Saturday, November 13, 2021

 Bersungguh benar penyokong DAP serang DS Anwar. Aku tengok kalau ada saja berita tentang mantan Adun UMNO yang bertanding atas tiket PH, dalam ruangan komen memang penuh dengan serangan terhadap DS Anwar.


Sebenarnya ini bukan perkara baru. Serangan terhadap DS Anwar bermula sejak Langkah Sheraton lagi. Pada ketika itu DS Anwar dicerca kerana dikatakan enggan bekerjasama dengan Mahathir menyebabkan PH hilang kerajaan.


Padahal hakikat sebenarnya, PH telah pun buat tawaran kepada Mahathir tetapi ditolak. Mahathir hanya buat u-turn apabila melihat DS Anwar mula mendapat sokongan. U-turn Mahathir hanya untuk nafikan sokongan terhadap DS Anwar.


Tapi katalah DS Anwar setuju bekerjasama dengan Mahathir ketika itu. Manakah Mahathir akan dapat kerusi bagi cukupkan majoriti? Tentulah daripada katak. Kan? Tapi masa itu DS Anwar dicerca kerana enggan terima katak. Sekarang dah terbalik.


Kemudian mereka marah lagi ketika DS Anwar menolak tawaran Mahiaddin untuk PH bersama dalam kerajaan apabila UMNO menarik balik sokongan. Mereka kata rugi tolak tawaran kerana itu peluang untuk buat reformasi sistem.


Haik? Bukan Mahiaddin itu katak juga? Lagilah katak paling besar. Katak daging, gitu. Pada waktu itu tidak pula bercerita tentang prinsip. Sebaliknya DS Anwar yang tolak tawaran itu kerana prinsip pula yang dihina. Ini apa jenis manusia ni?


(Tambahan) Selepas UMNO tarik balik sokongan terhadap Mahiaddin, DS Anwar dikritik kerana dikatakan tidak berusaha mencari majoriti. Aku nak tanya, masa tu, kalau DS Anwar berusaha cari majoriti, apa yang PH akan dapat? Bukan katak? Masa tu DS Anwar disuruh pula cari katak. Begitu?


Sudah-sudahlah bersifat hipokrit. Aku nampak seolah pemimpin DAP marah DS Anwar terima mantan Adun bukan kerana prinsip. Tapi kerana dendam. Kerana kekentalan DS Anwar menolak kerjasama dengan pengkhianat telah gagalkan cita-cita mereka berada dalam kerajaan semula.


Serangan terhadap DS Anwar pada ketika ini hanya untuk melunaskan dendam yang lama terpendam.


Pemimpin DAP, sila nasihatkan penyokong anda supaya jaga adab. Jangan berterusan memalu gendang. Jangan sampai paluan gendang kamu kami sambut. Berat jadinya nanti.


Waktu begini, kita perlu bersama. Pemimpin setiap parti elakkan bercakap, menulis atau berkomentar perkara yang tidak perlu. Tak usah terlebih tunjuk bijak. Nanti nampak bodoh.


PH mesti bergerak sebagai satu unit. Tapi kalau kamu sudah rasa kuat bersendiri, jalankan sendiri. Jangan terus bawa nama PH tapi bertindak mahu asing-asing. Itu pun khianat juga namanya.


 

Raja Gelap

No comments:

Post a Comment