Saturday, December 24, 2022

 Semasa mendapat tarbiah serta ikuti usrah-usrah PAS dahulu, antara individu yang saya benci adalah Pak Abu (YB Saari Sungib). Benci bukan kerana beliau orang jahat, tetapi setiap kali usrah, pasti kami didoktinkan bahawa JIM adalah jahat; mereka adalah musuh dalam selimut PAS.


Pada masa itu, saya sudah dengar istilah Munafiq haraki. istilah itu keluar sebelum tahun 2015 lagi (pertembungan dalaman PAS sehingga melahirkan parti AMANAH). Istilah itu, saya sudah dengar dalam tahun 2005 lagi.


Antara individu yang dilabelkan sebagai munafiq haraki adalah pak Abu. 


Tahun 2008 adalah satu sejarah besar dalam fikrah gerakan islam (PAS) yang saya mendapat tarbiah darinya; iaitu apabila beberapa tokoh dalam PAS mula meragui Anwar Ibrahim dan mahu "sailang" anwar Ibrahim dari menjadi PM dalam satu sejarah besar, iaitu 16 september. 


Walaupun ketika itu, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz antara yang mendokong kuat, tetapi ada beberapa pemimpin PAS yang cuba "sailang", iaitu yang terkahadapan adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Cikgu Pa.


Saya seakan-akan tidak percaya dengan beberapa komentar dari beberapa orang pemimpin PAS yang mentarbiah saya terhadap peribadi Anwar Ibrahim. Dari situ, saya mula menjauhkan diri dari beberapa murabbi saya dari Terengganu, tetapi saya mula mendekatkan diri dengan seorang murabbi PAS dari Kelantan, iaitu Allahyarham Ustaz Yahya Osman. 


Saya mula meragui penghinaan dan prejudis yang diciptakan terhadap pak Abu. Saya mula menghubungi beliau, dan beliau jemput saya berkunjung ke rumah beliau.


Kami berbual panjang berkenaan pengalaman gerakan islam pak Abu, terutama berkaitan dengan DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


Apabila mendengar kupasan Pak Abu, saya semakin faham kenapa beliau dibenci oleh sebilangan individu pemimpin PAS terhadap beliau. Ia bukan kerana fikrah, tetapi lebih kepada kedengkian dan kecemburuan terhadap ketokohan DS Anwar Ibrahim yang Pak Abu sering dianggap tokoh yang banyak berpihak kepada Anwar Ibrahim. 


Bagaimana seorang yang tidak mampu berbahasa arab, tetapi mendapat pengiktirafan yang luar biasa dari ramai tokoh gerakan Islam seperti al-Qaradawi, Syaikh Muhammad al-Ghazali, Mahdi Akif dan sebagainya, sedangkan yang berbahasa arab dan sering ke luar negara diambil tahu oleh tokoh2 ini hanya "gitu-gitu" je.


Mahdi Akif sendiri, apabila menyebut negara Malaysia, nama yang dia pasti akan kirim salam adalah Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Yahya Osman, sedangkan nama lain seakan-akan tidak ada dalam minda Mahdi Akif.


Pada masa itu, saya sering bercakap dengan teman-teman: pemimpin yang mempunyai pengaruh, mereka berdengki pun boleh memberi banyak kerosakan pada umat. 


Sedang melilau membaca berita Malaysiakini, ternampak ada dua artikle Pak Abu berkenaan pengalaman beliau dengan presiden PAS. Ia masih lagi bersambung. Setakat dua artikle ini, Pak Abu pernah menceritakan hal itu kepada saya dalam sekitar tahun 2010 yang lalu. 


Mungkin ada banyak lagi yang Pak Abu bakal coretkan. 

 


satu:

https://www.malaysiakini.com/letters/648139


dua:

https://www.malaysiakini.com/letters/648729

Friday, December 23, 2022

 Kepeningan apakah ulama PAS ini?


Apakah mereka tidak belajar ilmu Usul al-Fiqh sehingga sebegini mudah menganggap sesuatu perkara itu al-Kabair (dosa besar)?


al-Kabair atau dosa besar ini bukan datang dari pandangan orang, seperti ulama PAS ataupun Haji Hadi.


Dalam usul al-fiqh ada perbahasan berkenaan nas yang sahih dan sarih. Selama tidak sahih dan tidak sarih, tidak boleh dianggap sesuatu itu haram.


Dalam usul al-Fiqh pun, haram itu diklasifikasikan kepada banyak bentuk; salah satunya adalah haram yang terhasil dari nas dan wahyu, dan satu lagi haram yang terhasil dari pandangan ulama (ijtihadi).


Ada ulama memfatwakan bahawa melabuhkan pakaian sehingga menutup buku lali adalah haram. Ada ulama lain kata, tidak haram. tetapi haram, jika sombong ketika melabuhkan pakaian, kerana merujuk kepada konteks zaman dahulu. 


Haram melabuhkan pakaian itu adalah haram ijtihadi, bukan haram nas. Justeru, melabuhkan pakaian bagi mereka yang tidak setuju dengan pandangan ulama yang kata haram, ia tidak menjadikan dosa. 


Haram yang melibatkan dosa, apabila ia bersumberkan nas wahyu yang bersifat qatie dilalah, sama dari qatie subut seperti al-Quran dan hadis mutawatir; ataupun dari zanni subut seperti hadis ahad yang maqbul.


Contohnya, hukum qatie dilalah bahawa haram mencuri, makan rasuah, menuduh kafir kepada muslim (Takfir) dll; itu baru dianggap berdosa.


Dosa besar, bukan semata-mata wujud nas yang membawa kepada qatie dilalah, bahkan perlu bersifat sareh larangannya; seperti lafaz nas disebut dengan larangan secara sareh, atau nas menyebut azab neraka, dll.


tiba2 dalam hal melibatkan hal tidak ada nas, dengan mudah-mudah sahaja ulama PAS fatwakan sebagai BERDOSA BESAR; atau dalam istilah agama disebut AL-KABAIR, ternyata ia terpesong.


Sebenarnya pahala PAS bermudah-mudah dalam menentukan dosa besar. Hal ini tidak jauh beza dengan pendekatan Khawarij dahulu; mereka menentukan dosa berdasarkan fahaman mereka, bukan berdasarkan metode dan manhaj istinbat yang muktabar dalam ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.


Kalau begini berlaku pada PAS, perlu dipersoalkan balik; apakah benar PAS ini ahli al-Sunnah wa al-Jamaah?

Wednesday, December 21, 2022

 Banyak netizen mengulas apabila YAB Perdana Menteri Malaysia menyentuh Bebanan Kewangan Kerajaan terpaksa tanggung kerana pembayaran emolumen dan pencen kepada penjawat awam.


Antara komen Netizen yang paling terbaik dibaca ialah tulisan ini:


"Bayaran Pencen yang paling membebankan Kerajaan sebenarnya ialah kepada Ahli Politik, iaitu lebih tinggi Elaun daripada gaji!


Khususnya jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. 


Sepatutnya mereka bukan Penjawat Awam dan hilang kelayakan daripada menerima skim pencen kerana hanya memegang jawatan selama 60 bulan.


Mereka sepatutnya tidak layak menerima pencen penuh, berbanding dengan Kakitangan Awam yang perlu bekerja selama 240 bulan untuk memenuhi syarat dapat menerima pencen.


Cuba lihat contoh emolumen untuk seorang Menteri Kabinet: 

1) Gaji asas = RM18,000 

2) Elaun Keraian = RM10,500 

3) Elaun perumahan = RM10,800 

4) Elaun Rakyat = RM10,650 

5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650 

5) Sebenarnya mereka tidak membayar untuk meletak kenderaan itu, kerana menggunakan kenderaan rasmi. Selain itu, Kerajaan juga terpaksa membayar emolumen sebanyak RM16,000 sebulan kepada 222 ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 ahli Dewan Negara.


Bayangkan setiap pilihanraya (sekali setiap 5 tahun) wakil yang dipilih berubah dan mereka semua hidup lama, berapa kos pencen untuk bekas wakil yang dipilih? 


Ini lebih membazir dan membebankan berbanding Penjawat Awam yang rendah seperti pembantu umum Gred 11 dengan gaji hanya RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih dari 30 tahun, gajinya adalah serendah RM2,983. Jadi pencen hanya berjumlah RM1,491.50 sebulan selama 15 tahun (selepas usia 60 tahun). jika kita mengambil jangka hayat rakyat Malaysia sehingga 75 tahun.


Nota 1: Elaun Parking Kenderaan Menteri lebih tinggi daripada Gaji Gred 44! 

Nota 2: Jika gaji gred terendah pekerja kerajaan adalah RM1,500 termasuk elaun maka gaji seorang menteri bersamaan dengan 37 pembantu umum Gred 11. 


Ahli-ahli politik yang memegang Jawatan, kononnya untuk membela nasib rakyat, sebenarnya mereka hanya mempertahankan nasib mereka sendiri.


Ini mesti diperbetulkan. Ini belum termasuk Ahli Politik yang mengambil kesempatan daripada peluang-peluang lain untuk membuat keuntungan.


*Sila Viralkan*

Tuesday, December 20, 2022

 SUHU POLITIK 


Saya baru tonton perbahasan Mini Budget PMX tadi. Pagi tak sempat tengok live. Kena kerja. Ini pengamatan saya:


1. Tidak boleh dinafikan, PMX so far is the best orator yang ada dalam Dewan. Isi dan susunan kata jelas. Menikam dalam diam. Petikan Shakespeare dan ayat Al-Quran disulam. Orang yang nak sanggah balik pun terdiam. 


2. Perangai keBERUKan kurang hari ini. MP yang ada behave sekali. Seni bahas beliau kita boleh angkat topi. Awal2 lagi dia dah bagi mandat pada Speaker. Boleh ambik tindakan pada MP Kerajaan juga. Beliau taknak rakyat tengok MP berperangai kera. 


3. Reverse psycho dia bila MP PN datang menyerang. Dia balas dengan baik. Siap memuji. Mereka pun naik segan. YB Pendang, Kota Bahru, dan Ketua Pembangkang kena back hand. Halus je. Yang lain bila dia berucap mereka nampak tergamam. 


4. Dari segi isi perbahasan, ia taktikal yang disegani. Bagi bantuan pada penjawat awam dan beri imbuhan naik gaji. Bantuan rakyat juga diawalkan untuk bulan Januari. Mangsa banjir dibantu dengan peruntukan khas. He hits the right notes. 


5. All in all, pada saya beliau berjaya menurunkan suhu politik kita. Tengok response MP Pembangkang selepas beliau berucap, mereka ada sikit hormat. Walau tak banyak. Boleh baca FB Pasir Mas dan seangkatan. 


6. Pada saya, he’s the PM we need for now. Dia boleh menyatukan politikus negara, mereka ada sikit segan dengannya. Kita doakan la yang baik2 saja. 


7. Moga prestasi berkekalan, takde boo boo baru dibuat. Bukan saja untuk negara tetapi untuk rakyat. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki

Friday, December 16, 2022

 Saya lihat ada komen-komen dari puak2 PAS yang meragui keislaman pada pemimpin2 PH, terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun tidak berjubah dan berserban, tetapi beliau mempunyai pengetahuan berkenaan Islam yang banyak. Walaupun saya mempunyai pendidikan islam secara formal, tetapi apabila mendengar kupasan beliau berkenaan islam, saya terpaksa akui bahawa ada perkara yang beliau tahu yang saya tidak tahu.


Saya pernah menndengar kupasan DS Anwar Ibrahim berkenaan kitab Muqaddimah. Sebagai orang yang mengkhatamkan membaca kitab itu sebanyak tiga kali, saya anggap bahawa Anwar Ibrahim bukan sekadar membaca, bahkan dia memahami wacana sosiologi Ibn Khaldun dengan tepat dan menarik.


Saya kira, mana-mana ulama Islam tidak boleh lepas dari meneliti karya agung Ibn Khaldun tersebut. Namun, selama saya hidup ini; sejak saya dalam PAS dan sehingga kini, saya tidak pernah dengar lagi presiden PAS memberi kupasan dari kitab tersebut. 


Dato' Saifuddin Nasution Ismail

saya mula-mula sekali mengenali beliau dalam satu program di Kelantan. Kemudian keterlibatan saya dalam Parti KEADILAN dan pernah berkerja di bawah beliau semasa berkhidmat sebagai pegawai kerajaan dalam kerajaan Pulau Pinang dahulu.


Dalam beberapa siri program keagamaan dan Usrah, berdasarkan pertanyaan, diskusi dan kupasan beliau, saya berpendapat bahawa beliau mempunyai kefahaman agama yang bukan biasa.


Entah-entah, kefahaman agama beliau amat jauh lebih baik dari Razman Zakaria. Sebab saya tidak pernah dengar satu kupasan agama yang berasaskan tradisi ilmu dari Razman, tetapi pernah dengaar kupasan secara berdisiplin dari Dato' Saifuddin Nasution.


Bahkan,  kemungkinan Dato' Saifuddin Nasution mempunyai kefahaman islam yang jauh lebih baik dari Abdullah Khairi, yang ramai anggap dia ustaz sedangkan dia tidak mempunyai tradisi pengajian islam pun.


Rafizi Ramli 

di awal beliau menubuhkan Invoke, saya pernah berbual dan berusrah dengan beliau. Berdasarkan soalan dan lontaran pendapat beliau berkenaan Islam, saya berpendapat beliau mempunyai pengetahuan islam yang amat baik.


Nik Nazmi 

Rakan sebaya saya ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa beliau adalah cicit kepada seorang tuan guru yang terkenal pada zamannya, iaitu Haji Wan Musa. 


Haji Wan Musa adalah bekas Mufti Kelantan yang terkenal dengan kealiman sehingga ramai ulama-ulama kelantan terkenal pada zaman itu adalah muridnya. Antaranya adalah Tok Guru Haji Abdul Ghani Kubang Bemban yang merupakan mentua kepada Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuk Tapah (bapa kepada Mufti Wilayah Sekarang).


Kak Fadhlina Sidek Sidek 

Kefahaman agama beliau saya kira, ada perkara yang beliau tahu yang saya tidak tahu. pendidikan beliau dalam agama agak tinggi. Apatah lagi, beliau seorang peguam syariah. Tambahan pula, keluarga beliau terkenal dengan kuat beragama dan memelihara tradisi pengajian Islam. 


Datuk Seri Salahuddin Ayub

Saya kenali beliau semasa beliau memegang jawatan ketua Pemuda PAS Pusat yang ketika itu, saya ketua Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS selangor. Kami pernah berkhilaf pendapat dan berhujah secara sihat. orang yang agak kuat mengamalkan agama dan suka berbincang berkenaan ilmu tasawwuf, tanpa suka menceritakan semua hal itu kepada orang ramai.


Mat Sabu atau yang saya panggil Abang Mat:

Saya mula mendengar ceramah beliau semasa saya masih menuntut di pondok lubuk tapah lagi. Saya sudah mendengar dia membaca ayat al-Quran dan hadis walhal ketika itu saya masih belajar lagi.


Ayat al-Quran yang saya dengar dari abang mat dan saya ingat ayat itu tanpa saya menghafal tetapi sering kedengaran dari abang mat menyebabkan saya jadi ingat adalah ayat: فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى


Dr. Naim:

Di awal saya masuk parti KEADILAN Rakyat, BiPPA yang merupakan badan agama dalam parti KEADILAN anjurkan satu pertemuan bertempat di Pulang Pinang. Salah seorang pembentang kertas kerja itu adalah Dr. Naim yang merupakan Menteri agama.


Mendengar kupasan beliau berkenaan hak penjagaan anak dari kacamata Islam, saya kira beliau orang yang alim dan berilmu. Beliau bukan sekadar mengetahui perbahasan ulama mutaqaddimin, bahkan beliau mempunyai "ijtihad" dalam mengetasi permasalahan tersebut berdasarkan konteks semasa. Apatah lagi, beliau dahulunya Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia.


Selain dari nama-nama yang saya sebutkan ini, saya tidak mengetahui lebih dalam berkenaan tahap kefahaman agama mereka. terutamanya dari UMNO. Sebab saya tidak ada interaksi secara langsung dengan mereka dalam hal-hal yang melibatkan agama. Saya memberi komentar berdasarkan apa yang saya tahu. 


namun, tidak bermakna saya meragui agama mereka. Pada saya, taqwa itu dalam hati. Bukan tugas kita untuk mengorek apa yang ada dalam hati mereka.

Saturday, December 10, 2022

 Sepatutnya, ketua pembangkang mesti dari PAS;


A. PAS percaya bahawa Islam versi mereka sahaja layak masuk ke syurga, selain dari versi mereka sebagai neraka. Ekoran itu, mereka selalu anggap yang berbeza dengan parti mereka, kalau tidak kafir pun, mereka itu sama ada munafiq ataupun fasiq.


Kalau PAS serahkan kepada bersatu sebagai ketua pembangkang, bermakna PAS menyerahkan urusan agama kepada orang yang keislaman mereka boleh dipertikaikan.


B. PAS paling majoriti kerusi dalam kalangan PN. 


C. Presiden PAS bergelar ulama, sedangkan Hamzah Zainuddin bukan ulama. Justeru, kefahaman Islam dia jauh berbeza dengan Presiden PAS yang sudah pasti tidak dapat menyampaikan pentafsiran agama versi PAS dalam parlimen nanti.


D. Tidak melantik Presiden PAS sebagai ketua pembangkang, akan membenarkan persepsi bahawa Presiden PAS sudah nyanyok, ekoran banyak kejadian berlaku bahawa Presiden PAS ditanya lain dan jawab lain.


E. Presiden PAS pernah menjadi ketua pembangkang. Justeru, menidakkan Presiden PAS sebagai ketua pembangkang seakan-akan meragui kemampuan Presiden PAS untuk kepalai kalangan yang kurang keislaman mereka dari sudut pandang PAS.


F. Kalau tidak Tuan Guru Haji Abdul Hadi pun, PAS ada ahli parlimen dari kalangan ustaz yang lain, seperti Tuan Guru Zulkifli Ismail, Tuan Guru Tuan Ibharim, Tuan Guru Nik Zawawi dan ramai lagi.

Friday, December 9, 2022

 PN CIA MOSSAD KHOMENEI

Apa yg d lakukan Pas PN hasut fitnah rakyat asobiah takut pd momok² politik adalah satu kmungkaran dosa besar dunia akhirat tidak d trima taubat & wajib mmohon maaf pada pembodohan rakyat & mangsa² serangan fitnah. Sptutnya mlayu islam rebut barkah Allah demi Reda Allah Syafaat Rasulullah sbaliknya jahilliah munafik PN mludah barkah Allah hnya krana mreka yakin dewa hadi dewa myidin pilot sorga kayangan mreka. 


Rangkuman barkah reda syafaat & surga msti berkait dgn skill aqidah akhlak infaq mujahadah taubat & daulah. Ksmua skill itu pula berkait dgn klansungn hidup tiap rumahtangga, rezki rumahtangga pula brkait dgn ekonomi. Ekonomi pula trjajah oleh sejarah freemason globalis sistem dajjal cuma akhir² ini entiti arRum Rusia China brjaya mngekang jajahan itu dripda mudarat berpanjangan. Rumusannya melayu islam brgantung pada arRum, beriman pada Firman Allah surah arRum. 


ArRum bgi mlayu islam malaysia adalah gandingan mujahid majmuk yg d nasihatkn Agong agar Zahid-Anwar bergandingn tunaikan mandat trbesar 9,975490 kertas undi rakyat (PH BN GPS) PRU15. Status Anwar sbgai rangkaian mujahid Qhardawi Morsi Erdogan ImranKhan Khadyrov Jokowi amat d khianati CIA Mossad Khomenei India iaitu MOCIK. Mocik trbukti sbgai kudeta d mesir turki pakistan syria yaman. 


Maka Mocik amat berminat pada PN dgn tawaran sulit mega gaban agenda KUDETA malaysia. Komponen PN adalah parti Gerakan brpengkalan d Freemason Bukit Jalil ianya trbukti sejarah trbabit babtis kristianisasi sabah sarawak. Sejarah Hadi jelas peluk cium karbala asyura mutaah Khomenei syiah Tehran iran sabotaj Kaabah. Terang lagi bersuluh Mocik pasti akn mnyusup & mrasuah kudeta stiap negara dunia & PN adalah SKUTU KUAT mocik, dendam kesumat asobiah trhadap arRum mujahid ekonomi malaysia.

Thursday, December 8, 2022

 JIKA ZAHID DIGANTIKAN, PN AKAN LEMAH..


1- Sebenarnya kemenangan besar PAS dan PN tidak lah solid, Ya memang benar..Nampak besar kemenangan ni..Tsunami Melayu ini berlaku atas faktor "Undi Protes UMNO " sendiri..Faktor Besarnya Zahid.. asalnya Melayu hanya takut Zahid jadi PM.. Depa taknak penyamun dan Penyangak seperti Najib bebas..


 Dia mcm Tsunami Melayu di era reformasi dulu orang UMNO tolak tun Mahathir.. dan depa kembali sokong UMNO selepas itu..


2- Orang UMNO mahu protes Zahid, Depa takda pilihan sebab PH tidak ada parti teras Melayu.. Maka peralihan protes itu pergi kepada PN sebagaimana peralihan UMNO kepada PH dalam PRU 14 ketika mereka protes Najib..Bersatu yg juga parti teras Melayu wujud dalam PH..


2- Cuba lihat result PRU 15, Dimana UMNO kuat.. PH akan dapat Manfaat.. di Pantai barat umpamanya yang PAS tidak dominan.. Bila undi diterima UMNO dan PN itu setara.. PH akan dapat manfaat dan kelebihan.. 


3- Tu sebab Salehuddin Ayyub boleh menang di Pulai , Aminul Hoda di Sri gading boleh menang kawasan Melayu di Johor, walaupun kaws kubu UMNO.... Faiz Fadzil kalah tipis di tampin dan Zahid Hamidi hampir kalah di bagan datuk.. Begitu juga kemenangan Dr Dzulkifli Ahmad tewaskan Tg Zafrul..sebab apa ? pecahan itu setara.. 


4- Di Utara dan Pantai timur, PAS dominan.. Sebarang Peralihan akan menyebabkan PN jadi Dominan.. Sebab pecahan itu tak setara.. Bayangkan di Utara dan Pantai Timur, hampir 70 % Melayu beralih ke PN.. di semenangjung depa kuasai lebih 51% Undi melayu.. 


5 Jadi mengekalkan Zahid sebagai Presiden UMNO..Hanya menguntungkan PN dan PAS.. Jika tidak ada Undi Protes, Jika UMNO buat reform.. Ada tokoh seperti KJ dan Tokmat.. Undi protes Melayu yang pergi kepada PN, Akan kembali kepada UMNO.. Ketika Undi UMNO dan PN setara..Disini PH akan ada kelebihan dgn Undi Bukan Melayu..  


6- Jadi mengekalkan Zahid.. Hanya keuntungan jangka Pendek bagi PH.. Tapi yang dapat Manfaat PAS dan PN.. Silap silap Kerugian jangka Panjang bagi PH..  Dulu kita hanya berperang nak jawab sentimen kaum dan Agama..Sekarang kita dikenal sebagai kawan kepada Penyamun.. jenuh nak jawab..  ;) 


Ipohmali

 𝐀𝐩𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐢


1. Bukan suruh honeymoon tetapi post mortem tu biarlah atas fakta.


2. Sebelum jadi kerajaan pun PH telah terpalit dengan naratif anti melayu dan Islam, ia bukan perkara baru. Jika dilebarkan dalam Padang Serai ini bermakna naratif itu yang harus diperbetulkan.


3. Perlu menjawab dengan baik dan berfakta atas beberapa isu yang berlegar iaitu ;


- Tan Sri Mokthar Bukhari (beras)


- Bekalan dan harga telur


- Projek tebatan banjir, ramai kata dan faham ia sebagai BATAL


- Isu pemilikan tanah 999 di Perak (babitkan Nga Kor Ming)


- Pilihanraya PBT (kerana Nga Kor Ming pegang portfolio babitkan perumahan dan ada banyak penulisan yang berjaya create kerisauan orang melayu berkaitan tanah, majlis perbandaran dan pemilikan rumah)


4. Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim perlu memahami kerjaya sebagai Perdana Menteri. Anwar bukan lagi KETUA PEMBANGKANG. Anwar ialah pihak yang ada kuasa, mempunyai hak untuk MEMBERIKAN ARAHAN, menentukan dasar dan halatuju negara. Oleh itu hal seperti RM600b, menerima dana dari syarikat judi, ia tak perlu datang dari mulut Anwar secara lisan. Isu seperti ini agihkan kepada pihak lain untuk bermain. Anwar perlu terlihat menjalankan peranan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Memang pada awalnya sukar untuk mewatakkan kerjaya baharu kita sesuai dengan perlakuan dan pemikiran kita. Maklumlah dah bertahun melawan, lepas tu jadi PM pula. Anwar perlukan masa untuk lalui proses transisi, tetapi jangan lama-lama, kerana setiap saat adalah berharga.


5. Di Padang Serai, info yang diterima adalah seperti berikut;


📍𝐏𝐑𝐔𝟏𝟒 = 𝟖𝟒,𝟖𝟑𝟒

📍𝐏𝐑𝐔𝟏𝟓 = 𝟏𝟑𝟐,𝟗𝟓𝟓


𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝟒𝟖,𝟏𝟐𝟏 (bilangan yang boleh mengundi)


6. 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐑𝐔𝟏𝟒 𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟖𝟑% 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝟕𝟎,𝟏𝟑𝟒. 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭; 


𝐏𝐇 : 𝟑𝟏,𝟕𝟐𝟒

𝐏𝐀𝐒 : 𝟐𝟐,𝟗𝟏𝟏

𝐁𝐍 : 𝟏𝟓,𝟒𝟒𝟗


7. 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐑𝐔𝟏𝟓, 𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟔𝟗% 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝟗𝟏,𝟎𝟕𝟒. 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭;


𝐏𝐇 : 𝟑𝟓,𝟑𝟕𝟕

𝐏𝐀𝐒/𝐏𝐍 : 𝟓𝟏,𝟔𝟑𝟕

𝐁𝐍 : 𝟐𝟗𝟖𝟑


8. Lebih ramai yang keluar mengundi untuk PRU15 walaupun peratusan merosot disebabkan jumlah pertambahan bilangan mengundi.


9. PH tidak hilang base sokongan TETAPI mereka tak diterima oleh pengundi muda 18, pengundi kali pertama dan pengundi dari parti berbeza.


10. Punca mereka TIDAK DITERIMA dari 3 segmen pengundi di atas kita anggap mereka TIDAK MENYAKINI, MEMPERCAYAI dan MENERIMA PAKATAN HARAPAN atas pelbagai sebab.


11. Jika kita mahu meletakkan kesalahan kepada NARATIF FITNAH dan PERKAUMAN, ia tidak akan menyelesaikan masalah. Ia setakat berlegar kepada PUNCA bukan PENYELESAIAN MASALAH.


12. Untuk kita set minda baru, kita bukan sahaja perlu lakukan kerja penerangan dengan effisien, kita juga perlu dibantu dengan polisi ekonomi yang memberikan kesenangan dan manfaat kepada rakyat.  Dan bila sebut rakyat, ia harus babitkan semua peringkat lapisan masyarakat tak kira bangsa dan agama.


13. Apabila rakyat dibantu dengan polisi yang betul-betul menyenangkan mereka, akhirnya mereka sendiri yang akan merasa suasana itu. Apabila mereka sudah merasai suasana tersebut, datanglah segala macam ribut, fitnah dan sangkaan pun, mereka tak akan termakan kerana diri mereka sendiri sudah merasai apa yang terbaik untuk hidup mereka. Itulah cara paling betul, paling bijak dan paling patut dilakukan untuk mengubah stigma dan mindset. Apa sahaja yang kita kempen, tulis, olah, videokan, grafikkan tak akan boleh melawan pengalaman yang kita lalui sendiri.


14. Kita juga harus berhenti menyalahkan pengundi muda dan tiktok kerana mereka akan berdendam dan membalas sangkaan kita di atas kotak undi. Yang harus dilakukan ialah berkempen dengan cermat, berikan informasi yang tepat dan betul. 


15. Jika ada kelemahan dari kerajaan, ia harus diakui dan diperbetulkan. Jangan sesekali tunjuk diri kita suci, maksum seolah seperti Nabi harus kita terlihat sedangkan kita manusia biasa. Manusia biasa tak lepas dari dosa dan noda. Punca masalah bermula apabila enggan mengakui salah, dan paling teruk sedaya upaya tunjukkan kita pemimpin yang perfect. Ia tidak akan berlaku dalam dunia ini atau dalam mana-mana dunia. Manusia tidak perlu dipimpin oleh manusia lain yang cuba memaparkan mereka perfect. Manusia perlu dipimpin oleh manusia yang tahu menerima teguran, tahu membetulkan keadaan, tahu memperbaiki diri dan faham keperluan untuk mendengar dari kepelbagaian pendapat.


Sekian.

Wednesday, December 7, 2022

 Seorang 'Orang tua' sedang memimpin GERAKAN menjatuhkan YAB PM dan Kerajaan PERPADUAN.........


[ Baca tulisan asal tulisan 'orang tua' berkenaan ] 


I. KRONOLOGI Salah 100%

2. Itu lah kehebatan 'Orang tua'.  Berulang² menyebut Perkara Salah. Akhirnya ramai percaya.

3. Cerita mantan SUSK Muhyidin lebih tepat. Adanya KOMPLOT n konspirasi SUSK Muhyidin n Speaker hingga jam 3,4 pagi 20hb mengatur supaya Muhyidin jadi PM. [ Untuk info detail KRONOLOGI , baca tulisan asal SUSK Muhyidin ]

4. 10 [ bukan 20 ] MP UMNO hantar SD. Ini lah Kesalahan terbesar Muhyidin n SUSK nya. RUU akta LOMPAT parti menghalang MP secara individu menyokong n melompat parti. 

5. Pihak Istana tahu ini Salah. That why Istana sebut TIDAK ada mana² pihak ada angka 111. 

6. Istana yang cadang Kerajaan Perpaduan. Muhyidin n Hadi TOLAK. Sdr Anwar TERIMA. Jadi rezeki PH ketuainya.

7. Istana titah BN n GPS pertimbang sertai nya n setuju terima. 

8. GRS n lain² ikut serta.


~~~~~~~~~~~~

PETIKAN..

Tulisan asal seorang 'orang tua'....


MARI FAHAMI HURAIAN SEBENAR KERAJAAN PERPADUAN DAN KERAJAAN CAMPURAN:


1. Kerajaan hari ini BUKAN Kerajaan Perpaduan tetapi KERAJAAN CAMPURAN. Kerajaan Perpaduan tiada pembangkang dan modelnya ada di negara luar.


2. Definisi Kerajaan Perpaduan: "A NATIONAL UNITY GOVERNMENT, government of national unity, or national union government is a broad coalition government consisting of all parties (or all major parties) in the legislature, usually formed during a time of war or other national emergency."


3. KERAJAAN PERPADUAN patutnya disertai oleh pesaing utama, misalnya di Jerman, dua parti konservatif, iaitu Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian - bersetuju membentuk kerjasama dengan parti berhaluan kiri - Parti Demokratik Sosial.


4. Kerajaan di negara ini lebih tepat disebut sebagai kerajaan campuran. Memang bercampur pun, bercampur bekas banduan dan mereka yg masih mempunyai kes mahkamah, di dalamnya bercampur golongan penipu dan munafik. Di dalam ini juga bercampurnya golongan dengan ideologi bertentangan, termasuklah di dalamnya sejumlah besar golongan sekular, liberal, sosialis, pluralis agama, evangelis, pro murtad dan pro LGBT. 


5. YDPA tak mungkin akan campur tangan untuk menentukan siapa jadi kerajaan dan YDAP atas sifat dan kemuliaannya akan bersifat BERKECUALI. Dakwaan bahawa YDPA memberi titah perintah mahukan "kerajaan perpaduan yg tidak diketuai PN", adalah dakwaan jahat yg sengaja ingin MENGHINA dan MENCEMAR kemuliaan dan sifat berkecuali YDPA.


4. Kerajaan yang terdahulu pun disebut kerajaan YDPA, jika kerajaan hari ni terbubar, kerajaan yang akan dibentuk nanti juga akan disebut sebagai kerajaan YDPA. Jadi janganlah tertipu dengan permainan propaganda pihak yang menyalah gunakan nama YDPA dan istana utk mencapai tujuan mereka.


5. Tak mungkin dan tak logik istana nak campur tangan dan paksa Ahli2 Parlimen BN untuk menyokong parti tertentu jadi kerajaan. Berdasarkan kronologi peristiwa yang dilaporkan, yang sengaja cari jalan ke arah tu adalah Zahid. Zahid yg paksa dan ugut2 ahli Parlimen BN utk sokong Anwar, diaorg tak nak pun. 


6. Dilaporkan, asalnya 20 orang Ahli Parlimen BN dah sokong TSMY dan parti Melayu Islam, dan tak nak sokong Anwar dan bekerjasama dgn Dap dan Pkr. Zahid yg beriya2 nak mereka sokong bekas banduan dan parti yg dlmnya ramai golongan anti islam, sekular, liberal, evangelis, pro murtad, pro LGBT. 


7. Tuanku nak jumpa Ahli Palrimen BN sorang2 pun tak diberi. Tulis pulak surat yang cuba menipu YDPA dgn mendakwa kononnya 30 Ahli Parlimen BN sokong Anwar, padahal mereka tak sokong Anwar pun.


8. Jangan suka2 gunakan nama Tuanku utk justify kehendak dan kepentingan diri sendiri. Jangan cemarkan Institusi Raja dengan sengaja mendakwa Tuanku campurtangan dalam urusan pencalonan PM. Ini menghina Institusi Raja.


9. Kehendak Zahid yg menyebabkan proses calon PM jd tertangguh dan jd susah. Itu puncanya. Bila dah proses tu disukarkan dan sengaja dilambat2kan, baru lah timbul cadangan utk Kerajaan Perpaduan.


10. Boleh sahaja kalau Zahid nak bekerjasama dgn parti Melayu dan Islam. Masalahnya Zahid yg tak nak dan sengaja susahkan sebab nak sokong Anwar jd PM dan nak bersama Dap dan Pkr.

 PADANG SERAI : KEKALAHAN YG MENGEJUTKAN.. BAHAYA UNTUK PH DI SELANGOR DAN N9..


1- Aku sendiri tidak sedar ada PRK Tioman dan Padang Serai hari ini, Sebab selalu Pilihanraya hari Sabtu..Dan aku tak peduli sangat pun, Sebab aku dah Mufaraqah menyokong Kerajaan Perpaduan PH/UMNO ni..


2- Dalam dok Tengah makan malam tadi, seronok sembang pasal Bola.. ada kawan tunjuk, PN sedang Lead kat Padang Serai lebih 4 ribu undi.. Aku kata balik, Mungkin lah kawasan Melayu kut, Sebab komposisi kaum bukan Melayu lebih 41%.. Kawasan tu Kubu PKR, Mustahil PKR Kalah.. 


3- Tapi bila keputusan Rasmi, Tengok FB penuh kata PKR/ kalah lebih 16 ribu undi Majoriti..Ini lebih mengejutkan dari keputusan pasukan pilihan aku Spain yang kalah kepada Marocco dlm World Cup..Bayangkan dalam keadaan PH bergabung dengan BN/UMNO pun kalah kawasan 41% Bukan Melayu.. Pun begitu aku takda lah rasa apa apa..Sebab memang aku dah tak sokong Kerajaan Perpaduan ni PH/UMNO ni..


4- Bayangkan, Masa PH 22 Bulan..Selepas PH menang dalam PRU 14, Masa tu PH menang 4 kali PRK berturut turut dari PRK Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson. Setahun selepas itu..Bermula PRK Semenyih,Cameron, Kimanis dan Tanjung Piai..Pembangkang Menang masa tu, Tu pun PH kalah tipis 1-2 ribu undi dalam Keadaan BN bergabung dengan PAS.. Masih ada faktor peralihan Undi protes Cina dan India dalam isu jawi dan hasutan Dong Zong.. 


5- Aku tak ikutipun PRK Padang Serai dan Tioman, Siapa calon PH pun aku tak tahu sapa.. Tapi apa sebab PH kalah.. ? Apakah Undi India beralih disebabkan Kabinet baru Kerajaan Perpaduan PH/UMNO ini hanya seorang wakil India ? Hari ini dikatakan MIC akan menolak semua tawaran jawatan Timbalan Menteri.. 


6- Jika bukan atas faktor penolakan Undi India, Apakah begitu teruk jika PH hanya mendapat hanya tak sampai 15% Undi Melayu ? Ini bermakna dari 10 orang..8 Orang Melayu menolak PH.. Ia bukan saja patut dibimbangi oleh PH, Hatta UMNO.. Bayangkan dalam keadaan PH gabungan dgn UMNO, di negeri kuat UMNO Pahang tu pun, UMNO menang tak sampai 600 orang..


7 - Cuma aku nak ingatkan sahabat dalam PH, Jangan pandang rendah kesan penyertaan Zahid Hamidi dalam Kabinet.. Aku dah tulis sebelum ini..Andai Kerajaan PH tumbang.. PH mungkin tidak akan berjaya bangkit lagi.. beban disebabkan Kerjasama dengan Penyamun dan Penyangak Seperti Zahid dalam Kabinet.. Beban kita bekerjasama dgn UMNO.. akan menghantui PH buat selama lamanya..


8- Kita sudah Hilang jati diri, Prinsip bila memberi ruang kepada orang seperti Zahid yang kita berpegang teguh selama ini berjuang menolak rasuah..., Suatu hari nanti lagu Hoi Ya Hoi itu akan Menghantui PH sendiri..


9- Terus terang.. Biarpun aku tidak menyokong dan Mufaraqah dari Kerajaan Perpaduan PH/UMNO..Aku tetap menyokong PH.. Tapi bila aku tengok di media sosial, Bagaimana penyokong PH menyambut Zahid, Bersama Zahid dalam kempen di Padang Serai.. bagi aku sungguh menjijikkan.. Ia bukan lagi jadi sekadar Kerajaan Perpaduan, dah seperti PAS dan UMNO dulu dalam Mufakat Nasional..


10- Apapun Masih belum terlambat.. Kita ada watak yang hebat seperti Tokmat untuk diangkat sebagai TPM..membetulkan kembali halatuju dan Prinsip yang kita pegang selama ini..Kenapa kita mencari jalan sukar, Jalan Gila menerima Zahid menjadi Kabinet apalagi TPM.. Pada sudut Prinsip, Aku sukar menerima Zahid di dalam Kabinet....


11- Belum pun genap 2 Minggu Kerajaan baru ditubuh, Kita ada PM dari PH.. dalam keadaan dipanggil Haneymoon Period.. Dulu zaman PH, Selepas setahun..Selepas PAS bergabung dengan UMNO barulah momentum penolakan rakyat, protes undi cina berlaku disebabkan sentimen Perkauman.. 


Jangan nanti ibarat, untung secupak..Rugi segantang..  ;) 


ipohmali

Tuesday, December 6, 2022

 Masa orang isytihar harta, dia pertikai kenapa harta banyak sangat?


Masa orang kata tak akan ambil gaji, dia pertikai kata gaji tak ambil, tapi elaun ambil.


Masa orang kata tak nak ambil gaji PM, dia pertikai, gaji PM tak ambil, tapi gaji menteri ambil.


Masa orang kata jangan beri cenderahati, dia pertikai kata sombong taknak terima cenderahati.


Masa orang potong gaji 20% nak pulang kepada rakyat, dia pertikai kenapa tak potong 50% atau 100% terus?


Masa orang turunkan cabutan judi dari 22 kepada 8, dia pertikai, kenapa 8 tak hapus terus?


Masa orang turunkan harga telur, dia pertikai, kenapa telur saja? Ayam, minyak, daging, ikan, sayur kenapa tak turun.


Masa orang nak bagi RM10 juta untung beras kepada pesawah, dia pertikai kenapa beras saja? Ayam, itik, semua macam mana?


Semua orang buat dia nak pertikai.

Tapi dia sendiri LANGSUNG TAK BUAT.


Jenuh layan orang toksik macam ni.

Tak jadi kerja.


Bismillah.

Jalan terus.


-Azizul Salehudin-

 ABAH, SI KAKI CLAIM


Sebenarnya isu RM600 bilion Muhyiddin ini agak straightforward. Ini kes Abah sembang kari sehingga terpecik kat muka sendiri.


Cuba saudara saudari ingat balik cerita Mak Cik Kiah yang direka oleh Abah ketika lockdown PKP dilaksanakan pada tahun 2020.


Ingat tak, cerita-cerita dongeng “Mak Cik Kiah”?


Ingat tak, cerita-cerita dongeng yang berkisar tentang betapa murah hatinya kerajaan PN kerana sanggup berbelanja ratusan bilion ringgit melalui Pakej Perangsang Ekonomi untuk membantu Mak Cik Kiah?


Pada ketika itu jugalah Pakatan Harapan berkata, Muhyiddin ini kalau sembang, babi pun boleh terbang.


Sebab itu PH pada ketika itu kata “MAK CIK KIAH TERTIPU”.


Ini kerana ratusan bilion yang kononnya kerajaan belanjakan itu sebenarnya wang rakyat sendiri.


Daripada ratusan-ratusan bilion yang dikatakan dibelanjakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat itu, sekitar 80% adalah wang rakyat sendiri seperti KWSP, moratorium dan pinjaman mikrokredit.


Itu bukan duit dari poket kerajaan!


Ini ibarat Mak Cik Kiah pergi isi minyak RM30 kat Shell, kemudian Abah claim “PN telah berbelanja RM30 demi rakyat”.


Ataupun ibarat Mak Cik Kiah pergi Maybank dan minta loan RM1 juta, lepastu Abah claim “inilah bantuan kerajaan PN”.


Kaki claim lah tu!


Kemudian pada bulan November 2022 menjelang PRU15, datang lah Abah punya claim.


Poster yang dilampirkan inilah contoh bagaimana PN cuba membingungkan rakyat dengan menyatakan kononnya Abah telah membelanjakan RM600 bilion untuk membantu rakyat mengharungi Covid-19.


Hey! Stupid! Bodoh! Rakyat ambil wang dari KWSP sendiri, rakyat buat pinjaman kena bayar balik nanti, hutang ditangguh kena bayar balik nanti, itu semua dikira bantuan kerajaan ke????


Esok Mak Cik Kiah pergi Maybank, picit RM100 keluar dari akaun sendiri, itu kira bantuan dari Abah ke?


Hey! Itu bukan bantuan kerajaan lah!


Ok. Baik. Sekarang PH lontar balik isu RM600 bilion kepada PN. Kata nak siasat.


Tiba-tiba……


Ismail (orang UMNO pro-Abah) mengaku 80% perbelanjaan Pakej Covid itu sebenarnya wang rakyat sendiri.


Dr. Marzuki (penasihat Abah) mengaku kebanyakan Pakej Covid itu bukan duit dari rizab kerajaan tetapi wang rakyat sendiri.


Astaghfirullahalazim….


Patut dari awal lagi PN umum kat TV bagitau rakyat bahawa kerajaan tidak ada duit.

Patut dari awal lagi PN umum bahawa Pakej Perangsang Ekonomi PN sebenarnya duit rakyat sendiri.

Patut dari awal lagi korang JANGAN CLAIM KREDIT.


Benda mudah. Tapi sebab Abah gilakan publisiti pada ketika itu, maka direkalah fiksyen kononnya kerajaan banyak membantu Mak Cik Kiah.


Jadinya, sekarang, sebenarnya Mak Cik Kiah masih tertanya-tanya:


“Ke mana perginya bantuan dari Abah itu ya? Tak dapat pun? Yang dapat cuma bantuan dari poket sendiri.”


Sebab itulah saya cakap, ini kes straight forward.


Ini kes Abah sembang kari pada tahun 2020, tetapi terpecik kat muka sendiri pada tahun 2022.

Friday, December 2, 2022

 Kabinet Perpaduan Adalah Harapan Kebangkitan Malaysia


1. Bermacam reaksi, kita raikan semua. Kabinet yang dibentuk penuh energetik yang menganjak paradikma, amat segar. 


2. Persoalan Zahid? Dia Presiden Umno, kini berada di bawah telunjuk DSAI. Kestabilan adalah kuncinya untuk negara ini kekal berada di atas landasan Reformasi yang bakal dicerakin Anwar.


3. Adalah menjadi cita-cita agar perjuangan Reformasi yang dilaungkan selama ini mampu dibuktikan, dan peluang terbaiknya muncul apabila Umno sendiri menjadi testimoni utama. 


4. PM menjawat Menteri Kewangan? Selaku mantan Menteri Kewangan Terbaik Dunia, di atas segala 'brand' integriti tahap internasional yang ada pada sosok Anwar, why not? Keyakinan pelabur luar akan mengganda FDI, demi ekonomi negara yang mapan. 


5. Jumlah menteri berjaya dikurangkan. Tiada duta khas bertaraf menteri, tiada penasihat bergaji menteri, malah skala gaji menteri turut dikurangkan. Terimalah hakikat bahawa inilah kemenangan pertama rakyat apabila jutaan Ringgit mampu dijimat. Satu permulaan yang baik.


6. Kita perlu bergerak ke hadapan, beri kepercayaan terhadap kabinet yang dibentuk. Percaya kepada Anwar, yang juga punya taichi dan 'lesing' jika ada pasukannya yang membuat onar. Ini Reformasi puluh tahun perjuangan, bukan kaleng-kaleng.


7. Tiba masanya untuk kita mengambil pendekatan 'result oriented' berbanding 'reason oriented'. Kita nak jadi bangsa yang maju, ini antara kaedahnya.


8. Akhir kalam jangan sesekali kita lupa, Kerajaan Perpaduan yang terbentuk ini adalah atas titah nasihat YDPA. Bagi ruang untuk jemaah menteri yang dilantik memulakan tugasan, menjalankan perkhidmatan dan bekerja untuk anda semua.


Edy Noor Reduan

Aktivis Blogger