Friday, December 2, 2022

 Kabinet Perpaduan Adalah Harapan Kebangkitan Malaysia


1. Bermacam reaksi, kita raikan semua. Kabinet yang dibentuk penuh energetik yang menganjak paradikma, amat segar. 


2. Persoalan Zahid? Dia Presiden Umno, kini berada di bawah telunjuk DSAI. Kestabilan adalah kuncinya untuk negara ini kekal berada di atas landasan Reformasi yang bakal dicerakin Anwar.


3. Adalah menjadi cita-cita agar perjuangan Reformasi yang dilaungkan selama ini mampu dibuktikan, dan peluang terbaiknya muncul apabila Umno sendiri menjadi testimoni utama. 


4. PM menjawat Menteri Kewangan? Selaku mantan Menteri Kewangan Terbaik Dunia, di atas segala 'brand' integriti tahap internasional yang ada pada sosok Anwar, why not? Keyakinan pelabur luar akan mengganda FDI, demi ekonomi negara yang mapan. 


5. Jumlah menteri berjaya dikurangkan. Tiada duta khas bertaraf menteri, tiada penasihat bergaji menteri, malah skala gaji menteri turut dikurangkan. Terimalah hakikat bahawa inilah kemenangan pertama rakyat apabila jutaan Ringgit mampu dijimat. Satu permulaan yang baik.


6. Kita perlu bergerak ke hadapan, beri kepercayaan terhadap kabinet yang dibentuk. Percaya kepada Anwar, yang juga punya taichi dan 'lesing' jika ada pasukannya yang membuat onar. Ini Reformasi puluh tahun perjuangan, bukan kaleng-kaleng.


7. Tiba masanya untuk kita mengambil pendekatan 'result oriented' berbanding 'reason oriented'. Kita nak jadi bangsa yang maju, ini antara kaedahnya.


8. Akhir kalam jangan sesekali kita lupa, Kerajaan Perpaduan yang terbentuk ini adalah atas titah nasihat YDPA. Bagi ruang untuk jemaah menteri yang dilantik memulakan tugasan, menjalankan perkhidmatan dan bekerja untuk anda semua.


Edy Noor Reduan

Aktivis Blogger

No comments:

Post a Comment