Nak tau kenapa Mahathir bermati matian cuba halang Anwar jadi perdana menteri tak? Kalau nak tau kena ikuti siri2 dedahan ini.. nanti kamu org faham..
Siapa Tun Daim Zainuddin, orang kanan Tun Dr Mahathir (part 1)
Dalam Pandora Papers, yang membocorkan rahsia kekayaan billionaire dan orang-orang ternama, ada nama Tun Daim Zainuddin.
Tun Daim ini adalah orang kanan Tun Dr Mahathir Mohamad, terutamanya dalam hal menyimpan wang di luar negara.
Di Afrika, Tun Daim menguasai sektor perbankan terutamanya di Tanzania, sebuah bank yang bernama International Commercial Bank (ICB).
Sekali dengar, baguslah anak Melayu jadi kaya di Afrika, tapi soalannya, dari mana wang itu datang?
Dan ketika orang yang sebaya sembilan atau 12 tahun masih lagi main mainan, anak Tun Daim iaitu Amir dan Amin sudah memiliki syarikat di Cayman Island atas nama mereka.
Anak-anak Daim ini memiliki saham Newton Invest and Finance Limited yang diasaskan pada tahun 2007, dengan nilai £10 juta.
Kini anak Daim sudah dewasa dan mula menguasai beberapa buah syarikat di kepulauan itu, termasuklah syarikat Splendid International Ltd yang bernilai £12 juta.
Daim seorang yang low profile. Walaupun harta banyak, tapi tak pernah pun masuk ranking Forbes macam Robert Kuok.
Sebenarnya dia jauh lebih kaya dari Robert Kuok atau Vincent Tan, nama-nama yang kita sering dengar itu.
Kenapa diam begitu? Adakah sebab Daim ini orang kanan Mahathir dalam politik sejak mula-mula dulu, dan menyimpan rahsia yang banyak?
Atau Daim ini sebenarnya tukang simpan duit untuk Mahathir Mohamad?
Salah seorang rakan Daim ialah Josephine Premla Sevaretnam, bekas peguam dan timbalan pendakwa raya, yang pernah berkhidmat bersama Daim, sebelum memegang jawatan penting dalam pelbagai syarikat.
Ini termasuklah bank Switzerland ICB Banking Group, yang dimiliki oleh Daim sebanyak 74.4 peratus, ketika disenaraikan di London Investment Investment Market pada tahun 2007.
Nama Josephine muncul lagi di Newton Invest & Finance Limited (BVI) dan Splendid International Ltd (BVI) sebagai pengurus perniagaan, yang berpusat di Bryanston Square, London.
Bryanston Square merupakan dataran taman seluas 800 kaki darab 200 kaki di Marylebone, London menjadi alamat yang muncul berkali-kali dalam carian yang melibatkan anak-anak Daim dan harta benda atau syarikat di London.
Siapa Josephine ini? Dan bagaimana mereka menggunakan Singapura sebagai tempat untuk mengeluarkan kekayaan negara untuk membeli aset-aset ini?
Nanti bersambung lagi.
Siapa Tun Daim Zainuddin, orang kanan Tun Dr Mahathir Mohamad (part 2)
Newton Invest & Finance Limited (BVI) dan Splendid International (BVI) adalah antara senarai firma pemegang amanah dan syarikat berkaitan dengan Daim yang diperbadankan di tempat perlindungan cukai berkenaan.
Nama Daim ada disebut dalam Pandora Papers, iaitu fail kewangan sulit dengan ICIJ sebesar 2.94 terabyte, berjumlah lebih 11.9 juta dokumen dan rekod lain, daripada 14 penyedia perkhidmatan firma luar pesisir yang menubuhkan dan menguruskan syarikat shell dan pemegang amanah di 'syurga perlindungan cukai' di seluruh dunia.
Syarikat shell ialah firma atau perbadanan yang hanya ada di atas kertas tetapi mungkin mempunyai akaun bank atau mungkin mengadakan pelaburan pasif atau menjadi pemilik aset yang berdaftar.
Dikenali sebagai bapa korporat Malaysia, yang memiliki pengaruh besar dalam bidang politik, Daim setakat ini belum masuk dalam senarai Forbes 50 orang paling kaya di Malaysia.
Kekayaannya walaupun besar, tapi namanya tidak dimasukkan ke dalam senarai orang terkaya, dan itu sahaja dah menimbulkan tanda tanya dari mana kekayaan beliau ini datang.
Pada tahun 1980an, ketika Mahathir mula membina 'empayar politiknya', Daim telah ditawarkan dengan pelbagai projek.
Antaranya projek pembangunan Taman Maluri yang asalnya merupakan kawasan penduduk kampung di Jalan Peel.
Begitu juga ketika Bank Bumiputera mengalami krisis pada tahun 1982 selepas Carrian Group gagal membayar hutang, maka Daim memiliki syer bank tersebut dengan harga yang murah.
Tetapi Daim dan terutamanya Mahathir tidak sekali-kali meletakkan syer dengan namanya melebihi 10% dari saham sesebuah syarikat.
Sebaliknya dia akan meletakkan proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi.
Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tersembunyi dari pengetahuan rakyat.
Tak salah pun jadi kaya, kalau nak kaya macam Elon Musk tapi usaha sendiri, tak apa pun.
Tapi kalau begitu, kenapa nak letak syer dan harta atas nama proksi? Kenapa simpan duit di Cayman Island, tempat yang penuh kerahsiaan untuk mengelak cukai?
Dari apa yang umum tahu, harta Tun Daim Zainuddin ini ada dalam lebih kurang RM65 billion. Tapi yang orang tak tahu?
Kalau betul hebat berniaga dan seorang usahawan cemerlang, kenapa letak duit atas nama orang lain? Kenapa nak mengelak-elak?
Biasanya kalau orang letak nama proksi ni, biasanya duit tu datang dari menyonglap hasil negara.
Tetapi penyokong-penyokong Mahathir akan terus berkata, 'ini semua spekulasi, ini semua mahu jatuhkan air muka Tun', cuma kalau betul kekayaan ini dibina hasil titik peluh dan kerahan otak sendiri, kenapa nak letak nama orang lain?
Dan sampai sekarang, Tun Daim atau Tun Dr Mahathir tak menafikan kekayaan mereka seperti yang diterangkan dalam Pandora Papers.
No comments:
Post a Comment