Saturday, November 27, 2021

 Pagi ini saya telah diminta memberikan pendapat mengenai kenyataan Menteri Kewangan tidak akan membayar wang dari petroleum kpd Kerajaan Kelantan atas nama royalti - tetapi atas nama wang ihsan saja. 


Ekoran dari itu, Gerakan R akan menggerakkan semula aktiviti mereka. 


Berikut ada komen saya :


Royalti : Antara Telus, Syukur dan Tawar Menawar


1. Tuntutan royalti petroleum di era Pas menjadi sebahagian Kerajaan Pusat boleh dijayakan melalui kuasa tawar menawar antara menteri kabinet Pas dan Petronas serta Perdana Menteri.


Malangnya, hal ini tidak berlaku.


2. Ngo R sepatutnya terlebih dahulu mendesak anggota Kabinet dari Pas memainkan peranan mereka dgn bersungguh sungguh ketika Allah memberikan mereka peluang keemasan sekarang.


3. Pada masa sama, Kerajaan Kelantan mesti telus dan berterus terang dengan Rakyat Kelantan tentang penggunaan wang ihsan petroleum yg telah diterima.


Sehingga kini, rakyat jelata tidak mendapat apa apa maklumat bagaimana wang beratus ratus juta itu telah dibelanjakan.


Lebih menyedihkan, bila adanya perbelanjaan membeli kereta mewah utk anggota kerajaan ketika rakyat ternanti nanti utk melihat limpahan manafaat yg boleh dinikmati oleh rakyat biasa dari hasil khazanah bumi itu.


4. Ngo R wajar mendesak Kerajaan Negeri mendedahkan kpd rakyat semua perbelanjaan dari wang ihsan itu.


5. Kerajaan Kelantan juga mesti berani melantik juru audit luar untuk memeriksa akaun wang berkenaan dan kemudian membentangkannya kepada Rakyat Negeri Kelantan jika ia mengamalkan ketelusan dan jujur dgn rakyat.


6. Kerajaan Kelantan juga perlu mengambil kesempatan dari kedudukan yg ada untuk mengemaskan lagi tuntutan royalti itu.


Ini termasuk, berunding dengan Kerajaan Pas Terengganu untuk menentukan sempadan laut antara Kelantan dan Terengganu dan kemudian menggazetkannya.


Kedudukan sempadan laut ini nanti amat perlu untuk menentukan kejayaan sebahagian tuntutan Kelantan.


7. Terakhir, perjuangan tuntutan royalti turut dijayakan oleh banyak pihak, termasuk media dan sebahagian rakyat sendiri.


Antaranya, tuan tuan punya bot yg telah meminjamkan bot mereka untuk meninjau pelantar minyak yg ada di perairan Kelantan dan pasukan media yg ikut bersama.


Kejayaan mendapat ratusan juta wang petroleum, sekali pun atas nama wang ihsan, harus disyukuri. Antaranya, dengan meraikan mereka dan memberikan tanda peringatan sebagai satu cara penghargaan.


Sebaliknya, Kerajaan Negeri telah bersikap seperti tikus jatuh ke beras!


Datuk Husam Musa

26 Nov 2021

No comments:

Post a Comment