Friday, December 23, 2022

 Kepeningan apakah ulama PAS ini?


Apakah mereka tidak belajar ilmu Usul al-Fiqh sehingga sebegini mudah menganggap sesuatu perkara itu al-Kabair (dosa besar)?


al-Kabair atau dosa besar ini bukan datang dari pandangan orang, seperti ulama PAS ataupun Haji Hadi.


Dalam usul al-fiqh ada perbahasan berkenaan nas yang sahih dan sarih. Selama tidak sahih dan tidak sarih, tidak boleh dianggap sesuatu itu haram.


Dalam usul al-Fiqh pun, haram itu diklasifikasikan kepada banyak bentuk; salah satunya adalah haram yang terhasil dari nas dan wahyu, dan satu lagi haram yang terhasil dari pandangan ulama (ijtihadi).


Ada ulama memfatwakan bahawa melabuhkan pakaian sehingga menutup buku lali adalah haram. Ada ulama lain kata, tidak haram. tetapi haram, jika sombong ketika melabuhkan pakaian, kerana merujuk kepada konteks zaman dahulu. 


Haram melabuhkan pakaian itu adalah haram ijtihadi, bukan haram nas. Justeru, melabuhkan pakaian bagi mereka yang tidak setuju dengan pandangan ulama yang kata haram, ia tidak menjadikan dosa. 


Haram yang melibatkan dosa, apabila ia bersumberkan nas wahyu yang bersifat qatie dilalah, sama dari qatie subut seperti al-Quran dan hadis mutawatir; ataupun dari zanni subut seperti hadis ahad yang maqbul.


Contohnya, hukum qatie dilalah bahawa haram mencuri, makan rasuah, menuduh kafir kepada muslim (Takfir) dll; itu baru dianggap berdosa.


Dosa besar, bukan semata-mata wujud nas yang membawa kepada qatie dilalah, bahkan perlu bersifat sareh larangannya; seperti lafaz nas disebut dengan larangan secara sareh, atau nas menyebut azab neraka, dll.


tiba2 dalam hal melibatkan hal tidak ada nas, dengan mudah-mudah sahaja ulama PAS fatwakan sebagai BERDOSA BESAR; atau dalam istilah agama disebut AL-KABAIR, ternyata ia terpesong.


Sebenarnya pahala PAS bermudah-mudah dalam menentukan dosa besar. Hal ini tidak jauh beza dengan pendekatan Khawarij dahulu; mereka menentukan dosa berdasarkan fahaman mereka, bukan berdasarkan metode dan manhaj istinbat yang muktabar dalam ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.


Kalau begini berlaku pada PAS, perlu dipersoalkan balik; apakah benar PAS ini ahli al-Sunnah wa al-Jamaah?

No comments:

Post a Comment