Friday, October 28, 2022

 SHAYKH YUSUF AL QARADAWI: SAYA MENGENALI ANWAR IBRAHIM


Saya telah mengenali Anwar Ibrahim sejak dia seorang pemuda pada awal usia belianya. Di seorang yang bersemangat aktif di dalam pergerakan organisasi pada masa lalu, dan dia pernah menjadi presiden ABIM. Kemudian saya mengenali dia ketika dia dipenjarakan (pada pertama kalinya) hanya kerana kepimpinannya yang berpengaruh. Kemudian saya  mengenalinya setelah dia bebas daripada penjara dan dia mula mendekati parti UMNO sehinggalah dia menjadi anggota parti itu. Dia telah memegang banyak jawatan penting dari kementerian hingga menjadi orang nombor dua di dalam parti dan kerajaan.


Saya telah bersama bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dalam pembentukan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), universiti yang diasaskan dan ditegakkan di atas kesepaduan di antara ilmu-ilmu wahyu, ilmu alam dan ilmu kemanusiaan. Saya mengenalinya ketika itu sewaktu bintangnya bersinar di Malaysia, di dunia Arab dan di Barat. Dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dia seorang pemimpin yang menonjol di Malaysia yang pesat membangun. Dia merupakan salah seorang yang menyumbang kepada kebangkitannya. Dan seluruh alam menunggu-nunggu pada waktu itu supaya dia menjadi perdana menteri dan ketua Malaysia di tahap yang baru, kalau tidak disebabkan kejutan-kejutan yang dicetuskan oleh politik.


Aku percaya bahawa dia seorang Muslim yang benar, seorang Muslim yang beristiqamah menunaikan kewajipan-kewajipannya, dia menjauhi dan meninggalkan dosa-dosa besar dan perkara-perkara haram, dia beramal demi keagungan agamanya dan kemakmuran negaranya dan dia berkhidmat untuk umat. Hanya Allah sahaja yang menghitungnya dan saya tidak samasekali mendahuluiNya dalam memberi pengktirafan dan kepujian.


(Terjemahan petikan dari surat al marhum Shaykh Dr Yusuf  al Qaradawi kepada kerajaan dan rakyat Malaysia 10 Ogos 2015)


ISLAH MEDIA

No comments:

Post a Comment