUKUNG dan MENYOKONG prinsip DEMOKRASI mampu menewaskan seorang DIKTATOR menurut dan mengikut Pengajian Sains Politik.


Pandangan Sains Politik.


BIPPP KeADILan

Cabang Lahad Datu.

Tuesday, December 28, 2021

 Parti UMNO telah dirampas oleh perasuah sejak 1981 lagi. Perasuah ini menendang keluar penentang rasuah pada tahun 1998 apabila penentang rasuah meminda akta rasuah 1970! Sejak itu para perasuah silih berganti memimpin parti itu! Parti itu akhirnya kecundang pada tahun 2018, tapi malangnya bapak perasuah itu telah dapat memperdaya rakyat Dan dipilih sekali lagi mengetuai parti anti rasuah. Pada Masa itu, bapak perasuah Cuba memenjarakan para perasuah didikannya bagi mengaburi mata rakyat yang dia adalah bapak perasuah. Akhirnya bapak perasuah memusnahkan harapan rakyat dengan menjatuhkan Kerajaan anti rasuah yang dipimpinnya untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari dipenjarakan! Kini dia kembali untuk menipu rakyat semula untuk mengetuai KERAjaan bagi mengelakkan dirinya dari dipenjarakan!

Tuesday, December 21, 2021

 Kenyataan Media

21 Disember 2021

 

Saya kesal dengan sikap dan cara negara ini dipimpin tatkala rakyat berbilang kaum sedang dirundung malapetaka banjir setelah hujan lebat berterusan selama beberapa hari pada hujung minggu yang lalu. 


Setakat hari ini, 17 mangsa telah dilaporkan maut di Selangor dan 8 mangsa di Pahang, manakala lebih 60,000 lagi kehilangan tempat tinggal tanpa ada tanda-tanda jelas berhubung keadaan rumah dan tahap kelangsungan hidup seusai banjir surut. 

 

Kelemahan-kelemahan utama berhubung tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana kini terpampang jelas. 


Tindakan lembab dari kerajaan persekutuan terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ditambah pula dengan penyelerasan yang kucar kacir dengan pihak kerajaan serta dengan agensi-agensi tempatan ternyata merumitkan krisis ini kepada rakyat dan menjadikan ia satu malapetaka tadbir urus juga. 


Kelewatan dalam menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memungkinkan beberapa pegawai untuk bertindak dengan inisiatif sendiri dalam membantu warga yang terkesan. 


Penyelerasan yang lemah antara pasukan sukarelawan dan angkatan tentera hanya menambah kekeliruan dan kekecewaan. 

 

Krisis ini adalah mimpi buruk yang nyata kepada Perdana Menteri tatkala malapetaka tadbir urus ini melatari 100 hari pentadbirannya. Kegagalan demi kegagalan dalam mengurus bencana ini hanya menonjolkan tahap keupayaan sebenar kerajaan yang dikemudi beliau. 


Kerajaan dan pimpinan yang gagal menonjolkan kebersamaan dengan rakyat sedari awal bencana ini, tidak akan mampu memberi keyakinan kepada kita semua bahawa mereka juga mampu melonjakkan negara ke arah pemulihan dari musibah ini, termasuk masalah wabak yang masih mengganas. 


Saya kagum dengan semangat kekeluargaan sebenar yang telah ditonjolkan rakyat berbilang kaum tatkala pemimpin-pemimpin utama kerajaan sibuk bermesyuarat. 


Sewaktu saya turun mengagihkan bantuan kepada rakyat yang terkandas, saya turut mendengar dan menyaksikan sendiri babak-babak yang luarbiasa yang memaparkan sikap belas dan keprihatinan yang tinggi. Saya turut berkongsi kekecewaan mereka berhubung kelemahan kerajaan dalam krisis ini. 

 

Perubahan iklim dan tahap kesedaran kita yang lemah terhadap peranan dan kepentingan alam sekitar akan menyaksikan peningkatan yang amat dahsyat terutamanya dalam aspek keberlakuan bencana alam di masa hadapan. Kita tidak mampu untuk memikir dan menyiasat apa yang menjadi punca kelemahan kita hujung minggu yang lalu. 


Perdana Menteri sekarang ini mesti ambil tindakan untuk segera menubuhkan jawatankuasa diraja termasuk jawatankuasa Parlimen dalam menambahbaik tahap kesiapsiagaan bencana. Dalam masa yang sama, kerajaan dituntut untuk membantu rakyat mendapatkan semula rumah mereka yang dibadai banjir dan tidak memandang remeh soal pemulihan sesudah banjir. 


Kerajaan mesti punyai sikap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang tinggi kepada orang ramai dan mesti mengadakan sidang media harian bagi mengemaskini situasi semasa banjir dan langkah menyelamat. 


Saya juga ingin mendesak kerajaan persekutuan untuk membetulkan ketempangan dalam Majlis Keselamatan Negeri Selangor di mana Menteri Besar mesti dikembalikan kuasa dan peranannya dalam mengemudi krisis ini. 


Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas pelbagai inisiatif dan peruntukan bantuan RM100 juta yang telah digerakkan Kerajaan Negeri Selangor kepada mangsa-mangsa banjir. 


ANWAR IBRAHIM

Press Statement 

21 December 2021


I am appalled by the scope to which the leadership of this country failed in their duty to protect and help the people of Malaysia when placed in the dire straits of this weekend’s heavy rainfall and floods. 


As at 21st December 2021, 17 individuals have died and over 66,000 individuals have been displaced across the country, left with deep uncertainty over what condition their homes and livelihood will be left in after the clean-up.

 

Clear flaws that need to be addressed have been exposed in our emergency disaster preparedness protocols. The slow response by the federal government compounded the failures of the National Disaster Management Agency (NADMA) and combined with poor coordination with state and local level authorities turned the response to the natural disaster into a human, governance disaster in its own right. 


The delayed deployment of the Malaysian Armed Forces (ATM) resulted in some individuals defying orders to do what they knew was right and help the people. Poor coordination between volunteer efforts and the Armed Forces added to the confusion and frustration.

 

All the while, the Prime Minister offered half empty promises and drove past the damaged areas, waving from the safety of his car as though the people would shower him in love from their destroyed homes, while attempting to salvage their lives, and figure out where their next meal will come from. 


The ultimate hubris witnessed in the Prime Minister’s celebration of his First 100 Days is collapsing beneath him as the true capabilities of his government have been put on full display. 


A government that cannot warn the people when they see a natural disaster escalating or change its schedule to help when people are stranded and transportation is disrupted, do not give confidence that they will be able to help us recover from other crises, including the ongoing pandemic.

 

I am thankful to see the neighbourly spirit of the people shine brightest when their leaders and authorities fail them. In my own attempts to help in delivering aid and comfort, I have heard and seen remarkable stories of compassion and care. 


And I share their frustrations and disappointments with the government’s response.

 

Climate change and our own history of having a less than perfect record with environmental concern will see to a dramatic increase of the occurrence and severity of such natural disasters in the near future. We cannot afford to delay in locating and resolving the flaws in our emergency response mechanisms as well as investigating what went wrong this weekend. 


The Prime Minister must take immediate action to establish a royal inquest as well as a parliamentary committee on improving and updating our response procedures. 


Meanwhile, the government must assist the people in salvaging their homes and to not faulter in tasks ahead in our continued clean-up. The government must also be transparent and accountable towards to the public and should conduct a daily press conference to provide updates on the flood situation and rescue mission.

 

I offer a heartfelt appreciation for all who have helped in whatever capacity they could to aid our brothers and sisters victimised by this weekend’s floods and hope that the rakyat can continue in coming together to help each other in a way only Malaysians can.


ANWAR IBRAHIM

Sunday, December 19, 2021

 Kerugian harta benda salah pemimpin atau penduduk?


Kita ada 3 bangunan antara 10 tertinggi di Asia 

PENGURUSAN NEGARA LEBIH TERUK DARI ZIMBADWE 


Kita tidak boleh menghalang bencana banjir ini kerana ia kehendak Tuhan tetapi kita boleh mengurangkan kerugian harta benda jika mahu.. Insyallah. Tapi ia tidak berlaku kerana banjir ia bukan seperti sambaran kilat berlaku sepantas cahaya. Jadi di mana dan silapnya?


Hari ini ada kawasan banjir telah surut dan ada juga kawasan terutama di Klang yg mengalami air laut pasang telah membuatkan banjir termenung berlaku (lambat surut) hingga memakan masa berhari hari lamanya utk surut.


Kita dpt melihat kerugian harta benda mangsa banjir terutamanya kenderaan. Kerugian secara purata dianggarkan sekitar RM 50- RM 100k utk setiap isi rumah. 


Persoalannya ia salah siapa hinggakan harta benda terutama kenderaan gagal diselamatkan? Adakah salah pemimpin atau penduduk?


Saya ada bertanya kpd kawan yg rumahnya ditenggelami air adakah sistem amaran siren berfungsi atau menerima SMS dari pihak berkuasa. Jawabnya tiada. 


Saya difahamkan perkhidmatan sistem SMS amaran banjir (SMsBanjir) adalah satu sistem berdasarkan teknologi SMS yg telah dibangunkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia.


Tujuannya utk memaklumkan amaran awal kpd penduduk setempat terhadap kemungkinan berlakunya banjir di kawasan TTDI Jaya, Shah Alam dan kawasan sekitar. 


Dgn sistem ini Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia berharap penduduk di TTDI Jaya dan kawasan sekitar mempunyai tempoh masa mencukupi utk meyelamatkan keluarga dan harta benda sekiranya berlaku banjir. 


Tapi ia tidak berlaku? Betulkan saya jika saya salah. Jika sistem berfungsi penduduk tidak endah... kita patut salahkan penduduk. Tapi jika sebaliknya Pak Menteri terbabit patut bertanggungjawab.


Saya berkeyakinan Jabatan Meteorologi pastinya sudah memaklumkan kpd Kementerian dan Jabatan Pengairan Saliran akn perubahan cuaca tersebut. Sewajarnya Kementerian dgn menggunakan seluruh media kerajaan dan sistem SMS dan media sosial melaporkan segera kejadian tersebut kpd penduduk setempat.


Sekurang kurangnya penduduk setempat dpt menyelamatkan kenderaan mereka dgn mengubah ke tempat selamat. Kenderaan sgt penting bagi bagi semua org utk pelbagai urusan. Jika tenggelam kenderaan terbabit proses membaiki kosnya sgt tinggi dan mengambil masa yg lama.


Lihat di Amerika negara yg sering dilanda puting beliung atau ribut taufan. Beberapa hari sebelum kejadian kerajaan negara Uncle Sam itu telah mengeluarkan amaran utk penduduk setempat berpindah sepertimana Taufan Katrina dan terbaru Taufan Ida di New York.


Walaupun ada kematian tetapi sgt minima. Jutaan penduduk di Louisiana, Mississippi dan Alabama dipindahkan dari rumah mereka dan para pakar menganggarkan taufan Katrina selaju 200km sejam. 


Jepun juga merupakan sebuah negara yg mempunyai sifat geografi yg unik menyebabkan ia sering dilanda bencana alam seperti gempa bumi dan taufan. 


Setelah berkurun pengalaman menghadapi bencana alam, Jepun telah berubah menjadi sebuah negara yg mempunyai persediaan lengkap dan rapi terhadapnya.


Aplikasi telefon pintar "Safety Tips" oleh RC Soution CO. adalah sebuah aplikasi berbilang bahasa utk situasi2 kecemasan dan bencana alam di Jepun. 


Ia juga berfungsi sebagai sistem amaran ketika berlakunya gempa bumi dan tsunami. Sistem amaran awal ini telah dpt mengurangkan jumlah kematian ramai penduduk.


Jadi persoalannya adakah sistem amaran banjir negara kita yg mempunyai 3 bangunan antara tertinggi di Asia ini berfungsi atau tidak? 


Bagi saya negara kita benar2 negara hipokrit... berbangga dgn material tapi pengurusan hancur.

Persoalannya mengapa Menteri tidak mengeluarkan kenyataan awal sekurang kurang 24 jam sebelum kejadian berdasarkan ramalan Meteorologi iaitu peningkatan taburan hujan sekaligus peningkatan air sungai???


Bagi saya Menteri patut dipertanggungjawabkan atas kelalaian memberi amaran awal kpd penduduk hingga membuatkan kerugian harta benda yg melampau. Pengurusan kementerian terbabit lebih teruk dari negara Zimbabwe dan memalukan.


Nurul Izzah sudah memberi amaran awal di Parlimen apakah persediaan kerajaan utk hadapi musim banjir. Ada Menteri peduli? Ada kerajaan buat persediaan awal melalui sistem amaran awal. Ada kerajaan standby pihak2 berkuasa terutama tentera utk terlibat. 


Apa nak buat negara kita ini bukan jenis mencegah atau ingin mengubah. Bila berlaku kita arahkan bantuan. Itulah sejak turun temurun perangai pemimpin2 kita ni.


Sudah la bantuan hanya RM 1k sdgkan kerugian berpuluh ribu. Saya bukan apa rasa sayu dan terkejut bila melihat begitu ramai mangsa banjir dgn bayi kecil terpaksa panjat ke bumbung rumah berjam jam lamanya.


Saya terkejut kita kekurangan bot2 kecil. Saya terkejut byk kawasan tidak menerima bantuan segera samada dibawa ke tempat selamat atau makanan. Saya terkejut kita tidak bersedia utk menyediakan dewan khas utk mangsa2 banjir. Saya terkejut Menteri sibuk di Perhimpunan parti dari berkampung ke kawasan banjir.


Kita sebenarnya tiada masalah berbelanja ratusan juta ringgit utk hadapi banjir ini. Tapi sayang ketirisan berbillion ringgit telah membuatkan kebajikan seperti mangsa banjir tidak seperti diharapkan.


Jepun dan Amerika menyediakan RM 100 billion utk bencana alam negara kita tak pastilah utk rakyat RM 1k sudah dirasa banyak. Utk kalangan mereka komisen kawan seorang sahaja RM 500 juta ok... entah lah.

Monday, December 13, 2021

 

BILA LA NAK BERAMBUS DARI ALAM DONIA NIH ?

 

GAMBAR SEKDAR HIASAN.TIADA KENA MENGENA DENGAN TAJUK BERITA


NORSHIDAH MOHD DAUD


Rentua kutuk tu cakap DSAI x pandai perintah negara ye?

Korang pikir sendiri, Pak Lah naik lepas dia
Antara Pak Lah & DSAI, sape lg berkaliber?
Pastu naik lak Najib anak lelaki Razak
Kita semua sedia maklum, Najib naik sebagai pemimpin pun sebab Madey yang bawak dia, mengenangkan jasa Tun Razak bawak masuk semula Madey dlm Umngok lepas dia bergadoh ngan Tunku Abdul Rahman
So, Najib ni naik semata-mata nak balas budi Tun Razak je
Lepas pelbagai skandal yang 1 dunia tau berkenaan Najib anak lelaki Razak tu, korang nilaikan la sendiri...
Sape lg berkaliber antara Najib anak lelaki Razak & DSAI?
Yang naikkan Pak Lah & Najib tu Madey tua kutuk
Pastu sesukati mulut celaka tu ngate DSAI x pandai perintah negara
Dahtu bahalol tu ngan Din Cha Cha laki Umi Aida p mahkamah mase kes DSAI aritu jadah ape?
Yang berjanji nak serah jawatan PM pd DSAI tu nape?
Org tua ni dah tua-tua pun perangai dia
Jenis x bertuhan
Maaf la penyokong-penyokong dia ye
Korang nilaikan sendiri ape yang aku cakap ni
Orang yang dia naikkan, pastu dia sendiri nak jatuhkan
Then dia sendiri londehkan kes-kes penyelewengan anak didik dia tu
Anak didik dia pun sama londehkan kerja haram dia
Ada dengar tuduhan buruk dari mana-mana manusia berkenaan DSAI melainkan isu liwat yang direka cipta Madey tu & disambung ideanya oleh Najib?
Mustahil la kalau DSAI tu dah berani wat dosa besar tahap meliwat, tapi x berani nak merompak harta benda negara sepertimana mereka
Bila nak mampos xtau la rentua bangsat tu

 Senarai kesilapan dan rompakan BN sejak Regime Najib dan skandal 1MDB dan Scorpenenya...???????????


 1.  PKFZ RM12 bilion


 2.  Suruhanjaya Kapal Selam 

      RM500 juta


 3.  Sime Darby RM964 juta


 4.  Paya Indah Westland RM88 

      juta


 5.  Pos Malaysia (Transmile) 

      RM230 juta hilang


 6.  Perjanjian Eurocopter RM1 

      bilion dibazirkan


 7.  Stadium Terengganu runtuh 

      RM292 juta


 8.  Kos pembaikan MRR2 RM70  

      juta


 9.  Maybank terlebih bayar BII 

      RM4 bilion


 10.  Pelancongan - NYY sogokan 

        RM10 juta


 11.  3 lukisan dibeli MAS RM1.5 

        juta


 12.  Lebihan bayaran oleh 

        Kementerian Sukan RM8.4 

        juta


 13.  Kompleks sukan gajah putih 

        London RM70 juta


 14.  MATRADE membaiki RM120 

        juta


 15.  Kos pesawat baharu yang 

        digunakan oleh PM RM200 

        juta


 16.  Hutang tak boleh pulih 

        InventQ RM228 juta


 17.  Pampasan membunuh 

        jambatan bengkok RM257 

        juta


 18.  Kerugian dalam penjualan 

        Augusta RM 510 juta


 19.  Nilai AP yang diberikan dalam 

        setahun RM1.8 bilion


 20.  Kapal selam (artifak Muzium 

         Negara masa hadapan) 

         RM4.1 bilion


 21.  Limbungan Tentera Laut PSC 

        RM6.75 bilion


 22.  Skandal berkembar Bank 

        Bumiputra pada awal 1980-an 

        menyaksikan kerugian AS$1 

        bilion (RM3.2 bilion pada 

        2008)


 23.  Percubaan Maminco untuk 

        menyelubungi Pasaran Timah 

        Dunia pada 1980-an 

        dipercayai menelan belanja 

        kira-kira AS$500 juta (RM1.6 

        bilion)


 24.  Pertaruhan dalam niaga 

        hadapan pertukaran asing 

        menelan belanja Bank Negara 

        Malaysia sebanyak RM30 

        bilion pada 1990-an


 25.  Kerugian Perwaja Steel 

        sebanyak AS$800 juta         

        (RM2.56 bilion)


 26.  Penggunaan dana awam 

        RM10 bilion dalam operasi 

        Valuecap Sdn Bhd untuk 

        memantapkan pasaran saham


 27.  Skandal perbankan kerugian 

        RM700 juta dalam Bank Islam


 28.  Penjualan M.V. Agusta oleh 

         Proton untuk satu Euro 

         membuat kerugian €75.99 

         juta (RM348 juta) Sama 

         seperti No.20?


 29.  Wang Ehsan daripada royalti 

         minyak di Terengganu RM7.4 

         bilion dari 2004 – 2007


 30.  Sejak 10 tahun Orkestra 

         Filharmonik ditubuhkan, 

         orkestra ini telah menelan 

         sejumlah RM500 juta.  

         Mengupah CEO Kwai-Lo 

         dengan gaji lebih RM1 juta 

         setahun!


 31.  Dalam Yuran Penasihat, 

        Mahathir dibayar RM180,000, 

        Shahrizat Abdul RM404,726 

        dan Abdul Hamid Othman    

        (agama) RM549,675 setahun


 32.  Kerajaan telah 

        membelanjakan sejumlah 

        RM3.2 bilion untuk mengajar 

        Matematik dan Sains dalam 

        bahasa Inggeris sejak lima 

        tahun lalu.  Daripada jumlah 

        itu, kerajaan membayar 

        RM2.21 bilion untuk 

        pembelian peralatan teknologi 

        maklumat dan komputer (ICT) 

        yang tidak dapat dipecahkan.  

        Kerajaan membayar lebih 

        daripada RM6,000 setiap 

        komputer riba berbanding 

        harga pasaran yang kurang 

        daripada RM3,000 melalui 

        beberapa konsortium baharu 

        yang disediakan hanya untuk 

       melaksanakan perjanjian 

       notebook.  Tiada Kandungan 

       Matematik & Sains untuk guru 

       dan buku nota semuanya ada 

       dengan anak-anak guru 

       sekarang


33.  Suruhanjaya itu membayar 

        pembelian jet dan kapal selam 

        kepada dua syarikat swasta - 

        Perimeker Sdn Bhd dan IMT 

        Defence Sdn Bhd berjumlah 

        RM910 juta.  Memperluas 

        pada No. 2?


 37.  RM300 juta untuk pampasan 

        Gerbang Perdana untuk RM1.1 

        bilion "Bridge Scenic Half-

        Bridge"


 38.  RM1.3 bilion telah dibazirkan 

        membina kemudahan Kastam, 

        Imigresen dan Kuarantin (CIQ) 

        gajah putih atas pembatalan 

       Jambatan Pemandangan 

        Malaysia-Singapura


39.  RM100 juta pengubahsuaian 

         bangunan Parlimen yang 

         bocor


 40.  Program Angkasawan Negara    

        (sebenarnya pelancong) - 

        RM40 juta


 41.  Program Latihan Khidmat 

        Negara(PLKN) - anggaran 

        tahunan RM 500 juta


 42.  Eye of Malaysia - RM30 juta 

        dan RM5.7 juta lagi tiket 

        percuma


 43.  RM2.4 juta pada dakwat kekal


 44.  Samy Vellu mengumumkan 

         pada September 2006 

         bahawa kerajaan membayar 

         pampasan berjumlah RM38.5 

         bilion kepada 20 syarikat 

         lebuh raya.  Durian runtuh 

         RM380 juta untuk 9 syarikat 

         konsesi tol yang diperolehi 

         semata-mata daripada 

         kenaikan tol pada 2008 

         sahaja


 45.  RM32 juta sogokan eksport 

         kayu membabitkan syarikat 

         yang berkaitan dengan Ketua 

         Menteri Sarawak dan 

         keluarganya


46.  Dua bailout Sistem       

        Penerbangan Malaysia RM7.9  

        bilion.  Pada ketika MAS 

        mengalami kerugian setiap 

        tahun, RM1.55 juta digunakan 

        untuk membeli tiga lukisan 

        untuk menghiasi pejabat 

        Pengerusinya (Munir).  

        Memperluas pada No.11


47.  Bailout sistem pengangkutan 

       Putra yang menelan belanja 

       RM4.486 bilion


 48.  Bailout STAR-LRT bernilai 

         RM3.256 bilion


 49.  Penyelamat Sistem 

         Pembetungan Nasional 

         menelan belanja RM192.54 

         juta


 50.  Bailout Lebuhraya Seremban-

        Port Dickson menelan belanja  

        RM142 juta


51.  Bailout Penjara Kuching 

       menelan kos RM135 juta


52.  Kajian Makanan dan Gunaan 

       Orang Islam bailout berharga 

       RM8.3 juta


53.  Bailout Le Tour de Langkawi 

        berharga RM3.5 Juta


 54.  Pengagihan borong berpuluh 

         juta saham di Bursa Malaysia 

         bertopengkan DEB kepada 

         kroni, anak dan kerabat 

         pemimpin dan menteri BN 

         bernilai berbilion ringgit


55.  Pemberian hak milik berpuluh 

        ribu hektar tanah komersial 

        dan konsesi perhutanan 

        kepada anak-anak dan 

        kerabat pemimpin dan 

        Menteri BN bernilai puluhan 

        bilion ringgit


56.  Sejak 1997, Petronas telah 

        menghulurkan sejumlah 

        RM30 bilion subsidi gas asli 

        kepada IPP yang mengaut 

        keuntungan besar.  Di 

        samping itu, terdapat banyak 

        pembaziran dan perdagangan 

        hadapan minyak Petronas 

        pada tahun 1990-an 

        berdasarkan harga minyak 

        yang rendah ketika itu.  

        Memandangkan akaun 

        Petronas adalah untuk 

        pandangan Perdana Menteri 

        sahaja, kami langsung tidak 

        tahu jumlahnya


57.  RM5,700 untuk bicu kereta 

       bernilai RM50 sahaja


58.  Kenderaan milik kerajaan 

       menggunakan tangki petrol 

       bernilai RM113 dalam masa 

       beberapa minit


59 Platform tiang yang berharga 

     RM990 telah dibeli dengan 

     harga RM30,000


60.  Pemacu ibu jari yang berharga 

        RM90 telah dibeli dengan 

        harga RM480


61.  Kabinet yang berharga 

       RM1,500 telah dibeli dengan 

       harga RM13,500


62.  Lampu suluh berharga RM35 

       dibeli dengan harga RM143


63.  Perbelanjaan untuk kempen 

       1Malaysia dibayar kepada 

       APCO?


64.  Subsidi RM17 bilion kepada 

        IPP


65.  Cincin Berlian AS$24 juta 

        untuk Ro$mah - Pembatalan 

        Pesanan - berapa 

        pampasan ?


66.  CowGate .  .  .  RM250 Juta


67.  Piala Monsun.  .  .  RM800 juta 

       setahun


68.  Pindahan Dana Haram keluar 

       dari Malaysia ( 2000 - 2009) : 

       RM 1,077,000,000,000!


69.  Penempatan Tajudin-

        Danaharta untuk melindungi 

        Dr M dan Daim


70.  Konsesi tol berbilion ringgit 

       yang merugikan kerajaan dan 

       pembayar cukai”......


71.  Najib pindah 7 bilion daripada 

      dana 1 Malaysia Development 

      Berhad MDB telah berpindah 

      ke akaun rahsia luar Negara


72.  Rasuah dan penyelewengan 

       peminpin UMNO Terengganu 

       dalam projek Jalan Lingkaran 

       Tengah 2 (MRR2) yang 

       dimulakan pada 2004


73.  Najib berbelanja RM58 bilion 

       bagi tujuan kempen PRU 13 

       oleh Dr Bridget Welsh


 74.  PM Malaysia Najib mengakui 

        saham bumiputera RM52 

        Bilion telah hangus dan lesap 

        yang tinggal cuma RM2Bilion 

        daripada jumlah asal 

        RM54Bilion yang 

        diperuntukkan kepada 

        syarikat bumiputera


75.  Rompakan Lebuhraya LDP!  

       Kos Modal RM1.3 bilion, 

       untung kroni kepada RM18.7 

       bilion yang menakjubkan


76.  Hutang kerajaan drp duit 

       rakyat KWSP mencapai RM 

       144.5 bilion


77.  Lapuran yg dkeluarkan oleh 

      Tan Sri Hasan Marican selaku 

      presiden dan ketua eksekutif 

      Petronas bahawa keuntungan 

      Petronas sehingga 2007 ialah 

      RM570 bilion dgn bayaran kpd 

      kerajaan umno RM336Billion.  

      Baki petronas dgunakan utk 

      melabur ddlm paip Saluran 

      gas, logi2 penapis petrokimia 

      dan lain2….. RM336 Billion 

      UMNO pegang hilang 

      kemana??


Nota: Ini bukan mesej politik tetapi Kisah Benar tentang bagaimana wang cukai anda disalahgunakan dan disalahuruskan di Msia Boleh Land

Thursday, December 9, 2021

 013) Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. – yassinsalleh

Nanti ramai-ramai Makcik-makcik-Ngok unjuk rasa di mahkamah
Nyanyi lagu,
“Kami datang dengan cinta duhai Bossku Rasul Melayu."
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD
Riza Aziz anak tiri cash is king dan ramai lagi
boleh lepas bebas dilepas bebas macam Musa@Aman
dia dah lepas bebas dah dilepas bebas bagai Kuman@Adnan
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD
Musa@Aman yang tak aman dah aman dah
sekarang dia sudah aman, aman sudah dia aman.
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD.
Curilah duit rakyat balunlah duit orang pencen
songlaplah duit tabung haji klepetlah duit felda
bantailah balunlah samunlah rompaklah kedarahlah
takkan bersalah boleh lepas aman damai santai@bantai
kerana mereka dewa-dewa yang bergentayangan
di angkasa di kayangan di mahligai di viagra raba-raba
ada tukang doa penjual tiket syurga penunggang agama
maka rakyat terpesona oleh ratib walaun-walauntit
yang menadah tin milo dan tabung buluhnya.
Jangan curi petai, jangan curi sardin,
jangan curi duit tabung mesjid dua ringgit
jangan curi biskut curi seluar dalam nanti kena jel.
Curilah duit rakyat beribu juta @ Bilion USD
Jadilah sang-helang-fatwa pakar ratib
dan bacalah mentera-menteri pakar viagra raba-raba.
Hulur sana tabur sini semuanya boleh kowtim.
Paling tidak kaut sajalah pasir tambak laut. Naam?
Nanti ramai-ramai Makcik-makcik-Ngok unjuk rasa di mahkamah
Nyanyi lagu,
“Kami datang dengan cinta duhai Bossku Rasul Melayu.
yassinsalleh
10.06.2020
(Edited 9.12.2021)
Sarapan nasi lemak sambal tumis petai
(beli punya bukan curi punya tau, sumpah)
Hak Cipta © 2020 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara

JANGAN LA KATA NAJIB TU SALAH- OWHHH CAM TU- DULU KES TUDUH EDAR PIL KUDA PUNCA LETAK CALON MERATA YA...

GAMBAR NI MASA NAJIB ADA KUASA.....MAKA KITA SONDOL LAH NAJIB..BILA NAJIB DAH KENA...KAH...KAH...KAH...BATANG HIDUNG TAK JENGUK

 May be an image of 5 people and people standing

Tuan Ibrahim kata, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Ada mahkamah akhirat selain mahkamah dunia, katanya. Maksudnya, jangan la kata Najib tu bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah. Dah dua mahkamah kata Najib bersalah. Cuma satu lagi mahkamah yang Najib akan merayu.

Lupakah kita waktu Hadi Awang tuduh calon-calon Keadilan ada yang edar pil kuda dan sokong komunis? Dia gunakan alasan itu untuk Pas letak calon di kerusi-kerusi yang Keadilan bertanding. Waktu itu, siapa calon Keadilan yang didapati bersalah edar pil kuda atau sokong komunis? Mengapa Hadi buat tuduhan? Tidakkah bercanggah dengan apa yang Tuan Ibrahim katakan itu?
Kesimpulannya, lebai ni penjual agama!!
WFAUZDIN NS

Tuesday, December 7, 2021

 

Tengokkan saja spin team propa UMNO bila nak cover line.


LIYANA MARZUKI


Siap buat poster katanya RM400skp untuk Flat PKNS. Bersyukur je lah kata mereka. Ada la geng broker tanah, yang buat posting panjang2. Katanya tu rumah flat. Terima jelah RM200k tu dan pindah keluar.
Ni saya nak rebut. Laporan akhbar mengatakan bukan hanya penduduk rumah flat. Tapi rumah teres juga terkesan.
Ia mengatakan pampasan yang ditawarkan:
RM200,000 untuk rumah flat
RM400,000 untuk rumah teres.
Bahagi lah 500kps untuk rumah flat dan 1000kps untuk rumah teres, ia tetap RM400skp.
Berbanding cakap Annuar Muso suruh bayar ikut harga pasaran. Ikut Najib Razak harga pasaran ialah RM3000skp. Tanah ni lagi dekat dengan KLCC. Mungkin boleh jadi mahal lagi.
Makanya propaganda hanya rumah flat PKNS itu merupakan propaganda jahat menutup hipokrasi mereka dulu. Sekarang dah terlingkup.
Confirm ada rumah teres juga. Harga pasaran RM3000, yang penduduk dapat RM400.
Kampung Baru ke Kampung Sungai Baru, penduduknya tetap Melayu. Tak perlu ke pembelaan pejuang bangsa?
Bukan kah masa tahun 2019 dulu punya lah macam Rimau marahkan kerajaan. La ni macam kucing tersipu2 spin sana sini…
On a separate note, saya rasa orang Kampung Baru dah boleh senyum. Kalau ikut logik NR, confirm korang boleh dapat RM3000skp. Jangan diaorg kona baring lagi sudah 😅

 


 











Apa agaknya pendirian Ismail Sabri Yaakob mengenai Muafakat Nasional? Waktu dahulu kita tahu, masa MN ditubuhkan. Tetapi tidak selepas beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Ertinya sejak jadi PM beliau agak sepi mengenai MN, khususnya pergolakan partinya dengan PAS berhubung soal Bersatu. Tidak ada komen – apa lagi kenyataan terbuka.

Ada yang percaya beliau tersepit (atau terperangkap untuk guna perkataan lebih lembut) antara Umno dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin. Tidak perlulah kita diperingatkan jawatan Perdana Menteri yang dipegang Muhyiddin diambil Ismail. Kita pun masih ingat mengapa Muhyiddin letak jawatan dan angkara siapa memaksa perletakan jawatan itu dilakukan.

Ramai pemerhati dan penganalisis politik sependapat apabila PAS memeluk Bersatu dan menggunakan lambang Perikatan Nasional dan melawan Umno-BN pada PRN Melaka bulan lalu ia merumitkan Ismail. Apa tidaknya kerana PAS dan Bersatu bersama parti Ismail mendirikan kerajaan persekutuan pimpinannya. Kata pemerhati dan penganalisis politik itu antara contoh keadaan serba salah Ismail. Tentu ada lagi contoh.

Oleh kerana saya bukan ahli nujum dan tidak punya gelok jampi Pak Belalang, saya tidak tahu apa yang Ismail fikirkan akan apa yang berlaku antara Umno, PAS, dan MN keseluruhannya.

Benar Ismail “hanya seorang Naib Presiden Umno lantas ‘memberi laluan’ kepada Presiden dan Timbalan Presiden partinya untuk ulas, komen, dan cakap mengenai MN. Akan tetapi beliau adalah Perdana Menteri dan kata-kata beliau penting dan membawa kesan. Lagi pun dua Naib Presiden Umno yang lain Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid kerap menyuarakan pendapat, pandangan, dan pendirian masing-masing mengenai masalah MN. Terutama Khaled yang lantang mengkritik PAS dan Bersatu.

Sebelum ini kedengaran pendapat bahawa Ismail ‘ditugaskan’ Umno menjaga negara manakala parti dijaga Presiden dan juga Najib Razak bekas Presiden.

Hakikatnya Ismail memilih untuk memendam rasa dan seperti dikatakan tadi mengizinkan bos-bosnya dalam Umno bersuara mengenai isu yang diperkatakan ini. Sama ada ada beliau merestui apa yang dikatakan Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan berhubung isu MN, saya ulangi – saya bukan ahli nujum.

Apa pun, bagi saya, hantaran Facebook terbaharu Zahid paling keras setakat ini. Presiden Umno itu merujuk kenyataan Presiden PAS yang mempersoalkan keikhlasan Umno menjayakan MN.

Abdul Hadi Awang membayangkan Umno sudah ‘lari’ daripada piagam MN apabila “mahu PAS dan mereka (Umno) sahaja dalam MN” dengan menolak Bersatu yang merupakan sekutu PAS dalam PN.

Respon Zahid: “Seseorang yang bergelar ulama harus mengikut ‘nas’ yang sahih bukan memanipulasi hukum mengikut selera politik untuk memperdagangkan agama demi mencapai objektif siasah”.

Cukup keras bukan? Sebelum ini musuh PAS kerap menuduh parti itu “menunggang dan memperdagangkan agama” untuk keuntungan politik. Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pernah menuduh PAS macam “pelacur politik”.

Bagaimanapun apabila Zahid menggunakan istilah “memperdagangkan agama” ia sesuatu yang menyentakkan. Ini kerana beliau dilihat satu-satunya pemimpin Umno yang boleh menyatukan Umno dengan PAS. Malah MN dikatakan ilham beliau. Oleh itu ramai pemerhati yang beranggapan jika Zahid sendiri menyelar Hadi keadaan sememangnya amat buruk.

Seperti yang dijangka perang mulut Umno-PAS mencetus reaksi Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari. Beliau saya sifatkan hulubalang terbaharu Presiden PAS kerana kerap tampil mempertahankan Hadi dan melakukan serang balas.

Kali ini Fadhli berkata Umno tidak patut menggunakan keanggotaan Bersatu dalam Pakatan Harapan pada masa lalu sebagai alasan menolak parti itu menyertai MN. “Jika luka kerana Bersatu menjadi sebahagian daripada PH itu sangat besar untuk dilupakan kenapakah Umno sanggup menjadi sebahagian daripada kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dahulu?”

Ada logiknya apa yang beliau persoalkan itu. Jelas, beliau merujuk peranan Umno dalam dan selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020. Langkah Sheraton ialah rampasan kuasa cara politik. Lalu, sebagai orang politik, Fadhli pasti tahu dalam bidang yang diceburinya itu tidak ada kawan mahupun lawan yang kekal. Yang kekal hanya kepentingan. Sama ketika PAS berbaik dan bermesra dengan DAP dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat suatu masa dahulu.

Dalam konteks MN, pemimpin Umno yakin PAS faham akan sensitiviti soal hubungan Umno-Bersatu sama seperti Umno faham sensitiviti hubungan PAS–Amanah. Asal Bersatu ialah Umno dan parti itu ditubuhkan untuk “menghapuskan” Umno manakala asal Amanah adalah PAS dan ia ditubuh untuk menentang PAS.

Oleh itu, kata Timbalan Presiden Umno walaupun partinya turut berpendirian Amanah, PKR, serta Pejuang juga sebahagian ummah yang berkepentingan, Umno tidak pernah mempelawa parti-parti itu menyertai MN kerana “tidak mahu menyakiti hati PAS”. Maksudnya Umno menjaga sensitiviti PAS. Itu menurut Tok Mat.

Menarik kerana kini semua parti itu disebut dalam pertelingkahan Umno-PAS. Parti pimpinan Hadi pula turut menyenaraikan Putra yang ditubuhkan oleh orang lama, Ibrahim Ali. Kata Fadhli, PAS tidak bermasalah menerima Putra bersama parti-parti yang disebut Tok Mat masuk MN dengan syarat tertentu.

Saya tidak bercadang menggariskan syarat yang PAS tetapkan. Hanya ingin menjelaskan saya kata ini “perkembangan menarik” kerana nama parti-parti itu tidak pernah timbul sebelum ini.

Pun begitu (ini juga menarik) Ketua Pemuda PAS mengingatkan bahawa Umno dan PAS telah bersepakat untuk mengundang Bersatu ke dalam MN sebelum ini.

Imbas kembali laporan media 21 Ogos 2020 yang menyebut Zahid dan Hadi telah tandatangani surat mengundang Bersatu sertai MN. Ini berikutan keputusan yang dicapai pada mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden Umno dan PAS.

Bagaimanapun pada Perhimpunan Agung Umno 2020 yang diadakan pada Mac tahun ini, perwakilan sebulat suara memutuskan Umno tidak akan membentuk sebarang kerjasama politik dengan Bersatu. Kata Timbalan Presiden Umno, partinya terikat dengan pendirian itu – “jadi amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima sebelum PAS mencadangkan keanggotaan baharu dalam MN”.

Kesimpulannya, apa yang kita tonton sekarang adalah permainan politik Umno dan PAS dan juga sedikit sebanyak Bersatu yang mengkagumkan dan memualkan pada masa yang sama. Tidak perlu tilik dengan gelok jampi Pak Belalang untuk tengok itu semua.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Saturday, December 4, 2021

 NAJIB KATA ADA PIHAK LINDUNGI MAKLUMAT 1MDB? BETUL KE YB ?


1. Agaknya najib ni lupa apa dia buat masa dia berkuasa. Sepatutnya 1MDB ni kalau dia tak terlibat, dah lama jholow boleh ditahan.


2. Dalam kes laporan polis baru2 ini, agak mengkagumkan saya beliau sendiri pergi report polis. 


3. SEDANGKAN sewaktu satu dunia diantara 2015 ke 2016, pelbagai agensi melakukan siasatan dan pendakwaan.  APA NAJIB BUAT MASA TU? 


Menafikan berlaku kes2 fraud tersebut malah mempertahankan semua yg terlibat. 


4. Kita boleh imbau kembali tindakan2 beliau. Dari janji nak saman WSJ , mengganggu siasatan sprm dengan menukar pegawai sprm, membuang peguam negara , memansuhkan pasukan siasatan khas 1mdb, memecat ahli2 umno yg bersuara, tidak membenarkan soalan berkaitan 1mdb di parlimen, tidak mengambil saranan laporan PAC dan banyak lagi.... malah JASA telah menerbitkan buku khas menafikan segala fraud 1mdb.


5. Cuma kali ini, zeti telah diserang. Kes zeti ini simple. 


5.1 Berlaku sykt suami zeti yg hanya jadi salah seorang bod di company spore. Lama sebelum 1mdb ini pecah busuknya pada 2015. 


5.2 Saya rasa ramai penerima duit 1mdb sebelum 2015  ni pun  melihat tiada apa kesalahan pada 2009 . Apatah lagi 1mdb di terajui oleh PM dan kerajaan.  


5.3 Jadi, bagusnya dalam kes syarikat suami zeti ialah sebaik sahaja mengetahui pada 2015 dana diterima ini adalah dana fraud, mereka telah memulangkannya kpd CAD DAN MAS Spore. 


6. Najib cuba mengaitkan zeti. Menggunakan ketidakfahaman operasi Bank Negara berbeza dengan Bank Perdagangan dikalangan orang awam, maka najib cuba meraih sentimen kaitan dengan zeti.  


Najib cuba build up kes seolah2 dia ditipu jholow disebabkan maklumat disorok....oleh zeti. 


7.  Betul ke zeti atau Bank Negara menyorok maklumat?.  Tapi najib lupa satu perkara.


8. Pada  6 April 2016, Bank Negara telah mengutus surat rasmi memaklumkan siapakah pemilik Good Star Ltd (GSL) . Sebab kecoh masa itu dana 1mdb dari pinjaman sukuk Ambank telah dipindahkan kpd sykt ini bernilai usd 700 juta. SEMASA itu semua rakyat nak tahu sapa pemilik GSL!!! 


8.1 Surat ini diserahkan kpd ketua PAC sewaktu itu, Hassan Arrifin selaku pengerusi PAC parlimen yg  mengetuai sisatan Pac berkaitan 1mdb.


8.2 Apa yg berlaku ialah ARRIFIN telah menyorokkan surat itu dari  ahli Pac yg lain. 


JADI, KENAPA NAJIB TIDAK BERBUAT APA2 TINDAKAN BILA INI BERLAKU? WHY!!!!


9. Dan terbitan sukuk Ambank ini lah dimana jholow telah flip sukuk ini mendapat keuntungan beratus juta dengan menjualkannya semula kpd dana awam di Msia sprt Pekeso, kwsp dll. Dan sekelip mata keuntungan jholow buat beratus juta. 


10. Jadi apa motif zeti dedahkan pemilik GSL ni kpd pihak Pac yg dilantik najib kalau zeti terlibat sama ? Dan apa pula motif Hassan Arifin menyorokkan surat dari zeti ini dari diketahui ahli Pac?.


11. Jadi apa kaitan GSL dengan isu zeti? Sebab,  duit haram yg GSL buat dari sukuk ini lah yg di masukkan juga ke akaun syarikat yg salah seorang BOD nya adalah suami zeti.


Jadi tak logik motif jika zeti sendiri ingin mendedahkan siapa pemilik GSL jika zeti terlibat kerja haram najib bersama2 najib atau pun dikatakan menyembunyikan maklumat penting ini.


11.1 DAN silalah lihat kes pendakwaan ke atas Najib dan Arul Kandar yg sedang berlangsung di mahkamah. Ada 4 item yg najib arahkan pinda. Ianya berkaitan jholow dalam mesyuarat 1mdb, kes jualan sukuk ini kpd 2 syarikat di thailand dan spore , 2 akaun berbeza dan arahan memaksa meneruskan terbitan sukuk ini walaupun menderhaka arahan sultan terengganu. Inilah punca duit yg kononnya ada kaitan dgn sykt suami zeti menjadi bod. So apa yg najib nak sorok sehingga meminda laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1mdb ini? 


12.  Dan sewaktu itu, najib langsung tidak mengambil apa2 tindakan dr saranan PAC dan kes hassan arrifin menyorokkan surat dr zeti ini. 


Pada saya, beliau orang dah lemas... taik pun dia kalau boleh nak berpaut..dia akan paut juga. 


13. Jadi semasa najib berkuasa penuh, dia boleh sahaja mengambil tindakan tetapi apa pun tindakan dia tak ambil. Berjela2 kita boleh listkan. Malah pihak yg terlibat pun beliau lepaskan termasuk pegawai2 1mdb yg dikehendaki oleh Bank Negara dan Polis. Malah BOD 1 mdb termasuk arul diberi bonus dan jutaan rm. 


13.1 Lihat sahaja  apabila IPIC memaklumkan mereka tidak menerima dana bayaran 1mdb berbilion. Kes ini telah disahkan di mahkamah bahawa bayaran tersebut kepada Aabar palsu dalam pembelian ipp. Langsung tiada pihak berkuasa kita diarahkan ke Abu Dhabi atau ke ipic untuk dibuat siasatan bersama. 


14. Jadi, jangan lah nak main sentimen setakat laporan polis yg baru dibuat. Apa... sebab pak mail berkuasa maka berleluasa lah kluster2 mahkamah sprt najib ini buat perangai?.

Friday, December 3, 2021

 https://www.facebook.com/groups/412063112667921/permalink/1099889650551927/

Saturday, November 27, 2021

 Najib buat laporan polis.


Zaharin Mohd Yasin.....✍️


Najib Razak OKT dalam kes SRC buat laporan Polis minta pihak Polis apa yang dia katakan sebagai persembunyian fakta.


2. Laporan media telah mengatakan bahawa sebanyak RM700 juta telah dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 2013 hingga tahun 2017.


3. Persoalannya pemindahan itu berlaku di zaman siapa jadi Perdana Menteri?


4. Dan bukankah Najib Razak sendiri telah menubuhkan team siasatan terdiri berapa orang penting, saperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara , Gabenor Bank Negara dan juga SPRM.. apa yang mereka siasat dan apa dapatan mereka dari siasatan?


5. Seperkara lagi bukankah CEO IMDB di lantikan Najib Razak terkenal dengan ilmu yang luas dalam hal ehwal akaun dan kewangan. Adakah mereka tidak mengesan akan aliran kewangan itu.


6. Kata dahulu ada pasukan audit yang melakukan audit termasuk audit negara sendiri terhadap IMDB, tak kan mereka tak jumpa ada aliran kewangan kepada pihak yang bukan berkepentingan.


7. Dengan laporan "Bahawa polis telah mengetahui mengenai perkara ini sejak tahun 2019 di bawah rejim kerajaan Pakatan Harapan tetapi masih menyiasat sehingga kini hampir penghujung tahun 2021," dakwa Najib lagi”


8. Ini memberi makna bahawa yang menyembunyikan fakta itu.. bukan Kerajaan Goverment Of The Day masa itu tetapi pasukan penyiasat yang dilantik oleh Najib Razak sendiri.


Ini pandangan saya.  Siapa agak yang mencadaNgan OKT Najib Razak buat laporan polis? Masa kejadian itu berlaku Jho Low masih berhubung dengan Najib Razak. Anak tiri dia masih berkawan dengan Jho Low.. - zmy


Sang Kelembai

Nov 27. 2021

Kuala Lumpur.

 Pagi ini saya telah diminta memberikan pendapat mengenai kenyataan Menteri Kewangan tidak akan membayar wang dari petroleum kpd Kerajaan Kelantan atas nama royalti - tetapi atas nama wang ihsan saja. 


Ekoran dari itu, Gerakan R akan menggerakkan semula aktiviti mereka. 


Berikut ada komen saya :


Royalti : Antara Telus, Syukur dan Tawar Menawar


1. Tuntutan royalti petroleum di era Pas menjadi sebahagian Kerajaan Pusat boleh dijayakan melalui kuasa tawar menawar antara menteri kabinet Pas dan Petronas serta Perdana Menteri.


Malangnya, hal ini tidak berlaku.


2. Ngo R sepatutnya terlebih dahulu mendesak anggota Kabinet dari Pas memainkan peranan mereka dgn bersungguh sungguh ketika Allah memberikan mereka peluang keemasan sekarang.


3. Pada masa sama, Kerajaan Kelantan mesti telus dan berterus terang dengan Rakyat Kelantan tentang penggunaan wang ihsan petroleum yg telah diterima.


Sehingga kini, rakyat jelata tidak mendapat apa apa maklumat bagaimana wang beratus ratus juta itu telah dibelanjakan.


Lebih menyedihkan, bila adanya perbelanjaan membeli kereta mewah utk anggota kerajaan ketika rakyat ternanti nanti utk melihat limpahan manafaat yg boleh dinikmati oleh rakyat biasa dari hasil khazanah bumi itu.


4. Ngo R wajar mendesak Kerajaan Negeri mendedahkan kpd rakyat semua perbelanjaan dari wang ihsan itu.


5. Kerajaan Kelantan juga mesti berani melantik juru audit luar untuk memeriksa akaun wang berkenaan dan kemudian membentangkannya kepada Rakyat Negeri Kelantan jika ia mengamalkan ketelusan dan jujur dgn rakyat.


6. Kerajaan Kelantan juga perlu mengambil kesempatan dari kedudukan yg ada untuk mengemaskan lagi tuntutan royalti itu.


Ini termasuk, berunding dengan Kerajaan Pas Terengganu untuk menentukan sempadan laut antara Kelantan dan Terengganu dan kemudian menggazetkannya.


Kedudukan sempadan laut ini nanti amat perlu untuk menentukan kejayaan sebahagian tuntutan Kelantan.


7. Terakhir, perjuangan tuntutan royalti turut dijayakan oleh banyak pihak, termasuk media dan sebahagian rakyat sendiri.


Antaranya, tuan tuan punya bot yg telah meminjamkan bot mereka untuk meninjau pelantar minyak yg ada di perairan Kelantan dan pasukan media yg ikut bersama.


Kejayaan mendapat ratusan juta wang petroleum, sekali pun atas nama wang ihsan, harus disyukuri. Antaranya, dengan meraikan mereka dan memberikan tanda peringatan sebagai satu cara penghargaan.


Sebaliknya, Kerajaan Negeri telah bersikap seperti tikus jatuh ke beras!


Datuk Husam Musa

26 Nov 2021