Friday, August 13, 2021

 MAHIADDIN PASANG JERAKAP SAMAR


Saya terlepas mengikuti siaran langsung perutusan Mahiaddin Yassin sekejap tadi. Kini baru saya mendengar rakaman dan setelah menganlisanya, fahamlah akan saya tujuan dan maksudnya apa dinyatakan Mahiaddin. 


Perutusan Mahiaddin tadi tiada yang baru pun, melainkan mendedahkan keadaan beliau yang sudah nazak ketika sedang "ditidurkan". Walaupun dalam keadaan uzur tampaknya beliau masih licit dan mampu berikhtiar untuk terus kekal sebagai PM. 


Dalam perutusan tadi beliau membentang formula berupa tujuh perkara kerjasama kononnya untuk menyelamatkan negara yang berhadapan dengan pandemik kini, tetapi hakikatnya bagi mengekalkan dia dan kerajaan. Mahiaddin kini mahu bergantung kepada pembangkang setelah hilang sokongan apabila MP Umno menarik sokongan. 


Antara tujuh perkara itu ialah, akan memberi peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat, termasuk pembangkang, akan menggubal undang-udang menghadkan PM dua penggal, (oh berangan nak jadi PM sampai dua penggal rupanya), meluluskan undang-undang pelaksanakan undi 18.


Yang fannynya meletakkan peranan dan kedudukan Ketua Pembangkan setaraf dengan menteri kanan. Secara tidak langsung Mahiddin memperbudakan Ketua Pembangkang dan secara tak sedar cuba merasuah dengan menaikkan taraf setara dengan menteri kanan.  


Untuk mencapai tujuan itu, beliau akan menjemput semua parti-parti politik pembangkang dalam masa terdekat untuk berbincang secara terbuka dan ikhlas bagi mencapai tujuan itu.


Beliau mengakui jujur, tawaran itu dibuat katanya untuk memastikan keadaan negara yang diancam pandemik ini selamat dan bukan untuk kepentingan dirinya.

 

Sekali dengar tawaran itu menarik dan saksama, tetapi ada elemen tersembunyi, jahat dan tidak ikhlas disebaliknya. Misalnya Mahiaddin kata beliau sudah sedar yang beliau tidak ada majoriti lagi, tetapi kerana waktu ini tidak ada seorang pun ahli Parlimen mendapat majoriti kerana itu beliau enggan letak jawatan untuk membolehkan dilantik PM baru.


Sekiranya beliau jujur dan tidak berniat jahat, sesudah beliau sedar tiada mana-mana ahli Parlimen yang mendapat majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, kenapa beliau tidak berkorban secara sukarela menyokong untuk mana-mana MP bagi mencukupi sokong? Bukankah tindakan itu lebih terpuji dan mulia daripada mengajak pihak yang kamu lawan sebagai kawan untuk selamatkan diri kamu yang terdesak. Celaka sis.


Dan kenapa rangka sebegitu baharu sekarang dikemukakan? Apakah setelah beliau menyedari sudah hilang sokongan dan sudah tidak ada upaya lagi untuk menyelamatkan diri. Begitukah?


Nampak indah dan professional rangka kerjasama merentasi parti itu, sebagai dimensi baru politik, tetapi natijahnya beliau masih mahu jadi YAB Perdana Menteri dan mengekalkan kerajaan "curitokrasi", inilah menyebabkan orang dapat menghidu pelan berkenaan demi menyelamatkan kedudukannya bukan negara. 


Diharap pembangkang tidak mudah terpesona dan terpengaruh dengan tawaran menanam tebu di bibir itu. Sekiranya pembangkang terpanggil juga dengan pelawaan itu, kena kemukakan syarat-syarat balas konkrit yang pentingnya perdana menteri jangan Mahiaddin Yassin lagi.


Apapun terbaiknya pada perkiraan saya pembangkang usah  sesekali menerimanya kerana ia akan dieksploit dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat. Walhasilnya pembangkang yang kini sudah nampak sepadu boleh terberai semula. Pembangkang kena waspada dengan jerakap samar yang baru dipasang Mahiaddin itu. Trims.

No comments:

Post a Comment