JIKA ZAHID DIGANTIKAN, PN AKAN LEMAH..
1- Sebenarnya kemenangan besar PAS dan PN tidak lah solid, Ya memang benar..Nampak besar kemenangan ni..Tsunami Melayu ini berlaku atas faktor "Undi Protes UMNO " sendiri..Faktor Besarnya Zahid.. asalnya Melayu hanya takut Zahid jadi PM.. Depa taknak penyamun dan Penyangak seperti Najib bebas..
Dia mcm Tsunami Melayu di era reformasi dulu orang UMNO tolak tun Mahathir.. dan depa kembali sokong UMNO selepas itu..
2- Orang UMNO mahu protes Zahid, Depa takda pilihan sebab PH tidak ada parti teras Melayu.. Maka peralihan protes itu pergi kepada PN sebagaimana peralihan UMNO kepada PH dalam PRU 14 ketika mereka protes Najib..Bersatu yg juga parti teras Melayu wujud dalam PH..
2- Cuba lihat result PRU 15, Dimana UMNO kuat.. PH akan dapat Manfaat.. di Pantai barat umpamanya yang PAS tidak dominan.. Bila undi diterima UMNO dan PN itu setara.. PH akan dapat manfaat dan kelebihan..
3- Tu sebab Salehuddin Ayyub boleh menang di Pulai , Aminul Hoda di Sri gading boleh menang kawasan Melayu di Johor, walaupun kaws kubu UMNO.... Faiz Fadzil kalah tipis di tampin dan Zahid Hamidi hampir kalah di bagan datuk.. Begitu juga kemenangan Dr Dzulkifli Ahmad tewaskan Tg Zafrul..sebab apa ? pecahan itu setara..
4- Di Utara dan Pantai timur, PAS dominan.. Sebarang Peralihan akan menyebabkan PN jadi Dominan.. Sebab pecahan itu tak setara.. Bayangkan di Utara dan Pantai Timur, hampir 70 % Melayu beralih ke PN.. di semenangjung depa kuasai lebih 51% Undi melayu..
5 Jadi mengekalkan Zahid sebagai Presiden UMNO..Hanya menguntungkan PN dan PAS.. Jika tidak ada Undi Protes, Jika UMNO buat reform.. Ada tokoh seperti KJ dan Tokmat.. Undi protes Melayu yang pergi kepada PN, Akan kembali kepada UMNO.. Ketika Undi UMNO dan PN setara..Disini PH akan ada kelebihan dgn Undi Bukan Melayu..
6- Jadi mengekalkan Zahid.. Hanya keuntungan jangka Pendek bagi PH.. Tapi yang dapat Manfaat PAS dan PN.. Silap silap Kerugian jangka Panjang bagi PH.. Dulu kita hanya berperang nak jawab sentimen kaum dan Agama..Sekarang kita dikenal sebagai kawan kepada Penyamun.. jenuh nak jawab.. ;)
Ipohmali
No comments:
Post a Comment