Monday, October 31, 2022

 #SAFT


SIDDIQ (truthful)

AMANAH (trustworthy)

FATHONAH (intelligent)

TABLIGH (deliver) 


1. Ini ciri2 kepimpinan figura paling berpengaruh sepanjang zaman. Nabi Muhammad SAW. Ciri2 ini universal. Boleh terpakai kepada semua. Tanpa kira bangsa dan agama. 


2. Prinsip SAFT mengkehendaki kita memilih pemimpin yang mempunyai ciri:


a. SIDDIQ (truthful)- bercakap benar walau pahit ditelan. Nampak jelas ikhlas berkhidmat bukan hanya wayang politik. Orangnya perlu pentingkan negara dan rakyat daripada parti sendiri. Jadi Patriot negara  bukan semata2 pejuang parti. 


b. AMANAH (trustworthy)- perlu visibly clean tanpa ada elemen meragukan. Kedudukan ekonomi juga stabil dari sumber yang bersih dan halal. Orang kelilingnya juga bukan jenis kaki sapu dan penyangak. 

Senang cerita, cari yang menjaga amanah. Bukan suka pecah amanah. Bukan saja dia. Tetapi keluarga dan inner circle. 


c. FATHONAH (intelligent)- orangnya perlu bijak, ada kelayakan berpatutan dengan jawatan ADUN atau Ahli Parlimen. Kalau ADUN, kita boleh terima yang set street smart, sekiranya takde kelayakan ijazah. 


Tapi untuk Ahli Parlimen, pohon lah cari sekurangnya ada ijazah. Nak lantik pegawai Bank pun kita berkira2. Tengok betul2 kelayakan dia. Inikan pula pemimpin negara. Yang ada kuasa macam2 pula. Kena lah orang yang bijaksana. 


Elakkan jenis set2 sijil tipu. Kalau benda tu pun dia boleh buat, apa lagi yang tak boleh lepas tu. 


d. TABLIGH (deliver)- orangnya juga kena ada rekod boleh buat kerja dan menyampaikan benda yang baik. Tolak jenis yang suka senang, sembang kencang dan scammer. Paling teruk set2 penyangak atau gangster. Ini semua set toksik nak jadi Wakil rakyat kita.


Itu dia SAFT tadi. Kita tengok kualiti calon bukan hanya parti. 


3. Kenapa kualiti calon dan bukan parti? Sebab sama ada dia akan jadi Kerajaan atau Pembangkang, kita tetap dapat wakil rakyat berkualiti. Sama ada parti dia melompat katak ke sana ke mari, dia yang kita lantik tu tetap katak berkualiti. Kalau dia diangkat jadi Menteri, confirm bukan jenis cap ayam, dapat juga Menteri berkualiti. 


4. Kita pun jenuh kan mereka2 ni datang dari pelbagai parti. Makanya, mana pun diaorg pergi nanti, mereka tetap orang yang kita lantik with merit. Janganlah diangkat lagi YB cap ayam hanya kerana kita taksub parti. 


5. Kepada pengundi dan bakal pengundi, ambil tahu latar belakang calon anda. Demand them for their resume atau CV. Dengar kan ceramah mereka. Tanya dan tengok orang keliling. 


7. Seterusnya, try cuba test Prinsip SAFT ini. Jangan lagi dipangkah semata2 kerana parti.


8. Mana baik, kita sokong. Mana salah, kita bantah. Pemimpin baik kita sanjung, pemimpin hauk kita balun. 


9. Loyalty to country, always! Loyalty to political parties or leaders, only when they deserve it!


Salam hormat,

Liyana Marzuki


p/s- ini Prinsip SAFT untuk ADUN dan MP. Untuk ciri2 pemimpin yang layak menjadi Menteri pula ada plus point lain. Malah, untuk Perdana Menteri bertambah2 lagi lah plus pointnya. Saya akan kupas lain kali.

Saturday, October 29, 2022

 Resipi Sambal Nasi Lemak Legend. Masak Macam Ni Memang Sedap

1 labu bawang holland – beli online disini

5 ulas bawang merah – beli online disini

Sedikit halia

Sedikit belacan – beli online disini

Sedikit ikan bilis – beli online disini

6 sudu makan cili kisar – beli online disini

Gula/ gula nise secukup rasa – beli online disini

Garam secukup rasa

Sedikit air asam jawa

Sedikit perasa

Minyak masak

CARA MEMASAK:

1.Satukan bawang holland, bawang merah, halia, belacan dan ikan bilis. Kemudian kisar.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga pecah minyak.

3. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak sempurna.

4. Bila cili sudah masak, masukkan gula/ nise, garam, perasa dan sedikit air asam jawa. Sukatannya bergantung pada cita rasa masing-masing.

5. Tumis lagi hingga masak sempurna.

6. Sambal Nasi Lemak Legend sedia untuk dihidangkan bersama nasi dan bahan-bahan sampingan  yang lain.


RESEPI ROTI CANAI


Bahan-bahan :

1/2 kg tpg gandum

1 sudu bsr minyak msk

2 sudu bsr susu pekat

1 biji telur

1 sudu kecil garam

1 cwn air -ni anggaran..tuang sedikit2 sambil uli hingga mnjadi doh


Cara cara :

1.Satukan susu,telur,garam dan air-kacau sampai larut

2.Masukkan tpg dan minyk dlm bekas.kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli hingga menjadi doh yg licin dan lembut

3.Buat bulat2 anggaran 75g-80g setiap bola

4.sapu setiap bola dgn marjerin dan letak dlm bekas.tuang sedikit minyak msk.perap adunan 6-7 jam @ semalaman..bagi yg tk sabar mcm sis perap 4 jam pn dh bleh tebar..

5.goreng & siap..


Credit : Rahmah rosmin

Friday, October 28, 2022

 SHAYKH YUSUF AL QARADAWI: SAYA MENGENALI ANWAR IBRAHIM


Saya telah mengenali Anwar Ibrahim sejak dia seorang pemuda pada awal usia belianya. Di seorang yang bersemangat aktif di dalam pergerakan organisasi pada masa lalu, dan dia pernah menjadi presiden ABIM. Kemudian saya mengenali dia ketika dia dipenjarakan (pada pertama kalinya) hanya kerana kepimpinannya yang berpengaruh. Kemudian saya  mengenalinya setelah dia bebas daripada penjara dan dia mula mendekati parti UMNO sehinggalah dia menjadi anggota parti itu. Dia telah memegang banyak jawatan penting dari kementerian hingga menjadi orang nombor dua di dalam parti dan kerajaan.


Saya telah bersama bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dalam pembentukan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), universiti yang diasaskan dan ditegakkan di atas kesepaduan di antara ilmu-ilmu wahyu, ilmu alam dan ilmu kemanusiaan. Saya mengenalinya ketika itu sewaktu bintangnya bersinar di Malaysia, di dunia Arab dan di Barat. Dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dia seorang pemimpin yang menonjol di Malaysia yang pesat membangun. Dia merupakan salah seorang yang menyumbang kepada kebangkitannya. Dan seluruh alam menunggu-nunggu pada waktu itu supaya dia menjadi perdana menteri dan ketua Malaysia di tahap yang baru, kalau tidak disebabkan kejutan-kejutan yang dicetuskan oleh politik.


Aku percaya bahawa dia seorang Muslim yang benar, seorang Muslim yang beristiqamah menunaikan kewajipan-kewajipannya, dia menjauhi dan meninggalkan dosa-dosa besar dan perkara-perkara haram, dia beramal demi keagungan agamanya dan kemakmuran negaranya dan dia berkhidmat untuk umat. Hanya Allah sahaja yang menghitungnya dan saya tidak samasekali mendahuluiNya dalam memberi pengktirafan dan kepujian.


(Terjemahan petikan dari surat al marhum Shaykh Dr Yusuf  al Qaradawi kepada kerajaan dan rakyat Malaysia 10 Ogos 2015)


ISLAH MEDIA

Thursday, October 27, 2022

 PENYOKONG PH PERLU BERLAPANG DADA


1. Saya tidak ada kepentingan parti. Tidak juga menyokong mana-mana pemimpin dan parti. Cuma dalam pilihan raya ini, saya mahukan DS Anwar Ibrahim menjadi PM. Bukan kerana saya mengenali beliau, rapat dengan beliau atau ada kepentingan dengan beliau, tetapi kerana saya yakin dalam beberapa bakal calon PM yang ada, DSAI adalah yang terbaik untuk memimpin negara hebat ini ke depan.


2. Saya tiada isu atau hal peribadi dengan bakal PM yang lain. Mereka hebat dan baik. Mereka banyak jasa pada negara. Tetapi dalam suasana ekonomi politik sekarang, saya tiada pilihan. Saya perlu memilih satu sahaja antara calon yang ada, dan saya memilih DS Anwar Ibrahim. 


3. Sebabnya saya yakin DS Anwar adalah pemimpin yang dapat melonjakkan negara di pentas dunia. Pada Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu tahun 2023, saya mahu lihat DS Anwar berucap di New York. Pemimpin dunia memenuhi dewan mendengar ucapan dan wawasan beliau. Menonton di kaca tv, sebagai rakyat Malaysia saya pasti bangga jika saat itu datang.


4. Malaysia perlu dipulihkan—ekonomi, politik, hubungan luar, pendidikan, perdagangan, keselamatan dan lainnya. Jika ini mahu dilakukan, DS Anwar Ibrahimlah orangnya.


5. Semangat inilah yang mendorong saya menulis artikel di bawah hari ini. Saya mahu kedua-dua pemimpin Tun dan DS Anwar duduk berbincang. Duduk berbincang itu bukan bererti PEJUANG menyertai gabungan PH. 


6. Duduk berbincang itu adalah untuk mencari formula bagaimana PH boleh menang, DS Anwar Ibrahim boleh menjadi PM, cari solusi menang-menang, dan Tun dikenang sebagai negarawan.


7. Betul Tun ada kesilapan politik. Begitu juga DS Anwar, tetap ada kesilapan politik. Tetapi mereka pemimpin yang menentukan kerajaan mana terbentuk selepas ini. Jika tidak mahu BN atau PN memerintah, cuma kerjasama mereka yang boleh menyelamatkan negara ini.


8. Usah cakap lebih baik ‘kalah bermaruah’. Tidak ada gunanya berjuang untuk kalah bermaruah jika akhirnya negara akan statik kemajuannya dan rakyat kekal dengan hanya diberikan ikan. Kita perlukan kail sekarang untuk berdiri sendiri. Kita perlukan kesejahteraan.


9. Oleh sebab itulah, saya mohon supaya kita memberikan sokongan moral kepada dua pemimpin ini untuk bertemu dan berbincang. Kita masih ada masa untuk itu.


Semoganya.

Prof Agus.

Saturday, October 22, 2022

 Adun Lendu memang bangsat, hari ini dia mementing undi dengan memberi minyak percuma kpd pengundinya dari menyelesaikan masalah air penduduknya

Wednesday, October 19, 2022

 Analogi kerjasama PH


Prof Agus, A. Kadir Jasin & Liyana 

KITA KENA YAKIN  KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN


Sehari dua ini saya membaca ramai yg berang apabila tokoh2 atau influencer membicara isu 1 lawan 1. Ramai yg bicarakan isu tersebut antaranya Prof Agus, Datuk A Kadir Jasin dan Liyana Marzuki. 


Saya memetik nama2 ini kerana mereka ini rata2 bukan ahli mana2 parti tetapi berfikir atau berpihak kpd PH. Mereka sedar bahayanya jika BN memerintah.


Saya hanya org kecil juga dikritik walau sekadar mengulas mengenai kehadiran MUDA. Malah bila Majlis Presiden membuat keputusan yg sama, DS Anwar lah yg paling teruk dicemuh oleh ahli partinya sendiri dgn mengatakan beliau Presiden yg lembik, takut Amanah dan DAP, Kak Wan lebih dan sebagainya.


Saya berharap artikel ini dibaca dgn tenang agar kita dapat berbicara dlm konteks yg lebih luas secara intelektual. Saya kali ini akn byk menggunakan analogi sebagai sandaran hujah saya yg mungkin betul dan mungkin sebaliknya.


——————————————————————————-


Prof Agus beritahu BN akn menang walaupun byk isu jika pembangkang tidak bersatu. Beliau mengajak pembangkang berjiwa besar sekurang kurangnya ada electoral politic. Liyana juga hujah yg sama dgn Prof Agus, katanya sekurangnya kita perlu political pact.


A Kadir Jasin juga mahukan pembangkang bersatu jika tidak sejarah Melaka akn berulang. Katanya ramai rakyat menentang Umno dan mahukan perubahan tetapi mereka berpecah belah undi sepertimana berlaku PRN Melaka.


(Gambar) adalah maksud kata2 Datuk A Kadir Jasin. Analoginya yg sokong UMNO hanya 7 dan menolak ada 13 tetapi kerana berpecah kita kongsi sedikit seorang akhirnya UMNO yg dpt majoriti.


———————————————————————————


Saya mungkin berbeza sedikit dgn mereka bertiga kerana saya sama sekali tidak bersetuju dgn kehadiran Pejuang. Saya org berniaga jika saya mahu jalinkan kerjasama mestilah ia menguntungkan saya. Ini saya kaitkan dlm kitab Art Of War.


Pejuang tidak silap mereka tewas semua kawasan dan hilang byk wang deposit di Johor. Maksudnya ia tidak memberi impak utk kerjasama dgn PH. Jika dlm pro & kon Pejuang lebih memberikan kon kpd pembangkang atau PH itu sendiri.


———————————————————————————-


Saya terima MUDA kerana saya melihat mereka ada potensi. Isu yg lalu saya mengambil keputusan mereka di Johor di mana mereka ada pengikut mereka sendiri.


Saya selitkan beberapa hujah saya dgn beberapa rakan FB yg mereka boleh mengiyakannya.


Kenapa MUDA sdgkan PKR, Amanah dan DAP ada angkatan mudanya sendiri?

Jawapan saya: 


a)Pertama kita tidak mahu pertembungan yg byk kerana ia hanya memecahkan undi.


b ) Kedua dari kajian saya sendiri terhadap lebih 110 pelajar IPTA/IPT yg pernah dan masih berkhidmat dgn saya 80% memilih MUDA. 90% pula hanya ikuti politik di Tik Tok.


c) Mereka memilih muda kerana melihat Ketua Muda Syed Saddiq itu masih muda. Mereka melihat PKR ketuanya Anwar, Amanah ketuanya Mat Sabu dan DAP ketuanya Lim Guang Eng (walaupun ketuanya kini Anthony). Yg lucu dari kajian itu ada yg memilih kerana ketampanan Syed Saddiq. Ini fitrah anak2 muda.


Analoginya tanya anak muda mereka nak tonton konsert band Wings atau band Sekumpulan Orang Gila. Mereka pilih Sekumpulan Orang Gila sb mereka rasanya ia muzik yg sesuai utk mereka, band anak muda berbanding dgn Wings, Awie sebaya bapa mereka.


e) UMNO, Bersatu dan PAS faktanya menguasai 70% org Melayu 40 tahun ke atas. PH mesti menguasai 70% anak muda yg mempunyai lebih 7 juta pengundi utk mengimbangi kekuatan lawan.


Ia penting utk meningkatkan imej PH adalah pilihan org muda. Biar mindset anak muda utk mengundi dan masa depan org muda kena pilih PH. 


Analoginya begini. Waktu kami mengeluarkan akhbar Sinar Harian dari Lembaga Pengarah dan Editorial mengambil pengajaran apa yg berlaku kpd Watan yg hanya bertahan beberapa tahun sahaja. 


Ini kerana Watan hadir dgn wajah yg serupa dgn akhbar2 yg sudah lama bertapak seperti Berita Harian dan Utusan. Jadi tiada sebab utk masyarakat membeli Watan kerana cerita yg sama cuma size berbeza.


Sinar Harian muncul dgn akhbar berkonsepkan komuniti. Cerita2 daerah yg pada awalnya dahulu diketawakan oleh rakan2 media yg lain. Sebab itu kami mulakan di Kelantan sb kita tahu semangat kenegerian org Kelantan. Akhirnya akhbar ini berjaya dlm masa yg sgt pantas di Kelantan.


Jadi org Kelantan nak tahu berita Kelantan mereka kena beli Sinar Harian. Jadi biar anak muda nak berpolitik atau mengundi mereka pilih PH.


f) Ada soalan begini…Jika PH & PKR tak boleh menang, korang ingat parasit politik dan MUDA nak bersama PH..??  Jawapan saya jika MUDA tak memberi impak ingat PH boleh terima mereka? Sebenarnya kita saling memerlukan atau mempergunakan.


—————————————————————————-


Antara dialog saya dgn rakan… Kata saya kita tidak mampu menang tanpa strategi yg ampuh.


Ramai antara mereka menjawab… ‘kita tidak boleh terima pengkhianat, tidak mahu dikhianati sekali lagi dan yg paling saya tidak boleh terima ialah biar kalah bermaruah.’


Seperti Liyana telah acapkali saya katakan dlm politik tiada istilah biar kalah asal bermaruah. Kalau kalah bermakna kalah. Hilang kuasa dan hilang pelbagai lagi dan akhirnya parti semakin lemah.


Bab biar kalah bermaruah ini saya rasa kurang senang, sepatutnya jika tidak mahu kerjasama mesti berikan solusi bukan hanya menyerah kalah. 


Mcm kita ada modal 1 juta nak berniaga Pizza. Kawan kata buka di kampung dia walaupun kita katakan org kampung tak gemar makan Pizza. Katanya tak apa asal buka dan org lihat gah. Biar nampak gah walaupun bakal bankrap.


Adakah kita seronok atau satu kepuasan buka sahaja mata setiap pagi mula menulis memaki hamun UMNO. Adakah kita masih rela ramai yg akn ditangkap kerana berdemo dan sebagainya. 


Adakah kita memang seronok melihat kartel2 mahkamah dibebaskan dan akhirnya kita membebel di medsos setiap hari atas nama biar kalah asal bermaruah? 


Jika ada yg suka begitu tidak mengapa tetapi pendapat saya secara peribadi implikasinya jika kalah kpd rakyat sgt teruk. Saya pasti GST akan dikenakan. Harga minyak melonjak dan aktiviti rasuah akn terus menggila. 


———————————————————————————


Dalam berpolitik kita kena ramaikan kawan dan kurangkan musuh. Dlm politik sekejap kawan sekejap bermusuh. Tiada kawan yg kekal dan tiada musuh yg kekal. Itulah politik bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.


Kdg2 ada yg berhujah dgn saya terlalu emosi berkata biar PKR solo. Kita jangan jadi barua Amanah dan DAP. Bagi saya itu berpolitik mengikut emosi dan bukan akal yg rasional. Kita jangan biar emosi memandu akal.


Amanah ada ratusan ribu ahli dan DAP ada jutaan pengundi Cina. Sdgkan satu undi pun penting apatah lagi jutaan undi. Tanpa DAP, PKR tidak boleh menjadi kerajaan di Selangor.


PH dulu berjaya 15% turut disumbangkan oleh pengaruh Bersatu ketika itu. Itu kita jgn nafikan. Ini kerana org Melayu yg benci UMNO bila mereka melihat ada parti yg dilihat kuat ideologi  politik Melayunya seperti Bersatu, lalu mereka terpaksa mengundi PH kerana Bersatu menggunakan logo PKR.


———————————————————————————


Tahukah anda ramai penganalisis politik meramalkan tiada mana2 parti akn mampu membentuk kerajaan sendirian. Samada PH, BN atau PN.


Jadi mahu tidak mahu andai PH mampu menang 70-80 Parlimen… kita masih memerlukan kerjasama parti lain utk membentuk kerajaan. Begitu juga dgn BN. Adakah kita terpaksa menolak kerajaan campuran semata mata biar kalah bermaruah?


Atau selepas PRU nanti baru boleh kita kerjasama dgn pengkhianat atau Muda?


———————————————————————————-


Kita anggaplah PKR, Amanah, MUDA, DAP dan UPKO ada kekuatan dan kelemahan. Utk berjaya kita kena bekerja dlm satu pasukan. Masing2 menampung kelemahan parti lain.


Contoh PKR lemah utk menarik pengundi Cina, DAP menampungnya. Amanah dan DAP lemah menarik pengundi Melayu bandar PKR menampungnya. Amanah lemah di Sabah UPKO membantunya.


Analoginya M Verstappen tidak akan menjuarai F1 kali kedua tanpa kerjasama berpasukan dari Team Red Bull. Jika mekanik tidak baik, Verstappen tidak akn menang, jika mekanik ok pakar strategi tak mantap Verstappen tak akn menang. Jika pakar strategi mantap tetapi driver tidak hebat… Vesrtappen dan Red Bull tak akan menjadi juara.


Ia mesti kerjasama berpasukan yg erat. Bila Majlis Presiden membuat keputusan bermakna mereka telah perhalusi segala galanya.


—————————————————————————-


Kita tidak boleh berpecah terlalu byk. Semua parti ada peminat/penyokong/pentaksub sendiri. Itu fitrah manusia.


Analoginya ada kedai makan. Kita walaupun masakan sedap… ada yg tak suka. Kawan2 saya org KL tak suka makan Nasi Ganja sdgkan kami org Perak ketagih. Minat masing2… begitulah dgn parti kita jgn anggap semua org suka dgn parti kita.


Ada org makan di restoran Nasi Ganja sb kawan belanja bukan sb dia suka makan di situ. Begitulah juga anak2 muda yg mungkin tak suka PH tapi bila lihat MUDA bersama PH mereka akn undi PH.

Wednesday, October 12, 2022

 FAKTOR PAHANG DAN POLITIK..


Amboi.. Duduk dalam Penjara pun, Boleh lagi dok jadi jurucakap Istana kat Facebook..Itulah hebatnya penyangak Kayangan.. boleh nak duduk IJN, boleh nak melawat kawasan, nak hadir Parlimen..


Sapa yang baca tulisan aku sejak mula krisis Politik, Langkah Sheraton.. Aku sering menuliskan antara faktor besar berlakunya rampasan kuasa, adalah faktor Pahang, Termasuk lah si Penyangak dan PM hari ini.. 


Tetapi seperti kebiasaan, Ramai pemimpin Politik ini Naif, termasuk penyokong PH..Bila dia berucap, Bila dia bertindak seolah olah menyebelahi kita..Maka berduyun duyun lah yang memuji.. entah dah berapa kali kena main.. selepas itu termakan umpan.. marah kejap..dia berlakon balik..pakat Puji, Begitulah mudahnya Emosi Melayu dimanfaatkan..


 Akhirnya depa mengeji pihak yang satu lagi menjadi punca jatuhnya Kerajaan PH.. biarpun tindakan depa jelas sejak awal menyalahi perlembagaan.. hakikatnya siapa yang faham, faktor besar jatuhnya kerajaan PH adalah faktor ini.. inilah yang membuatkan Penyangak Pahang itu dilihat terlalu berkuasa..


Nak jadi pemipin Politik yang berjuang untuk rakyat..Hidup jangan menyembah, Percaya pada diri.. Jangan mengharap tuah dari puja dan puji, Ampu sana sini.. lebih teruk yang makan ampu orang keliling.. terima realiti Politik..


Tu sebab sebelum ni kuat berlakon, tiba tiba nak masuk IJN lah.. Kecewa lah.. Buat drama sana sini.. Kononnya depa tegas tidak ada tolak ansur dengan rasuah.. tak akan minta ampun lah..nak jaga alam sekitar lah.. Sikit pun aku tak percaya kalau keluar dari mulut orang Pahang..teutama Najib dan mail.. 


Sapa yang tak nampak dan tak sedar lagi tak tau lah.. Kalau UMNO Menang, Korang percayalah kononnya UMNO takkan ganggu kehakiman..Takkan minta pengampunan buat penyangak..Esok dah lepas penyangak, Pakat kata Kecewa lagi.. itulah UMNO.. 


Sebabkan dua tiga kerat orang pahang..habis huru hara Politik negara.. ;)  


Ipohmali

Monday, October 10, 2022

 Kenyataan Media

10 Oktober 2022

Assalamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuhu wa salaam mawlid al-rasul.

Kerajaan telah bertindak untuk membubarkan Parlimen, lantas telah memaksa negara untuk menghadapi pilihanraya umum berlatarbelakangkan musim banjir. Tindakan ini dilihat bertentangan dengan kebijaksanaan yang ditonjolkan Yang di-Pertuan Agong, nasihat dan unjuran yang dibuat peramal kaji cuaca serta keluhan yang disuarakan ribuan rakyat Malaysia.

Biar saya jelaskan dengan lebih lanjut. Pakatan Harapan bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15. Kami telah bersedia untuk berhadapan dengan gerombolan yang telah mencurangi mandat pilihanraya umum yang lalu. Kami juga bersedia untuk memungkinkan sebuah masa depan yang mampan, makmur serta sebuah pemerintah yang benar-benar prihatin dan punyai sikap belas kepada nasib dan kebajikan rakyat. Malaysia yang baru di bawah Pakatan Harapan pastinya akan memberi lebih penekanan yang mendalam kepada aspek-aspek ini dan akan berusaha sebaik mungkin bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

Saya menerima sepenuhnya keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam memperkenan Parlimen dibubarkan kerana Baginda bertindak berdasarkan peruntukan kuasa yang ada seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, yang dipersoalkan adalah niat pihak yang berkepentingan yang begitu gelojoh yang mahukan pilihanraya diadakan pada saat sekarang.

Tampaknya kabinet yang paling besar dalam sejarah negara ini tewas dan tunduk kepada tekanan dan kedurjanaan politik yang berkiblatkan kuasa dan wang ringgit.

Langkah ini ternyata suatu penghinaan kepada rakyat Malaysia yang di bawah yang kini terbeban dengan kenaikan harga barang yang tinggi, gaji yang rendah, peluang pekerjaan yang tidak cukup untuk para siswazah, kualiti pendidikan, akses yang sangat rendah kepada kesihatan, simpanan yang tidak munasabah untuk usia persaraan, serta yang paling utama ancaman musibah banjir dan dampak buruk dari kemelut alam dan iklim.

Musim banjir telah pun bermula tatkala sebahagian kawasan di Sabah di bandar-bandar seperti Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang telah ditenggelami air. Sebahagian kawasan sungai Muar berdekatan Kuala Pilah telah melimpah dan menjejaskan dua kampung dan kawasan sekitar. Di Baling lapan sungai telah melepasi paras bahaya. Pakar cuaca juga menjangkakan hujan lebat akan berterusan.

Manusia, parti politik dan kerajaan jenis apakah yang berani dan sanggup mempertaruhkan nyawa dan nasib rakyat dengan mengadakan pilihanraya pada saat ini?

Usah kita diperdaya dengan kerajaan yang hanya pentingkan kepentingan mereka yang kononnya bagi memulangkan mandat kepada rakyat. Ya, benar kita mesti adakan pilihanraya.
Sejak pengkhianatan maha durjana yang telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan jatuh dahulu, rakyat telah lama menantikan saatnya untuk menghukum para pendiri kerajaan pintu belakang dan para pengkhianat.

Tetapi sekiranya pilihanraya yang diadakan akan memberi risiko kepada rakyat Malaysia tatkala mengundi akan menjadi cabaran bagi sesetengah rakyat, maka ia dilihat seperti menipu dan cuba menghalang pengundi dari melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kerajaan ini gagal dalam mengemudi negara saat serangan wabak Covid-19 dan mengelak dari melakukan tanggungjawabnya di Parlimen. Kerajaan ini menyebabkan pilihanraya berlaku di Sabah yang menyebabkan wabak Covid-19 terus mengganas di seluruh Malaysia dan 35, 000 rakyat Malaysia terkorban. Kerajaan ini mengumumkan darurat bagi menggantung fungsi dan peranan Parlimen dari berdepan di Parlimen. Kerajaan yang sama juga bohong kepada rakyat dan negara terkait aplikasi MySejahtera dan skandal Digital Nasional Berhad.

Kerajaan ini juga berdusta berkenaan 1MDB. Ternyata kerajaan yang sama juga menipu tentang pemerolehan Kapal Tempur Pesisir dan juga mengenai membendung kemiskinan dan akses kepada pendidikan dan kesihatan.

Masanya telah tiba untuk membetulkan kecurangan dan kebejatan ini. Tiba masanya untuk kita merampas semula negara ini dari kerakusan perompak dan penindas, serta dari gerombolan yang sibuk memperkayakan keluarga dan kroni mereka, manakala rakyat di bawah terus menderita menanggung kos sara hidup yang terus membengkak.


Tentunya elit politik tidak memahami kesulitan yang dihadapi rakyat saat ini untuk mendukung keluarga mereka. Kepada anak-anak muda yang akan mengundi kelak, saya tekankan bahawa pilihan pada pilihanraya yang akan datang akan memberi kesan yang besar kepada masa depan rakyat dan negara.

Kita perlu buat sehabis baik dalam memastikan negara ini mendepani permasalahan yang mendesak saat ini yakni kos sara hidup yang tinggi, akses kepada pendidikan yang berkualiti, mengembalikan keyakinan kepada ekonomi kita serta memastikan pelaburan yang setara buat Malaysia. Kita pastinya akan buat yang terbaik dalam melindungi alam sekitar dan mempersiap negara dalam memampan dampak kemelut iklim dan alam sekitar.

Saya telah menjelajah ke seluruh negara dalam beberapa minggu yang lalu dan bertemu ramai orang. Saya terharu tatkala mereka menyuarakan kesungguhan mereka bagi menghukum para konspirator dan dalang Langkah Sheraton. Saya teruja dengan semangat yang dipaculkan.

Walaubagaimanapun, saya mengakui terdapat sebahagian kita yang kecewa dengan sistem politik dan sikap angkuh watak-watak ini menyumbang kepada gejala itu, terutamanya yang merencana dan melakukan pengkhianatan.

Apakah kalian bimbang melibatkan harga barang? Soal pekerjaan? Musim tengkujuh dan banjir? Apakah kalian mahu pendidikan yang berkualiti? Kalian mahu sistem dan akses yang munasabah kepada kesihatan? Justeru itu kita mesti turun mengundi!

Dalam minggu-minggu yang mendatang, mari bersama kita membangkitkan semula semangat untuk menggapai sebuah Malaysia yang lebih baik dan merangkul segala kekuatan yang ada, tidak kira saat kita mahu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, penubuhan Malaysia 1963, atau peristiwa Reformasi 1998 dan juga kemenangan rakyat pada tahun 2018.

Kita tidak ada pilihan tetapi mesti terus konsisten dengan semangat yang jelas, keberanian serta komitmen dalam mempaculkan sebuah Malaysia yang berketerampilan dan kuat.

Malaysia mesti bangkit!

ANWAR IBRAHIM

 Dengar Cakap Mereka Gajah Boleh Terbang 


1. Perdana Menteri (caretaker) Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi umum pembubaran Parlimen dan kembalikan mandat kepada rakyat jelata.


2. Suka tidak suka, itulah keputusan dia yang direstui oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ramai-ramailah kita keluar mengundi. Sekat kleptokrasi. Kembalikan Malaysia sebagai negara yang dihormati. 


3. Mudah cakap, semua ikrar dan janji mereka sebelum ini adalah "fake" (palsu) semata-mata. Sandiwara kayangan dan bunian. 


4. Mereka kata peduli rakyat jelata. Bimbang orang ramai akan ditimpa musibah kalau pilihan raya dibuat ketika air bah. 


5. Jabatan Kajicuaca ramal hujan lebat dan banjir hujung tahun. Di beberapa buah negeri, sungai sudah pun di paras amaran. 


7. Tapi Parlimen dibubarkan juga untuk pilihan raya. Nampaknya Ismail Sabri akhirnya tunduk juga kepada tekanan golongan kleptokrat dan kluster mahkamah. 


8. Lepas perkenan bubar Parlimen tetapi sebelum diumumkan, Agong dan isteri berangkat membuat "lawatan khas" ke United Kingdom. 


9. Selepas ini, usahawan, tauke dan jutawan pula "lari" ke luar negara takut kena bagi derma lebih daripada yang sudah diperuntukkan dan takut dituduh memihak kepada parti tertentu. 


10. Kita jangan tawar hati. Kita mesti keluar mengundi. Pembangkang janganlah ego tidak tentu hala. Berpakatlah demi negara dan rakyat jelata. Wajib sekat kleptokrat daripada balik berkuasa. 


Wallahuaklam.

Sunday, October 9, 2022

APA LA FAEDAH PELACUR POLITIK DALAM KERAJAAN

APA LA FAEDAH PELACUR POLITIK DALAM KERAJAAN


 Entah apa faedah PAS duduk dalam kerajaan. Tak ada fungsi langsung. Macam setakat nak cukupkan korum je. Tak nampak beri kesan kepada corak pentadbiran kerajaan sedikit pun.


Jumlah cabutan judi pun, walaupun PH dah berjaya  kurangkan, bila PAS ikut serta pasukan khianat yang rampas mandat rakyat, jumlah cabutan ditambah semula dan PAS boleh redha.


Kilang arak masih beroperasi. Penjualan arak pun masih berleluasa. Hutang PTPTN yang PAS janji nak hapuskan dalam manifesto PRU14 pun masih kekal ada. Apa yang PAS buat?


Konsert pun bebas dianjurkan. Aku tiada masalah dengan penganjuran konsert tapi kalau kenang cakap PAS masa belum ada dalam kerajaan dulu, yang berdegar kini dah jadi berdekah.


Isu konsert PAS kesal. Isu Uyghur ini pun PAS kesal juga. Setakat kesal begini apa masalah yang boleh selesai? Awak dah jadi kerajaan. Patut ada usaha lebih agresiflah. Ini lembik sangat.


Masa PH memerintah dulu, lagaknya macam wira sangat. Habis dimaki hamun kerajaan. Fitnah Dr. Mujahid. Hasut rakyat Islam terancam. Sekarang ni tak rasa terancam ke bila macam ni?


Dulu jadi pembangkang, menggelupur nak sangat jadi kerajaan. Sampai sanggup khianat, benda yang Allah larang. Bila dah jadi kerajaan, nak buat kerja pun tak reti. Lebai punoh. Guane boh?


 

Raja Gelap 

Friday, October 7, 2022

 

EKONOMIBajet 2023 Bukan Untuk Rakyat Tapi Untuk Elit Dan Taikun!


Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Bajet 2023 disifatkan sebagai peruntukan yang hanya membantu golongan elit, terutamanya kontraktor kerajaan dan taikun.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, berlaku kenaikan sangat tinggi bagi perbelanjaan pembangunan kerajaan iaitu RM97 bilion.

Ujar beliau, ia berbeza dengan perbelanjaan pengurusan subsidi di mana berlaku pengurangan RM17 bilion jika berbanding tahun lalu.

“Apabila bercakap mengenai perbelanjaan pengurusan, ia pada dasarnya adalah subsidi untuk rakyat miskin dan rakyat kelas pertengahan.

“Jadi untuk 2023, kita melihat pengurangan RM17 bilion untuk subsidi tetapi perbelanjaan pembangunan kerajaan meningkat kepada RM97 bilion, sangat tinggi. Itu adalah kontrak kerajaan.

“Jadi kontrak kerajaan menguntungkan siapa? Ia memberi manfaat kepada kontraktor yang berkaitan dan taikun kepada kerajaan,” katanya dalam perkongsian di Tik Tok rasminya pada Jumaat.

Ujar beliau, meskipun Bajet 2023 disifatkan sebagai bajet pilihan raya, namun orang ramai perlu memahami perkara tersebut.

“Dalam istilah sebenar, bantuan sosial, sokongan sosial dan sekuriti adalah rendah, tetapi yang dia (Tengku Zafrul) tidak beritahu adalah yang menerima manfaat RM97 bilion itu adalah golongan kaya dan penerima kontrak kerajaan yang berkaitan,” jelasnya

Wednesday, October 5, 2022

 Berhati-hati bila berkata-kata…


“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”


1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.


Pakcik tu dengan makcik,4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.


"Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini..."


"Itu hal awaklah,habis tu takkan dah makan taknak bayar...rm259 ni"


Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu,pelanggan² lain dah mula bergosip,ada yang buat tak tahu...


Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat...


Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat...dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap...


"Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba..."


Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²...


Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama...masuk restoran pun,tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar...


Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan...


"Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni"


Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu...


Tokey kedai datang kat aku... "20 dik"


"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni,boleh?"


"Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?"


"Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai,

jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan.


Dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan, sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik.


Nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik...


padahal saya tahu makcik orang baik,

dah lama saya jadi pelanggan makcik..

saya taknaklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain.."


Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia...


Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..


Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu...


Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²...semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak....


So aku pun bangun dan gerak nak bla...


Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan...


"Dik, terima kasih sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang...rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call...


Kalaulah makcik terus marah² dia tadi,tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana..."


"Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi,sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya...takut kita menyesal kalau tak bersabar..."


"Ni duit rm280 makcik nak pulang semula kat adik,biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali..."


"Takpe makcik,simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang...carry foward je sedekah ni...semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita..."


.

.


Begitulah kawan²,nenek moyang kita pun dah berpesan...


Kalau benci jangan benci sangat...

Kalau marah jangan matah sangat...

Kalau tak suka jangan tak suka sangat...


Bersederhanalah dalam setiap perkara...


Kredit : Fahmi Huzairi

 HAK RAKYAT - PRU

 

1. Wah! Bukan main.


2. Kata SUA UMNO PRU-15 akan diadakan tahun ini. Sebab? Mengembalikan hak rakyat untuk pilih Kerajaan. Bukan untuk itu. Wahai SUA! Dah lupa!!


3. PRU 14, rakyat pilih Pakatan Harapan (PH). BN rampas kuasa melalui lompatan bukan kehendak rakyat.


4. Kerajaan sekarang Kerajaan pintu belakang.


5. BN bukan utamakan hak rakyat. UMNO utama UMNO, untuk jadi PM.


6. PRU 15 awal kerana belanjawan boleh dikemukakan tetapi parti lawan tidak dapat bahas.


7. Banyaklah gula-gula akan diberi supaya rakyat akan sokong BN (UMNO).


8. Jangan peduli bulan November banjir besar, angin kencang.


9. Ramai tak boleh undi.

Ramai kehilangan rumah.

Ramai ditempat tempat tertentu

Ramai yang akan cedera dan mati.

Okaylah itu masalah mereka.

Kerajaan akan tentukan penyokong UMNO boleh undi.

Bantuan wang dan makanan boleh diberi.

 

10. Dahulu jumlah pekerja Kerajaan tak sampai 1 juta.


11. Dalam jangka masa beberapa tahun sahaja pekerja Kerajaan meningkat 1,700,000. Gaji pun naik berkali-kali. Akan naik lagi dalam belanjawan baru.


12. 1,700,000 pegawai Kerajaan dan keluarga tentu sokong Kerajaan.


13. Jangan peduli tidak ada duit tinggal untuk pembangunan negara.


14. Jangan peduli harga barang naik.


15. Jangan peduli ramai hadapi tekanan kewangan.


16. Mereka boleh hutang.


17. Tidak dapat bayar hutang mereka akan bankrap. Itu masalah mereka.


18. Duit Kerajaan diguna untuk sogokan, tak usah bayar, tak bayar faedah pun.


19. Jumlah hutang meningkat kerana tidak bayar.


20. Itu masalah Kerajaan yang akan datang.


21. Hari ini kemenangan UMNO boleh ditentukan.


22. Menang PRU 15, akan menang PRU 16 dan 17 dengan mengguna kuasa dan duit Kerajaan.


23. Sekarang UMNO yang ditolak oleh rakyat yang berkuasa.


24. Najib mengguna ketamakan pemimpin Bersatu dan PKR untuk mengalah PH yang menang.


25. Bersatu yang di-hijack gembira kerana jadi Perdana Menteri (PM).


26. Lepas itu PM Bersatu dijatuhkan oleh UMNO dan UMNO menjadi Kerajaan.


27. Parti yang ditolak oleh rakyat jadi Kerajaan.


28. Sebagai Kerajaan, UMNO akan tentukan bila PRU 15 akan diadakan.


29. Mana dia Bersatu. Tidak berkuasa lagikah?


30. Dalam PRU 15 pun Bersatu tidak akan menang. Sebab? Tidak dapat sokongan UMNO dan PAS.


31. Inilah nasib parti yang tikam belakang kawan untuk masuk melalui pintu belakang.


32. Sesungguhnya langkah Sheraton memulakan ketidakstabilan politik dalam negara. Sebelum langkah Sheraton semua Kerajaan dipilih melalui PRU.


33. Mahiaddin dan Azmin yang melangkah dan menjadi boneka dalam perancangan Najib.


34. Sembilan hakim, tiga mahkamah mendapati Najib bersalah.


35. Fikirlah wahai rakyat Malaysia.


DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

4 Oktober 2022

Tuesday, October 4, 2022

 Keluhan dari Pensyarah-Pensyarah Perguruan.

1. Sungguh lucu bila majoriti pensyarah IPG setuju dengan pertukaran cuti semester yang berjumlah lebih dari 80 hari setahun kepada cuti tahunan sebanyak 35 hari. Ini sungguh melucukan.

2. Apa yang sebenarnya berlaku? rupa-rupanya kaedah kutip data persetujuan pensyarah tidak berlaku dengan cara yang sepatutnya, sedangkan majoriti pegawai IPGM adalah pemegang PhD. semasa proses kutip data dibuat disertakan nama, jabatan, kampus. ini menyebabkan keputusan para pensyarah membuat keputusan terpaksa bersetuju, dan juga dikatakan para pensyarah yang tidak setuju di ugut akan diturunkan ke sekolah. akhirnya keluarlah keputusan yg melucukan ini.3. Apa kesannya pd pensyarah? IPGM mula melaksanakan program 3 semester setahun, maka akan jadi kelam kabut lah para pensyarah mengejar segala macam date line. stress meningkat lagi dengan pelbagai dokumentasi, audit yang ketat, seperti seronok mencari kesalahan dan bukan lagi untuk memastikan proses kerja adalah betul.

3. Apa kesannya pd pensyarah? IPGM mula melaksanakan program 3 semester setahun, maka akan jadi kelam kabut lah para pensyarah mengejar segala macam date line. stress meningkat lagi dengan pelbagai dokumentasi, audit yang ketat, seperti seronok mencari kesalahan dan bukan lagi untuk memastikan proses kerja adalah betul.

4. Semasa cuti semester para pensyarah di bayar jika mengajar kursus dalam cuti (KDC) dengan kadar mengikut Gred, tetapi sekarang tidak lagi di bayar walaupun pelajar KDC membayar yuran. ke mana duit yuran itu pergi? Malah kos observe praktikum pun di catu. Bimbingan praktikum hanya di bayar 2 kali sedangkan sepatutnya bimbingan praktikum perlu di buat 4 kali. Jika tempat praktikum yang jauh hanya di bayar sekali, yang lain bimbingan dibuat secara online, adilkah untuk pelajar yang jauh sedangkan kadar yuran sama seperti rakan yang tinggal dekat dengan kampus, Pensyarah jadi stress.

5. Masa praktikum kelam kabut sebab cuti semester IPG tidak sama dengan cuti sekolah.

6. Segala susah payah sistem 3 semester ini yang berpunca dari cuti tahunan, diharapkan memendekkan tempoh pengajian pelajar TETAPI tempoh pengajian kekal sama seperti sistem 2 2 semester setahun. sungguh lucu dan menyusahkan.

7. Stress Pensyarah bertambah apabila ramai pensyarah memilih untuk pencen pilihan, apabila di tanya kenapa majoriti menjawab terlalu penat dengan kerenah IPGM yang kelihatan terlalu berkejar untuk kelihatan seperti universiti sehingga mengabaikan kelebihan yang ada pada sistem DG. Kelebihan DG tak nak, kelebihan DS tak dapat, dimana IPG? entah lah.. pensyarah jadi stress.


8. Dimana kebajikan pensyarah? kalau pensyarah ditekan dimana saluran mengadu? Mengapa persatuan pensyarah tidak wujud? atau mungkin tidak di benarkan wujud? pensyarah jadi stress.


9. Banyak arahan dari IPGM tidak selaras dgn keadaan dan beban tugas di kampus. mengapa berlaku? mengapa IPGM seperti tidak memahami keadaan di kampus? Perkara Ini terjadi kerana kewujudan IPGM hari ini tidak selari dengan cadangan penubuhannya. Penubuhannya sepatutnya berkonsepkan seperti UiTM iaitu induk juga berada di kampus iaitu di Enstek tetapi IPGM tidak mahu berpindah ke Enstek dengan alasan yang tidak diketahui. Sekian lama IPGM berada di Cyberjaya dan kelihatan seperti Bahagian Pendidikan, berapa kos sewaan bangunan? Sepatutnya IPGM juga perlu bersama pelajar kampus barulah segala dasar dan arahan lebih kemanusiaan dan realistik.



10. Apa perlu dilakukan untuk meredakan stress pensyarah? Data persetujuan cuti tahunan perlu dikutip semula dengan lebih telus tanpa nama, jawatan, jabatan, kampus serta tiada ugutan. Kalau betul memang ramai pensyarah sukakan cuti tahunan 30 hari setahun boleh teruskan. Jika keputusan sebaliknya maka ianya menganiaya para pensyarah.


11. IPGM perlu balik ke kampus Enstek bersama pelajar, barulah dasar dan arahan lebih realistik kerana melalui situasi yang sama dgn kampus. Jika IPGM tidak setuju maka kembalikan IPG kepada BPG yang lebih bersifat keguruan. perlu kutip data berapa ramai pensyarah mahu kekal bawah IPGM atau mahu dibawah BPG. Cara kutip data perlu telus tanpa unsur bias.


12. Persatuan pensyarah IPG perlu diwujudkan bagi menjaga kebajikan pensyarah. Banyak kes pensyarah di aniaya oleh pengurusan dan di tukarkan.


sekian.


Dari Seorang pandangan seorang Pensyarah

 Dari Rafizi Ramli

4 Oktober 2022


PEROLEHAN SISTEM MERIAM ARTILERI TENTERA DARAT: 

PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN ARAHKAN RUNDINGAN TERUS DENGAN SYARIKAT BERUSIA DUA TAHUN


Belum pun isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) reda, proses perolehan pertahanan negara terus berkecamuk akibat campur tangan pimpinan politik kerajaan yang tidak mengendahkan pandangan dan keputusan pimpinan angkatan tentera.


Salah satu perolehan besar yang menjadi sebutan dan kontroversi terkini ialah pembelian meriam artileri jenis self-propelled Howitzer (SPH) yang melibatkan peruntukan sekitar RM854 juta. SPH ialah meriam artileri yang digunakan oleh Angkatan Tentera Darat dan diukur antaranya dari segi keupayaan jarak tembakan dan keperluan mobilisasi/pengangkutan.


Saya telah mengkaji kontroversi perolehan ini sejak beberapa bulan dan mendapati ada bukti-bukti bahawa keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi kerajaan membelakangkan spesifikasi dan keperluan angkatan tentera.


Kementerian Pertahanan telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan agar perolehan sistem meriam artileri SPH yang baru melalui proses tender terhad, seperti amalan perolehan kelengkapan pertahanan amnya.


Memang menjadi amalan perolehan pertahanan negara bahawa pendekatan tender terhad digunakan untuk mengimbangi keperluan kerahsiaan pertahanan negara (supaya spesifikasi persenjataan tidak diketahui umum) dan mendapatkan nilai terbaik wang rakyat (agar pembida terbaik dilantik).


Walau bagaimana pun, permohonan melaksanakan tender terhad oleh Kementerian Pertahanan ini ditolak oleh Kementerian Kewangan, seperti yang dimaklumkan oleh wakil Bahagian Perolehan Kerajaan, Datin Rosni Mohd Yusoff (bagi pihak Kementerian Kewangan) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan:


 Saya mengucapkan tahniah kepada penjawat awam seperti Datin Rosni dan kakitangan Kementerian Kewangan yang pintar menyatakan secara tersirat bentuk-bentuk campur tangan yang telah berlaku dalam perolehan meriam artileri ini:


1. Menteri Kewangan menolak permohonan Kementerian Pertahanan untuk mengadakan tender terhad, sebaliknya mengarahkan supaya perolehan dianugerahkan terus kepada sebuah syarikat bernama MA Analytics Sdn Bhd pada harga RM853 juta


2. Syarikat MA Analytics Sdn Bhd telah menulis kepada Perdana Menteri untuk merayu mengenai perkara ini dalam satu surat bertarikh 21 April 2022


Saya lampirkan surat dari MA Analytics kepada Perdana Menteri itu yang merakamkan nota arahan Perdana Menteri yang menjadi sandaran keputusan Kementerian Kewangan mengarahkan perolehan berjumlah RM853 juta ini diberikan kepada MA Analytics:


Surat tersebut memohon agar Perdana Menteri campur tangan untuk menyegerakan keputusan permohonan MA Analytics Sdn Bhd untuk dianugerahkan kontrak membekalkan meriam artileri SPH secara rundingan terus.


Perdana Menteri kemudiannya mencatatkan nota arahannya kepada Menteri Kewangan pada 27 April 2022 seperti berikut:


“... YBM MOF, Saya sokong permohonan ini. Sila [......] ambil tindakan segera”


Pada 25 Julai 2022, Kementerian Pertahanan akhirnya terpaksa akur dengan arahan Menteri Kewangan.


Satu Surat Niat (“Letter of Intent”) telah dikeluarkan yang melantik MA Analytics untuk membekalkan sistem meriam artileri SPH secara rundingan terus, walaupun ini bertentangan dengan kehendak dan permohonan Kementerian Pertahanan sebelum itu yang mahu perolehan ini dibuat secara tender terhad (seperti lazimnya).


Saya juga telah menyemak latar belakang syarikat MA Analytics Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan membekal dan menyelia sistem meriam artileri SPH berjumlah RM835 juta ini.


Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa syarikat ini hanya ditubuhkan tidak sampai dua tahun dari tarikh anugerah kontrak oleh kerajaan, tanpa rekod dalam industri pertahanan dan pembekalan persenjataan yang sebegini besar.


Saya ingin memulakan siri pendedahan perolehan persenjataan dan pertahanan negara (siri meriam artileri) dengan menanyakan soalan-soalan berikut:


1. Siapa di belakang syarikat MA Analytics Sdn Bhd yang tiada pengalaman ini sehingga Perdana Menteri sendiri yang memberi arahan agar tender dianugerahkan secara rundingan terus?


2. Kenapa kerajaan UMNO – PAS -BERSATU terus menggadaikan kepentingan pertahanan negara dan kebajikan askar dengan memperjudikan sistem persenjataan di tangan syarikat-syarikat yang tidak ada pengalaman dan rekod seperti MA Analytics Sdn Bhd ini?


Saya akan mendedahkan pelbagai kepincangan lain dalam pembelian meriam artileri SPH ini setiap hari dalam minggu ini dan minggu depan.


Oleh kerana UMNO nampaknya begitu yakin dengan sokongan pengundi Melayu kepada mereka sehingga sanggup memanggil PRU15 semasa banjir, saya ingin lihat berapa banyak lagi sokongan kepada UMNO jatuh merudum apabila mereka berkempen di dalam banjir untuk mempertahankan penyelewengan-penyelewengan sistem pertahanan negara seperti LCS dan meriam artileri SPH ini.


RAFIZI RAMLI

Monday, October 3, 2022

 Nak tau kenapa Mahathir bermati matian cuba halang Anwar jadi perdana menteri tak? Kalau nak tau kena ikuti siri2 dedahan ini.. nanti kamu org faham..


Siapa Tun Daim Zainuddin, orang kanan Tun Dr Mahathir (part 1)


Dalam Pandora Papers, yang membocorkan rahsia kekayaan billionaire dan orang-orang ternama, ada nama Tun Daim Zainuddin.


Tun Daim ini adalah orang kanan Tun Dr Mahathir Mohamad, terutamanya dalam hal menyimpan wang di luar negara.


Di Afrika, Tun Daim menguasai sektor perbankan terutamanya di Tanzania, sebuah bank yang bernama International Commercial Bank (ICB).


Sekali dengar, baguslah anak Melayu jadi kaya di Afrika, tapi soalannya, dari mana wang itu datang?


Dan ketika orang yang sebaya sembilan atau 12 tahun masih lagi main mainan, anak Tun Daim iaitu Amir dan Amin sudah memiliki syarikat di Cayman Island atas nama mereka.


Anak-anak Daim ini memiliki saham Newton Invest and Finance Limited yang diasaskan pada tahun 2007, dengan nilai £10 juta.


Kini anak Daim sudah dewasa dan mula menguasai beberapa buah syarikat di kepulauan itu, termasuklah syarikat Splendid International Ltd yang bernilai £12 juta.


Daim seorang yang low profile. Walaupun harta banyak, tapi tak pernah pun masuk ranking Forbes macam Robert Kuok.


Sebenarnya dia jauh lebih kaya dari Robert Kuok atau Vincent Tan, nama-nama yang kita sering dengar itu.


Kenapa diam begitu? Adakah sebab Daim ini orang kanan Mahathir dalam politik sejak mula-mula dulu, dan menyimpan rahsia yang banyak?


Atau Daim ini sebenarnya tukang simpan duit untuk Mahathir Mohamad?


Salah seorang rakan Daim ialah Josephine Premla Sevaretnam, bekas peguam dan timbalan pendakwa raya, yang pernah berkhidmat bersama Daim, sebelum memegang jawatan penting dalam pelbagai syarikat.


Ini termasuklah bank Switzerland ICB Banking Group, yang dimiliki oleh Daim sebanyak 74.4 peratus, ketika disenaraikan di London Investment Investment Market pada tahun 2007.


Nama Josephine muncul lagi di Newton Invest & Finance Limited (BVI) dan Splendid International Ltd (BVI) sebagai pengurus perniagaan, yang berpusat di Bryanston Square, London.


Bryanston Square merupakan dataran taman seluas 800 kaki darab 200 kaki di Marylebone, London menjadi alamat yang muncul berkali-kali dalam carian yang melibatkan anak-anak Daim dan harta benda atau syarikat di London.


Siapa Josephine ini? Dan bagaimana mereka menggunakan Singapura sebagai tempat untuk mengeluarkan kekayaan negara untuk membeli aset-aset ini?


Nanti bersambung lagi.


Siapa Tun Daim Zainuddin, orang kanan Tun Dr Mahathir Mohamad (part 2)


Newton Invest & Finance Limited (BVI) dan Splendid International (BVI) adalah antara senarai firma pemegang amanah dan syarikat berkaitan dengan Daim yang diperbadankan di tempat perlindungan cukai berkenaan.


Nama Daim ada disebut dalam Pandora Papers, iaitu fail kewangan sulit dengan ICIJ sebesar 2.94 terabyte, berjumlah lebih 11.9 juta dokumen dan rekod lain, daripada 14 penyedia perkhidmatan firma luar pesisir yang menubuhkan dan menguruskan syarikat shell dan pemegang amanah di 'syurga perlindungan cukai' di seluruh dunia.


Syarikat shell ialah firma atau perbadanan yang hanya ada di atas kertas tetapi mungkin mempunyai akaun bank atau mungkin mengadakan pelaburan pasif atau menjadi pemilik aset yang berdaftar.


Dikenali sebagai bapa korporat Malaysia, yang memiliki pengaruh besar dalam bidang politik, Daim setakat ini belum masuk dalam senarai Forbes 50 orang paling kaya di Malaysia.


Kekayaannya walaupun besar, tapi namanya tidak dimasukkan ke dalam senarai orang terkaya, dan itu sahaja dah menimbulkan tanda tanya dari mana kekayaan beliau ini datang.


Pada tahun 1980an, ketika Mahathir mula membina 'empayar politiknya', Daim telah ditawarkan dengan pelbagai projek.


Antaranya projek pembangunan Taman Maluri yang asalnya merupakan kawasan penduduk kampung di Jalan Peel.


Begitu juga ketika Bank Bumiputera mengalami krisis pada tahun 1982 selepas Carrian Group gagal membayar hutang, maka Daim memiliki syer bank tersebut dengan harga yang murah.


Tetapi Daim dan terutamanya Mahathir tidak sekali-kali meletakkan syer dengan namanya melebihi 10% dari saham sesebuah syarikat.


Sebaliknya dia akan meletakkan proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. 


Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tersembunyi dari pengetahuan rakyat.


Tak salah pun jadi kaya, kalau nak kaya macam Elon Musk tapi usaha sendiri, tak apa pun.


Tapi kalau begitu, kenapa nak letak syer dan harta atas nama proksi? Kenapa simpan duit di Cayman Island, tempat yang penuh kerahsiaan untuk mengelak cukai?


Dari apa yang umum tahu, harta Tun Daim Zainuddin ini ada dalam lebih kurang RM65 billion. Tapi yang orang tak tahu?


Kalau betul hebat berniaga dan seorang usahawan cemerlang, kenapa letak duit atas nama orang lain? Kenapa nak mengelak-elak?


Biasanya kalau orang letak nama proksi ni, biasanya duit tu datang dari menyonglap hasil negara.


Tetapi penyokong-penyokong Mahathir akan terus berkata, 'ini semua spekulasi, ini semua mahu jatuhkan air muka Tun', cuma kalau betul kekayaan ini dibina hasil titik peluh dan kerahan otak sendiri, kenapa nak letak nama orang lain? 


Dan sampai sekarang, Tun Daim atau Tun Dr Mahathir tak menafikan kekayaan mereka seperti yang diterangkan dalam Pandora Papers.

 

mi hailam

Sedapnya Mi Hailam tumis istimewa perkongsian saudari Hasniza Hassan ini. Nampak simple je tapi rasanya memang terbaik. Menurut beliau lagi, resepi ini asalnya diperolehi dari ibu saudaranya sendiri.

Resepi kuahnya memang ‘special’ dan sedikit berlainan kerana ditumis dengan lada hitam. Jadi bukan biasa-biasa tau. Patutlah dapat 104 ribu perkongsian di Facebook. Jadi bagi anda yang suka sajian ni, bolehlah cuba buat untuk hidangan keluarga. Pasti puas hati.

Baca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan ‘1 Bahan’ Ini Saja

CARA MASAK MI HAILAM TUMIS LADA HITAM

mi hailam

Bahan-bahan:

  • 1-1 ½ paket mi

Bahan kuah:

  • 11 ulas bawang putih – kisar / tumbuk
  • 1 sudu makan biji lada hitam – tumbuk kasar
  • Daging – rebus dan potong kecil
  • 1 mangkuk air rebusan udang – jika ada
  • 15 ekor udang – boleh dilebihkan
  • 4 ekor sotong – hiris
  • 1 biji tomato – belah 2
  • 1-2 biji cili merah – potong
  • Kubis secukupnya – hiris
  • Sawi secukupnya – hiris
  • Kicap masin secukup rasa
  • Kicap manis secukup rasa
  • Sos tiram secukup rasa
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1-2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam.

2. Tumis hingga wangi dan bawang kekuningan.

3. Masukkan daging dan tambahkan air. Boleh tambahkan air rebusan kulit udang jika ada. Biarkan mendidih dan daging empuk.

4. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.

5. Seterusnya masukkan udang dan juga sotong. Masak jangan terlalu lama kerana udang dan sotong akan kecut.

6. Kemudian masukkan hirisan cili dan tomato. Tambahkan juga garam serta gula secukup rasa.

7. Masukkan hirisan kobis. Masak seketika.

8. Bila kuah mendidih dan hampir diangkat, masukkan sawi. Tambahkan juga bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

9. Gaul rata supaya semua bahan sekata.

mi hailam

10. Masukkan mi dan gaul rata. Hidangkan segera.

mi hailam

Saturday, October 1, 2022

 TAK MUDAH UNTUK UMNO HADAPI PRU 15 TANPA WANG.. ITU SEBAB UMNO PERLUKAN PAS..


PRU 15 tak sama seperti PRN, Semua Jentera parti boleh ditumpukan disuatu tempat.. Jentera UMNO tak seperti jentera PAS..Depa boleh bergerak tanpa wang yang besar disuatu tempat dan parlimen..cukup janjikan balsan Syurga di Akhirat..Ketaatan ahli UMNO hanya kepada wang.. Itu sebabnya mutaakhir ini UMNO sedar mereka perlukan PAS...


Dan atas sebab itu berlakunya Skandal 1MDB..Awal dari skandal ini bukan disebabkan Najib nak makan sorang sorang..Dia pun dah kaya..Tapi apa yang berlaku dalam kes Rosmah..Kes Najib sebahagian besar dana adalah bertujuan untuk mendanai gerak kerja untuk hadapi PRU 14.. Najib mahu menguasai parti UMNO dengan wang..Bak dia kata lah, Cash Is King..


Dan terbukti Flow duit 1MDB dan SRC dalam perbicaraan, Faktanya..itu pergi kepada UMNO..MIC ,MCA hatta facebboker dan Blogger yang dibayar.. PRU 15 ni ada Kos.. Itu belum lagi Flow yang pergi kepada PAS dengan membiayai beberapa Tokoh PAS dan program program depa.. 


Masa tu ustaz2 PAS punya seornok tukaq kereta baru..Masa tu pemimpin UMNO pandai dekati pemimpin PAS dengan wang..Masa tu lah Sarawak report Tulis hat kerja Najib..Flow RM 90 Juta pada Top  Top Echelons PAS..tak sebut pun nama Hadi..Tapi dia gatai pi Saman..


Masa tu dgn kelazatan duit UMNO.. ada hat serban besaq tukaq Vellfire walaupun pernah kata baki dalam akaun tinggal RM 5 ribu..ada tukaq Merc.. bagi kereta mewah pada bini muda walaupun hanya jual kismis jampi.. Sekarang ni ustaz , Tok Guru Pondok politik ni tak segembira dulu..sampai nak bayaq bil eletrik sekolah pun kena merayu minta derma..  


Sukar UMNO bergerak dalam PRU 15 tanpa wang.. Nak Songlap Sekarang resikonya Besar, Taikun nak bantu pun, Fikir dua tiga kali.. Tu sebab Najib dulu bijak.. Sebelum PRU 14..macam macam Projek besar diumumkan..Termasuk lah dlm kes projek Solar ikut fakta kes.. Duit 1MDB..SRC.. belum cerita Projek MRT dan ECRL... Tu belum depa pump duit dalam Bursa saham pada kaunter2 Politik..Talian hayat UMNO adalah gula gula dan bantuan tunai dalam Belanjawan 2023 biarpun duit kerajaan takdak..


Zahid tak selicik Najib..Zahid ni orang yang gelojoh dan tidak mudah dipercayai.. Dia boleh Deal kejap dengan Ds Anwar.. Dia boleh Khianat sekelip mata, Boleh merayu dengan Tun.. Lepas tu dgn Mahiaddin...Dia terdesak nak percepat PRU 15..Takut lah masuk Penjara.. 


watak Zahid ni sama masa zaman reformasi dulu, Dia dalam UMNO duduk dalam Team wawasan Anwar..Masa mula mula Anwar dipecat, Dia ketua Pemuda.. Kononnya turun pertahankan Anwar dirumah DSAI pada 20 Sept sebelum DSAI ditahan....lepas tu kena lokap 2-3 hari, Pendirian berubah..


  Jika Najib diibarat watak jahat dalam filem Hongkong.. Zahid ni ibarat watak jahat dalam filem Tamil.. Hanya gah dengan Samseng2 jer..Najib licik merencana tipudaya, Tikam belakang mcm dia deal dgn PAS  sebelum PRU 14 pecahkan Pembangkang.. Zahid ni kira nak bergocoh, Tunjuk Kuat.. 


UMNO ni Mesyuarat memang boleh Mesyuarat.. Duit nak cari mana ? Ni yang jadi Kebimbangan Ismail sabri.. Ismail sabri tahu masalah kalau Bubar Sekarang secara tergesa gesa, UMNO takkan boleh bergerak.. Yang jadi kekuatan UMNO hanya disebabkan Pembangkang tidak kuat, lawan depa berpecah belah.. 


Sekarang satu langkah lagi diperlukan..Pergunakan dan Deal dengan PAS untuk gerakkan Jentera.. Dalam hal ni..PN dan BN sama sama perlukan PAS.. yang UMNO taknak bagi Kerusi dan Kuasa jer.. :)


Ipohmali