PULUT KACAU TRADISI
════•❁🌸⚘🌼❁•════
✅1 kg beras pulut rendam 4 jam
✅1 kg gula merah @ gula melaka.. anggaran 2 ketul
✅2 cwn gula pasir (blh kurangkn jika tksuka manis)
✅kelapa sebiji besar kecil 2 biji (perah jadikn 5 cwn)
✅daun pandan.
✅garam secukup rasa.
caranya
kukus pulut sehingga masak.
1)masukkn santan pekat anggaran 5 cawan.
2)masukkn gula merah/gula pasir yg dh bancuh dan tapis
3)masukkn daun pandan dan garam.. masak sehingga pekat dn agak likat.. masuk kn pulut dan kacau sehingga dia betul2 mesra dn likat semula
Siap utk dihidang
Kredit:
Foto rosalinda
Resepi by mak teh shima
#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian.
Patut pun viral.. sedap giler, resepi ni asyik lalu kat wall je, hari ni baru berkesempatan nk mencuba,ingat nk mkn mlm nnti tapi dh tk sabar.. lepas siap masak petang tadi terus mkn, saya padankan dengan ikan belah belakang..encik suami puji melambung😂😂dia dh request suruh buat raya haji nnti nk mkn dengan ketupat.
Terimakasih yg bagi resepi ni.Saya copy paste balik resepi ni ye
Kredit: Nurul Ateekah
••••••••••••••••••••••••
Tok laki suka sangat mkn ni..aritu pergi jemputan ada wajik ni..amik sepotong..sedap..nk amik lagi..segan..😅..arini gigih sis buat..harap2 menjdi..tok laki suka..kata sedap..beranilah dia ckp tak sedap..😝
Nii saya edit resepi..guna cawan..
4 cawan pulut
5 cawan santan..sis guna santan kotak..jee..malas ni gi kedai beli kelapa bji..😁
4 cwn gula merah(masak dng 1 cwn air da tapiskn)
1 cawan gula pasir..ikut masing2 yea..nk manis ke idok..
Pulut rendam 3 .. 4 jam dn kukus 25..30 minit kemudian ketepikn dulu
Masak gula merah, tapiskan..sediakn kuali besar skit..senang nk mengacau..letak balik gula merah tadi ..masukn gula pasir ..santan ..garam sdikit....sis suka lbih kan santan skit biar lemak2 skit..kacau sampai didih..likat..masukan pulut tadi..kacau..sampai sampai pulut serata..pekat..
Siappppp..
Credit : Zailah Ismail
#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian
Sagu Gula Melaka
Bahan -bahan :-
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )
2 sudu gula Merah
1 ketul gula Melaka
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung krimer, cendol, Kacang merah
Cara - cara
Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air masak.
Untuk kuah,
Masak gula merah, gula Melaka, daun pandan, garam. Biarkan masak seketika.sejukkan.
Tuang dalam bekas..
Kemudian cedokkan sagu
Siram susu cair
Hiaskan dengan jagung krimer, cendol dan Kacang merah
*TIPS SAGU*
-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
-Cuci sagu pada air masak & masukkan ke dalam bekas berisi air masak supaya tidak melekat.
-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
Kuih serabai + kuah lemak manis
1 cawan nasi sejuk + 1 cawan air dan blend
2 cawan tepung beras
1/4 cawan gula
1 sudu teh mauripan
1 sudu teh garam
1/2 cawan air suam
1/2 cawan santan
Resepi kuah sy agak2 je bahan2,xde sukatan tepat..
Santan lebib kurang 2 cawan,gula melaka,tepung gandum dalam 2sudu,garam sikit..gaul sebati dan masak atas api perlahan smpi pekat yg kita nak..
Campur semua bahan n gaul sebati,perap 2jam.. sapu kuali atau pan dengan minyak,tuang 1 senduk n tutup dengan tudung periuk smpi masak,terbalikkan..
Kredit : Imah Akmal
#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian
RESEPI TELUR BUMBU KUNING PEDAS(INDONESIA)
BAHAN-BAHAN:
Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit )
Serai 1 batang ( dikatok )
Lengkuas 3 cm dihiris
Tomato ( dibelah )
2 helai Daun limau purut ( dihiris )
1 helai Daun kunyit ( dihiris )
Santan fresh 700ml
Serbuk perasa
Garam
1-1½ cawan minyak
Bawang besar 1-2 biji ✨
Bawang putih 4 ulas ✨
Halia 3cm ✨
Kunyit hidup 3cm✨
Cili hijau 3 batang ✨
Cili padi hijau 10 batang ✨
Cili kering 7-10batang ✨
P/S = • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .
• Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda ✨
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur . ( Pastikan minyak betul2 panas ) dan masukkan telur , Goreng sehingga 1-2 minit ,. ATAU kulit telur diluar sedikit garing . Angkat dan ketepikan .
2. Gunakan minyak yg sama , tumis bahan yg telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering .
3. Masukkan santan ( API perlahan ) dan Gaulkan Dan masak sehingga sedikit kering
4. Kemudian,Masukkan serai , lengkuas , cili padi hijau , tomato , daun limau purut dan daun kunyit . Kemudian Gaulkan sehingga kering Dan pecah minyak
5. Masukkan garam dan serbuk perasa . Gaulkan rata
6 . Masukkan telur yg telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika .
7. Angkat dan siap untuk dihidang .
Nor Haya
Nak resipi masakan yang lebih padu bole check sini https://klik.vip/Aneka-Resipi-Masakan
Resepi 👇👇👇👇
Mee goreng ala kodai mamak
Bahan2:
1 bungkus mee kuning
3sb cilikering blend ( yg da blend dgn bwg merah)
3 ulas bwg putih ketuk
Hirisan cucur udang/bwg @ cucur sayur (ikut lah nk byak mana)
4sb kicap manis
2sb sos tiram
2sb cili sos
1sk kicap pekat
Sedikit tauge
Sedikit daun kucai
2 biji telur ayam
Minyak unk mengoreng
Cara2nya:
Panaskan minyak masak
Tumiskan cili blend , masukkan bwg putih..
Goreng sampai garing
Masukkn segala sos dan kicap..
Masukkn mee dan cucur ( kueh )
Gaul sebati...
Tolak mee ketepi..masukkn telur..
Pecah2kn telur tu...baru gaul dgn mee
Last masukkn tauge dan kucai..
Gaul serata..rasakan lah garamnya..
Uwan tk letak dah garam...
Kalau kuat masin..tambahlah maggi cukup rasa sikit..
♡♡♡Siap unk dihidangkan...♡♡♡
Kredit: Nolly Epin
RAHSIA MEE GORENG MAMAK SETANDING KEDAI🍝
Bahan2👇
5-7sb cili kisar (ikut tahap pedas yg kita nak)
4 ulas bwg putih (kisar)
1 biji bwg besar (kisar)
4 biji telur
fishball
4 ketul dada ayam (ptg dadu)
2 bungkus mee telur (gardenia)
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap manis pedas (rujuk video)
kicap manis
Cara Penyediaan👇
goreng dada2 ayam & fishball dh keperangan angkt & toskan
tumis bhn2 kisar hingga pecah minyak & warna lada bertukar gelap (rujuk video)
pecahkan 4 biji telur biar skjp & perlahan2 gaul sebati
masukkn mee, kicap manis,kicap pedas, sos cili,sos tomato (semua sos2 ni agak2 je ikut bnyk mana mee dlm 3@4 sb dh memadai
masukkn dada2 ayam & fishball yg tlh digoreng..gaul sebati siap🤗
Resepi mudah dan sedap di t.me/MasakKeHariNi
Resepi mee udang simple
Mee kuning secukupnya
Udang secukupnya,
kepala udang(direbus utk jadikan stok)
Cili kering segenggam(ikut selera pedas masing2)
Bawang putih 3ulas
Halia sikit
Bawang merah 8 biji
Udang kering 1 mangkuk kecil.
Sebiji kentang
2 biji keledek
hiasan:
Sawi
daun bawang
bawang goreng
telur
limau nipis
Cili hijau
Cara:
Rebus kepala udang,dptkan 1 mangkuk sederhana stok udang ketepikan.
rebus kentang dan keledek,blend halus dan ketepikan.
Kisar semua bahan bertanda tumis hingga naik bau..masukkan stok udang..masak lagi hingga didih..
tambah garam ckit,gula ckit,gula melaka dan cukup rasa..masuk keledek n kentang blend td.tmbah air jika perlu.
Dah didih baru masukkn udang dan siap.
Kredit Resepi : Mira Edora
Resepi mudah dan sedap di t.me/MasakKeHariNi
Kuetiau Sup Chinese Style
Kuetiau – celur dengan air panas
Bahan Sup:
* Bawang putih
* 4 cawan Air
* Fish ball
* Fish cake
* Sayur
* 1 ketul Kiub ayam
Cara-cara:
1. Tumis bawang putih kemudian masukkan air secukupnya, ikut nak banyak mana kuah sup tu nanti
2. Masukkan fish ball, fish cake dan kiub ayam
3. Bila dah mendidih, masukkan sayur
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Kalau ada minyak bijan, boleh masukkan sikit, nanti kuah tu wangi je
Minyak Bawang Putih:
* 1 labu Bawang putih – dipotong dadu
* Minyak secukupnya
Caranya: Tumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup ye. Dah perang boleh angkat
Cili Kicap:
* Kicap cair
* Kicap manis
* Minyak bijan
* Cili potong
Caranya: Campurkan saja semua bahan
Kredit: Nur Habibah Yapani
Soto johor style sy..mee bihun nasi impit.. 😋
1.blend lumat bawang merah + bawang putih + halia + lengkuas sedikit saja..
2.tumis bahan yg diblend tadi + kulit kayu manis + serai ketuk.. Sampai naik bau n garing..
3.masukkan serbuk ketumbar sedikit + serbuk jintan manis sedikit.. Nak sedap.. Beli yg biji..sangai..blender kering..(kalau malas beli je yg dah siap settle)
4.masukkan perencah soto brand adad ( paket hijau )
5. Kacau bagi rata..
6.masukkan air + ayam (terpulang nak rebus skli dlm kuah atau goreng)
7.perasakan dgn garam dan serbuk perasa..
Sambal kicap
Cili padi + bwg goreng + bawang putih + kicap manis atau lemak manis + cuka sedikit (xletak cuka pon xpe) tak perlu tambah air..
Sediakan dgn perhiasaan dia kalau ada bergedil lg padu.. Tapi malas buat 🤣
Credit : Apple Green
#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian
RESEPI KERUTUK DAGING
--------------------------------------------
Daging (potong ikut suka)
1bj bawang bsaq*
3ulas bawang putih*
5btg serai*
1inci halia*
6tgkai cili kering*
1inci lengkuas (ikut suka)* saya skip
Sdikit jintan manis (ikut suka)*
Kerisik (ikut suka)
1bungkus rempah kerutuk
1/2kotak santan
Gula (gula nisan, melaka, perang o gula biasa)
Serbuk perasa
Garam
Rempah 4 sekawan
Cara
1. Potong kasar bhn btanda * dan blend hgga halus bsma sdikit air dan myk..
2. Tumiskan rempah 4 sekawan... bhn blend hgga garing dan masukkan serbuk rempah tumis hgga pecah myk bru msukkan daging bsma santan dan kerisik..masak hgga dgg empuk
3. Dah empuk bru msukkan gula dan serbuk perasa...kuah ikut suka nk tahap kpekatan tu camna..klu suka bkuah bleh tambah ayaq..klu nk kering terus masak smpai kering...
Selamat Mencuba😉
**resepi Dr group ni jugak x ingat sapa owner dia
Kredit Resepi : jamaliah samsudin
🍲Oven Electric Murah RM56 saje: https://invol.co/clf7c0d
😍Air Fryer hanya RM99: https://invol.co/clezs4y
RENDANG DAGING NI MESTI BUAT jika anda penggemar rendang daging sebab sangat sangat sedap....
RESEPI RENDANG DAGING TUMIS
DAGING 1 1/2 kg@Ayam 1 ekor 1.4-1.7 kg
Resepinya sama juga seperti rendang rendang saya yang lain.
CUma bezanya rendang ini ditumis guna minyak 1 cawan. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji pelaga sampai harum. Pastu masukkan bawang putih 7 ,bawang merah 12, halia 3 inci, lengkuas 3 inci, serai 8 , cili mesin 3 sudu besar yang telah dikisar
Dah didih dan dah keluar minyak masukkan ayam atau daging.
Kacau lagi sampai separuh masak.
Masukkan serbuk jintan manjs, jintan putih, serbuk ketumbar, lada putih, lada hitam , garam , gula , serbuk perasa dan buah keras yang sudah ditumbuk halus
DAN
masukkan santan 400-500 gram
Kacau semuanya dan sebatikan.
Bila dah agak kuahnya kering sedikit masukkan hati lembu ( sebesar 3 jari saja)yang telah dihancurkan / dikisar halus ( hati direbus dulu).
penggunaan hati lembu dalam semua rendang saya adalah bertujuan untuk lebih menyedapkan lagi rasa rendang tersebut tapi jika tidak ada, tak perlu bubuh atau dimasukkan kedalam rendang anda itu. Tidak mengapa. Tetap sedap juga.
Gaul lagi.
Bila rendang daging dah masak sepenuhnya masukkan kerisik 150gram @ 6 sudu besar dan gaul semuanya supaya sebati.( kerisik mesti guna 6-7 sudu besar penuh untuk resepi ini sebab warna rendang dipengaruhi oleh warna kerisik). ( beli kerisik warna koko gelap)
Kacau lagi sampai rendang bertukar warna.
Dah siap
kredit : Ida Shahida
#bestmalaysiafoodviral
#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian
Resepi Daging Masak Hitam
1kg daging lembu
Kicap cap unta / kicap tongnam
2 sudu gula atau gula apong
Setengah sudu serbuk jintan putih
Setengah sudu serbuk jintan manis
1 cawan kismis
Minyak utk menumis
Serbuk secukup rasa
Rempah tumis 4 sekawan
Bahan blend
20 tangkai cili kering
Bawang putih blend 1 sudu
Bawang merah blend 2 sudu
1 batang serai
Lengkuas 2 inci
Halia 1 inci
1. Perap daging yg telah dipotong dgn 2 sudu gulapong dan kicap selama 3 atau 4jam.
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cilii kering.
3. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah terbit bau, masuk kan bahan2 blend dan tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan daging yg telah diperap dan gaul rata dengan tumisan yg telah kekuningan.
5. Tambah setengah sudu serbuk jintan putih, setengah sudu serbuk jintan manis. Tambahkan secukup rasa dan gaul rata.
6. Tambah kismis 1 cawan dan air 1 cawan. Masak hingga air tumisan kering. (Anak request kismis jgn di blend. Suka makan kismis begala)
7. Bila kuah dah agak kering, tambahkan kicap dan perasa ikut rasa masing2. My kids doesn't really like sweet so I don't add sugar anymore.
8. Siap utk dihidang.
Kredit Caesarena Anak Peter
Resepi mee rebus utara/mee sup selatan
6 ulas bwg putih
1 inci. Halia
( Dicincang)
Lada hitam - tumbuk kasar
Lada sulah
Minyak utk menumis
2 Kiub ayam knorr
sedikit gula
Garam jika perlu (sbb kiub dh masin so rasa dulu sblm letak garam ya)
Mee kuning ( dicelur)
Daging
Air rebusan daging
Ayam
Sotong
Udang
Fishball
Fishcake
Sawi
Carrot
Kobis bunga
Lada merah + lada hijau (hiris)
Daun sup + daun bwg
Bawang goreng
Cara:
Panaskan minyak tumis bahan yg dicincang.
Dah naik bau masukkan air rebusan daging, dah mendidih masukkan ayam dan daging.
Ayam dah masak, masukkan mee yg dh dicelur, udang, sotong, fishball,fishcake, kiub ayam.
Masukkan sayur2an, perasakan dgn lada hitam, lada sulah, garam dan gula.
Last tabur daun sup+ daun bawang & bwg goreng...siap!!!
#mee kuning dicelur terlebih dahulu supaya bila masuk di dalam kuah mee x menyerap kuah ya
#Daging direbus dahulu sehingga empuk.. air rebusan digunakan semula ya
kredit: faizah sharip
#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian
RESEPI MEE GORENG DAGING 🍜🍜🍜
Bahan²
1 bungkus mee kuning
2 sdb cili kisar
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
200 gm daging hiris nipis
1 inci halia - dihiris halus
1 pokok sawi
1/2 batang carrot- potong jejari
2 sdb sos tiram
3 sdb sos cili
3 sdb kicap pekat
1 kuib daging
1 sdb lada hitam serbuk
1/2 cawan air
Minyak utk menumis
Cara²
1. Panaskan minyak tumiskan bawang putih bawang besar yg ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, masak hingga garing dan masukkan daging. Masuk sedikit air dan biarkan daging empuk.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, kiub daging, gula dan sedikit saja garam. Biarkan merenih sebentar.
5. Masukkan mee yang sudah dibasuh dan ditos, carrot dan sawi.
6. Masukkan 1/2 cawan air supaya mee lembut dan mesra dengan sos. Gaul rata dan masak hingga nampak mee lembut.
7. Siap boleh dihidang dengan taburan bawang goreng dan taburan daun sup
Kredit rosmaliza omar
No comments:
Post a Comment