Friday, March 3, 2023

Nasi Beriyani


RESEPI NASI BRIYANI SIMPLE ( anggaran 7-8 org makan)


Bhn2:

1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan

1 sudu besar minyak sapi

5 sudu besar marjerin planta ( atau apa2 marjerin pun boleh)

3/4 tin susu cair

1 biji bawang besar, dimayang halus

3 ulas bawang merah*

5 ulas bawang putih*

2 inci halia*(*dikisar halus)

1 batang kayu manis

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

3 helai daun pandan, siat dan simpulkan

Segenggam daun ketumbar ( optional)

Segenggam bawang goreng

1/2 cawan gajus

1/2 cawan kismis

Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau takde boleh guna pewarna kuning biasa)

2 kiub ayam maggi

Garam secukup rasa

2 s/b rempah beriani - bancuh dgn sedikit air

Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna - biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.. Lebih kurang sukatannya 1:1.5

Cara-cara:

- Panaskan minyak sapi & planta dalam kuali...

- Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dgn daun pandan dan bahan2 kisar bersama rempah beriani tadi...Tumis hingga wangi...

-Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang...

-Masukkan kismis..Kacau rata...

- Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair...Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa)...Biarkan mendidih...

- Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa..Masak hingga nasi kering...

- Dengan menggunakan btg sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng...

- Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak...

- Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna kuning..Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2... Seelok2nya gunakan chop stick atau garfu..

- Boleh laa dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti kari daging,dalca,ayam masak merah, pajeri nenas,pencuk nenas,acar timun atau acar buah dan kurma ayam @ daging atau mengikut selera masing2....

________________________________________________

RESEPI GULAI KAMBING

*Tengok sini ๐Ÿ‘‰๐Ÿป


Bahan-bahan dan Cara-cara :

(500g daging kambing)

1.Tumis 1 sudu kecil campuran halba campur. (Cikgu lupa orang panggil apa. Ada jual dekat kedai)Diikuti dengan setangkai daun kari.

2.Kemudian masukkan bahan kisar di bawah sehingga wangi :

1 1/2 biji bawang merah saiz bola ping pong.

1 ulas kecil bawang putih

1 hiris nipis bulat serai

1 hiris nipis halia

1/2 hiris nipis lengkuas

3.Seterusnya, masukkan 3 sudu besar rempah kari + 1 sudu kecil serbuk cili Baba’s.

Tumis sehingga garing.

4.Tuang segelas air. Masukkan perasa peringkat pertama.

1/2 relung nisse@ 1/2 sudu besar gula melaka

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil gula

secubit dua serbuk perasa

5.Biarkan bahan tumis pecah minyak dalam api perlahan kira-kira 5-8 minit. Boleh tutup periuk. Kacau sesekali.

6.Barulah masukkan daging kambing.

7.Selepas daging mula empuk kira-kira satu jam, masukkan 1 senduk santan, diikuti satu cawan air. Kacau.

8.Tambah perasa peringkat kedua.

Garam, gula ikut citarasa sendiri.

9.Biarkan lagi kuah gulai mendidih dalam api perlahan. Masa kira-kira 6-8 minit sebelum ditutup apinya. Kacau sesekali.Siappp..

10.Padankan dengan ayam goreng.Perghh sedapnya sampai ke bintang.

11.Selamat mencuba.

Credit : Afy Al haibibi


SUP TULANG SIMPLE ~

BAHAN :

● 1 peket rempah sup - kecil

● 1/2 kilo tulang kambing/ lembu/Ayam-

dipotong mengikut suka.

( sis guna tulang kambing )

● 10 biji bawang merah lebih kurang - blend

● 1 inci halia - blend

● 5 ulas bawang putih - blend

● 2 batang serai - diketuk

● 1 inci lengkuas - blend

● Garam

● 1 batang lobak merah - potong cara yang disukai

● 2 biji kentang - potong cara tersendiri

● 1 ketul kiub ayam/lembu

● Air secukupnya

● Air asam jawa - agak ikut selera masing2

● Daun sup dan daun bawang untuk taburan/hiasan juga tomato ceri dan bawang goreng.

CARA :

1. Rebus tulang sehingga empuk.

2. Dikuali yang berlainan tumis bahan yang telah dikisar sehingha naik baunya.

3. Masukkan rempah sup. Tumis sehingga naik bau.

4. Setelah naik bau, masukkan ke dalam periuk rebusan tulang berserta kiub ayam/lembu

5. Masukkan pula ubi kentang dan lobak merah.

6. Masukkan pula garam dan air asam jawa.

7. Reneh sehingga sup menjadi pekat. SIAP!

~ SELAMAT MENCUBA ~


Daging Masak Kandar

1 kilo daging

20 ulas bwg kecil( dihiris)

Bhn yg perlu dibasuh dan direndam sampai kembang:-

1 sudu besar jintan putih

1 sudu besar jintan manis

1 btg kulit kayu manis

4 kuntum bunga lawang

7 buah pelaga

10 kuntum bunga cengkih

15 tangkai cili kering-direbus

2 labu bawang besar

1/2 labu bawang putih

2in halia(kesemua ini diblender bersama bhn yg direndam diatas)

***bhn2 yg rendam tu, nnti airnya tu blend sekali...jgn buang airnya..

1cwn sos tomato

1cwn kicap pekat

2 sudu besar kerisik

4-5 tangkai daun kari

gula, garam, kiub ayam/ daging

.

Cara2:

-Tumis bwg hiris dan daun kari hingga kekuningan

-masukkan bhn2 blender tumis hingga garing masukkan daging, kecilkn api biarkn sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.

-Kalau suka boleh ditambah bwg besar yg dipotong bulat masukkan diakhir sekali.

Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jgn terlalu garing.

-gula tu lebih sedap jika gunakan gula melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih..

.

Kredit: Adnil san.


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian


Resepi Daging Briyani


Bahan-Bahan:


1 kg daging lembu/kambing, dipotong

3 ulas bawang besar, dihiris nipis

3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak

4 sudu besar rempah briyani

1/2 cawan bawang goreng

1 senduk kecil tomato puree

3 biji tomato, dihiris

3 sudu besar serbuk badam

1/2 cawan tairu atau susu cair


Bahan untuk dikisar:


4 ulas bawang putih

2 inci halia

4 biji cili hijau

4 biji cili merah

Bahan untuk ditumis:

5 kuntum bunga cengkih

4 kuntum buah pelaga

1 batang kayu manis


Cara Penyediaan:


Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.

Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.

Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.

Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.


selamat mencuba ❤


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian


RESEPI SUP TULANG ALA THAI

.

1kg tulang

sup bunjut

4 sekawan

2 inci halia ( mayang)

(semua bhn blh boh lbh ikut suka ya .. agak2 je)

4 bawang putih ( mayang)

4 bawang merah ( mayang)

1 labu bawang besar ( potong weges)

2 btg serai ( ketuk)

1/2 inci lengkuas ( mayang )

15 bj lada hitam (d tumbuk) 15 bj lada putih (d tumbuk)

daun sup daun bawang..

cili padi (d ketuk)

garam aji @ scukup rasa

air limau nipis secukupnya..

nak boh carot tomato kentang btg salary... ikut slera...


Resepi ๐Ÿ‘‰ kliksini.top/Aneka-Resepi-Daging

.

Sumber : Tgkhuzanika

PESAMAH DAGING

Serious sedap!!! Xcuba rugi๐Ÿ˜ฌ


Bahan tumis:-


1/2 cawan minyak masak

1 sudu besar minyak sapi

3 ulas bawang merah - mayang

2 ulas bawang putih - mayang

3 cm halia - potong panjang nipis

1 btg kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

1 helai daun pandan -simpul

3 tangkai daun kari


Bahan mesin:-


2 labu besar bawang besar

5 ulas bawang putih

5 cm halia

1 sudu teh lada hitam


Bhn lain:


5 sudu besar rempah daging

Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung

1 cawan santan pekat

1 cwn susu cair

2 sudu mkn kerisek

Garam

Air asam jawa secukup rasa


Cara-caranya:-

1. Daging hendaklah digaulkan dengan bahan mesin, rempah daging, gula merah dan kerisek. Proses ni org panggil 'awas'...


2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan garing.


3. Masukkan daging yg digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masaklah sampai daging empuk dan betul2 pecah minyak. Part ini mmg ambil masa yg lama sikit..


4. Bila daging sudah empuk dan pecah minyak, masukkan santan dan susu cair. Masukkan

sekali air asam jawa dan garam secukup rasa.


5. Masak lagi dgn api perlahan sampai pecah minyak dan kuah jadi pekat ..Siap..


#UmmiZue

Nasi Kerabu Kelantan ๐Ÿ˜‹


Kali ni zie share Ayam Masak Briyani cara paling mudah dan sedap. Suka reneh ayam lama biar isi ayam lembut bila makan terus terlerai dimulut


Bahan-bahan:

๐ŸŒฟ1 ekor ½ ayam potong dan cuci bersih

jika suka goreng dahulu atau tak perlu goreng terpulang selera masing2 ya


Bahan kisar:

๐Ÿซ 7-8 biji bawang merah

๐Ÿซ 3 biji bawang besar

๐Ÿซ 4 biji bawang putih

๐Ÿซ 4 inci halia

Kisar asing: 15 tangkai cili kering yg telah direbus lembut (atau boleh terus guna cili boh)


Bahan rempah :

๐Ÿฅฌ 2 batang serai diketuk

๐Ÿฅฌ 1 helai daun pandan simpulkan

๐Ÿฅฌ 2 helai daun bay

๐Ÿฅฌ 2 sudu besar penuh rempah briyani

๐Ÿฅฌ 2 sudu besar serbuk cili

๐Ÿฅฌ 1 sudu besar serbuk ketumbar

๐Ÿฅฌ 1 sudu besar serbu kari ikan

๐Ÿฅฌ 1 sudu besar serbuk kari ayam

๐Ÿฅฌ 1 sudu besar serbuk lada putih

๐Ÿฅฌ 1 sudu kecil serbuk kunyit

๐Ÿฅฌ 5 sudu besar sos cili saji

๐Ÿฅฌ 4 biji buah tomato dipotong dadu

๐Ÿ€½ tin susu krimer sejat Saji

๐Ÿ€garam, gula, serbuk perasa secukup rasa

๐Ÿ€ Air mengikut pekat atau cair kuah yg disukai


Cara-cara:

๐Ÿ‘‰๐ŸปPanaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak sesekali kacau utk elak dari hangus

๐Ÿ‘‰๐ŸปMasukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak

๐Ÿ‘‰๐ŸปMasukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yg disukai. Perisakan dgn garam gula reneh hingga ayam masak. siap.


Kredit : Aisyah Humaira

NASI DAGING BERSAMA AIR ASAM KERISIK

Cara saya๐Ÿ‘‡


Bahan-Bahan:

1/2 kilo daging - dipotong kecil

1/2 kilo beras basmathi – bersih dan toskan

3 sudu butter

2 sudu minyak masak

1 paket rempah sup

1 ketul kiub daging lembu knorr

1 uncang sup bunjut

garam Dan perasa tambahan(ajinomoto)


Bahan tumis-

4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga (rempah menumis)

2 helai daun pandan(di simpul)

1 batang serai – diketuk

1 biji bawang besar – dihiris*

3 ulas di bawang putih – di hiris*

1 inci halia – di hiris*

Air secukupnya- ikut sukatan beras

.

Cara-Cara-

Sediakan periuk,masukkan butter Dan sikit minyak. tumis 4 sekawan, daun pandan dan halia,serai.masukkan semua bhn yg dihiris*

Masukkan rempah sup yg telah dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi dan garing.masukkan daging,serta air yang telah disukat dengan sukatan beras.setelah air mendidih, masukkan kiub daging dan garam secukupnya.(suaikan rasa)

Masukkan beras dan masak guna rice cooker untuk nasi masak sekata..

Bila nasi dh masak,gembur2 kan nasi guna garfu.boleh ambil daging yg ada dalam nasi untuk dicicah bersama air asam.atau biarkan saja dlm nasi tu. tabur bawang goreng Dan daun sup.sedia utk di nikmati.


Note-Daging beli daging yg lembut@ batang pinang.boleh terus masak.

Kalau daging biasa, rebus dulu berasingan dan air rebusan daging tu guna utk masak nasi daging.


.

AIR ASAM KERISIK


BHN KISAR

2 biji cili merah besar

10 biji cili api

1 biji tomato

1 inci belacan yg di bakar

air asam jawa secukupnya

1 paket kecil kerisik

5 sudu sos lemon (yakin)

3 sudu sos plum

gula & garam

.

BHN utk dihiris

1 biji Tomato

1 biji Bawang besar

5 biji Cili PADI merah/hijau


masukkan bhn KISAR ke dlm mangkuk

Campurkan bhn HIRIS.gaulkan..suaikan rasa.

Siap utk di makan bersama nasi daging.


Kredit: Eniza M. Salim

Kuah Sambal Tumis


Bahan bahan:

10 cili kering

3 ulas bwg merah

1 biji bwg besar

1/2 labu bwg putih

1/2 inci halia

200 gm santan pekat

3 batang serai - ketuk

2 keping asam keping

1 1/2 sb gula

2 sk garam bukit halus

2 sb budu

Minyak masak - agak banyak

Cara cara:

Kisar cili, bawang bawang dan halia.

Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota:

Kuah biar pekat dan masin sedikit.

Sambal Ikan


Bahan bahan:

1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar

7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk

5 ulas bawang merah

5 batang serai

2 1/2 sb gula

2 1/2 sk garam

Cara cara:

Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.

Sambal Cili

1/2 kg cili - basuh

Garam

Gula

Belacan

Asam jawa


Kisar kesemuanya.

Ulam ulaman

Kubis

Timun

Kacang panjang

Bunga kantan


Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.

Nasi

5 1/2 pot beras

Air secukupnya

Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)

Serai diketuk

Daun limau purut


Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

Resepi ayam madu bakar


Bahan2

Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe

Gula

Tos tiram

Madu

Sos cili

Cili kering

Bawang blnder


Kuantiti sy agak2 je.. Tpi mmg guna bhan2 kat ats je..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Bahan lain:

Keropok goreng

Telur masin

Bawang putih jeruk


kredit:nurul farhanim

๐Ÿ™Sotong Masak Thai๐Ÿ™☺️


Resepi

"Sotong Masak Thai,, "

*Bhn2*

Sotong stgh kilo

Bwg kecik 3 ulas

Bwg putih 2 ulas

Halia 1inci

Cili merah 2 biji

Cili padi 6 biji

Serai 2btg

Semua d atas tumbuk ya

Sedikit jus limau / 1cwn air asam jawa

Sedikit pati ayam knoss

Grm dgn gula

Sedikit santan

*Hiasan*

Sebiji bwg besar

Daun bwg(Di Hiris)

Cili padi 6 biji

Daun limau purut 5 helai


Cara2

Panas kan minyak... Masukkan bhn2 yg d tumbuk xd... Sampai pecah minyak masukkan Sotong.... Masukkan sedikit kunyit serbuk... Masak sampai kering,, Masukkan jus limau pati ayam knoss... Grm dgn gula... Masukkan sedikit santan... Agak2 nk kering.. Masukkan hiasan d atas...

Dh siap selamat mencuba๐Ÿ˜


kredit: siti fatimah


Siti Fatimah · April 23, 2021 ·

Assalamualaikum

Slmt ptg semua

Menu berbuka :☺

Sambal udg je

Resepi

๐Ÿฆ"Sambal udg"๐Ÿฆ

Bhn²

udg besar stgh kilo

cili kering 15 tangkai(rebus dulu)

sedikit belacan

2 btg serai

bwg kecik 4 ulas

bwg putih 2 ulas

(semua bhn di atas blend ya)

pati ayam knorr 1

sedikit gula & garam

air asam satu cwn(1)

stgh cwn santan

sebiji bwg besar utk hiasan

Cara²

tumiskan bhn² yg di blend xd...sampai pecah minyak... kemudian masukkan , air asam jawa , santan ,pati ayam garam dgn gula... masak sampai kuah pekat , kemudian masukkan udg...masak dlm 10 min , kemudian masukkan hiasan bwg besar...dh siap...blh dihidangkan☺ —


#resepimudah

#resepisimple

#Koleksiresepi

#resepiharian


RESEPI MI SUP DAGING


Bahan-bahan :

mi kuning

bwg putih 5 ulas- belah 2

tomato 2 biji, potong 4

cili api 1- dipotong

lada hitam kasar

sawi , dibersihkan & dipotong

daging- potong kecil


Cara-cara :

1.Tumis bwg putih hingga kekuningan, masukkan air 300 mls, daging, tomato n cili api dan garam. 2.Sedikit perencah tumix ayam. Biar sehingga mendidih & daging empuk. Masukkan mi kuning, sayur sawi, lada hitam.

3.Dah siap utk dimakan.

4.Selamat menjamu selera.


Credit : Azrimah Ahmad


Rahsia nasi lemak ๐Ÿš sedappp ๐Ÿ˜‹ & tahan lama ,sambal kick sampai jilat pinggan ๐Ÿ› resepi arwah mak ๐ŸŒน

.

Beras basmathi ๐Ÿš cuci & rendam dengan air garam 30 minit ( kalau nak guna beras biasa pun same je sukatan air + santan )

.

.

Cara masak nasi lemak ๐Ÿš๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ

Beras 4 pot kecil

Santan kotak 1 kotak / santan asli

Bawang besar hiris

Halba tabur sikit ( sampai keesokan hari tahan nasi lemak ๐Ÿš xbasi ๐Ÿ˜‹) maaf saya xsuka letak halia ☺️

Garam secubit

( Resepi ni sis halalkan pada yg ingin resepi nasi lemak ๐Ÿš๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ)

Sambal wajib berkilattt ๐Ÿ˜‹ pedass² manis

Bawang Besar 1 ๐ŸŒฐ

Bawang putih 4 ulas

Bawang kecik ๐Ÿค 3

Udang kering secubit

( Blender semua )

Cili Kering / cili giling instant puteri

Daun pandan untuk bau wangi masukkan je masa tengah tumis sambal

Gula Melaka hiris

Asam keping / air asam jawo

Tumiskan bahan blender sampai naik bau lepastu masukkan cili giling tumis sampai pecah minyak api kecik ๐Ÿค๐Ÿ”ฅ masukkan air asam / asam keping 1 & garam secubit, gula melaka & boleh tambah air sikit sampai berkilattt ๐Ÿ˜‹

Sis kalau beli nasi lemak mesti rasa sambal nye dulu ☺️ kadang² ada sambal nye xmasak ๐Ÿคข sakit perut tau so kalau nak berniaga nasi lemak ๐Ÿš sambal kene pandai masak ye ๐Ÿค— jangan kurang masak ๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ

.

Credit : Emy's Bootiqs


#resepimudah

#resepisimple

#Koleksiresepi

#resepiharian


Resepi Ayam Penyet❤️❤️


Bahan untuk rebusan Ayam ;

▪️1 ekor ayam fresh yg besar ( potong n cuci bersih toskan ) ketepikan

▪️Daun Salam / Bay leaf

▪️Serai titik

▪️Garam secukup rasa

▪️Serbuk pati ayam ( jika suka )


Kisar halus .

▪️Bawang merah

▪️Halia seinci

▪️Kunyit hidup seinci

▪️Lengkuas seinci


Caranya ;

▶️Panaskan minyak

▶️Masukkan serai titik ,daun salam serta bahan-bahan kisar tumis hingga naik baunya .

▶️Setelah itu masukkan ayam dan masukkan air sehingga ayam tenggelam, biar sehingga ayam masak .

▶️Bila ayam dah masak angkat,toskan dan celup kedlm bancuhan tepong dan goreng garing .Lepas tu ambil anak lesung lenyek2 kan ayam.


Bahan2 tepong untuk goreng ayam ,tempeh n tahu .

▪️1 cawan tpg beras

▪️1 tsp baking powder

▪️1 sudu kecil jintan manis tumbuk

▪️1 sudu kecil jintan putih tumbuk

▪️1 sudu kecil serbuk kunyit

▪️Lada hitam hancur

▪️Garam secukup rasa

▪️Serbuk pati ayam ( jika suka )

▪️Didlm mangkuk besar satukan bahan-bahan dan kacau sebati.

▪️Agak_agak bancuhan nampak pekat . Masukkan ayam gaul2 rata..biar resap ,lepas itu sebatikan tepong, goreng lah tempeh n tahu garing2 .


Bahan2 Untuk Sambal penyet :

▪️Lada merah & hijau

▪️Cili padi merah & hijau ( ikut kepedasan masing2 )

▪️Bawang merah kecil

▪️Tomato belah 4

▪️Belacan ( tak letak pun takpe )

▪️Kesemua bahan-bahan diatas digoreng terlebih dahulu dengan minyak ( jangan lah bnyk ) sehingga layu n naik baunya lepas tu ▪️masuk ke dlm mesin kisar tambah air sedikit dan kisar kasar bersama ikan bilis goreng yg digoreng terlebih dahulu .


Caranya;

▪️Tambah sedikit minyak ke dalam kuali dan masukkan bahan- kisar tumis hingga garing & naik minyak .

▪️Peraskan garam gula melaka atau gula tanjung sedikit aje dengan sedikit perahan jus limau kasturi ( jgn bnyk nanti masam pulak sambal tu )

▪️Kacau rata-rata dan biar seketika sehingga terbit minyaknya .


Untuk Sop Ayam ;

▪️3-4 ulas bawang putih

▪️Sedikit biji lada sulah

Kisar halus .


Caranya ;

▪️Panaskan minyak tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau .

▪️Setelah itu masukkan air secukupnya ( kalau nak letak kaki ayam ke ,isi ayam pun boleh rasa sedap sedikit sup tu )

▪️Perasakan garam dan kiub ayam jika suka biar mendidih.

▪️Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng .


SIAP DIHIDANGKAN bersama NASI PUTIH atau NASI AYAM . Salad ,timun ,tahu , tempeh dan jangan lupa ayam goreng & sambal bila makan mesti perah jus limau kasturi baru ada selera nak makan .


SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ™‚


Kredit: Rindiani Liana

Daging kambing masak pasamah❤respi ni arwah tok ajaq kami dulu2๐Ÿ˜Šmudahhh jaa masakkk pejam mata pon boley aihhhbb๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Respi cara arwah tok buat❤


Bahan

Kambing 2 kilo

Gempah daggin cap babas

Cili kering 10 tangkai*

Bawang besaq 5 biji*

Bawang kecik 10 *

Bawang putih 1 labu*

Halia 1 inci cikit*

Kas2 serbuk(1 sudu)

Gula melaka

Kerisik

Daun sup

Bawang bulat


Cara2


Goreng ke semua bahan2 yang wan tanda*sampai kuning, dah goreng bgi sejuk baru blder bahan2 ini


Kemudian ambik bahan2 yang blder 2 tuang dlm kuali dn masuk kan qempah dn kambing masak bgi naik waggi dlm masa 20 minit


Bila dah naik minyak n waggi..masuk kan kerisik,gula melaka,garam n air 1 cawan cikit,masak dlm 5 minit masukan daun sup n bawang bulat dalam 3 minit dah boley makan


Credit : Zakuan Laris


RENDANG DAGING NI MESTI BUAT jika anda penggemar rendang daging sebab sangat sangat sedap....


RESEPI RENDANG DAGING TUMIS


DAGING 1 1/2 kg@Ayam 1 ekor 1.4-1.7 kg

Resepinya sama juga seperti rendang rendang saya yang lain.

CUma bezanya rendang ini ditumis guna minyak 1 cawan. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji pelaga sampai harum. Pastu masukkan bawang putih 7 ,bawang merah 12, halia 3 inci, lengkuas 3 inci, serai 8 , cili mesin 3 sudu besar yang telah dikisar

Dah didih dan dah keluar minyak masukkan ayam atau daging.

Kacau lagi sampai separuh masak.

Masukkan serbuk jintan manjs, jintan putih, serbuk ketumbar, lada putih, lada hitam , garam , gula , serbuk perasa dan buah keras yang sudah ditumbuk halus

DAN

masukkan santan 400-500 gram

Kacau semuanya dan sebatikan.

Bila dah agak kuahnya kering sedikit masukkan hati lembu ( sebesar 3 jari saja)yang telah dihancurkan / dikisar halus ( hati direbus dulu).

penggunaan hati lembu dalam semua rendang saya adalah bertujuan untuk lebih menyedapkan lagi rasa rendang tersebut tapi jika tidak ada, tak perlu bubuh atau dimasukkan kedalam rendang anda itu. Tidak mengapa. Tetap sedap juga.

Gaul lagi.

Bila rendang daging dah masak sepenuhnya masukkan kerisik 150gram @ 6 sudu besar dan gaul semuanya supaya sebati.( kerisik mesti guna 6-7 sudu besar penuh untuk resepi ini sebab warna rendang dipengaruhi oleh warna kerisik). ( beli kerisik warna koko gelap)

Kacau lagi sampai rendang bertukar warna.

Dah siap


Credit : Ida Shahida



RESEPI SUP TULANG


Bahan-bahan :

1 kg tulang

sup bunjut

4 sekawan

2 inci halia ( mayang) ( semua bhn blh boh lbh ikut suka ya .. agak2 je)

bawang putih ( mayang)

bawang merah ( mayang)

1 labu bawang besar ( potong weges)

2 btg serai ( ketuk)

1/2 inci lengkuas ( mayang )

15 bj lada hitam (d tumbuk)

15 bj lada putih (d tumbuk)

daun sup daun bawang..

cili padi (d ketuk)

garam aji @ scukup rasa

air limau nipis secukupnya..

nak boh carot tomato kentang btg salary... ikut slera...


Cara-cara :

masukkan tulang ke dalam periuk... boh air...sup bunjut garam aji @ scukup rasa ... halia.. serai lengkuas rebus sampai glegak.... tumis 4 skawan.. wangi masukkan ke dlm kuah glegak td... ttup periuk..tumis bawang besar layu masukkam dlm periuk.. tumis bawang putih... wangi boh dlm kuah td ..tutp smula peiuk.. tumis bawang merah... wangi .. kekuningan.. boh dlm kuah td ( simpan sikit utk d boh semasa menghidang)...

boh lada hitam lada putih... dh empuk ( suka hati nk lembut mana).. boh air limau nipis ( akak suka boh terus nk mkn dh sesedap rasa... terpulang masing2 ya) .. rasa kn sesedap rasa... masam masin...


kredit : Tg Khuzanika

#bestmalaysiafoodviral



Mee Jawa Paling Sedap

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)

1/2 kg daging [rebus lembut dan hiris nipis]

300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)

2 tangkai daun bawang (dihiris)

5 biji cili merah (dihiris)

3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)

3 biji telur rebus (dibelah)

3 biji limau nipis (dibelah)

Sedikit bawang goreng

BAHAN KUAH

1/2 kg keledek (direbus & dikisar)

BAHAN MESIN HALUS

3 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

3 batang serai

Sedikit halia

sedikit lengkuas

100 gm udang kering

sedikit cili padi, jika suka pedas

2 sb cili kisar

3 sb serbuk kari daging

air rebusan daging

1 cawan air

Sedikit garam

Sedikit minyak masak

Sedikit gula

Cara Penyediaan :

1) Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing.

2) Masukkan air dan kacau.

3) Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.

4) Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.

5) Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Kredit : Azie Kitchen


Gulai Daging + Rebung ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹.. Ramai ke peminat rebung dekat sini..Kalau ade kite geng✌✌


KUETIAU KUNGFU


Bahan A :

1 cawan kuetiau

1 biji telur

Garam dan serbuk lada sulah secukupnya


Bahan B :

3 ulas bawang putih - diketuk

100gm isi ayam

2 ekor sotong - hiris

3-4 ekor udang

1/2 sudu teh serbuk lada sulah

Secubit serbuk lada hitam

Sedikit serbuk rempah sup

1 gelas air

Sedikit hirisan bunga kobis

Sedikit hirisan lobak merah

Sedikit hirisan sayur kailan

2 sudu makan putih telur

1 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan 5 sudu makan air

Gqram dan gula secukup rasa


1. Bilas kuetiau dgn air panas. Toskan dan masukkan ke dlm pinggan.


2. Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah, gaul sebati.


3. Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing, angkat.


4. Utk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga wangi.


5. Masukkan isi ayam goreng seketika kemudian masukkan sotong.


6. Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup kacau sebati.


7. Masukkan air dan hirisan bunga kobis. Masak hingg lembut. Boleh masukkan udang jika suka.


8. Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.


9. Bila rasa sudah cukup tuang putih telur dan kacau laju.


10. Masukkan kailan dan lobak merah biar seketika.


11. Padam api dan tuang dlm pinggan berisi kuetiau. Sedia utk dinikmati.


Kredit resepi & foto : Afy Al Habibi


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian

GULAI DAGING +REBUNG


BAHAN-BAHANNYA:

Daging - dibersih dan dihiris

Bawang merah - ditumbuk

Bawang putih- ditumbuk

Halia- ditumbuk

Rempah daging babas dicampur dgn sedikit air

Cili kisar

Kerisik

Pati santan

Asam keping/ air asam jawa

Sedikit air

Minyak utk menumis

Garam secukup rasa

Rebung- dihiris, kemudian rebus dgn sedikit garam. Rebus hingga lembut dan toskan


Bahan tumis:

Bawang merah- dihiris

Bawang putih- dihiris

Halia-dihiris

Rempah 4 sekawan serba sedikit 

Daun kari- sy x letak sbb xde..


CARA MEMASAK:

-Panaskan sedikit minyak masak dlm kuali.. masukkan bahan tumis, tumis sehingga naik bau..

-Kemudian masukkan bahan tumbuk bersama serbuk kari, kerisik dan cili kisar...masak sampai agak pecah minyak..

-masukkan daging, gaul bersama rempah, gaul bg rata..biarkan seketika

-masukkan pati santan, asam keping dan air secukupnya.. kacau rata. Masak sampai daging empuk.. Masa ni blhlah dimasukkan rebung sekali...

-Perasakan dgn garam dan secukup rasa.. tunggu hingga kuah pekat... siap..


*Sy masak main agak2 jer... xde sukatan...


Kredit : Juma Natull‎


RESEPI WAJIK TURUN TEMURUN

(PULUT KACAU )


๐Ÿ’„BAHAN - BAHAN


❤1kg beras pulut

❤1kg gula merah

❤2 cawan gula putih

❤Santan secukup lemak

(selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit)

❤Daun pandan


๐Ÿ’„Cara-cara

๐Ÿ‘‰๐ŸปBeras pulut direndam 4-5jam

Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan


๐Ÿ‘‰๐ŸปMasak gula merah dan tapis dahulu

๐Ÿ‘‰๐Ÿปkemudian masukkan gula putih

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Masukkan santan & daun pandan


๐Ÿ’„Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi


๐Ÿ‘‰๐Ÿป Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat

(mcm meletop2 gitu ๐Ÿ˜†)


๐Ÿ’„Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik


๐Ÿ’„Tutup api dan masukkan dalam bekas


Siap!

.




Kredit resepi ini kpd Fyza Eky



RESEPI MEE GORENG DAGING ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ


Bahan²


1 bungkus mee kuning


2 sdb cili kisar


1/2 labu bawang besar


3 ulas bawang putih


200 gm daging hiris nipis


1 inci halia - dihiris halus


1 pokok sawi


1/2 batang carrot- potong jejari


2 sdb sos tiram


3 sdb sos cili


3 sdb kicap pekat


1 kuib daging


1 sdb lada hitam serbuk


1/2 cawan air


Minyak utk menumis


Cara²


1. Panaskan minyak tumiskan bawang putih bawang besar yg ditumbuk hingga wangi.


2. Masukkan cili kisar, masak hingga garing dan masukkan daging. Masuk sedikit air dan biarkan daging empuk.


4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, kiub daging, gula dan sedikit saja garam. Biarkan merenih sebentar.


5. Masukkan mee yang sudah dibasuh dan ditos, carrot dan sawi.


6. Masukkan 1/2 cawan air supaya mee lembut dan mesra dengan sos. Gaul rata dan masak hingga nampak mee lembut.


7. Siap boleh dihidang dengan taburan bawang goreng dan taburan daun sup


Kredit rosmaliza omar


#resepimudah

#resepisimple

#Koleksiresepi

#resepiharian


1st time makan kengsom ikan siakap. Sedap rupanya.

Resepi kengsom siakap

#masakcarasaya


BAHAN-BAHAN:


1 ekor ikan siakap –

3 tangkai cili merah – buang biji (*)

Beberapa biji cili api (*) - letak 2 biji je. Anak2 tak berapa makan pedas

1 sk serbuk kunyit (saya tak beli kunyit hidup)

1 biji bawang merah besar (*)

4 ulas bawang putih (*)

1 batang serai (*)

1 inci belacan (*)

Air asam jawa secukup rasa

1 biji tomato - belah 6

1 biji limau nipis – ambil jus

Nanas masak secukupnya

Kangkung secukupnya


CARA MEMASAK

- Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk.

- Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.

- Masukkan hirisan nanas.

- Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.

- Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.

- Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

- Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.


kredit : Nina Mahdar



Resepi Kerang Masak Kam Heong


500 gram kerang (rebus sekejap je, kopek sebelah)

5 ulang bawang putih-tumbuk

5 ulas bawang merah-tumbuk

2 tangkai daun kari

8 biji cili padi, ketuk sikit (ikut suka byk mana, nk pedas, letak lebih sikit)

2 sudu besar udang kering (rendam sekejap dan tumbuk)

Minyak sedikit untuk menumis


Bahan kuah (bancuh semua bahan)


2 sudu besar serbuk kari

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat (blh ganti kicap biasa)

1 sudu besar kicap cair

Garam, air


Cara masak


Panaskan minyak, tumis daun kari, cili padi, bwg merah dan bawang putih sampai naik bau.


Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Kacau sebati.


Masukkan bahan kuah (rempah kari, sos tiram dan kicap). Kacau rata. Dah sebati,


masukkan kerang, masukkan air (jgn byk sgt air, cair sangat tak sedap). Perasakan dgn garam & gula. Siap.


Kredit : Yan akif



sup kaki ayam/ ayam☘️


kaki ayam@ ayam.. ( separuh..@ kaki agak2 la)..

sup bunjut

4 sekawan

1@2 inci halia ( mayang)

bawang putih ( mayang)

bawang merah ( mayang)

6 bj lada hitam (d tumbuk)

6 bj lada putih (d tumbuk)

daun sup daun bawang..

cili padi (d ketuk)

garam aji @ scukup rasa

air limau nipis secukupnya..

nak boh carot tomato kentang btg salary... ikut slera...

☘️ masukkan kaki ayam @ ayam ke dalam periuk... boh air...sup bunjut garam aji @ scukup rasa ... halia.. rebus sampai glegak.... tumis 4 skawan.. wangi masukkan ke dlm kuah glegak td... ttup periuk.. tumis bawang putih... wangi boh dlm kuah td ..tutp smula peiuk.. tumis bawang merah... wangi .. kekuningan.. boh dlm kuah td ( simpan sikit utk d boh semasa menghidang)...

boh lada hitam lada putih... dh empuk ( suka hati nk lembut mana).. boh air limau nipis ( akak suka boh terus nk mkn dh sesedap rasa... terpulang masing2 ya) .. rasa kn sesedap rasa... masam masin...

☘️bytgkhuzanika๐Ÿ˜˜☘️☘️


Kredit Resepi : tg khuzanika


RESEPI NASI GORENG USA


Bahan Nasi Goreng :

2 pot Beras (tanak seperti biasa)

Isi ayam, daging, udang atau sotong (mn2)

4 ulas Bawang Putih (dicincang)

1 ulas Bawang Merah (dicincang)

3 sb Cili Kisar (nak pedas letak lebih)

1 sb Sos Tiram

1 sb Sos Cili

1 kiub Ayam

Sayur; karot, kacang pjg @ sayur campur

Garam dan perasa secukupnya


Bahan Daging Masak Merah :

1/2 kilo Daging (rebus bersama sedikit pewarna merah hingga empuk)

3 ulas Bawang Putih (diketuk)

1 biji Bawang Besar (dihiris kasar)

1 hiris nipis Halia ( biarkan gitu tanpa diketuk )

2 sb Cili Kisar

3 sb Sos Cili

2 sb Sos Tomato

1 sb Sos Tiram

1 sk Sos Ikan

2 helai Daun Limau Purut

4,5 biji Cili Api (diketuk)

1 sk Tepung Jagung (dibancuh 1 cwn air rebusan daging)

Garam dan gula secukupnya

Sayur; bunga kobis, karot, kacang panjang


kredit : Ellyin Tan

#bestmalaysiafoodviral


SOTONG SUMBAT SWEET SOUR


Bahan-bahan:

6 ekor sotong sederhana besar

250gm isi udang cincang

3 batang crab stick - cincang halus

50gm serbuk roti (breadcrumbs)

1 biji telur ayam

1/2 labu bawang besar - cincang halus

sedikit garam dan serbuk lada sulah

.

Sos Masam Manis:

4 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar kicap cair

1 biji tomato - potong dadu

1 hiris nenas - potong dadu

2 tangkai cili merah - cincang kasar

2 ulas bawang putih - cincang

1 hiris halia - cincang

1 sudu besar gula

sedikit air

Tomato cerry dan daun bawang untuk hiasan

.

Cara-cara :


1. Bersihkan sotong, buang kulit hitamnya dan asingkan kepalanya.

2. Satukan isi udang, crabstick, bawang, serbuk roti dan telur. Gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.

3. Masukkan inti ke dalam badan sotong hingga padat. Tutup dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya tidak terbuka.

4. Kukus di dalam pengukus yang di panaskan dahulu hingga masak. Angkat dan kelarkan badan sotong.

5. Untuk sos masam manis, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili cincang, tomato dadu dan nenas. Gaul sebentar dan masukkan sos cili, sos tomato, gula dan kicap cair. Jika pekat tambahkan sedikit air.

6. Masukkan sotong yang di kelar tadi, gaul bersama sosnya hingga rata. Masak sebentar 2-3minit.

7. Masukkan ke dalam pingan dan hias dengan tomato cerry dan daun bawang.


Kredit: resepi kampung bonda

Perkongsian Page Rasmi Chef Fazalina


Ni hakak sedekahkan balik resepi yg dah hakak sedekahkan dulu..pasni komer salin dlm buku resepi komer..simpan elok2..


RESEPI KEK BUAH KUKUS


Bahan A

1 1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air panas

250g (1buku) butter

3 cawan mix fruit 


- panaskn gula dlm kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)

- masukkn air panas perlahan2 dan masak semula hingga gula larut.

- masukkn butter dan kacau hingga butter cair.

- masuk pula mix fruit,masak hingga mendidih 

angkat dan biarkan sejuk.


Bahan B

300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)

2 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat

1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)


- ayak bahan2 3 kali

- masukkn ke dlm adunan A sikit2 sambil dikacau hingga rata.


Bahan C

3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)

1 sudu teh esen vanilla


- pukul telur hingga kembang berbuih,masuk dlm adunan tadi dan kacau hingga rata.

- boleh tambah 2 sb sunquick jika suka.

- tuang adunan dlm loyang yg telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik,sapu minyak shj)

- tutup loyang dgn plastik supaya wap dr penutup kukusan tak jatuh atas kek,boleh juga balut penutup kukusan dgn kain.

- pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.

- kukus kek selama 2 jam.


Sejam yg pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.


- bila kek dah masak,tutup api,buka penutup dan biarkn kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dlm kek x turun ke bawah)

-tunggu sejuk baru potong.


SELAMAT MENCUBA


Credit : Maz Abdul


PULUT KACAU TRADISI

════•❁๐ŸŒธ⚘๐ŸŒผ❁•════

✅1 kg beras pulut rendam 4 jam

✅1 kg gula merah @ gula melaka.. anggaran 2 ketul

✅2 cwn gula pasir (blh kurangkn jika tksuka manis)

✅kelapa sebiji besar kecil 2 biji (perah jadikn 5 cwn)

✅daun pandan. 

✅garam secukup rasa.


caranya

kukus pulut sehingga masak.

1)masukkn santan pekat anggaran 5 cawan.

2)masukkn gula merah/gula pasir yg dh bancuh dan tapis

3)masukkn daun pandan dan garam.. masak sehingga pekat dn agak likat.. masuk kn pulut dan kacau sehingga dia betul2 mesra dn likat semula

Siap utk dihidang


Kredit:

Foto rosalinda

Resepi by mak teh shima


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian


Resepi Set Nasi Minyak


Nasi minyak ramai orang suka makan tiap Kali kenduri,mesti rindukan NK makan nasi minyak..,malah,sekarang musim PKP,kenduri pula perlu ditangguhkan,Yang teringin Nak makan nasi

minyak..boleh la Cuba masak dirumah,saya sertakan RESEPI NASI MINYAK & DAGING MASAK HITAM & ACAR TUMIS


๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿณ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐ŸณBeras basmati 5 pot

Susu Cair =1 cawan

Bawang merah 5 biji dihiris halus

Bawang putih 3 biji dihiris halus

Halia 2cm dihiris/atau ditumbuk

Serai 1 batang (dikatok)

Bunga lawang 1 biji

Buah pelaga 3 biji

Kayu Manis 1 batang kecil

Bunga cengkih 3 biji

Minyak sapi 2@3 sudu besar

Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(hujung sudu)

Garam Dan serbuk perasa(agak2)


✨✨rendamkan beras basmati selama 30-45 minit Dan toskan

P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air


๐Ÿ‘ฉ๐Ÿผ‍๐Ÿณ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿณ๐ŸRESEPI DAGING MASAK HITAM๐Ÿ„

Bahan bahan

1 kg daging(direbus sehingga empuk)

Kacang peas Dalam tin 4@5 sudu besar(jika suka)

Kismis 1 kotak kismiss @ 4 sudu besar

½botol kecil kicap Manis(cap kipas udang saya Guna)

1 batang serai dikatok

Daun kari 2 batang

1 sudu besar air asam jawa

2 biji bawang besar dihiris halus

2 sudu besar Serbuk Kari daging

1 sudu besar serbuk sup

1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih

Gula pasir@gula Melaka 3 sudu besar

Garam Dan serbuk perasa

Minyak masak untuk menumis

Air rebusan daging 4 senduk


Bahan Kisar:

5 batang batang serai

10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas

Halia sebesar ibu jari

20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar

4 biji buah keras

10 biji bawang putih


Caranya

1)panaskan minyak,Dan masukkan daun kari, serai,bawang Yang dihiris,Bunga lawang,buah pelaga,Bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga Naik bau atau sedikit kekuningan

2.masukkan bahan Yang dikisar Dan masak sehingga pecah minyak Dan masak

3.apabila Sudah pecah minyak,masukkan serbuk Kari,Dan serbuk sup.(masak seketika)

4.masukkan air asam jawa 1 sudu besar

5.masukkan kicap Manis Dan air rebusan daging(4 senduk) Dan masukkan sekali daging Yang telah direbus

6.masukkan kismis ,kacang peas Dan masakkn agak sedikit kering ..(Kalo suka.berkuah Pon tak pe)

7.perasakan dengan gula melaka,gula putih,garam,Dan serbuk perasa(Rasakan secukup rasa Yang dimahukan)

8.siap dihidang...


๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿณ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐ŸณRESEPI ACAR TIMUN BERTUMIS

Timun 1 biji(dipotong)

Lobak merah 1 biji(dipotong)

Bawang kecil 15 biji

Bawang putih 15 biji

Halia 2 cm dihiris halus2

Biji sawi 1 sudu besar

Cili kisar 3 sudu besar

Rempah Kari ikan 1 sudu besar

Gula melaka 1 sudu besar

Gula putih 1 sudu besar

Kismis 2 sudu besar

2 sudu besar cuka

Garam(agak

Serbuk perasa

Daun kari 1 batang

Minyak masak 3 sudu besar


Caranya

1.panaskan minyak masak,Dan masukkan biji sawi dam daun kari

2.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak,

3.Masukkan serbuk Kari Dan masak seketika

4.masukkan ,halia,bawang kecil Dan bawang putih,masak sehingga lembut(API perlahan)

5.apabila Sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa,Dan kismis...

6.masukkan lobak merah Dan timun..masak lembut sehingga masak ..

P/s=sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam ,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur,..atau ikut Yang disukai๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Resepi: Nurul Ateekah



#resepi Air Asam Kerang

Rebus dulu kerang letak serai dan bawang garam sikit..

Air asam

Bawang merah hiris

Tomatao hiris

Cili padi hiris

Asam jawa pakai air rebusan kerang tadi

Belacan

Buh gula

Daun ketumbar

Siappp

Kredit: Sarah Zsazsarina Johari


Roti Telor Cheese Bakar


Bahan-bahan:

* 4 biji telur

* 2 sudu besar planta

* Serbuk lada putih

* Lada hitam kasar

* Mushroom seasoning

* 1 sudu kecil mayonis

* Kepingan cheese


Cara-cara:

1. Rebus 4 biji telor kemudian kupas kulit telor dan masukkan dalam mangkuk, lenyekkan dengan garfu.

2. Masukkan planta, serbuk lada putih, lada hitam kasar (black pepper coarse), musroom seasoning, dan mayonis. Gaul semua sehingga sebati

3. Ambil roti, letak cheese sekeping dan sapu planta di bahagian luar roti

4. Grill atas non-stick kuali, jangan letak minyak ke apa2, pusingkan sampai roti tu garing.

5. Angkat. Potong tepi roti dan belah tengah. Makan panas2!


Kredit: Yatiekitchen


DAGING BAKAR THAI*


*bahan perapan daging*

-kicap manis

-sos tiram

-lada hitam ditumbuk

-sos ikan(nampla)

-gula perang@madu@gula biase

-minyak

-daging(di cucuk² dgn garfu dlu..lagi syok yg ade lemak² nye tu,ikut la suke bhgian dgg yg mana pn)

*Sbb sy sendiri pn tak tau daging tu bahagian yg mana..hehe


#gaul dan perap semua bahan selama 3jam..tapi sy buat semalaman.

Sukatan agak² la ye..ikut banyak mana daging tu.

Bakar jangan terlalu lama ye..nt keras pulak daging tu..saya bkar guna arang..bukan oven..tp tinggikan dr bara utk bg dgg elok masak sekata smpai ke dlam..


*BAHAN SOS*

-3sd sos ikan(nampla)

-gula perang@gula biase

-chili flakes(sy guna cili kering yg digoreng sendiri n di tumbuk)

-sedikit air

-limau kasturi

-air asam jawa(tambh sendri sebab nk nmpk lg pekat)

-perasa

-daun ketumbar hiris

-bwg kecil hiris

-sedikit beras yg da digreng tnpa minyak hingga kekuningan/perang n tmbuk halus


#sebatikan n seimbangkan rasenya semua then siap ๐Ÿ˜Š


#resepiadeq


Kredit: Koleksi Resepi Sedap


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian


Stew ayam lagi. Memang fevret pakdin. Buat hari hari pun takpa.


Simple kali ni mak cedok resepi dari gugel :


Ayam potong kecik kecik

1 biji bawang holland dihiris

2 biji bawang putih diketuk

1 inci halia dihiris halus

Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga


Tumis semua tu sampai wangi. Then masukkan :


1 sudu sos tiram

1 sudu kicap manis

1 sudu sos tomato

1 sudu lada hitam ditumbuk

Air sedikit jika perlu


Korang boleh tambah sukatan sos tu ikut sesuai rasa. Kalau nak lagi umph boleh buat 2 ke 3 sudu camtu.


Gaul kejap baru masukkan ayam dan renihkan sebentar sampai ayam lembut separuh.


Lepas tu masukkan :


1 biji kentang dipotong dadu

1 biji lobak merak dipotong dadu

1 kiub ayam

Garam gula secukup rasa

Air sedikit ikut nak kuah banyak mana


Bila kentang lobak dah empuk, masukkan tomato dibelah empat, cili padi dipatah dua dan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.


Haaa dah pun siap. Boleh la tabur daun bawang daun sup masa menghidang. Sedap weyh. Wajib try no. Kompem korang hirup sampai ke titisan kuah yang terakhir gituu.


So selamat mencuba!

.

Kredit : ciktun


Assalamualaikum selamat Berpuasa ...


SUP DAGING TUMIS DARAT

By Chef Fazalina Ismail


Bahan A

1 kg daging campur tukang rusuk pun cantik- daging potong jangan nipis sgt 

4 biji bunga lawang

1 batang serai ketuk

5 sdm rempah sup 

1 bungkus sup bunjut

Air secukup nya


Bahan B

1 batang celery - hiris

1 biji tomato buah - dadu

1 labu bawang besar - hiris

1/2 sdm Perencah Maggi seCukup Rasa

Garam ikut selera

1 keping Asam Keping 


Bahan Tumis Darat

7 biji bawang merah -hiris

5 ulas bawang putih -hiris

1 batang Kulit kayu dan 

Sedikit minyak canola


Bahan Sampingan

Daun sup hiris

Limau nipis

Sambal kicap 


Caranya:

1) Mula2 satukan kesemua bahan A dalam periuk dan masakkan hingga daging empuk. Kalau air kurang tambah.

2) Bila daging sudah empuk, Masukkan bahan B. 

3) Sementara sup tengah mendidih bolehlah Panaskan minyak dan tumiskan bahan Tumis Darat. 

4) Bila bawang sudah gareng, tutup api tuang kesemua bahan Tumis kedalam periuk sup dan cepat2 tutup tudung periuk dan tutup api. Biarkan dalam dalam 10 minit gitu.

5) Kemudian buka tudung periuk dan kacau rata. Hidangkan dengan menaburkan daun sup dan perah asam limau. Sedap dimakan dengan sambal kicap.


Selamat Mencuba


KARI SARDIN KEGEMARAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ


Bahan-bahan:

- 1 tin sardin

- 2 biji bawang besar (Hiris)

- 2 ulas bawang putih (Hiris)

- 2 sudu besar cili boh

- 2 sudu besar rempah kari (Saya guna Adabi)

- Garam

- 1 sudu kecil halba campur

- Air asam jawa

- Nisan kerek/gula melaka

- Kentang (Hiris nipis)

- 1 tangkai daun kari

- Kacang bendi

- Cili besar


Cara-cara:

1) Goreng kentang separuh masak. Ketepikan.

2) Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, daun kari, dan halba campur hingga wangi.

3) Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga masak.

4) Kemudian masukkan rempah kari dan air asam jawa. Kalau suka berkuah, masukkan sedikit air. Biarkan mendidih.

5) Bila dah mendidih, masukkan ikan sardin beserta sosnya. Kacau-kacau kejap.

6) Perasakan dengan garam dan nisan kerek/gula melaka.

7) Masukkan kacang bendi dan cili besar dan perlahankan api dapur. Reneh kejap hingga terbit minyak.

8) Akhir sekali, masukkan kentang yang telah digoreng tadi, kacau kejap dah boleh tutup api dapur.

9) Sedia dihidang.


Duo mantap dia semestinya telur dadar. Tak dinafikan lagi!


#karisardin


Sumber : Siti nor hidayah



RESEPI UDANG MASAK DIRAJA


Bahan-bahan dikisar:-

4 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

4 tangkai cili kering

2 inci lengkuas

1 inci halia


Bahan-bahan:

2 batang serai diketuk

1kpg asam

1/2 sudu serbuk kunyit

1 sudu gula

1/2 sudu garam

1 cawan santan pekat


Cara-cara:

1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang

2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau

3. Masukkan serai ketuk

4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan

5. Masukkan santan pekat + serbuk kunyit + asam keping +

6. Perasakan dengan garam + gula + pak aji kalau suka

7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang


kredit resepi kepada Aryati Sarah via (MAHN)

No comments:

Post a Comment