Kecenderungan Umno untuk mendesak PRU-15 diadakan dengan kadar segera memperlihatkan parti itu tidak mengambil peduli situasi rakyat dan negara yang masih lagi berdepan dengan wabak pandemik Covid-19.
Keputusan itu menguatkan lagi dakwaan bahawa parti itu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia.
Jangan ingat kemenangan di Melaka, Umno mampu meraih undi rakyat. Kalau dikira peratusan undi popular BN pada PRN Melaka baru-baru ini berbanding PRU14 lalu, peningkatannya cuma 0.5 peratus saja.
Pada PRU-14, BN meraih undi popular sebanyak 37.5 peratus berbanding Pakatan Harapan (PH) yang bertanding menggunakan lambang PKR memperolehi sokongan sebanyak 50.8 peratus.
Jadikan ikhtibar PRN di Sabah sebelum ini yang menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan beribu nyawa rakyat menjadi korban akibat kerakusan dan ketamakkan kuasa oleh pemerintah.
Juga terdapat jangkaan gelombang kes Covid-19 akan berlaku bulan hadapan.
Kita berharap kepimpinan Umno seharusnya berpegang kepada perjanjian memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan dan PH.
No comments:
Post a Comment