GEMPAR!! PUNCA ANWAR TIDAK JADI PM KINI TERBONGKAR
- August 21, 2021
- , 10:37 pm
- , Lain-lain
ANWAR TIDAK PERLU JADI PERDANA MENTERI
Di kalangan kawan kawan rapat saya, mereka tahu saya agak skeptikal terhadap Anwar Ibrahim. Saya rasa beliau agak beria menjadi Perdana Menteri. Saya menjadi tertanya kenapa ramai penyokong yang terkenal tinggalkan dia.
Tapi baru baru ini, melihat reaksi dia dalam kekecohan politik menyebabkan saya menjadi tertanya tanya adakah saya telah menghukum dia terlalu cepat.
Ketika BN dan PN kecoh dalam mengejar jawatan PM, dia tetap tenang. Ya, dia pergi ke Istana menunjukkan bukti sokongan yang dia ada. Tetapi pada masa yang sama dia tidak gelojoh membeli undi undi pihak ketiga seperti GPS.
Kita semua tahu untuk cara mudah menjadi parti terkuat di Malaysia ialah dengan mendapatkan undi Melayu. Untuk mendapatkan undi Melayu, cara termudah ialah bermain dengan sentimen Islam dan sentimen Melayu.
Mudah sangat untuk dibuat malah itu yang dibuat oleh UMNO, Bersatu dan PAS. Selepas dapat kuasa, sentimen bangsa dan agama hilang sekejap. Bila pilihanraya bangkitkan kembali.
Anwar Ibrahim sebagai ahli politik boleh berbuat sama. Dia boleh kata dialah pejuang Islam sejati. Sekurang kurangnya dia ada bukti Bank Islam, Universiti Islam, Artikel 121A dalam memartabatkan Mahkamah Syariah, menghapuskan pengajaran perkara khurafat dalam sistem pendidikan. Cuba tanya tokoh tokoh lain apa yang mereka buat untuk Islam di negara ini?
Anwar Ibrahim boleh kata dia menegakkan bahasa Melayu. Dia kenalkan bahasa Melayu Baku. Ucapan dia sentiasa perkenalkan perkataan Melayu yang dilupakan. Malah beliau amat pro Melayu apabila menukar perkataan bahasa kebangsaan kepada bahasa Melayu.
Namun untuk merebut kuasa ini, beliau tidak pula bermain sentimen agama dan bangsa. Dia tidak memilih jalan mudah tersebut. Sebaliknya jalan yang dipilihnya adalah jalan yang amat sukar.
Beliau memilih untuk memperjuangkan keadilan. Keadilan semua suka sebut. Tetapi tidak ramai suka ianya diamalkan. Keadilan memerlukan pengorbanan. Ramai benci untuk berkorban. Mereka mahu orang lain berkorban tetapi diri sendiri untuk berkorban memang sukar.
Untuk menjadi Perdana Menteri, beliau kena berhenti bercakap mengenai keadilan, intergriti dan prinsip. Sebagai seorang orator beliau sepatutnya boleh bermain emosi orang Melayu dengan lebih mudah. Beliau juga sepatutnya boleh berdoa depan tv malah beliau boleh berkhutbah Jumaat.
Tetapi bagi orang yang berprinsip, mengorbankan jawatan PM adalah lebih mudah daripada mengorbankan prinsip.
Mungkin bukan Anwar Ibrahim yang tidak layak jadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi Malaysia yang tidak bersedia untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri….
Akhir kalam, saya meminta maaf kepada Anwar Ibrahim atas prejudis saya pada beliau….
C&P
No comments:
Post a Comment