TAK MUDAH UNTUK UMNO HADAPI PRU 15 TANPA WANG.. ITU SEBAB UMNO PERLUKAN PAS..
PRU 15 tak sama seperti PRN, Semua Jentera parti boleh ditumpukan disuatu tempat.. Jentera UMNO tak seperti jentera PAS..Depa boleh bergerak tanpa wang yang besar disuatu tempat dan parlimen..cukup janjikan balsan Syurga di Akhirat..Ketaatan ahli UMNO hanya kepada wang.. Itu sebabnya mutaakhir ini UMNO sedar mereka perlukan PAS...
Dan atas sebab itu berlakunya Skandal 1MDB..Awal dari skandal ini bukan disebabkan Najib nak makan sorang sorang..Dia pun dah kaya..Tapi apa yang berlaku dalam kes Rosmah..Kes Najib sebahagian besar dana adalah bertujuan untuk mendanai gerak kerja untuk hadapi PRU 14.. Najib mahu menguasai parti UMNO dengan wang..Bak dia kata lah, Cash Is King..
Dan terbukti Flow duit 1MDB dan SRC dalam perbicaraan, Faktanya..itu pergi kepada UMNO..MIC ,MCA hatta facebboker dan Blogger yang dibayar.. PRU 15 ni ada Kos.. Itu belum lagi Flow yang pergi kepada PAS dengan membiayai beberapa Tokoh PAS dan program program depa..
Masa tu ustaz2 PAS punya seornok tukaq kereta baru..Masa tu pemimpin UMNO pandai dekati pemimpin PAS dengan wang..Masa tu lah Sarawak report Tulis hat kerja Najib..Flow RM 90 Juta pada Top Top Echelons PAS..tak sebut pun nama Hadi..Tapi dia gatai pi Saman..
Masa tu dgn kelazatan duit UMNO.. ada hat serban besaq tukaq Vellfire walaupun pernah kata baki dalam akaun tinggal RM 5 ribu..ada tukaq Merc.. bagi kereta mewah pada bini muda walaupun hanya jual kismis jampi.. Sekarang ni ustaz , Tok Guru Pondok politik ni tak segembira dulu..sampai nak bayaq bil eletrik sekolah pun kena merayu minta derma..
Sukar UMNO bergerak dalam PRU 15 tanpa wang.. Nak Songlap Sekarang resikonya Besar, Taikun nak bantu pun, Fikir dua tiga kali.. Tu sebab Najib dulu bijak.. Sebelum PRU 14..macam macam Projek besar diumumkan..Termasuk lah dlm kes projek Solar ikut fakta kes.. Duit 1MDB..SRC.. belum cerita Projek MRT dan ECRL... Tu belum depa pump duit dalam Bursa saham pada kaunter2 Politik..Talian hayat UMNO adalah gula gula dan bantuan tunai dalam Belanjawan 2023 biarpun duit kerajaan takdak..
Zahid tak selicik Najib..Zahid ni orang yang gelojoh dan tidak mudah dipercayai.. Dia boleh Deal kejap dengan Ds Anwar.. Dia boleh Khianat sekelip mata, Boleh merayu dengan Tun.. Lepas tu dgn Mahiaddin...Dia terdesak nak percepat PRU 15..Takut lah masuk Penjara..
watak Zahid ni sama masa zaman reformasi dulu, Dia dalam UMNO duduk dalam Team wawasan Anwar..Masa mula mula Anwar dipecat, Dia ketua Pemuda.. Kononnya turun pertahankan Anwar dirumah DSAI pada 20 Sept sebelum DSAI ditahan....lepas tu kena lokap 2-3 hari, Pendirian berubah..
Jika Najib diibarat watak jahat dalam filem Hongkong.. Zahid ni ibarat watak jahat dalam filem Tamil.. Hanya gah dengan Samseng2 jer..Najib licik merencana tipudaya, Tikam belakang mcm dia deal dgn PAS sebelum PRU 14 pecahkan Pembangkang.. Zahid ni kira nak bergocoh, Tunjuk Kuat..
UMNO ni Mesyuarat memang boleh Mesyuarat.. Duit nak cari mana ? Ni yang jadi Kebimbangan Ismail sabri.. Ismail sabri tahu masalah kalau Bubar Sekarang secara tergesa gesa, UMNO takkan boleh bergerak.. Yang jadi kekuatan UMNO hanya disebabkan Pembangkang tidak kuat, lawan depa berpecah belah..
Sekarang satu langkah lagi diperlukan..Pergunakan dan Deal dengan PAS untuk gerakkan Jentera.. Dalam hal ni..PN dan BN sama sama perlukan PAS.. yang UMNO taknak bagi Kerusi dan Kuasa jer.. :)
Ipohmali
No comments:
Post a Comment