RESEPI SUP TULANG
Bahan-bahan :
1 kg tulang
sup bunjut
4 sekawan
2 inci halia ( mayang) ( semua bhn blh boh lbh ikut suka ya .. agak2 je)
bawang putih ( mayang)
bawang merah ( mayang)
1 labu bawang besar ( potong weges)
2 btg serai ( ketuk)
1/2 inci lengkuas ( mayang )
15 bj lada hitam (d tumbuk)
15 bj lada putih (d tumbuk)
daun sup daun bawang..
cili padi (d ketuk)
garam aji @ scukup rasa
air limau nipis secukupnya..
nak boh carot tomato kentang btg salary... ikut slera...
Cara-cara :
masukkan tulang ke dalam periuk... boh air...sup bunjut garam aji @ scukup rasa ... halia.. serai lengkuas rebus sampai glegak.... tumis 4 skawan.. wangi masukkan ke dlm kuah glegak td... ttup periuk..tumis bawang besar layu masukkam dlm periuk.. tumis bawang putih... wangi boh dlm kuah td ..tutp smula peiuk.. tumis bawang merah... wangi .. kekuningan.. boh dlm kuah td ( simpan sikit utk d boh semasa menghidang)...
boh lada hitam lada putih... dh empuk ( suka hati nk lembut mana).. boh air limau nipis ( akak suka boh terus nk mkn dh sesedap rasa... terpulang masing2 ya) .. rasa kn sesedap rasa... masam masin...
Credit : Tg Khuzanika
#resepimuda
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian
Rahsia Buat Sup Tulang Sedap, Kuah Pekat. Kena Kisar 2 Bahan Ini & Tumis Sekali
Posted by
By malaysiangp
19/06/2024
No Comments
Posted in
Resepi
Rahsia Buat Sup Tulang Sedap, Kuah Pekat. Kena Kisar 2 Bahan Ini & Tumis Sekali
Kalau nak makan sup tulang buatan sendiri yang sedap, apa kata ikut cara yang dikongsikan oleh Fazniza Razali. Admin sendiri dah cuba, memang menjadi sangat!
Bahan-bahan dan cara memasaknya mungkin sama tetapi untuk menjadikan sup tulang ini lebih sedap dan pekat, rahsianya perlu ditambah dua bahan rahsia ini, kami akan sharekan dibawah. Tak rugi belajar resepi ni, sebab nanti confirm suami atau isteri anda akan puji!
Cara masak sup tulang sedap, kuah pekat
Nak masak sup tulang lembu boleh cuba resepi ni. Yang ditunjukkan di sini dimasak secara manual. Jika anda mempunyai periuk tekanan, anda boleh menggunakannya.
Bahan A
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Halia dalam 2 keping
1 sudu besar ketumbar.
Nota: Kisar semua bahan A hingga sebati
Bahan B
3 tangkai saderi
1 batang lobak merah
Nota: Kisar bahan B hingga hancur.
Bahan C
3 batang kayu manis
bunga lawang 4 bintang
10 biji cengkih
10 biji buah pelaga
1 sudu serbuk sup
2 kg tulang
5 biji kentang (dibelah dua)
3 tangkai (dihiris)
3 biji bawang besar (potong 4)
air
Bagaimana cara untuk membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan A hingga naik bau, kemudian masukkan bahan B dan bahan C, kacau rata hingga sebati dan naik bau.
Bahan kuning ialah lobak merah yang dikisar dan daun saderi
2. Masukkan air, kemudian tulang. Rebus hingga isi lembut pada tulang.
3. Jika tidak empuk, masukkan air, jika tidak empuk tambah air lagi dan seterusnya sehingga isinya lembut. Proses ini mengambil masa 1 1/2 jam juga.
4. Bila dah empuk, masukkan kentang, batang saderi dan bawang besar yang dihiris. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kali ini kita tunggu kentang empuk dalam 10 minit. 5. Bila semua dah masak bolehlah keluarkan, tabur bawang goreng dan daun sup.
Semoga berjaya.
RESEPI MEE BANDUNG WARISAN ABAH
BAHAN-BAHAN :
Pes Mee Bandung
(Pes ni leh frozenkan, tahan lama)
Lada kering/Cili Boh 1 blender
Bwg putih (10 ulas)
Bawang besar (4 ke 5 biji)
2 blender penuh udang geragau (rendam dulu)
Siap blender sema, tuang dlm periuk or kuali masak api kecil sampai air kering utk jdkan pes
Pes ni bole buat pes mee goreng
👉 Goreng kacang tanah & blender kering + biskut lemak utk pekatkan kuah
Rebus daging utk dptkn air rebusan..ni yg buat sdp mee bandung tu..
CARA MEMASAK :
Tumis sambal td (2 sudu besar utk sorg makan)
Masukkan air rebusan daging, agak2 dlm 2 senduk besar (utk sorg mkn), pecahkan telur.
Dah mendidih masukkan kacang, udang, sotong rendam dan daging
Masukkan mee, masukkan sawi & tomato & perasakan
Siap utk d hidangkan..
Kredit Resepi : yusreena said yusz
SELAMAT MENCUBA 👍
#resepimudah
#resepisimple
#koleksierepi
#resepiharian
Mee bandung 🍜
1/2 bj bwg merah besar
1/2 bj bwg holland
2 ulas bwg putih
1inch halia
2sb udang kering
5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit)
Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit)
2sb sos cili
2sb sos tiram
Ayam&udang
1sb chicken stock powder
Gula&garam
500ml air
Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus).
Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut suka) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap.
Boleh guna mee kuning @ yee mee. Hidangan utk 2 orang.
Resepi asal : marina sweet bakery
RESEPI MEE KUAH TULANG KELEDEK MERAH
BAHAN-BAHAN :
Tulang dan daging rebus
Keledek merah
*Blend bawang besar
*Bawang putih
*Halia
*Cili kering
Serbuk sup adabi dua sudu
Serbuk perasa sikit
Sos cili
Sos tomato
Garam
Gula
Susu pekat manis.
CARA MEMASAK :
Tumis bahan bertanda* sampai pecah minyak.
Masuk perencah sup, letak kulit kayu manis sebatang cukup dan bunga lawang dlm 3 kuntum, tuang masuk dlm rebusan daging td.
Ubi keledek merah dlm 3 biji rebus dan blend, pastu masuk dlm periuk.
Masuk pula segala sos td.. mama agak2 je.
Perasakan dengan garam gula dan susu pekat manis mengikut citarasa masing2.
DAH SIAP TABURKAN :
Hirisan daging
Telur rebus
Tauhu goreng
Sawi celur
Daun bawang/sup
Taugeh
Cili potong
Bawang goreng
Kredit : finaz rizal
RESEPI MEE HAILAM SEDAP DAN SIMPLE
Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailam sedap nie kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya. Saya pernah merasai mee hailam di salah sebuah kedai makan. Rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple dan rasanya juga sedap.
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg mee kuning
1/4 kg daging ayam dan daging lembu
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sos cili
Sos tomato
Kicap (warna asal bkn mcm ni, kami suka mkn kicap sb tu boh byk2)
*Ditumbuk terlebih dahulu
*Ayam dan daging direbus dahulu
CARA MEMBUATNYA :
Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar2 masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. (sukatan mengikut citarasa anda)
Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
Kemudian 10 sos tomato dan sos cili.
Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap.
Kredit : jessie ooi
SELAMAT MENCUBA 👍
(RESEPI SATAY AYAM VIRAL)
Dada ayam 2kg cukup untuk 100 cucuk
.
Gula 1 cawan
Halia 1 ibu jari
Bawang putih selabu
Bawang besar 2 labu
serai 2 batang
1 camca serbuk jintan manis
*Blendkan semua ini bersama*
.
4 camca kunyit dan sedikit garam gaul dengan ayam yang dah dicucukkan tadi selama setengah jam.
(KUAH SATAY)
Kacang tanah 2 cawan - goreng dengan minyak, kacang sejuk blendkan.
.
Tumiskan bahan blender tadi, bila kekuningan masuk kan cabai serbuk, gula dan sedikit garam.
.
Masukkan kacang dah blend tadi masukkan air 3 gelas dan tunggu mendidih.
.
Resepi simple ☺️
Selamat Mencuba 😋
Resepi Mee Goreng Basah:-
1 bungkus mee kuning (Celur air panas dan tos kan)
1 paket fish ball
2 ekor sotong sederhana
Ayam (ambik isi & tulang2 sikit)
Sos cili 3 sudu besar
Kicap manis 4-5 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Cili boh 3-4 sudu besar
Sawi 1 ikat
Tomato 1 biji potong 6/8
Cili besar 2 biji
Minyak masak 3 sudu besar
Air (ikut masing2 nak basah sikit atau banyak)
Bahan2 ditumbuk:-
Cili padi 7 biji
Bawang putih 5 biji
Bawang besar 1 biji
Cara-caranya :-
1) Panaskan kuali, masukkan minyak.
2) Masukkan bahan yg ditumbuk. Tggu sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tggu mendidih atau pecah minyak.
3) Masukkan sos cili, kicap manis, sos tiram, ayam, sotong, fish ball. Tunggu sehingga mendidih serta ayam masak.
4) Masukkan mee. Gaul sebati. Boleh tambah air kalau kuah makin berkurang. Masukkan sawi, tomato, cili besar.
5) Siap untuk dihidangkan.
***Resepi sy ambil dari group nie dan olah cara saya 🙂
Sumber ini daripada ziehan azizan
RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID
BAHAN-BAHAN :
✔ 2 kilo mee kuning, dicelur
✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar
✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
✔ 3 ulas bawang putih, dikisar
✔ 3 biji bawang merah, dikisar
✔ 1 inci halia, dikisar
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 3 batang serai, dititik
✔ 1 inci lengkuas, dititik
✔ 5 sudu makan rempah kari daging
✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
✔ minyak untuk menumis
BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 80g tepung gandum
✔ ¼ camt serbuk kunyit
✔ garam
✔ air secukupnya
✔ minyak untuk menggoreng
BAHAN HIASAN
✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil
✔ daun sup, dimayang
✔ bawang goreng
✔ telur rebus, dibelah dua
✔ lada hijau, dipotong bulat
✔ taugeh, dicelur
✔ limau kasturi, dibelah dua
=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================
CARA TEPUNG UDANG KERING
✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
CARA MASAK KUAH
✔ Panaskan minyak dalam periuk.
✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
✔ Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
✔ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
CARA HIDANGAN.
✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Okey, selamat mencuba
Resepi Kari kambing
Kambing 1kg direbus sampai empuk dgn serbuk kunyit .halia n garlic yg ditumbuk dgn batu lesung..baru sedap..jgn malas pakai blender yek..😃😃.
Tumisan
Kayu manis 2
Bunga cengkih 5
Bunga lawang 2
Pelaga 5
Jintan manis 1sdb
Daun kari
Cili kering 10tangkai dipotong
Bawang 4labu dihiris mayang
Tomato ceri 15biji..
Tumiskan semua bahan diatas sampai layu n then masukan daging kambing da telah direbus n letak air 1cawan stok kambing...n masukan serbuk ketumbar 1sdb,serbuk cili kering 2sdb, dan serbuk kari ayam 3sdb....biar mendidih n kering sampai jadi pekat..n masukan garam n aji ..n daun ketumbar siap
Kredit Resepi : rani ganga via mahn
#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian
Resepi Apam Balik
BAHAN-BAHANYA-
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika suka
Kalau nak buat apam balik pandan tambah 2 sb pes pandan.
Caranya:-
Blenderkan semua bahan sehingga sebati
Perap 1 jam.
Inti apam balik-
Kacang tanah kisar
Jagung manis tin
Mentega
Gula
Coklat rice
Caranya-
Panaskan non stick pan dan tak perlu disapu minyak.
Ambil adunan sesenduk dan buat macam pankek .
Apabila dah setengah masak .tabur atas apam gula ,kacang tanah.,jagung , coklat dan sedikit mentega..(boleh letak inti lain yang disukai.
Lipat dua apam dan angkat dari pan.
Apam balik yang dah siap sapu mentega dan potong ikut suka
kredit : empunya resepi
bestmalaysiafoodviral
:: CENDOL ::
By Isma Fauziah
**Bahan :
- 150 g tepung beras
- 75 g tepung maizena
- 800 ml air
- 15 lembar daun pandan ( di blender lalu saring, ambil air nya)
**Cara buat cendol :
1. Campurkan semua bahan dalam panci.. Aduk rata lalu masak di atas api kecil.. Sambil trus di aduk.. Sampai gak bergerindil dan mengilap.. Matikan api..
2. Biarkan hangat lalu masukan dalam piping beg, potong sedikit hujun nya.. Pencet hujung piping beg biar adonan keluar lalu masukan dalam wadah berisi air.. Lakukan sampai habis.. (bila mau cepat beri lubang lebih banyak di sisi piping beg nya)
**Kuah santan :
- 1 santan kotak (200 ml)
- 300 ml air
- 1 sdt garam
**Cara buat kuah santan :
Campurkan semua bahan lalu masak sambil di aduk biar santan gak pecah.. Setelah mendidih matikan api.. Biarkan dingin
**Kuah gula :
- 1 1/2 butir gula merah
- 3 sdm penuh gula putih
- 300 ml air
- 1 lembar daun pandan.. Simpulkan
**Cara buat gula :
Campurkan semua bahan masak sampai gula larut dan agak kental.. Matikan api lalu dinginkan..
**Penyajian :
1. Masukan 2 sendok sayur cendol dan 1 sendok sayur santan, dan 1/2 sendok sayur gula..
2. Masukan es batu di atas nya.. Lalu tuang 2 sdm kacang merah( apa saja sesuai selera)
Nota: kalau ada durian/nangka yang di potong2 lalu masukan ke gula merah lebih enak..
-------Selamat mencoba bunda-------
No comments:
Post a Comment