Monday, August 23, 2021

 BACA SEHINGGA HABIS


SOALAN DARI PELAJAR: KISAH ANWAR NAK HAPUSKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU 


Harini saya dapat pertanyaan daripada bekas pelajar saya (seperti dalam gambar yang dilampirkan). Soalannya adalah “kenapa ramai cakap kalau Anwar naik, hak keistimewaan orang Melayu akan tergugat”. 


Untuk memudahkan pemahaman, saya jawab soalan ni dalam bentuk Soalan & Jawapan agar lebih mudah faham. Hak keistimewaan orang Melayu & Bumiputera Sabah Sarawak ni saya akan rujuk sebagai hak Malayu je lah ye untuk pendekkan penulisan.


Soalan: Apa contoh hak-hak keistimewaan orang Melayu? 

Jawapan: Kerajaan boleh sediakan kuota khas untuk masuk universiti, kuota khas untuk dapat biasiswa, kuota khas untuk bekerja dalam sektor awam, kuota khas untuk kelulusan permit perniagaan, dan kuasa utk mengehadkan sesuatu perniagaan tersebut hanya utk orang Melayu. Ini adalah antara hak keistimewaan orang Melayu yang diperuntukkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (undang-undang tertinggi di Malaysia).


Soalan: Boleh tak hak istimewa ni dihapuskan?

Jawapan: Boleh. Bukan sahaja hak istimewa ni, malah, perkara lain seperti kedudukan istimewa raja-raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan, semua nya BOLEH dihapuskan MENGIKUT prosedur yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau Parlimen hapuskan hak2 ni, kita namakan dia sebagai proses meminda Perlembagaan lah. 


Soalan: Boleh ke Perlembagaan dipinda?

Jawapan: Boleh, sejak merdeka sampailah sekarang, banyak dah kandungan Perlembagaan kita yang dah dipinda oleh wakil rakyat kita di Parlimen. Contoh, kalau dulu raja-raja Melayu tidak boleh didakwa bagi apa-apa kesalahan jenayah yang mereka lakukan dalam kapasiti peribadi, tapi apabila berlaku pindaan Perlembagaan yang dibuat oleh Kerajaan pada tahun 1993, imuniti ini telah dihapuskan. Dan kalau tak silap i, yang paling terbaru pindaan Perlembagaan dibuat adalah bagi menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun atau lebih dikenaki sebagai Undi 18. Tapi yang ni saya tak pasti dah berkuatkuasa ke belum walaupun ianya telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. 


Soalan: Siapa yang boleh pinda Perlembagaan ni?

Jawapan: Parlimen. Atau lebih tepat lagi adalah wakil rakyat. Ya, ingat i ada buat posting tentang kenapa pentingnya kita ambil tahu tentang politik? Ya, inilah sebabnya. Sebab siapa wakil rakyat yang kita pilih tu, akan menentukan masa depan kita dan anak cucu cicit kita. 


Soalan: Susah tak prosedur nak pinda Perlembagaan untuk hapuskan hak istimewa orang Melayu? 

Jawapan: I boleh katakan agak susah. Boleh, tapi agak susah. Kenapa agak susah? Sebab prosedur dia lebih sikit berbanding prosedur nak pinda perkara-perkara lain di dalam Perlembagaan. Contohnya, kalau nak pinda Perkara 153, prosedurnya adalah (1) Bill (usul untuk pinda Perlembagaan tu) tersebut mestilah mendapat sokongan undi TIDAK KURANG daripada 2/3 daripada keseluruhan bilangan ahli di KEDUA-DUA dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) semasa bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga DAN (2) perlu mendapat KEBENARAN/KELULUSAN daripada Majlis Raja-Raja.


Soalan: Jadi, boleh tak Anwar hapuskan hak istimewa orang Melayu ni? 

Jawapan: Kalau Anwar boleh dapatkan 148 (kalau ahli dewan Rakyat ada 222, 2/3 daripada 222 is 148) ahli Parlimen untuk menyokong usul untuk pinda Perkara 153, kemudian 2/3 ahli Dewan Negara utk sokong usul tersebut DAN dapat persetujuan Majlis Raja-Raja, MAKA boleh lah Anwar hapuskan hak istimewa orang Melayu. Bukan setakat hapuskan, nak TAMBAH lagi pun boleh. Sebab “pindaan” dekat sini bukan setakat nak hapuskan, nak tambah pun boleh.  Bukan setakat Anwar, siapa2 yang jadi Perdana Menteri pun boleh buat.


Dengan ilmu yang kita ada sekarang ni, mari kita cuba jawab soalan di atas. Ada 2 situasi macam mana Anwar boleh hapuskan hak istimewa Melayu ni:


1. Dengan sokongan ahli Parlimen Melayu. Kalau guna cara ni, kumpulan Anwar PERLU menang PRU dengan sekurang-kurangnya 148 kerusi. Kemudian lantik ramai2 Senator di Dewan Negara sehingga ada cukup bilangan 2/3 utk sokong usul tersebut dan akhirnya dapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja. 


2. Tanpa sokongan ahli Parlimen Melayu. Kalau guna cara ni, Anwar dan bukan Melayu PERLU menang PRU dengan sekurang-kurangnya 148 kerusi. Maksudnya kena ada sekurang-kurangnya 147 ahli Parlimen Cina, India dll utk guna cara ni. Kemudian lantik ramai2 Senator di Dewan Negara sehingga ada cukup bilangan 2/3 utk sokong usul tersebut dan akhirnya dapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja. 


Berdasarkan senario di atas, logik ke untuk Anwar boleh hapuskan hak istimewa orang Melayu? Kalau guna cara pertama, boleh ke Anwar dapatkan 147 ahli Parlimen Melayu dan bukan Melayu untuk sokong usul tersebut? Nak dapat majoriti 112 sekarang pun, waima lepas 60 tahun Merdeka pun, masih struggle. Tu baru cara pertama. Kalau nak guna cara kedua, boleh ke Anwar dapatkan 147 ahli Parlimen bukan Melayu untuk menang PRU in the first place? Dan kemudian dapatkan persetujuan daripada Majlis Raja-Raja? 


Jadi kalau menurut pandangan saya. Agak sukar atau tidak logik lah untuk Anwar mampu hapuskan hak istimewa orang Melayu tu. 


TAPI SEBENARNYA, PERKARA YANG LEBIH PENTING ADALAH, soalan yang sepatutnya ditanya adalah, dah kenapa pulak Anwar nak hapuskan hak istimewa orang Melayu ni? Siapa yang buat naratif ni dan sematkan dekat minda rakyat Malaysia? 


Kalau ikut soalan ni, sebabnya adalah kerana Anwar sokong ICERD. Sebelum I jawab pasal ICERD (sebab isu ICERD kena explain panjang lagi lah haha 😂), I buatlah carian dekat Google untuk cari mana kenyataan Anwar yang kata dia sokong peratifikasian (bahasa mudahnya adalah proses untuk menguatkuasa perjanjian antarabangsa) ICERD ni. Sebab kalau takde, then buat penat je lah kita berbincang panjang lebar ni. 😂 Dan resultnya, i tak jumpa mana2 kenyataan Anwar yang kata dia sokong untuk ICERD diaplikasikan di Malaysia. Takpelah, dah bincang dah pun, harapnya dapat lah kita ilmu tambahan daripada penulisan i ni. 


Jadi, kalau takde kenyataan Anwar yang mengatakan dia menyokong ICERD untuk diapplikasikan di Malaysia, so naratif yang rakyat Malaysia dimomok-momokkan Anwar nak hapuskan hak istimewa orang Melayu ni untuk apa sebenarnya? 


Pada pendapat saya, MELAINKAN ada bukti bahawa Anwar setuju dengan pelaksanaan ICERD di Malaysia, hanya ada satu jawapan kepada persoalan ni. Ini adalah persepsi/kebimbangan yang ingin disematkan dalam minda rakyat Malaysia oleh ahli politik kita SUPAYA rakyat Malaysia tidak menyokong Anwar (atau Pakatan Harapan). 


Bila rakyat tak sokong PH, rakyat akan undi siapa? Rakyat akan berterusan mengundi BN dan situasi ini TAKKAN berubah. Bermakna BN akan berterusan menjadi kerajaan. 


Politik yang bercirikan instilling fear (meninbulkan ketakutan) ni sebenarnya memang berkesan untuk pastikan rakyat sentiasa sokong kita. Perkara yang kita cakap tu TAK PERLU betul pun, cukup sekadar kita bercaya membentuk naratif sebegitu, kemudian diulang-ulang, dan jika rakyat TIDAK BERFIKIR DAN MENYELIDIK TERLEBIH DAHULU, maka rakyat pun akan terus termakan dengan naratif yang dibuat oleh ahli politik ni. (Jadi pastikan kota selalu berfikiran kritikal, jangan terus terima je apa yg kita baca. Termasuklah penulisan saya ni. Hehe)


Kenapa PRU ada setiap 5 tahun? Supaya rakyat boleh membakulsampahkan wakil rakyat yang tidak berbakti kepada rakyat sebaliknya memenuhkan periuk nasi dia dan kroni-kroninya. Supaya rakyat memilih orang lain untuk mentadbir kita. 


Siapa yang untung kalau rakyat tak ubah kerajaan dan berterusan membiarkan parti yang sama menjadi pemerintah? Ahli politik dalam parti kerajaan tu lah! 


So siapa yang dapat manfaat dengan naratif yang menakut-nakutkan rakyat macam ni? Rakyat ke ahli politik parti kerajaan? Jawapannya adalah ahli politik parti kerajaan. 

Mereka akan terus berkuasa selagi mana rakyat mengundi mereka. 


Saya cuma ada satu ayat yang saya suka pegang dan beritahu pelajar saya iaitu “absolute power, corrupts absolutely”. Bermakna, kalau kita bagi seseorang tu kuasa yang sepenuhnya, maksudnya dia yang ada kuasa tu, maka, dia AKAN menyalahgunakan kuasa tersebut. 


Bagi saya, samalah lah juga dengan dalam kita memilih kerajaan untuk mentadbir kita. Kenapa kita ada PRU setiap 5 tahun? Sebab kita negara yang mengamalkan demokrasi tu. Bermaksud, rakyat BOLEH menukar kerajaan pada setiap 5 tahun. Itu gunanya demokrasi. Supaya kita boleh berubah. Sebab bahaya nya kita biarkan orang yang sama mempunyai kuasa bertahun-tahun, mereka AKAN melakukan penyalahgunaan kuasa kerana mereka berasa selesa yang kedudukan mereka TIDAK akan digugat. Kita bukannya negara komunis yang KENA berpegang kepada satu kerajaan sahaja. 


So kalau parti A tak elok, 5 tahun lagi tukar parti B pulak, lepastu tukar lagi dan begitulah seterusnya. Baru lah wakil rakyat kita tahu yang mereka bekerja untuk rakyat. Setiap 5 tahun mereka akan dinilai oleh rakyat. Kalau mereka tak bagus, mereka akan disingkirkan. Sekurang-kurangnya, kalau parti A penuh dengan rasuah dan salah guna kuasa, depa boleh buat macam tu dalam 5 tahun je sebab lepas tu, rakyat akan pilih parti B pula (contohnya). 


Akhir kata, macam mana nak tahu kena tukar kerajaan ke tak? Pandang dekat diri sendiri, pandang dekat luar (keluarga, jiran-jiran dan masyarakat), kemudian tengok, dalam tempoh 5 tahun diperintah oleh parti A ni, hidup kita SEMUA makin baik ke tidak? Kalau kita SEMUA masih hidup susah, yang KAYA tu depa dengan puak2 depa je, TU PETANDA BESAR, yang kita perlu tukar kerajaan. 


Oh last last, berkenaan isu SAWIT. Saya tak pandai sangat tentang sawit tapi yang saya faham, harga sawit ditentukan oleh harga pasaran dunia. Sama macam harga komoditi lain mcm harga petroleum. Dah kalau time PH naik tu harga sawit tengah jatuh sebab EU boikot sawit, then memang akan jatuh lah harganya WALAU siapa pun yang memerintah. Jadi saya tak nampaklah apa kena-mengena PH dengan harga sawit ni. Kalau betullah pemahaman saya ni, maksudnya, isu sawit ni pun adalah naratif ahli politik lawan untuk mewujudkan persepsi/kebencian kepada PH. Kalau saya salah bab sawit ni, means memang salah PH lah ye. haha 😂


Okaylah, saya harap perkongsian ni bermanfaat. Panjang sangat dah ni. Sehingga kita berjumpa lagi, jaga diri dan assalamualaikum (mana yang kejap i kejap saya tu, maafkan je lah ya 😂)


Yang benar, 

Asyraf Azni


#TirudanTampal

No comments:

Post a Comment