𝐀𝐩𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐢
1. Bukan suruh honeymoon tetapi post mortem tu biarlah atas fakta.
2. Sebelum jadi kerajaan pun PH telah terpalit dengan naratif anti melayu dan Islam, ia bukan perkara baru. Jika dilebarkan dalam Padang Serai ini bermakna naratif itu yang harus diperbetulkan.
3. Perlu menjawab dengan baik dan berfakta atas beberapa isu yang berlegar iaitu ;
- Tan Sri Mokthar Bukhari (beras)
- Bekalan dan harga telur
- Projek tebatan banjir, ramai kata dan faham ia sebagai BATAL
- Isu pemilikan tanah 999 di Perak (babitkan Nga Kor Ming)
- Pilihanraya PBT (kerana Nga Kor Ming pegang portfolio babitkan perumahan dan ada banyak penulisan yang berjaya create kerisauan orang melayu berkaitan tanah, majlis perbandaran dan pemilikan rumah)
4. Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim perlu memahami kerjaya sebagai Perdana Menteri. Anwar bukan lagi KETUA PEMBANGKANG. Anwar ialah pihak yang ada kuasa, mempunyai hak untuk MEMBERIKAN ARAHAN, menentukan dasar dan halatuju negara. Oleh itu hal seperti RM600b, menerima dana dari syarikat judi, ia tak perlu datang dari mulut Anwar secara lisan. Isu seperti ini agihkan kepada pihak lain untuk bermain. Anwar perlu terlihat menjalankan peranan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Memang pada awalnya sukar untuk mewatakkan kerjaya baharu kita sesuai dengan perlakuan dan pemikiran kita. Maklumlah dah bertahun melawan, lepas tu jadi PM pula. Anwar perlukan masa untuk lalui proses transisi, tetapi jangan lama-lama, kerana setiap saat adalah berharga.
5. Di Padang Serai, info yang diterima adalah seperti berikut;
📍𝐏𝐑𝐔𝟏𝟒 = 𝟖𝟒,𝟖𝟑𝟒
📍𝐏𝐑𝐔𝟏𝟓 = 𝟏𝟑𝟐,𝟗𝟓𝟓
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝟒𝟖,𝟏𝟐𝟏 (bilangan yang boleh mengundi)
6. 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐑𝐔𝟏𝟒 𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟖𝟑% 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝟕𝟎,𝟏𝟑𝟒. 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭;
𝐏𝐇 : 𝟑𝟏,𝟕𝟐𝟒
𝐏𝐀𝐒 : 𝟐𝟐,𝟗𝟏𝟏
𝐁𝐍 : 𝟏𝟓,𝟒𝟒𝟗
7. 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐑𝐔𝟏𝟓, 𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟔𝟗% 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝟗𝟏,𝟎𝟕𝟒. 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭;
𝐏𝐇 : 𝟑𝟓,𝟑𝟕𝟕
𝐏𝐀𝐒/𝐏𝐍 : 𝟓𝟏,𝟔𝟑𝟕
𝐁𝐍 : 𝟐𝟗𝟖𝟑
8. Lebih ramai yang keluar mengundi untuk PRU15 walaupun peratusan merosot disebabkan jumlah pertambahan bilangan mengundi.
9. PH tidak hilang base sokongan TETAPI mereka tak diterima oleh pengundi muda 18, pengundi kali pertama dan pengundi dari parti berbeza.
10. Punca mereka TIDAK DITERIMA dari 3 segmen pengundi di atas kita anggap mereka TIDAK MENYAKINI, MEMPERCAYAI dan MENERIMA PAKATAN HARAPAN atas pelbagai sebab.
11. Jika kita mahu meletakkan kesalahan kepada NARATIF FITNAH dan PERKAUMAN, ia tidak akan menyelesaikan masalah. Ia setakat berlegar kepada PUNCA bukan PENYELESAIAN MASALAH.
12. Untuk kita set minda baru, kita bukan sahaja perlu lakukan kerja penerangan dengan effisien, kita juga perlu dibantu dengan polisi ekonomi yang memberikan kesenangan dan manfaat kepada rakyat. Dan bila sebut rakyat, ia harus babitkan semua peringkat lapisan masyarakat tak kira bangsa dan agama.
13. Apabila rakyat dibantu dengan polisi yang betul-betul menyenangkan mereka, akhirnya mereka sendiri yang akan merasa suasana itu. Apabila mereka sudah merasai suasana tersebut, datanglah segala macam ribut, fitnah dan sangkaan pun, mereka tak akan termakan kerana diri mereka sendiri sudah merasai apa yang terbaik untuk hidup mereka. Itulah cara paling betul, paling bijak dan paling patut dilakukan untuk mengubah stigma dan mindset. Apa sahaja yang kita kempen, tulis, olah, videokan, grafikkan tak akan boleh melawan pengalaman yang kita lalui sendiri.
14. Kita juga harus berhenti menyalahkan pengundi muda dan tiktok kerana mereka akan berdendam dan membalas sangkaan kita di atas kotak undi. Yang harus dilakukan ialah berkempen dengan cermat, berikan informasi yang tepat dan betul.
15. Jika ada kelemahan dari kerajaan, ia harus diakui dan diperbetulkan. Jangan sesekali tunjuk diri kita suci, maksum seolah seperti Nabi harus kita terlihat sedangkan kita manusia biasa. Manusia biasa tak lepas dari dosa dan noda. Punca masalah bermula apabila enggan mengakui salah, dan paling teruk sedaya upaya tunjukkan kita pemimpin yang perfect. Ia tidak akan berlaku dalam dunia ini atau dalam mana-mana dunia. Manusia tidak perlu dipimpin oleh manusia lain yang cuba memaparkan mereka perfect. Manusia perlu dipimpin oleh manusia yang tahu menerima teguran, tahu membetulkan keadaan, tahu memperbaiki diri dan faham keperluan untuk mendengar dari kepelbagaian pendapat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment