Friday, August 13, 2021

Panas !!! Perdana Menteri telah merogol Perlembagaan, kata Peguam

Panas !!! Perdana Menteri telah merogol Perlembagaan, kata Peguam

Dalam Ucapan Khas Perdana Menteri sebentar tadi dengan jelas Perdana Menteri telah “merogol” Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri dengan bangganya menyatakan :

“Namun, sehingga ke saat ini tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu”

Kenyataan Perdana Menteri ini jelas bercanggah dengan peruntukkan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan :

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 43 (4) di atas dengan jelas menyatakan, “jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri….”

Perlembagaan tidak mensyaratkan perlu ada mana-mana Ahli Dewan Rakyat lain mendapat sokongan majoriti terlebih dahulu untuk Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Perdana Menteri sendiri secara tidak langsung mengesahkan beliau sekarang sudah tiada kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat tetapi terus “merogol” Perlembagaan dengan dalih ciptaan beliau, penasihat beliau dan rakan-rakan politik beliau yang lain.

Di mana Peguam Negara ketika ini? Adakah perkara ini wajar dibiarkan tanpa sebarang tindakan?

Seorang Perdana Menteri yang sudah jelas hilang sokonan majoriti HENDAKLAH meletakkan jawatan mengikut Perlembagaan. Persoalan siapa yang mempunyai majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baru bukan hak Perdana Menteri ,untuk menentukan tetapi hak Yang di-Pertuan Agong kerana Perkara 43 (2) (a) memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong memilih sesiapa sahaja dari kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Perkara 43 (2)(a) menyatakan :

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

Perdana Menteri Mahiaddin Mohd Yassin hendaklah meletakkan jawatan segera. Berhenti “merogol” Perlembagaan.

KeBawah Duli Tuanku wajar menghentikan perlakuan tidak senonoh Perdana Menteri dengan segera memecat beliau dan melantik seorang Perdana Menteri baru mengikut Perkara 43 (2) (a).

  Sumber :

Thursday, August 12, 2021

Gempar !!! Muhyiddin ke Rusila pujuk Hadi terima MP DAP?

Gempar !!! Muhyiddin ke Rusila pujuk Hadi terima MP DAP?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memaklumkan perkembangan terbaharu kedudukan kerajaan Perikatan Nasional akibat penarikan sokongan 14 orang ahli Parlimen UMNO.

Menurut sumber, Muhyiddin antara lain memaklumkan beliau mempunyai sokongan lebih 20 orang ahli Parlimen pembangkang dari PKR, Amanah dan Dap bagi meneruskan kerajaan ini sehingga masa yang sesuai diadakan pilihan raya umum.

muhyiddin

Abdul Hadi tidak dapat hadir dalam mesyuarat Perikatan Nasional semalam berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Sejak beberapa hari lalu, Muhyiddin dikatakan telah menerima akuan bersumpah (SD) dari ahli Parlimen pembangkang secara individu yang menyatakan sokongan tanpa syarat kepada Muhyiddin dan tidak akan berada dalam kerajaan.

Muhyiddin dikatakan menggunakan formula Barisan Nasional Perak yang mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan (Adun) DAP Perak tanpa berada dalam kerajaan ketika menjalankan operasi menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.