Najib buat laporan polis.
Zaharin Mohd Yasin.....✍️
Najib Razak OKT dalam kes SRC buat laporan Polis minta pihak Polis apa yang dia katakan sebagai persembunyian fakta.
2. Laporan media telah mengatakan bahawa sebanyak RM700 juta telah dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 2013 hingga tahun 2017.
3. Persoalannya pemindahan itu berlaku di zaman siapa jadi Perdana Menteri?
4. Dan bukankah Najib Razak sendiri telah menubuhkan team siasatan terdiri berapa orang penting, saperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara , Gabenor Bank Negara dan juga SPRM.. apa yang mereka siasat dan apa dapatan mereka dari siasatan?
5. Seperkara lagi bukankah CEO IMDB di lantikan Najib Razak terkenal dengan ilmu yang luas dalam hal ehwal akaun dan kewangan. Adakah mereka tidak mengesan akan aliran kewangan itu.
6. Kata dahulu ada pasukan audit yang melakukan audit termasuk audit negara sendiri terhadap IMDB, tak kan mereka tak jumpa ada aliran kewangan kepada pihak yang bukan berkepentingan.
7. Dengan laporan "Bahawa polis telah mengetahui mengenai perkara ini sejak tahun 2019 di bawah rejim kerajaan Pakatan Harapan tetapi masih menyiasat sehingga kini hampir penghujung tahun 2021," dakwa Najib lagi”
8. Ini memberi makna bahawa yang menyembunyikan fakta itu.. bukan Kerajaan Goverment Of The Day masa itu tetapi pasukan penyiasat yang dilantik oleh Najib Razak sendiri.
Ini pandangan saya. Siapa agak yang mencadaNgan OKT Najib Razak buat laporan polis? Masa kejadian itu berlaku Jho Low masih berhubung dengan Najib Razak. Anak tiri dia masih berkawan dengan Jho Low.. - zmy
Sang Kelembai
Nov 27. 2021
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment