Saturday, August 21, 2021

 Jangan ada rasa kecewa.


Saya yakin peristiwa ini adalah ujian kepada penyokong bukan kepada Sdra Anwar. 


Klw Anwar sungguh gila nak jadi PM, beliau dan barisan MP bersama nya tentu akan berusaha sekuat munkin untuk mendapatkan lagi 6 MP. Tapi Anwar ada pandangan tersendiri kenapa beliau tak berminat mengejar jawatan PM ketika ini.


Ketika berlaku langkah Sheraton, negara hampir bersih dari serangan covid19. Ketika bermula kerajaan PN, covid 19 mula menyerang semula dan PRN di Sabah menjadi medan serangan panjang hingga hari ini.


Kerajaan PN Mahiaddin memang dah gagal membendung sehingga menjadi alasan kenapa UMNO perlu mengambil tindakan meruntuhkan PN dan merebut baton dari tangan yidin.


Kita patut bersyukur kerana "Pilihanraya Kayangan" tidak membuat Anwar pusing kepala untuk menyelesaikan kekusutan yg di lakukan olih Mahiaddin. Biarkan DSIS uruskan semampunya. Kekusutan itu hasil kerja geng dia. Kita tengok je dari jauh.


Berdasarkan apa yg mampu dilakukan olih DSIS ketika mengendalikan kes covid19 di bawah kerajaan gagal Mahiaddin, kita percaya tidak banyak beza nya dengan apa yg mampu di lakukan nya ketika menjadi PM skrg. Kereta lama dengan hanya di cat baru.


Jika beliau gagal, (kita yakin DSIS akan bertemu jalan mati) ini akan memberi impak negatif kepada keseluruhan MP di bawah beliau, sekaligus akan menerima hukuman berat dari rakyat dlm PRU15 akan datang.


Secara percuma, PH mendapat peluru tambahan untuk berperang dlm PRU itu.


Maka bersyukur lah, bahawa Allah telah menyediakan perancangan yg terbaik untuk kita yg menyokong Anwar. Tidak akan ada kecaman kerana berlaku kematian berbelas ribu akibat covid19.


Yg ada nanti hanyalah modal lama berupa wirid DAP DAP DAP, PM tepi, al itu, al ini yg dah tak menarik perhatian rakyat.


Kita sewajarnya meraikan ketentuan Allah ini dengan cekal berusaha untuk menjayakan hasrat reformasi, tanpa gangguan atau persekongkolan dengan si Saka yg sentiasa memegang peranan utama menggagalkan kehendak majoriti rakyat mengangkat Anwar sebagai PM, secara terang terangan atau dlm gelap. 


Skrg ini Saka sedang berlakon saolah olah menyokong Anwar sebagai PM, dng hasrat tersembunyi untuk menganggotai PH bagi memudahkan mencapai hasrat untuk mengganggu perjalanan Anwar ke Putrajaya. Amaran jelas untuk Anwar bahawa jgn sekali kali benarkan Saka bersama dlm kelompok PH menuju puncak "Reformasi di Putrajaya" atau PH akan di khianati lagi.

No comments:

Post a Comment