Friday, December 16, 2022

 Saya lihat ada komen-komen dari puak2 PAS yang meragui keislaman pada pemimpin2 PH, terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun tidak berjubah dan berserban, tetapi beliau mempunyai pengetahuan berkenaan Islam yang banyak. Walaupun saya mempunyai pendidikan islam secara formal, tetapi apabila mendengar kupasan beliau berkenaan islam, saya terpaksa akui bahawa ada perkara yang beliau tahu yang saya tidak tahu.


Saya pernah menndengar kupasan DS Anwar Ibrahim berkenaan kitab Muqaddimah. Sebagai orang yang mengkhatamkan membaca kitab itu sebanyak tiga kali, saya anggap bahawa Anwar Ibrahim bukan sekadar membaca, bahkan dia memahami wacana sosiologi Ibn Khaldun dengan tepat dan menarik.


Saya kira, mana-mana ulama Islam tidak boleh lepas dari meneliti karya agung Ibn Khaldun tersebut. Namun, selama saya hidup ini; sejak saya dalam PAS dan sehingga kini, saya tidak pernah dengar lagi presiden PAS memberi kupasan dari kitab tersebut. 


Dato' Saifuddin Nasution Ismail

saya mula-mula sekali mengenali beliau dalam satu program di Kelantan. Kemudian keterlibatan saya dalam Parti KEADILAN dan pernah berkerja di bawah beliau semasa berkhidmat sebagai pegawai kerajaan dalam kerajaan Pulau Pinang dahulu.


Dalam beberapa siri program keagamaan dan Usrah, berdasarkan pertanyaan, diskusi dan kupasan beliau, saya berpendapat bahawa beliau mempunyai kefahaman agama yang bukan biasa.


Entah-entah, kefahaman agama beliau amat jauh lebih baik dari Razman Zakaria. Sebab saya tidak pernah dengar satu kupasan agama yang berasaskan tradisi ilmu dari Razman, tetapi pernah dengaar kupasan secara berdisiplin dari Dato' Saifuddin Nasution.


Bahkan,  kemungkinan Dato' Saifuddin Nasution mempunyai kefahaman islam yang jauh lebih baik dari Abdullah Khairi, yang ramai anggap dia ustaz sedangkan dia tidak mempunyai tradisi pengajian islam pun.


Rafizi Ramli 

di awal beliau menubuhkan Invoke, saya pernah berbual dan berusrah dengan beliau. Berdasarkan soalan dan lontaran pendapat beliau berkenaan Islam, saya berpendapat beliau mempunyai pengetahuan islam yang amat baik.


Nik Nazmi 

Rakan sebaya saya ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa beliau adalah cicit kepada seorang tuan guru yang terkenal pada zamannya, iaitu Haji Wan Musa. 


Haji Wan Musa adalah bekas Mufti Kelantan yang terkenal dengan kealiman sehingga ramai ulama-ulama kelantan terkenal pada zaman itu adalah muridnya. Antaranya adalah Tok Guru Haji Abdul Ghani Kubang Bemban yang merupakan mentua kepada Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuk Tapah (bapa kepada Mufti Wilayah Sekarang).


Kak Fadhlina Sidek Sidek 

Kefahaman agama beliau saya kira, ada perkara yang beliau tahu yang saya tidak tahu. pendidikan beliau dalam agama agak tinggi. Apatah lagi, beliau seorang peguam syariah. Tambahan pula, keluarga beliau terkenal dengan kuat beragama dan memelihara tradisi pengajian Islam. 


Datuk Seri Salahuddin Ayub

Saya kenali beliau semasa beliau memegang jawatan ketua Pemuda PAS Pusat yang ketika itu, saya ketua Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS selangor. Kami pernah berkhilaf pendapat dan berhujah secara sihat. orang yang agak kuat mengamalkan agama dan suka berbincang berkenaan ilmu tasawwuf, tanpa suka menceritakan semua hal itu kepada orang ramai.


Mat Sabu atau yang saya panggil Abang Mat:

Saya mula mendengar ceramah beliau semasa saya masih menuntut di pondok lubuk tapah lagi. Saya sudah mendengar dia membaca ayat al-Quran dan hadis walhal ketika itu saya masih belajar lagi.


Ayat al-Quran yang saya dengar dari abang mat dan saya ingat ayat itu tanpa saya menghafal tetapi sering kedengaran dari abang mat menyebabkan saya jadi ingat adalah ayat: فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى


Dr. Naim:

Di awal saya masuk parti KEADILAN Rakyat, BiPPA yang merupakan badan agama dalam parti KEADILAN anjurkan satu pertemuan bertempat di Pulang Pinang. Salah seorang pembentang kertas kerja itu adalah Dr. Naim yang merupakan Menteri agama.


Mendengar kupasan beliau berkenaan hak penjagaan anak dari kacamata Islam, saya kira beliau orang yang alim dan berilmu. Beliau bukan sekadar mengetahui perbahasan ulama mutaqaddimin, bahkan beliau mempunyai "ijtihad" dalam mengetasi permasalahan tersebut berdasarkan konteks semasa. Apatah lagi, beliau dahulunya Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia.


Selain dari nama-nama yang saya sebutkan ini, saya tidak mengetahui lebih dalam berkenaan tahap kefahaman agama mereka. terutamanya dari UMNO. Sebab saya tidak ada interaksi secara langsung dengan mereka dalam hal-hal yang melibatkan agama. Saya memberi komentar berdasarkan apa yang saya tahu. 


namun, tidak bermakna saya meragui agama mereka. Pada saya, taqwa itu dalam hati. Bukan tugas kita untuk mengorek apa yang ada dalam hati mereka.

No comments:

Post a Comment