Saturday, August 28, 2021

 

KEPERCAYAAN PENUH DARI PAS


malaysiakini.com
PAS beri kepercayaan penuh barisan jemaah menteri baru
Parti itu kekal memegang tiga portfolio walau terdapat pertukaran pemimpin dan kementerian.


PAS beri kepercayaan penuh barisan jemaah menteri baru



BOB KELANANG


PAS ni kadang-kadang kita nak ketawa besar dengan sikap dan tingkahlaku depa... NAIF xtentu hala satu hal... jenis percaya DAN walaq bulat-bulat pun satu hal...

KOH KOH KOH... pening

Ni Abdul Hadi Awang kata PAS berikan kepercayaan penuh atas jawatan dalam Kabinet...

Wei... itu jawatan perangkap buat PAS la... Menteri dan Timbalan Menteri Agama semua dibagi kat PAS... maka apa yang kita boleh nampak ka situ?? Kita boleh nampak itu satu cara nak perangkap... nak dajai... nak perkena dan nak jahanamkan PAS...

UMNO tau... kalau bagi jawatan ni kat PAS... dan kalau PAS tak dapat nak selesaikan apa yang PAS selalu cakap dan sembang sana sini tu... PAS akan mampos dengan sendirinya... hahaha... tambah lagi sekarang ni UMNO boleh dajaikan PAS dengan pemuda PAS push PAS untuk RUU355...

KOH KOH KOH...

Mau terkojol PAS kalau xdapat nak laksanakan... atau sekurang-kurangnya naikkan usul RUU355 dalam penggal Parlimen yang terhampir ni... so... amacam?? Masih lagi naif??

KOH KOH KOH... mampoih la ini macam...

#KerajaanRecycle #KerajaanGagal #Kerajaan69

 

 

BANGSA SENDIRI PUN MENIPU, APA LA SANGAT KAWAN KAWAN POLITIK.

 Gempar! Mohamad Hasan dedah ada pihak nak bunuh karier politiknya



Gempar! Mohamad Hasan dedah ada pihak nak bunuh karier politiknya



Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencetuskan spekulasi apabila mengeluarkan kenyataan terdapat pihaknya yang mahu menamatkan karier politiknya.

Menerusi satu video yang tular, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pada mulanya dilihat sedang berjalan memasuki masjid sambil menggunakan telefon bimbit.

Namun beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau disapa oleh seorang jemaah sambil bergurau bertanya mengenai nama beliau yang tidak terpilih dalam senarai Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Tok Mat, nama tak naik? Nama sini naik lah (masjid),” katanya seorang jemaah.

“Itu namanya politik. Mereka hendah bunuh saya (karier politik),” balas Mohamad bersahaja sebelum masuk ke masjid.

Sebelum ini, Pemuda UMNO telah mencadangkan Mohamad dinamakan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu,

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam situasi mencabar ketika ini, negara memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih daripada kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau adalah tokoh korporat yang pernah bertugas di Bank Bumiputra Malaysia Berhad serta menjadi Pengurus Besar di Bank Bumiputra London.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004) dan CEO di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994) serta pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad.

Namun semalam, Ismail Sabri kembali melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

 Fitnah Kubra Terhdp Dsai ....


Sekarang ini fitnah yg ditaburkan kpd Dsai mula rancak kembali. Ini krn baru2 ini Dsai hampir2 berjaya menjadi PM tetapi krn sabotaj dr byk kalangan termasuk super elite maka Dsai utk sementara ini berjaya disekat. Kebimbangan terhdp kenaikan Dsai dtg dari mcm2 kelompok:

-super elite dan national elite yg amat gerun dgn pendirian tegas (uncompromising) Dsai terhdp amalan korupsi di negara ini. Spti yg kita ketahui korupsi sudah berakar umbi di msia dlm tempoh 30 thn ini dari bawah sampai atas. Pihak di atas ini tahu sgt2 tidak ada seorg pun yg setegas Dsai dlm bab mahu mghapus rasuah ini. Isu rasuah inilah yg menyebabkan Dsai jatuh 1998 dahulu. Ketika mjadi pemangku PM beliau telah membentang rang undang2 rasuah yg komprehensif di parlimen. Bila Dr. Mahathir balik dr cutinya byk org berpangkat dan berkuasa atau berkepentingan menyuarakan kebimbangan mrk kpd Dr. M dgn apa yg dilakukan oleh Dsai itu. Mrk tidak berdiam sehingga beliau berjaya dijatuhkan. 

Dsai tidak serik dan tidak berkompromi dan menjanjikan jika beliau berkuasa kembali beliau akan mghapuskan rasuah ke akar umbinya. Ini memang menakutkan sungguh2 para elite ini termasuk yg super! Mrk akan berbuat apa shj within their power n means utk menyekatnya. Inilah yg berlaku di Mesir bila Morsi mjadi presiden. Lapuran yg ditulis/dikeluarkan selepas kejatuhan Morsi telah memberi maklumat detailed bgmana para elite di negara tersebut bersatu hati dan tekad utk menjahanamkan Morsi yg dirasakan ‘direct threat’ kpd mrk. Mrk berbelanja berpuloh juta mengupah org2 muda berdemonstrasi dan gangster2 memoton letrik di Kaherah sehingga org terpaksa berdepan dgn kegelapan, kepanasan (tiada air con pd musim panas) dan fridge tidak berfungsi dsbnya. Rakyat mjadi marah. They even went to that extent. Semua ini krn utk menyelamatkan kepentingan mrk. Ini benda real dan bukan rekaan. Begitulah juga di Msia. Mcm2 political intrigue brlaku utk menyekat kemaraan/kenaikan Dsai.

- Selepas elite collaboration ini berlaku  pula penentangan hebat parti2 politik terhdp Dsai. Ini berlaku krn semua pemimpin parti tahu tentang kualiti dan prestasi Dsai sebagai ahli politik dan menteri. Beliau pernah dinobatkan oleh organisasi dan media antarabangsa sebagai menteri kewangan terbaik Asia dan Dunia. Margaret Thatcher cukup mgkagumi Dsai sehingga berkata kalau diibaratkan sebagai pemain bola profesional yg blh dibeli Dsai akan dibeli oleh byk negara. S/Usaha Kewangan Amerika zaman Clinton bernama Bernsten cukup impressed dgn Dsai dlm mesy menteri2 kewangan Apec di Seattle sehingga beliau berkata  “this man if he is an American he will be the president of this land”. Hebatkan?

Sudah byk kita melahirkan menteri pendidikan tp hanya Dsai yg berani bertanding dan menang jwtan Pengerusi Unesco sehingga sokongan terhdpnya cukup overwhelming, pencabar utamanya, menteri pendidikan Australia menarik diri di saat akhir. Jd inilah qualiti kepimpinannya yg diketahui dan ditakuti semua musuh pol nya di Msia. Tidak hairanlah mrk gang-up utk menidakkan Dsai drp mjadi PM.

Tambahan ada sebuah parti pol yg berjenamakan Islam cukup cemburu dgn kehebatan Dsai di kalangan tokoh2/gerakan islam antarabangsa. Pernah wakil parti itu, bekas ketua dewan ulamanya (al-marhum) pergi jumpa murshidul am Ikhwan Mehdi Akeef di kaherah utk melobi sokongan tp dibtahu “bab pol msia sdr balik bincang dgn Anwar Ibrahim”. Marah betul tokoh parti tersebut tp itulah realiti. Org luar hatta dr gerakan Islam hanya melihat kpd Dsai. Bahkan Khalel Mashaal pemimpin utama Hamas apabila ada ruang/peluang akan berjumpa dgn Dsai. Ini yg para pemimpin parti tertentu itu tak blh dgr nama Dsai. Itu kita belum kita sebut tokoh2 penting Kesatuan Ulama Dunia spt Dr. Sheikh Yusuf Qaradhawi dan Raysuni. Begitu juga dgn ulama2 muda yg sedang naik spt Dr. Jasser Audah dll.  Sokongan mrk terhdp Dsai bulat dan padu. Sebab mrk tahu wpun dr jauh semasa mjadi TPM dan menteri dulu byk perkara2 yg memberi faedah kpd Islam dilakukan oleh Dsai dan mrk yakin kalau beliau sekali lg meneraju negara byk perkara yg blh dilakukannya. Keyakinan mrk ini krn mrk tahu kekentalan Islamicity Dsai dan tiada komprominya beliau dlm bab prinsip dan idealisme Islam. Mrk ikuti perkembangan pol Msia dan tahu parti yg berjenama Islam tiada pemimpin yg berkualiti yg blh merealisasikan Islam di negara ini. Almarhum Maududi, seorg tokoh hebat Jamaat Islami dlm pertemuan 6 jam dgn Dsai mengingatkannya bhw Msia adalah unik krn bilangan kaum dan agama yg amat kompleks dan ia memerlukan pendekatan penuh bijaksana. Ia bukan mudah dan straightforward.  Sebab itu ketika al marhum Ust Fadhil mjadi presiden Pas pimpinan Jamaat Islami ketika itu menasihatinya supaya dilembutkan perkauman Melayu Pas dan didekati org2 bukan Islam dgn agresif sekali. Ini dilakukan oleh al marhum Ust Fadhil dan Pas amat berjaya. Itu Pas dulu. Zaman Ust Fadhil. Zaman kegemilangan Pas! 

Sebelum Pru15 nanti kita menjangkakan fitnah terhadap DSAI akan bertambah dan makin rancak. Wpun bukti2 di atas menunjukkan “No Anwar” itu tiada sebarang asas ia akan terus dikumandangkan dan utk menyedapkan selera telinga digabungkan dgn “No Anwar dan No DAP” wpun ini juga tiada apa2 basis. Dsai tiada peranan dlm kjaan PH sebelum ini lainlah kalau dia mjadi PM dan diserahkan segala2nya kpd DAP. Yg membentuk kjaan PH ialah TunM. Dia ada cara dia bahkan calon2 menteri dr PkR pun dia pilih dan tidak berunding dgn pemimpin atas Pkr. Org2 Pkr yg naik ialah org2 yg rapat dgn Azmin Ali wpun Azmin tak blh stop Kak Wan dan Saifudin Nasution. Tp diperakukan dgn kuatnya Saifudin Abdullah dan Kamarudin Jaffar dan TunM terima. Kedua2 mrk inj baru shj masuk Pkr tp termasuk dlm kartel Azmin awal2 lg. 

In shaa Allah kita akan sambung.

Wslm. 


Dr. Harraz

Thursday, August 26, 2021

 

Ismail Sabri warisan Langkah Sheraton selepas rebahnya Mahiaddin

 


Wednesday, August 25, 2021

 

Kitab rujukan tuduhan Anwar liberal dan plural - Mengajar walaun cara membaca secara kritikal (Siri 1)

 






Di bawah ini adalah beberapa foto muka surat daripada sebuah buku yang dijadikan sandaran atau rujukan induk oleh seorang ustaz Pas bernama Mohd Saiba Yaacob untuk menuduh Anwar sebagai liberal dan plural. Hairan juga, muka depan buku, tajuk dan penulisnya tidak didedahkan pula.
Jelas tampak ia dibaca dan ditelaah secara berulang, digaris, dibulat dan dibintang, bersungguh benar Ustaz Mohd Saiba mengkaji buku itu. Mungkin juga ia dijadikan sukatan atau kurikulum usrah bertajuk Anwar liberalis pluralis. Walhasil, Ustaz Mohd Saiba sangat mengimani bahawa Anwar seorang bermazhab liberal dan plural.
Satu soalan, bersediakah ustaz jika ustaz dicabar di mahkamah? Saya cuma bertanya, kerana saya yakin Anwar tiada masa untuk menyaman ustaz.
Saya tidaklah mengkaji secara mendalam sangat pemikiran Anwar Ibrahim. Tetapi untuk memahami ucapan atau tulisan Anwar (yang diolah dalam buku misteri ini sebagai dalil Anwar berfahaman liberal dan plural), cukup saya membaca buah fikir dan tulisan reformis akhir abad ke 19 dan awal abad 20 seperti Syeikh Muhammad Abduh, Abdul Rahman al-Kawakibi, al-Amir Syakib Arsalan, atau tulisan reformis Nusantara seperti Syed Syeikh al-Hadi atau Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) atau Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka), atau membaca karya ulama reformis abad 20 dan 21 seperti karya2 Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syekh Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Taha Jabir al-'Alwani, Syeikh Dr. Muhammad 'Imarah atau karya2 pemikir kontemporari seperti Fahmy Huweidy dari Mesir ataupun membaca tulisan kritis Syed Hussein Alatas, Rustam A. Sani, Syed Husin Ali dan lain-lain dari Malaysia.
Manakala kontemporari ini ada seorang sarjana pemikir muda dari Universiti Nasional Singapura bernama Dr. Azhar Ibrahim dengan bukunya yang berkualiti kerana ketajaman jurus fikir di dalamnya.
Kalau dari Malaysia, sarjana pemikir yang menulis mengkritik atau memikir ulang tradisi pemikiran Islam secara tuntas antaranya Prof Dr. Mohd Fauzi Abdul Hamid dari USM. Dr. Maszlee Malik tidak perlu saya perkenalkan lagi, seorang pemikir muda yang sudah lama dilabel liberal oleh walaun.
Keterujaan Mohd Saiba terhadap buku misteri yang mengolah segala ucapan dan tulisan Anwar sebagai fahaman liberal plural adalah disebabkan kekurangan daya intelektual dan kenaifan daya analisis kritis terhadap sesebuah tulisan atau buku.
Ya, saya tidak perlu mentelaah tulisan dan ucapan Anwar sebegitu mendalam jika saya sudah biasa membaca ide-ide reformis dari Timur Tengah dan Nusantara itu. Apa yang diungkap oleh Anwar tidak jauh berbeda dengan ungkapan reformasi tokoh2 ulama dan pemikir pengkritik kejumudan umat Islam itu.
Merujuk kepada foto muka surat buku di bawah, kenapa Maqasid Syariah disinonimkan dengan faham pluralisme? Ilmu Maqasid Syariah adalah ilmu yang ada disiplin dan akar umbinya tersendiri, bukan ilmu kaum pluralis.
Oh, tidak pelik kerana beberapa tahun dulu pernah presiden sebuah parti Islam mendakwa orang-orang yang galak mempromosikan konsep Maqasid Syariah itu hanyalah mahukan maqasid tetapi menolak syariah! Apa yang dia faham dengan maqasid Syariah? Kenyataannya itu sungguh dangkal dan tertinggal jauh di belakang perkembangan ilmu Islam.
Kenapa dia mendakwa secara dangkal begitu? Kerana kita golongan yang pro reform progresif Islam ini kerap mengkritik kempen hudud yang dibawanya sebagai berniat politik dan tidak melihat kepada tuntutan maqasid syariah. Baginya, syariah itu adalah hudud dan hudud adalah syariah. Sungguh meleset. Sedangkan kita melihat hudud itu dari pelbagai dimensi, sama ada dari sudut hukum taklifi (wajib, sunat, makruh dan harus) atau hukum wadh'ie (sebab, syarat, halangan, sah, batal, rukhsah dan 'azimah). Demikianlah maksud hukum syariah sebenar yang komprehensif, ia bukan hanya aspek taklifi sahaja.
Kini sejak berpelukan dengan Umno BN baru dia faham apa yang kita kritik dulu dan barulah pandai bercakap atau menulis tentang fiqh awlawiyat, fiqh muwazanat dan fiqh ma-alaat setahun dua ini. Jadi janganlah kita terpedaya dengan gelaran tuan guru kerana tuan guru pun ada yang sangat slow learning dan ketinggalan jauh.
Dengan kritikan saya kepada tuan guru ketua parti Islam yang ketinggalan dalam fahaman ilmu maqasid syariah itu, saya tak perlu lagi mengkritik Ustaz Mohd Saiba dalam perkara yang sama. Pokok besar sudah tumbang, tak perlu lagi buang masa tebang pokok kecil. Biarkan pokok besar itu tumbang dan menimpa pokok kecil lalu tumbang bersama-sama.
Cuma di sini saya ingin mengajak (atau boleh baca 'mengajar') Ustaz Mohd Saiba membaca dan berfikir secara analitikal kritikal secara serentak.
Apabila ustaz membaca frasa "Anwar dengan terus terang dan tegas memberi jaminankepada Barat bahawa jika beliau berkuasa, maka undang-undang syariah tidak akan dilaksanakan", bacalah ia dengan otak yang terbuka dan minda yang selesa. Jangan mudah sesak dan lemas dengan gaya penulis yang dangkal dan cetek.
Sepatutnya ustaz membaca dan bermonolog sendiri sebelum membuat keputusan dan menjadi pentaqlid buta kepada penulis. Dalam frasa yang dikutip penulis daripada ucapan Anwar itu, cuba bertanya apa maksud syariah yang dimahukan Anwar ketika itu? Apa yang audiens Barat di depan Anwar faham dengan terminologi syariah? Apa yang Pas maksudkan dengan syariah? Dan apakah maksud syariah sebenarnya?
Betul, lafaznya sama, tapi maksudnya berlainan merujuk kepada berlainan faham atau gambaran. Orang Arab kata: الحكم على الشيء فرع عن تصوره (Hukum terhadap sesuatu itu adalah satu cabang daripada gambarannya)
Orang Pas faham Syariah itu ialah hudud. Fahaman itu berasal usul daripada pemikiran Abu al-A'la al-Maududi, lalu diceduk oleh Syed Qutb dan dipegang oleh ulama Pas khususnya yang balik dari Mesir lalu disurah dan dicurahkan dalam usraz, tazkirah dan ceramah agama. Proses itulah yang melahirkan satu generasi walaun totok sukar berfikir.
Jadi bila Anwar bercakap di depan audiens Barat yang takut terhadap syariah, sudah tentu dia maksudkan dengan syariah yang dia janji tak akan laksanakan jika berkuasa itu ialah syariah sebagaimana yang difahami secara cetek oleh golongan gerakan Islam ekstrim seperti Pas, Taliban dan IS.
Adakah Anwar memusuhi syariah dengan maksudnya yang sebenar? Tak mungkin. Kerana Anwar mengamalkan syariah dalam kehidupan peribadinya iaitu solat dan rukun2 Islam yang lain. Anwar juga mengamalkan syariah dalam keluarganya, beliau mendidik anak isterinya dengan ajaran syariah yg sebenar sepèrti menutup aurat dan mengawal pergaulan. Anwar jugalah pejuang awal sistem ekonomi berlandaskan syariah sebelum ulama Pas pandai bercakap tentang ekonomi Islam.
Ironinya, ternyata kini pemimpin politik yang Pas menikmati kuasa bersama itu lebih tidak patuh syariah atau liberal berbanding Anwar dan keluarganya. Sila berfikir secara ķritis ustaz Mohd Saiba yer, lama kelamaan sel-sel otak ustaz akan berkembang pesat dan tak terbelenggu dengan sebuah buku.
Kalau hendak disebut bukti2 lain Anwar pro syariah yang sebenar (bukan syariah yg difahami secara cetek oleh gerakan Islam seperti Pas yang menjadi fitnah kepada orang Barat), ia adalah sangat banyak. Tetapi malangnya mentaliti walaun membabi buta tak akan nampak perkara yang jelas kerana terkepung dalam doktrin usrah pemandulan minda dan anti berfikir.
Setakat itu dulu jawapan dan perkongsian saya kepada anda dan orang2 seperti anda wahai Ustaz Mohd Saiba tentang maksud syariah. Semoga ustaz lebih terbuka dengan membaca sambil berfikir secara analitikal kritikal selepas ini.
Untuk melatih diri ustaz dan anak buah usrah ustaz menjadi pembaca dan ilmuan yang kritis selepas ini, saya mencadangkan ustaz membaca buku2 berikut:
1. Al-Islam wa al-Nasraniyyah ma'a al-'Ilmi wa al-Madaniyyah - Syeikh Muhammad Abduh
2. Tafsir al-Manar - Syeikh Muhammad Rasyid Ridha murid Muhammad Abduh.
2. Toba-i' al-Istibdad - Syeikh Abdul Rahman al-Kawakibi (edisi BM: Tabiat Kediktatoran)
3. Haadhir al-'Alam al-Islami - Lothrop Stoddard dgn komentar al-Amir Syakib Arsalan
4. Islamic Modernism in Malaya, the Life and Thought of Sayid Syeikh al-Hadi - Ibrahim Abu Bakar
5. Syed Syeikh al-Hadi Pembaharu Semangat Islam dan Sosial - editor Mohd Mokhtar Abu Hassan et al
6. Seruan Islam Syed Syeikh al-Hadi - Alijah Gordon
7. Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri - Za'ba
8. Mencari Ketinggi Dunia dan Akhirat - Za'ba
9. Kenangan-kenanganku di Malaya - Hamka
10. 4 Bulan di Amerika - Hamka
11. Sejarah Umat Islam - Hamka
12. Turathuna al-Fikri fi Mizan al-Syar-i wa al-'Aqli - Syeikh Muhammad al-Ghazali
13. Dustur al-Wahdah al-Thaqafiyah bayna al-Muslimin - Syeikh Muhammad al-Ghazali
14. Sirr Taakhuri al-'Arab wa al-Muslimin - Syeikh Muhamamd al-Ghazali
15. Azmah al-'Aql al-Muslim - Syeikh Dr. Abdul Hamid Abu Sulaiman (mantan Rektor UIAM)
16. Syubuhat hawla al-Fikri al-Islami al-Mu'asir - Syeikh Salim al-Bahnasawi
17. Ma'alim al-Manhaj al-Islami - Syeikh Dr. Muhammad 'Imarah
18. Al-Islam wa al-Ta'ddudiyah - Syeikh Dr. Muhammad 'Imarah
19. Muwatinun La Dzimmiyyun - Fahmy Huweidy
20. Khata' fi al-Tafsir - Mawlana Wahiduddin Khan (pengkritik tegar al-Maududi)
21. Intelektual Masyarakat Membangun - Syed Hussein Alatas
22. Peranan Intelektual - Himpunan tulisan Usman Awang, Rustam A. Sani, Syed Husin Ali et all
23. Revolusi Intelektual - Dr. Zulkifli Hasan HEP UIAM
24. The Malays Their Problems and Future & The Malay Rulers - Syed Husin Ali
25. Memperkasakan Rakyat: Analisis dan Perjuangan - Dr. Mohd Nasir Hashim (pernah digelar penyembah Karl Marx oleh tok guru presideng)
26. Memikir Ulang Tradisi Untuk Pembaharuan - Dr. Azhar Ibrahim UNS
27. Islamisme dan Bahananya: Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21- Prof Dr Mohd Fauzi A. Hamid
28. Shariazisation of Malay-muslim Identity in Contemporary Malaysia - Prof Dr. Mohd Fauzi A. Hamid
Itu cuma sebahagian daripada buku-buku yang wajar dibaca kalau ustaz ingin menjadi seorang yang terbuka dan berdaya intelektual dalam melayani maudhu' pemikiran Islam. Tajuk-tajuk buku itu sekadar contoh sahaja kerana saya memilikinya, banyak lagi buku lain juga membicarakan sesuatu isu dengan kupasan dari pelbagai dimensi. Buku-buku pemikiran al-Qaradawi tidak perlu saya sebutkan lagi kerana ia sangat banyak dan meluas. Ini harus kita lakukan supaya minda kita terbuka dan kritis. Jujur dan maaf cakap, saya kasihan melihat daya intelektual ustaz dalam lontaran hujah tuduhan Anwar liberal dan plural itu berada di tahap kronik (seperti contoh tangkap layar di bawah).
Jangan kepungkan daerah pembacaan kepada tulisan presiden Pas sahaja atau tulisan ahli politik pemegang PhD dalam parti Pas sahaja. Bukan saya bermaksud merendahkan mereka, tetapi siapa yang biasa membaca bahan ilmiah berwasit dengan rujukan, pasti akan mengetahui dengan mudah tulisan-tulisan presiden dan ulama Pas masih cetek dan tohor tahap analisis kritis dalam sesuatu isu, selalunya tanpa rujukan silang disertakan (kecuali buku terbarunya 'Islam dan Demokrasi' yang sebahagian babnya ada rujukan namun masih tidak konsisten dan tidak sistematik). Hal itu menjadikan buah fikir mereka sangat mudah, simplistik, singkat dan dangkal, hanya sesuai dijadikan jamuan walaun dalam usrah tertutup sesama ahli.
Apa pun terima kasih kepada ustaz kerana sudi berkongsi sumber pemikiran dan tuduhan ustaz kepada seorang pemimpin gerakan reformasi yang boleh disifatkan sebagai a prominent intellectual muslim reformist atau مسلم مصلح مثقف بارز yang dikenali dunia.

Kitab rujukan tuduhan DSAI liberal - Mengajar walaun cara membaca secara kritikal (siri 2)

 


(Baca siri 1 di sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5200842719928049&id=100000071166710 )

Bersama ini saya bawakan sekali lagi gambar satu muka surat buku rujukan agung yang menjadi rujukan Ustaz Mohd Saiba Yaacob dalam kepercayaan utuhnya bahawa Anwar Ibrahim seorang yang berfahaman liberal dan plural, lantas tidak boleh disokong sebagai pemimpin negara. Saya tidak pasti apa tajuk buku tersebut dan siapa penulisnya kerana ia tidak didedahkan oleh Ustaz Mohd Saiba walaupun sudah ramai orang bertanya.

Penulis buku yang dipegang erat oleh Ustaz Mohd Saiba itu mengatakan Anwar menulis di blognya: "Lebih dua dekad lalu saya cuba hayati semangat sapere aude...", lantas penulis terus menerangkan terma Sapere Aude itu asalnya bahasa Latin yang bermaksud "beranilah menggunakan aqal dan kefahaman sendiri". Tiada langsung rujukan diberikan penulis itu, walaupun dia cuba mendampakkan dirinya persis seorang sarjana ulung dengan menyebut beberapa nama ahli falsafah barat dan timur.

Sebenarnya terma 'sapere aude' bukan bermakna "beranilah menggunakan aqal dan kefahaman sendiri", tetapi ia bermakna "dare to know" menurut kamus Merriam-Webster. Boleh rujuk: https://www.merriam-webster.com/dictionary/sapere%20aude .

Jadi apa masalah dengan sikap "dare to know" atau "berani untuk mengetahui"? Kenapa ia dikaitkan dengan ideologi liberalisme atau pluralisme? I assume the author has been facing an acute or severe mental disorder! Absolutely rubbish!

Malang sungguh, kerana kebencian terhadap satu sosok bernama Anwar Ibrahim, seorang ustaz bernama Mohd Saiba menjadikannya imam ikutan dalam membuat tuduhan melulu. Dan ramai lagi di sana asatizah yang kononnya 'sayang dan hendak mempertahankan Islam daripada ancaman faham liberal Anwar Ibrahim' percaya kepada omongan gila penulis begitu.

Untuk membenarkan prasangka karutnya terhadap Anwar, penulis terus menukilkan kata-kata Kant tentang maksud terma 'sapare aude' sebagai: "..berupaya atau pun dapat meletakkan diri dalam satu kedudukan untuk menggunakan kefahaman sendiri dengan yakin dalam hal ehwal agama tanpa panduan orang lain".

Sangat ironi, terjemahan faham falsafah barat oleh Kant tiba-tiba dinisbahkan kepada Anwar Ibrahim tanpa sedikit pun rujukan kepada yang tertuduh selain tulisannya dalam blog mengatakan diri telah dua dekad cuba menghayati semangat 'sapare aude'. Perlu ditegaskan, semangat 'sapare aude' adalah semangat berani untuk mengetahui, bukan berani melanggar agama dengan mengguankan kefahaman sendiri seperti fahaman Kant. Sementelah tiada bukti langsung Anwar menjunjung falsafah Kant.

Cubaan seterusnya untuk menikam Anwar dengan tuduhan liberal, penulis berpenyakit mental itu menyalin kata-kata Khalid Jaafar dalam pengantarnya kepada buku Kant (tajuk asal dalam bahasa Jerman) Was ist Aufklarung? (Apa itu Pencerahan?): "...membebaskan tenaga pikiran manusia...; penggunaan akal sebagai alat menyoal siasat sistem politik... dan juga amalan beragama" (frasa akhir ditebalkan penulis).

Tidak sekonyong-konyong selepas itu penulis melompat kepada satu kesimpulan: "Inilah premis pemikiran Anwar Ibrahim dan IKD iaitu berani membebaskan aqal dari otoriti agama Islam dan menggunakannya dengan kefahaman sendiri"!

Waduh, apa jenis kegilaan dihadapi penulis?! Luar biasa sungguh. Seolah-oleh beliau cuba menyogok, kata-kata Kant, itulah kepercayaan Anwar. Kata-kata Khalid Jaafar, itulah pegangan Anwar.

Sungguh kasihan, pembaca yang naif kerana kebencian berlebihan kepada insan muslim bernama Anwar Ibrahim telah mempercayai seorang penulis gila atau mental disorder, sehingga membuat tanda 'tick' dan menggariskan kesimpulan dangkal penulis.

******************

....bersambung...

 CSA


Harini baik JKOM atau bukan JKOM bertatih-tatih nak belajar sebut CSA atau Confidence and Supply Agreement. CSA ni macam 'sijil halal' untuk kerjasama dengan pihak lain yang acah-acah 'taboo' untuk dijabat tangan sepanjang zaman.


Kalau JKOM dulu histeria kecam ura ura kerjasama Zahid dengan blok pembangkang (proksi Anwar); hari berikutnya bila langit nak gelap, mereka bawa keluar sijil CSA untuk menghalalkan kerjasama tersebut. Sijil CSA ni power, hatta nak kerjasama dengan setan pun boleh guna asalkan kuasa tu boleh memihak pada pihak mereka.


Alkisahnya, bila Mahiaddin nak putus nyawa, dia guna sijil CSA untuk minta sokongan proksi Anwar, siap menawarkan secara terbuka ganjaran-ganjaran khas (aka rasuah) kalau proksi Anwar sanggup bagi sokongan Mahiaddin sambung hayat dia untuk terus jadi PM ; tapi Proksi Anwar tolak, bukan tolak biasa biasa, bukan juga tolak mentah mentah, tapi tolak muntah muntah. Tolak sungguh-sungguh sebab dorang pun reti serik dengan geng-geng yang mereka label 'pengkhianat' ni (dan walaupun kalangan mereka pun ada pengkhianat juga), "dah nak jatuh jurang baru mengaku sedara".


Akibat tawaran CSA ditolak, akhirnya jatuhlah kerajaan gagal Mahiaddin.


Bila Ismail Sabri naik, mereka paksa Ismail angkat Azmin jadi TPM. Mereka paksa label PN pada kerajaan Ismail walaupun nyata parti Ismail bukan komponen PN.


Apabila Ismail apply CSA dengan proksi Anwar,   geng PN ni dakwa Ismail melanjutkan CSA Mahiaddin walaupun dah terang bersuluh CSA Mahiaddin dah ditolak muntah muntah oleh proksi Anwar.


Geng PN masih nak menempel walaupun nyata ada pimpinan tinggi PAS dah jatuhkan banner PN pada penyeri fb, siap siap nak angkat panji MN.


Sementara tu Zahid rehat rehat di bilik rehat dan rawat sambil merestui naibnya melanjutkan kerja kerja menyelamatkan negara daripada varian pengkhianat yang silap silap memang boleh membawa maut pada kedaulatan negara.


Kita rakyat ni boleh tenang tenang sementara tak ada kabinet. Kita harap kalau tak ada kabinet ni menenangkan tak ada kabinet terus sampai PRU15 pun tak apa.


Wallahua'lam


Komik Dilema Malaysia Baharu : https://bit.ly/3aFj2Yc

Monday, August 23, 2021

 Surat Terbuka Kepada Anwar Ibrahim dan Pemimpin Politik Blok Pembangkang


Oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang


Biarkanlah Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik ini uruskan siapa dia hendak pilih jadi Timbalan Perdana Menteri, siapa-siapa akan jadi menteri dalam Kabinet.Di bawah Perkara 43 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan jelas disebut : “atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.”


Blok pembangkang, khususnya Pakatan Harapan tidak perlu jadi budak nakal di dalam Parlimen ataupun di luar Parlimen mengganggu dan menggugat tak tentu hala Perdana Menteri yang baru sahaja dilantik ini. Rakyat tak suka, semua orang tak suka. Biarkan Ismail Sabri menguruskan pentadbiran negara dengan tenteram. Jika Perdana Menteri Ismail Sabri menghadapi asakan atau diganyang oleh saingan politiknya dari Parti Bersatu atau lain-lain parti dalam payung besar PN atau BN, ambil sikap, itu urusan dalam klik pemerintah sekarang. Kalau cerita penglipur lara di sebut, “ Biarkan si Luncai, terjun dengan labu-labunya.”


Jadi apa yang Harapan perlu lakukan sekarang selepas terlepas peluang untuk kembali jadi kerajaan? Jawapannya mudah sahaja. Tumpukan segala tenaga dan fikiran kepada pilihanraya umum ke-15 yang akan datang dalam tempoh tak sampai dua tahun lagi.


Jangan campak Anwar Ibrahim ke bawah bas selepas dia gagal dalam persaingan menjadi Perdana Menteri ke-9. Harapan amat memerlukannya sekarang untuk menjadi komander dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.Lupakanlah segala syor dan cadangan supaya Anwar terlibat dalam kerajaan perpaduan ataupun kerjasama bi-partisan. Kalau Harapan yang memimpin kerajaan, mungkin idea kerajaan perpaduan atau kerjasama bi-partisan itu masuk akal dan berfaedah. Tetapi kalau Harapan sekarang ibarat seperti melukut di tepi gantang, yang tak dijemput, tak diundang, jangan sampai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.


Harapan bukan satu jenama yang koyak dan kalah. Harapan adalah jenama politik untuk masa depan. Harapan hanya kurang 6 undi sokongan sahaja untuk mendapatkan majoriti membentuk kerajaan persekutuan. Itu tak susah diperolehi di dalam pilihanraya akan datang.


Penting ditegaskan di sini. Saya bukan Macai Anwar Ibrahim. Saya pengkritik lantang kepada Anwar dalam parti dan di luar parti, secara terbuka ataupun secara “one to one” secara peribadi. Kalau tak percaya, boleh tanya Anwar sendiri. Banyak insiden saya menentangnya. Anwar suruh ahli parlimen pembangkang duduk, tetapi saya berdiri di dalam Parlimen. Saya langgar displin. Saya langgar arahan Anwar. Saya ikut hati nurani saya sebagai seorang ahli parlimen. 


Tetapi di dalam keadaan sekarang, minta maaf saya cakap, janganlah ada kawan-kawan dalam Harapan yang suruh Anwar letak jawatan. Saya dengar ada cadangan minta Harapan pilih pemimpin lain. Mereka berhujah kononnya, Anwar sudah tak diperlukan lagi. Ini semua “nonsense”. Cakap-cakap seperti itu datang dari Deep State, dari musuh Harapan yang memang hendak menghancurkan Harapan dan Anwar Ibrahim terutamanya.


Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri hari ini jika dia tunduk terhadap tututan Kluster Mahkamah dari Umno. Anwar tidak berkompromi. “Rule of law” atau kedaulatan undang-undang  mesti dipelihara, dijunjung dan dihormati. Mahkamah tidak boleh diganggu. Perjalanan proses keadilan tidak boleh dicemar. Itu sikap Anwar. Itu pendirian tegas Anwar. Apa yang Anwar buat itu betul. Dalam keadaan krisis rebut kuasa Anwar lulus dalam ujian. Dia tidak gila kuasa. Dia tidak mabuk jawatan. Anwar tetap mempertahankan idealisme reformasinya yang diketuainya lebih 23 tahun lalu, bukannya kilauan jawatan dan keberahian kuasa Perdana Menteri yang tempoh memanas kerusi tak sampai dua tahun sahaja dari saat ini. Anwar memilih kepentingan rakyat dan negara pada jangka panjang bukannya kepentingan peribadinya untuk jangka pendek.


Begitu juga. Anwar Ibrahim sudah ada di Pejabat Perdana Menteri hari ini, kalau dia menanggih sedekah sokongan dari GPS di Sarawak dan tunduk terhadap tekanan dengan berjanji jawatan itu dan ini. Anwar tidak tergoda untuk meraih sokongan seperti pengemis politik. Pengerusi Harapan dan Presiden Keadilan ini ada maruah, ada integriti. Dia tetap tenang dan tawakal. Anwar telah lulus ujian.


Pemimpin-pemimpin pelapis, dari kalangan muda, dari pemuda dan wanita, tampillah ke depan. Pemimpin-pemimpin senior Harapan bangun dan bergerak ke  saf hadapan. Tetapi usah Anwar cuba dipinggirkan.Sekali lagi saya mohon, jangan campak Anwar ke bawah bas. Bayangkan senario pernah terjadi. Selepas PRU-13, Anwar dihumban oleh regim Umno/BN Najib ke penjara. Pakatan Rakyat pecah dan hancur. 


Lontarkanlah segala kata nista yang buruk-buruk serta fitnah seranah kepada Anwar, jika itu golongan yang membenci Anwar mahu lakukan. Tetapi jangan lupa, orang yang bernama Anwar Ibrahim inilah yang bangun dan muncul kembali dari dalam penjara membina semula perpaduan parti-parti pembangkang sehingga Harapan berjaya menumbangkan Umno/BN dan Najib dalam pilihanraya umum Mei 2018 lalu.


Jadi kepada Anwar Ibrahim, saya berharap supaya tenang dan fokus. Ini tugas sejarah anda untuk memimpin rakyat menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 akan datang supaya kita dapatkan semula mandat rakyat dan di tanahair kita ini akan kita bangunkan sebuah negara moden yang progresif, yang adil dan demokratik; sebuah kerajaan rakyat untuk rakyat semua kamu dan agama dengan berasaskan dasar keadilan untuk semua.


Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Isnin 23 Ogos 2021

 BACA SEHINGGA HABIS


SOALAN DARI PELAJAR: KISAH ANWAR NAK HAPUSKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU 


Harini saya dapat pertanyaan daripada bekas pelajar saya (seperti dalam gambar yang dilampirkan). Soalannya adalah “kenapa ramai cakap kalau Anwar naik, hak keistimewaan orang Melayu akan tergugat”. 


Untuk memudahkan pemahaman, saya jawab soalan ni dalam bentuk Soalan & Jawapan agar lebih mudah faham. Hak keistimewaan orang Melayu & Bumiputera Sabah Sarawak ni saya akan rujuk sebagai hak Malayu je lah ye untuk pendekkan penulisan.


Soalan: Apa contoh hak-hak keistimewaan orang Melayu? 

Jawapan: Kerajaan boleh sediakan kuota khas untuk masuk universiti, kuota khas untuk dapat biasiswa, kuota khas untuk bekerja dalam sektor awam, kuota khas untuk kelulusan permit perniagaan, dan kuasa utk mengehadkan sesuatu perniagaan tersebut hanya utk orang Melayu. Ini adalah antara hak keistimewaan orang Melayu yang diperuntukkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (undang-undang tertinggi di Malaysia).


Soalan: Boleh tak hak istimewa ni dihapuskan?

Jawapan: Boleh. Bukan sahaja hak istimewa ni, malah, perkara lain seperti kedudukan istimewa raja-raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan, semua nya BOLEH dihapuskan MENGIKUT prosedur yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau Parlimen hapuskan hak2 ni, kita namakan dia sebagai proses meminda Perlembagaan lah. 


Soalan: Boleh ke Perlembagaan dipinda?

Jawapan: Boleh, sejak merdeka sampailah sekarang, banyak dah kandungan Perlembagaan kita yang dah dipinda oleh wakil rakyat kita di Parlimen. Contoh, kalau dulu raja-raja Melayu tidak boleh didakwa bagi apa-apa kesalahan jenayah yang mereka lakukan dalam kapasiti peribadi, tapi apabila berlaku pindaan Perlembagaan yang dibuat oleh Kerajaan pada tahun 1993, imuniti ini telah dihapuskan. Dan kalau tak silap i, yang paling terbaru pindaan Perlembagaan dibuat adalah bagi menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun atau lebih dikenaki sebagai Undi 18. Tapi yang ni saya tak pasti dah berkuatkuasa ke belum walaupun ianya telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. 


Soalan: Siapa yang boleh pinda Perlembagaan ni?

Jawapan: Parlimen. Atau lebih tepat lagi adalah wakil rakyat. Ya, ingat i ada buat posting tentang kenapa pentingnya kita ambil tahu tentang politik? Ya, inilah sebabnya. Sebab siapa wakil rakyat yang kita pilih tu, akan menentukan masa depan kita dan anak cucu cicit kita. 


Soalan: Susah tak prosedur nak pinda Perlembagaan untuk hapuskan hak istimewa orang Melayu? 

Jawapan: I boleh katakan agak susah. Boleh, tapi agak susah. Kenapa agak susah? Sebab prosedur dia lebih sikit berbanding prosedur nak pinda perkara-perkara lain di dalam Perlembagaan. Contohnya, kalau nak pinda Perkara 153, prosedurnya adalah (1) Bill (usul untuk pinda Perlembagaan tu) tersebut mestilah mendapat sokongan undi TIDAK KURANG daripada 2/3 daripada keseluruhan bilangan ahli di KEDUA-DUA dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) semasa bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga DAN (2) perlu mendapat KEBENARAN/KELULUSAN daripada Majlis Raja-Raja.


Soalan: Jadi, boleh tak Anwar hapuskan hak istimewa orang Melayu ni? 

Jawapan: Kalau Anwar boleh dapatkan 148 (kalau ahli dewan Rakyat ada 222, 2/3 daripada 222 is 148) ahli Parlimen untuk menyokong usul untuk pinda Perkara 153, kemudian 2/3 ahli Dewan Negara utk sokong usul tersebut DAN dapat persetujuan Majlis Raja-Raja, MAKA boleh lah Anwar hapuskan hak istimewa orang Melayu. Bukan setakat hapuskan, nak TAMBAH lagi pun boleh. Sebab “pindaan” dekat sini bukan setakat nak hapuskan, nak tambah pun boleh.  Bukan setakat Anwar, siapa2 yang jadi Perdana Menteri pun boleh buat.


Dengan ilmu yang kita ada sekarang ni, mari kita cuba jawab soalan di atas. Ada 2 situasi macam mana Anwar boleh hapuskan hak istimewa Melayu ni:


1. Dengan sokongan ahli Parlimen Melayu. Kalau guna cara ni, kumpulan Anwar PERLU menang PRU dengan sekurang-kurangnya 148 kerusi. Kemudian lantik ramai2 Senator di Dewan Negara sehingga ada cukup bilangan 2/3 utk sokong usul tersebut dan akhirnya dapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja. 


2. Tanpa sokongan ahli Parlimen Melayu. Kalau guna cara ni, Anwar dan bukan Melayu PERLU menang PRU dengan sekurang-kurangnya 148 kerusi. Maksudnya kena ada sekurang-kurangnya 147 ahli Parlimen Cina, India dll utk guna cara ni. Kemudian lantik ramai2 Senator di Dewan Negara sehingga ada cukup bilangan 2/3 utk sokong usul tersebut dan akhirnya dapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja. 


Berdasarkan senario di atas, logik ke untuk Anwar boleh hapuskan hak istimewa orang Melayu? Kalau guna cara pertama, boleh ke Anwar dapatkan 147 ahli Parlimen Melayu dan bukan Melayu untuk sokong usul tersebut? Nak dapat majoriti 112 sekarang pun, waima lepas 60 tahun Merdeka pun, masih struggle. Tu baru cara pertama. Kalau nak guna cara kedua, boleh ke Anwar dapatkan 147 ahli Parlimen bukan Melayu untuk menang PRU in the first place? Dan kemudian dapatkan persetujuan daripada Majlis Raja-Raja? 


Jadi kalau menurut pandangan saya. Agak sukar atau tidak logik lah untuk Anwar mampu hapuskan hak istimewa orang Melayu tu. 


TAPI SEBENARNYA, PERKARA YANG LEBIH PENTING ADALAH, soalan yang sepatutnya ditanya adalah, dah kenapa pulak Anwar nak hapuskan hak istimewa orang Melayu ni? Siapa yang buat naratif ni dan sematkan dekat minda rakyat Malaysia? 


Kalau ikut soalan ni, sebabnya adalah kerana Anwar sokong ICERD. Sebelum I jawab pasal ICERD (sebab isu ICERD kena explain panjang lagi lah haha 😂), I buatlah carian dekat Google untuk cari mana kenyataan Anwar yang kata dia sokong peratifikasian (bahasa mudahnya adalah proses untuk menguatkuasa perjanjian antarabangsa) ICERD ni. Sebab kalau takde, then buat penat je lah kita berbincang panjang lebar ni. 😂 Dan resultnya, i tak jumpa mana2 kenyataan Anwar yang kata dia sokong untuk ICERD diaplikasikan di Malaysia. Takpelah, dah bincang dah pun, harapnya dapat lah kita ilmu tambahan daripada penulisan i ni. 


Jadi, kalau takde kenyataan Anwar yang mengatakan dia menyokong ICERD untuk diapplikasikan di Malaysia, so naratif yang rakyat Malaysia dimomok-momokkan Anwar nak hapuskan hak istimewa orang Melayu ni untuk apa sebenarnya? 


Pada pendapat saya, MELAINKAN ada bukti bahawa Anwar setuju dengan pelaksanaan ICERD di Malaysia, hanya ada satu jawapan kepada persoalan ni. Ini adalah persepsi/kebimbangan yang ingin disematkan dalam minda rakyat Malaysia oleh ahli politik kita SUPAYA rakyat Malaysia tidak menyokong Anwar (atau Pakatan Harapan). 


Bila rakyat tak sokong PH, rakyat akan undi siapa? Rakyat akan berterusan mengundi BN dan situasi ini TAKKAN berubah. Bermakna BN akan berterusan menjadi kerajaan. 


Politik yang bercirikan instilling fear (meninbulkan ketakutan) ni sebenarnya memang berkesan untuk pastikan rakyat sentiasa sokong kita. Perkara yang kita cakap tu TAK PERLU betul pun, cukup sekadar kita bercaya membentuk naratif sebegitu, kemudian diulang-ulang, dan jika rakyat TIDAK BERFIKIR DAN MENYELIDIK TERLEBIH DAHULU, maka rakyat pun akan terus termakan dengan naratif yang dibuat oleh ahli politik ni. (Jadi pastikan kota selalu berfikiran kritikal, jangan terus terima je apa yg kita baca. Termasuklah penulisan saya ni. Hehe)


Kenapa PRU ada setiap 5 tahun? Supaya rakyat boleh membakulsampahkan wakil rakyat yang tidak berbakti kepada rakyat sebaliknya memenuhkan periuk nasi dia dan kroni-kroninya. Supaya rakyat memilih orang lain untuk mentadbir kita. 


Siapa yang untung kalau rakyat tak ubah kerajaan dan berterusan membiarkan parti yang sama menjadi pemerintah? Ahli politik dalam parti kerajaan tu lah! 


So siapa yang dapat manfaat dengan naratif yang menakut-nakutkan rakyat macam ni? Rakyat ke ahli politik parti kerajaan? Jawapannya adalah ahli politik parti kerajaan. 

Mereka akan terus berkuasa selagi mana rakyat mengundi mereka. 


Saya cuma ada satu ayat yang saya suka pegang dan beritahu pelajar saya iaitu “absolute power, corrupts absolutely”. Bermakna, kalau kita bagi seseorang tu kuasa yang sepenuhnya, maksudnya dia yang ada kuasa tu, maka, dia AKAN menyalahgunakan kuasa tersebut. 


Bagi saya, samalah lah juga dengan dalam kita memilih kerajaan untuk mentadbir kita. Kenapa kita ada PRU setiap 5 tahun? Sebab kita negara yang mengamalkan demokrasi tu. Bermaksud, rakyat BOLEH menukar kerajaan pada setiap 5 tahun. Itu gunanya demokrasi. Supaya kita boleh berubah. Sebab bahaya nya kita biarkan orang yang sama mempunyai kuasa bertahun-tahun, mereka AKAN melakukan penyalahgunaan kuasa kerana mereka berasa selesa yang kedudukan mereka TIDAK akan digugat. Kita bukannya negara komunis yang KENA berpegang kepada satu kerajaan sahaja. 


So kalau parti A tak elok, 5 tahun lagi tukar parti B pulak, lepastu tukar lagi dan begitulah seterusnya. Baru lah wakil rakyat kita tahu yang mereka bekerja untuk rakyat. Setiap 5 tahun mereka akan dinilai oleh rakyat. Kalau mereka tak bagus, mereka akan disingkirkan. Sekurang-kurangnya, kalau parti A penuh dengan rasuah dan salah guna kuasa, depa boleh buat macam tu dalam 5 tahun je sebab lepas tu, rakyat akan pilih parti B pula (contohnya). 


Akhir kata, macam mana nak tahu kena tukar kerajaan ke tak? Pandang dekat diri sendiri, pandang dekat luar (keluarga, jiran-jiran dan masyarakat), kemudian tengok, dalam tempoh 5 tahun diperintah oleh parti A ni, hidup kita SEMUA makin baik ke tidak? Kalau kita SEMUA masih hidup susah, yang KAYA tu depa dengan puak2 depa je, TU PETANDA BESAR, yang kita perlu tukar kerajaan. 


Oh last last, berkenaan isu SAWIT. Saya tak pandai sangat tentang sawit tapi yang saya faham, harga sawit ditentukan oleh harga pasaran dunia. Sama macam harga komoditi lain mcm harga petroleum. Dah kalau time PH naik tu harga sawit tengah jatuh sebab EU boikot sawit, then memang akan jatuh lah harganya WALAU siapa pun yang memerintah. Jadi saya tak nampaklah apa kena-mengena PH dengan harga sawit ni. Kalau betullah pemahaman saya ni, maksudnya, isu sawit ni pun adalah naratif ahli politik lawan untuk mewujudkan persepsi/kebencian kepada PH. Kalau saya salah bab sawit ni, means memang salah PH lah ye. haha 😂


Okaylah, saya harap perkongsian ni bermanfaat. Panjang sangat dah ni. Sehingga kita berjumpa lagi, jaga diri dan assalamualaikum (mana yang kejap i kejap saya tu, maafkan je lah ya 😂)


Yang benar, 

Asyraf Azni


#TirudanTampal