Sunday, August 22, 2021

 Macam mana hendak kata Anwar jahat?.

Cuba teliti wajah-wajah pemuka-pemuka ini dan tindakan-tindakan kerja-kerja mereka dalam tugas dan tanggung jawab mereka berungguh-sungguh ingin menjahanamkan hidup Anwar dan keluarga. 


Sedangkan kalau difikirkan apakah kesalahan Anwar yang cukup besar hingga beliau dianiaya?.


Apa yang ditulis ini sudah menjadi kenyataan dan lipatan sejarah. Dan akan ada lagi pemuka-pemuka yang berterusan menjadikan Anwar sebagai mangsa mereka. Percayalah.


NASIB PARA PELAKON KES FITNAH LIWAT 1 (1998)


1. S Augustine Paul

Hakim kanan Mahkamah Persekutuan ini meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.


2. Ummi Hafilda Ali

Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.


3. Azizan Abu Bakar

Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.


4. Abdul Rahim Nor

Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia sehingga kini.


5. Aziz Shamsuddin

Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.


6. Mohtar Abdullah

Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!


7. Dr Ristina Majid

Seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.


8. Khalid Jafri

Penulis Buku Fitnah '50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" ini juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 terhadap Anwar.


Nasib para pelakon kes Fitnah Liwat I (1998) konspirasi Tun dah terima balasan masing-masing.


Bagaimana pula nasib para pelakon kes Fitnah Liwat II (2009) angkara konspirasi Najib pula???


#FitnahPastiDptBalasan

#CepatAtauLambat

#AllahYgTentukan

#MahaEsaMahaBerkuasa

#JauhidariFitnah

No comments:

Post a Comment